Pertama kali saya mendengar tentang Chia Seed semasa melihat Oprah's Show. Dr Oz mencadangkan pengambilan seed ini untuk kesejahteraan tubuh. Tapi biasalah, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lagipun di Malaysia agak susah mahu cari semua benda-benda pelik yg datangnya dari luar negara. Lagipun, lama melilau-lilau di Mall dan supermarket, tapi tidak bertemu dengan Mr Chia ni. Sehinggalah beberapa bukan lepas, saya bertemu secara tidak sengaja di kedai organik, tetapi saya tidak pasti, adakah seed ini atau inikah MR CHIA yang saya patut bertemu. Takut2 salah MR CHIA pulak, kan susah nanti?
Tidak pula tergerak hati untuk mencari informasi tambahan di internet. Jadi soal MR CHIA saya letak 'asing' Lama kelamaan, saya pun terlupa akan nasib MR CHIA yg saya cari-cari. MR CHIA yg saya cari berasal dr Amerika Selatan atau Latino tau! Berketurunan Aztecs dari Tamadun Mayan Tau! Semuanya bermula sehinggalah saya bertemu iklan CHIA SEED ini dalam promosi Cosway. Saya mencubanya. Rupanya seperti bijan/ sesame seed. Rasanya, macam bijan. Kalau direndam dalam air, akan kembang ala-ala selasih. (biasanya diletakkan dalam sirap - sedap) Boleh dimakan jika dibakar bersama biskut, roti, puding, bubur, air, nasi dan sebagainya. Tiga hari pertama, banyak gas yang keluar sebab barangkali banyak gas dalam badan. (nasib baik cuti sekolah dan berada di rumah) badan mulai merasa ringan. Lenguh-lenguh sendi sudah rasa okay.
Saya rasa pelik sedikit ketika ke sekolah... biasanya akan membilang tangga apabila naik dan turun. Lutut rasa sengal dan termengah-mengah ketika naik turun. Masih muda tapi macam nenek-nenek tua lagaknya. Sebaliknya rasa berbeza apabila mengamalkan CHIA SEED. Hanya 2 sudu makan sehari (dan saya akan mengurangkan dosnya sedikit apabila sudah biasa mengamalkannya) Rasa okay sangat menaiki tangga. Lutut, sendi tidak lagi sengal. Tidak juga termengah-mengah setelah mendaki hampir 100 anak tangga ke tingkat 4. Terus menerus menaiki tangga tanpa perlu berhenti beberapa kali. pelik dan ajaib. Saya sedar, ini ada kaitannya dengan bijirin hitam putih yang saya makan. CHIA SEED mmeberikan saya tenaga lebihan, kekuatan sendi dan tubuh yang segar.
Apabila bangun pagi, saya boleh meletupkan tubuh saya dengan kilasan ringan! Amazing dapat melakukannya dengan rasa segar yang melegakan. Dan yang penting, mr Chia membantu proses penghadaman. Tanpa cirit birit jika menggunakan ubatan untuk kurus atau diet. Dan tak payah berangan lagi di bilik mandi! Bestkan?
Apa sebenarnya Chia Seed?
Chia, or Salvia hispanica, is a plant in the mint family. Chia seeds are marketed as a nutritional powerhouse or "superfood" because their nutritional profile suggests that the seeds might improve heart health, help prevent diabetes and promote weight loss. The actual health benefits demonstrated in scientific studies are somewhat mixed.
2 comments:
Salam...nak tanye Chia Seeds ni cost die berapa? dan di mana boleh beli?...amat berminat
Ada di organic store inside Tesco Kepong di sebelah kanan Tangga berjalan dengan cost Rm. 17.90 per 200gm
Post a Comment