Diam tak diam sudah sampai ke pertengahan Ramadhan.. Hari ini agak keletihan daripada biasa, mungkin dengan cuaca yang suhunya agak klimaks hari ini. Lagipun, terdapat tiga kelas di Blok H. Blok H merupakan blok paling panas di sekolah kerana merupakan kabin sementara menunggu blok yang telah disiapkan (menunggu CF bangunan diluluskan) Murid2 tingkatan 4 diletakkan di sini. Sudahlah waktu tengahari dari jam 10.25 - 12.45 tengah hari. Saya sendiri sudah kepenatan sangat, dengan suhu yang panas pula, agak 'lembik'. Mata pun rasa berkinau (kata orang Kedah) sudah rasa kelabu semacam sahaja... in other word: blurr.. kepala pun sudah naik pening, berdiri pun rasa mahu tumbang.
Murid saya: adus: baru sahaja makan semasa rehat (10.05 10.25 pagi) jadi dalam keadaan sejahtera sangatlah... mulut pun jadi seperti mulut murai lah.. dibandingkan dengan diri saya yang kepenatan.. Saya minta mereka semua berpuasa sehingga 12.45 tgh.. Saya katakan, "please take heavy breakfast before u reach school.. fasting then, can makan again after school".. Mereka bertanya, "apa sebabnya cikgu, kami kena puasa.." ada yang berkata,"saya nak bagitahu parents saya cikgu suruh puasa.." Saya jawab, "please beritahu ibubapa awak, cikgu suruh puasa sebab dengan berpuasa, awak semua akan letih, jadi tak ada yang bercakap apabila cikgu mahu mengajar... " Disambut dengan ketawa budak2 tu! Murid sekarang, agak nakal dibandingkan dengan zaman saya dulu (dan saya percaya zaman-zaman seangkatan dan sebelumnya)
Esok hari terakhir persekolahan: menjadi satu bentuk motivasi juga.. he he he..dan minggu depan, empat hari sebelum bercuti penggal persekolahan.. ada beberapa mingu untuk meneruskan usaha menulis manuskrip baru then raya, dan selepas itu akan sibuk dengan peperiksaan percubaan!
No comments:
Post a Comment