Perkataan yang biasanya kita dengar jika blog sudah lama 'bangat' tidak diup date, sudah 'bersawang'. Kehidupan terlalu sibuk. Sebagai pendidik, kepala rasa bocor memikirkan bagaimana mahu memberi kefahaman yang mudah difahami kepada pelajar dan mudah pula diingati dalam minda mereka. Yang agak payah dilakukan adalah jika murid mempunyai keupayaan mengingat. Saya cukup memahami jika murid dikatakan mempunyai pemahaman dan tahap pemikiran yang berbeza; ada yang bagus, cemerlang hatta yang storan minda yang 'kecil' barangkali. Tetapi jika pelajar langsung tiada inisiatif untuk 'mencuba', saya sudah habis ikhtiar! Mahu diapakan lagi daya usaha saya, jika mereka sentiasa 'malas sangat-sangat.' Dua baris ayat, buka perenggan pun tidak mahu cuba diingat, aduh! Bagaimana halnya itu?
Alhamdulillah, keputusan SPM tahun 2011 meningkat beberapa peratus, drp 89.6% kepada 97%. Usaha kami para guru dalam bidang sejarah agak berjaya, apatah lagi dengan kenaikan besar peratusan dalam bilangan mendapat A sehingga A+. Bukanlah usaha kami secara totalnya, sebenarnya usaha murid yang lebih lagi, guru-guru hanya membantu bagi memahamkan murid, memastikan mereka memahami tajuk2 ramalan penting, menguasai teknik menjawab soalan dan sebagainya.
Pernah pelajar bertanya saya, bagaimana saya menyukai sejarah ini? Saya katakan, saya bukan sekadar suka, saya cintakan sejarah. Sejarah adalah matapelajaran tertua yang ada dalam dunia ini. Kebetulan, sejarah paling 'enteng' untuk dipelajari, fahami dan diingati! Saya katakan, saya hanya berpeluang belajar sejarah dalam 1 1/2 tahun sahaja sebagai pelajar STPM (dulu-dulu jika belajar dalam aliran sains tiada mata pelajaran sejarah) Kalau daripada awal saya belajar sejarah; saya lagi bijaksana kot! he he he... (tidaklah bijaksana pun he he he)
Manuskrip saya kurang berganjak, entahlah; ahun i lagi-lagilah bertambah beban kerja.. tidak luak-luak jadinya.
No comments:
Post a Comment