Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Tuesday, February 4, 2014

Pesta buku Karangkraf 7-9 feb 2014..dapatkan Purnama Merindu dan Cinta Cape Town








KEISTIMEWAAN NOVEL PURNAMA MERINDU  (NORA ISMA FUAD) YANG BERKONSEPKAN I-NOVEL (INTELEKTUAL NOVEL)


 1..                  Novel ini menggunakan latar Pulau Tuba, Langkawi sebagai latar pelancongan. Rujukan muka surat  456-470, 527-548,        .Novel ini juga menggunakan latar negara Eropah sebagai latar dan pengetahuan. Novel ini juga menjadikan Perth, Australia sebagai latar (rujukan mukasurat 169-173)(195-205)  Perincian  latar dinyatakan supaya pembaca mendapat pengetahuan  secara tidak langsung. Latar Eropah (Rujukan mukasurat 135-136, 140-145) (239-248) (291-302) dan banyak lagi. Contohnya seperti terletusnya Gunung Berapi Eyjafjallajokull. (Rujukan muka surat 368-374) Novel juga mengutarakan latar Darwin (Rujukan muka surat 214- 219), Vannes Perancis (latar Zara Orkid belajar Phdnya).


2.                  Konsep pengetahuan pendidikan yang diketengahkan. Watak dalam novel berkelulusan Phd dari luar negara. Novel juga mengutarakan mengenai teknologi terkini, contohnya menggunakan internet dan perbualan melalui facebook (rujukan mukasurat 54-58), (145) perbualan menggunkan Skype (Rujukan mukasurat 377-383)



3.                  Pendedahan mengenai pengetahuan dan urusan perniagaan yang ditunjukkan melalui
watak Kameel Bakri Badrulhisyam, termasuk perniagaan di Austalia di bawah kendalian Syarikat Malaysia iaitu   Global Green Corporation (GGC)       yang mempunyai sijil Halal bertaraf Antarabangsa  (ICCV) dan (SICHMA) (Rujukan mukasurat 100) (208) (216-219)


4.                  Pengetahuan mengenai penyakit Alzheimer atau  dikenali juga dengan The Long Good   
            Bye   memalui sejarahnya.  Novel juga mendedahkan bagaimana  reaksi pesakit yang
            mengidapi penyakit ini dengan jelas dan terperinci melalui watak ibu Kameel. Rujukan
            muka surat  29, 66-68,  230-231,
  

5.                  Novel ini juga menjelaskan konsep islamik secara terperinci. Bagaimana seorang muslim yang baik yang perlu menghormati agamanya, keluarganya termasuk bagaimana seorang anak/ menantu yang menghormati dan menjaga keluarganya dengan baik. Perincian mengenai tanggungjawab seorang muslimah dalam menjaga adab, dan auratnya.
             


KEISTIMEWAAN NOVEL  CINTA CAPE TOWN  (NORA ISMA FUAD) YANG BERKONSEPKAN I-NOVEL (INTELEKTUAL NOVEL)



1.               Novel ini menggunakan latar pembinaan terowong  Smart yang menghubungkan Ipoh-Padang Besar dan menjadi terowong landasan kereta api terpanjang di Asia Tenggara. Rujukan muka surat 20-23, 48-53.

2.               Pengetahuan lain seperti sistem Phonic untuk pebelajaran kanak-kanak. (Rujukan muka surat 81. Rahsia buah kepayang, cara memasak dan penyediaannya. (rujukan muka surat 147) Pengetahuan mengenai lukisan (Rujukan muka surat 268-269, 500-501    )Program makanan untuk Gelandangan (Rujukan muka surat 220-221

3               Novel ini  juga mementingkan pengetahuan dan ilmu. Fokus watak-watak kepada sumber pengetahuan seperti tempoh pengajian  mereka di institusi pengajian di Malaysia dan luar negara.

4.               Pengetahuan tentang latar luar negara. Empat musim di luar negara. (Rujukan muka surat 206-209,233- 236-241. Berlatarkan Afrika Selatan (Rujukan muka surat 409-432,  470-483, 507-516, 528-540, 605-613)    Latar di Rom (Rujukan muka surat 518-527 , 551-557, 574-579)



5.               Novel ini juga menjelaskan konsep islamik secara terperinci. Bagaimana seorang muslim yang baik yang perlu menghormati agamanya, keluarganya termasuk bagaimana seorang anak/ menantu yang menghormati dan menjaga keluarganya dengan baik. Perincian mengenai tanggungjawab seorang muslimah dalam menjaga adab, dan auratnya. Konsep Islamik (Rujukan muka surat 125,126, 150,154-155,157,166,173,198,558-559,595 dan sebagainya.





Sunday, December 22, 2013

Demam denggi part 2.

Jumaat malam. 13 dis. 2013. 

               Dua hari sebelum ini suami kata tulangnya rasa sakit. Macam lenguh-lenguh pun ada. Kata saya, "Mungkin sakit otot kot? Anin dari badan." Dalam hati, 'Makin tua abang ooo. Ya lah, walaupun baru berusia 48 tahun, dalam kedaaan kehidupan kita yang serba drastik, kadangkala (atau istilahnya tiada senaman, makan yg tidak tentu masa dan sebagainya) maka kesihatan kita boleh merosot. 

          Malamnya, tiba-tiba sahaja dia menggigil. Dia membangunkan saya. Katanya, "Jom ke hospital. Sakit sangat badan abang ni" Suhu badannya mencecah 41 darjah c. Saya pun tanpa banyak kata, terus bersiap dan membawa suami ke hospitak berdekatan. Hosp terdekat: hospt swasta. Selang 10 minit, hasil ujian darah dan doktor, diberitahu suami mengidap denggi. Melihat kepada laporan darahnya, memang dia mengalami demam panas. Bacaan paltelet darahya 240 000 berbanding kedaaan normal sehingga 450 000. Saya berkata, elok saja kami ke hospital kerajaan sahaja kerana sebagai pegawai dalam pendidikan, saya boleh atau layak ditawarkan wad kelas pertama. 

 Hospital DS. Kos Rm 350. Masa rawatan 30 minit. Masa menunggu 15 minit.Ubat : parasitemol dan garam. 


  Sabtu. 14 dis 2013 
         Saya meminta bantuan adik ipar yg memmandu membawa kami ke hospital kerajaan 1. Bermula dgn saringan. Saringan hanya bertanya, "Sakit apa?" Dan itu saja. Diberi kertas 'hijau', kemudian diminta mendaftar di bahagian dalam. Kemudian diberi tiket bernombor. Bersama kertas hijau tadi dan diminta ke bahagian hadapan. Saya difahamkan, kad hijau menandakan 'demam' dan diasingka untuk saringan dan bertemu doktor. 

