Minggu depan, minggu yang agak sibuk memmandangkan hari khamis, 7 Julai 2011, merupakan hari sukan sekolah. Kebetulan saya pula adalah ketua rumah. Waduh! Banyak sekali yang mesti difikirin... kata rakan serantau kita, Bahasa Indonesia. Perlu bekalkan 100 plus lah, buahanlah, pisang untuk atlet lah... pendek kata, panjang sekali urusannya. Kebetulan hari selasa, perlu berkursus di PPD, sehari suntuk. Rakan setugas, yang juga guru rumah sukan, seorang lagi pula akan berkursus selama tiga hari, cuma tinggal seorang lagi di sekolah bersama seorang lagi guru lelaki (yang biasanya malas saya nak suruh bekerja, payah sikit) Akan SENDAT fikiran lah! Tapi tak apalah, boleh sms student atau facebook agen-agen rumah sukan.. he he he.. hari isnin, perlu kumpulkan semua atlet, briefing sikit itu dan ini.... hari rabu last bertemu mereka lagi... huh!Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Lawatan ke Saigon (nama lama) atau Ho Chin Minh mmeberi satu pengalaman baru yang tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Berbeza...
-
Rata-rata sekolah-sekolah di Malaysia sedang berhadapan dengan peperiksaan. Jika cikgu Form 1 & 2, kecuali beberapa jenis subjek yg ad...
-
Trip to Vietnam Slideshow : Nora’s trip to Ho Chi Minh City was created with TripAdvisor TripWow!
-
Penulis! Menjadi seorang penulis sebenarnya tidak termnasuk dalam cita-cita saya pun. Tidak mahu berikap sombong, tapi itulah realitinya. Sa...
-
Selamat Hari Guru kepada semua rakan guru, tanpa mengira guru tadika sehinggalah ke peringkat Universiri.. (anda masih bertaraf guru kepada ...
-
Saya yakin, hanya pengetahuan yang akan membawa kita ke hadapan... sebab itulah saya perkenalkan konsep (k-novel /knowledge novel atau ...
-
Apabila membaca akhbar utusan siang tadi, mata saya terhenti, di satu sudut apabila seorang wanita yang telah berkahwin, bahagia dengan sua...
-
Semalam semasa di sekolah,cuaca semacam je.Ada jerebu. tak tahulah pulak masa tu,jerebu ke,kebakaran dalam kawasan kejiranan ke. Risau pun a...
-
Petang esok, kami berpeluang untuk High Tea lagi (yang lepas dinner) dgn Tun Dr M lagi... tak mahu berkata banyak, malam atau hari ahad, ...
-
Tahniah untuk Ombak Rindu the movie. Walaupun versi yg berbeza dr novel, saya anggap INI Satu kejayaan!!! saya kagum! Sebg penonton yg jar...
Saturday, July 2, 2011
Dapatkan Purnama Merindu di pesta Buku Selangor.
Minggu depan, minggu yang agak sibuk memmandangkan hari khamis, 7 Julai 2011, merupakan hari sukan sekolah. Kebetulan saya pula adalah ketua rumah. Waduh! Banyak sekali yang mesti difikirin... kata rakan serantau kita, Bahasa Indonesia. Perlu bekalkan 100 plus lah, buahanlah, pisang untuk atlet lah... pendek kata, panjang sekali urusannya. Kebetulan hari selasa, perlu berkursus di PPD, sehari suntuk. Rakan setugas, yang juga guru rumah sukan, seorang lagi pula akan berkursus selama tiga hari, cuma tinggal seorang lagi di sekolah bersama seorang lagi guru lelaki (yang biasanya malas saya nak suruh bekerja, payah sikit) Akan SENDAT fikiran lah! Tapi tak apalah, boleh sms student atau facebook agen-agen rumah sukan.. he he he.. hari isnin, perlu kumpulkan semua atlet, briefing sikit itu dan ini.... hari rabu last bertemu mereka lagi... huh!Sunday, June 26, 2011
Buku baru... hari baru..ingatan baru
Monday, June 13, 2011
Novel kategori Travelog... VS Novelog
Travelog lebih kepada penceritaan perjalanan sesuatu tempat ke tempat yang lain-mengkhusus kepada perjalanan penulis daripada satu tempat ke tempat yang lain. Buku kategori seperti ini jarang dapat ditemui, sebabnya penulis mesti memulakan perjalanan untuk menulis.. (Boleh juga melalui kajian, tetapi agak sukar) Saya pernah membaca beberapa buku yang baik, termasuk Buku Dato A.Samad Said.
Istilah atau kategori travelog pula merujuk kepada pengalaman sebenar pengarang sama ada dari segi pengalaman, atau pengembaraan perjalanan atau hidup penulis.
ANDA BOLEH KE LINK NOVEL-NOVEL TERSEBUT UNTUK MELIHAT CONTOH LATAR! ENJOY!
Sunday, June 12, 2011
Jumpa teman/murid lama
Petangnya, saya ke Mc Donalds je, sudah letih mahu masak, lalu terjumpalah Sofia dan Shahirah..bersembang sekejap (ex students saya, dua-tiga tahun lepas) dan esoknya set untuk bertemu shahirah sebab mahu dapatkan novel saya. Kononnya saya plan mahu lunch bersama, tetapi dia rupanya ada kenduri kahwin, jadi, saya dan dia hanya minum pagi sahaja. Kemudian saya ke Amcorp Mall,(hati bagai digaru, mengajak ke sana) maka saya ke Amcorp Mall.
Di sana rupanya saya bertemu kak Kalsum (salah seorang staff di MGS, Kl) di mana saya bekerja pada awal-awal posting dulu (1994-1997) Dia menegur saya, "Ni ..." Saya terus berpaling dan menyebut, "Kak Som.." dan terus peluk dia. Maknanya sejak tahun 1997-2011 - like 12 tahun ++ kan.. lama tu.. Dia kata, "Ingatkan tak tak kenal lagi.." Mana mungkin.. Saya pasti akan kenal orang yang biasa dan rapat dengan saya.. he he.. Zaman-zaman tu saya masih single-mingle, She used to call me, 'hai anak dara' depan-depan orang buatkan saya rasa malu selalunya.. ha ha ha.. Dari dia, saya dapat cari balik kawan2 lama saya... kadangkala mahu cari dalam FB pun susah juga sebab, nama bapa lupa, kadangkala ada orang gunakan nama samaran juga, pendek kata, ada letak gambar anak, gambar anak kucing, gambar buku (macam saya, kalau menulis) susah juga.
Saya berharapkan agar dapat mencari semua teman-teman lama saya semasa single dulu, ramai... Antara yang rapat selepas bekerja di MGS.(ada empat- lepas tu tinggal trio sebab Faezah berkahwin- jadi saya, kartini, nor ( saya sudah lupa pulak) Saya baru jumpa dua orang, Kartini, saya belum jumpa. Dan actually ramai lagi... seronokkan kalau dapat bertemu semula...
Menhitung memori mendewasakan kita!
Friday, June 10, 2011
Laptop yang canggih, secanggih idea?
buat saya tersedak... wahhhh! Agaknya, tenung saja, dia boleh menaip sendiri, siap novel 3-4 buah sekali.. Kalau macam tu, saya mau angkat 2-3 buah... he he
Hari ini saya seharian di sekolah, pagi-petang, key in markah etc.. etc.. sebenarnya rindu dengan sekolah juga, ha ha ha.. lama juga tidak ke sekolah.. Malam ini kononnya mahu mengarang, menyambung manuskrip yang sudah dua hari tidak disentuh. Agak sibuk dengan pengiraan markah dan hal-hal sekolah... maklumlah, mahu buka sekolah, macam2 hal... Tetapi disebabkan satu hari di sekolah, fikiran saya sudah penat. Mungkin, akan tidur awal, bangun dengan minda yang lebih segar!
Tuesday, June 7, 2011
Mood menulis, kerja sekolah, alamak....
Sunday, June 5, 2011
Mood, berkarya, mengedit lagi dan lagi...
"Seorang Tabi', Hasan Basri ditanya :Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?
Beliau menjawab : Aku tahu rezekiku tak akan diambil orang lain, kerna itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tak akan dikerjakan orang lain, kerna itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu ALLAH TA'ALA memerhatiku, kerna itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerna itulahku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"
Berbakti dan berusaha untuk diri sendiri sebahagian daripada bekalan akhirat, asalakn jangan lakukan sesuatu yang menunjukkan maksiat. Jadi, mengapa tidak!
Wednesday, June 1, 2011
Jatuh cinta dengan gadis hingusan
Sunday, May 29, 2011
Tanggungjawab sosial seorang penulis.
Kata-kata seorang teman saya membuatkan saya kurang senang hati. Katanya, "Kenapa tak menulis seperti ..." Penulis yang dia maksudkan adalah seorang penulis yang sudah lama menulis. Agak keterlaluan ayatnya bago saya. Dalam perkataan lain, tidak sesuai sebagai bahan bacaan saya. Saya katakan, "saya adalah saya sendiri. Tidak mahu mengikut, meniru orang lain. Dan saya tidak akan sesekali menjadi dia."
Saturday, May 28, 2011
Aduhai pening...

Cover (muka hadapan) novel ke tiga saya: Purnama Merindu: Buku Prima.
Sudah empat hari saya pening.. dan pening bukan sebarang pening. Dan pening saya tiada kaitan langsung dengan cover di atas. Blog saya tidak boleh 'sign in'. Dimintanya saya 'verification' emel. Sudah lakukan, pun tak boleh. dah letih fikir, mana silapnya. Tempat ruangan 'sign in' pun tak ada! Panik juga. Saya terfikirkan bagaimana saya mahu 'up date' blog sejarah saya, 'djlovehistory' memandangkan pelajar kami perlukan contoh esei untuk projek. Sudah tentu saya akan membantu mereka, tapi bagaimana jika saya tidak boleh 'up date' blog saya! Bingung! Dan akhirnya, seorang ex student saya, Erwan mencadangkan, saya gunakan 'browser' (harapnya betullah istilah ini) baru. Dah jelas, memang sah rupanya, browser lama ada masalah teknikal. Sudah corrupted! Nasib baik ada adik ipar yang boleh membantu.. he he.. lega! sudah nak bingung dibuatnya.
Hari ini biasa saja, mendobi, spring cleaning.. dah banyak abuk.. kadang2 pelik, entah macam mana boleh berabuk ya... kadang baru sahaja vacum, tengok berabuk semula! Baru 1-2 hari sahaja! agaknya kena buat bilik berkaca dengan tapisan oksigen... hmmmm.
Alhamdulillah, novel baru keluaran Prima akan dipasarkan mulai Jun ini... sudah lihat covernya.. cantik, kebetulan, ketiga-tiga novel saya berwarna biru. Biru kan romantik! Sebenarnya tiada warna khusus bagi saya bagi menggambarkan romantik.. seperti yang saya pernah katakan, istilah ini relatif sifatnya, sama seperti cantik atau kacak. Semuanya bergantung kepada mata, dan deria lain bagi mentafsirkannya. Contohnya, pada saya, suami bawa balik sebungkus nasi goreng ketika saya sakit, hujan pulak tu (sebab tak berdaya masak, sakit perut, cirit birit) saya kira, romantiklah tu! Romantikus: maknanya bagi saya mengambil berat. Ada orang, sebahagiannya, romantik baginya kalau menghantar sejambak bunga... apatah lagi ke tempat kerja, semua orang tengok, itu romantik. Pada saya, itu hanya pembaziran. Bunga tak boleh dimakan pun.. simpan pun tidak juga! Akhirnya akan dihumban ke tong sampah juga!
dan cover tu, saya suka!Tidak sabar melihat buku yang telah siap! Sebenarnya berperasaan yang sama setiap kali melihat buku sendiri, "Aku tulis buku ni?" seperti tidak percaya!
Friday, May 20, 2011
Can't wait for holidays!
Sunday, May 15, 2011
Hmm alahai...
Proof reading merupakan bacaan manuskrip yang telah diedit oleh editor dan mesti disahkan oleh penulis kerana penulis berhak atas karyanya. Jadi, jika terdapat ketidak persetujuan, hal ini akan diperbincangkan oleh penulis dan editor! Kebiasaannya, hal ini telah diperbincangkan sebelum ini, dan tidak banyak perkara yang menjadi 'perdebatan'.. he he he Yang disemak adalah jika masih ada perkataan ejaan yang salah dieja (maklumlah, dalam berpuluh ribu perkataan, kadangnya ada yang terlepas pandang'. Walaupun dibaca berkali-kali, pasti ada juga perkataan yang tercicir! Nyatalah, kitakan hanya manusia!
Editor saya mengharapkan manuskrip di sahkan sebelum selasa atau selewatnya selasa, 17 mei, tetapi saya lebih suka menyiapkannya lebih awal supaya perasaan kacau saya menjadi lega! he he.. lagipun, mereka perlu menyemak buat kali terakhir sebelum difilemkan. (setiap halaman novel akan difilemkan seperti foto cetakan cara lama menggunakan filem, dipanggil entah, agaknya 'filem'. Kemudian muka kulit depan akan disiapkan, dan walla, semuanya sudah bersedia. Bermakna, sebelum Julai buku saya akan siap dicetak! Wah! Seronoknya!
Saya kadangkala tergelak sendiri, selalu orang akan berkata, "saya tak baca buku cinta!" "ala, asyik cerita cinta sahaja" pada saya ujud salah anggapan kepada novel bertema cinta! Saya tidak boleh bercakap untuk pihak orang lain, pada saya, buku-buku saya bukan 'buku cinta'! Kebanyakan penulis juga tidak menulis BUKU CINTA sebaliknya NOVEL KEHIDUPAN. Dalam novel ini tentulah menyelitkan cerita cinta, cintakan sebahagian daripada kehidupan manusia! Manusia perlukan cinta seperti mana pokok memerlukan air, tanah dan matahari! Kepada saya, buku cinta yang sebenar-benarnya mestilah mengandungi manual cinta seperti yang ditulis oleh ramai penulis.(Panduan cinta etc) tetapi jika novel bercerita perihal kehidupan, kerjaya, tempat, ilmu yang lain, itu bukanlah NOVEL CINTA teapi CERITA! Dalam novel saya, hanya 20% sahaja cerita perasaan, selebihnya adalah kerjaya, tempat dan sebagainya! Belum pernah saya mengira berapa banyak mukasurat saya menyentuh atau menulis tentang CINTA! Barangkali, di lain masa, saya patut mengira berapa jumlah mukasurat perihak cinta, entah-entah hanya 50 muka surat atau kurang daripada 500 muka surat, bermakna hanya 10% perihal 'cinta' atau perasaan yang dibincangkan!
Nasihat saya, janganlah 'pukul rata' akan buku2 yang belum kita baca dengan semua penulis. Cubalah membacanya dahulu dan barulah menilainya!Manalah tahu, sekali cuba, anda akan terus jatuh cinta!
Thursday, May 12, 2011
Aduhai
Minggu ini, hari jumaat pagi, seawal 5.30 pagi, mama, adik perempuan saya dan anak buah akan tiba, untuk mendaftar anak buah saya ke kolej. Malangnya, hari jumaat saya terpaksa bekerja, jadi, terpaksalah tak boleh mahu 'melayan mereka di rumah'. Yang sukarnya menjadi guru ni, walaupun banyak cuti sekolah lainnya, kita tak ada cuti lain jika terasa mahu bercuti.. lainlah kalau cuti kecemasan. Petang, saya terpaksa balik awal sebab ada tetamu di rumah kan... kalau tak habis kerja pun, nasiblah!!!! Dah over dose 'streessss'
Hari sabtu ada 'ladap' pulak, sampai jam 4 petang pulak tu, padahal kena daftar anak buah saya sebelum 11 pagi... miss semua perkara! Malam, mama dan adik saya akan balik Langkawi pulak! Aduhai! kesian sungguh, tak sempat melayani tetamu. Apa nak buat, tak pergi, nanti banyak perkara yang menjadi susah pulak!
Dalam pada tu, editor saya memberitahu agar saya 'proof reading' manuskrip saya. Maknanya baca semula manuskrip yang telah diedit dan 'proffkan'... sahkan manuskrip yang telah diedit, ayat ke, perkataan dia. Kalau tidak bersetuju, maka tukarlah balik. Jika tiada masalah dengan ayat atau perkataan editor, maka, okay! Selalunya, saya tidaklah banyak songeh sangat.. he he.. sebab editing kita dulu pun, sudah lihat banyak kali. Proses editing pun dilakukan banyak kali oleh editor, jadi, boleh dikatakan, "okay". Kalau ada hampir 500 pages, dalam 2-3 hari, mahu juga berbuntal biji mata ni!!! aduhai!! wrong timing.. he he, sebab masih sibuk macam2! aduiii!
Kertas exam saya belum tempuh lagi.. tidaklah menjadi hal sangat sebab kertas exam boleh tunggu.Yang tak boleh tunggu ni hanyalah budak2 saya, yang hari2 bertanya perihal kertas dia! aduiii!
Semoga Allah beri kesihatan yang baik dalam melaksanakan tugas! Rasa2nya, bahu pun sudah tegang! Tanda stress yang melampau!
Saturday, May 7, 2011
Selamat Hari ibu!Selamat hari Cinta!
Minggu ini agak memenatkan. Selain hari persekolahan yang panjang, minggu depan hari peperiksaan bermula, jadi kena siapkan fizikal dan mental untuk menanda kertas.. juga perlu bersedia untuk menyiapkan fail-fail panitia sebab sekolah akan 'diserbu'... aduhai!!! Hari sabtu depan juga perlu adakan Ladap.. adui! Kerja 6 hari seminggu, setiap sabtu, (bagi 2 minggu berturut-turut)dan hanya berehat pada hari ahad, bukanlah satu 'break' yang mencukupi.. Penat belum pun habis, sudah perlu ke sekolah semula! Aduhai!!! pening oooooo!
Manuskrip saya sudah dua tiga hari tidak bergerak... idea melekat di kepala, tapi dek keletihan, tidak bergerak. Insya_Allah, akan cuba digerakkan juga, sebab pada minggu-minggu peperiksaan (dua minggu) pada minggu hadapan, memang terpaksa berhenti terus. Menjaga peperiksaan di kelas, memang agak boring. Guru tidak boleh membaca, menulis, memeriksa kertas, apatah lagi kerana dikuatiri ketika itu 'termiss' pelajar yang mencuba meniru! Jadi yang boleh dlakukan hanya 'berangan je' (actually bolehlah berzikir perlahan-lahan, senyum sorang-sorang, mengenang citer-citer lama.. he he)
Menyebut tentang cerita lama, petang tadi ketika mengenakan baju t-shirt lama saya, bertulis 'Danau Toba' dengan lukisan abstrak di kelilingnya, membuatkan saya terkenang peristiwa manis bersama kawan baik saya Masita. Back to 1994, tahun pertama saya bekerja, kira-kira 3-4 bulan pertama bekerja. Saya dan teman sana ke Tanau Toba, Indonesia pada bulan Nov. Dan bukannya Danau Toba yang membuatkan saya terkenang, cenderhati itu yang membuat saya terkenang. Di sana saya mendapatkan baju t-hirt ini dua helai, satu simpanan saya, dan satu lagi kepada 'dia'.. Hah! Saya tiba-tiba teringatkan dia, hanya tertanya, apa khabar dia di sana agaknya! Sihatlah kot! Ha ha ha.. dan terkenang bukan bermaksud mempunyai perasaan lagi, sekadar teringat akan 'memoir' dengan dia 'di dalamnya'... nothing more! Kata orang-orang la ni (kata orang Kedah) Tak de maknanya pun.. he he he... Lama juga baju itu rupanya, selama tempoh saya dan dia dahulu, selepas kali terakhir bertemu dia , back to 1997 kot! (entah ingat-ingat lupa dah, tak penting lagi sekarang ni.. ha ha ha) Itulah bezanya lika dan love. Lika sekadar tertanya, love kita sanggup buat apa sahaja!
Saya tergelak apabila seorang junior bertanya, bagaimana saya boleh menulis cerita romantik, macam orang bercinta selalu? Agaknya saya tak nampak macam romantik kot? Saya betanya dia sambil tergelak besar. Sebenarnya, saya sentiasa dalam alam percintaan kot! Always in love! Saya masih merasa getaran yang sama menunggu panggilan dijawab di hujung gagang, apabila saya menelefon dia! Atau bertemu dia.... Cuba tidaklah seronok sangat kalau berdating (macam dulu-dulu..ha ha ha..) Minat kami ternyata berbeza, dia kedai kereta, saya mahu ke kedai buku memanjang, saya tak minat ke kedai akurium, dia boleh berjam-jam di sana... Saya tak suka window shopping, tak akan lihat jika tidak mahu beli dan 'mambang' saya sebaliknya! ha ha ha.. tetapi itu tak membataskan soal 'perasaan' kan...
I feel love, when I like you.. I like you, when there're love... what ever! Cinta dan kasih sayang adalah anugerah Allah yang terbaik untuk manusia. Jadi, jika kita ada pilihan untuk 'terus jatuh cinta', mengapa tidak!
Tuesday, May 3, 2011
Hari istimewa

Hadiah! Kalau diikutkan hadiah yang dia mahukan, mestilah BMW 7 siries! Giler! Mana nak cari duit untuk beli yang itu! ha ha ha.. akhirnya saya belikan dia 'bean bag'..di Subang Parade. Kebetulan hari ini, jam 4 petang, baru saya sampai di rumah sebab ada meeting... (alahai, jam 1.40-3.45 ptg, hati bergelegak mahu pulang) Maklumlah bday suami.. he he.. kami keluar ke Subang Parade, makan di Restoran Padang. (sedap, tapi bolehlah tahan jugak mahalnya, habis, dah makan macam2, apa lagi.. he he.. ikan, daging, telur masak lemak,sayur, gulai entah apa namanya, jus avokado dan keropok kerbau ( yg betul2 bau macam kerbau.. he he, sedap tapi hamis baunya)
Lepas tu jalan2 sikit, balik ke rumah. Malam dia kena ke studio, dan saya akan cuba habiskan seberapa banyak helaian manuskrip bab ke 4 saya. Maklumlah, minggu hadapan minggu peperiksaan, saya sudah perlu memeriksa kertas, 2 minggu tentunya tak ada masa untuk manuskrip saya. So sementara ada masa, pulunlah dulu!
Kadangkala ada masanya sebelum peperiksaan, sepatutnya minggu mengulangkaji, saya sendiri, strees dengan sikap kebanyakan murid saya terutamanya yang lemah! Yang bijaksana dan rajin, tiada masalah, apabila mengulangkaji, mereka akan sama-sama akrif, pembelajaran dan pengajaran(P & P) berlaku dua hala, mereka mengambil bahagian dalam mengulangkaji.. sebaliknya yang lemah tu, penat je bagi motivasi, berleter sikit, nasihat sikit, tinggal lagi tak boleh "phanggg sebiji", je.. mereka tidak mahu mendengar, seronoknya mahu bercakap sahaja, yg guru menerangkan di hadapan ni, dibuat "dekkkk je".. adui! Sepatutnya, murid yang lemah lah yang perlu beri lebih perhatian dalam masa-masa mengulangkaji! Bosan giler!
Dan saya mulalah keluar ayat berapi saya, "Awak tahu, potensi setiap orang untuk dapatkan A+ dan Gagal sentiasa terbuka. Awak boleh berada dalam kump A+ kepada Gagal, dengan mengira sejauh mana awak mengulangkaji sendiri. Jika awak rasa awak sudah cukup bagus, untuk mendapatkan A+, tidaklah payah awak mengulangkaji bersama guru lagi. Hidup kita ada pilihan, terpulang kepada awak untuk membuat pilihan. Pilih A+ atau Gagal. That will be your choice" Dalam hati berkata sendiri, aduii! pelik sangat. Kenapa nak belajar pun kena paksa-paksa juga, padahal zaman saya belajar dulu, cikgu tak pernah beri motivasi pun, cikgu tak beri galakan, tidak pernah bercerita pasal indahnya kolej, universiti, tetapi saya masih boleh memberi dan mencari motivasi sendiri etc! Sadis!
Menjadi pendidik zaman milenium ini kadangkalanya banyak sadis daripada seronok! Seronoknya dan manisnya hanya seinci, sadisnya berkm! Tiada siapa untuk berkongsi! sadis!
Thursday, April 28, 2011
Jumpa di PWTC, 1 Mei dan dapatkan hadiah istimewa ini.
Dapatkan penanda buku istimewa ini kerana, bookmark ini dibuat sendiri, (buatan tangan sendiri)... gambar yang saya tunjukkan belum lagi sempat bergunting dan bereben. Harap esok saya berkelapangan menyiapkannya.
Jumpa di Hall 3, Tingkat 2, KarnaDya... Belakang Saswadi. Pintu kiri, terus berjalan sehingga bertemu booth Sasbadi!
Friday, April 22, 2011
Jumpa di Pesta buku, PWTC 1 Mei 2011
Disebabkan saya hanya baru menulis dua buah buku, sehingga april ini dengan KD jadi, saya hanya akan berada di KD pada 1 Mei 2011. Sengaja memilih tarikh ini kerana pada 1 Mei, ramai kawan2 penulis saya yag tinggal di luar KL akan turun ke PWTC. Bukannya mudah untuk bertemu jika tidak 'kena harinya'. Mahun melepas rindu pada kawan-kawan pun hanya setahun sekali sahaja.
Insya_Allah tahun depan, maybe (Insya_Allah) akan muncul di dua-dua booth, booth Karangkraf juga kerana novel saya, (ketiga) akan diterbitkan oleh karangkraf (Buku Prima) dan insya_allah, dengan menyiapkan buku ke 4 (semoh=ga dapat siap sebelum oktober jika mahu diterbitkan pada Mac/April 2012) Huss! Memikirkan saja, terasa tegang urat di bahu.
Menulis ni bukannya kira 'mood' sangat. Mood saya, insya_Allah okay je, cuma kadangkala, manuskrip tidak bergerak kerana keletihan. Ada masanya sebaris pun susah mahu menulis. Semalam, saya hanya boleh menyiapkan serangkap manuskrip sahaja. Hari ini, akan memaksa juga diri untuk bergerak sedikit, mungkin kalau tak boleh banyak, sekadar 2-3 muka surat pun, jadilah. Sepanjang Mei 9-11, kertas sejarah tingkatan 4 & 5, sudah bermula, bermakna, dua-tiga minggu saya akan sibuk dengan menanda kertas. (agak panjang masa tu, boleh siap 2-03 bab kalau betul-betul menulis) Jadi sebelum kedatangan mei, saya perlu ekspree sedikit. Persoalannya, boleh ke ni?
Mata sudah pun culas, mulut pun menguap-guap ringan... walaupun otak/minda rancak menari ala-ala Latino, dek mata yang terpejam ni, tiada jaminan.
Apa pun, bolehlah datang ke PWTC pada I Mei 2011, Berharap akan bertemu anda!Sedang menyiapkan penanda buku untuk diberi bersama buku-buku saya (Dimensi Cinta) & (Cinta Sikunang-kunang) yang anda beli!
Thursday, April 21, 2011
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
1. Banyak diskaun dan hadiah2 yang hebat menanti anda di pesta buku antarabangsa 2011 termasuk Apple iPad dan TV LCD yang boleh dimenangi oleh para pembeli.
2. Novel-novel baru juga akan dijual semasa berlangsungnya pesta buku dengan harga yang murah.
3. Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra bersama penulis di pesta buku nanti.Antara penulis yang akan menghadirkan diri sempena pesta buku ini adalah Nora Fuad, Mimie Afinie, Aina Emir, Azleya Shadzalin dan ramai lagi. Ramai juga para penulis novel awal remaja dan buku motivasi turut hadir. Jumpa di sana!
4. KarnaDya kini muncul dengan produk terbaru dalam bentuk digital. Produk ini akan dipamerkan di Pesta Buku 2011 nanti untuk tatapan para pembaca semua. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri bahan bacaan digital ini.5.Selain itu anda juga berpeluang untuk memenangi Apple iPad dengan hanya menyertai peraduan yang mudah. Diskaun-diskaun hebat juga menanti para pembaca semua. Jom datang beramai2 ke booth KarnaDya!
6. Contoh e book pertama: sila ke link karnaDya.
Akan Datang!! E-book interaktif pertama penulis Aina Emir akan berada di app store dan juga android marketplace tidak lama lagi!.
Untuk previu bahan bacaan digital KarnaDya, anda boleh layari www.idya.com.my dibawah segmen kategori.
