Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Thursday, March 31, 2011

Novel baru....

Alhamdulillah, emel yg membawa berita baik, daripada Buku Prima saya terima dengan senang hati. Rasa terima kasih saya kepada Pencipta, dan semua yang menjadi inspirasi dan pendorong saya. Sebahagiannya daripada rakan-rakan Facebook saya. Di sini, saya mencipta idea, watak, perwatakan, kata-kata motivasi, inspirasi.

  • Barangkali ramai juga ahli ilmuan yang sanggup bersusah payah mendapatakan ilmu sehingga ke peringkat tertingi PhD. Mereka menjadi inspirasi saya menulis bagi pihak mereka yang bersungguh mendapatkan ilmu di rantau orang. Saya bangga dan kagum sungguh! Saya sendiri, sekadar 'rajin sedikit' membaca, tetapi tidaklah sebegitu rajin 'menuntut ilmu' yang memaksa saya ke menara gading lagi. Antaranya salah satu keluarga teman saya, Puan Maryam, keluarganya, dia sendiri, tambahan adik-adiknya, keduanya sedang belajar sehingga ke peringkat PhD. Saya 'salute'! Sungguh! Dan di sekolah saya, ramai yang telah memegang ijazah masters... Kagum juga! Saya sendiri, agaknya hanya berusaha mendapat 'masters' dalam penulisan. Harap diizinkan Allah.
  • Watak Erwan, saya cipta daripada watak seorang ex student saya yg berada di perantauan. Minatnya kepada fotografi menghasilkan watak yg bekerja dengan National Geografic. Saya bangga sekali dengan mereka yg berada di perantauan dalam mencari rezeki dan pengalaman hidup!
  • Jeremy : watak daripada nama murid saya yang genius! Jeremy Loke: Tabik saya untuk murid saya yang berjaya cemerlang dalam SPM.Semoga dia juga akan berjaya seperti the Real jeremy dalam novel ini.
  • Eva: juga murid saya yang happening!

Eropah termasuk Vannes, Perancis, Melbourne menjadi latar novel saya. Seperti biasa, saya ingin membawa anda menjelajah sama bersama melayari perjalanan hidup mereka bersama.

Di Pulau Tuba (tekalah di mana sebenarnya) menjadi latar cerita. Pulau cinta untuk semua.

Encik Hamdan-Adan-Ismail : Inspirasi saya untuk kata-kata yang sempurna! terima kasih. Rakan FB saya ini menjadi bayangan kepada watak Erwan Hamdan yang bijaksana!

Banyak lagi yang dicipta dan saya tidak mampu bercerita di sini!

Melihat Bulan melahirkan watak Wulan:

Rembulan cinta adalah bayangan bulan rembulan biru: cinta yang datang kali kedua seperti bulan biru (rembulan biru) yang datang setiap 2.7 tahun (Fenomena bulan mengambang dua kali dalam bulan yang sama setiap 2.7 tahun)

Terima kasih semua!

Wednesday, March 30, 2011

Hmm alahai...

Ketika dalam kelas tadi, entah bagaimana selepas memberi latihan, saya berbual sekejap dengan murid saya di hadapan sekali, murid perempuan. Daripada ceritanya, katanya, dia balik rumah, baru makan, sebab kena masak dulu. Saya tanya, "Mak kerja ke?" Dia kata, " Tak. Mak tak ada lagi." Dalam hati saya, 'ala. kesiannya dia. Baru sahaja 17 tahun, sudah tak ada mak lagi.'
Soalan saya berikutnya, "Kenapa tak masak lebih sikit malamnya, so tengah hari awak ada lauk lagi untuk makan?"
Dia kata, "Saya tak pandai masak sangat." Dalam hati saya, 'Alahai, sedihnya rasa hati saya.'
Dia tanya saya, bagaimana nak masak sambal, itu ini. Saya janji dengannya, saya akan tulis resepi, yang simple (ringkas) siap untuk tiga orang (bapa, adik dan dirinya) supaya, sekurangnya, dia dan keluarga dapat makan dengan sedap sikit, berbanding dengannya yang tak tahu masak. Ibunya sudah meninggal 8 tahun lepas. Dalam usia 10 tahun/9 tahun pasa masa itu, tentulah banyak lagi yang tak sempat dia pelajari. Kesiannya.

Insya_allah, saya akan cari buku resepi yang senang-senang, mudah dimasak, dan akan taip resepi yg mudah2 untuk dia cuba!

Saturday, March 26, 2011

Jatuh cinta lagi?


Suami saya sejak minggu cuti persekolahan telah menyatakan yang dia bersama beberapa rakannya akan pergi bercamping di Taman Negara. Motifnya, memancinglah! Pada masa itu, saya pun tak kisah sangat, sebab cuti persekolahan dan saya pun hanya berehat panjang di rumah sahaja! Katanya dia akan bertolak pada malam ahad, 20 Mei, dan akan sampai paginya ke Gua Musang dan seterusnya ke destinasi jalan masuk ke Taman Negara. Well! Pada masa itu juga saya tidak fikirkan apa-apa perkara pun, sesekali biarlah dia bercuti dengan rakan-rakan lelakinya! Cuma kemuskilannya, inilah kali pertama dia bercuti tanpa saya! Sudah biasa jika dia out station, bekerja, atau saya yang terpaksa berkursus, tanpa dia, apa sangat yang mahu di'kecohkan'.. :)

Melihat dia bersiap-siap dengan perkakasan dan pakaian camping membuatkan hati saya menjadi sayu. Sebenarnya semasa keluar membeli barangan camping di Chow Kit dan Ampang itu, hati saya dilanda keruan dan resah, tanpa saya ketahui sebabnya. Berdebar semacam sahaja! Tapi tidak juga saya nyatakan kepada suami, saya rasa, keruan dan resah saya barangkali tiada sebab tertentupun! Tiada perasaan atau gambaran negatif yang saya fikirkan, cuma, saya rasa berdebar, itu sahaja! Seolah hati yang tidak sedap rasanya! Lagipun, apa yang kita fikirkan akan membentuk gelombang /energy yang juga berkemungkinan akan terjadi seperti yang kita fikirkan. Berfikiran negatif akan memungkinkan perkara negatif juga! Jadi saya diam-diam beristifar sahaja dan mendoakan agar debaran saya akan berkurangan dan hilang begitu sahaja!

Malamnya, bila suami bertolak ke sana, saya berdebar lagi. Tidur saya tidak nyenyak (kali pertama sejak bertahun-tahun lamanya) Saya diganggu keresahan, seolah akan berlaku perkara pelik dalam perjalanan suami! Sepanjang malam, apabila saya terbangun daripada tidur, saya berdoa agar keselamatan mereka terjaga! Paginya, apabila saya menerima sms yang suami sudah tiba di Gua Musang, Kelantan, hati saya merasa lega (dia tidak mahu gunakan telefon untuk bercakap kerana perlu menjimatkan bateri, tiada tempat untuk 'charger' atau dicaskan bateri dalam hutan Taman Negara nanti. Jadi, cukuplah sekadar berterima kasih dengan sms sahaja! Sekali lagi di waktu tengah hari menyatakan mereka sudah tiba di Kuala Kroh dan akan menaiki bot ke Taman Negara. Dan itulah sms terakhir daripadanya. Bermakna, 20 Mac adalah kali terakhir dia menelefon saya.

Dan sepanjang 20-24 Mac, jantung saya terus berdebar. Fikiran saya seolah kosong, dan saya hanya mampu berdoa, agar keselamatan mereka terjamin, dan janganlah Allah jadikan pertemuan kami pada malam 20 Mac itu adalah pertemuan kami yang terakhir. Dengan hati 'yang terasa berat', memor yang 'sarat dengan kenangan', rindu yang bertan-tan membuak dalam dada, saya rasa jiwa, hati dan fizikal saya sendat dengan perasaan yang tidak menentu! Itulah cinta! Daripada malam ahad, sehingga khamis, saya sentiasa tertanya-tanya tentang dia. Cuma mengagak, barangkali tiada liputan di dalam hutan sana!

Itulah cinta! Menyiksakan! Kebiasaannya, kami akan sentiasa berhubung. Adanya telefon, boleh saya berbual sekejap atau sekadar sms. Berada jauh daripada sisinya, selama lebih 88.5 jam lamanya tanpa bicara dan sms, menyiksakan! Separuh nanar dibuatnya!

Petang khamis, saya menerima panggilan daripada suami, lebih kurang jam 4.30 petang, bermakna, lebih kurang 88.5 jam, kami tidak berkomunikasi secara langsung. Mungkin hanya emosi, memori dan telepati yang mengikat antara kedua insan! Huh! Terasa sedikit lega, apabila diberitahu, mereka sudah keluar daripada Taman Negara dan akan bertolak balik ke Gua Musang. Sekali lagi dilanda resah, maklumlah, Gua Musang merupakan kawasan kemalangan dan kerap menimpa pemandu yang kurang mahir dan kurang berulang alik melalui jalan sana!

Dan malam ini, sekali lagi, tidur saya tidak nyenyak! Cuba untuk lelapkan mata pada pukul 11 malam, malangnya, sehingga jam 12.30, saya masih belum lelapkan mata sepicingpun. Sehinggalah, saya menerima panggilan kedua pada tengah malam, menyatakan suami saya sudah tiba di Gombak. Dan debaran pun terhenti. Dan dia tiba lebih kurang jam 2 pagi ke rumah kami! Adus! Saya terus menceritakan bagaimana 'tercopottnya perasaan saya yang berdebar', jiwa yang rasa tidak tenteram. Bersyukur kerana Allah mendengar akan doa saya agar melindungi perjalanan mereka tanpa perkara-perkara yang tidak baik!

Dan apabila dihitung-hitung, semuanya, debaran, keresahan, tidak dapat tidurnya, semuanya kerana CINTA! Hebatnya perasaan itu! Cumanya, hanya tidur yang tidak lena, mandi saya basah dan makan saya juga kenyang!




Wednesday, March 23, 2011

Keputusan spm 2010

Hari debaran tiba juga. Separuh 'nanar' dibuatnya semalam, memikirkan keputusan SPM yang akan diumumkan hari ini. Tahun lepas, murid yang mendapat A bagi subjek sejarah, bertambah dua kali ganda, tetapi berlaku sedikit penurunan bagi peratus yang gagal. Dengan kata lain, jumlah yang gagal makin bertambah kerana berlaku pertambahan jumlah murid tingkatan lima daripada jumlah sebelumnya. Hakikatnya, kualiti bertambah cemerlang tetapi kuantiti berkurang sedikit. Well, pada saya, apa nak dibuat lagi. Sejarah pula adalah subjek teras, subjek yang wajib diambil kepada semua murid. Murid lemah atau bijak pun, diwajibkan ambil, jadi dalam jumlah yang besar, sehingga hampir 500 orang, bagaimana mahu mendapatkan 100% kelulusan. Mendapat 94% pun, saya kira sudah sangat baik. Guru-guru telah mencuba mengajar sebaik mungkin, selebihnya terpulang kepada usaha murid sendiri. Kalau sudah 'malas' berusaha, kalau dapat E, F (gagal) tu, nasib badanlah!

Acara yang agak tension hari ini, analisa tidak datang serentak dengan keputusan SPM. Aduiii! Kebiasaannya analisa dapat dilihat secepatnya, dapatlah kita lihat keputusan peperiksaan dengan cepat! Sehingga mana kualiti dan kuantiti kecermelangan murid2 sendiri. Aduh! menutut beritanya, analisa hanya akan didapati pada 31 Mac, lama lagi tu! Sukar mentelah keputusan (kalau mahu cepat, untuk analisa jumlah % gagal atau % lulus, perlu mengira semua keputusan G dan mendarab sendiri, 12 kelas. huiihh.. susah juga sebab slip individu perlu dilihat satu persatu sendiri.. maknanya ada hampir 500 murid. Mahu terbuntal biji mata nanti)

Well, seperti biasa. Ada murid yang boleh kita telah akan keputusan cemerlang mereka. Dan ada juga yang boleh ditelah akan 'kegagalan mereka'. Seperti yang dijangka, yang tiada inisitaif membuat latihan, bersikap acuh tidak acuh di dalam kelas, tidak memberi tumpuan kepada guru, tidak hrmatkan guru, semua hal ini akan membawa kepada 'bencana diri murid sendiri'. Kepuasan sebagai guru, well: saya yakin, keputusan cemerlang amat bergantung 98% kepada usaha murid sendiri, sebagai guru, hanya menyumbang kepada 2% sahaja, hanya membantu mereka cara dan teknik untuk menguasai sesuatu subjek! Itu sahaja! Betapa hebatpun seorang guru, jika murid itu malas, sudah tentu tidak akan berjaya! Atau betapa malaspun seorang guru, jika seorang murid itu rajin, pasti berjaya! (Tapi di sekolah saya, semua guru sangat bermotivasi, berinisiatif, dan berusaha keras)

Saya sudah seminggu lebih sejak cuti penggal disinggahi penyakit malas. Malas bergerak, malas, segalanya. Kerja KP yang belum siap, kerja mengarang yang belum bergerak... aduiii.. Mudahan pelukan murid2 saya tadi, (tentunya pelajar perempuan) akan menggerakkan saraf saya yang 'kemalasan'... Saya agak berkemungkinan, penyakit ini disebabkan 'terllau penat bekerja'... kebetulan pula suami saya ke Taman Negara, hari ahad lepas. Setiap hari saya atau dia, pasti menelefon 2-3 kali, bersms 3-4 kali... jadi sejak dia ke sana, mungkin tiada liputan atau bateri 'gone' dan tiada tempat untuk cas bateri, kami putus hubungan langsung.. aduii! Pagi ahad sahaja, dia menghantar sms... Tiada "mat" lagilah tiada "mood"... he he he... Harap-harap angin segar yang dia bawa balik nanti akan beri energy yang bertambah ruah kepada saya. Harap-harapnyaLah! Bahaya juga mempunyai virus 'malas' ni lama-lama.! Biarlah dijangkiti penyakit / virus penyakit "rajin" pulak, barulah adil!

Sunday, March 20, 2011

Mentaliti manusia.

Seharian hari ni menemani suami dari Chow Kit ke Ampang, singgah ke Mid Valley dan singgah lagi ke Tropicana Mall. Jauh sekali terasa perjalanannya. Kata suami saya, 'cuti-cuti Malaysia'. Hah! Ada ke macam tu. Dia tengah menyediakan persiapan untuk bersama teman-temannya memancing dan 'camping' ke taman Negara. Well, talking about camping, saya bukan daripada jenis 'out door'.. Sekali je semasa di UKMdulu, pertama dan terakhir camping ke Port Dickson, tahun pertama UKM, tidur dalam khemah besar, entah berapa puluh orang, mahu ke tandas pun beratur panjang, mandi pun beratur, kesimpulannya, 'camping' tak enjoy! Mungkin camping suami saya tidak seteruk saya dahulu sebab mereka pergi tak seramai mana, 6-7 orang sahaja. Kata saya kepada suami kalau mahu 'ke tandas' pun 'repot-repot', adus... 'enggak mahu ya'.. susahlah kot. Tu satu perkara pasal 'mentaliti', belum rasa lagi camping, sudah rasa susah. Haiya! lagipun, kalau orang bertudung macam saya, letih kalau bercamping, satu hari dalam tudung, dalam khemah baru boleh buka! Aduii.
Actually baru saya ingat, patutnya dua kali saya dalam khemah, istilahnya 'camping'.. pertama di Air Kroh, Melaka, ketika itu mengikuti kursus Tata negara (lebih awal aripada PD tu) tetapi disebabkan khemah tidak mencukupi, kami, berlima kot dapat tinggal dalam chalet (tetapi sama je, tak ada bantal, dan tilam.. hu hu tetapi lebih selesa sebab dalam khemah kata kawan2 saya, masuk air.. aduh!) Sudah la, hampir 3 hari tak dapat mandi sebab tak ada air, hari last baru dapat mandi.. ha ha ha Jadi mind saya dah set, kalau 'camping' meaning 'masalah' disebabkan penalaman pahit saya dgn 'camping'. Maybe saya perlukan pengalaman yg manis untuk ubah 'mentaliti' saya dengan 'camping' adalah idea yg bagussss.
Di ampang, kami ke sebuah kedai yg menjual peralatan 'camping'... di sana saya berbual sekejap dengan pengurus kedai. kebetulan terdapat baju hujan yg dibeli oleh suami, made in Japan, dia bertanya pendapat saya tentang bencana alam yg beru berlaku di sana. saya katakan, bencana itu sesuatu yg bersifat natural, sebab bumi pun macam kita juga, ada masa 'tidak sihat', ada masa 'bersin', 'flu'.. It's a proses, pengubah suaikan fizikal.. like human, we 've to move sometimes. Dia bersetuju. Dia jadi pelik kenapa ada orang selalu meletakkan 'label' kononnya apa yang berlaku di sana adalah balasan Allah kepada orang di sana. saya katakan itulah mentaliti manusia.
Ketika orang lain menerima bencana, kita katakan balasan Tuhan... kalau kita yang kena, itu dugaan! Hakikatnya, semua yang berlaku adalah dugaan! Sama standardnya! Allah menduga mereka, dan juga kita,sejauh mana kita sedar akan hakikat Allah berkuasa atas segala yang berlaku di dunia ini. Mentaliti yang meletakkan persepsi bahawa mereka tidak 'baik' atau 'tidak beriman' perlu diubah! sebagai manusia, kita tidak boleh melabelkan 'diri kita' adalah lebih baik daripada orang lain! Hakikat Iman, dosa, pahala, adalah hak Allah untuk tentukan. Orang yang berulang alik ke masjid pun, belum tentu dapat masuk pahala jika ibadatnya hanya dengan niat menunjuk-nunjuk sahaja. hentikanlah melihat diri kita lebih baik daripada orang lain. hentikanlah bercerita, "Saya sembahyang tahajudd setiap hari... saya itu dan ini..." mentaliti yg mengatakan kita lebih baik drp 'dia' atau 'mereka' mesti diubah!
Di Mid valley, di sebuah kedai buku yg besar itu, saya rasa terkilan kerana ternyata mereka tidak mendaulatkan bahasa kita, B Malaysia langsung.Buku berbahasa asing (B.Inggeris) diletakkan di hadapan kedai, sementara B.Malaysia nun jauh di belakang kedai! saya katakan kepada suami, "Macam masuk kedai buku di England" Di sana memanglah, sebab bahasa Inggeris bahasa utama. Bahasa No 1 di sana! Sadis bagaimana di Malaysia sendiri, kita tidak mendaulatkan bahasa kita! Agaknya lebih ramai orang Inggeris atau lebih faham Inggeris di Mid Valley kot!Yang saya dapat lihat majoritinya orang Malaysia... ada la beberapa peratus orang luar! Agaknya di dalam kedai, kalau ditanya dengan Bahasa Malaysia, mereka akan menjawab, "Excuse me, you're saying...?" "Aduiii! kadangkala orang selalu beranggapan buku BInggeris itu baik, buku BM kurang baik. Banyak juga buku B.Inggeris yg tidak bermutu langsung! Dan banyak juga buku BM yg bagus!
Yang lagi saya kelakar jika ada yang mahu menjual insurans etc, boleh lagi bercakap B.Inggeris, padahal yg menelefon tu sah-sah orang Malaysia, dan nama saya ni, sah-sah orang melayu/ Malaysia, lainlah kalau nama saya, "Nora Roberts" ke! pelik! Dan saya belum lah mahu menukarkan nama lagi!
Dan begitulah mentaliti kita! Bahasa orang bahasa kita! Kita daulatkan! Buku penulis asing, wah bukan main kita puja! Sampaikan ulasan buku B Inggeris pun kita masukkan ke dalam surat khabar bahasa kita juga! Cukup2 lah ulasan buku English dalam surat khabar Inggeris! yang lebih pelik, surat khabar kita tu pun, penulis tu tak baca!
Saya tidak anti B.Inggeris, jika itu yg ada dalam 'mentaliti'anda! saya percaya alam semua jenis bahasa, ada ilmunya. Sayangnya saya hanya faham tulisan dalam 3 jenis tulisan sahaja, jawi, B.Malaysia dan b.Inggeris. kalau saya memahami Latin, Perancis, Cina, tamil, nescaya, saya akan baca semua jenis buku2 ini! Saya cuma minta agar Bahasa kita dilayan sebaik-baiknya! letakan 'label' penting dalam negara! mentaliti orang kita mesti diubah!