     Setelah menunggu hampir 2 jam, diambil darah untuk ujian dan menunggu pula masa untuk bertemu doktor. Bahagian menunggu dalam keadaan tidak selesa. Kerusi yang tidak mencukupi, tidak disediakan tempat menunggu yg sesuai. Dalam keadadan panas, dan beruap. Suami amat kelihatan keletihan dan demamnya masih teruk. Dalam hati hanya boleh bersimpati. Jauh di sudut hati, menangis dalam hati. Melihatkan keadaan dia, saya tidak tahan hati. memangis apabila dia tidak melihat! Akhirnya melihat carta uijan darah, dk mengatakan, suami memang mengidapi denggi. Keadaannya tidak dianggap begitu teruk, dan memandangkan wad yang sudah penuh, kami diarahkan berehat di rumah. 

       Kami dimita memeriksa platelet darah setiap hari. Minum air dengan banyak.Saya seterusnya ke kaunter famasi untuk mengambil ubat. Hospital SB. Kos RM -). Masa rawatan 5 minit. Masa menunggu 3 jam (keseluruhan) Ubat: Parasetamol dan ubat sakit sendi (10 biji) 


  Ahad. 15 dis 2013    
           Badannya masih panas. masih demam. Saya terpaksa pujuk2 suami agar meminum air klorofil, air putih, kadangkala air bercampur gamat (sekali-dua sehari) Badannya kelihatan letih dan tidak bermaya. Seleranya putus. Simpati. Apabila diajak untuk menguji darah di klinik dr saya (lebih berdekatan, murah dan tidak perlu menunggu lama berbanding hospital swasta)dia hanya menolak. Katanya , "Mahu tidur." Dia kelihatan letih. saya sebenanya bimbang. Tanpa ujian darah, kita tidak tahu kedudukan denggi dan paras platelet darahnya. 

  Isnin 16 dis - khamis 19. dis 2013 

         Hari ini, demamnya sudah tiada. Suami tidak lagi menggigil. Saya meneruskan dgn formula minumannya. (baca bahagian 1) Dia masih lagi menolak untuk ujian darah. Katanya pada hari khamis, dia okay, cuma masih terasa letih. 

        Jumaat 20 dis. 2013 

       Hari ini, akhirnya saya berjaya memujuk suami untuk ke klinik dan dibawa untuk ujian darah. Ujian pada paginya, dan mendapat laporan pada petangnya. Kata dr, sila ke hospital. Sekali lagi berderau darah dibuatnya. Biarpun tiada lagi demam, suhu badannya sudah kembali normal, saya masih lagi bimbang. 

 Klinik swasta. Kos RM 35). Masa rawatan 10 minit. Masa menunggu 35 minit. 


 Malamya kami ke Hosp University (UH) atau Hospital Malaya berbekalkan 3 laporan sebelumnya. Saya harus akui, perjalanan pemeriksaan di UH jauh lebih baik daripada hospital sebelumnya. Mula-mula terus ke bahagian saringan. Suhu diambil. Tekanan darah diambil. Carta dibawa kepada dr beserta laporan. Dgn nasihat dr, carta dan laporan menunjukkan suami tidak lagi berada ditahap bahaya. Diminta ke bahagian pendaftaran. dari bahagian ini, kami ke ruang menunggu.

     Menunggu dalam tempoh dua jam. Kemudian bertemu dr. Pemeriksaan teliti. Dengan carta dan pemeriksaan lain-lain. Suami kemudian diminta membuat ujian darah sekali lagi. Dgn nasihat dr, kami beredar ke tempat makan dan pulang ke rumah dahulu. Akan datang kembali dalam tempoh dua jam.

Hospital UP  atau H Malaya. Kos : RM 0. Masa rawatan : 15 minit.Masa menunggu 2 jam.

     Kami ke hospital kembali jam 2 pagi. Laporan telah sedia. Kami diberitahu, yang suami amat beruntung. Saya teringat lagi kata-kata dr, "You're very lucky. Dengue can kill people." Saya diberitahu, jika kami ke UH pada hari pertama, suami akan ditahan untuk dipantau untuk seketika atau sehari dua. Dalam hati, "Alhamdulillah, kami sangat beruntung." Kata dr, kuman denggi nampaknya sudah tiada. Platelet darah masih rendah, tetapi akan meningkat kerana dia berada dalam fasa pemulihan.

Hospital UP atau H Malaya. Kos Rm 0. Masa rawatan : keseluruhan  25 minit. Masa menunggu 4 jam.
Staf lebih MESRA, Rawatan DR lebih TERPERINCI, Tempat menunggu, LEBIH JAUH SELESA. (Cuma, tiada bekalan air minuman/ mesin air yg disediakan)

Ahad. 22 dis 2013.

   Nampaknya suami sudah berselera. Saya mengingatkan dia agar terus meminum air dengan jumlah yang banyak. supaya bacaan platelet darah akan meningkat dengan cepat. Melihat keadaan dia, saya yakin, dia hampir 80% sembuh. Alhamdulillah.

Friday, December 20, 2013

Jualan akhir tahun di karangkraf Mall, Shah Alam.



Karangkraf Mall, Seksyen 15, Shah Alam. (Kedai buku rasmi Karangkraf)

Pameran buku termasuk Purnama Merindu dan Cinta Cape Town di Terengganu.

ONE KRISTAL AKAN MENGADAKAN PAMERAN BUKU DAN ALATULIS BERSEMPENA DENGAN “KEMBALI KE SEKOLAH PADA 19/12/2013 HINGGA 31/12/2013 BERTEMPAT DI TERENGGANU TRADE CENTRE, KUALA TERENGGANU.

KUNJUNGILAH KAMI UNTUK MENDAPATKAN NOVEL TERBITAN BUKU PR...See more
— with Junaidah Omar and 9 others.


Wednesday, December 18, 2013

Demam denggi dan kita...cara mengesannya dan petua demam denggi.

   Selalu saya hanya mendengar mengenai demam denggi... pernah ada ahli keluarga yang mengidap demam denggi. Tetapi saya tidaklah begitu serius mengambil berat mengenai penyakit ini. Kebelakangan ini, berita mutakhir menyatakan banyak sekali demam denggi ini melanda kawasan petempatan di Malaysia. Barangkali hujan yang menimpa menjadikan banyak kawasan yang ditakungi air. Barangkali banyak sekali kawasan perumahan yang biasanya mengandungi banyak sekali bahan buangan yang menakung air yang menjadi punca kawasan pembiakan nyamuk yang agak 'advance' ini!

   Suami saya merungut yang dia mengalami sakit-sakit sendi. Saya hanya menjawab, "Ialah abang, abang dah tua." Saya sangkakan kesakitannya hanya biasa-biasa. Malam jumaat yang lepas, dia kelihatan menggigil dalam keadaan luar biasa. Katanya sendi-sendinya sakit. Luar biasa sakitnya. Kami segera bergegas ke hospital, dan malangnya hospital yang paling berdekatan adalah hospital swasta! Di sana, selepas urusan mengambil darah dan pemeriksaan, disahkan suami mengalami demam denggi. Slip pemeriksaan hospital saya belek, walaupun tidak mempunyai sijil kelulusan perubatan, fahamlah saya isi kandungan pemeriksaan  'Blood count test (EC)' di depan saya. Patelet darah yang bertulis 240/450 (sebenarnya banyak 000 di belakang) tidaklah merungsingkan saya sangat kerana saya pernh diberitahu oleh  teman saya, patelet darah suaminya turun sehingga 70/450 ketika mengalami demam denggi dahulu.

   Kebetulan saya menemui blog yang memberi keterangan lanjut mengenai demam denggi dari DR perubatan yang bertauliah. Bagi memahami apa sebenarnya demam denggi, bolehlah membaca di link di bawah.



Hari pertama:

 Dia menggigil, demam yang agak tinggi. Suhunya mencecah 40 darjah celsius. Badannya panas dan boleh dicecah dengan jari atau telapak tangan di tangan, kaki, anggota badan malah kepalanya. Badannya agak lemah dan keletihan.

  Saya pernah membaca tentang air gamat yang pernah ditulis olah seorang pembaca Utusan Malaysia. Katanya semasa anak perempuan mengalami demam denggi, dia mmeberi anak perempuannya minum air gamat yang dicampur air. Air gamat membantu menggantikan patelet darah yang jatuh menjunam.Formula yang sama dicuba oleh jirannya yang juga mengidap demam denggi. Saranan untuk pengidap demam denggi.

PETUA PERTAMA: 

  Bagi menambah platelet darah.Petua-petua ini dicuba oleh saya dan teman-teman saya. Saya hanya mencuba air gamat, jus tembikai kerana suami mengalami penyakit gout. Saya bimbang untuk mencuba masaka/sup ketam kepadanya.

  1. Air gamat dicampur dengan segelas air biasa/jus (bagi menghilangkan  rasa masin /garam) diambil 1 kali sehari. I sudu besar dicampur dgn segelas air.

 2. Jus tembikai/kiwi (disaran oleh seorang teman, katanya petua ini diberi oleh doktor yang merawatnya ketika dia mengalami masalah yang sama di hospital. Platelet darahnya meningkat dari hanya bacaan 7 kepada 30 dalam masa sehari.

3. Sup ketam. (ada yang mensarankan sup ketam nipah) 

4.Saya percaya, jika air gamat berkesan, tentu memasak gamat  atau sup gamat akan juga memberi kesan kepada demam denggi dan membantu meningkatkan platelet darah.

5.Mengambil minuman yang dicampur klorofil. (diberi petua oleh teman suami yang mengidap denggi berdarah, ditahan di ICU selama 8 hari)

6. Mengambil minuman yang mengandungi oksigen.

7. Ada yg beri petua mmeinum air daun betik. (saya tidak mencuba kerana kesukaran mencari daun betik)

PETUA KEDUA.

Bagi mengelak dehedrasi, 

1. Mengambil minuman sekurang-kurangnya 3 liter.

2. Mengambil 100 Plus sebagai mencegah dehedrasi.

3. Meminum air kelapa.

4.Mengambil air zam-zam sebagai menggantikan khasiat atau daya ketahanan badan.

  Selamat mencuba.Kita hanya mampu beriktiar, ALLAH yang berkuasa menentukan.


Saturday, August 24, 2013

PERADUAN CINTA NORA ISMA FUAD



Peraduan CINTA  @  Nora Isma Fuad.

Syaratnya mudah sahaja: mendapatkan pembelian terus novel-novel saya.. Setiap pembelian sebuah novel, satu nama anda akan dimasukkan ke dalam kotak cabutan bertuah. Bermakna membeli dua buah buku anda berpeluang mendapat dua hadiah/ dua cabutan bertuah.



SILA HUBUNGI FACEBOOK SAYA. (pm message)



Saya akan umumkan hadiahnya dari masa ke semasa. (Tiada lagi keperluan review novel seperti dahulu sebab pembaca tidak berminat dengan peraduan seperti itu)

Harga novel.

1. Dimensi Cinta (karnadya) Maaf tiada stok.

2. Cinta Sikunang- (karnadya) Harga asal RM 20.90 + pos = RM 6.00, harga durian runtuh RM 25.00 (Belian walk in; RM 19.00)

3.Purnama Merindu (Buku Prima) Harga asal RM 22.90 + pos RM 6.00, harga durian runtuh RM 27.00 (Belian walk in: RM 21.00)

4. Cinta Cape Town (Buku Prima) Harga asal RM 25.90 + pos RM 6.00, harga durian runtuh RM 30.00

5.PAKEJ CINTA BUKU PRIMA: PURNAMA MERINDU + CINTA CAPE TOWN - RM 55.00 Jimat RM 2 daripada harga durian runtuh. (Double harga runtuh)

6.PAKEJ CINTA PURNAMA: CINTA SIKUNANG-KUNANG + PURNAMA MERINDU - RM 50.00
Jimat RM 2 daripada harga durian runtuh. (Double harga runtuh)

7.PAKEJ CINTA CAPETOWN ; CINTA SIKUNANG-KUNANG + CINTA CAPE TOWN-RM 53.00
Jimat RM 2 daripada harga durian runtuh. (Double harga runtuh)




Sunday, August 4, 2013



SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN; Buat semua sahabat FB. (kalau tidak dapat kad, terimalah saja, kad elektronik..hehehe) PETIKAN CINTA CAPETOWN MUKA SURAT 164. Akan datang selepas HARI RAYA AIDIL FITRI.
Sahabat,
Persahabatan sewangi durian,
Buahnya berbau wangi, seenak rasanya.
Seulas durian yang enak, manis bersari di mulut, terasa enak di kerongkong.
enaknya terasa, bagaikan melekat lama di lelangit.

