Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Sunday, June 29, 2008

Sepi? filem sepi!




Semalam kawan saya Suraida mengajak saya menonton 'Sepi'.Saya tidak menolak kerana saya yakin dengan penerbitnya, pengarah dan bakat pelakon yang dipilih.Ternyata telahan saya bukan sahaja betul, saya beri 5 bintang untuk filem ini.

Plotnya yang disusun secara flashback dan forward, mengkagumkan.Tidak jemu mata memandang dan fikiran ligat memikirkan apa yang akan terjadi selepas itu? malangnya apa yang kita fikirkan tidak akan terjadi.Dalam kata lain, ada banyak unsur 'tricky' dalam filem ini.Semalam asal saya jumpa orang lain dan bersuara pasti saya membincangkan pasal 'sepi' dan sempat mengajak mereka menonton macamlah saya yang menjadi penerbitnya.He he.

Skripnya halus sekali sentuhannya.Kadang-kadang tak banyak perkataan perlu diluahkan, tapi satu perkataan cukup bagi menggambarkan kesemuanya... saya masih ingat satu babak dalam filem itu.. si suami keluar tergesa-gesa tanpa mengucapkan ' I love you'.. isternya yang sedang menyediakan sarapan mengucapkan " I love you too".. tiba-tiba suami masuk semula dan mengucapkan " I love you" dan sia anak yang berusia 8-9 tahun mengucapkan " I love you three".. hmmm, sweetkan?

Ada banyak unsur humanisme yang ditonjolkan.Banyak sekali, seperti membantu orang tanpa mengharapkan balasan, melepaskan orang yang dicinta asalkan dia bahagia,kekasih yang terlalu menyintai kekasihnya sedangkan... kenalah pergi tengok sendiri.

Watak dalam filem sama ada watak utama atau sampingan dapat menjiwa sepenuhnya perwatakan yang mereka lakonkan.Mimik muka mereka jelas menggambarkan keseluruhan jiwa atau bahasa hati yang mereka tanggung.Dan saya paling suka watak Nasha Aziz.Kenapa? seperti kata Nabil, " Lu fikirlah sendiri"

Ada satu babak yang begitu romantik, babak main tepung, apa yang berlaku...? kali pertama babak sedemikian diletakkan dalam sedutan filem.. hm... two thumbs up!!!

Malangnya dulu semasa belajar Mass Com saya tidak ambil bahagian penerbitan filem, saya hanya belajar berkaitan kewartawanan sahaja dan penulisan rencana dancerita sahaja, jadi tidaklah saya tahu bagaimana memberi pandangan berkaitan 'shot' atau 'kamera'..malangnya...

Berlatarbelakangkan bait-bait puisi indah yang dijadikan lagu latar, hmmm... meruntun jiwa... kalau tengah frust pergi tengok cerita ni, sure bengkak mata, mujurlah tengah 'hapi'

'Sepi' menggambarkan perasaan bahagia dan duka.Pastinya ada unsur ketawa dan menangis... kalau tidak tahan hati, bawalah tisu sekotak.Saya sendiri yang jiwang, habis 10 helai tisu.. hmm

Saya sudah menonton banyak filem Melayu, betullah sepeti yang dikatakan akhbar, 'Tiada filem Melayu seumpama ini" dan buat kali pertama, saya bercadang mahu pergi menonton filem ini lagi...

Siapa pelakonnya? Lagunya? semuanya pasal filem.. pergilah tonton sendiri, memang tidak rugi???

Saturday, June 28, 2008

Hhh Alamak



Entah macam mana satu hari suami saya bertanya saya," kenapa saya masih simpan gambar bf lama?"

Well, terkedu sekejap.. saya bertanya balik'" gambar apa?" sebab tak ingatpun masih simpan.. saya ni jenis yang sayang mahu buangkan semua nota, kad, gambar..
saya kata," tak ada tujuanpun, saja, sekadar memori" lagipun tak ada masa mahu mengenang peristiwa lama.. he he..

Since, mereka sudah termasuk dalam 'diari hidup' saya, biarkanlah.. apa boleh buat.. bukannya boleh dibuang-buang.. yang pentingnya, saya tidaklah menangis lagi tersedu sedan seperti yang pernah saya lakukan dulu, pada hari pertama, kedua dan hari ke 100 mereka atau saya berpisah... sekarang saya bahkan boleh ketawa bila mengenangkan balik semua itu, entah mengapalah saya sebodoh itu.. apa pun alasannya, itulah 'cinta'... sering buat kita buta untuk melihat keadaan sebenar atau apa yang perlu kita lakukan..

Friday, June 27, 2008

Love me, love me not...




"Jika ada seribu insan, satu tidak menyukai dan menyintai saya, saya harap masih ada 999 yang suka dan cintai saya"

Beberapa hari tidak dapat up date blog, feeling like missing something..tapi bz sangat... kena sediakan kertas peperiksaan.. etc.. hmmm..

Ada beberapa perkara yang begitu menyentuh perasaan.. ada seorang murid, well, saya tidak pernah mengajar dia, tapi kenallah.. bila dia bertemu saya, soalan pertama dia kepada saya," cikgu, saya pergi cari buku/novel cikgu di kedai buku, tak dapun"

I was ... speecheless.. satu bagaimana dia tahu pasal saya.. and my book.. hmm.. saya tanya dia balik " bagaimana awak tahu?" " saya kan baca blog cikgu hari-hari.. cikgu tak aktif beberapa hari ni" dan apa lagi.. " ha ha ha" saya ketawa.. buku sudah dihantar ke penerbit.. 2 bulan dah... tunggu, dua tiga hari sebab kata mereka kadang kala ambil masa 3 bulan untuk sampai giliran baca sebab banyak manuskrip.. tapi kalau lambat sangat, saya akan hantar je ke penerbit lain.. lama sangat... banyak perkara yang ingin saya 'share' bersama pembaca, jika anda sudi baca... love doesno't means just for man-woman relationship... it's more than that..

Ada murid saya bertanya, "teacher, do you love me?" so I replied, "yes, I do... in fact , I love everyone .. students, family , friends... love is around us, let share... ' cinta' ini terlalu banyak,kalau dikongsi tidak akan luak,tidak akan basi kalau disimpan lama, tidak juga akan surut atau susut kalau terlalu banyak yang diberi, malah tidak akan ada tarikh luputnya... makin lama dikongsi, akan terasa keserasiannya, makin banyak dikongsi, akan terasa kemanisannya...dan 'cinta' tidaka akan ada syaratnya... bagaikan Rahmat Allah, kita beri sedikit, Allah akan beri dengan lebih banyak lagi... dan saya tidak akan menjadi guru jika saya tidak sukakan 'mengajar'... cuma kadang-kadang bosan dengan gelagat murid yang tidak mahu merasai 'kemanisan' menuntut ilmu bersama-sama.

Ilmu bagaikan 'cinta' juga.. kalau makin dikongsi, akan lebih banyak yang tersimpan dalam ingatan dan memori kita, akan lebih 'kaya' kita... tidak akan luak, tidak akan basi, tidak ada tarikh luputnya... dan tidaka akan pernah ada syaratnya dalam menyampaikan ilmu, 'lihat', 'dengar', 'rasai', 'simpan' dan nikmati kelazatan ilmu..

Apabila my sister in law bertelefon dan bertanya saya, kenapa blog saya tidak aktif beberapa hari, sekali lagi saya tertawa lagi..saya rupanya ada peminat misteri rupanya...

Sekali lagi saya tergelak apabila my father di Langkawi sana menelefon jam 8.00 malam tadi, katanya, bungkusan 'hari bapa dan hari ibu' saya sudah sampai (hmm belated.. saya sudah beri mama saya sebelum ini, bapa saya yang belum)katanya " blog tak aktif beberapa hari dah!" saya tertawa lagi... bapa saya juga baca blog saya.. he he..anehkan zaman teknologi, kita berkomunikasi dengan cara kita sendiri..

Seorang murid saya berkata, tulisan di blog saya besar sangat.. mulanya saya terfikir untuk kecilkan sedikit saiz tulisannya, tapi bila difikirkan balik, inikan blog saya, saya akan buat apa sahaja yang saya suka, kenapa saya mesti ubah mengikut kehendak orang lain.. saya tidak akan paksa anda baca dan saya tidak akan perlu lakukan itu... so 'my blog' 'my wish' betulkan?

Saya teringat akan talk yang dikatakan oleh Puan Aina Emir, dalam menjadi penulis anda akan berdepan dengan pelbagai situasi, yang berkata 'itu dan ini'.. sepatutnya anda akan tetap menjadin anda.. dalam seribu manusia, pasti ada seribu ragam..

Ayuh jadikan hari ini dan esok memberi manfaat kepada orang lain... sebarkanlah 'cinta' ke seluruh pelusuk alam...

Sunday, June 22, 2008

I Luv Islam




Sebagai muslim, saya berharap agar saudara Islam akan sentiasa mengingatkan antara kita tentang peraturan Islam dalam kehidupan kita...

