Hari isnin pagi, saya sudah rasa dizzy semacam sahaja. Masuk semua kelas, saya memang rasa seram sejum, macam mahu demam. Dalam kelas, guru pula tidak boleh duduk di kerusi (kecuali guru mengandung atau kelas relief sahaja) jadi, terpaksalah berdiri dan mengajar. Kepala mulai berdenyut-denyut. Balik rumah, makan sebiji panadol, tapi macam tak berkesan je. Minum air dengan banyak dan tekak mulai rasa pahit semacam.. Biar betul!Badan sudah rasa seram sejuk semacam je. Ni mesti hampir demam ni! Alamak, demam sudah mari.
Sejarah lama saya, saya jarang demam panas, adalah setahun maybe sekali, kadangkala tak ada langsung. (Alhamdulillah) tapi kalau sekali pun, demam tu sebenarnya teruk sekali. Suhu badan boleh meningkat 39-40 darjah, sakit kepala dengan teruk seklai. Selalunya demam panas akan menyebabkan sakit kepala dengan teruk. It's in the blood. Mama saya kalau demam pun begitu.. he he.
Di sekolah dulu banyak tahun kena macam ni, mostly after makan durian.. he he.. tak tahan dengan panas!Kalau balik kampung je, ke Machang Bubok, saya akan makan durian kalu musimnya, lepas tu balik ke asrama (sekali tu tingkatan 4) demam teruk. satu hari mengigil-gigil.. tapi sebab masih budak lagi, sehari berbungkus, picit2 kepala sikit, tak payah makan ubat pun, sembuhlah.
Malamnya, saya cuba mandi dengan air asam jawa... method yang sudah lama, diturunkan oleh nenek saya kalau sakit kepala atau demam. Bancuh asam jawa pekat2, mulakan dari kaki ke kepala dan rambut, biar 10 minit, mandi. Mandipun mulai kaki ke kepala. Ingatkan menjadi, rupanya tidak juga. Demam semakin teruk dan terpaksalah ke klinik juga.
Hari ni, demam masih tak begitu kemah walaupun sudah berpeluh-peluh dingin. Tapi demam tu saya boleh tahan, sakit kepala ni yang buat saya berasap!Sekali lagi ke klinik sebab kepala yang sakit masih terus sakit dan sakit... lepas makan, makan ubat, rehat sekejap, sembahyang, barangkali tidur lagi, dan lagi (istilahnya rehat) maybe okay kot. Harapnya.
Esok, banyak kerja yang menunggu, pagi sampai ke petang.. Hmmmm.
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Akhirnya! Petang 31 Disember 2009, saya berjaya menghabiskan pembacaan saya ke atas novel ini. Sejujurnya, saya membaca kerana permintaan ...
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Guru dan murid kadang-kadang selalu terperangkap dalam dua dilema.Guru cuba memberi persepsi yang betul bahawa mereka mahu murid mereka b...
-
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut se...
-
Marilah kita sama-sama berdoa : Untuk yang dikasihi Sister Dalilah Tamrin: "Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafka...
-
Semalam kawan saya Suraida mengajak saya menonton 'Sepi'.Saya tidak menolak kerana saya yakin dengan penerbitnya, pengarah dan b...
-
Saya pernah menulis tentang adik angkat saya, G dan Mr X dan Mr Y nya dahulu (same title) jadi,saya sendiri pun macam kemaruk mahu menung...
-
Setiap pagi apabila ke sekolah, tujuan saya murni.Saya harapkan pengajaran saya akan berkesan kepada murid-murid saya. Mereka mungkin tid...
-
Semalam,bila bangun pagi,ingat mahu dapatkan Berita Harian,tapi 'panik' yang menyerang tu menyebabkan kaki mahu melangkah pun rasa l...
-
A teacher is a person who never says anything once. Howard Nemerov Saya tertarik dengan quote hati ini,ternyata memang benar apa yang dikata...
2 comments:
cepat baik ye cikgu cayang :]
kak leyla, thank you very much..
Post a Comment