Monday, April 18, 2011
The real love story

Love Story, Filem 1970
Petang tadi seperti biasa, saya menonton Oprah. Frust sebab Rancangan Talk show kesukaan saya ini sudah mencapai tahun akhir, tanpa saya berkesempatan melihat sendiri di sana! Adui. Rancangan hari ini membawa saya kembali kepada zaman kegemilangan Filem 'Love Story' lakonan Ryan O'Neal, Ali MacGraw, Ray Milland dan Tommy Lee Jones . Well, saya tidak berhajat mengulas cerita ini (anda boleh baca di petikan drp wikipedia) yang kali pertama saya tonton pada lewat tahun 1980-an ketika saya masih berada di bangku sekolah menengah. Pada masa itu saya tinggal di asrama, lazimnya sebulan sekali, kami akan berkesempatan menonton di asrma, di mana tayangan filem akan dipancarkan di dinding sekokal, dengan bayaran 50 sen sahaja. Kami akan membawa kerusi, makanan atau minuman sendiri sebagai 'cacan' untuk dimakan. Seronoknya bukan main sebab pada masa itu memang tidak pernah menonton wayang. (panggung hanya kerusi kayu, di Langkawi belum ada panggung wayang, even di bandar di mana sekolah asrama saya di Alor Setar, panggung wayang pun, hanya ada satu buah. (kerusi keras, kayu ooo)
Dengan membayar 50 sen, anda mendapat tempat duduk yang enak (enak ke, kerusi plastik), ada yg membawa tikar dan boleh berbaring, tapi kadangkala terlindung dek orang lain. Jadi, berkerusi plastik adalah keseronokan yang tidak terbayang. Saya ingat lagi beberapa tajuk fielm yang pernah ditayangkan, 'Jaws 1', 'Jaws 2', 'dogs', 'Love Story', 'Carrie' dan 'the sound of music'. Berbalik kepada filem tadi, dengan bayaran semurah itu (actually mahal juga waktu tu, sebab saya hanya diberi duit poket 20.00 sebulan.. ha ha ha, makanan dibayar 30.00 sebulan, sudah tentu dengan subsidi kerajaan, manalah dapat makan dengan bayaran 30.00, hanya rm 1.00 sehari, 4 kali makan: sarapan, tengah hari, petang dan malam) saya akan mendapat hiburan, makan, dan tangisan secara percuma. Pada masa itu dengan acsess hiburan dan info terhad, tidak pula tahu yang filem itu mendapat pencalonan oscar (7 pencalonan) dan merupakan filem terhebat era itu!
Saya pernah menonton kembali filem hebat ini pada tahun-tahun 1990-an dan masih menangis seperti kali pertama menonton (being sentimental and stupido: perkataan stupid terlalu berbaur bodoh, agaknya, ha ha ha)
Menonton oprah. bukan sahaja mengembalikan kenangan terhadap filem ini, as being young and kind (selalunya orang sebut being young and wild, tetapi saya masa budak2 sangat naif, saya rasa semua budak2 zaman saya begitu.. dan saya masih begitu.. :) ) Oprah bukan sahaja menyatukan kembali pelakon utamanya (actually dah lama dah, baru masuk ke astro) rupanya, Ryan O'Neal, Ali MacGraw, pernah dilaporkan 'mencuba bercinta', tapi Ali menolak cinta O'neal.. (he he)..
Dan cerita disebaliknya lebih menyentuh hati saya. Wanita disebalik filem ini sebenarnya adalah Janet Sussman Gartner menggantikan watak dalam filem itu, Jenny Cavilleri. Janet bersekolah bersama dengan Erich Segal, dan selepas dia ke kolej, Erich menulis beliau surat-surat cinta, dengan kata-kata mereka akan berkahwin dalam masa 10 tahun. Malangnya
...
Erich's prediction was wrong—Janet married another man. "I had been married for five years, and in the middle of the night, [I] was fast asleep and the phone rang," she says. "I picked it up, and all I heard was a raspy voice saying: 'I just wrote you my last love letter. It's about 150 pages long.' I didn't know what he was talking about until the next day when the book came out, and then the movie followed the book."
Jadi walaupun ..(.Erich passed away in January 2010, and he died without ever confirming or denying whether Janet was really his "Jenny." "Let's just keep the mystery going," Janet says. "It's something that I will always be extremely proud, grateful and astonished that this happened to me, and I'm glad my children can share it with me.") saya tetap beranggapan filem ini dibuat sebagai lambang cinta Erich terhadap Janet. Oooww, romantiknya! Apabia seseorang menulis sebuah buku dan filem untuk diri kita! Adusss... Wataknya dimatikan dalam filem sebagai lambang bahawa watak/ wanita ini juga turut mati dalam angan-angannya, mungkin! Tragis tetapi romantik! Mahu tahu lebih lanjut tentang filem dan cerita Janet, silalah baca petikan di bawah...
Petikan: Wikipedia.
Love Story is a 1970 romantic drama film written by Erich Segal and directed by Arthur Hiller. The film, well known as a tragedy, is considered one of the most romantic of all time by the American Film Institute (#9 on the list), and was followed by a sequel, Oliver's Story during 1978. Love Story starred Ryan O'Neal, Ali MacGraw, and Ray Milland and is also the film debut of Tommy Lee Jones with a minor role.
The novel also includes the double meaning of a love story between Oliver and his father.
The film tells of Oliver Barrett IV, who comes from a family of wealthy and well-respected Harvard University graduates. At Radcliffe library, the Harvard student meets and falls in love with Jennifer Cavalleri, a working-class, quick-witted Radcliffe College student. Upon graduation from college, the two decide to marry against the wishes of Oliver's father, who thereupon severs ties with his son.
Without his father's financial support, the couple struggles to pay Oliver's way through Harvard Law School with Jenny working as a private school teacher. They rent the top floor of a house near the Law School at 119 Oxford Street, in the Agassiz neighborhood of Cambridge, adjacent to a local laundromat. Graduating third in his class at Harvard Law, Oliver takes a position at a respectable New York law firm.
With Oliver's new income, the pair of 24-year-olds decide to have a child. After failing, they consult a medical specialist, who after repeated tests, informs Oliver that Jenny is ill and will soon die. While this is not stated explicitly, she appears to have leukemia.
As instructed by his doctor, Oliver attempts to live a "normal life" without telling Jenny of her condition. Jenny nevertheless discovers her ailment after confronting her doctor about her recent illness. With their days together numbered, Jenny begins costly cancer therapy, and Oliver soon becomes unable to afford the multiplying hospital expenses. Desperate, he seeks financial relief from his father. When the senior Barrett asks if he needs the money because he got some girl "in trouble," Oliver says yes instead of telling his father the truth about Jenny's condition.
From her hospital bed, Jenny speaks with her father about funeral arrangements, then asks for Oliver. She tells him to avoid blaming himself, and asks him to embrace her tightly before she dies. They lie together on the hospital bed.
The novel also includes the double meaning of a love story between Oliver and his father, highlighted by the scene between Oliver and his father at the end of the book. When Mr. Barrett realizes that Jenny is ill and that his son borrowed the money for her, he immediately sets out for New York. By the time he reaches the hospital, Jenny is dead. Mr. Barrett apologizes to his son, who replies with something Jenny once told him: "Love means never having to say you're sorry."
Petikan: Oprah, Love Story Reunion
"I was born in Brooklyn, and I attended school with Erich Segal," Janet says. "I went off to college, and Erich wrote me love letters."
Despite Erich's romantic overtures, Janet wasn't interested. "I had absolutely no romantic feelings for him," she says. Still, Erich persisted. "He said, 'I predict in 10 years we'll be married.'"
Erich's prediction was wrong—Janet married another man. "I had been married for five years, and in the middle of the night, [I] was fast asleep and the phone rang," she says. "I picked it up, and all I heard was a raspy voice saying: 'I just wrote you my last love letter. It's about 150 pages long.' I didn't know what he was talking about until the next day when the book came out, and then the movie followed the book."
Although Jenny dies at the end of Love Story, Janet is alive and well and is the mother of three. "I think that his writing the book and killing her was killing me off the pedestal and acknowledging that he was never going to accomplish or get whatever dream he had," Janet says.
Erich passed away in January 2010, and he died without ever confirming or denying whether Janet was really his "Jenny." "Let's just keep the mystery going," Janet says. "It's something that I will always be extremely proud, grateful and astonished that this happened to me, and I'm glad my children can share it with me."
Sunday, April 17, 2011
Menulis lagi
Well, alhamdulillah. Tiada masalah yang kronik. Tiada darah tinggi (yang penting, tekanan darah tinggi menyebabkan stres yang keterlaluan, kena jaga-jaga kerana bimbang akan menyebabkan strok, penyakit jantung)
Tiada diabetes (yang menjadikan perlunya menyekat makanan yang berkanji dan bergula, saya tak risau sangat sebab saya tidak 'kuat' minum gula, tetapi kalau ada tahap diabetes bermakna kena cut semua makanan yang berkanji.. bermakna oootttt, teruklah sikit, kalau kena makan brown rice yang tidak berkanji, sebab kurang sedaplah pulak)
Tahap kolesterol pun biasa sahaja, bermakna, okay. perlulah ambil oat secara tetap, susah juga, kadangkala tak minum langsung. Teringat akan arwah mak mertua saya, arwah minum oat setiap hari, secara tetap, selama hampir atau lebih 3o tahun. Bravo! Saya kalau secara tetap ni, susah sikit. Tidak taat sangat kepada makanan atau ubat!
Tahap Obesiti pun belumlah kritikal. Cuma kena slim down lagi.. (itu saya tahu, tengah work out la he he he) nak naikkan badan senang, kalau mahu turunkan berat badan, memang mencabarlah sikit. Pun begitu, okay. Ras senang hati, tak ada major problem!
Cuma tekanan darah saya rendah sangat. Saya sedar hakikat ini, sudah lama pun. Situasi ini seperti yang saya tulis dalam watak Suraya, dalam dimensi cinta (DC) saya. Tekanan darah rendah menjadikan rasa pening lalat jika lama sangat mengadap komputer, baca, tengok tv, menunduk dan sebagainya. Menjadikan jika saya menulis, saya kena berhenti setiap jam supaya tidak rasa pening. Selalunya saya turun bawah, ke dapur, atau lipat baju sekejap, minum air, makan sikit etc.
Dan masalahnya, tak ada ubat untuk tekanan darah rendah, tidak seperti tekanan darah tinggi. Dan saya pun terlupa merujuk halaman perubatan jika ada apa-apa cara untuk membantu masaalah ini. Mungkin ada makanan seperti sayur-sayuran yang boleh membantu, siapa tahu!


