Saya bukan seorang yang suka menonton teater, jauh sekali 'hantu' teater.. Saya memang tidak suka sebarang program nyanyian apatah lagi tarian.. saya tidak suka melihat rancangan seumpama ini. Melihat orang terkinja-kinja menari, hmm, just not me. Bukannya sebab cuba 'bersikap' alim kucing cuma itulah saya sejak dahulu lagi. Kalau zaman budak-budak lagi, masa itu fun fair, saya hanya bertahan menonton 3-4 lagu, dan terasa mahu pulang. Saya tidak selesa duduk-duduk di rumah / bangku dengan ramai orang menjerit sebab saya allergik sekali dengan bunyi orang menjerit! (murid saya tahu sangat kalau kelas mereka bising sebelum saya mengajar atau baru masuk, mereka akan kena berdiri sampai semuanya senyap) Entahlah! Saya pening apabila berada dalam suasana bingit! Di rumah pun, saya tidak akan menonton Akademik Fantasia, Mari Berdansa dan sebagainya.. it's just not me! Jadi bayangkanlah bagaimana mahu mendorong orang seperti saya, yang tidak suka program nyanyian dan tarian melihat teater musikal.. Hah! pelikkan?
1.Tetapi saya memang ber'hantu' sekali dengan Tun Dr.M. Saya bangga sekali dengan 'bapa pembangunan moden' ini. Saya suka idea Tun. Saya mengikuti sejarah Tun dari segenap segi. Dibandingkan dengan Pm yang lain, yang tidak begitu saya kenali. Saya membesar semasa pemerintahan Tun. Jadi saya dapat mengikuti semua perkembangan negara yang mendewasakan saya! Jadi berpeluang menonton sejarah diri Tun, tentulah sesuatu yang menyeronokkan.
2. Istana Budaya: saya juga selesa dengan IB, maklumlah sebuah panggung bertaraf antrabangsa. Kali ini merupakan kali kedua saya ke sana. Kali pertama apabila menonton Konsert Dato' Siti Nurhaliza! Itupun sebab minat dengan Siti dan kawan yang mengajak sangat! he he..
Cadangan: jika memilih tempat di IB, sebaliknya pilihlah di Grand Stand, di bahagian tengah terbaik, tetapi di kiri kanan pun okay. Grand stand bermakna di bahagian tingkat pertama. (bawah, grand dan tingkat dua) Jika berada di bahagian bawah, jika ada persembahan bermula dari pintu ( diadakan untuk gimik dan sebagainya, anda tiadk berpeluang melihat di bahagian bawah. Jika di tingkat 2 juga, pentas kelihatan kecil... dan tidak berpelung melihat lakonan/ gimik yang bermula di bahagian pintu)
3. The show: fantastik, fun, musik hebat.. bak kata amatur macam saya ni: two thumbs up!! bagus. The skrip are briliant... the ideas mencakupi bahagian sejarah, kisah cinta (romantik).. perjalanan ceritanya tidak menjemukan.. alangkah bagusnya sekiranya teater ini diteruskan nanti ketika murid spm tamat peperiksaan! Memang best.
4. Menonton teater ini merupakan salah satu cara mudah memahami sejarah perkembangan negara. Dan untuk individu yang tidak memahami sejarah, menontonnya memudahkan cara kerana penerangannya jelas. Contohnya diterangkan tentang Malayan Union (untuk yg tidak memahaminyalah) Cara menyusun prop dan sebagainya, teratur dan tidak mengganggu stage langsung. Seandainya berpeluang saya pasti akan menonton lagi dan lagi dan lagi dan lagi!
5. Cuma saya rasakan cafe IB patut dimajukan lagi. Untuk mencapai dan mengekalkan taraf antarabngsa, cafe sebegitu tidak cukup untuk 'dilabel sebagai antarabangsa'. Harapnya pengurusan IB akan melakukan sesuatu tentang hal ini. Jika struktur cafe diubah, saya percaya lebih ramai lagi orang akan singgah makan di situ!
6. Agak kecewa kerana CD lagu yang dibeli tidak dinyanyian oleh penyanyi asal teater. Di pentas, nyanyian antaranya, nyanyian Erra, but Cd nyanyian orang lain. Kurang sedap dibandingkan dengan nyanyian Erra sendiri!
Over all: Two thumbs up!!
No comments:
Post a Comment