Bacalah...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bacalah... seruan Allah yang pertama.. tanpa mengira apa sahaja pengetahuan, asalkan dengan niat mendapatkan ilmu, semoga Allah akan memberi ganjaran kepada kita...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Bengkel penulisan KarnaDya




Sabtu 21 Jun 2008, Bengkel Karnadya telah diadakan di Perpustakaan Kuala Lumpur. Mendengarkan nama Perpustakaan KL inipun, hati terasa 'hhmm' kat mana ya.. ada peta dan arah tuju yang dilampirkan di ruangan web KarnaDya, pun hati terasa .. masih tidak pasti..

saya keluar lebih awal, sepatutnya dalam 15 minit sahaja ke sana, tetapi sebab kurang pasti arah jalan ke sana, saya keluar 45 minit lebih awal.Library itu terletak di belakang padang merdeka.Sepatutnya masuk melalui hadapan padang Merdeka (mengikut peta yang diberikan)Alih-alih bila sampai ke jalan menuju jalan Raja, jalan itu ditutup pulak.. ada perarakan ... alamak, sudah! Hati dan fikiran mulalah jadi keliru... ada 20 minit lagi sebelum majlis dimulakan..

Jantung rasa berdebar-debar...saya memang tak suka lambat ke satu tempat atau majlis.Kalau saya berjanji saya akan pastikan saya akan tiba 10 minit lebih awal daripada masa.Sejak dari kecil lagi, keluarga saya dididik sedemikian rupa.Saya ingat semasa kecil dulu, kalau dikatakan jam 9, maknanya jam 9 sudah berada dalam kereta.Bapa saya akan menghidupkan enjin kereta tepat jam 9.

Setelah berpusing-pusing entah ke mana arah, saya berdoa dalam hati, janganlah saya lambat... tak best la.. akhirnya berjumpa juga, 5 minit sebelum jam 10.00 pagi.berlarilah saya ke perpustakaan itu.Dalam perjalanan bertemu ramai abang-abang tentera.. he he... Setelah mendaftar, saya masuk ke dewan, memilih tempat paling depan (memang tak suka duduk di belakang majlis ilmu- pantang sangat-sangat.. tapi kalau meeting, tak mengapa di belakang, he he)

Pihak KarnaDya terpaksa memulakan majlis 15 minit lebih lewat memandangkan ramai lagi yang belum tiba.Ternyata bengkel ini tidak mengecewakan sama sekali.Banyak tips yang berguna.

Dimulakan dengan saudari Lim Fei Fang(harap namanya betul- anak kepada Lim Swee Tin, orang besar satera juga) menerangkan berkaitan KarnaDya dan seterusnya format penulisan. (sebenarnya saya sudah tahu, ada buku rujukan berkaitan ini tetapi masih tidak rugi mendengar dan mencatat)dan banyak lagi pengetahuan yang masih tidak saya fahami, sebab syarikat penerbitan yang berbeza, berbeza juga syarat-syaratnya...

Saya bangga sekali mendengar bahawa, KarnaDya sangat mementingkan budaya mendaulatkan 'Bahasa Melayu' yang sekarang ini dikenali dengan Bahasa Malaysia.Mereka sangat pentingkan ketepatan ejaan malah penulisanpun tidak dibenarkan menggunakan 'manglish', B Malaysia + Bahasa Inggeris.Hmm, nampaknya inilah perkara yang saya sering buat... kebiasaan, kalau orang dengar saya bercakap, memang rojak, manglish... saya kira tidak salah menulis menggunakan manglish, supaya dapat natural, macam kita bercakap... tapi menurut, Fang, buku-buku mereka kebanyakkan dihantar ke library (opps perpustakaan) jadi, adalah penting bagi memastikan buku-buku mereka tidak diputar penggunaan bahasanya..nampaknya saya kena edit banyak manglish dalam penulisan saya...

Sesi kedua, oleh Encik Faez/Faiz( tidak pasti ejaannya) berkaitan pemasaran KarnaDya.Well ternyata tepat sangat kenyataan dia, Malaysian kurang membaca.Pernah dinyatakan Malaysian hanya membaca dua buku sahaja setahun, bukan bagi sayalah.Saya banyam membaca.Saya suka membaca.

Dan Sesi ketiga, yang paling saya tunggu, Puan Aina Emir.Seronoknya rasa dapat bertentang mata dengan Puan Aina.Ransangan yang diberikan sangat memotivasikan diri... hmm bukan senang mahu menjadi penulis, perlu kominmen, disiplin. saya tuliskan petikannya yang sangat menarik hati saya

" Buku adalah makanan minda dan jiwi.Berilah inspirasi kepasa mereka.Apabila jiwa tertekan, jiwa yang sama juga perlukan penawarnya.Jadikanlah bangsa kita bangsa yang membaca.dan pesanannya, tulislah dengan mata, hati dan jiwa raga."

" Penulis juga perlu bina identiti diri.. otu yang penting"

Saya tahu dan sentiasa sedar, saya kurang disiplin..saya habiskan buku pertama saya setahun... Jun 2007-jun 2008, maksudnya, tiada displin langsung... kenalah ubah keadaan itu...

Saya setuju benar dengan kata-kata Puan Aina yang menyentuh bahawa, 'paradigma minda orang kita mesti diubah.Novel cinta bukannya tidak membina minda." itulah niat saya dalam penulisan, menyampaikan ilmu dalam bentuk santai. Membaca sambil pengembara dan mengutip ilmu pengetahuan... kalau tidak takkanlah saya duduk di depan internet berjam-jam lamanya untuk mengutip fakta sebenar.. saya tidak mahu masukkan fakta palsu dalam novel saya... itu satu tanggungjawab dalam agama dan sosial, hanya menyatakan ' sesuatuyang benar sahaja'

KarnaDya juga ternyata sangat merendah diri..saya ingat lagi ucapan terkahir Lim Fei Fang.. ada sedikit jamuan ringan oleh KarnaDya.. saya bayangkan ada kueh-kueh sajalah.. sebenarnya tidak kisah kalau tiada jamuan sekalipun... kursus secara percuma, apa lagi yang kita mahukan?

Ternyata nasi putih, bihun goreng, ayam panggang, kueh, buah-buahan dan minuman bukanlah sepatutnya disebut 'ringan'..being humble... terima kasih KarnaDya..

Kalau anda diberi peluang dan bercita-cita menjadi penulis, jangan lepaskan peluang jika ada ditawarkan oleh KarnaDya.. saya dengar-dengar Nov/Disember depan..jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Saturday, June 21, 2008

Love in the time of cholera...



"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair that takes place over the course of 50 years. … It is so beautifully written that it really takes you to another place in time and will make you ask yourself—how long could you, or would you, wait for love?" — Oprah

Second book tu, well saya kurang setuju apa yang dikatakan Oprah.Ulasannya bagus sebab this man (well saya belum habis baca, curi2 baca kat kedai popular je)walaupun meniduri ramai wanita, perasaannya disimpannya kepada kekasihnya berpuluh tahun lamanya.. 5o tahun menyimpan cinta.. tapi kalau asyik bertukar pasangan... bagi bukan Islam, perkara begini mungkin tidak menjadi kesalahan... pada saya, sudah melangkaui agama dan Adat serta resam sosial biasa kita..pada mulanya saya ingat mahu baca sampai habis, ialah mengkagumi juga akalau boleh mempertahankan 'cinta' sehingga 50 tahun.. tapi kalau setakat bertukar wanita...dan kemudian menyatakan 'cinta' masih menyala.. hmm.. tidak untuk saya.

Friday, June 20, 2008

Deceptively Delicious



Saya suka menontoh Oprah Winfrey Show, terutamanya rancangan Oprah's Book Club dan Dr Oz.. banyap tips berguna untuk kita.Temubualnya pendek, kalau lama juga tapi tidak menjemukan... tidak seperti kebanyakkan rancangan 'talk show' Malaysia.. boleh tertidur depan TV.

Saya tidak ingat sangat bila tarikh saya menyaksikan satu program Oprah book's club yang menceritakan perihal buku ini.. ringkasannya:

About Deceptively Delicious

As a mother of three, Jessica Seinfeld, like many busy parents, used to struggle to get her kids to eat right. In Deceptively DeliciousSM, she shares her solutions: Easy, mouthwatering recipes that even the most overwhelmed families can make—stealthily packed with unseen veggies, pureed so kids will never suspect. Deceptively DeliciousSM has all of Jessica's winning combinations, including cauliflower in mac and cheese and spinach in brownies. She also shares tips on making healthy snacks and improving store-bought foods, as well as advice on creating a positive environment around the kitchen table. Deceptively Delicious is a godsend for all parents who want healthy kids, peaceful family meals and to never again have to say, "Eat your vegetables!"

Demo yang ditunjukkan, I can say , 5 bintang... bagus sangat untuk anak2 yang tidak suka makan vege... saya mesti cari buku ini di kedai buku.. bimbang juga, di malaysia ni kadang2 sukar mencari buku yang bagus, dan kalau ada, mahal...ada dia bake kek, cookies dan sebagainya + vege, yang distim + yang diblend (tanpa air)+ simpan dalam beg kedap udara (atau terus guna)

Well. kita sebagai orang dewasapun kadangnya susah mahu makan vege..barangkali kalau saya sudah beli, saya boleh share beberapa resepi yang berguna..kalau saya masak, sebab minggu ni sahaja, dapur saya belum berasap lagi... teruknya.. sabtu dan ahad, insyaallah..bolehlah masak..

Mahu gantikan cikgu dengan cikgu UPSR atau guru PMR?

Seminggu ini saya masih dengan idea yang bermula dengan hari selasa..kisah saya dan teori ijazah saya.. atau cikgu dengan Ba (Hons) dan Bs(Hons)... sebelum saya mulakan saya tanya dulu : Hari ni awak mahu cikgu ajar atau cikgu UPSR atau cikgu PMR (tingkatan 4) yang ajarkan?

Murid dah pandai sikit: cepat-cepat dia jawab, 'cikgu la'.. he he..saya sudah berjaya kenakan mereka.Mungkin minggu ni selamat la... minggu depan tak tahulah pulak, mungkin kena cari idea lain pulak.. ha.. ada idea tak?

Ada saya ceritakan 3 kisah cikgu saya yang tak akan saya lupakan sampai kini...

1.Nama guru BM saya, semasa f 1, namanya Puan Faizah.. orangnya biasa saja, tubuhnya tinggi, bersaiz agak besar... tidaklah garangpun, tapi masa tu, kitaorang takutnya terkulat-kulat... satu hari, ada la dia bagi karangan, hari khamis, hari ahad dia masuk kelas...

Katanya: cikgu akan panggil nama, orang itu akan berdiri di hadapan kelas dan bacakan karangannya... tup-tup, dup-dup, put-put, bunyi jantung... sebabbnya, saya hanya mengarang dalam 2 muka saya... tajuknyapun masih saya ingatkan lagi, Buah-buahan di Malaysia.

Selepas nama kedua, saya kena panggil, alamak... mahu dijawab tidak habis, takutttttttttttnya separuh mati, kalau kena marah, macam mana? jadi keluarlah jugak dengan beraninya... mulanya baca je la, bila dah habis, cakap je terus jugak, sebab tak berani mahu jelaskan perkara yang sebenarnya.Ungkapan 'berani kerana benar sudah tidak boleh digunapakai lagi.Jadi selamatlah saya... agaknya, bakat berbahas atau memberi syarahan memang sudah lama berakar dalam diri... he he.. saya rasa cikgu Faezah barangkali tahu saya tidak siapkan karangan, cuma keberanian saya menyelamatkan saya...

Kedua, masa tingkatan 5, saya lupa bawa karangan saya... asrama saya cuma beberapa puluh meter sahaja.Kalau saya cakap tidak bawa dan minta balikpun, tentu cikgu saya akan benarkan..Tapi, saya tidak berani memberitahu Puan Jamsiah yang lembut orangnya.. saya tulis je dalam buku lain, kat tengah...masa loceng, semua kena hantar buku.. jadi saya tak hantar la, bila loceng berbunyi je saya terus berlali balik ke asrama, salin semula karangan saya ke dalam buku yang sepatutnya, berlari menghantar buku karangan saya ke bilik guru.. Puan Jamsiahpun sebenarnya sudah pulang ke rumah... punyalah takut dengan guru... murid2 saya, sekarang ji rilex je memberitahu,

'cikgu, lupa la buku' 'tinggal kat rumah'

kadangkala saya sampuk juga ' kenapa tinggalkan dekat nenek awak?'

ketiga, masa tingkatan 3, ada seorang cikgu ni, ajar perdagangan dan akaun, dia sangat pilih kasih... kami yang di asrama ni, tak faham apa satupun, penggal satu semua gagal... 6 orang saja lulus, sebab mereka tinggal kat luar asrama dan pergi tusyen... jadi masa mengajar, cikgu ni asyik mengajar yang berenam itu sahajalah... kami semua ni diabaikan...

sayapun berfikir, macam mana nak cari jalan supaya cikgu beri perhatian kepada saya... ambik contoh buku akaun, tengok soalan dan contoh jawapan, selangkah demi selangkah... akhirnya faham juga..kena nasib saya yang sangat baik, soalan yang saya tengok tu keluar bulat-bulat dalam exam.. ada juga berbincang dengan 4 orang kawan kat asrama.. jadinya kami semua lulus dengan cemerlang, skor lagi... 80+++ .. sejak itu, kami juga jadi 'pets' cikgu tu... moral of the story, sepatutnya murid mencari jalan untuk mendekati cikgu... saya tegaskan dengan murid2.. mereka sangat beruntung, saya tak pilih kasih... saya sayangkan semuanya walaupun ada yang nakal.. kalau saya marah, sampai di situ saja, tak pernah saya simpan dalam hati dan geram sampai bila...

Tugasan saya kepada satu kelas, kenapa perangai dan sikap murid abad ke 21 berbeza dengan dengan abad ke 20? Biar mereka fikir-fikir di hujung minggu ni...

Cuma satu soalan saya, murid suka sangat ajak guru buat rombongan ke mana-mana... contohnya mahu ke Melaka.Saya kata, ajak la family awak.. kata mereka: lagi best pergi dengan cikgu dan kawan2... saya kata, 'iya ke' ... atau mereka saja mahu bodek cikgu mereka.. hmmm entahlah...

Anda cintakan guru anda tak?



A Thought on Appreciation



"Live in the moment and treasure every breath. I know for sure that to be present with yourself is the most important gift you can have. Appreciate now so that the next hour and the next year don't slip away unnoticed. Every moment matters."


— Oprah



Ada di antara murid saya, apabila saya ajukan soalan ini semasa di luar kelas , semasa bersembang kosong, dia tergelak-gelak...kalau semua cikgu saya cinta, habis la! Mereka salah faham rupanya, saya katakan perkataan 'cinta' bukan merujuk kepada cinta 'boyfriend-girl friend' sahaja.Cinta boleh dirujuk kepada definisi yang lebih meluas, sila rujuk di bawah definisi 'cinta'...

Kalau anda lihat keliling anda,pasti anda akan terpendang, terlihat, terdengar akan pasangan yang sedang 'hangat bercinta'...masa itu, pastinya pasangan akan berlakon macam-macam.Semuanya berlagak baik, sopan dan memanjakan pasangan, tengah 'hot' bercinta... kalau sudah habis perasaan itu, barulah dia tahu... terkejut mendengar rakan sekerja yang bercerita tentang kawan-kawannya, bercinta, kahwin dua bulan, sudah bercerai kerana dia rasa tertipu.. hmm.. fikirkan sendiri?

Saya pasti kalau anda kaitkan cinta dalam hubungan 'guru' dan 'murid'.. situasi pasti akan boleh di'selamatkan' daripada keadaan tidak mahu mendengar, beri lebih perhatian, akan cuba melangsaikan kerja rumah, mencuba untuk tidak gagal peperiksaan, tidak putus asa.. boleh dikatakan tidak akan cuba menerapkan sindrom bebalism dalam diri.. (silalah refers kepada petikan bebalism- utusan malaysia sebelum ini)

Tiga kelas baru-baru ini, saya tujukan soalan.

Saya : " cuba awak lihat jiran sebelah anda".. murid saya pandang-pandang seperti yang saya minta dengan sedikit kehairanan... entah apa pulak cikgu ni..agaknyalah...

saya : " kawan awak ni agaknya, apa kelulusan tertinggi dia agaknya?", nampak muka mereka lagi menjadi keliru...

saya: " tentulah UPSR, sebab awak semua belum mendapat sijil PMR", ada yang tersenyum, tapi saya tahu mesej saya belumpun sampai lagi.

saya :"awak agak, sijil apa yang cikgu ada", kebanyakkan tidak tahu.Ada yang kata, stpm.. huh, terkejut juga, mereka kebanyakkan tidak tahu.. hampir 100% guru di sekolah menengah ada sijil Ba(hons) atau B.s (Hons)Kita tidak mungkin, ada sijil daripada kedai kopi untuk mendidik...

saya: " cikgu pelik apabila, cikgu yang ada kelulusan Ba(Hons) ni, kurang didengari dibandingkan dengan guru UPSR di sebelah awak", ada yang tersenyum sumbing.Tidak kurang pulak tersenyum kelat... ada yang tergelak-gelak..

Disebabkan mereka suka dengar cikgu UPSR bercakap, saya panggil kawan-kawan mereka sendiri, meminta mereka bentangkan isi-isi atau fakta di buku teks, biar mereka tahu, bukan senang berada di hadapan kelas dan audien tidak beri perhatian.. (walaupun seorang dua yang tidak beri perhatian, saya sudah panas hati.. sepatutnya 100% beri perhatian)Saya ingat mahu praktikkan buat beberapa hari... lepas tu baru mahu tanya soalan lanjut: seronokkah beberapa hari dengan guru upsr awak?

Tujuan saya murni, saya harap semua ini akan menyedarkan mereka.. dengan tidak sedikitpun mahu memperkecilkan mereka atau bermegah dengan sijil yang dimiliki.. saya tahu dan sentiasa sedar, murid di hadapan saya akan menjawat jawatan yang lebih jauh baik daripada saya sendiri... mungkin dr, peguam malah perdana menteri, siapa tahu..Sudah beribu murid saya yang menjadi peguam, dr, akauntan...

saya harap mereka tahu, menjadi guru barangkali mudah, mendidik bukanlah perkara senang... apatah lagi dengan situasi budayasosial yang semakin besar 'jurang' antara generasi lama dan baru... ialah budak-budak 15 tahun, walaupun hanya 20-25 tahun, tapi jurang budaya ternyata jauh berbeza... pada hemat saya, generasi moden sudah tidak pandai menghormati guru lagi.. sedih bangat...

Pernah saya katakan kepada mereka, saya dulu, mahu senyum di hadapan kelaspun tidak berani.. takut kalau guru saya bertanya, 'kenapa senyum', takut mahu menjawab kembali... murid sekarang berbeza, sepatah kita marah, dua puluh patah dijawabnya..
Saya harap masih banyak lag 'cinta' yang boleh dikongsi antara saya dan murid... saya cintakan mereka semua... dan kasih sayang itu tidak akan pernah berkurang, and guys, cikgu marah sebab cikgu sayangkan anda!!!

Tuesday, June 17, 2008

Teaching is a bore / boring

Talking about teaching.. I can say, it was sweet, looking back at 199.. the year I start teaching... ten years after that.. it turns to.. yek.. hah.. too bad..

Dahulu, teaching means.. to teach, teaching, marking books.. that's all.Walaupun ada kegiatan kokurikulum tidak ada banyak file sistem,catat tu and ini.. terlalu banyak.. bayangkan minggu ini sahaja, sudah dua hari saya perlu balik jam 6 petang.. hari ini, jam 6.oo petang . Dari pagi jam 7 pagi-6 petang, kerja tanpa henti, berhenti makan etc dalam 1 jam sahaja.Hampir 12 jam bekerja.. rasa tegang urat bahu, mata yang penat dan sengal hampir seluruh badan, dan kerja yang tidak juga surut...balik perlu juga semak emel- ada murid yang menghantar esei melalui emel..

Bayangkan saya dulu sangat sukakan profesion ini, sekarang masih suka, tapi bosan dengan kekangan kerja luar yang terlalu banyak.Bukahkah cikgu sepatutnya mengajar atau melakukan kerja yang berkaitan dengan murid sahaja... kenapa perlu kita sediakan 13 file (jika ketua panitia, file kokurikulum (4 fail bagi setiap persatuan), file murid yang gagal, file adab (guru perlu masukkan markah oenilaian bagi setiap murid- saya sendiri ada 320 murid, kawan saya lagi teruk, ada 12 kelas - 12 x 40 = bayangkan 480 (ada 450 lebih kurang)jika seorang murid, mengambil masa 1 minit, bayangkan kalau 320 murid atau 450 murid)Ini belum termasuk mendengar murid yang datang mengadu itu dan ini, well, kalau mereka berjumpa saya, saya akan mendengar dengan penuh minat, tak ada salahnya memberi pandangan terhadap mereka..

Saya rasa, kalau saya ada peluang mencuba kerjaya lain, saya akan berhenti mengajar.. bosan... anda apa lagi, nanti jangan lupa beli buku saya supaya saya boleh cepat2 berhenti bekerja.. ha ha ha ..

Sunday, June 15, 2008

Maid of Honor




Semalam, saya dan kawan baik, Olis menonton 'Maid of Honor'... saya dapat membayangkan ceritanya mesti lebih kurang 'my best friend's wedding' lakonan Julia Robert.. but ternyata telahan saya salah sama sekali.Motif ceritanya, ringkas: persahabatan dan cinta, tapi lelaki ini tidak nampak semua nilai ini, sehinggalah sahabatnya ke Scotland selama 5 minggu.Dalam tempoh itu, dia baharu menyedari, dia kesunyian tanpa wanita itu.Sangkanya apabila dia pulang, dia akan menyatakan perasaannya, tetapi dia terlambat.Wanita ini sudah dilamar dan akan berkahwin dalam tempoh dua minggu.Dia pulaka diminta menjadi maid of honnor.Bayangkan dalam masa kurang dua minggu, dia mesti merebut kembali 'sang puterinya'.. lucu, romantik dan menyenangkan.. apatah lagi melihat kecantikan Scotland... mengkagumkan..

Dibandingkan dengan filem melayu, yang juga berkaitan cinta... hmm.. rasa rugi membayar RM 6 (itupun menonton pada hari rabu-nasib baik, kalau tidak rugi sahaja duit) kalau ikutkan iklan, macam bagus sangat... malahnya skrip yang terlampau ringan, plot yang ringan tapi banyak yang tidak menasabah... maaflah, tiada lagi filem malaysia, selepas ini.. tidaklah bermaksud mahu ' pro amerika' tetapi banyak lagi yang perlu kita pelajari dalam mem'bikin' filem.. janganlah sekadar tangkap muat sahaja...dalam hati saya, kalau setakat skrip yang macam tu, sayapun boleh tulis... he he

Tidaklah bermakna juga filem melayu tidak bagus semuanya, ada juga yang bermutu seperti 'Heart of Malaya', Puteri Gunung Ledang... The Red Kebaya.. yang peliknya, kadang kala, filem yang bagus, tiada pulak penontonnya.. apa yang tidak kena di sini? agaknya paradigma minda malaysian masih ditahap lama.. yang dicari dalam filem hanya hiburan bukannya pengajaran dan nilai moral dan kemasyarakatannya..
entahlah, tepuk dada tanyalah selera!

Friday, June 13, 2008

Jumpa ex-student, seronoknya...

Menjadi pendidik, tentunya tidak ada perkara lain yang lebih menyeronokkan anda selain daripada berjumpa kembali anak-anak didik anda, seolah anda berjaya mendidik anak anak sendiri...

Dua hari sudah, Agnes dan Edmund (SPM 2005) datang ke sekolah... Agnes sudah ke UK.Saya ingat pada masa itu saya mengajar 5 Belian dan 5 Kempas (kalau tak salah).. 5 belian ni, walaupun murid2nya pandai belaka, tapi diorang ni, boring sikit (sorry... kalau saya tanya soalan, diam, kalau buat lawak tu pun, kena gelak dalam hati sendiri, macam mana ya?)

Kelas Agnes dan Edmund dan ramai lagi (sorry la, memang pelupa sangat) memang best, happening giler... mereka tahu macam mana mahu belajar dan seronok untk belajar dan mengajar... macam mana saya seronok di 3 angsana, 3 belian dan 3 batai ,4 batai, 2008.. 4 jati (sebahagian besar ok, ada la.. yang sikit2 jadi mamat dan minah kacau) (walaupun nakal sikit, okay la...) kelas lain tu, ada kalanya ok, selalunya hmmmm... bukan bermaksud mahu pilih kasih, tapi itulah realitinya....(cikgu harap kalau awak ada membaca perihal ini dan rasa kecil hati, maaf, tapi cikgu harap awak mengambil nilai positifnya... cuba ubah keadaan ini agar kita semua akan mendapat manfaatnya)

Petangnya terjumpa, Markteen (SPM 2006) bakal dr..bangganya saya...yang penting, mereka masih menghormati saya dan guru2 lain sebagai guru...

Petangnya, menghantar kereta ke bengkel (saya ada bengkel peribadi - he he)setelah membayar insuran dan menghidupkan road tax (pokai lagi RM 200)aircond - ungkin rosak atau gas bocor, panas giler dalam kereta.. mahu buka tingkap besar2, rasa bahaya, sekarang di Malaysia, situasi tidaklah selamat macam dulu... takut kalau kena rompak, duit yang memang tak banyak2..

Akibat perlu menunggu lama sangat, saya ke mall berdekatan, ke KFC, sekadar minum petang... terjumpa, Lee Kingston.. (SPM 2006) cadangnya mahu duduk di sebelah meja, takut kalau2 dia menunggu kawan atau lain2... tapi dia mengajak saya duduk di meja bersamanya, dapat la chatt 30 minit... diapun bakal ke UK katanya, kalau result A Levelnya baik (saya doakan dia berjaya)...

Seronoknya kalau dapat berita daripada student dan ex-student, jika anda ex-student saya, apalah salahnya berkongsi cerita.. tentu seronok... tinggalkan email untuk dihubungi dan tentunya nama anda, sebab cikgu ni kan pelupa...


or send ur news to noorismafuad@yahoo.com.my or noorismafuad@gmail.com

I'll be waiting for u all..

Melihat dengan mata hati...

Kadang2..bahkan selalu kita melihat sesuatu perkara itu bukan dengan mata hati tapi dengan mata kasar... seperti yang selalu disebut-disebut ungkapan Inggeris, " don't judge the book by it's cover" hakikinya, itulah senario yang selalu berlaku...
sekali pandang, kita sudah membuat konklusi daripada pandangan mata yang selalunya menipu... contoh, melihat lelaki yang handsome, berdasarkan penilaian kita, orangnya juga baik.. tapi awas, yang kacak kadangkala tidak mempunyai tingkah laku yang baik (dalam perkataan lain-buruk laku)

Tuesday, June 10, 2008

Alahai...

Pernah anda rasa terperangkap antara rasa tanggungjawab dan juga minat anda? Saya sendiri tengah diburu rasa keliru antara rasa perlu cepat2 siapkan kerja sekolah atau memenuhi date line (dead line...) untuk siapkan apa yang saya hajati berpuluh tahun dahulu...

Cerpen pertama saya tulis semenjak umur 17 tahun dan tersiar di dalam akhbar... masa itu saya sudah menyimpan niat untuk menulis novel... lepas itu saya teruskan dengan menulis cerpen untuk majalah... malangnya apabila saya menjejakkan kaki ke ukm, saya jadi malas..agaknya kena parasit 'bebalisme' sehinggalah baru dapat azam baru pada tahun 2007.. setahun saya menulis (sebab terlalu banyak research tentang London, Adelaide, Kenyir, Langkawi, arkiteks, ICT yang saya kena lakukan...) memenatkan, tapi saya puas kerana hajat saya, menulis bukan sahaja 'tulis' sebab 'syok menulis', perkara yang lebih saya hajatkan adalah 'menulis dengan tujuan murni, menyampaikan ilmu'... dengan cara baru...

Apatah lagi berada dalam lingkungan 80% murid bukan melayu, rata-rata antara mereka tidak berminat membaca buku melayu, saya harapkan persepsi minda mereka boleh berubah dengan mengajak mereka membaca buku saya.. (dengan izin Allah, saya harapkan)

Murid asyik bertanya bila markah mereka akan diberi walaupun tarikh akhir sehingga isnin depan... tinggal kertas objektif sahaja... tetapi saya terikat antara kekangan kerja sekolah dan menggedit novel saya.. alahai...

Saya akan mencuba marking kertas objektif malam ini, bermula, lima minit dari sekarang, adios...

Malaysian, tidak cintakan ilmu...ulasan akhbar..

Hari ini apabila saya membaca akhbar Berita harian, di muka surat 11, saya tergamam sebentar... penulisnya Azrina Sobian, menulis dengan tajuk : 'Gejala Bebalisme' punca akal rosak; Tak minat ilmu antara ciri kemalasan intelek masyarakat negara membangun.

Hari ini (rabu) apabila saya tanyakan berapa ramai murid saya yang membaca tentang 'bebalisme' nampaknya, dua atau tiga orang sahaja yang membaca..aduh! dalam 6 kelas (6 x 40 = 240 orang murid, bayangkan)terpaksa saya masukkan artikel di sini supaya mereka dapat membaca...

.....................................................................................


Perspektif Ikim: Gejala 'bebalisme' punca akal rosak
Oleh Azrina Sobian
BERITA HARIAN - SELASA 10/6/2008

Tak minat ilmu antara ciri kemalasan intelek masyarakat negara membangun

HASRAT membentuk masyarakat 'minda kelas pertama' di negara membangun seperti Malaysia tidak akan tercapai selagi cabaran terhadap akal masyarakat tidak dikenal pasti.

Kita sering bercakap mengenai pelbagai punca kemunduran sikap masyarakat dan satu persatu punca disenaraikan, tetapi permasalahan masyarakat negara membangun masih tidak dapat dikenal pasti secara jitu kerana punca sebenar terletak pada kecamukan akal masyarakat itu.



Kata-kata yang berkait langsung dengan kalimah 'akal' muncul sebanyak 49 kali dalam al-Quran dan semuanya memberi makna yang baik kepada penggunaan akal.

Pada sudut pandangan hidup Islam juga, akal mendapat satu kedudukan yang tinggi. Akal adalah satu daripada tiga cara untuk memperoleh ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, akal adalah tempat di mana ilmu berkembang.

Akal jugalah yang membezakan manusia dengan haiwan. Oleh itu, jika akal manusia dicacatkan, maka usaha menimba ilmu boleh terjejas dan martabat manusia boleh jatuh sehingga menjadi lebih rendah daripada haiwan.

Jatuhnya martabat manusia kini boleh tergambar dalam banyak cara. Misalnya, kisah bapa merogol anak, anak membunuh ibu bapa, kawan menipu sahabat, pecah amanah dan guru dipukul pelajar. Bukankah ini antara bukti bahawa kedudukan kebanyakan manusia kini lebih rendah daripada haiwan?

Meningkatnya rasa kehaiwanan manusia berlaku kerana kebanyakan mereka terlalu jauh daripada ilmu pengetahuan dan dengan itu jauh daripada agama. Peranan agama memandu hidup manusia, tanpa ilmu pengetahuan pula, agama tidak akan dapat difahami. Dengan itu, selamanyalah manusia hidup dalam kepincangan dunia khayalan mereka sendiri.

Berdasarkan itu, perlu difahami punca kerosakan akal sehingga menggagalkan manusia memperoleh ilmu pengetahuan. Sebenarnya ada banyak punca kepada masalah ini dan satu daripadanya apa yang dikata gejala 'bebalisme'.

Penulis memilih untuk menonjolkan gejala itu kerana gejala ia amat dekat dengan masyarakat membangun. Walaupun dikatakan ia berlaku di seluruh dunia, gejala itu sebenarnya sangat ketara di negara membangun seperti Malaysia dan rantau sekitarnya.

Istilah itu mula digunakan oleh Prof Syed Hussien Alatas dalam bukunya bertajuk Intellectuals in Developing Countries yang ditulis pada 1977. Bebalisme muncul daripada kata dasar bebal yang membawa maksud tumpul otak atau bodoh. Oleh itu, istilah bebalisme memberikan kita satu pengertian yang kasar.

Bagaimanapun, Prof Syed Hussien menolak pandangan sebegini dan menegaskan bahawa istilah bebalisme bukan bertujuan untuk merendahkan orang lain, tetapi hendaklah digunakan dalam ruang lingkup ilmiah.

Gejala bebalisme diibaratkan sebagai 'parasit dalam fikiran' masyarakat. Gejala itu menunjukkan pelbagai kepincangan masyarakat terutama dari segi keinginan dan kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Antara sikap terhadap ilmu yang ditunjukkan gejala bebalisme adalah kelesuan berfikir, sikap acuh tak acuh, tidak berminat terhadap budaya ilmiah dan tidak berdaya cipta. Paling ketara, mereka yang terperangkap dalam gejala ini tidak menghormati ilmu pengetahuan dan pandangan ilmiah, tidak mempunyai kecintaan terhadap hujah yang tertib serta tidak menaruh penghargaan terhadap budaya ilmiah itu sendiri.

Kesan paling ketara daripada gejala ini adalah 'kemalasan intelek'. Ini dicirikan dengan ketiadaan semangat intelektual iaitu semangat mengkaji serta berfikir dan hilangnya rasa hormat terhadap pengetahuan dan amalan ilmiah.

Oleh itu, gejala ini menyebabkan masyarakat membangun tidak lagi berminat mendapatkan ilmu pengetahuan berguna. Jika adapun usaha mencari ilmu, ini dilakukan bukan kerana niat ingin membantu masyarakat, tetapi disebabkan oleh pangkat, nama dan sebagainya.

Paling menyedihkan apabila Prof Syed Hussien menegaskan bahawa gejala itu ditampilkan dan disambung daripada satu generasi ke generasi lain. Maka, nyatalah gejala itu sukar dihapuskan dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan serta cara terbaik untuk keluar daripada gejala yang membelenggu masyarakat.

Untuk melepaskan diri daripada belenggu ini, masyarakat memerlukan satu atau sekumpulan pemimpin secara ikhlas ingin mengubah masyarakat ke arah yang baik. Pemimpin bukan saja terdiri daripada kepimpinan negara, termasuk ibu bapa, guru, ketua kampung dan ketua jabatan.

Paling penting keinginan untuk mengubah masyarakat bukan didorong oleh sebab kebendaan, tetapi tanggungjawab dan kasih kepada masyarakat yang dipimpin. Bagi Prof Syed Hussien pemimpin hendaklah menjadi seorang intelektual. Dengan kata lain, mereka hendaklah menjadi pemimpin berakal.

Dengan adanya pemimpin seperti itu maka kita berharap apa yang dinyatakan Ibn Khaldun bahawa 'tabiat rakyat pada hakikatnya adalah bayangan bagi tabiat atau amalan hidup yang dimiliki oleh pemimpin mereka' dapat dijadikan kenyataan.

INTI PATI



Akal adalah satu daripada tiga cara untuk memperoleh ilmu. Menurut Imam al-Ghazali, akal adalah tempat ilmu berkembang.


Jika akal manusia dicacatkan, maka usaha menimba ilmu boleh terjejas dan martabat manusia boleh jatuh sehingga menjadi lebih rendah daripada haiwan.