Wednesday, March 16, 2011

Bruno Mars - Count on me - Lyrics



Saya tidak dapat mengingati bila kali pertama mendengar lagu ini, barangali dalam kereta, tetapi tidak sempat mendengar siapa penyanyi dan tajuknya.. So sweet. Tiba-tiba memori UKM datang semula, mengingati senior saya, sekarang Dr... yang kerap menyanyikan sebuah lagu yang liriknya bermaksud lebih kurang dengan lagu ini, saya masih lagi mencari siapa penyanyi dan tajuknya. So enjoy!

Tuesday, March 15, 2011

A heart break


Dunia menyaksikan pelbagai peristiwa pahit sejak mutahir ini. Bermula dengan banjir teruk di Pakistan, China, kemudian letusan Gunung Merapi di Indonesa. Bumi Australia dilanda banjir besar, begitu juga dengan negeri-negeri di Malaysia sendiri. Dan kemudiannya perang saudara, ledakan revolusi di Timur Tengah... Dan siapa sangka, gerakan gelinciran bumi antara pentas Pasifik dan Asia memperlihatkan gempa bumi dalam skala Ritcher 8.9 di negara jiran kita, Jepun, terburuk dalam tempoh seratus tahun lebih (Abad milenium ini)..

Melihat kepada semua kesengsaraan ini, menjadikan diri saya insaf. Allah maha berkuasa dalam menjadikan dan menurunkan bencana, dugaan untuk umat manusia. Maka benarlah, Allah berkata, 'jadi', maka jadilah semuanya tanpa berundur sesaatpun. Dan bumi bisa diterbalikkan tanpa sempat manusia berkata 'tidak'.... Dan dugaan menjadikan manusia lebih tabah, beriman dan taat kepada yang Maha Kuasa!

Dan penuh rasa bersyukur, berada di bumi ini, walaupun dikelilingi dengan jiran-jiran yang dilanda bencana, kita masih dapat tinggal dengan selesa, menghirup setiap inci keindahan bumi tanpa bencana!

Dan saya sgerea teringat akan arwah ibu merua saya, "Solat, bersyukur dan Sabar" itu kata keramatnya, nescaya Allah akan menggandakan rezedki yang lebih! Dan Allah, saya bersyukur atas segala nikmat hidup!

A heart break: Petikan Berita Harian Ogos 2010, Pakistan

PESHAWAR: Penyelamat bertungkus-lumus menyelamatkan lebih 27,000 orang yang masih terperangkap akibat banjir besar di wilayah Khyber-Pakhtoonkhwa yang setakat ini mengorbankan lebih 1,100 orang serta memusnahkan ribuan rumah.

Operasi itu menjadi sedikit mudah apabila hujan monsun yang menyebabkan banjir terburuk dalam tempoh berdekad-dekad di situ berkurangan.

Bagaimanapun, ketika air semakin surut, barulah pasukan penyelamat menyedari betapa dahsyatnya bencana itu.

Ogos 2010: Indonesia


Gunung Merapi Meletus Lagi, Penduduk Diungsikan Paksa

Pemerintah Indonesia Sabtu mengerahkan tentara untuk mengungsikan dengan paksa penduduk dari lereng-lereng gunung Merapi.

Foto: AP

Tim penyelamat dan anggota militer menguburkan ternak sapi yang mati akibat letusan Merapi.


Pemerintah Indonesia Sabtu mengerahkan tentara untuk mengungsikan dengan paksa penduduk dari lereng-lereng gunung Merapi, gunung berapi yang paling aktif di Indonesia.

Tentara itu dikirim setelah Gunung Merapi meletus dashyat lagi, yang memaksa penutupan sedikitnya satu sekolah dan penutupan sementara bandara kota Yogyakarta, 20 kilometer jauhnya ke sebelah selatan.

Palang Merah Indonesia mengatakan, sedikitnya 36 orang tewas sejak Merapi mulai menyemburkan abu dan gas panas dalam serangkaian letusan mulai Selasa.

Sementara itu, tim penolong terus berjuang melawan cuaca buruk untuk mengirim bantuan kepada korban yang selamat dan terlantar akibat terjangan tsunami di Kepulauan Mentawai.


Jan 2011: Australia

emua warga kota Condamine, sebanyak 130 orang, dievakuasi menggunakan helikopter, Kamis (30/12), setelah kota tersebut perlahan tetapi pasti terendam air.

Neil Roberts, Menteri Pelayanan Darurat Negara Bagian Queensland, mengatakan, Condamine adalah satu dari 13 kota yang penduduknya harus dievakuasi pada hari Kamis karena ketinggian air terus naik. Menurut dia, total penduduk yang telah dievakuasi mencapai 2.000 jiwa.

Di Bundaberg, Queensland tenggara, sekitar 120 rumah penduduk tenggelam akibat luapan Sungai Burnett yang membelah kota itu. Wakil Wali Kota Bundaberg Tony Ricciardi mengatakan, sebanyak 400 orang dievakuasi sepanjang malam sejak hari Rabu.

Semua warga kota Theodore, sebanyak 300 orang, juga telah dievakuasi oleh tentara Australia, Rabu.

Salah satu kota yang terparah terkena banjir adalah Emerald, yang berpenduduk 15.000 jiwa. Sungai Fitzroy, yang mengalir melalui kota itu, meluap dan diramalkan akan mencapai puncaknya pada ketinggian 16,3 meter, Jumat siang ini, dan menenggelamkan lebih dari 80 persen wilayah kota. Di stasiun pengamatan Biro Meteorologi Australia (www.bom.gov.au) di kawasan Riverslea, ketinggian air Fitzroy bahkan sudah mencapai 23,53 meter di atas jembatan di lokasi tersebut.

Jeff Perkins, peneliti di Biro Meteorologi Australia, memperkirakan, aliran air Fitzroy akan menyebabkan banjir terburuk dalam 50 tahun terakhir di kota Rockhampton, yang terletak di bagian hilir dekat pantai. ”Banjir akan sangat besar di sana minggu depan, dengan ketinggian air bisa mencapai 9,4 meter, sama dengan banjir tahun 1954,” tutur Perkins....

Sengketa di Timur Tengah



Tsunami di Jepun.

TOKYO, 11 Mac: Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda bebarapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometre di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 skala richter.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Agensi

Saturday, March 12, 2011

Penantian akhirnya berakhir...





Bungkusan ke Rome: gambar oleh Izan (saya: lupa ambil gambar bungkusan)


Bungkusan ke Brunei.Gambar oleh Hajjah Noridah. (saya: lupa mengambil fotonya)

Beberapa buah buku saya kirimkan keluar..satu ke Brunei, ke Vannes Perancis dan sebuah ke Rome. Lebih kurang 2 minggu, saya mendapat tahu, buku ke Brunei sudah tiba. Lega! One down, two to go, diikuti dengan Vannes, Perancis. Yang pelik, buku ke Rome, belum sampai-sampai juga. Saya ke pejabat pos, minta dia check kan kiriman tersebut sebab gagal check secara'on line' (dalam hati pulak: buat apa on line kalau gagal berfungsi) kakitangan pejabat pos enggan memeriksa 'trecking' sebaliknya memberi saya nombor telefon untuk dihubungi.. dalam hati , pulak.. tetapi balik rumah, terlupa tentang hal ini.

Esoknya plan mahu menghubungi nombor tersebut, tetapi di wall Fb saya bertulis, buku sudah diterima. Alhamdulillah. Lama juga buku itu 'berjalan', hampir sebulan. Agaknya kalau bungkus saya ke sana, sebulan dalam bungkusan, alamak: lemas ooo. (jadi tak jadilah berbungkus untuk ke Rome)

Satu buku saya hadiahkan ke Bukit Mertajam, untuk iera @ Azira yang sudi meminjamkan sajaknya dalam buku saya. Cerita ni lagilah kelakar.. salah saya juga, terlupa menulis kepada dan daripada, dan setem pula (saya pos berdaftar sebab boleh trecking kalau hilang, dan cheaper daripada pos laju yang adangkala tidak juga laju-laju) dilekatkan oleh kakitangan pos. Saya tidak tahu apa yang terkadi, empat hari, buku diterima oleh mama saya di Langkawi, sebaliknya di Bukit Mertajam, boleh pula tak sampai-sampai. (pelik juga, yang seberang laut sudah tiba... penuh tanya) Saya menerima sekeping kad menyatakan ada 'parcel' (actually lama juga terbiar di rumah) rupanya ke pejabat pos, menerima balik 'parcel' sendiri sebab kerani pos salah letakkan setem di bahagian daripada (yang saya tak tulis) jadi mereka fikirkan bungkusan itu dihantar kepada saya... adus.. dan dikirimkan balik kepada penerima yang sepatutnya.. dan akhirnya sampai juga. Misteri berakhir.

Friday, March 11, 2011

Merong Mahawangsa.. best


Sebagai peminat movie, saya angkat 'dua-dua ibu jari saya'. Kualiti filem, story line, watak-watak yang hidup... dengan bahasa tubuh yang hebat. Sebab perwatakan bukan digambarkan dengan dialog sahaja. Ringkasnya yang baik (pihak yang baik), kita rasa sokong sepenuhnya. Yang terinaya kita rasa impati dan simpati. Yang watak krook rasa menyampah, rasa nak tampar muka. Pada saya, ceritanya, watak dan perwatakannya berjayalah!

Kalau di sekolah saya, kalau mahu menonton, mereka akan tanyakan pendapat saya (kira macam pengkritik filem jugalah) kalau saya kata okay, bolehlah menonton.. he he..

Ini bukanlah kali pertama saya tabik spring dengan Kru dan Yusry. Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga dengan hasil rakyat kita yang sudah maju ke hadapan. Bayangkanlah negara kita yang tidak punya peralatan canggih, tempat khas untuk perfileman seperti di Los Angeles, masih boleh menghasilkan cerita 'epik yang hebat.

Dan yang lebih penting, it's smooth and easy.. tak susah nak faham. Kadang2 pemikir filem ni, suka membuat filem yang terlalu susah nak diterima oleh masayarak, maklumlah dengan latar pendidikan yang berbeza, kadang2 orang tak faham dengan filem 'epik' atau 'sejarah'. Pada saya, Merong Mahawangsa berjaya.

Enjoy berada di movie, ada sedikit jenaka, romantik, klise, sinis... pemilihan pelakon tepat! Dan yang paling saya suka, pelakon wanitanya tak ada make up (ada la kot tapi tak ketara, nampak natural) , ini barulah natural... tepat dengan keadaan atau lokasi tempat pada masa itu... Syabas KRU.. it's genius!

Dan terbaca ada sedikit komen daripada penonton.katanya plot tak cukup kuat? Di mana tentera China semasa mereka diserang? Dan kenapa sultan Muzaffar syah di Langkasuka pulak? bukan di Melaka? Well.. pelayaran orang China ke tempat lain sebenarnya diiringi oleh perpuluh buah kapal, dalam situasi ini kapal2 dipukul gelombang... banyak yang termusnah. Lagipun, tujuan mereka ke utara Tanah Melayu adalah menguruskan urusan peminangan Puteri Raja China. Pelajaran ke China dan balik semula memakan masa yang lama.

Sultan Muzaffar syah di sini, bukanlah sultan Melaka. Langkasuka adalah kerajaan awal di utara Kedah dan merong adalah Raja pertama atau pengasasnya. Melaka pada masa itupu belum wujud lagi. Kalau tak salah saya, Langkasuka pada awal abad pertama masihi. Melaka pula hanya muncul pada abad ke 15 masihi. Jadi nama yang sama bukanlah 'orang yang sama'. Jadi ayuhlah, buka minda anda sedikit, bacalah cerita epik dan sejarah dulu sebelum mencelah kepada filem berunsur 'epik' ini!

Pun begitu, epik cerita ini agak berbeza kerana mengikut epik asalnya, kapal mereka dilanda gelombang dan anak raja Rom dilarikan garuda, kalau tak salah saya. Tetapi cerita epik, kita sudah boleh menjangkakan jalan ceritanya boleh jadi hanya 'auta' atau ada kebenarannya juga! Entahlah!

Tuesday, March 8, 2011

my bad day

Tiada hari yang lebih teruk daripada melihat sekumpulan murid yang tidak serius dengan pembelajaran dan pengajaran (p & P)Apabila saya cuna menerangkan tentang topik sejarah, sibuk bersembang... (still boleh control tetapi saya tahu mereka tidak memberi perhatian) Walaupun bukan semua, tetapi dua tiga orangpun kepada saya cukup menggangu. Sejarah ni bukanlah susah sangat, fahamkan subjek, dan semuanya menjadi mudah kerana jawapan sejarah/ fakta bukannya berkaitan tarikh, hanya sebab/faktor, kesan dan kadangkala jawapan yang hanya berasaskan logik akal sahaja. Semuanya berasaskan logik akal dan kuncinya adalah "faham". Bagaimana boleh memahami sesuatu perjalanan sejarah atau cerita jika tidak memberi perhatian atau mendengar!

Hari ini saya sudah 'menegur' semua murid2 saya. Mereka tidak serius dalam P & P, pada saya emnjemukan. Apa gunanya berguru jika 'guru' tiadk didengar! Saya beritahu murid, "jika tidak berminat dengan P & P, baik awak duduk di rumah, belajar sendiri, atau awak akan dengar di tempat tuisyen (padahal the truth is, di tempat tuisyen pun sama, kelas yg besar dan mereka tidak menumpukan perhatian pun... murid yang berjaya mendengar dengan baik dalam kelas, tidak memerlukan tuisyenpun) awak tak perlu berada di kelas dan mengganggu P&P orang lain" "bagaimana cikgu yg tak ada exam spm tahun ni boleh lebih serius belajar drp awak sendiri?" Sebagai guru, kita lebih berssedia, say masters dalam mengetahui tajuk2 yg sudah dan belum keluar dalam spm supaya mudah 'fokus' dalm tajuk2 yg belum 'dikeluarkan' spm supaya destinasi p& P jelas dan berfokus! dan mereka hanya 'goyang kaki', 'berangan' dan 'main-main' serta tidak melengkapkan kerja rumah/sekolah seolah-olah 'bijaksana sangat'.

Seandainya satu kelas macam tu, okay juga, hampir semua kelas begini, pasti ada murid yang hanya 'main-main'... itu belum lagi kelas yg muridnya 'lambat membaca', so dia akan lekas boring, sama ada tidur (walaupun dipanggil berkali-kali) atau apabila bangun mengganggu kelas dengan mengheret kerusi sana-sini, berjalan serata kelas, memakai buku ayam dan berjalan sana-sini! Murid yang ternyata tidak minat langsung untuk belajar dan 'lulus peperiksaan'. Sekadar bersekolah bagi memenuhi 'kuota' ibubapa yg mahu mereka ke sekolah! Datang dengan 'dada yang kosong' dan pulang dengan 'perut yang berisi' sebab makan tengah hari di kantin! Memenuhi dada guru yang sendat dengan ideas 'pening' dengan gelagat mereka yang kadangkala tidak masuk akal langsung! Terus terang, Saya bosan sungguh!Berusia 15-17 tahun, tetapi gelagatnya bagai budak2 'hiper aktif' yg berusia 4-5 tahun!

Mulanya apabila saya masuk kelas, kelas kelihatan sunyi, saya ingatkan murid ini, tidak adatang (sebab selalunya dia membuat kacau) lalu saya tanya, " jkllmm tak datang ke?" rupanya dia berada di belakang kelas dengan kawannya, tidak membuat bising dan berjalan. Lantas dia kata, "cikgu gila ke, saya ada pun tak nampak?" Memikirkan mungkin dia tidak 'cukup akal' dan tidak bermaksud berkata sedemikian, saya diamkan diri sebab berlawan cakap dengan murid sedemikian, membuatkan kita pun seolah 'hilang akal' juga.

Pengalaman hanya berguna untuk menyelesaikan masalah dengan teknik mengajar bagi mereka yg dahagakan ilmu! tetapi yang bukan untuk menjadi 'nanny' tidak berbayar kepada murid-murid seperti ini! Saya sedang memikir-mikir menamatkan kerjaya saya ini lebih awal, sudah jemu dengan murid-murid yang begini!!!! Benar2 B.O.S.A.N!!!!!!

Sunday, March 6, 2011

Empat kaki novel yang manis...


Pagi-pagi lagi (tidaklah pagi sangat, jam 11.00 pagi) saya tiba di Amcorp Mall, salah satu tempat membeli belah yang saya suka, sebanrnya saya lebih suka ke sana pada hari sabtu sebab lebih banyak Flea Market, kadangkala (selalunya) tidak juga membeli belah, sekadar menjamu mata. (semalam kan saya ke Ipoh) Hari ini saya ke sana dengan satu misi, membeli keperluan kakak senior saya yang akan menunaikan umrah ke Mekah. Jadi, saya terus menuju ke tingkat 3, membeli barangan dan lalu ke Popular, sekadar meninjau buku saya sudah masuk ke kedai buku atau belum. Alhamdulillah, minggu lepas saya lihat ada dalam 10 buah, minggu ini sudah susut separuh.

Kebetulan, saya terserempak adik2 manis, yang masih muda remaja, yang meminati novel, yang berada di rak, lalu saya hampiri dan we have a little chatt, malangnya saya lupa bertanyakan nama mereka.. Saya anggap mereka ni 'kaki novellah'... kalu sudah berada di rak novel, tentulah suka membaca novel. (aduhlah adik-adik, kurang sopan sungguh kak Nora ni! Terlupa bertanyakan empunya nama masing-masing. Kadangkala kita ni benar-benar bertindak bagai orang Melayu sejati, selalu bercakap-cakap, bertegur sapa tanpa memperkenalkan diri sendiri. Kalau budaya Barat, mereka mulakan dengan nama saya... and you are ? Lebih properkan? Terasa begitu rasa bersalah... dan bila sudah turun ke bawah mall, barulah teringat.. aduh! Buruk laku betul. Maafkanlah adik-adik ya!) Kalau adik-adik terbaca cerita ini, masih boleh kenalkan dirikan? Kad kartu nama bertukar tangan. Saya harapkan mereka akan beli CSKK atau Dimenci Cinta saya. Senyum sendiri.

Lain-lain, saya kenahabiskan bab 1 manuskrip baru, sebab sudah lama sangat, terbiar, sampai sudah bosan melihat pages yang belum berganjak lagi. Mudahan Allah permudahkan.

Kemudian ke BOOK Excess : kononnya tak mahu membeli buku lagi, sebab banyak yang masih disenaraikan... (agaknya macam beratur menunggu dibaca) tetapi melihat buku yang hanya berharga 3.90 (harga asal 69.90) dengan isi dan maklumat bagus, (tajuknya Wordpay) mengapa tidak! berbaloi pelaburan yang sedikitkan. Dengan 200 pages ketebalannya, mana lagi nak dapatkan buku tersebut dengan harga kurang sama seperti sepinggan mee goreng (Rm 4)..

A Heart break...


Cerita 2

Hari ini mood happy saya berganda. Bukannya bermakna hari lain, saya tidak 'happy', melihat dan menyaksikan majlis bertunang, menggembirakan saya. Menyaksikan pasangan bercinta berkasih dan bakal menyemarakkan cinta amat membahagiakan! Dan kadangkala pasangan yang bercinta ini, sepantas juga menamatkan cinta hanya kerana 'adanya orang ketiga'. Kadangkala pelik, bagaimana seseorang mengenepikan pasangan yang sudah begitu lama dikenali semata-mata kerana baru beberapa bulan mengenali seseorang yang lain, apatah lagi 'orang baru' yang baru dikenali hanyalah 'rakan dating' atau 'rakan niaga' yang baru. Logik akalnya, orang begini, atau mengenali individu yg begini, semuanya kelihatan baik dan sempurna belaka, kerana tengah dilanda 'angau satu badan'... apabila serumah, barulah segala 'akal yang membinasakan', buruk perangai dan laku akan mula dimuntahkan.

Hmmm. Saya tidak mahu berfikir panjang atau bermenung panjang dengan cerita yang saya sudah lama dengar ini... Ketika mama datang pada cuti sempena Tahun Baru Cina, cerita ini sudah kedengaran di gegendang telinga saya. Well. Sekali lagi I was stunned! kalau saya fikir saya hanya membaca cerita ibi, atau menonton drama, barangkali saya fikir ini hanyalah cerita khayalan penulis skripnya atau penulis buku sahaja. Tetapi cerita ini sebenarnya senantiasa ada 'pelakonnya' like Shakespeare katakan, "dunia adalah pentas, dan manusia adalah pelakonnya".

Saya sudah lama mengenali pasangan suami isteri ini. Sejak zaman saya remaja lagi. ketika saya masih menuntut du sekolah dan u, mereka sudah berkahwin. Kakak ini berkahwin semasa berusia 19 tahun, cuma hanya mendapat anak pertama mereka setelah 10 tahun berkahwin. Mereka dilihat pada saya sembagai pasangan ideal. Isterinya banyak bercakap, suaminya tidak banyak kerenah, banyak berdiam diri. Anak-anak mereka tiga orang semuanya. Pada mata saya, suaminya, Mr X sangat sabar orangnya kerana sejarah keluarga Miss Y yang agak complicated, ibubapanya berpisah setelah berpuluh tahun berkahwin. Ibubapa masing-masing ada anak-anak lain sebelum ini, ada ex masing-masing. Ringkasnya, ada sejarah yang panjang, berliku dan 'memeningkan'. Jadi, dengan latar belakang isteri yang begitu, jika suami dapat menerima dengan hati dan tangan terbuka, saya anggap sebagai 'bonus' yang tiada calang gantinya lagi!

Rupanya benarlah kata orang, sejarah bisa berulang. Anak sulung mereka kini berusia 20 tahun, bermakna mereka sudah berumahtangga lebih 30 tahun. Membayangkan diri saya di ketika itu, rasanya saya sudah mengenali suami hampir ke seluruh urat darah dan jenis cecair dalam badannya. Hah! Melalut juga saya. Cuma saya mahu jelaskan, tentulah kita sudah mengenali dia sangat-sangat!

Siisteri mulai berubah laku, mungkin menyedari dia yang telah menamatkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi, masters dan mulai bergiat dalam perniagaan, dan mulai melihat suami yang hanya mengerjakan bengkel permotoran sebagai tiada setanding dengannya lagi! Dan yang sedihnya, mulai ber'main mata' dan 'cinta baru'. Nauuzubillahhimminzalik! Dengar ceritanya, mereka berpisah. Yang anehnya, bekas suami amat bermurah hati, masih membantu isteri ke KL dengan memberi wang belanja sebanyak 500, di mana si isteri ke Kl dengan menaiki teksi untuk bertemu kekasih tetapi untuk pulang terpaksa menaiki lori yang ditumpang kerana kehabisan wang. Yang jelas pada saya sebagai tanda, kekasihnya hanya pandai menggunakan dia untuk wang!

Berusia akhir 40-an, apa lagi yang dilihat oleh wanita ini? Seandainya dia adalah saya sendiri, saya hanya mahu menghabiskan usia tua saya (50, pada saya bukanlah tua sangat, just a bit old, matang) bersama suami, lebih ibadat, menguruskan keluarga dengan baik, itu saja. Dan tentunya bukan mencari 'cinta baru'. Seandainya melihat suami yang mungkin ' lebih beransur tua' kerana umurnya lebih matang dan berusia, kita sebagai isteripun, sama juga. Dia telah bersama kita melepasi masa susah dan senang bersama. Dia sudah melalaui putaran 'roaler coaster' ke atas dan ke bawah selama ini, kenapa pula di masa kita sudah berada di puncaknya, 'dia' kita buang di tepi bagi mengejar 'sesuatu' yang tiadk pasti! Aneh, pelik! tetapi itulah yang berlaku!

Friday, March 4, 2011

Hatipun berdetik lagi....

Cerita 1.

Ketika di sekolah lama dulu, saya terkaget sekejap apabila seorang murid saya datang bertanya (ketika di penghujung kelas dan loceng sudah berbunyi, kami bersiap untuk pulang ke rumah) Saya masih ingat lagi setiap butirannya, sebab it's reallt stunned me. Katanya," Betul ke, cik X tu kahwin dengan suami orang?" dan Miss x tu happen to be my friend. Saya 'stunned' sepenuhnya. Diam tak terkata... saya rasa dalam sekolah tu, kalau adapun apa-apa berita tentang orang lain, sayalah orang yang terakhir akan tahu dan kadangkala tak akan tahu apa-apa, sebab polisi saya, saya tak suka ambil tahu hal orang lain.. Maksudnya, kalau ada 'sakit demam', saya akan ambil tahulah, tanya atau pergi melawat tapi saya tidak akan ambil pusing, apa kerja suaminya, latar belakang keluarganya, berapa harga bajunya, harha handbegnya, kasutnya... di mana dia tinggal, rumah pangsapuri, banglo hatta seandainya dia mempunyai kapal terbangpun. Kepada diri saya, saya bertemankan seseorang tanpa syarat.None!

Saya menjadi teman kepada seseorang sebab dia kawan saya, tanpa niat, tanpa syarat juga. "so maybe I can say, anything, none of my bussiness."... prinsip saya tak akan campur tangan dalam hidup orang lain. Tapi kalau kawan saya mahu kahwin dengan suami orang, kalau rakan baik sangat, for sure, I'll say something about it! Tapi kalau sudah berkahwin, apa saya boleh buat. Saya cuma menyatakan kepada murid tu, saya tidak tahu sama sekali. Pada masa itu, saya sudah 2 tahun mengenali rakan sekolah saya itu. Agak rapat sebenarnya. Diam-diam saya terpaksa bertanya juga dua kawan rapat yang lain. Bukannya menyibuk, tetapi rasa pelik kenapa diajukan soalan berkaitan kawan saya sebegitu! Still terbayang bagaimana saya stunned in the class! Thingking and thinking! Seolah terlekat air liur di tekak, dan my heart beat just stopped!

Rupanya memang betullah. Kawan saya pada asalnya menyewa bilik keluarga ini. Ada isteri dan anak-anak, tetapi ended like berkahwin dengannya. I was shocked! Suaminya kemudiannya menceraikan isteri pertama, anak-anak dengan bekas isterinya. Mulai saat itu, saya rasa, saya seolah hilang kepercayaan dan rasa hormat dengan teman saya. Well, soal jodoh memang Allah sudah tentukan, tidak boleh kita nafikan... tetapi kalau kita mesti merobohkan istana orang lain untuk membina istana pasir kita, for me it's sound cruel! Dapat saya bayangkan bening mata-mata sikecil melihat ayah mereka mempunyai ibu lain yg jauh lebih muda dan mempunyai keluarga yang baru!How can a lady do kind of thing to another lady! A woman to woman!

Jika dikaji dengan penceraian, rupanya rekod Jakim menyatakan d Malaysia kini, setiap 15 minit, terjadinya satu penceraian... nauzubillah himinzalik! dalam soal seperti ini, saya kurang menyalahkan lelaki (not to say tidak bersalah langsung, tapi pada tabienya nafsu yang 'satu' itu merangsang lelaki untuk bersikap 'terlebih gatal' dibandingkan wanita) Yang selalunnya menimbulkan masalah adalah wanita itu sendiri, suka memburu suami orang kerana kedudukan lelaki itu yang lebih 'stabil', berharta dan mempunyai segalanya, berbanding dengan lelaki bujang yang kurang 'romantis' dan 'papa kedana'...

Entahlah! Bagaimana mereka bisa tidur malam dengan menginayai orang lain, terutamanya anak-anak kepada si lelaki ini! Bagaimana mereka tergamak melukakan hati orang lain untuk mencapai kebahagian mereka sendiri! Yang kadangkalanya taklah sebahagia mana atau sehebat mana. Si suami meninggalkan juga isteri bersalin sendirian, padahal penat2 mengorat dan meninggalkan keluarga yang lama. Isteri ini sering juga dimarahi kerana perkara-perkara yang kecil! Berbaloi ke melakukan semua ini?

Pernah saya bertanya mama saya, ika saya terperangkap dengan cinta dengan suami orang, bagaimana? Mama saya katakan, "yang dia akan pujuk saya untuk tidak melakukannya... poligami bukanlah jalan senang." (dan saya pun tidaklah suka bercinta dengan suami orang..ha ha.. zaman saya dulu, kalau saya tahu orang yang saya suka itu, sudah berteman, saya 'blah'... bersaing dengan wanita lain untuk cinta seorang lelaki bukanlah diri saya sebenarnya, kepada saya, it's not worth it!

Hari ini kita merosakkan kebahagian orang lain, barangkali tidaklah payah lama masanya, 5-10 tahun, dia akan merosakkan perasaan kita dengan 'jatuh cinta lagi' dengan wanita lain! Di masa itu, relakah kita?

Thursday, March 3, 2011

Hatipun berdetik lagi....


Kali terakhir hati saya berdetik kencang (really really kencang, sebab selepas itu, kalau kencang pun, ritmanya hanyalah ritma jazz, bukan rock lagi seperti detik ini) adalah ketika kali pertama saya bertemu dia pada 7.9.99 (entah mengapa tidak sabar menunggu detik 9.9.99, kan sound more good.)Tiga minggu kami berinternet (jadi saya tak hairan kalau ada orang bertemu jodoh melalui facebook, saya sudah melaluinya dulu lagi, sebelum adanya FB lagi. Masa tu zaman IRC... tetapi tidak berkesempatanlah melihat gambar masing-masing. I did kirimkan my photo tapi dia tidak..., kemudian bertelefon juga dua tiga kali, dan baru bertemu.) Degupnya berjuta kali, maklum sajalah, agak cerewet memilih teman, sebab pada saya saya mahu kedua syarat, sedap di mata dan di hati. Dan itulah kali terakhir hati saya berdegup kencang, ritma rocker yang penyanyinya bagaikan terjerit-jerit di pentas (dan saya tak suka langsung) Adrenalin bagaikan dipam-pam laju, setinggi 10000 meter barangkali.... dan selepas detik itu, setiap kali bertemu, iramanya hanya jazz.

Saya harapkan sampai saat terakhir saya dan suami, itulah kali terakhir kami jantung berdegup kencang lagi, dengan ritma rock!

Kata orang lama, biarlah kurang sedap di mata, asalkan sedap di hati. Saya! Langsung tidak bersetuju. Kadangkala tu, sudahlah tidak sedap di mata, menyakitkan hati pulak! Dua kali sakit. Sebenarnya, kebenaran kata-kata seperti ini sukar dibuktikan. Ada yang sedap di mata, tidak menyakitkan hati juga. mata dan hati berkata : okay.. (lucky!) Ada yang tidak sedap di mata, tetapi amat menyenangkan hati, (sekurangnya dia baik kan...) ada yang sudah tidak sedap di mata, pandai pula menyakitkan hati (kes nanya! Dugaan)

Dalam percaturan hidup, sering kita bertemu kes-kes begini, tiba-tiba sahaja 'sidia' bagaikan bertemu lagi siperempuan yg buatkan dia berdegup kencang lagi... sama seperti dia bertemu sang isteri dulu...

Sang suami: dia lupa di rumahnya sudah ada sang isteri yang begitu setia, sudah berkorban wang, masa dan tenaga dalam menjayakan rumahtangga. Dalam rumahtangga, selalu orang berkata, suami agaknya sudah bersabar banyak dalam mengharungi sang isteri, ialah, perempuan yang banyaknya 'bergerak' dengan gerak hati (intuasi hati) dan lebih banyak menggunakan 'hati' untuk mengadili sesuatu bukannya 'akal' dengan bijaksana... sebenarnya pendapat peribadi saya sebagai isteri, isteri yang sudah dua kali lebih banyak bersabar dengan suami. Isteri barangkali tidak berkira kalau perlu berkongsi duit ringgitnya walaupun pada hakikatnya, 'duit suami sepatutnya duitnya juga, duit isteri sepatutnya duitnya sahaja'. Isteri yang bersabar ketika 'angin' suami mengena... hah! Isteri yang bersabar membasuh pakaian suami ketika isi perutnya seolah memuntahkan segala isinya ketika mulai mabuk-mabuk ketika awal trimester kandungannya. Isteri yang sanggup menghadapi kesusahan mengandung beberapa kali, di hospitalkan beberapa bulan setiap kali ketika suami mengutarakan hasratnya mahu beranak ramai! Isteri yang berkorban airmata di saat suami mulai 'jatuh cinta' lagi!

Banyak sangat akhir-akhir ini mendengar, melihat cerita suami yang berubah hati menyukai malah menyintai wanita lain, tak cukupkah mengasihani seorang wanita!Well! poligami memang dibenarkan Islam, tetapi ada syaratnya... jika suami boleh berlaku adil dalam semua situasi... bolehkah begitu? Saya tidak menolak hukum agama yang mewajarkan plogami tetapi benarkah si suami tadi boleh berlaku adil dengan sebaiknya? Tidak bolehkah kita tamatkan setiap cerita dengan lagenda Bawang Putih, atau Cinderella, yang mereka bahagia, live happily ever after, forever...