Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Friday, May 2, 2008

Cinta Shakila, Normadina dan Nor Azlina...

Petang tadi saya dihubungi Shakila (ex student SPM 2007), saya hubungi dia kembali dengan telefon rumahnya kembali, kerana dengan skim hanya RM 68 melalui telekom, saya berjimat untuk menghubungi sesiapa saja melalui telefon rumah, 24 jam sehari tanpa mengira waktu.

Seronoknya mendengar berita daripada adik2 saya ini, rasa bangga sekali.Saya tahu bahawa mereka ini sentiasa meletakkan saya di hati mereka.Kalaupun bukan setiap minggu, sekurangnya sekali dalam setahun.. saya harap silaturrahim yang bermula ini tidak akan terhenti lagi...

Ada beratus-ratus nombor murid dalam telefon saya malangnya, sim kad saya rosak menyebabkan saya kehilangan beratus-ratus nombor, dan kebetulan saya mempunyai habit yang buruk, saya tidak menulis nombor telefon di buku!Aduh! Nasib baik nombor yang disimpan dalam simpanan telefon tidak rosak sama. Jadi jika anda ex-student, saya, email saya dan berikanlah saya nombor anda lagi!

Madina(dena) dan Azlina (ena) saya kenal semasa saya menjadi guru di Methodist Girl school (MGS) Semasa lebih muda, saya lebih tegas dan garang (macam harimau) kata mereka... sekarang ni, kira dah kurang harimaunya.. ha ha..dari tingkatan 4-5, saya mengajar di kelas mereka (bayangkan 6 waktu BM dan 3 waktu Sejarah = 9 setiap minggu... huh, jelak agaknya mereka dengan saya)

Beberapa minggu sebelum SPM barulah saya ketahui bahawa mereka tinggal jauh dari sekolah... mereka saya pelawa tinggal dengan saya sehingga SPM.Dilayani seperti adik2 sendiri,(sebab terlalu muda masa itu untuk jadi ibu angkat kot.. he he) sediakan sarapan, etc...

Sejak itu, merekalah adik-adik tambahan saya selain adik-adik saya, Mashita, sallehhuddin dan salman...saya harap mereka akan terus menjadi adik-adik saya terus dan mengalu-alukan lebih ramai adik-adik baru..menyalurkan silaturrahim diberi ganjaran pahala...

Cinta politik...

Saya dan politik.., sejak saya sedar kewujudan saya sebagai anak kecil, kedua ibu bapa saya sentiasa sibuk dengan kegiatan politik mereka.. saya tidak faham apa maksudnya ketika itu, contohnya mereka akan bz berkempen pilihan raya, pasang poster etc..etc.. entah!

Apabila meningkat dewasa, dan bapa saya bertandng sebagai adun daerah Langkawi sekitar tahun 1986 (kalau tak salah) saya jadi pening.. bagi saya tidak ada hasilnya terlibat dalam politikpun... mungkin just terkenal sebagai YB.. tapi habuk pun tarak.. ha ha..(maaf bapak!)bapa saya barangkali menjadi politikus tapi tidak mengambil kesempatan untuk buat buisnes seperti yang dilakukan oleh ramai politikus lain...bapa saya menikus saja dan buat kerja untuk rakyat saja...

Jika kita lihat sejarah (hari-hari saya bercakap pasal sejarah.. dan dah layak sebut sebagai seorang sejarahwan kot...)pemimpin, politikus, ahli politik dahulu betul-betul berkhidmat untuk negara, Dato Onn, Tunku Abdul Rahman (saya akan sebutkan dengan murid saya..TAR Putra al-Haj)sekadar beberapa nama dan berjuta nama yang tidak tersebut di belakang nama-nama tokoh ini. Mereka berkhidmat semata-mata untuk negara tanpa ada memikirkan untuk buat duit! cipta duit! kumpul duit! sebab itu gelombang automaknegtik mengirimkan mesej yang betul kepada masyarakat sekitar.Rakyat beri sokongan yang tidak berbelah bahagi...

Bila mereka ikhlas, rakyat nampak mereka sebagai ikhlas juga..Mutakhir ini, semuanya (mungkin ada 30% tidak) mempunyai niat yang terselindung... Allah sahaja yang tahu.. bayangkan negara maju, ekon okay... tapi sokongan sudah berkurang...banyak yang auta daripada mengutarakan realiti dan menyampaikan hak hakiki... macam mana.. banyak bercakap daripada mendengar...

Saya sendiri, tidak suka membaca hal politik hari ini.Pada saya mereka tidak lagi bersikap nasionalisme, patriotisme.. sebaliknya hanya 'self centered' .. fikir-fikirkanlah...

saya sendiri suka menjadi seorang yang patriotisme.. menilai politikus lama yang berjasa kepada negara, tidak lagi melihat politikus baru sebagai wira..apalah sanga wiranya kalau menggadaikan hak hakiki orang bagi memdapatkan ganjaran diri...

Tunku etc belanjalan harta untk rakyat, sekarang, entahlah!

Thursday, May 1, 2008

Masita and I


Bercakap pasal kawan, antara kawan karib saya adalah Masita Abu Hassan.Kami berkenalan kali pertama semasa hari pendaftaran di Kamsisi ungku Omar (C).dari hari itu, teruslah melekat sampai ke hari ini.Saya panggil dia dengan nama "Mas' dan saya dipanggil 'noor..

Kesesuaian kami bukan kerana kesamaan yang ada, tapi sikap tolak ansur antara kami...kalau makan makanan yang berkuah, contohnya laksa, dia sukakan kuah, dan saya akan makan isi lebih banyak.. kami sama-sama belajar mass com, dengan sedikit kombinasi yang berbeza.. saya ambil suntingan berita, radio,pr (public relations)... dia ambil tv broad casting, radio ... akhirnya dua-duapun tidak bekerja yang berkaitan dengan mass com... he he..

Dia banyak membantu saya dalam banyak hal..carikan buku etc.. senarainya panjang dan lebar...kali pertama kami mendapat gaji, kami melancong ke Tasik Toba, Indonesia.. seronoknya..

Dua perkara yang saya lakukan yang saya feel sorry sampai ke hari ini:
1. Tidak dapat ke wedding Mas di negeri sembilan...
2.satu peristiwa sedih yang dialaminya, saya tidah tahu...

Satu hari kami bertemu seperti selalu...ada la setahun 2-3 kali, saya bertanya dia:
"suami mas tak ada di rumah, kerja?" pasa hari sabtu bila kami bertemu di Sogo.
" kerja, " ringkas sahaja...

ketika lunch, barulah dia membuka cerita sedih dan dukanya..

Suaminya sudah meninggal beberapa bulan lepas...

Ceritanya..malam itu suaminya sakit perut, beberapa kali ke tandas.Kemudian mereka ke klinik, Mas tinggalkan dompetnya dan telefonnya di rumah... Kemudian suaminya balik rumah mengambil dompet, datang semula ke klinik.Apabila dia masuk bertemu dr, kawan saya di luar klinik,dia dengar bunyi jatuh... r memanaggil dia masuk ke bilik, dipanggilkan ambulan.Terus dihantar ke hospital, malangnya suaminya sudah meninggal.

Disebabkan tiada membawa telefon, dia hanya ingat nombor rumah ibunya dan adik lelaki...jadi hanya mereka yang dihubungi.Jenayah allahyarham dihantar balik ke Johor..

Wednesday, April 30, 2008

U've got a friend... wording..

When you're down and troubled
and you need a helping hand
and nothing, whoa nothing is going right.
Close your eyes and think of me
and soon I will be there
to brighten up even your darkest nights.

You just call out my name,
and you know wherever I am
I'll come running, oh yeah baby
to see you again.
Winter, spring, summer, or fall,
all you have to do is call
and I'll be there, yeah, yeah, yeah.
You've got a friend.

If the sky above you
should turn dark and full of clouds
and that old north wind should begin to blow
Keep your head together and call my name out loud
and soon I will be knocking upon your door.

You just call out my name and you know wherever I am
I'll come running to see you again.
Winter, spring, summer or fall
all you got to do is call
and I'll be there, yeah, yeah, yeah.

Hey, ain't it good to know that you've got a friend?
People can be so cold.
They'll hurt you and desert you.
Well they'll take your soul if you let them.
Oh yeah, but don't you let them.

You just call out my name and you know wherever I am
I'll come running to see you again.
Oh babe, don't you know that,
Winter spring summer or fall,
Hey now, all you've got to do is call.
Lord, I'll be there, yes I will.
You've got a friend.
You've got a friend.
Ain't it good to know you've got a friend.
Ain't it good to know you've got a friend.

You've got a friend.

Tuesday, April 29, 2008

DOAKAN SAYA YA...

Apabila saya memberitahu murid saya yang saya akan menjalani pembedahan pada 7 Mei 2008, semuanya sibuk bertanya..mungkin sebab ingin tahu? mungkin sebab sayangkan jugalah..? (boleh jadi 50% betul atau tidak)boleh jadi sebab saya hanya nampak sihat...sebab sakit siapalah yang tahukan... atau saja..tak ada soalan lain nak tanya? atas apapun alasan mereka saya ambil yang positif sajalah... mungkin mereka sayangkan saya kot..

Saya selalu mengugut mereka, kalau awak sayangkan cikgu sekali, cikgu akan beri 10 kali balik kasih sayang awak, sebaliknya, sekali awak benci cikgu...cikgu akan beri balik 10 kali ganda... nak tak nak, mereka kena sayang saya jugalah.. u 'll get what u give...

Kalau murid tingkatan 3, saya kata saya akan buat plastik surgery sebab rupa tak cantik dan nak cantikkan muka.. he he.. tak ada niat merendahkan ciptaan Allah, sekadar bergurau..

Malas nak bercerita sebab kalau sebut saja, airmata saya akan berderai..tanpa henti... kehidupan kadangkala tidaklah eindah yang kita bayangkan...
ujian Allah sangat mencabar bagi menguji keimanan, mudahan dengan kesabaran itu akan dianugerahkan kita pahala dan kebaikan...


saya berkahwin pada tahun 2000.Daripada tahun 2001-2004, empat kali saya mengalami keguguran..baru dalam 6 minggu, menyedihkan.. tragik..so terpaksalah berjumpa dr dem dr sehingga bertemu Dr.Marsita yang saya rasa mengubah persepsi saja untuk terus mencuba lagi.Daripada pemeriksaan, tiup fallopian saya didapati ada masalah sikit, sebab itulah perlu pembedahan.. so kalau ada murid yang sudah membaca ni, tahulah awakkan.. cikgu bukan nak cantik (plastik surgery he he)

Saya berharap peluang saya untuk mempunyai cahaya mata sendiri akan tercapai selepas ini, doakan ya.. harapnya dapat twins...

So, 7-10 Mei, mungkin saya tak buka PC dan blog..masih resting.. lepas tu okay kot..

nora

Cinta Lelaki vs wanita

Assalamualaikum,

Hmm..saya berfikir panjang.. sebab ada pembaca kata ada lelaki /wanita yang tidak boleh dipercayai sebab apabila bercinta dan tidak menjadi...

well...adik2..putus cinta tidak menjadikan tidak ada wanita atau lelaki yang tidak boleh dipercayai.. saya sendiri entah berapa kali jatuh cinta, kecewa, bertemu lagi lelaki lain, bercinta semula, kecewa.... tidak terhitung... pertama dulu, lama juga berkawan lebih kurang 8 tahun, dah kenal keluarga diapun, tapi jodoh tidak ada.. tak jadi..kalau nak cerita pasal kecewa, Allah sahaja yang maha mengetahui.. makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah, menangis setiap masa... lagi teruk daripada zaman bercinta...boleh turunkan badan 5 kg dalam masa dua minggu sebab tak lalu makan.. muka cengkung.. masa tu kenalah doakan banyak2..Allah maha mengasihi... Alhamdullillah, suami saya bukanlah manusia yang paling baik di dunia, tidak romantis seperti yang saya angan-angankan.. tidak juga kelakar seperti yang saya mimpikan...tidak juga kaya seperti yang kita mahukan... semuanya serba sederhana, dia cukup sporting dan memahami.. kalaupun tidak dapat menemani saya setiap masa, cukup sporting sehingga sentiasa mengizinkan saya keluar... seperti disebut kawan saya, semanja olis, married but single... ha ha ha..

lelaki vs wanita, berbeza tapi serupa... ramai yang tidak boleh dipercayai, macam2.. yang penting:


1.. berusaha mencari (telling u the secret.. saya bertemu boyfriend sebelum suami di internet chatting dan bertemu suami di chatting.. pun kenalah berhati-hati...banyak yang manipu di talian.. nasib saya baik barangkali, saya bertemu semuanya orang baik-baik seperti saya... he he he..jangan marah)

2.Berdoa terus agar bertemu jodoh/kawan/kekasih yang baik2...Insyaallah, kalau kita baik, akan bertemu orang yang baik...sembahyang hajat...berdoa...saya dulu frust tahun 1997.. lagi 1998...tahun 1999 bertemu suami...orang baca macam sekejap saja, tapi lama.. dalam tempoh tu saya kenal beberapa orang... yang orang kenallah, yang terjumpa melalui chattinglah.. saya cuba semuanya.. ada yang dating sekali je, rasa tak seronok...percaya juga naluri... try and error.. jangan cepat putus asa.

3.Kalau u lelaki, mudah sikit, minta tolong kakak, abang atau saudara, rekemenkan anda dengan kawan2 mereka... banyak yang menjadi... kalau wanitapun apa salahnya, mintalah agar saudara anda tolong tinjau2 kawan2 mereka yang baik2 untuk anda.. kenal2 lah dulu, tengok macam mana... yang penting, nobody's perfect..kan...

4."Tidak kenal maka tidak cinta' kenal2 lah di mana-mana... asal ada majlis sosial.. contohnya jika anda minat menulis, pergilah majlis yang ada kaitan dengan penulisan, tentu anda akan bertemu wanita / lelaki yang sama hobinya...suaikan diri anda...lelaki janganlah pendiam sangat.. (wanita bosan juga- jangan pula terlebih cakap-bosan juga)wanita janganlah ramah terlebih..(lelaki bosan juga) two ways communication... mendengar dan bercakap...

* yang penting jangan berputus asa... ada 5 billion insan kat muka bumi ni, tentu ada yang sesuai dengan andakan? sabar! usaha! doa!tawakkal! Insyaallah!Saya sudah temuinya, walaupun lambat juga, he he.. ternyata dia sesuai untuk saya...biarpun bukan 100% sempurna seperti Lukhman atau Zaid yang saya coretkan dalam novel saya... sebab sayapun bukanlah secantik dan sesempurna 100% seperti Suraya dalam novel saya...

nora..

Sunday, April 27, 2008

Cinta adalah... Love is...



Lots of people
want to ride with you in the limo, but what you want
is someone who will
take the bus with you when the limo breaks down.
~Oprah Winfrey~



THROUGH LOVE all that is bitter will be sweet
Through Love all that is copper will be gold.
Through Love all dregs will turn to purest wine
Through Love all pain will turn to medicine.
Through Love the dead will all become alive.
Through Love the king will turn into a slave!

Passion makes the old medicine new:
Passion lops off the bough of weariness.
Passion is the elixir that renews:
how can there be weariness
when passion is present?
Oh, don't sigh heavily from fatigue:
seek passion, seek passion, seek passion!

The intellectual is always showing off,
the lover is always getting lost.
The intellectual runs away.
afraid of drowning;
the whole business of love
is to drown in the sea.
Intellectuals plan their repose;
lovers are ashamed to rest.
The lover is always alone.
even surrounded by people;
like water and oil, he remains apart.
The man who goes to the trouble
of giving advice to a lover
get nothing. He's mocked by passion.
Love is like musk. It attracts attention.
Love is a tree, and the lovers are its shade.

~Jalaluddin Rumi~


"Love is the joy of the good, the wonder of the wise, the amazement of the gods."
"At the touch of love, everyone becomes a poet."
~Plato~



"Have a heart that never hardens, and a temper that never tires,
and a touch that never hurts."
~Charles Dickens

Saturday, April 26, 2008

Kenapa Cinta?




Terkedu sekejap membaca soalan Nadia, kenapa cinta? Cinta adalah ekspresi perasaan kepada pelbagai..insan, agama, binatang dan makhluk Allah semuanya...

Kadangkala disebut kasih, sayang, cinta.. semuanya sama.. ianya perasaan yang mengikat manusia terhadap makhluk, binatang, alam dan sesama insani...

Bagi muslim, dua panduan utama yang ditinggalkan untuk kita menyebut cinta dalam pelbagai bentuk.. Al Quran mahupun hadis Rasullullah s.a.w: dinyatakan sebagai kasih sayang, silaturrahim dan adap berhadapan orang tua, keluarga dan sesama saudara seagama atau tidak...perkahwinan...

so kenapa cinta? kenapa tidak? mengasihikan makhluk, binatang,alam dan manusia kan mendapat pahala asalkan tidak salah jalannya...


Abdullah Ibnu Masud berkata : kasih sayang itu demi ALLAH, sedangkan kebencian dari syaitan yang membenci sesuatu yang dihalalkan Allah untuk kalian.

Bab 6:Ceritera Suka -Duka




Lokasi:KLCC, Kuala Lumpur..

Sedutan:

"Su nak beg LV? Boleh Man belikan?" , saja menguji.Mahu dilihatnya, gadis manis ini mata duitan atau tidak.Suraya tersenyum saja.Dalam hatinya berkata, boleh juga.

"Ala, Su pakai LV juga, tapi beli kat Danau Kota je"

Lega hati Lukhman mendengarnya.Kalau tidak, kopak juga RM 5ooo.

Bab 9:Bahasa Hati



Lokasi:KLCC. Kuala Lumpur..

Akhirnya bahasa hati mulai berbisik...dia memegang tangan Suraya erat...cinta, dia tidak akan melepaskannya lagi...

Bila nak siap novel...




Alahai... inilah yang sukar dijawab... dah setahun sebenarnya... ada part dalam novel yang saya kena research..contohnya London, Adelaide, Dydney, Kenyir... sebab saya suka perincikan tempat... ketahui segenap inci...jadi I can say...on the way he he..

masih perlu sudahkan bab 6-9, isyaallah... 3 bulan kot.. ssebagai wanita berkerjaya, saya kena bekerja dan ada kerja rumah juga, inilah yang melambatkan usaha saya...

Doakan enjin minda saya berjalan laju...

Bicara tentang saya....

Menjawab soalan anda, maaf saya lupa siapa yang bertanya...

Tiada yang menarik pasal saya.. mungkin saya akan tulis sedikit kenapa nora fuad?
Dalam keluarga saya, semua orang panggil saya, noor atau kakak saja..sebab anak sulung... kalau masa bersekolah dulu, kawan-kawan panggil arbaiah atau bakyah (orang utara sukakan nama hujung atau belakang)keluarga terdekat like mak saudara etc... panggil saya not (pendekkan noor atau boleh juga not duit... he he)anak buah panggil saya long not...

Di UKM pula, lain pula ceritanya... kawan dari utara, kekal dengan bakyah... kawan dari tengah atau selatan noor.Ada yang nakal/ lelaki panggilkan saya ar.. sebab nama saya noor ar..kan.. nora tiada yang panggil sehinggalah saya gunakan nama itu semasa chatting... noor sudah ramai yang guna, jadi terciptalah nora.

Sejak kenal suami, dia kenalkan dengan nama nora.. family dia panggil nora,kawan2 yang baru kenal, saya kenalkan diri as 'nora'... jadi macam2lah nama saya...
kalau anda yang baru kenal..kak nora kira oklah...

Fuad tu nama suami saya.Tidak bertujuan mendewa-dewakan suami.Dalam Islam tidak ada istilah nama suami perlu menggantikan nama bapa.Nama bapa sepatutnya dipakai pada semua urusan duniawi, nama ibu pula (Salma, sama nama dengan pelakon Latino, Salma hayek, jangan cemburu ya..) untuk semua urusan akhirat... Nama Fuad tu sedap disebut, lagi sedap daripada nama bapa Ismail, he he... sebab tu la letak Fuad... lagipun menandakan hormat saya kerana suami mengiszinkan masa saya dihabiskan untuk penulisan yang kadang kala menyebabkan saya tidak menjalankan urusan rumah tangga... kadang kala tak merasap dapur... terima kasih suami...kerana memahami minat saya.

Menjawab soalan anda?Tips pikat wanita



Setelah kenal 3 bulan, saya ditanya suami (kekasih)... would u like to be my BMW.. (mulanya ingat kereta BMW? kenapa? BMW rupanya be my wife?)

Thanks for ur questions...

1.Tips mahu pikat wanita...especially for Faizal..
Hmsss... 1.. ambil berat, wanita suka ditanya pasal kerja etc... berbeza dengan lelaki..mereka like my husband...tak suka bercerita pasal kerja dia..perempuan suka kalau ditanya tentang masalah tempat kerja dia, at least dia rasa release , tak tension... tidak semestinya selesaikan masalahnyapun, sekadar bertanya...

2.Sesekali, spend masa dengan dia... kalau bz pun, cubalah sekali seminggu pun jadi...

3.Perempuan suka dijelaskan perasaan, seperti kata Dr.Fazilah Kamsah, kalau boleh setiap hari mahu didengarkan kata cinta..saya sendiri selalu bertanyakan suami/ kadangkala setiap hari "abang sayangkan... tak?" bunyinya macam bodohkan.. tapi itulah seninya perempuan.Kalau dah agak2 lama sikit kenal, jelaskan perasaan anda..

4.Surprise her... semasa awal perkahwinan, saya tinggal berjauhan dengan suami.. di langkawi, suami di KL.Satu hari dia surprisekan saya dengan balik ke sana tanpa pengetahuan saya..Bila saya pulang ke rumah ibu saya, ternampak wajah suami... seronoknya masih dapat saya terbayang di mata saya sehingga ke hari ini...

5.Perempuan suka dipuji, sesekali, jangan selalu, nanti bunyi tak ikhlas pula..
Saya sendiri selalu tanya suami, malah setiap pagi, sebelum pergi kerja, "cantik tak ... abang?" Suami akan kena jawab "cantik", kalau tidak, muka saya masam... perempuan kalau sudah sayangkan seseorang, dia tak kisah kalau orang lain tidak nampak kecantikannya lagi, asalkan dia cantik pada pandangan suami la (terutamanya)so, kenalah sensitif sikit, kalau dia nampak 'straning' pujilah lebih sikit...

6.Perempuan muslim sukakan lelaki yang kuat agama, ibadat mestilah dijaga...

7.Perempuan tak pilih rupa sangat, asalkan ada 'toleransi sikap' memadai.. seperti kata orang tua-tua, biarlah jelek di mata asalkan sedap di hati...

8. Be gentelmen, kalau dia susah bantulah dia... just be a shoulder to cry on...dia akan hargai anda.

9.Perempuan sukakan lelaki yang romantik, sesekali bagi dia kad, biarpun sekeping nota yang mengatakan itu ini, dia akan simpan...tidak perlu kad mahal-mahal...

10.jumpa keluarga: kalau rasa anda sayangkan dia, bincang dengan dia, bertemu dengan keluarga...

more tips: kenalah baca novel saya..he he..

Bab 6:Ceritera Suka -Duka





Lokasi: Pulau langkawi, Kedah dan Port di Adelaide, Australia...

Sedutan novel:

Mata mereka terus memandang ke Hotel D Datee di hadapan.

“ Hotel itu sebenarnya memenangi anugerah kebangsaan dan reka cipta peringkat antarabangsa. Arkiteknya telah berjaya menonjolkan reka cipta tempatan dengan mengekalkan imej dan identiti kebangsaan. Dengan kata lain dia iaitu Dr.Emir Khairi berjaya menonjolkan pembiakan senibina psendo-tradisional Melayu dengan sedikit pencampuran elemen moden”

“ Okay. Jadi apa yang penting sangat.Kalau tengok, adakah satu yang dibolehkan kalau seorang arkitek lain menciplak hasil karya orang lain?”

“Bukan ciplak Su, lihat contoh.Lihat bagaimana ideologinya.Idea terasnya dalam pembinaan.Malaysian tidak seperti orang Inggeris yang 100% sukakan pembinaan tradisi mereka. Orang kita kalau dibandingkan dengan regionalisme tradisional , idea ini akan kelihatan kusam dan boring, kurang sesuai dengan kehidupan moden. Itu kata orang kitalah. Di Eropah lain pula ceritanya, mereka suka dengan pengekalan unsur atau elemen tradisional.Malah ada elemen yang dipraktikkan lebih kurang 500 tahun dan lebih lagi,” terang Lukhman dengan panjang lebar. Dia harapkan Suraya memahami apa yang disampaikan. Sebenarnya dia agak risau kalau Suraya agak boring sekiranya dia terus bercerita mengenai senibina.

“Maaf Su.Bercerita pasal senibina tentunya akan memboringkan Su?”

“Tak.Kadangkala kita kenalah faham citarasa orang lain juga. Su tak tahu langsung tentang senibina ni sebenarnya.Tapi apa yang special sangat pasal karya Dr.Emir ni? Maksudnya, bagaimana karyanya boleh muncul sebagai masterpiece Man pula?,” Entah mengapa perbualan Suraya –Lukhman berjaya menarik minat Suraya.Kalau perbualan dengan Zaid, dan Zaid berbicara tentang kerjanya, dialognya kelihatan muram.Dengan kata lain, boring pulak. Dengan Lukhman lain pula rasanya, seronok untuk mengetahui lagi. Informasinya menarik bunyinya...

Tips: kalau sudah ada cinta, semuanya baik sahaja...

kalendar hijrah/Islam

Thursday, April 24, 2008

Khas untuk pembaca...

Jika anda dapati blog, coretan saya menarik,anda boleh beritahu rakan anda... jika ada cadangan kerana kekurangan dalam blog saya, saya alu-alukan cadangan anda...

Sila hantar cadangan/ pandangan anda kepada noorismafuad@yahoo.com

Wednesday, April 23, 2008

Bab 7:Bawa Hati Yang Lara.Adelaide




Lokasi: Adelaide,Australia

Sinopsis BAB 7 : MEMBAWA HATI LARA ;Penulis cuba menghurai kepada pembaca bagaimana kemelut cinta membawa Lukhman mengembara jauh ke Adelaide. Dia cuba memberi nafas baru supaya hubungan Zaid¬-Suraya dapat dipulihkan semula. Dia sanggup mengorbankan dirinya dengan menyambung pengajian di Adelaide University.Di saat itu, Zaid juga telah berjaya mendapatkan apa yang dia impikan.. Villa Cintanya sudah dalam proses dibina.



Sub tajuk:Bahasa hati....

Lukhman tidak menyangka akan bertemu Suraya lagi, empat purnama meninggalkan kesan luka yang sarat.Hatinya bagai memendam cinta yang masih membara...berat mulutnya untuk berkata, melahirkan rasa bahasa hati yang menyala.
" Su, I miss you so much...' Segalanya tenggelam di sukma.

Suraya memandang Lukhman dengan rasa cinta yang menggunung.Sejak Lukhman pergi jauh ke bumi kanggaro, terasa separuh daripada jasadnya seolah mati...

"Abang, Su miss abang too much... Su tak boleh hidup tanpa abang..."

Lukhman terpaku dan terharu mendengar kata-kata Suraya.Dia tdak berani melagukan rindu sebaliknya Suraya sudahpun menyanyikan lagu bahasa hatinya.
Masihkah dia mahu menunggu dan berkorban untuk Zaid.

"Su, abang sebenarnya tidak pernah pun sedetikpun...."

Suraya terperanjat mendengarnya, air matanya terus mencurah mengalir basah....

Zaid Harith...Kata-kata cinta




" Cinta sahaja tidak pernah membuatkan dia hidup...cinta mesti diberi tanda.."


Cinta adakah hanya pada jiwa?atau material semata?atau keduanya?

Tuesday, April 22, 2008

Suraya...kata-kata Cinta








"Aku tidak mahu menangis.Tidak setitikpun ingin aku tumpahkan air mata ini...Cinta bermaksud mesti bersama.Cinta bukan untuk berpisad jasad dan jiwa."


Siapa pilihan Suraya...jarak akan memisahkan kasih?

KEISTIMEWAAN NOVEL INI


KEISTIMEWAAN NOVEL INI

1. Penulis cuba memperkenalkan konsep baru penulisan yang menggunakan fakta sebenar dalam genre penulisan. Contohnya bidang Arkitek, Pendidikan dan Usahawan dan Anugerah BCI Asia (yang berkaitan dengan arkitek), Pameran Komputer bertaraf dunia yang mungkin tidak disedari oleh umum.

2. Penulis cuba mempertengahan keindahan bumi Malaysia, yang tidak kita sedari mempunyai nilai bumi yang tinggi nilainya. Contohnya membawa pembaca menyusuri keindahan Tasik Kenyir, Pulau Lagenda Langkawi dan keindahan Kuala Lumpur.Penulis juga membawa pembaca menghayati keseronokan berada di dalam Istana Budaya, Kuala Lumpur.

3. Penulis ingin memperkenalkan konsep pengembaraan dalam penulisan. Penulis menggarap keindahan Bumi Kanggaroo dan United Kingdom dalam penulisan bagi membolehkan pembaca yang tidak pernah menikmati pengembaraan ke sana mendapat pengalaman baru dalam hidup mereka.


4. Pembaca boleh menilai sensitiviti perasaan watak-watak di dalam novel. Pembaca juga boleh memahami dengan terperinci maksud kasih, sayang dan cinta yang sebenarnya.

5. Penulis juga membolehkan pembaca terutamanya golongan remaja memahami tugas sebenar seorang pendidik dan cabaran-cabaran yang perlu mereka hadapi dalam mengharungi cabaran global hari ini.

6. Penulis mengajak pembaca menilai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi, bagaimana seorang lelaki atau wanita yang sanggup berkorban apa sahaja demi kesejahteraan mereka yang disayangi.

7. Penulis mengajak pembaca memahami pelbagai peristiwa baru yang berlaku di Malaysia mahupun di luar negara. Contohnya, drama Sculptural dan Summer Festival.

8. Penulis berharap pembacaan novel ini akan mengubah persepsi minda pembaca bahawa novel hanya melihat dan menilai perasaan sebaliknya, novel berfungsi sebagai pemberi maklumat yang terperinci secara global.