Secara tiba-tiba, aku merinduimu, barangkali sebuah lagu lama, yang biasa didengari dulu. Saya tiba-tiba disambar kerinduan yang sangat pada semua ahli keluarga saya yang sudah lama tiada.
Nenek saya!Nenek sebelah bapa saya, saya panggil dengan mesranya, 'mak' kerana ibu saya dipanggil mama. Sejak saya lahir, saya susdah bersama mak saya. Saya tidur dengan mak saya sejak adik perempuan saya lahir dan menjadi 'spoil' kerana kasihnya mak saya yang melampau terhadap cucu perempuan sulongnya ini! Saya hampir dilayan bagai 'puteri' raja walaupun tidak tinggal di istana, sekadar istana 'bahagia' kami. Daripada mak saya (dan tentunya ibubapa juga) saya belajar banyak perkara; daripada segi agama dan moralnya. Banyak sangat do's and don'ts nenek saya. Banyak peraturannya! mesti itu dan ini! Sampaikan mahu membuat kari pun, ada pantang larangnya. Saya percaya apa pun, ada banyak kelebihannya. mana mahu dapat kari yang sedap kalau tidak kena cara memasaknya. Kalau tidak rempah pecah minyak dengan betul, kari akan menjadi tengik!
Pesan nenek saya yang saya masih ingat, antaranya, kalau bergaduh suami isteri, janganlah sampai mak/ahli keluarga di rumah tahu, maknanya, jangan sampai pinggan dan mangkuk pecah atau pintu bilik yang pecah. Cukuplah sekadar baling 'paper cup' he he.. Bawa berbincang.. kalau isteri, minta maaflah selalu kalaupun kita tidak bersalah, kerana dengan begitu, hati suami yang panas pun akan mencair, selepas itu, 'jinakkanlah' dia balik... he he..
Nenek saya yang pelatah orangnya. Sekiranya dia melatah(tapi dia tidak mencarut, tidak juga mengeluarkan perkataan2 yang pelik) tapi akan membuat apa saja yang kita suruh. Selalunya kami akan kata, "mak menarilah, dia akan menarilah, lengang-lenggong".. selagi kita tak suruh berhenti, dia takkan berhenti. Lazimnya kalau mahu diminta berhenti, kami akan minta dia baring, pejam mata, atau tidur. Apabila dia sedar, dia akan kata, kenapa dia berbaring di situ. Dia tidak percaya apa sahaja yang kami beritahu tentang perbuatannya ketika 'melatah'.
Kata nenek saya, arwah maknya dulu berpesan, kalau tiga hari tak minum kopi dan makan sireh, maknanya dia akan 'pergi. Rupanya n enek saya pun begitu juga. Dia pergi dalam tenang. Sebelum tidur saya penah memberitahu nenek saya, sejak saya sekolah menengah elok kita mengucap supaya kalau kita pergi, kita telah sempurna mengucapkan selawat. Dia juga ingat dan selalu mengamalkan ucapan selawat ....yang saya ajarkan kepadanya...(berulang kali) nenek saya mengulangi, sehinggakan dia bersedekah bacaan tersebut kepada ahli keluarga yang lain. Yang silapnya, saya sendiri pun gagal membaca selawat ... itu sebanyak nenek saya. Nampaknya macam 'guru' pun gagal mempraktik apa yang dipelajari. Disebabkan nenek saya buta huruf, (boleh membaca jawi ) tapi apabila semakin berusia, matanya berselaput dan sukar membaca. Dia bergantung kepada saya, (semasa saya berkhidmat sekejap di langkawi)selebihnya mak saya, untuk berbincang, bertanya atau belajar sesuatu.
Dan benarlah kata orang, kita akan semakin rindu apabila dia sudah 'pergi... dan rindu itu tidak akan sehebat ini!!