Seperti biasa, setiap kali buku baru dijangka keluar, rasa teruja juga, walaupun bukan buku/novel yang pertama. Ingatkan tidak akan teruja lagi sebab bukan pertama kali.. Hari ini ke Amcorp, mengintai buku, rupanya tiada buku/Purnama Merindu lagi. Frust. Ingatkanmahu belikan sebuah dulu, jadilah, untuk belek-belek dulu, sebab saya belum mendapat 'copy' saya lagi. (penulis akan diberi beberapa naskah seca apercuma antara 5-10 buah bergantung kepada penerbit) Yang percuma sememangnya tak cukup sebab kena juga beri kepada teman2 yang membantu / terlibat sama dengan penulisan bukukan... Jadi, the moral of the story, yang lain, janganlah mengendeng percuma.. ha ha ha ha..
Saya teringat akan seorang sahabat saya dan jiran saya, apabila diberi buku percuma, mereka mendesak dibayar juga, sebagai motivasi menjadikan saya rasa malu untuk tunjukkan buku lagi... he he ..maklumlah jiran tetangga kan sudah menjadi rakan rapat kita, seminggu dua bersembang sama sendiri. Lagipun, jiran saya semuanya baik-baik belaka, bertaraf ibu-ibu dan bapa-bapa saya sendiri. Dan sangat bertepatan menurut hadis, salah satu perkara yang membawa kebaikan atau kebahagian hidup adalah mempunyai jiran tetangga yang baik!
Bayangkan kalau berada dalam kawasan kejiranan yang suka menjaga tepi kakin orang, suka fitnah memfitnah, asyik meneropong je, apa yang kita beli dan sebagainya, tentu sakit kepalakan... Alhamdulillah, kerana jiran2 dan kawasan kejiranan saya adalah kawasan yang tenteram.. sekaligus mententeramkan jiwa. Boleh berkarya, ibadat, tidur, makan, baring tanpa gangguan fizikal, jiwa mahupun perasaan.
Hari ini separuh petang dan malam saya habiskan dengan anak buah lelaki saya.. he he.. kebetulan, dia di Kl bagi menyambung pelajaran. Kadangkala, ada masanya dia berada di rumah pada masa senggang di hujung minggu. Jadi, kalau ada dia, bolehlah saya layak keluar petang-malam. (kalau tidak, saya akan pulang awal sebelum maghrib, suami risau kalau keluar malam, sebab biasanya saya akan keluar tanpa dia) Ada bodyguard, bolehlah sampai malam... he he. Ada yang berpendapat, remaja tidak mahu keluar bersama ibu atau bapa mereka, entah, saya rasa okay je, keluar dengan dia. Boleh shopping, makan dan tengok wayang juga... he he.. Agaknya, ibu saudara dia ni yang sporting macam jiwa orang muda! Hah! always 18 kot (sebab dia baru 18 tahun)
Masa berlalu dengan cepat, semasa dia lahir, saya menyambut Konvokesyen di UKM. Masa saya berkahwin pula, anak saudara saya yang bongsu, (adik perempuan saya) lahir beberapa bulan, Aizat (4 feb) ada juga pada Sarah Irdina yang lahir sebelum upacara perkahwinan saya yang jatuhnya pada 31 Ogos, (saya sangat berjiwa patriotik- yahooo!) Sehingga saat ini melihat mereka, bagaikan masa begitu cepat berlalu.. begitu saya, sepantas kilat. Masih saya ingat, Aizat yang baru berusia 6 bulan semasa perkahwinan saya, dan Sara yang baru berusia 30 hari.. dan hari ini mereka sudahpun mencecah 11 tahun.
Sehingga hari ini, anak buah saya sudah mencecah 12 orang. (lima daripada sebelah saya, 7 akan berjumlah 8 daripada sebelah suami) Kiranya sedikitlah berbanding kawan saya yang mempunyai hampir 40 orang anak-anak buah! Alamak, ramainya, sudah macam jumlah sekelas murid, kalau macam saya ni, susah nak ingat nama ni!
Dan bercerita kembali tentang buku baru, esok saya kenalah ke SACC, berdekatan atau bersebelah PKNS sebab mahu membeli buku baru saya, kasihannya.. sendiri pun kena cari sendiri! he he
No comments:
Post a Comment