Dalam keadaan cuaca panas nie, tiba-tiba anak mata terasa gatal, sesekali, hidung pun terasa gatalnya, tidak tertahan.Dari hari Rabu lagi minggu lepas lagi, sudah terasa bagai yang tidak kena.Kulit pun sesekali juga terasa gatal, tapi jika diteliti memang tiada ruam atau bekas gigitan serangga atau nyamuk.
Semakin hari semakin gatal.Kalau difikirkan balik, memang saya tak ada alahan dari segi makanan atau minuman.Kalau ada mahu diteka 'hama' di tilam, he he, manalah mungkin. Bilik kelihatannya bersih tanpa habuk kecil, sikit-sikit adalah.Dalam rumah pulak, suami entah berapa kali akan vakum di ruang tamu atau membasuh lantai 'wet kitchen' di luar.Jadi, elemen rumah berhabuk dan kotor, ditolak tepilah.
Sampai petang khamis, kegatalan itu tidak boleh ditahan lagi.Mata macam perlu dikorek keluar.Gatalnya.Penat juga fikir apalah masaalah yang menjadi punca 'kegatalan' yang semakin menjadi-jadi.Adus! rupanya barulah teringat, di sekolah, ada pembangunan yang berlaku.Bangunan lama diruntuhkan, jadi agak berhabuk dalam jangkamasa 2 minggu ini.Debu dan habuk batu, simen dan tanah ini lah puncanya kegatalan ini.
Hari khamis saya ke dr.Semalam ambik ubat yang dibekalkan,kira oklah, kegatalan berkurang.Malam ke majlis tahlik 'incle' suami.Sembahyang maghrib dan isyak, tahlil dan yassin.Then makan, sedap.Masak lemak daging cili padi, sambal udang petai,ikan sambal cili padi,telur masin, sayur, ulaman dan sambal belacan.Ada duku, durian dan kopi. Makan macam biasa lah. Balik paginya, adus, perut memulas-mulas pulak. Ini mesti makanan semalam ini. Perut saya memamng alah teruk dengan cili padi Thailand.Kalau nak rasa, perut memulas dan duduk 'lama' kat 'bilik termenung tu', cumalah makan.
Entah berapa kali, sambil lembik dibuatnya. Suami saya yang biasanya 'terrer' bab makan cili padi pun kalah.Sakit perut juga he he. Kesihan juga mak mertua saya, dia juga sakit perut.Yang lebih kasihan, keluarga uncle 'a' saya,kebetulan hari 'birthday' dia pada 1 mei.Adus, sambut kelahiran dengan sakit perut lah. Anak perempuannya mengandung, sedang menunggu hari.Pun terkena sakit perut.Nampaknya satu hari, duduk 'termenung' sebab sakit perut.Petang ke farmasi, belikan ubat. Mahu ke dr pun, tak best sebab dr saya bercuti, ganti dengan dr lain, tak 'best'.Layanan dan penerangannya kurang.
Hari sabtu, saya perlu berjumpa adik saya di SOGO, K.L.Dia dan rombongan dari Langkawi, ke Singapura, dan akan singgah ke KL.Saya perlu kirimkan barang dan hadiah hari jadi untuk anak buah saya dan hadiah ' Hari IBU' untuk mama saya.Sepetang habiskan masa dan belanja makan adik perempuan saya.
Ahad malamnya, kegatalan menjadi pulak, ubat sudah pun habis, jadi, terpaksa lagi ke dr...adus!!! mngingati bahawa kesakitan adalah penawar kepada diri, bersabar sajalah, pun, terasa bagai mahu digaru juga mata ni. he he
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Hari ini saya habiskan masa menonton cerita terbaru Brad Pitts,...Bastard.. I have to say.. bosan.. naik mengantuk di pawagam... kemudian se...
-
Bapa saya memang original S.A.L dan saya hanya half Langkawi sebab mama saya orang Seberang Perai...tapi masih mahu mengaku orang Langkawi s...
-
28 Mac 200, hari pertemuan terakhir dengan penulis KarnaDya. Bukan mudah sebenarnya untuk menghimpunkan semua penulis dalam satu...
-
Pernah anda rasa terperangkap antara rasa tanggungjawab dan juga minat anda? Saya sendiri tengah diburu rasa keliru antara rasa perlu cepat2...
-
Kadang-kadang resah juga apabila ada kawan yang meminta carikan hotel atau penginapan...bukannya apa, 'short term noticed' seminggu ...
-
Hari ini tidak banyak aktiviti. Pagi sampai tengah hari,berjalan-jalan ke Beras Terbakar. Actually, beras terbakar adalah gudang beras di ba...
-
Saya masih ingat, wajah dua adik-adik saya ini, Ena dan Dina semasa mereka masih menjadi pelajar tingkatan 5 saya semasa tahun-tahun awal...
-
Sepatutnya manuskrip baru sudah mulai bergerak jauh, namun kali ini agak slow... dan bukannya sebab kering idea, tapi kepenatan, sekolah y...
-
Semalam adik angkat saya kata, dia mimpi dipatuk ular, saya ketawa sambil berkata " tak lama lah tu, dah sampai jodoh la tu" Se...
-
Petikan Utusan malaysia, 28 Mac 2009 Kelakar pun ada, geram pun ada apabila membaca tajuk berita ini.Berdasarkan sejarah saya, berpu...
No comments:
Post a Comment