Di FB semuanya bercakap bahasa .... 'Ada singa' 'Ada harimau' 'Baham'. dan menyebut tentang nama-nama yang saya tidak kenali. Aduii, bertambah pening. Tetapi terperasan perkataan Malaysia dan Singapura.. Jadi, mestilah hak ini berkaitan dengan 'sukan'.. lalu saya baca lagi komen-komen di Fb.. oh 'bola' rupanya. Kebetulan, jiran sebelah menjemput ke majlis tahlil, di rumahnya, barulah tahu, ada rancangan bola sebenarnya. Ahli keluarga pakcik dan makcik sibuk dengan 'bola' sebelum majlis tahlil.. he he.. Saya tersenyum sendiri. Suami saya pun bukan ahli 'bola'.. jadi dia cool saja.
Apabila kami pulang ke rumah, saya sudah mengambil tempat di hadapan TV, rancangan kesukaan saya Majalah 3 dan akan diikuti dengan cerekarama. Dalam ahti terdetik juga, kalau diminta suami, untuk menonton 'bola' kenalah berkorban ni... tapi dia tak kisah pun.. Dan menontonlah kami Regata Air di Sarawak.
Semasa zaman sekolah dulu atau sehingga di u, saya masih sukakan sukan. Saya masih suka menonton rancangan berunsurkan sukan. Tapi setelah bekerja minat itu sudah berkurang, apatah lagi suami saya bukan hantu 'bola'. Bayangkan masa season 'pertandingan peringkat dunia pun, kami cool sahaj. Adalah menonton, itupun yang final sahaja. Saya rasa kurang 'macho' melihat 24 orang lelaki berkejar untuk dapatkan sebiji bola di padang.. he he (betul ke angka tu.. jumlah pemain pun saya tak tahu sebenarnya) Saya teringat akan kawan saya, sepasang suami isteri yang memang kaki bola, sanggup pergi ke stadium untuk menonton.... mengharungi jalan yang sesak, duduk di bangku berjam-jam untuk menonton... Oh tidak! Saya tak rela. Sedangkan di rumah pun, saya tidak menonton.. he he
Semuanya bergantung kepada minatkan.. Jika minatkan sesuatu, pasti ada jalannya. Jika minat membaca, tentulah akan mencari bahan bacaan untuk dibaca.Dan jika anda belum membaca novel saya, silalah dapatkannya sebuah! And saksikan prebiu -video... semoga terhibur!