Apabila teman saya bertanya, apakah menu dalam kepala saya untuk berbuka petang nanti, kata saya, "bergedel" Suami saya memang suka makan bergedel. Biasanya kalau makan di kedai atau yang dibeli, tentunya ada yang tidak kena. Maklumlah, bergedel kedai hanya mengandungi kentang dan sedikit daun bawang sahaja, daging barangkali memang tak diletak langsung. Menjimatkan kos barangkali. Kak Maryam sekaligus mencadangkan saya memasak soto, sebab alang-alang saya mahu masak bergedel. Dan saya bersetuju.
Menu : Soto ayam + bergedel + sayuran stim/celur + tahu goreng. (for 6 person)
Soto ayam: 2 peha ayam (whole leg) dan set tulang ayam (seekor ayam, tulang sahaja)(tidak perlu dipotong) , lebih kurang 2.5 liter air. Basuh ayam, rebus. Letakkan 2 biji bawang besar (memaniskan sup secara semulajadi) daun sup + 2 bunga lawang + 1 kayu manis. REbus selama 1 jam. Kautkan lemak/ minyak keluar. Masukkan 1 bungkus serbuk soto/ sup. kacau + garam (akhir sekali kerana memasukkan awal2 menyebabkan kesan toksin) Rebus lagi selama 30 minit. Sekiranya kurang kuah, tambahkan air ( final kuah lebih kurang 2 liter kuah)
Angkat isi ayam dan tulang ayam. (ceraikan isinya) isikan ke dalam bekas.
Rebus nasi impit ( 4 bungkus nasi impit adabi untuk 6) goreng tahu. Stimkan 2 batang karot. Celur sawi dan taugeh. Potongkan daun sup. Potongkan semua bahan dan hidangkan.
Begedel daging : lebih kurang 7 biji kentang + 200 gram daging. Rebus kentang dengan kulit (kump alkali, kentang yg kekal dgn kulit) + daging cincang + daun bawang + daun sup + garam + lada sulah + (brokoli 1 pokok/ karot 2 batang sederhana yang distim 15 minit- diblend hancur dijadikan paste..- lebihkan sayuran tanpa ada rasa sayuran) gaul - bulatkan, celup telur dan goreng.
Cili padi 15 biji + 3 ulas bawang putih (bakar tanpa minyak) blend + kicap pekat manis + kicap lemak masin + 1 sudu makan minyak zaitun.
Hasilnya soto yang penuh kasih sayang. Pendapat saya, sekalipun makanan yang dihasilkan tidaklah seenak mana, tetapi kalau dilakukan dengan ikhlas dan penuh dengan kasih sayang, setiap makanan itu pasti memberi makna kepada orang lain terutamanya keluarga tercinta. Yang lebih penting, boleh menikmati makanan / soto dengan rasa puas.
Saya bertanya suami kemudiannya, "sedap tak?" .. disebabkan biasanya kalau terdapat kekurangan dalam masakan saya dia akan terus 'komplen',.. agak banyak songgeh, he he.. (itu keistimewaan dia yang menjadikan saya lebih berhati-hati sebab tak seronok kena komplen) Kata dia, "sedap".. Jawab saya kembali,"Ooo, sedap, diam je.." He he.. macam tu pulak. Ada hikmahnya perangai dia macam tu.. kalau makan asyik dipuji dibimbangi takut riak pula.. terperasan bagus. Perkara-perkara begini akan menjadikan 'hilang pahala'.. riak dan penuh kesombongan adalah perkara yang dilarang agama.
Sepinggan soto dengan kuah + 2 keping bergedel (setiap pinggan) = senyuman seorang suami + keluarga = The price: pricelesss. Dan saya sendiri : spechless..terkenu sete;ah menghabiskan 2 pinggan soto.

No comments:
Post a Comment