Gejala 'bebalisme' adalah anatara punca akal rosak sehingga menggagalkan manusia memperoleh ilmu pengetahuan.


Gejala 'bebalisme' sebenarnya sangat ketara di negara membangun seperti Malaysia dan rantau sekitarnya.


Gejala bebalisme diibaratkan sebagai 'parasit dalam fikiran' masyarakat. Gejala itu menunjukkan pelbagai kepincangan masyarakat terutama dari segi keinginan dan kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.


Kesan paling ketara daripada gejala ini adalah 'kemalasan intelek'. Ini dicirikan dengan ketiadaan semangat intelektual iaitu semangat mengkaji serta berfikir dan hilangnya rasa hormat terhadap pengetahuan dan amalan ilmiah.


Untuk melepaskan diri daripada belenggu ini, masyarakat memerlukan satu atau sekumpulan pemimpin secara ikhlas ingin mengubah masyarakat ke arah yang baik.

...........................................................................

Saya perlu katakan saya bersetuju 100% terhadap pandangan penulis ini.Berada dalam situsi ini setiap hari... saya sebagai pendidik merasa sedia, bahawa saya sendiri setiap hari terpaksa berhadapan dengan 'rintangan' dan 'problemo' seperti ini... Senario yang selalu saya bisikan dalam hati, 'saya yang selalu terlebih berkobar-kobar dalam hati untuk mengajar' dan budak2 saya (terjemahan my kids...at school) walaupun hanya kecil peratusannya yang malas dan kena tegur like, 'please duduk tegak', 'jangan macam orang nak mati', 'jangan tidur', buka buku, 'keluarkan pen', 'tulis yang cikgu nak beritahu'...and 10000000000000000000000000000 more... saya rasa hanya 'cikgu' yang berada dalam situasi ini memahami perkara ini.

Saudari Azlina menamakan antara punca kemalasan dan keaftifan masalah gejala 'bebalisme'adalah 'kemalasan intelek'... sikap malas dalam belajar bahkan yang menyedhkan jika murid langsung 'tidak berniat' untuk mendengar... selalu saya ulang berulang kali dalam kelas, " susah sangatkah awak untuk mendengar?"...

Senarionya, mereka macam mendengar, tetapi pekak atau lebih teruk 'tuli'... tidak tahu langsung 'apa perkataan akhir yang saya sebut'... selalunya saya akan serang hendap, " apa perkataan akhir yang cikgu sebut"... murid yang malang itu saya tidak akan dendapun kerana ketawa ndaripada rakan mereka merupakan denda yang paling hebat... sebab rasa malu kerana berkhayal...

Tanda-tanda yang jelas mengikut penulis (yang saya sokong 100% :
1. Kelesuan berfikir,
2.Sikap acuh tidak acuh.
3.Tidak berminat terhadap ilmu.
4.Tdak ada semangat inteltual.

Pada pendapat personal saya, kalau memandang guru di hadapanpun malas, menggunakan dua telinga untuk mendengarpun malas... yang bijaknya mereka menggunakan mulut dan minda dengan merayau jauh ke alam fantasi yang mereka kehendaki... entahlah, saya kurang tahu, 'apa daya saya lagi ' untuk menintelekkan 'malaysian' hari ini...Hanya Allah yang tahu, betapa saya memang saya berkobar-kobar menyampaikan ilmu, sebab saya percaya, semoga saya mendapat ganjaran atas niat ikhlas saya ini.

Ayat yang saya sering gunkan kepada murid saya, " entahlah, agaknya Tuhan saya menduga saya, sebab masa saya bersekolah saya amat baik orangnya, tidak menyusahkan guru, beri perhatian dalam kelas, in other words... membodek saya sendiri (he he- Tuhan tahu, saya berniat baik) tapi murid saya ada kadangkala nakal... sukar mendengar cakap... perkataan yang selalu saya gunakan semasa chatt dengan rakan sekerja, 'bersilat dalam kelas' "

Semoga semua guru akan tabah dalam menintelekkan masyarakat Malaysia yang sedang sarat diserang parasit 'bebalisme' .. perkataan 'bebal' bermaksud, degil, malas, tidak aktif, lesu, layu, keras hati dan malas...

Monday, June 9, 2008

Akhirnya, novel saya tinggal satu sub tajuk...

Melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan jam 1 pagi, saya sedar saya sepatutnya sudah nyenyak tidur memandangkan esok adalah hari pertama persekolahan setelah bercuti selama 2 minggu.Anehnya, mata saya tidak dapat tidur walau sepicingpun.Puas mengiring ke kanan dan kiri, membaca pelbagai ayat Quran dan zikir.Puas juga cuba bangun dan membaca, sehingga jam 2.30 pagi saya masih tidak dapat melelapkan mata.akhirnya saya bangun dan cuba menaip novel...

sehingga jam 5, matapun terasa pedih, pinggangpun sudah lengguh, memandangkan saya menaip di bilik tidur(sebabnya ada aircond)hanya dibekalkan dengan meja kecil, saya perlu duduk dan menaip di atas carpet.Kalau di depan televisyen di ruang tamu, pastinya lebih selesa, dengan duduk berlapikkan sofa dan meja bagi lap top, saya tidak perlu sakit pinggang.Bagaimanapun, mementingkan keselesaan angin air cond, bagi mendapatkan feel kat London ( he he) saya gagahi juga, duduk bersila di carpet.Alhamdulillah, beberapa halaman lagi, akhirnya saya menamatkan juga novel saya...

Setelah diteliti pro dan kontras, saya menambil keputusan menerbitkan sendiri buku saya.Minggu ini saya perlu editing semula novel, menyemak ejaan, tata bahasa dan susunan ayat.Dapatkan murid yang pandai mereka kulit buku dengan design dan reka bentuk yang saya mahukan.Pada masa yang sama,buat semakan bagaimana prosedur menghantar salinan katalog ISBN di perpustakaan Negara.Harapnya sebelum hujung Julai, saya sudah mendapat hasil buah tangan saya yang pertama.Dan yang lebih penting, saya kena siapkan blog"Dimensicinta-norafuad" nama novel saya, yang lama "Doa untuk gadisku', kata setiausaha tidak rasmi saya, Aznishah (yang juga nama watak setiausaha dalam novel saya) bunyinya macam konvensional sangat... he he.. jad saya tukarlah...

Difahamkan, kadangkala menghantar manuskrip ke syarikat penerbitan mengambil masa sehingga 6 bulan, yang lebih 'frust' lagi, tulisan anda mungkin dirombak sehingga hilang keasliannya.Menunggu bukanlah satu daripada 'hobi' saya... resah.. tension...Apatah lagi ada murid saya yang sentiasa bertanya, 'bila nak siap cikgu, dah setahun lamanya'...

Memang lama la setahun tu... tapi bukan senang mahu memperincikan setiap bumi London, adelaide memandangkan saya sendiri belum sampai ke sana... tapi selalulah berangahn ke sana... pasal langkawi, okay la, sebab saya kan orang langkawi... mungkin boleh letak norafuad al-langkawiii..

semoga anda sudi membaca dan membeli novel saya...


Harapan saya, saya agak diberi Allah kuasa minda yang bijak untuk menjalankan marketing, maklumlah, kena jual sendiri... ada ideas daripada anda?

Sunday, June 8, 2008

kawan dan kereta, cerita 1




Kawan dan kereta, sure anda pernah dengar pasal inikan..tentu anda juga kadang2 resah asal ini.. ialah, katakan anda ada kereta, kawan anda mahu pinjam kereta dari anda? tentu sukar mahu katakan tidakkan?

sudah terjadi dua perkara besar yang membawa malang kepada saya.. kisah kawan dan meminjam kereta, bagaimana ceritanya...

Berlaku pada tahun 2001, masa tu, baru tahun pertama kahwin, belumpun cukup setahun, lagi 3 bulan mencapai setahun.Masa tu, suami di KL, saya masih di Langkawi.Baru keguguran kali pertama.Baru 2 bulan lepas keguguran.Kesedihan yang masih belum terubat ditambah pulak dengan Al-kisah kereta.

Saya baru membeli kereta, wira 1.6, spek impot.Kenalah korban duit EPF dan sedikit duit mama saya untuk duit pendahuluan.Mama saya jual kereta Iswaranya yang saya pakai sebelum ini, sebab plan nak pindah mengikut suami tahun depan... kalau pakai plat langkawi KV, susahlah pulak, kena bayar duit cukai, in cash..mana nak cari duit... kalau beli kereta dar Langkawi, memanglah murah, tiada cukai impot/cukai.. tapi kalau mahu dibawa keluar (menetap di luar, perlu dibayar cukai sepenuhnya- kecuali sudah digunakan beberapa tahun, perlulah buat rayuan agar dikurangkan cukai kereta)

Plat KV, (plat khas Langkawi menandakan tiada cukai kereta yang dibayar)hanya boleh dibawa keluar dalam tempoh 30 hari sahaja setahun...

Bila membeli kereta ni, saya guna akan ke sekolah, masa itu di SMKTP, kira2 20km dari rumah.Masa itu, ada 2nd cousin bapa saya kat rumah, cerita m amat B ni pelik sikit.Dia kerjanya berpakaian uniform, mula kerja di Langkawi, datang ke rumah saya dengan keluarga sebagai pelawat... lepas tu dia mula datang sendiri, setiap minggu, lepad tu makin kerap, sehinggalah sedar2, sudah tinggal di rumah saya, kat bilik khas siap ada aircond lagi.Saya tak nampak apa sebabnya sebab mereka ni diberi rumah kuaters sendiri... yang saya faham, duduk kat rumah makbapa saya, makannya free.. saya kurang suka sebenarnya, tapi, macam mana mahu cakap ya, sebab sayapun tinggal bersama di rumah parents saya..kalau mereka benarkan, apa yang saya perlu kata...

Saya kurang gemar dia yang suka meminjam kereta saya...tapi kita ni, sukar mahu membuka mulut, susah untuk berkata tidak.Apatah lagi, suami sayapun baru 2-3 kali membawa kereta ini sebab berada di KL.Tahu je lah, saya yang perlu bayar ansuran kereta, insuran dan road tax, kenapa pulak perlu share dengan dia?apatah lagi dia perlu kerap keluar waktu malam, entah apa dibuatnya.Yang lebih buat saya berbulu hati, minyak yang digunakan, tidak pula diganti... bayangkan tangki minyak yang selalu ditinggalkan kosong... cuma anda bayangkan... kereta anda, bayar ansuran anda! minyak juga daripada poket anda!

Berlanjutanlah sehingga saya pula nekad untuk tidak memberi dia pinjam kereta saya lagi.Petang itu saya lihat dia keluar dengan seseorang sehinggalah malam dihantar balik ke rumah...dan malam tu, tiba-tiba, dia minta pinjam.

B : "kak, minta pinjam kereta"

saya:" sorry la..selalu sangat pinjam.Kak tak bagi lagi" masa tu pulak, saya tengok tv, orang lain tak ada.Kalau ada orang lain, mungkin, kuat sikit la alasan tu.

B: "abang Man mintak hantar komputer kat dia" alamak.Bila sebut saja nama adik saya, sayapun serba salah.Lagipun parents saya keluar, kereta diorang tak ada.Kalau saya tak bagi, bagaimana pulak, dia mahu menghantar komputer ke rumah adik saya.

Jadi mahu tak mahu, saya terpaksa benarkan.Saya pesan kepadanya agar bubuh minyak dan jangan lewat balik rumah.Dalam hati saya berkata, "tap pe lah.BIar ini kali terakhir, saya pinjamkan kereta kepadanya"

Kesilapan saya, saya tidak menelefon adik saya bagi memastikan ceritanya.Rupanya dia berbohong.Dia sudah keluar sepetang dengan adik saya.Dan adik saya sebenarnya yang menghantar dia pulang malam tadi.Masalahnya semua ni hanya terbongkar setelah dia 'menjahanamkan' kereta baru saya... paginya jam 2-3 pagi...

Pagi esoknya, awal2 lagi mama saya kata, dia akan menghantar saya ke sekolah sebab kereta saya kemalangan.Kata B, sikit sahaja kemalangan tu.Hati saya terasa 'tidak enak', entah mengapa.Geram!Sakit Hati!Tidak tergambar.Maklumlah kereta baru, baru pakai beberapa bulan sahaja, kita bagi calarpun belum, ada orang yang merosakkannya... macam mahu letupkan kepala diapun ada.

Apabila saya balik sekolah dan singgah dbengkel , barulah nampak kerosakan kereta tu.Teruk giler.Macam 'V' di depan sebelah kiri.Bumbung rosak, latai rosak, dashboard pecah, cermin depan dan kiri pecah.(malangnya gambar kereta dengan peguam saya)Rasa robek hati saya.Bila berbincang dengan pengukus bengkel, katanya ada dua pilihan.

1.Baiki kereta, akan ambil masa lama.
2.Jual as besi buruk, cuma dalam RM 20,000.. macam mana.. saya bayar downpaymentpun RM 20 000, hutang bank RM 33 000, siapa nak bayar..

tentulah, saya terpaksa pilih untuk dibaiki... geram Tuhan saja yang tahu...tersadai kereta tu dari Julai sampai ke Disember 2001.. sebab hujung tahun tu, saya berpindah ke DJ.Disebalik musibah ada juga rahmatNya.Dengan kemalangan yang berlaku, adik lelaki saya, D berjaya 'memindahkan mamat B' daripada rumah kami...

Dan saya, merana la sendiri... kena pergi dengan mama saya ke sekolah, balik dengan kawan... hhhmmm... teruknya rasa...kemalangan itu juga menyebabkan saya tidak dapat menikmati pelan jaminan satu tahun kerosakan daripada syarikat penjual kereta, ialah, kalau kita adu ada kerosakanpun, pastinya dia akan kata, kerosakan itu kesan kemalangan tersebut...Langkawi pulak kecil je, satu pulau tahu pasal kemalangan tu...

Bila saya datang ke KL, ternyata kereta yang dibaiki tu tidaklah 'sihat'macam biasa.Senget je nampak bumbungnya...hasil nasihat ipar saya, kami mengubungi syarikat ... (thah saya dah lupa namanya- kita boleh buat komen tentang syarikat yang membaiki kereta jika kemalangan, mereka akan check dan boleh menyekat bayaran yang patut dibayar oleh insuran kepada bengkel jika hasilnya tidak memuaskan)
Kereta diperiksa, diambil gambar (pejabat mereka di Ampang)hasilnya, bayaran insuran disekat, kereta saya diambil semula oleh syarikat yang membaiki dan dibaiki semula... tension juga, beberapa bulan tiada kereta, suami perlu hantar dan ambil ari sekolah, sekolah pulak waktu petang pada masa itu... macam nak giler sebab saya selalu jadi orang terakhir keluar sekolah (kadangkala sampai 7.45 malam- sekolah tamat sejam sebelumnya)

selesai satu perkara...

Tahun 2004, kebetulan ada rezeki lebih sikit, kami bercadang mahu menjual kereta kai dan beli kereta lain...kalau mengikut prosidur baru, semua kereta mesti melalui pemeriksaan PUSPAKOM sebelum dapat dijual... memikirkan kereta masih okay sebab sudah dibaiki lepas kemalangan, kami ke PUSPAKOM.Sekali lagi macam 'sakit jantung' sebab, puspakom mencetak huruf "GAGAL" besar-besar di sijil.Diberitahu, kereta kami gagal pemeriksaan sebab, istilahnya sudah menjadi seperti 'kereta potong' sebab bumbung, lantainya diletakkan baru daripada kereta lama.By right, bumbung takkan boleh karat kalau kereta baru diguna 4 tahun (itulah yang memelikkan saya)

Hah! sekali lagi kami tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.... atas nasihat bapa saya, kami ambil peguam, saman bengkel, apa lagi sebab menipu... sejak itulah kes bermula, sepatutnya final tahun lepas Jun 2007, lepas tu dibawa ke Disember 2007, lepas tu Jun 2008 dan akhirnya Sept 2008.Harapnya tiada masalah lagi lepas ni...Mengikut peguam saya, saya perlu hadiri urusan mahkamah akhir ni... suspen juga, nanti kena berdiri kat kandang orang salah.. he he..selalu tengok dalam filem je.... sekurangnya 'niat' hati nak jadi peguam dulu tercapai juga, dapat masuk mahkamah... juga, sebagai lawyer buruk je...

Tips selepas kemalangan :

1.Report polis
2.Check dengan PUSPAKOM dulu bagi memastikan anda layak mendapat "Total lost" atau tidak (bayaran insuran sepenuhnya mengikut nilai semasa) kalau ikutkan kes saya, saya patut dibayar total lost RM 55000 (nilai semasa 2001) dalam kes ini, bengkel tidak untung apa-apa.. sebab tu kadangkala mereka tidak mahu kita tuntut total lost..

Kemalangan itu buat saya kerugian banyak wang...ialah, sejak kemalangan dan dibaiki, asyik rosak, sana sini... nak jual tak boleh... itupun nasib baik tak kena sita oleh JPJ..masa saya pergi PUSPAKOM kali kedua untuk pemeriksaan (diarahkan oleh peguam) hampir2 kereta kena sita, puas kami merayu dengan bohong sikit (kononnya kami ada satu kereta saja)bagaimana kalau kereta kami di sita? (tahun 2007) Bolehkah anda bayangkan situasi ini? kalau kereta di sita, bayaran bank kena dibuat? kes belum habis?duit belum diganti balik? adus, pening....

Kalau diikut hati, memang takut menggunakan kereta ni...saya tak pergi jauh, sekolah 1km lebih jer, paling jauh 5 - 10km je... sebab kondusi kereta yang diistilahkan 'tidak selamat' untuk digunakan oleh puspakom...

Jadi, bila mahu meminjamkan kereta kepada kawan, fikirkanlah dua kali? kadangkala naluri sudah memberi jawapn, tapi kirta masih tidak mahu mempercayainya... macam saya, bila saya berkata, " inilah kali terakhir saya pinjamkan kereta saya kepada B..." sebab selepas tu kereta sayapun sudah hancus....

Bila tak tahu apa yang perlu saya lakukan, saya call bapa saya, minta nasihat.Ialah, kereta dicop 'gagal' oleh puspakom... pening. Patutnya kena 'sita' kat jpj, tapi disebabkan saya yang pakai sendiri, dibenarkan... lagipun, hutang bank ada 4 tahun lagi.Bayangkanlah...

Nasihat bapa saya, call kawan lama dia, lawyer... dapatkan nasihat..

Sayapun call lawyer tu... katanya ada kes.. dan kami failkan saman terhadap bengkel tersebut...

Saturday, June 7, 2008

Alahai sunyinya 2,narnia-u tube, music



sarah irdina...




narnia, muzik

Dua hari ini saya perlu kerja keras...marking kertas... dua hari ni, pagi sampai ke petang .. (malam tak boleh marking, kurang jelas.. he he, rabun...) he he... seminggu dua rest giler..balik cuti kat langkawi.. best tapi boringnya sekejap je..kalau boleh dua minggu balik... huuuu best... tak sempat pergi picnic kat air terjun seperti yang biasa buat... hmmm. kat pantai, saya tak suka sangat..air masin, menggelapkan kulit je.. air terjun ada gelombang... ada kajian yang tunjukkan bahawa, jika kanak2 dibawa selalu ke air terjun, akan menjadikan otaknya cerdik, sebab getaran gelombang air mengaktifkan gelombang minda... air laut, hmmm, kurang sikit sebab...air terjun, air semulajadi yang mengalir... air laut.. tambahan sekarang, banyak pencemaran... minyak dan sebagainya...

Husband tiba2 ke terengganu, hmm..bosan giler.. tak ada orang kat rumah.. tinggal sorang.... tapi okay la... boleh marking giler2, tak payah masakpun... makan roti dengan kari ayam (yang dimasak dua hari lepas, still best giler..lapar punya pasal)..dan tha berapa banyak rambutan dan epal yang masuk dalam perut... menemankan marking... baca kira-kira 12o skrip dalam 2 hari ni... he he..macam nak tercabut bijik mata....

Dalam sunyi2 ni, terkenangkan budak2, sarah, afiq... hmm..teringat juga kami berpedang-pedang dengan poster sempena ulangtahun kedua langkawi sebagai geopark di dataran helang.. he he.. agaknya pelik juga orang melihat saya berkejar-kejar perlahan dan bermain dengan kedua budak2 tu... bayangkan sendiri, saya, bermain2 dengan budak2 tu... mungkin ada yang kata peliknya...dalam hati, apa peduli, saya bukannya curi barang siapa2... kira merasa juga menjadi like kisah budak2 dalam the narnia tu... he he...


dan sekali lagi, bunyi yang bisingpun tidak terdengar lagi.... angin yang menyapa pipi tidak terasa lagi... dan yang seronoknya, apabila berjauhan dengan suami, panggilan telefon yang diterima rasanya 'seronok giler' macam zaman bercinta dulu...

...bila ditanya, " ayang dah makan? " mak ooi, semacam seronoknya.. ha ha ha..

cuma nasib baik tadi petang, olis ajak makan di luar, ada juga jumpa manusia lain.. he he..

Thursday, June 5, 2008

Alahai sunyinya 1

Seminggu lepas, ada Sarah, 8 tahun, anak buah saya yang saya bawa balik dari Klang ke Langkawi.hmm best sangat, ada budak2... layan baca, layan tulis, bla-bla.. manja-manjakan dia.. hmm... lepas tu kat langkawipun, ramai juga, ada faez(15 tahun) afiq (10tahun), mama, bapa saya, adik saya and hubby... riuh-rendah juga...

Teringat2 dialog afiq: satu hari dia minum banyak air, jadi saya usik dia.(sorry, kena baca dialek kedah, saya bila jejak kaki kat jeti kuah, langkawi, automatik, lidah saya jadi bahasa kedah)

saya: " afiq, makan ayaq banyak sangat, nak tidoq nanti(orang kedah minum air kata makan juga, he he , pelikkan?)pasang paip kedah kat b...tut...lepas tu, paip tu kena pass kat luaq tingkap sampai ke longkang kat luaq.takut nanti kencing malam"

afiq: dia diam saja, senyum, hanya menggeleng-gelebgkan kepalanya... telling u, that was cun.... he he..

Satu malam kami ke kenduri, my hubby drove the car..my father ka depan...me, my mum, afiq and sarah kat belakang, just nice,selesa la... tak sempit, tak luas sangat.. bila sampai je, afiq bersuara,

afiq: " long not jangan makan banyak sangat, nanti tak muat greta bila balik" hmm kena lagi... but still, the idea from that boy, still cun...

ada satu malam, my husband, afiq, sarah and me, kami ke tepi laut, menunggu bunga api (sempena ulangtahun ke 2 geopark langkawi)sambil menunggu tu, husband yang giler pancing, bawa la pancing dia dan mencuba memancing... saya apa lagi, teruslah cakap, "sure tak da ikan..."

kata afiq," apa la long not ni, tak bagi sokongan langsung.." tergamam juga saya, kata-kata matang macam tu yang keluar daripada mulut budak kampung... he he...

dua-tiga hari ni, meriah juga, ada ain, mak may (biras saya)may, agi dan baby- emily el Zahra... tapi hari i, diorang balik terengganu (may akan menghabiskan masa berpantang kat sana)tiba-tba saja rasa sunyi...

feel like missing, every ones, each ones.. sarah, afiq, baby ...mungkin anda pernah rasainya... muzik di tvpun terasa bagaikan tidak berbunyi lagi, detik jam rasa seperti tidak bergerak... angin yang menyapapun terasa kaku....

hmmm ferry ke langkawi...cerita mabuk laut/darat

Sejak sampai dj, isnin pagi, lebih kurang 5 pagi, tidak sempat membuka email dan blog... penat juga, bertolak dari langkawi jam 4 petang... ferrynya, alahai... lambat giler...lebih kurang jam 5.50 baru sampai.. biasanya dulu, 1 jam 15 minit saja... boleh mereng otak yang tak mereng ni... ceritanya macam ji, dulu masa minyak murah lagi, ferry menggunakan 3 enjin, bila minyak naik harga, diturunkan kepada 2 enjin, bila harga minyak naik lagi, digunakan 1 enjin, tu yang lambat.. (agaknya bila pm umum harga minyak naik hampir 40% lagi mulai hari ini- ferry gunakan 1/2 enjin kot... macam tu boleh tercabut kepala.. he he.. kalau 3 jam dalam ferry, mak oooiiii) kalau tak tahan mabuk laut, baiklah naik ferry pagi atau tengah hari, kalau petang, memang kena lambung punya.. cara tak mahu mabuk:

1. jangan kosongkan perut, perut yang kosong banyak angin-akan menyebabkan muntah atau pening.

2.makan gula-gula.

3.cuba tidur atau pura2 tidur... he he..

4.beli ubat mabuk kat farmasi... makan 2 biji...

5.cium minyak angin / kulit limau...

saya sendiri kalau lama naik ferry, mabuk juga... he he he..kalau tak mau mabuk juga, tempahlah tiketv airasia awal2 sikit (murah sikit) 50 minit + tempoh menunggu kat airort (1 jam) dah sampai, tak perlu mabuk laut....

Actually, mabuk ada dua, mabuk laut - means u rasa pening masa kat laut tu... yang teruknya kalau mabuk darat, bla naik ke darat baru rasa pening, sakit kepala dan nak muntah, itulah yang digelar mabuk darat.... mabuk darat biasanya lebuh teruk daripada mabuk laut... sebab mabuk laut sekejap je, mabuk darat... he he..

Dah turun ke darat, jangan lupa pekena laksa teluk kechai kat din laksa atau entah apa namanya, bagi saya tak lah sedap sangat, sedap lagi kalau buat sendiri... kira, oklah untuk orang yang malas.... kuahnya sederhana pekat digandingkan dengan sambal kelapa.. boleh la... ramai orang yang singgah makan, agaknya tak tahu buat sendiri, malas buat laksa, atau musafir yang baru lepas mabuk laut atau darat macam saya...

suami saya sejak kahwin bertahun saya suruh atau paksa dia makan laksa utara yang saya masak (even orang lain makan, dia tak rasa sedikitpun.. hmmm geramnya).. dia hanya makan laksa johor (sebab dia orang johor.. saya of course lebih suka laksa utara saya..)satu hari, saya balik langkawi, mak saya masak laksa, dia makan, sampai dua-tiga pinggan- sejak tu dia makan laksa utara... (moral of the story... apapun kena la rasa dulu, baru tahu sedap ka tak sedap) agaknya, dia nak bodek mak mertua kot.. he he..

Dan tiba-tiba teringatkan laksa.. hmm sedapnya...