buat saya tersedak... wahhhh! Agaknya, tenung saja, dia boleh menaip sendiri, siap novel 3-4 buah sekali.. Kalau macam tu, saya mau angkat 2-3 buah... he he
Hari ini saya seharian di sekolah, pagi-petang, key in markah etc.. etc.. sebenarnya rindu dengan sekolah juga, ha ha ha.. lama juga tidak ke sekolah.. Malam ini kononnya mahu mengarang, menyambung manuskrip yang sudah dua hari tidak disentuh. Agak sibuk dengan pengiraan markah dan hal-hal sekolah... maklumlah, mahu buka sekolah, macam2 hal... Tetapi disebabkan satu hari di sekolah, fikiran saya sudah penat. Mungkin, akan tidur awal, bangun dengan minda yang lebih segar!
Entah bagaimana terpandang akan gambar laptop ni, 24 carat gold, MacBook Pro, dengan logo yg diperbuat daripada diamond, buat saya tersedak lagi... Dua kali pandang, tiga kali tersedak...hmmm. Lumayan oooii! Tetapi saya kira ideas dan penulisan tidak dikira daripada laptop yang mahal atau murah. Saya percayai Sidney Sheldon dulu-dulupun hanya menggunakan mesin taip juga, sebelum adanya komputer dan lap top. Dan teringat saya akan komen suami baru-baru ini, melihat kepada lap top saya yang hanya berbrandkan 'cap ayam'..., dia kata, "kenapa tak beli lap top yang branded sikit dulunya.. (beberapa tahun lepas).. Saya hanya tergelak. "Saya, yg cap ayam ni lah saya menaip tiga buah novel dah tau..nak masuk empat.." Saya tidak percaya branded yang mahal boleh membawa hasil yang berbeza.. kerana idea daripada otak, yang digerakkan ALLAH, bukan daripada branded yang macam2. Kalau pakai MacBook Pro gold plated pun, idea tak digerakkan ALLAH, apa mau buatkan?
Lain kali, saya mahu cakapkan dengan suami, "Apa kata, abang 'abngkat' ini sebijik, apa mau cakap!" Mesti dia pulak yang tersedak... he he.. Teringat akan kata-kata arwah ubu mertua saya, "Solat, Sabar dan syukur.." Cap ayam,pun ayamlah, saya tidak berhasrat bertukar kepada laptop baru. Saya selesa dengan yang ini.. Macam orang juga, "Biarlah buruk, tak ada kelas, tak ada branded, cap ayam... tapi dia tetap benda kesayangan. Brand is just a brand!" Ideas tidak datang daripada brand yang mahal...
No comments:
Post a Comment