Sahabat, mestilah sewangi durian.Enak.
Boleh diperlakukan sebagaimana pun, bersama garam menjadi tempoyak,
Bersama gula, menjadi lempuk.

Bagaikan kehidupan manusia,
Ada masanya terasa masin,
Ibaratnya, ketika mengalami kesusahan,
sahabat mestilah dapat membantu.
Jika di saat kemanisan, ibaratnya bagaikan gula,
semuanya mesti bersatu juga.

Persahabatan biarlah sewangi durian.
Biarpun lama dimakan,
baunya masih segar di mana-mana, tersebar ke seluruh alam.
Rasanya yang enak pula, bagaikan menjadi
Satu petanda aras keenakan yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila...

NORA ISMA FUAD.

Thursday, July 4, 2013

Teruja vs teruji

 Sebagai penulis, tiada yang lebih mengujakan selain daripada ternitnya penerbitan yang baru. Insya_Allah akan terbit novel saya yang baru dalam bulan september 2013. Anda boleh membaca dalam blog Cinta Cape Town yang saya link kan di bawah ini. 

  Perjalanan novel ini panjang sekali kerana bagi mencari kelainan dalam cerita yang berbeza daripada sebelum ini, saya harus berfikir panjang. Tidak mahu terperangkap dengan klise yang mungkin menjerat pembaca saya dengan kebiasaan saya. (yang mungkin saya sendiri tidak melihat atau terpandang pun) Saya mengharapkan pembaca menemui kelainan dalam naskah kali ini.

Novel Cinta Cape Town; Nora Isma Fuad

Wednesday, April 24, 2013

PROMO NOVELIS NORA ISMA FUAD





PROMO NOVELIS NORA ISMA FUAD


Promo novel Nora Isma Fuad sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.

Berlangsung dari tarikh 26 April – 26 Jun 2013

Hadiah Pertama.

1.    Beg kulit yang dibawa khas dari Vietnam.
2.    Sebuah bekas barang kemas/gincu.
3.    Novel baru yang akan diterbitkan.


Hadiah Kedua.

1. Beg kulit yang dibawa khas dari Vietnam.
2.  Sebuah bekas barang kemas/gincu.


Hadiah Ketiga.

1. Beg kulit yang dibawa khas dari Vietnam.
2.  Sebuah bekas barang kemas/gincu.


7 hadiah saguhati.

Sebuah bekas barang kemas/gincu setiap satu.

Cara Penyertaan.

1.    Pembaca mesti mendapatkan novel PURNAMA MERINDU (Keluaran BUKU PRIMA, Karangkraf) dan sebuah novel pilihan (DIMENSI CINTA ATAU CINTA SIKUNANG-KUNANG; Terbitan KARNADYA sdn Berhad.)
2.    Mengambil foto anda bersama dua novel pilihan dengan gaya menarik, bertulis dengan kapsyen, ‘Saya membaca novel NORA ISMA FUAD@NORA FUAD’
3.    Menulis NORA ISMA FUAD@NORA FUAD memberi saya inspirasi kerana…. (tidak kurang 150 perkataan)
4.    Panduan bagi menulis esei :

a)    Watak utama dalam novel Purnama Merindu/Dimensi Cinta atau Cinta Sikunang-kunang.
b)    Watak sampingan.
c)    Latar novel.
d)    Plot penceritaan yang bergerak dengan drastik, berkembang dgn selari.

5.    Menulis dengan gaya anda tersendiri.
6.    Pembaca meletakkan Promo di blog anda/facebook anda (sila tag Novel Nora Fuad dan Noor Arbaiah Nora Fuad serta emailkan esei, foto anda kepada novelnorafuad@gmail.com

  7. Penyertaan dengan gambar yang ulasan yang menarik, akan
     dipilih oleh panel penilai.

Tuesday, February 26, 2013

Jangan endahkan perspektif saya; di mana picisannya sebuah karya.

   Tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas, atau barangkali lima-enam tahun yang lepas, dihujani dengan komentar orang awam, yang belum lagi mewarnai dunia penulisan. Kata-kata orang lama, seperti komen Tajuk yang barangkali memanaskan punggung penulis seperti saya, walaupun contoh yang disebut tiada kaitannya dengan penulisan bukan saya. Barangkali penulis belum lagi membaca novel saya, atau barangkali, karya saya belum cukup glamor untuk diulas oleh penulis tersebut. Barangkali! Perhaps! Perhaps! Penulisan yang bertarikh 27 januari 2013 sudah lama berakhir. Barangkali, ramai yang sudah lupa isunya.

    Saya sengaja mengambil jalan selamat dengan membiarkan isu ini sejuk dahulu sebelum menulis mengenainya. Barangkali memanaskannya semula, satu keseronokan! Barangkali! Saya agak teruja menulis mengenainya! Mengapa? Jika soalannya mengapa, biarlah saya katakan sesuatu. Kata-kata orang 'kecil' seperti saya, tentunya tidak 'memberi bekas' kepada akhbar harian ini, mahupun kepada pembaca novel yang karyanya sudah meletup-letup! Jadi, janganlah pedulikan perspektif saya! Sebagai negara demokrasi, saya hanya memberi pandangan 'kecil' di dunia yang serba besar ini!

  Penulis beberapa novel daripada penerbitan Karangkraf 'diserang' dengan penilaian yang mengklasifikasikan sebagai 'karya picisan'. Sebagai penulis yang bernaung di bawah penerbitan yang sama, mungkin, dengan harapan yang besar, jika novel saya didaramakan suatu hari nanti, berharap juga, karya saya tidak dikategorikan sebagai kumpulan picisan. Bagi saya, penulisan  rencana yang mengulas isu tersebut bukanlah satu penulisan yang bersifat baik, atau sempurna. Rencana yang baik seharusnya bermula dengan memberi definisi, atau pengutarakan dengan konsep yang amat jelas. Penulis daripada sebuah akhbar harian ini, tidak langsung memberi gambaran yang sempurna dengan apakah yang beliau (atau saya lebih suka menggunakan istilah dia) atau lebih sesuai dengan dia maksudkan dengan picisan? Picisan yang digembar-gemburkan tersebut dikatakan tidak memberi atau menggambarkan nilai yang tinggi, tidak memberi makna dari segi sosial dan hanya bersifat 'cinta kosong' atau 'omongan' belaka? Nilai yang tinggi, tidak disebut adakah hanya bernilai hanya komersial? Tidak menggambarkan intelektual? Tidak ada latar novel/drama yang membuka ruang minda pembaca atau penonton.

       Dengan mengambil beberapa contoh drama yang diterbitkan, penulis mensifatkan drama terbitan tersebut hanya menyajikan sifat 'cinta semata-mata'. Penulis ini alpa kerana dalam drama-drama ini selain daripada cerita cinta, cerita ini mengisahkan perihal penceritaan manusia! Cinta yang diselitkan dalam sebahagian perasaan dan penceritaan adalah bersifat elemen secara tidak langsung dalam kehidupan manusia. Tanpa cinta, kehidupan manusia bersifat omongan dan 'sifar'. Pada hemat saya, orang yang tidak merasai 'cinta' akan gagal mencari 'elemen bahagia' dan akan kekal terperangkap dalam kehidupan yang sifar. 

       Elemen yang diketengahkan antaranya, adalah  elemen intelektual. Tanpa kekuatan intelektual, tentulah drama/ novel ini tidak menjurus kepada kehidupan pelajar sebagai penuntut universiti di luar negara, atau kolej. Adakah elemen ini sehanya diabaikan oleh penulis rencana, dan hanya menilai 'cinta' sebagai fokus dan menganggapnya sebagai 'karya picisan' semata-mata. Adakah penulis menilai picisan dengan hanya menonton drama semata-mata? Atau sekadar melihat karya ini di muka depannya sahaja? Saya masih mengingati betapa seronoknya saya membaca novel 'Adam dan Hawa' dan saya tidak sanggup meletakkan novel ini setelah membacanya. Saya begitu teruja membaca mengenai ilmu penerbangan yang digambarkan dengan terperinci. Tidak tahu di mana silapnya, penerbit drama mengenepikan elemen yang menarik ini, barangkali bimbang perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk memasukkan elemen seperti ini. Maklumlah, di Malaysia, kita tidak mempunyai studio penerbangan untuk disewa. Menyewa institusi penerbangan yang secara realitinya wujud, barangkali merugikan penerbit!

      Bukan mudah menunjukkan sifat 'sabar' yang dipertahankan oleh watak dalam drama tersebut. Sabar dalam mengharungi cabaran. Dan terdapat juga kesabaran dalam memburu 'impian'. Perspektif drama dan novel ternyata amat berbeza. Penerbit drama melihat naskah novel menurut perspektif drama, juga terpaka mengikut perkembangan 'arus perdana', melihat kemahuan penonton, keperluan nilai komersial drama dan sebagainya. Jadi nilai intelektual yang tinggi dalam novel agak tersembunyi apabila dialihkan kepada penerbitan drama. Sikap kesungguhan, dinamik, kesabaran, ketabahan contohnya yang digambarkan secara halus dan terperinci dalam novel, bampaknya seperti 'retorik' kerana sukar digambarkan dengan teliti dalam drama. Semua ciri-ciri ini hanya boleh dirasai dengan perasaan yang 'halus' yang ada dalam jiwa penonton seperti saya! Janganlah disalahkan drama, jika anda gagal merasai semua perspektif yang tersirat di dalamnya. 'Yang tersirat dan tersurat' hanya boleh dijiwai oleh penonton yang menonton dengan mata, jiwa dan minda! Jadi, jika anda hanya dapat melihat 'cinta' dalam drama-drama tersebut, saya sangat bersimpati dengan anda!

   Bacalah novel dengan 'mata yang terbuka', 'minda yang terbentang luas'. Tontonlah drama adaptasi dengan mata, jiwa bagi menilai semua elemen 'tersurat dan tersirat'. Atau mungkin perlu menonton bersama saya, supaya saya boleh menghuraikan elemen tersebut kepada anda! Barangkali!  

 

Saturday, January 12, 2013

Tahun baru

                Sudah lama tidak menjengah blog sendiri. Saya meminta maaf banyak-banyak kepada individu yang mengutarakan soalan ini. "Ingin tahu bagaimana mendapat chia seed." Saya agak lama tidak mengintai blog dan tidak ternampak soalan di ruangan komen.

    Chia seed saya beli daripada outlet COSWAY. Semasa penjualan dahulu, harganya murah, rm 39.00 (kalau tak salah saya) sekarang harga biasa, mungkin dengan harga yang lebih mahal. (ada sedikit diskaun) COSWAY ada di kebanyakan tempat, di mana-mana sahaja.

   Chia seed juga ada dijual di beberapa tempat lain, di supermarket, di bahagian organik. Tetapi harganya jauh lebih mahal.

   Dan saya masih terketar-ketar mahu menghabiskan manuskrip, sebelum akhir bulan Januari. Doakan saya ya. Seandainya, tuan/puan ada pertanyaan yang berhubung idi kandungan blog, lebih baik menghantarnya ke ruangan 'message' facebook' saya. Saya 'meronda' lebih kerap di sana! Terima kasih.


Monday, December 17, 2012

Selepas cuti yang panjang...

  Sebelum cuti sekolah saya bergelut dengan tugasan sekolah. Melelahkan. Dan sebaik sahaja cuti sekolah bermula, berkesempatan ke luar negara (tidak jauh, hanya Vietnam) Percutian bersama 'keluarga' dari sekolah yang menyeronokkan. It's really fun. Dan setelah beberapa hari, kembali semual ke rumah.

  Berada di rumah sebenarnya satu cabaran dalam menyiapkan manuskrip kerana terdapat kerja sekolah yang tidak lengkap lagi. Jadi terpaksalah menghabiskan kerja sekolah yang terbengkalai. Dan setelah itu, kononnya mahu meneruskan usaha menulis manuskrip yang sudah beberapa bulan tertinggal... Opps. Berasa di rumah sememangnya satu cabaran terbesar, kerana semasa bekerja, hanya beberapa jam sahaja yang dihabiskan di rumah. Dalam beberapa jam, yang perlu ditolak dengan kerja rumah, kerja sekolah, memasak, mandi dan senarai yang panjang, barangkali, masa yang sedikit, perlu digunakan untuk berehat. Muli purpose yang biasa disebut ramai suri rumah. Berehat + menonton tv + melipat pakaian, atau menggosok pakaian . Atau sekadar menonton TV dengan hujung cari dan sepasang mata (dgn kes saya dua pasang, mata + kaca mata) sibuk membaca status teman2 FB. 

  Ada masanya saya sekadar 'like', ada masanya mencatatkan komen. Ada masanya hanya membaca tanpa sebarang 'like' (sebab atas alasan tidak memerlukan like seperti berta sedih, mengata orang atau mengkritik pedas negara kita) Kadangkala juga tidak menulis sebarang komen kerana tidak mengetahui apa komen 
 yang sewajarnya.

  Dan cabaran berada di rumah adalah, dengan masa yang sedikit berlebihan disebabkan tidak perlu keluar bekerja, adalah, mata akan cepat terlihat akan abuk, atas tempat-tempat di rumah yang memerlukan 'sentuhan emas'. maklumlah, dengan udara kita yang semakin tercemar (seluruh dunia sebenarnya) dengan segera dan cepat 9sepantas kilat) ruang rumah, rak buku dan sebagainya, akan cepat berabuk. dan bermulalah kerja-kerja yang tidak dirancang. mengelap, mengemop dan sebagainya, dan akhirnya memakan masa 3-4 hari (dan manuskrip terus terbengkalai...) hehehehe. Dan tidaklah pelru menyalahkan sesiapa. kebersihan asas keimanan!

 Dan selepas itu bercuti ke Langkawi. Dan singgah dua hari di Hotel Tandop. Saya kira hotel yang baru dibuka (dalam dua tahun) sangat bersih dan selesa dihuni bersama empat orang ahli keluarga. kami bermalam di sana kerana mahu menghadiri Majlis perkahwinan seorang teman rapat di Kangar, dan selepas itu, terus ke Padang Besar! Heaven! Dapat membeli belah sedikit sebanyak menjadi 'remedi yang melegakan'. Hehehehe. Dan kelakar melihat muka suami yang tension di sana. maklumlah, sesak dengan orang ramai, dan tiada sesuatu pun untuk dia. Itu kata dia. Pada saya, banyak benda yang dapat dibeli. Sabun beras yang murah. Seluar jeans biarpun buatan Thailand (apa salahnya, kualitinya baik sekali) dengan harga yang sangat berpatutan. Dan akhirnya, sang suami bertemu dengan seluar memancing! Hah heaven. Pasti dia mahu ke sana lagi bila dia telah selamat bershopping.

   Beberapa hari di Langkawi dan saya kembali ke sini, dengan niat, menyambung manuskrip... Sambung, jangan tak sambung...

Akan datang, remedi mandian dari rumah. Memang best. Saya akan menulis kandungan dan cara melakukannya.

Monday, December 3, 2012

Peraduan promo Novel Nora Fuad

   Ketika melawat ke Vietnam beberapa minggu lepas, saya mendapat idea untuk mengadakan peraduan untuk pembaca novel-novel saya. Hadiahnya tentunya ekskutif dari Vietnam. Saya akan beritahu hadian-hadiah yang saya sediakan setelah saya dengan rasminya membeli tiket penerbangan dan tempahan hotel di sana. Maklumlah, jika tidak pasti, tentulah tidak seronok untuk berjanji pulak!

  Jadi, bagi anda yang telah membeli ketiga-tiga novel saya, DIMENSI CINTA (KARNADYA), CINTA SIKUNANG-KUNANG (KARNADYA) & PURNAMA MERINDU (BUKU PRIMA) silalah kumpulkan ketiga-tiga novel tersebut berdekatan supaya mudah bersedia setelah saya kemukakan syarat-syarat peraduan nanti.

   Syaratnya tidaklah sukar. Cuma; Pertama perlukan memiliki ketiga-tiga novel saya.

   Kedua: Perlu menulis kenapa anda sukakan novel-novel saya.

   Ketiga: mestilah memiliki blog sendiri, emel dan itu sahaja.


   Saya akan kemukakan syarat-syarat dan etika penuh peraduan ini setelah saya siapkan sepenuhnya syarat-syarat untuk melibatkan diri dalam peraduan ini.






Tuesday, November 20, 2012

Foto ke Vietnam


Trip to Vietnam Slideshow: Nora’s trip to Ho Chi Minh City was created with TripAdvisor TripWow!

Vietnam... part 1

   Lawatan ke Saigon (nama lama) atau Ho Chin Minh mmeberi satu pengalaman baru yang tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Berbeza dengan tempat-tempat lain yang saya lawati, saya berasakan tempat ini wajib dikunjungi lagi; apatah lagi jika mahu melibatkan dengan anak-anak remaja. Biar mereka melihat akan kesusahan orang yang mencari pendapatan. Biar mereka melihat semangat orang Vietnam yang bersusah payah demi sesuap nasi!  Biar mereka melihat bahana peperangan yang pernah melanda. 

   Ramai orang bercerita tentang kurangnya keramahan orang Vietnam dalam menyambut kedatangan tetamu ke dalam negara mereka. I have to say, it's true. Pegawai imegresen yang menyambut kita, mempamerkan wajah serius (100% kemasaman) Andai kita tersenyum pun, mereka tidak menyambutnya. Jadi, jangan fikir anda boleh menggoda atau mengorat! Senyuman sejuta ringgit Viet dong anda tiada maknanya kepada mereka! Tetapi sambutan rombongan kami di sambut oleh Steven yang peramah, sedikit loyar buruk dan amat menghiburkan. Rombongan kami ke sana melalui Syarikat Plus and Plus (ditemani Zara dari Malaysia) dan Tourist guide di Vietnam (steven) Kali pertama saya rasakan, tourist guide kami tidak mebosankan sama sekali, ceria dan sentiasa bertenaga! Cumanya, saya ingin katakan, "Mind his english".. hahahaha.

   Jelas, bahasa inggeris bukanlah bahasa kedua di sini. Pernah dijajah oleh Perancis dan bahasa ini menjadi bahasa kedua di sana. Rata-rata penduduk yang bekerja sebagai penjual boleh berbahasa inggeris (broken English) dan ada yang boleh berbahasa Melayu (sikit-sikit) Jadi keperluan kepada bahasa mesin kira (calculator) adalah sangat tinggi. Jika bertanyakan harga, mereka akan menekan harga, jika  ingin menawarkan harga, tekan pula harga anda! Kira-kira 4 hari di sana, kecekapan saya menggunakan mesin kira sudah boleh mengalahkan seorang akauntan! hahaha



   
 (Gambar-gambar di atas adalah masakan di Restaurat Baba dan Nyonya)
      Kami bertolak kira-kira 2.30 petang dan tiba sejam 47 minit kemudiannya di Lapangan terbang Ho Chin Minh. Disambut oleh bas yang sangat cantik dan selesa. Terus check in ke hotel, diberi masa sejam untuk bersiap dan makan malam. Makan malam pertama di Restaurant Baba Nyonya.

  Masakan mereka lebih kurang Malaysia juga, cuma agak berbeza dari segi asakan yang kita tidak biasa makan seperti batang teratai (gambar masakan yang berwarna coklat dgn hiasan cili) yang dimasak/digoreng dgn sedikit kuah. Rasanya seperti batang keladi. Cuma saya rasa lebih sedap jika dimasak asam pedas dengan isi ikan kembung. Yummy. Kerabu mangga seperti ala-ala thai juga, amat sedap. Selain itu, sup seaweed/ rumpai laut yang saya rasa kurang enak. (sebab tak begitu suka seaweed dan tidak biasa makan dalam bentuk sup, biasanya hanya dalam bentuk snek yang kering) Ayam masak cili, ala-ala Baba dan Nyonya di Melaka juga, telur dadar bercampur sayuran dan akhirnya ditutup dengan rojak buah (sama seperti hidangan kita juga)

  Dan pulang sahaja dari hotel, kami dibenarkan melawat pasar malam. Dari Hotel Kingston kira-kira 5 minit perjalanan sahaja. Dan pada malam itu, saya tidak menunggu lama untuk membeli cenderahati yang saya suka! Gambar-gambar di bawah adalah gambar dalam bilik saya (Hotel Kingston)







Friday, November 16, 2012

Tips ke Vietnam

 Berpeluang melancong ke negara Lembah Mekong menjadi satu pengalaman yang indah. Lebih indah kerana berpeluang menyambut ulangtahun kelahiran pada 11 nov di sana. Walaupun kepergian tanpa suami (sebenarnya tidak best menyambut harijadi tanpa dia) tanpa kek (sebab dikuatiri kek mengandungi bahan yang tidak halal) tanpa jamuan besar-besaran, peluang melihat negara orang, dan tentunya diiringi duit hadiah harijadi daripada suami; tentunya sudah memadai.

   Beberapa tips penting untuk memulakan tips berjalan ke Vietnam.

  1.    Bawa tukaran wang dalam Vietdong/ USD. Boleh bawa matawang Malaysia. Di beberapa tempat seperti pasar malam (berhampiran Bent Than) menerima matawang Malaysia. Dalam pasar Bent Than juga, ada juga yang menjual dalam matawang Malaysia. Kebanyakan jurujual menjual dalam nilai USD dan jika kita mahu membayar dalam VD, mereka akan beri nilai yang lain. Biasanya penjual akan bertanya sama ada kita akan menggunakan USD atau VD.
  2. Lawatan ke sana biasanya akan melibatkan lawatan ke Sungai Mekong serta Terowong Chu chi. Jadi eloklah bawa bersama baju t-shirt yang lebih ke sana. Lawatan ke Terowong Chu Chi contohnya memerlukan kita berjalan selama 2-2 1/2 jam, kita boleh berpeluh sehingga 5 liter peluh..hahaha. Lebih selesa jika membawa baju tambahan ke sana. 
  3. Bawa botol ke mana sahaja anda pergi. Sebaiknya bawalah botol 600ml daripada  Stesyen minyak shell kerana botolnya mempunyai muncul dan botolnya yang lembut, boleh dipicit bagi mengeluarkan air. Kenapa perlu botol seperti ini? Keperluan botol ini adalah kerana tandas di sana seperti kebanyakan negara-negara lain  di luar sana, tidak mempunyai air di tandas. Jadi inilah gunanya botol ini! Terdapat juga hotel yang tidak mempunyai paip dalam tandas. Selagi lagi, anda perlukan botol kosong!
  4. Bawa baju daripada kain kapas, kerana cuacanya yang mencecah 35 darjah Celsius akan menjadikan kita berpeluh. Selain daripada itu, jika baju dibasuh dan ditinggalkan di bilik hotel, tentu baju boleh kering.
  5. Bawa kasut yang sesuai, sebaiknya kasut sport dan juga selipar (kemudahan untuk membeli belah).
  6. Boleh bawa juga baju contoh yang bersesuain jika anda mahu menempah baju daripada tailor (tukang jahit baju) Banyak 'tailor' di kawasan Ben Thant. 
  7. Bawa tukaran wang dalam nilai yang kecil jika mahu mebeli buah. Mereka keberatan memulangkan wang lebihan, sebaliknya hanya menambah sedikit buah-buahan yang dibeli.
  8. Cuba menawar harga sehingga 50% atau 70%. Jika mereka boleh membeli harga, mereka akan beri. jika tidak, bermakna, harga tersebut tidak menasabah. Jangan bertanya harga barangan jika anda tidak berminat untuk membeli. Juru jual kerap memarahi jika hanya bertanya tanpa ada niat membeli.
  9. Silalah bawa kalkulator supaya memudahkan pembelian. Harga tukaran wang akan lebih berpatutan di Sogo KL (di bahagian bawah, bersebelah farmasi) Jalan TAR KL, One U (new wing) di bawah Restoran/Cafe The Garden; bersebelahkan kedai surat khabar/meps Maybank. Pada masa saya pergi, tukaran adalah dalam nilai RM 157 = 1 juta VD. Juga sila bawa tukaran USD. Jadi lebih kurang 6369 VD = 1 ringgit. Semua harga dalam VD, mesti dibahagi dengan 6369.  1 USD = RM 3.
  10. Lebih baik jika pembelian tiket dibeli secara berkumpulan. Di Vietnam, kumpulan secara 4 orang dibenarkan. Bermakna, anda mesti membeli tiket secara bersama maksima 4 orang. Dengan cara ini, jika mana-mana individu yg mempunyai beg berlebihan, melebihi lebih 20 kg, berat yg melebihi ini akan ditampung oleh beg ahli kumpulan lain. Biasanya jika bergerak dalam rombongan yg besar, berat beg akan ditimbang di hotel terlebih dahulu, dan ahli kumpulan ditenpatkan mengikut berat beg (4 x 20kg = 80 kg) supaya berat tidak melebihi 80kg dan penumpang perlu dibayar lebih tinggi.
  11. Beg-beg kulit boleh dibeli dengan pilihan yang lebih banyak di Plaza Mall (dijual menggunakan USD) dan juga di Delta Mekong. (di sebuah pulau;biasanya anda akan melawat tempat membuat candy, tempat penghasilan madu, buah-buahan) Di sini juga beg-beg dijual menggunakan USD, bagaimanapun duit VD boleh digunakan.
  12. Jangan lupa sun glasses, spray air dalam botol yg kecil, tuala muka, tisu basah (wet tisues) topi kepala bersesuaian dgn cuaca vietnam yang panas.
  13. Duit jangan disimpan dalam jumlah yg banyak dalam dompet. Asingkan sejuta VD dalam sampul bagi memudahkan anda mengenalpasti berapa banyak yg telah anda belanjakan. Sebaiknya asingkan dengan dompet yg anda gunakan di Malaysia.
  14. Jika mahu membeli baju kurung/kebarung, sebaiknya belilah sehelai dahulu dan mencubanya di bilik hotel. Saiz yg mereka sediakan berbeza antara syarikat.
  15. Gunakan hanya teksi VINASUN  kerana hanya syarikat ini (syarikat kerajaan) yg menggunakan meter perjalanan.
  16. Kopi banyak sekali dijual. Biji-biji kopi yang dijual akan dikisarkan dan dibungkus. Sila minta dalam jumlah gram yang kecil seperti 100gram/200 gram. Mereka lebih suka membungkus seperti 500gram/ 1 kg. Kopi yang sedap seperti BLUE MOUNTAIN, kopi tempatan dan ada daripada jenis ekpresso dan sebagainya.
  17. Bijirin yang menjadi snek juga seperti GAJUS, KEKACANG, BIJI TERATAI banyak sekali dijual. Boleh dibeli dalam nilai 500 gram/ 1 kg.
  18. Produk tempatan seperti produk daripada tanduk kerbau juga banyak sekali dijual.
  19. Sila semak kualiti t-shirt yg anda pilih dan dibeli. Kadangkala terdapat juga penjual yg menipu. Kain yang lembut, kain daripada kain kapas ditukar dengan kain daripada jenis yang lain.
  20. Bersedia untuk mendengar perkataan-perkataan einggeris dalam bentuk yang agak kelakar. contohnya, berbunyi, "Can I have you" sebenarnya bermaksud, "Can I help you." Perkataan "I'll rob you here" sepatutnya berbunyi, "I'll drop you here." Perkataan madam, kakak, biasa diucapkan. "Buy, buy, cheap-cheap" kedengarannya seperti, "bye-bye, cip-cip". Jadi bersedia untuk senyum-senyum sendiri.

Sunday, October 28, 2012

Akan diterbitkan. Buletin Langkawi november 2012



Pulau Lagenda Langkawi begitu dekat di hati penulis ini yang menggunakan nama pena Nora Fuad. Nora Fuad baru menghasilkan tiga buah novel dengaan tajuk Dimensi Cinta, Cinta Sikunang-kunang dan Purnama Merindu. Projek manuskripnya yang ke empat akan diterbitkan awal tahun hadapan, dan beliau masih berusaha gigih bagi menyiapkan novel ke lima beliau. Walaupun berada jauh dari Pulau Langkawi, beliau telah menggunakan latar Langkawi ke dalam penulisan novel pertamanya yang diberi jodol Dimensi Cinta. Dimensi Cinta yang diterbitkan pada penghujung tahun 2009 bukan sahaja mengambil latar Langkawi, malah diberi ‘sentuhan emas’ dengan meletakkan latar London, Adelaide, Tasik Kenyir sebagai latar novel. Kepada beliau, latar gabungan tempatan dan luar negara secara terperinci bagaikan member nafas yang berlagu kepada kehidupan cinta yang menjadi tema utama novel pertamanya ini.

                 NORA Fuad, nama pena bagi Noor Arba'iah Ismail yang menggabungkan namanya dengan suami dan membawa maksud cahaya penuh kejiwaan, berkarya sejak berusia 17 tahun dengan menjadikan majalah sebagai medan percubaan untuk mengasah bakat dalam dunia penulisan kreatif. Bagaimanapun hobi menulis ini terhenti sekian lama sehinggalah mendapat inspirasi untuk menulis kembali hasil desakan seorang teman baiknya, Aznisyah.

                  Nora mewarisi bakat penulisan daripada bapanya, Ismail Yaa’cob yang mahir menulis seloka dan dikenali sebagai Cikgu Man oleh masyarakat Langkawi serta berkongsi hobi yang sama dengan ibunya, Salma Ibrahim, iaitu membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

                     Inspirasi penulis adalah menulis buku yang dilengkapi dengan Konsep i-novel (intelektual novel) Penulis percaya hanya pengetahuan sahajalah yang akan dapat membantu aspirasi negara dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai Minda Kelas Pertama seperti yang diwara-warakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi idolanya.

                    Konsep i-novel diteruskan dengan novel kedua ‘Cinta Sikunang-kunang’. Kisah klise bagaimana sepasang kembar dalam memperjuangkan kehidupan, cinta dan cita-cita. Penulis masih lagi menekankan konsep pengetahuan seperti ‘Dimensi Cinta’ dengan mengutamakan watak-watak utama sebagai seorang yang mempunyai kelulusan dalam akademik dan berjaya dalam hidup termasuklah bidang perniagaan dan pertanian.

                               Penulis sekali lagi menengahkan latar Langkawi, dan kali ini memfokuskan ‘Pulau Tuba sebagai lokasi cinta’ dalam novel terbaru, ‘Purnama Merindu’ keluaran Buku Prima. Ternyata percubaan penulis berjaya meletakkan novel ini sebagai jualan terbaik Buku Prima dalam bulai Julai 2011. Berlatarkan Eropah, dan masih lagi mengekalkan konsep I-Novel.


                    Penulis menjelaskan mengapa beliau gemar menggunakan latar Langkawi dalam novel-novelnya. Menurutnya, Langkawi adalah ‘nadi’ kehidupannya. Di pulau ini, dia membesar dengan penuh kasih sayang. Novel ini mengutamakan akademik mengenengahkan intelektual dengan memokuskan tarak pendidikan sehingga ke taraf PhD, berlatarkan Eropah seperti Vannes, Belgium dan sebahagian Australia. Kemuncak kepada novel ini adalah Novel Purnama Merindu keluaran Buku Prima ini telah terpilih antara empat belas buah buku yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Ipoh Perak pada malam 15 Mei 2012. Penganugerahan begini menjadi pemangkin yang manis sekali kepada penulis novel yang amat suka dengan kerjayanya sebagai pendidik.

                           Projek penulis yang ke lima masih lagi berkonsepkan I-Novel dan dijangka menamatkan manuskripnya pada bulan Disember ini. Harapan penulis, konsep I-novel yang diutarakan, akan dapat menginjak pembaca ke era baru pembacaan. Membaca dengan tujuan mendapat ilmu, bukannya sekadar membaca cerita dan mendapat hiburan. Pembaca yang berminat untuk membaca tentang novel-novel penulis ini boleh melayari www.norafuad.blogspot.com untuk bacaan lanjut.