Satu dunia hari ini menyambut Mother's day.. digalakkan pada dasarnya memeluk, mencium, menelefon, bercakap, bawa ibu(mama, ummi, apa pun gelarannya) keluar makan, belikan hadiah untuknya. Tapi wajarkah hanya sehari dalam setahun ini sahaja, kita menghormati dia, menyayanginya atau menghadiahkannya???Saya secara peribadi tidak menyokong 'hari ibu' pada minggu kedua (ahad) di bulan mei.Bukankah hari ibu patutnya berlaku 365 hari ???
Pada hemat saya, hari ini dinamakan hari 'mother's day' oleh orang Barat kerana budaya mereka yang berlainan dengan Budaya sebagai orang Muslim.Kepada muslim, jangankan berkata atau memaki hamun ibu, berkata 'ahhh' sekali pun berdosa. (meaning menjeling atau membuatkan sesuatu yang melukakan hati ibu pun adalah satu kesalahan besar.)Saya sendiri, kalau mahu membelikan mama saya atau ibu mertua saya, tak payahlah menunggu hari istimewa seperti hari raya, harijadi atau hari ibu.elikan sajalah tanpa mengira apa 'istimewanya' hari itu, sebaliknya dengan memberi atau membelikan mereka hadiah, anda akan menjadikan 'hari itu sekaligus' hari istimewa. lagi pun apa yang anda belanjakan untuk keluarga itu adalah sedekah.
Saya dan mama saya mempunyai hubungan yang istimewa.kaki kami bahkan sama saiz, mudah sangat kalau mahu dibelikan kasut, sandal dalam apa rupa dan bentuk pun.kalau saya belikan kasut, saya hanya perlu doublekan sahaja lah jumlahnya. satu untuk mama, dan satu untuk saya.Kalau belikan baju pun, lebih kurang sahaja saiznya, belikanlah saja dua pasang atau empat helai, apalah salahnya.Kalau mahu menunggu 'hari Ibu' sahaja, baru mama saya mendapat bajunya atau kasut, kasihanlah dia.Atau, kalau ibu mertua saya mahu menunggu setahun untuk mendapat telekung atau layanan istimewa, alamatnya, 'parahlah'.Jadi mengapa menunggu hari ini sahaja, untuk meraikan ibu anda? Jadi hanya yang berbaki 364 hari, adakah ibu kita berhak disakiti atau dilukai hatinya?
Kalau setahun baru dibelikan baju, kasut, tas tangan, alamatnya, sudah koyak rabaklah barang yang lama, baru mendapat barang yang baru.Adus!!kejamnya bunyi perkataan ini.Rai kan lah hari ibu setiap hari, kenapa tidak?
saya rasa, tidak ada pun sebarang perkara lain yang amat dibanggakan oleh ibu atau mama (apa pun gelarannya) melainkan pemberian anaknya. teringat saya, kalau dihadiahkan beg tangan, baju, tudung atau apa pun, jika dipuji atau ditanya oleh kawan, maka tiada jawapan lain yang keluar daripada mulutnya melainkan ,' ini adalah hadiah dari anaknya,dibeli anaknya'...
Jadi marilah kita menghadiahkan ibu tanpa mengira 'hari ibu'... dan doa untuk anak untuk ibubapa perlu berlaku setiap masa bukan sekadar menunggu 'hari ibu' atau 'hari bapa'..
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
SINOPSIS CERITA SETIAP BAB BAB 1 : LUKHMAN HAKIM BIN HAMKA.Penulis memperkenalkan watak Lukhman Hakim bin Hamka. Menggunakan aku sebagai...
-
Akhirnya! Petang 31 Disember 2009, saya berjaya menghabiskan pembacaan saya ke atas novel ini. Sejujurnya, saya membaca kerana permintaan ...
-
Sejak balik bercuti panjang, rasanya otot badan pun 'tight' giler kembali. Kerja like robot.. kalau robot pun boleh tertanggal sk...
-
Semalam saya dengar di kawasan perumahan saya, riuh rendah. Kurang periksa apa sebabnya. Mahu dikatakan berparti, jaranglah sangat. Lagip...
-
Saya bukan seorang yang suka menonton teater, jauh sekali 'hantu' teater.. Saya memang tidak suka sebarang program nyanyian apa...
-
Ada murid saya yang bertanya, cikgu suka membaca.. saya kata terpulanglah kepada bahan bacaan itu.. kalau cerita sejarah, okay, saya akan b...
-
Sudah lama bertaki-taki, akhirnya disebabkan kaki yang masih bengkak lagi, saya ke klinik. Setelah diperiksa dr saya, katanya kemungkinan...
-
Fadhilat Ramadhan Fadhilat Ramadhan | Ibadah Puasa | Solat Tarawih Hadith 1 Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ...
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Ada adik2 saya yang minta saya tuliskan mengenai Tips bercinta.. and I say, I will think about it. 'Tips bercinta dating' lain sa...
No comments:
Post a Comment