Kadang-kadang resah juga apabila ada kawan yang meminta carikan hotel atau penginapan...bukannya apa, 'short term noticed' seminggu dua... dah 'jenuh' (kata orang Kedah maksudnya banyak kali mengingatkan,perlu awal sekurangnya 1 bulan, paling selamat 2 bulan) Langkawi tu bukannya pulau saya...kalau family saya yang punya, okay, saya boleh tolong.. sebaiknya kalau mahu ke Langkawi, booking 2 bulan lebih awal terutama apabila ada LIMA 2009. Kalau LIMA bermula Disember, November booking sudah penuh.Kebanyakkan syarikat-syarikat luar sudah datang untuk latihan sebulan lebih awal.
Sebenarnya banyak hotel dan chalet di Langkawi,hampir 50 rasanya,tapi tidak semua diiklankan di internet. Nantilah kalau saya balik nanti, saya cubalah cari number hotel kalau anda sudah terdesak sangat mahu ke sana. Banyak chalet yang murah, tapi kadangkala apabila ramai sangat pelawat, ada banyak masalah timbul. Paling selesa kalau mahu mandi laut,di Chenang sahaja. Tempat lain susah mahu berenang di pantai.Makan minum pun senang juga,LIMA juga tidaklah jauh sangat daripada Pantai Cenang.Tapi taklah juga boleh berjalan kaki. Jangan makan di kawasan LIMA kecuali anda mahu korbankan duit poket anda.. mungkin ada juga yang murah,pandailah bertanya harga terlebih dahulu,sebab kalau sudah makan, tiada peluang 'meluahkan' balik makanan.
Tidak sabar mahu balik bercuti, bestnya. Makan udang banyak2 tapi kenalah exercise sebelum balik,nanti kolestorel meningkat pula.
Saya tidak tahu kalau parent apakah saya akan enjoy kalau bapa dan mama saya tinggal di tempat lain, New York ke, atau London.Tidak dapat untuk membandingkan sebab mereka di Langkawi & saya pula belum pernah ke New York atau London...But still i'M lucky that they live at Langkawi... Balik ke Langkawi menggembirakan kami walaupun boring giler menaiki bot yang kelajuannya bagai kapal selam 'pencen'.. adus.. bot yang enjin tiga hanya memasang 1 enjin.. rasa banyak kerugian di atas feri... tapi apa nak buat... pilihan hanya dua sahaja, terbang atau menaiki feri sebab anda tidak akan dapat berenang ke Langkawi... mahu pun menyelam serta berjalan kaki ke sana... (p/s saya sudah cuba berenang,menyelam dan berjalan kaki, semuanya gagal...jadi hanya boleh menaiki feri yang slow atau 'terbang'.. ) Untuk terbang pula memerlukan anda merancang percutian anda,malangnya bagi kami saya mungkin tiba-tiba perlu menjaga exam yang diberi 'short noticed' atau suami pula ada hal... jadi apalah daya.. Ada juga berangan mahu menerbangkan jet peribadi sendiri macam John Trovolta,apalah daya,duit tak ada... la pulak... siapa yang sanggup donate untuk jet peribadi saya? (kalau ada yang sudi,tentu saya sudi membawa anda ke Langkawi)
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Selamat ulangtahun untuk suami... 3..5..08.. entah keberapa ya? dia kata, usia hanya nombor.. itulah yang saya katakan juga... Semoga pan...
-
PROMO NOVELIS NORA ISMA FUAD Promo novel Nora Isma Fuad sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Berlangs...
-
Apabila membuka akhbar hari ini,terpandang sahaja tajuk 'perang suami isteri'pasal balik kampung untuk beraya, saya tergelak... alah...
-
Dari Kelana Jaya, menaiki LRT, turun ke Masjid Jamek dan bertukar LRT stesyen, menaiki LRT lain (menyeberang jalan & menaiki LRT ke ar...
-
Blog beesawang, berabuk atau berserrbuk lagi... sebulan puasa, sebulanlah diam tak bertempat. Cuaca dalam ramadhan yang agak panas da...
-
Tetamu. 1.Jika kad jemputan yang anda terima memerlukan anda menjawab jemputan perkahwinan,silalah beri jawapan samaada anda akan hadir atau...
-
Kecoh sedunia gara-gara hak privacy diceroboh. Sejak mutahir ini, sejak zaman 'internet', kamera dan video cam meluas di dunia dan m...
-
Melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan jam 1 pagi, saya sedar saya sepatutnya sudah nyenyak tidur memandangkan esok adalah hari perta...
-
Hari jumaat lepas, kelab Leo sekolah telah berjaya mengadakan perkhidmatan pemeriksaan percuma. Cuma bayar rm 2 untuk...
-
Ketika melawat ke Vietnam beberapa minggu lepas, saya mendapat idea untuk mengadakan peraduan untuk pembaca novel-novel saya. Hadiahnya t...



2 comments:
Salam Nura, menarik sungguh di Langkawi, kwan rasa tak kurang 10kali datang ke sana......
kalau ada apa-apa, hantar je email kat yanggambi@gmail.com
waalaikumsalam,
yang gambi,saya pun rasa begitu, saya pula ke Langkawi lebih 100 kali dah... he he
nora fuad
Post a Comment