Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Thursday, April 15, 2010

Sudah-sudahlah dengan melatah lagi...


Orang yang melatah: maksudnya :sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang melakukan sesuatu/berkata sesuatu apabila dirangsang. atau berkelakuan seperti orang tidak siuman.atau berbuat sesuatu atau mengeluarkan kata-kata tanpa disedari.


Istilah saya: orang yang suka marah akan segala hal yang berlaku. Orang naik gaji dia marah, orang kahwin di Mekah dia marah. Orang kaji tugas guru dia bengang. Pada saya: apa kaitannya dengan saya? Kenapa harus saya marah atau bengang..melainkan, orang tu barangkali potong gaji saya sebab gaji penjawat awam yang lain naik..itu memang saya akan marah!! tentulah!!



NUTP meminta kerajaan mengkaji tangga gaji penjawat awam! Ini satu berita gembira kepada penjawat awam, kemungkinan gaji akan naik lagi! Mungkin! Jangan marahkan saya dengan mengatakan saya menyebarkan 'khabar angin' pulak. Orang kita ini kan senang-senang melatah saja. Suka sangat percaya setiap apa yang dibaca tanpa membuat penilaian terlebih dahulu! Melatah! Sepatutnya memahami konsep 'memberi teguran' secara berkhemah. Kalau betul, kita pun sibuk mengata sesuatu, itu maknanya mengata. Kalau berita itu palsu, kita sebarkan pula : itu namanya fitnah. Dan saya tidak mengata mahupun menyebarkan fitnah. Berkemungkinan, mengikut firasat saya.




Harapnya firasat saya benar!




Masyarakat kita memang tidak sudah-sudah dengan melatah lagi! Mereka tidak faham antara perkataan kajian dengan ramalan/nujum. Kajian mengikut definisi kamus, hasil yang diperolehi daripada penyelidikan. Penyelidikan pula akan mengumpulkan data daripada responden. (Jumlahnya bergantung kepada pembuat kajian: lazimnya mencecah ke angka 200 dan lebih, cuba dibahagikan mengikut umur, jantina, taraf pendidikan betdasarkan keperluan kajian) Saya teringat di UKM dahulu, saya ada mengambil datu kertas yang berkaitan dengan kajian dalam Mass Com. Dan saya arif benar dengan apa maksudnya kajian..(dan tidak berniat sombong sekadar menyatakan, saya tahu apa maksudnya kajian)




Ruangan komen saya seringkali diletakkan dengan komen negatif mengenai penipuan kajian tarikh lahir, mungkin pembaca blog membaca mengenai kursus saya mengenai kajian tarikh lahir. Dan sipemberi komen pula, tidak berani meletakkan nama sebenar pulak. Tolonglah! Kalau anda mahu berfikiran negatif, simpanlah idea anda sendiri! Saya sentiasa berfikiran positif. Saya memahami sangat apa yang dikatakan ramalan/ nujum yang dilarang/diharamkan dalam Islam, dan apa maksudnya kajian.




Ramalan mengikut kamus bermaksud:telahan/prediction : sesuatu yang dikatakan akan terjadi atau mungkin berlaku. Itu ramalan. Situasi nujum atau ramalan:


1.Nujum akan melihat tapak tangan contohnya dan akan memberi penilaian terhadap masa depan anda.


2.Menilai tarikh lahir anda : dan menyatakan anda akan miskin selama-lamanya. Memberi jumlah anak yang akan telah anda ada. Menyatakan anda malang etc.


3. Menyatakan daripada nama anda/suami : adakah hidup anda akan bahagia etc.




Ini adalah ramalan yang dilarang dalam Islam, dan mengapa? Sebab Islam tidak mahu istilah berputus asa, putus harapan. Sebab nujum akan menjadikan kita rasa berputus asa, tidak berguna untuk berusaha jika nasib telah ditakdirkan begitu dan begini.




Konsep kajian tarikh lahir DR Azizzan dibuat daripada kajian data Dr sendiri terhadap 10 ribu responden, mengapa sebahagian orang gagal dan berjaya (positif dan negatif)yang dibahagikan kepada kumpulan nombor bedasarkan tarikh lahir anda. Kenapa perlu dimasukkan tarikh lahir... tanpa tarikh lahir, bagaimana kita boleh dikelaskan dalam kumpulan angka tersebut... contohnya 2, 5, 7. dan penilaian tersebut hanya berdasarkan perwatakan positif dan negatif, bukannya bila saya akan berkahwin, bila akan ada anak, berapa jumlah anak, bila akan mati, adakah saya akan bahagia yang boleh dikaitkan dengan ramalan atau nujum.




Mengenali perwatakan negatif kita, menjadikan kita lebih berhati-hati dengan masalah atau kelemahan diri sendiri. Seperti saya, saya selalunya sesat atau kalau ke suatu tempat, saya akan keliru, jadi saya ambil langkah berjaga-jaga, saya catatkan nama/number yang saya jumpa supaya saya tidak pening mencari parking, contohnya.




Jadi, jika anda mahu melatah, tolonglah lakukan sendiri.!Dan biarlah anda sentiasa berada dalam kalangan orang-orang yang melatah!


Pada saya saya tidak hanya mendengar atau melihat, saya akan buat bacaan, mengkaji lagi kebenaran semua perkara atau pengetahuan yang dipelajari supaya kita tidak akan hanya meilhat dengan mata, tetapi dengan mata hati kita yang sebenarnya.!


Sebagai orang Islam, walaupun kita mengetahui kebenaran semua ajaran Islam, wajib untuk kita membongkar semua rahsia ibadat kita daripada sudut sains supaya kita lebih beriman dan boleh mengajak orang lain ke arah kebenaran!


Kajian biasanya akan mengwujudkan kebenaran daripada aspek sains, seperti yang dibuktikan daripada sains solat, bagaimana bacaan al-quran boleh membentuk keadaan getaran alpha pada otak, puasa boleh merilexkan badan dan membebaskan kita daripada toksin. Niat sebenarnya adalah doa atau satu bentuk iltizam yang dicetuskan kepada otak,(walaupun dikatakan disebut di hati) kerana otak adalah center yang membentuk jentera tubuh!


Jadi, sekali lagi, kalau anda mahu berfikiran negatif, janganlah diseret saya sekali!!!!

No comments: