Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

karangkraf
Popular Posts
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Temui KarnaDya di Pesta Buku Antarabangsa 2011 di Dewan Tun Razak 3, PWTC di booth A49-A51 dan A70-A72 bermula pada 22 April - 1 Mei 20...
-
Andai dilihat daripada kategori buku, kita dapat melihat pelbagai genre dan kategori buku yang terdapat di pasaran. Selain buku teks, buk...
-
Satu hari dalam bulan nov lama dulu.. buat pertama kali, saya jatuh cinta... I was in love.. kalau anda pernah dilamun cinta, atau pernah be...
-
" Hmm mudahnya jadi penguin, tidak perlu menduduki PMR atau SPM atau mengawas PMR / SPM atau mengajar murid yang akan mengambil PMR ...
-
Cerita 2 Hari ini mood happy saya berganda. Bukannya bermakna hari lain, saya tidak 'happy', melihat dan menyaksikan maj...
-
Stesyen kereta kabel, oemandangan yang syahdu... mesti pergi.. Dalam menunggu detik cuti sekolah, perasaan bercampur baur antara suka dan...
Sunday, June 28, 2009
mee udang.. seafood mee ...yummmyyy
seafood curry mee, yummy...
baby karot dan kacang panjang..
Kacang panjang dan terung yang dipotong
Udang harimau...
sotong rendam dan kerang...
Semalam saya ke Shah Alam,kenduri kahwin... nasib baik Olis mahu dan fee untuk temankan saya.. Shah Alam ni bukan tempat biasa pada saya...kalau nak sesat berjam-jam kat sana, okay la... Balik dari sana,terus ke One u, masa tu seudah jam 5.00 petang. Rasa semacam je, sebab kedua kami berbaju kurung... he he.. rasa macam minah belia semacam je.. selalunya jeans je.. berbaju kurung atau kurung moden (formal) hanya setakat ke majlis formal,bekerja atau kenduri je.. rasa semacam je apabila ada mata-mata nakal yang memandang 'semacam'... mungkin mereka ada maksud bertanya sendiri dalam hati, agaknya berbunyi,"apa kena pakai baju kurung,sabtu petang pulak tu?" atau sebenarnya orang tak peduli pun, cuma saya sendiri terasa hati.. perasan jer.. ha ha..
Ada telefon juga suami kalau perlu 'bungkus' makanan, kata dia, tak payah.Rupanya dia di rumah sibuk vakum bilik dan rumah... alamak, rasa bersalah juga... isteri senang-senang hati ke sana sini, suami bekerja di rumah.. he he.. Dalam hati mengucap syukur dan tima kacih daun keladi bang... (kadang-kadang saya yang lakukan kerja ni, jangan pulak kata saya dera suami pulak he he)Rupanya malamnya suami ke kolam di Kelang lagi.Katanya mau memancing udang.Saya katakan padanya, tak payah lah memancing udang sebab, dia lagi terrer kalau memancing ikan.Dalam lebih 20 kali ke sana, dua kali je yang tidak dapat bawa balik ikan. ALHAMDULILLAH. Kalau udang, ada sekali je, saya pergi bersama dia, dapat sikit je, selebihnya kami beli je daripada individu yang pro panjing udang, murah giler...Ini kira kali kedua dia pergi la.
Pagi ini saya tengok ada lebih 1 kilo udang galah segar dalam peti ais,satu plastik kecil di dalam plastik besar. Dalam hati berfikir, mesti plastik kecil udang (lebih kurang 10 ekor) yang berjaya dipancing, selebihnya tentunya dibeli.Mengingatkan ada tetamu di rumah... (olis saya ajak tidur di rumah sahaja.. pagi-pagi selepas belanja saya makan sarapan pagi, dia balik ke rumah)Jadi, saya berhasrat memasak mee udang/ seafood curry mee.
Senang aje,bahan-bahan nya, ( 8 orang)
12 ekor udang segar (belah di kepala dan bersihkan
1 ekor sotong rendam (yang kembang,merah)
200 gram kerang rebus.
200gram terung kecil (terung panjang)
tomato mini 12 biji.
2 paket serbuk kari ikan /seafood.(dibancuh dengan 1 cawan air)
100gram baby carrot (lebih kurang 12 batang)
10 batang kacang panjang.
10 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
20 helai daun kari
4 ulas daun bawang (pangkalnya bawang)
1 kotak santan tanpa lemak.
1.5 liter air.
1 batang kayu manis dan 3 kuntum bunga lawang.
1.5 senduk minyak (perlu banyak sebab kalau tidak serbuk kari tidak masak, baunya tengik nanti)
1.panaskan periuk masukkan bunga lawang dan kayu manis, masuk bawang- goreng sampai garing.
2.masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air.masak sampai pecah minyak (nampak berlubang-lubang dan berbau wangi, dan nampak minyaknya)
3.masuk santan yang dibancuh dengan air.
4.masuk udang + sotong + karot + kacang panjang.sampai mendidih dan lembut.
5.Masukkan kerang + tomato.
6.masukkan garam...
(tidak perlu asam sebab mee kari tidak perlukan asam, tak sedap dengan asam keping..lainlah dengan kari ayam)
celur mee, makan la... apa lagi... kalau rasa teringin bolehlah e-mel saya, saya akan e-mel kan semangkuk mee.. he he...
Thursday, June 25, 2009
editing manuskrip,letihnya
Alhamdulillah, finally,semalam,saya habiskan editing dengan seribu satu kepayahan. Kerja sekolah perlu dihabiskan,terutamnya key in markah ke dalam laporan secara 'on line' untuk dicetak dan dihantar kepada boss untuk ditandatangani kertas cetakan(untuk simpanan file murid)Soalan trial perlu disediakan juga,perlu menilai dan semak tajuk-tajuk soalan yang lama tidak muncul dalam SPM dan berdoa kepada ALLAH agar apa yang saya buat (soalan, akan membantu murid saya kelak dalam SPM). Minggu hadapan pulak,perlu ke Alor Setar untuk ke mahkamah... alahai.. berdebuk-debuk rasa jantung.. Sepandai-pandai saya bercakap (almaklumlah juara bahas masa sekolah,sekarang ni pulak cikgiiii la katakan, mana tak pandai bercakap kan,gelabah beruk juga apabila menjejakkan kaki ke pintu mahkamah yang kelihatan gah,besar dan asing sekali.
Sudah berapa malam saya tidak dapat menonton TV sebab mahu habiskan editing cepat.Penat rasa otak membaca 300 muka surat,setiap malam hampir 4 jam mengadap laptop.Waktu siang perlu habiskan kerja seberapa banyak yang mungkin.tidur hanya pada jam 1 pagi, bangun lebih kurang 6 atau lebih sikit.Mengantuk tu ALLAH sahaja yang tahu.Demi minat dan keseronokan diri sendiri, tak pa lah.Ada mengutuk juga suami, soalan saya kepada dia, "bang,bila mahu baca ayang punya manuskrip"
Kata dia, "tunggu dah jadi buku,abang baca satu hari 1 muka"... tergelak saya.. adua,dekat 10 bulan nampaknya baru dia akan berjaya habiskan satu buku saya.Adus! Inilah antara individu yang termasuk dalam bancian bahawa rakyat Malaysia hanya membaca 2 buku sahaja setahun.Bacaan suami saya memang terhad,baca pasal business,fishing,BMW dan musik sahaja.Adus! Saya sendiri, segala jenis buku dan bacaan saya baca.Pasal undang-undang,jurutera,fishing,kereta,memasak dll, saya baca sahaja... kadang tu pasal perniagaan memang tak faham pun juga...ha ha ha..
Mendapatkan ilmu itu wajib, jadi harapnya apa yang dibaca tu, ALLAH akan beri ganjaran.Saya percaya,apa sahaja yang dibaca itu adalah ilmu asal tiada kaitan dengan bahan lucah,gosip dan mengata orang... Objektif saya menulis buku adalah menghasilkan sebuah buku yang 'bukan sekadar cinta biasa'seperti lagu nyanyian penyanyi esukaan saya Dato Siti Nurhaliza(tapi maaf saya tak suka campur cerita tentang hidupnya.. yang saya minat lagunya bukan gosip tentang dia,lagi pun,manalah Dato Siti nak kenal saya pulak.)tetapi 'cinta' yang berprinsip dan adanya ilmu pengetahuan.Insya-Allah.

Monday, June 15, 2009
Alahai...
hari ini 15 june, sekolah dibuka semula.. alamak, macam mahu larikan diri saja. Murid-murid ni manalah tahu istilah bz atau too bz, yang diaorang tahu apabila bertemu cikgu, sebelum ucapan salam atau ucapan selamat pagi, " cikgu, kertas kami sudah tanda?berapa saya dapat"
Belum sempat menjawab pada seorang murid, jangan lain sudah bertanya pulak.. alamak... yang mereka tidak tahu, 8 hari saya bergelut dengan peperiksaan (pengawasan exam) jadi, hari yang berbaki digunakan untuk 'merendeeeek' jugalah. Tidak sempat bercuti pun. Suami sibuk, meeting sana-sini.. (jangan dating sudah le) sebab saya sendiri pun tak sempat berdating dengan dia. Kalau dia buat hal di belakang saya, dia tentu akan menyesal dengan apa yang saya bakal lakukan.. hmmm.
Cuba untuk habiskan semua kerja sekolah, well' tune' belum juga baik lagi.. lama juga bercuti daripada pergi ke sekolah, sampaikan perlu kunci 3 jam bagi bangunkan pagi. 3 telefon bimbit dan satu jam loceng. he he.. semalam sempat lagi menonton 2 movie sampai 2 pagi.. sambil marking.. he he.. hari ini macam mengantuk sahaja.
editing ada lagi 4 chapter..kalau kerja sekolah boleh dihabiskan hari ini, mungkin, ada free la rabu dan khamis. Tidak sabar untuk memulakan projek baru, buku baru.Kali ini saya pasti tidak akan mengambil masa setahun untuk siapkan satu buku. lama juga saya ambil masa untuk research dan kaji tempat sebelum menulis,tentang London, Adelaide, kenyir, langkawi... nantilah ada kesempatan saya update kan blog 'dimensi cinta' saya...
Merasai cinta adalah kenikmatan hidup, kasih sayang yang ALLAH berikan untuk manusia untuk dicontohi,dirasai...

Thursday, June 11, 2009
Editing, aduhai!
telling myself, I can do it! Editing bukan lah bidang saya. Saya ni kurang teliti sikit.Pasal menulis, okay la, tapi menyemak, mak oooiii.. Aznishah, member baik saya yang rajin mengedit sudah bertukar ke Kelantan, adus, susahlah sikit. Dia pulak belum beli Laptop sendiri, adus lagi, kalau tak, kirim je lah dekat dia, itukan kerja dia sebagai editor saya..
sekarang ni, terpaksalah mengedit sendiri, he he.. adus... apalagi, terlebih panjang pulak... adus, kena potong lagi. hmmm.. still telling myself kena buat, i can do it... perlu habiskan dalam masa 3 hari, kalau boleh, kalau tidak, saya akan lanjutkan sedekit tempohnya... macam nak bawa je si aznisyah balik ke sini...

Tuesday, June 9, 2009
My book on the way...
Alhamdullillah, sudah lama menunggu panggilan daripada penerbitan.Akhirnya 9 06 09, (cantikkan tarikh ini) mendengar khabar gembira. Leganya merekan mengatakan, they like my writing.. so my first novel on the way... Tidak terkata perasaan lega.
Cuma perlu lakukan final editing... hmm tak la susah sangat, cuma kena komitment la, editing ni perlu berhati-hati baca dan betulkan 'yang salah' menjadi 'betul'..
Agak lama di penerbitan, hampir setahun ( 2 minggu lagi setahun) sepatutnya tidaklah menjadi lama begini, tapi biasa lah, ada error, namapun manusia yang bersifat baharu, tentulah tidak sempurna. Ada editor yang bertukar kerja, macam-macam lah.. yang lebih penting, kumpulan yang menganalisa bacaan novel itu sukakan novel saya...
Mengikut pendapat ' sleeping partner ' saya, nora fuad tu bunyinya tidak komersial sangat, jadi saya perlulah tukar lagi, nama 'nickname' saya.. ha ha... sudah ada terfikir beberapa nama baru, tapi dia lebih sukakan 'nora jay' ha ha... pada awalnya saya tergelak betul, tapi why not ya? Jay tu sebenarnya panggilan nama dia di London dulu, lama juga hampir 10 tahun, hampir jadi mat saleh kat sana (ha ha ha, sudah memohon menjadi PR tapi tertipu dek agensi kat sana)
Tajuknya ?? hmm, saya pun tak pasti, kalau penerbit meminta mengubah namanya lagi. Ialah, apabila dihantar ke penerbitan, kena ikut sahajalah... sebagai penulis baru yang belum ada nama, novel melalui syarikat penerbitan nampaknya lebih baik dari segi promosi... siapalah kita mahu promosi diri sendiri. Lain lah kalsu sebut 'a', orang dah kenal... lain la cerita. Berangan juga mahu menerbitkan tulisan sendiri, satu masa nanti, he he.. bukannya apa, ada lebih kebebasan berkarya...
Saya sebenarnya terpegun juga apabila membaca 'lepaskan aku kembali ke laut, kalau tidak salah 6 jilidnya semasa saya masih budak2 hingusan (tingkatan 1-2) lama dahulu.Ada juga menyimpan angan-angan menulis buku begitu.Tengoklah nanti, apabila buku diterbitkan, bagaimana sambutannya.Mungkin kalau sudah ada peminat tersendiri (tak tahu la, ada ka tak?) tentu ada yang suka mengikut buku yang begitu... hal ini sudah menjadi satu impian yang panjang...
Impian saya, apabila buku diterbitkan nanti, saya akan adakan blog khas, so pembaca boleh meninjau lokasi daripada novel, melihat pemandangan yang saya lakarkan dalam novel saya, mendengar sendiri lagu2 'jiwang' yang dialunkan dalam novel... macam Harry Porter juga, kalau kurang imaginasi, bolehlah tengok filem, sebab buku saya tak ada filem la, sekadar melihat daripada blog. (adus sedihnya) bagi yang jiwang, bolehlah menijau sedikit sebanyak sedutan perkataan2 romantis , petikan daripada novel...
Bagaimana, anda rasa okay tak?

Subscribe to:
Posts (Atom)