Baru hari ke 4 menginjak ke bulan Ramadhan... Saya mengalami sakit2 badan yang teruk.. he he. Bukanlah sebab berpuasa. Proses mengeluarkan toksin badan yang tentunya banyak sekali, tentulah menyiksakan juga, maklumlah sudah lama tiada masa untuk jogging atau riadah (alasan sahaja sebenarnya) apabila badan mulai berhenti makan dan minum, badan akan mulai mengeluarkan toksin (salah satu sebab dari segi kesihatan mengapa muslim mesti berpuasa sekali dalam setahun)
Kata peribahasa, kerana pulut, santan binasa
kerana mulut, badan binasa
Dengan merujuk kepada kebiadapan kata-kata yang keluar dari mulut menjadikan ada individu yang bakal 'terkena' dek kata-kata itu. Atau bibir yang mengatakan sesuatu sehingga menjadikan ada orang yang akan terkena 'panahan' kata-kata itu. Pada saya, dek kerana 'sepiring kecil pulut', maka badan saya binasa. Sudah lama tahu, pulut (dan jenis-jenis yang sama dengannya) tidak sesuai dengan saya. Mengalami beberapa kali keguguran dan silapnya tidak berpantang (inilah silapnya) menjadikan urat saya senang 'kena angin'. Kalau saya silap makan 'pulut' memang sah, akan kena masalah. Tetapi ada masanya saya terlupa juga. Keluarga adik ipar saya menyambut harijadi anak-anaknya, jadi apalah sangat sepiring kecil 'pulut kuning' yang sangat memancing mata memandang... dan rupanya, sepiring membawa padah sangat!Kalaulah saya tahu..... Badan rasa sengal sangat, bernasib bak, kepala tidaklah sakit juga! Kadangkala kepala akan mengalami kesakitan sehingga muntah2 teruk. Alhamdulillah, keadaan tidaklah seteruk itu.
Terubat kesakitan dengan emel yang melegakan. Menduduki ranking pertama di Buku Prima (purnama merindu) alhamdulillah. Gembira dengan Rahmat Allah. Ranking ini bukanlah sesuatu yang akan kekal. Buku baru, pasti berada di ranking dan ranking akan berubah.. cuma terasa senang dengan penerimaan saya sebagai penulis baru di Buku Prima. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment