Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Friday, April 2, 2010

Mengapa melatah!


Saban hari setiap kali menyelak halaman akhbar, saya akan terperanjat (not to say too shock tetapi tidak sedang hati)melihat rakyat Malaysia yang suka 'melatah' terhadap pelbagai isu yang berlaku dalam Malaysia. Cerita 'politik' akan menjadikan orang kita 'melatah' pada setiap kali pihak a atau b bercakap. Saya sudah lama tidak mengikuti cerita politik. Sudah malas.Sejak dari kecil lagi, saya kerap dimomokkan dengan cerita politik. Ibubapa saya terlibat dengan kegiatan dan aktiviti politik sejak kami (adik beradik saya)kecil lagi. Pada saya, (not to say 'all' but mostly) cerita politik sudah bercampur baur dengan + - (entah yang mana benar dan yang tidak benar) Jalan selamat, keluar sahaja daripada membaca dan mengikuti cerita politik.


Cerita 'politik' merupakan cerita panas yang sering menarik orang lain terlibat di dalamnya, barangkali dengan tidak pun mengetahui 'baik'dan 'buruknya' terlibat dengan isu itu. Dengan memahami prinsip "law of attraction', saya lebuh memahami kenapa prinsip nasionalisme yang berlaku di TimurTengah, Asia Tenggara dahuluinya boleh menular sehingga ke Tanah Melayu atau Malaya. Arus gelombang yang berlaku di sekitar negara kita turut menarik pemikiran orang kita, dan arusnya turut menggerakkan pemikiran orang kita di sini!


Berbicara mengenai 'nasionalisme', arus 'law of attraction' tentunya memberi gambaran baik pengaruh arus gelombang + wave ke negara kita. Masalahnya gelombang arus - (negatif) tutut menimpa sebilangan masyarakat yang kerap melatah dengan isu yang kadangkala tidak mempunyai kaitan dengan kita.


Kadangkala kita bagaikan ditampar (perlahan ,sekadar membuat kita tersentak) dengan isu yang tiada kaitan dengan kita. Contohnya, kata kawan saya, "Mawi sekarang, sudah kurang bawa isteri setelah ramai orang komen, dia asyik membawa isterinya ke sana ke mari." Jawab saya, "Biarlah, kenapa mesti kita yang kecoh. Itukan isterinya. Kalau saya mahu ikut suami saya ke mana-mana, saya tidak mahu orang lain sibuk komen saya. Atau jika suami saya mahu saya ikut dia, kenapa orang lain perlu sibuk?"
Dan saya tidak pernah ambil peduli sekiranya sesiapa mahu bawa isteri atau suami ke mana-mana. Mengapa mesti saya peduli???


Apabila gaji polis dan tentera dinaikkan, ada orang melenting. Mengapa gaji mereka saja yang dinaikkan, mengapa tidak kakitangan awam yang lain. Pada saya, saya tentu mahu gaji kakitangan awam yang lain dinaikkan, mengapa tidak. Saya yang tidak mahu gaji dinaikkan. Tetapi kerajaan tentunya ada alasan ekonomi yang kukuh mengapa kenaikan gaji kakitangan awam yang sejumlah beberapa ratus ribu dinaikkan serentak. Alasan yang paling mudah diterima atau saya fikirkan sebagai bukan ahli ekonomi profesional adalah, akan berlaku kenaikan harga barang yang melambung jika gaji k tangan awam dinaikkan serentak. Saya teringat akan peristiwa pada Zaman Kerajaan Abbasiyah dahilu, di mana gaji tentera dinaikkan supaya mereka tidak terlibat dengan amalan rasuah. Sesuatu yang bagus untuk digunapakai! After all, polis dan tentera bertugas dalam menjaga keamanan dan kemakmuran negara. Apalah salahnya memberi penilaian yang baik kepada mereka yang menjaga negara.


Kata seorang kenalan saya," bagaimana polis menjaga keselamatan kita. Setiap hari ada sahaja kes jenayah." Mungkin dia tidak bermaksud untuk mengatakan polis tidak mampu menjaga keselamatan awam. Kata saya, " dengan jagaan keselamatan pun terjadi banyak kes jenayah, bnayangkan kalau tiada langsung balai polis atau polis yang mengawasi keselamatan" Dia terdiam. Mengapa tidak kita melihat daripada sudut yang positif, bukannya negatif! Saya faham bagaimana kerajaan boleh meletakkan setiap anggota polis di setiap rumah di Malaysia, siapa pula yang akan membayar gaji mereka. Mungkin boleh dilaksanakan, jika kita sanggup membayar cukai pendapatan yang tinggi! Dan kita juga yang akan melatah lagi!!


Dan yang paling saya suka, apabila NUTP menjelaskan akan diadakan penilaian dan kajian terhadap tugasan guru di Malaysia, lebih ramai yang 'melatah'. Kata mereka, jika tidak ikhlas bekerja, berhenti sahaja menjadi guru! Ah pulak! Dan yang kelakarnya lagi, yang mengeluarkan pendapat ini, bukan pula guru! Pada hemat saya, guru bukan minta kurangkan tugasan mereka terhadap murid/pelajar, inikan tugas utama kami. Soalnya, terlalu banyak tugasan rasmi yang mengganggu tugasan atau komitmen kami terhadap murid. Sebagai Ketua Panitia contohnya, ada 14 fail untuk dijaga, etc... Perlu mengisi 6 borang yang berbeza untuk murid, bayangkan jika mempunyai 250 murid.. = 1500 borang..


Jika anda bukan guru dan tidak memahami permasaalahan guru, apa kata anda tanya guru apa masalah kami sebelum mengutarakan pendapat tanpa memikirkan dengan bijaksana! Pendek kata, "jangan cepat melatah"... Cool! Think! and Act! atau sekadar baca, dengar, lihat dan duduk diam2 jika tidak memahaminya.


Kadangkala saya jadi kelakar apabila kerjaya lain selalu cemburu dengan guru yang dikatakan terlalu banyak cuti. Itulah kalau kehidupan, minda dan tarikan gelombang yang negatif selalu.. dalam hati asyik 'cemburu' saja.. Sudah tahu daripada dulu lagi, guru banyak cuti, kenapa tidak anda menjadi seorang guru juga!! ha ha!


Sudah-sudahlah dengan melatah itu!Sekiranya kita terlalu sibuk membicarakan hal orang lain, kita akan tiada masa untuk membicarakan dan memikirkan hal diri sendiri. Tiada masa untuk memajukan diri sendiri, apatah agi masyarakat, negara malah agama juga. Jadi henti hentilah melatah!

No comments: