Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Wednesday, April 24, 2013

PROMO NOVELIS NORA ISMA FUAD





PROMO NOVELIS NORA ISMA FUAD


Promo novel Nora Isma Fuad sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013.

Berlangsung dari tarikh 26 April – 26 Jun 2013

Hadiah Pertama.

1.    Beg kulit yang dibawa khas dari Vietnam.
2.    Sebuah bekas barang kemas/gincu.
3.    Novel baru yang akan diterbitkan.


Hadiah Kedua.

1. Beg kulit yang dibawa khas dari Vietnam.
2.  Sebuah bekas barang kemas/gincu.


Hadiah Ketiga.

1. Beg kulit yang dibawa khas dari Vietnam.
2.  Sebuah bekas barang kemas/gincu.


7 hadiah saguhati.

Sebuah bekas barang kemas/gincu setiap satu.

Cara Penyertaan.

1.    Pembaca mesti mendapatkan novel PURNAMA MERINDU (Keluaran BUKU PRIMA, Karangkraf) dan sebuah novel pilihan (DIMENSI CINTA ATAU CINTA SIKUNANG-KUNANG; Terbitan KARNADYA sdn Berhad.)
2.    Mengambil foto anda bersama dua novel pilihan dengan gaya menarik, bertulis dengan kapsyen, ‘Saya membaca novel NORA ISMA FUAD@NORA FUAD’
3.    Menulis NORA ISMA FUAD@NORA FUAD memberi saya inspirasi kerana…. (tidak kurang 150 perkataan)
4.    Panduan bagi menulis esei :

a)    Watak utama dalam novel Purnama Merindu/Dimensi Cinta atau Cinta Sikunang-kunang.
b)    Watak sampingan.
c)    Latar novel.
d)    Plot penceritaan yang bergerak dengan drastik, berkembang dgn selari.

5.    Menulis dengan gaya anda tersendiri.
6.    Pembaca meletakkan Promo di blog anda/facebook anda (sila tag Novel Nora Fuad dan Noor Arbaiah Nora Fuad serta emailkan esei, foto anda kepada novelnorafuad@gmail.com

  7. Penyertaan dengan gambar yang ulasan yang menarik, akan
     dipilih oleh panel penilai.

Tuesday, February 26, 2013

Jangan endahkan perspektif saya; di mana picisannya sebuah karya.

   Tahun ini seperti tahun-tahun yang lepas, atau barangkali lima-enam tahun yang lepas, dihujani dengan komentar orang awam, yang belum lagi mewarnai dunia penulisan. Kata-kata orang lama, seperti komen Tajuk yang barangkali memanaskan punggung penulis seperti saya, walaupun contoh yang disebut tiada kaitannya dengan penulisan bukan saya. Barangkali penulis belum lagi membaca novel saya, atau barangkali, karya saya belum cukup glamor untuk diulas oleh penulis tersebut. Barangkali! Perhaps! Perhaps! Penulisan yang bertarikh 27 januari 2013 sudah lama berakhir. Barangkali, ramai yang sudah lupa isunya.

    Saya sengaja mengambil jalan selamat dengan membiarkan isu ini sejuk dahulu sebelum menulis mengenainya. Barangkali memanaskannya semula, satu keseronokan! Barangkali! Saya agak teruja menulis mengenainya! Mengapa? Jika soalannya mengapa, biarlah saya katakan sesuatu. Kata-kata orang 'kecil' seperti saya, tentunya tidak 'memberi bekas' kepada akhbar harian ini, mahupun kepada pembaca novel yang karyanya sudah meletup-letup! Jadi, janganlah pedulikan perspektif saya! Sebagai negara demokrasi, saya hanya memberi pandangan 'kecil' di dunia yang serba besar ini!

  Penulis beberapa novel daripada penerbitan Karangkraf 'diserang' dengan penilaian yang mengklasifikasikan sebagai 'karya picisan'. Sebagai penulis yang bernaung di bawah penerbitan yang sama, mungkin, dengan harapan yang besar, jika novel saya didaramakan suatu hari nanti, berharap juga, karya saya tidak dikategorikan sebagai kumpulan picisan. Bagi saya, penulisan  rencana yang mengulas isu tersebut bukanlah satu penulisan yang bersifat baik, atau sempurna. Rencana yang baik seharusnya bermula dengan memberi definisi, atau pengutarakan dengan konsep yang amat jelas. Penulis daripada sebuah akhbar harian ini, tidak langsung memberi gambaran yang sempurna dengan apakah yang beliau (atau saya lebih suka menggunakan istilah dia) atau lebih sesuai dengan dia maksudkan dengan picisan? Picisan yang digembar-gemburkan tersebut dikatakan tidak memberi atau menggambarkan nilai yang tinggi, tidak memberi makna dari segi sosial dan hanya bersifat 'cinta kosong' atau 'omongan' belaka? Nilai yang tinggi, tidak disebut adakah hanya bernilai hanya komersial? Tidak menggambarkan intelektual? Tidak ada latar novel/drama yang membuka ruang minda pembaca atau penonton.

       Dengan mengambil beberapa contoh drama yang diterbitkan, penulis mensifatkan drama terbitan tersebut hanya menyajikan sifat 'cinta semata-mata'. Penulis ini alpa kerana dalam drama-drama ini selain daripada cerita cinta, cerita ini mengisahkan perihal penceritaan manusia! Cinta yang diselitkan dalam sebahagian perasaan dan penceritaan adalah bersifat elemen secara tidak langsung dalam kehidupan manusia. Tanpa cinta, kehidupan manusia bersifat omongan dan 'sifar'. Pada hemat saya, orang yang tidak merasai 'cinta' akan gagal mencari 'elemen bahagia' dan akan kekal terperangkap dalam kehidupan yang sifar. 

       Elemen yang diketengahkan antaranya, adalah  elemen intelektual. Tanpa kekuatan intelektual, tentulah drama/ novel ini tidak menjurus kepada kehidupan pelajar sebagai penuntut universiti di luar negara, atau kolej. Adakah elemen ini sehanya diabaikan oleh penulis rencana, dan hanya menilai 'cinta' sebagai fokus dan menganggapnya sebagai 'karya picisan' semata-mata. Adakah penulis menilai picisan dengan hanya menonton drama semata-mata? Atau sekadar melihat karya ini di muka depannya sahaja? Saya masih mengingati betapa seronoknya saya membaca novel 'Adam dan Hawa' dan saya tidak sanggup meletakkan novel ini setelah membacanya. Saya begitu teruja membaca mengenai ilmu penerbangan yang digambarkan dengan terperinci. Tidak tahu di mana silapnya, penerbit drama mengenepikan elemen yang menarik ini, barangkali bimbang perlu mengeluarkan belanja yang tinggi untuk memasukkan elemen seperti ini. Maklumlah, di Malaysia, kita tidak mempunyai studio penerbangan untuk disewa. Menyewa institusi penerbangan yang secara realitinya wujud, barangkali merugikan penerbit!

      Bukan mudah menunjukkan sifat 'sabar' yang dipertahankan oleh watak dalam drama tersebut. Sabar dalam mengharungi cabaran. Dan terdapat juga kesabaran dalam memburu 'impian'. Perspektif drama dan novel ternyata amat berbeza. Penerbit drama melihat naskah novel menurut perspektif drama, juga terpaka mengikut perkembangan 'arus perdana', melihat kemahuan penonton, keperluan nilai komersial drama dan sebagainya. Jadi nilai intelektual yang tinggi dalam novel agak tersembunyi apabila dialihkan kepada penerbitan drama. Sikap kesungguhan, dinamik, kesabaran, ketabahan contohnya yang digambarkan secara halus dan terperinci dalam novel, bampaknya seperti 'retorik' kerana sukar digambarkan dengan teliti dalam drama. Semua ciri-ciri ini hanya boleh dirasai dengan perasaan yang 'halus' yang ada dalam jiwa penonton seperti saya! Janganlah disalahkan drama, jika anda gagal merasai semua perspektif yang tersirat di dalamnya. 'Yang tersirat dan tersurat' hanya boleh dijiwai oleh penonton yang menonton dengan mata, jiwa dan minda! Jadi, jika anda hanya dapat melihat 'cinta' dalam drama-drama tersebut, saya sangat bersimpati dengan anda!

   Bacalah novel dengan 'mata yang terbuka', 'minda yang terbentang luas'. Tontonlah drama adaptasi dengan mata, jiwa bagi menilai semua elemen 'tersurat dan tersirat'. Atau mungkin perlu menonton bersama saya, supaya saya boleh menghuraikan elemen tersebut kepada anda! Barangkali!  

 

Saturday, January 12, 2013

Tahun baru

                Sudah lama tidak menjengah blog sendiri. Saya meminta maaf banyak-banyak kepada individu yang mengutarakan soalan ini. "Ingin tahu bagaimana mendapat chia seed." Saya agak lama tidak mengintai blog dan tidak ternampak soalan di ruangan komen.

    Chia seed saya beli daripada outlet COSWAY. Semasa penjualan dahulu, harganya murah, rm 39.00 (kalau tak salah saya) sekarang harga biasa, mungkin dengan harga yang lebih mahal. (ada sedikit diskaun) COSWAY ada di kebanyakan tempat, di mana-mana sahaja.

   Chia seed juga ada dijual di beberapa tempat lain, di supermarket, di bahagian organik. Tetapi harganya jauh lebih mahal.

   Dan saya masih terketar-ketar mahu menghabiskan manuskrip, sebelum akhir bulan Januari. Doakan saya ya. Seandainya, tuan/puan ada pertanyaan yang berhubung idi kandungan blog, lebih baik menghantarnya ke ruangan 'message' facebook' saya. Saya 'meronda' lebih kerap di sana! Terima kasih.


Monday, December 17, 2012

Selepas cuti yang panjang...

  Sebelum cuti sekolah saya bergelut dengan tugasan sekolah. Melelahkan. Dan sebaik sahaja cuti sekolah bermula, berkesempatan ke luar negara (tidak jauh, hanya Vietnam) Percutian bersama 'keluarga' dari sekolah yang menyeronokkan. It's really fun. Dan setelah beberapa hari, kembali semual ke rumah.

  Berada di rumah sebenarnya satu cabaran dalam menyiapkan manuskrip kerana terdapat kerja sekolah yang tidak lengkap lagi. Jadi terpaksalah menghabiskan kerja sekolah yang terbengkalai. Dan setelah itu, kononnya mahu meneruskan usaha menulis manuskrip yang sudah beberapa bulan tertinggal... Opps. Berasa di rumah sememangnya satu cabaran terbesar, kerana semasa bekerja, hanya beberapa jam sahaja yang dihabiskan di rumah. Dalam beberapa jam, yang perlu ditolak dengan kerja rumah, kerja sekolah, memasak, mandi dan senarai yang panjang, barangkali, masa yang sedikit, perlu digunakan untuk berehat. Muli purpose yang biasa disebut ramai suri rumah. Berehat + menonton tv + melipat pakaian, atau menggosok pakaian . Atau sekadar menonton TV dengan hujung cari dan sepasang mata (dgn kes saya dua pasang, mata + kaca mata) sibuk membaca status teman2 FB. 

  Ada masanya saya sekadar 'like', ada masanya mencatatkan komen. Ada masanya hanya membaca tanpa sebarang 'like' (sebab atas alasan tidak memerlukan like seperti berta sedih, mengata orang atau mengkritik pedas negara kita) Kadangkala juga tidak menulis sebarang komen kerana tidak mengetahui apa komen 
 yang sewajarnya.

  Dan cabaran berada di rumah adalah, dengan masa yang sedikit berlebihan disebabkan tidak perlu keluar bekerja, adalah, mata akan cepat terlihat akan abuk, atas tempat-tempat di rumah yang memerlukan 'sentuhan emas'. maklumlah, dengan udara kita yang semakin tercemar (seluruh dunia sebenarnya) dengan segera dan cepat 9sepantas kilat) ruang rumah, rak buku dan sebagainya, akan cepat berabuk. dan bermulalah kerja-kerja yang tidak dirancang. mengelap, mengemop dan sebagainya, dan akhirnya memakan masa 3-4 hari (dan manuskrip terus terbengkalai...) hehehehe. Dan tidaklah pelru menyalahkan sesiapa. kebersihan asas keimanan!

 Dan selepas itu bercuti ke Langkawi. Dan singgah dua hari di Hotel Tandop. Saya kira hotel yang baru dibuka (dalam dua tahun) sangat bersih dan selesa dihuni bersama empat orang ahli keluarga. kami bermalam di sana kerana mahu menghadiri Majlis perkahwinan seorang teman rapat di Kangar, dan selepas itu, terus ke Padang Besar! Heaven! Dapat membeli belah sedikit sebanyak menjadi 'remedi yang melegakan'. Hehehehe. Dan kelakar melihat muka suami yang tension di sana. maklumlah, sesak dengan orang ramai, dan tiada sesuatu pun untuk dia. Itu kata dia. Pada saya, banyak benda yang dapat dibeli. Sabun beras yang murah. Seluar jeans biarpun buatan Thailand (apa salahnya, kualitinya baik sekali) dengan harga yang sangat berpatutan. Dan akhirnya, sang suami bertemu dengan seluar memancing! Hah heaven. Pasti dia mahu ke sana lagi bila dia telah selamat bershopping.

   Beberapa hari di Langkawi dan saya kembali ke sini, dengan niat, menyambung manuskrip... Sambung, jangan tak sambung...

Akan datang, remedi mandian dari rumah. Memang best. Saya akan menulis kandungan dan cara melakukannya.

Monday, December 3, 2012

Peraduan promo Novel Nora Fuad

   Ketika melawat ke Vietnam beberapa minggu lepas, saya mendapat idea untuk mengadakan peraduan untuk pembaca novel-novel saya. Hadiahnya tentunya ekskutif dari Vietnam. Saya akan beritahu hadian-hadiah yang saya sediakan setelah saya dengan rasminya membeli tiket penerbangan dan tempahan hotel di sana. Maklumlah, jika tidak pasti, tentulah tidak seronok untuk berjanji pulak!

  Jadi, bagi anda yang telah membeli ketiga-tiga novel saya, DIMENSI CINTA (KARNADYA), CINTA SIKUNANG-KUNANG (KARNADYA) & PURNAMA MERINDU (BUKU PRIMA) silalah kumpulkan ketiga-tiga novel tersebut berdekatan supaya mudah bersedia setelah saya kemukakan syarat-syarat peraduan nanti.

   Syaratnya tidaklah sukar. Cuma; Pertama perlukan memiliki ketiga-tiga novel saya.

   Kedua: Perlu menulis kenapa anda sukakan novel-novel saya.

   Ketiga: mestilah memiliki blog sendiri, emel dan itu sahaja.


   Saya akan kemukakan syarat-syarat dan etika penuh peraduan ini setelah saya siapkan sepenuhnya syarat-syarat untuk melibatkan diri dalam peraduan ini.






Tuesday, November 20, 2012

Foto ke Vietnam


Trip to Vietnam Slideshow: Nora’s trip to Ho Chi Minh City was created with TripAdvisor TripWow!

Vietnam... part 1

   Lawatan ke Saigon (nama lama) atau Ho Chin Minh mmeberi satu pengalaman baru yang tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit. Berbeza dengan tempat-tempat lain yang saya lawati, saya berasakan tempat ini wajib dikunjungi lagi; apatah lagi jika mahu melibatkan dengan anak-anak remaja. Biar mereka melihat akan kesusahan orang yang mencari pendapatan. Biar mereka melihat semangat orang Vietnam yang bersusah payah demi sesuap nasi!  Biar mereka melihat bahana peperangan yang pernah melanda. 

   Ramai orang bercerita tentang kurangnya keramahan orang Vietnam dalam menyambut kedatangan tetamu ke dalam negara mereka. I have to say, it's true. Pegawai imegresen yang menyambut kita, mempamerkan wajah serius (100% kemasaman) Andai kita tersenyum pun, mereka tidak menyambutnya. Jadi, jangan fikir anda boleh menggoda atau mengorat! Senyuman sejuta ringgit Viet dong anda tiada maknanya kepada mereka! Tetapi sambutan rombongan kami di sambut oleh Steven yang peramah, sedikit loyar buruk dan amat menghiburkan. Rombongan kami ke sana melalui Syarikat Plus and Plus (ditemani Zara dari Malaysia) dan Tourist guide di Vietnam (steven) Kali pertama saya rasakan, tourist guide kami tidak mebosankan sama sekali, ceria dan sentiasa bertenaga! Cumanya, saya ingin katakan, "Mind his english".. hahahaha.

   Jelas, bahasa inggeris bukanlah bahasa kedua di sini. Pernah dijajah oleh Perancis dan bahasa ini menjadi bahasa kedua di sana. Rata-rata penduduk yang bekerja sebagai penjual boleh berbahasa inggeris (broken English) dan ada yang boleh berbahasa Melayu (sikit-sikit) Jadi keperluan kepada bahasa mesin kira (calculator) adalah sangat tinggi. Jika bertanyakan harga, mereka akan menekan harga, jika  ingin menawarkan harga, tekan pula harga anda! Kira-kira 4 hari di sana, kecekapan saya menggunakan mesin kira sudah boleh mengalahkan seorang akauntan! hahaha



   
 (Gambar-gambar di atas adalah masakan di Restaurat Baba dan Nyonya)
      Kami bertolak kira-kira 2.30 petang dan tiba sejam 47 minit kemudiannya di Lapangan terbang Ho Chin Minh. Disambut oleh bas yang sangat cantik dan selesa. Terus check in ke hotel, diberi masa sejam untuk bersiap dan makan malam. Makan malam pertama di Restaurant Baba Nyonya.

  Masakan mereka lebih kurang Malaysia juga, cuma agak berbeza dari segi asakan yang kita tidak biasa makan seperti batang teratai (gambar masakan yang berwarna coklat dgn hiasan cili) yang dimasak/digoreng dgn sedikit kuah. Rasanya seperti batang keladi. Cuma saya rasa lebih sedap jika dimasak asam pedas dengan isi ikan kembung. Yummy. Kerabu mangga seperti ala-ala thai juga, amat sedap. Selain itu, sup seaweed/ rumpai laut yang saya rasa kurang enak. (sebab tak begitu suka seaweed dan tidak biasa makan dalam bentuk sup, biasanya hanya dalam bentuk snek yang kering) Ayam masak cili, ala-ala Baba dan Nyonya di Melaka juga, telur dadar bercampur sayuran dan akhirnya ditutup dengan rojak buah (sama seperti hidangan kita juga)

  Dan pulang sahaja dari hotel, kami dibenarkan melawat pasar malam. Dari Hotel Kingston kira-kira 5 minit perjalanan sahaja. Dan pada malam itu, saya tidak menunggu lama untuk membeli cenderahati yang saya suka! Gambar-gambar di bawah adalah gambar dalam bilik saya (Hotel Kingston)







Friday, November 16, 2012

Tips ke Vietnam

 Berpeluang melancong ke negara Lembah Mekong menjadi satu pengalaman yang indah. Lebih indah kerana berpeluang menyambut ulangtahun kelahiran pada 11 nov di sana. Walaupun kepergian tanpa suami (sebenarnya tidak best menyambut harijadi tanpa dia) tanpa kek (sebab dikuatiri kek mengandungi bahan yang tidak halal) tanpa jamuan besar-besaran, peluang melihat negara orang, dan tentunya diiringi duit hadiah harijadi daripada suami; tentunya sudah memadai.

   Beberapa tips penting untuk memulakan tips berjalan ke Vietnam.

  1.    Bawa tukaran wang dalam Vietdong/ USD. Boleh bawa matawang Malaysia. Di beberapa tempat seperti pasar malam (berhampiran Bent Than) menerima matawang Malaysia. Dalam pasar Bent Than juga, ada juga yang menjual dalam matawang Malaysia. Kebanyakan jurujual menjual dalam nilai USD dan jika kita mahu membayar dalam VD, mereka akan beri nilai yang lain. Biasanya penjual akan bertanya sama ada kita akan menggunakan USD atau VD.
  2. Lawatan ke sana biasanya akan melibatkan lawatan ke Sungai Mekong serta Terowong Chu chi. Jadi eloklah bawa bersama baju t-shirt yang lebih ke sana. Lawatan ke Terowong Chu Chi contohnya memerlukan kita berjalan selama 2-2 1/2 jam, kita boleh berpeluh sehingga 5 liter peluh..hahaha. Lebih selesa jika membawa baju tambahan ke sana. 
  3. Bawa botol ke mana sahaja anda pergi. Sebaiknya bawalah botol 600ml daripada  Stesyen minyak shell kerana botolnya mempunyai muncul dan botolnya yang lembut, boleh dipicit bagi mengeluarkan air. Kenapa perlu botol seperti ini? Keperluan botol ini adalah kerana tandas di sana seperti kebanyakan negara-negara lain  di luar sana, tidak mempunyai air di tandas. Jadi inilah gunanya botol ini! Terdapat juga hotel yang tidak mempunyai paip dalam tandas. Selagi lagi, anda perlukan botol kosong!
  4. Bawa baju daripada kain kapas, kerana cuacanya yang mencecah 35 darjah Celsius akan menjadikan kita berpeluh. Selain daripada itu, jika baju dibasuh dan ditinggalkan di bilik hotel, tentu baju boleh kering.
  5. Bawa kasut yang sesuai, sebaiknya kasut sport dan juga selipar (kemudahan untuk membeli belah).
  6. Boleh bawa juga baju contoh yang bersesuain jika anda mahu menempah baju daripada tailor (tukang jahit baju) Banyak 'tailor' di kawasan Ben Thant. 
  7. Bawa tukaran wang dalam nilai yang kecil jika mahu mebeli buah. Mereka keberatan memulangkan wang lebihan, sebaliknya hanya menambah sedikit buah-buahan yang dibeli.
  8. Cuba menawar harga sehingga 50% atau 70%. Jika mereka boleh membeli harga, mereka akan beri. jika tidak, bermakna, harga tersebut tidak menasabah. Jangan bertanya harga barangan jika anda tidak berminat untuk membeli. Juru jual kerap memarahi jika hanya bertanya tanpa ada niat membeli.
  9. Silalah bawa kalkulator supaya memudahkan pembelian. Harga tukaran wang akan lebih berpatutan di Sogo KL (di bahagian bawah, bersebelah farmasi) Jalan TAR KL, One U (new wing) di bawah Restoran/Cafe The Garden; bersebelahkan kedai surat khabar/meps Maybank. Pada masa saya pergi, tukaran adalah dalam nilai RM 157 = 1 juta VD. Juga sila bawa tukaran USD. Jadi lebih kurang 6369 VD = 1 ringgit. Semua harga dalam VD, mesti dibahagi dengan 6369.  1 USD = RM 3.
  10. Lebih baik jika pembelian tiket dibeli secara berkumpulan. Di Vietnam, kumpulan secara 4 orang dibenarkan. Bermakna, anda mesti membeli tiket secara bersama maksima 4 orang. Dengan cara ini, jika mana-mana individu yg mempunyai beg berlebihan, melebihi lebih 20 kg, berat yg melebihi ini akan ditampung oleh beg ahli kumpulan lain. Biasanya jika bergerak dalam rombongan yg besar, berat beg akan ditimbang di hotel terlebih dahulu, dan ahli kumpulan ditenpatkan mengikut berat beg (4 x 20kg = 80 kg) supaya berat tidak melebihi 80kg dan penumpang perlu dibayar lebih tinggi.
  11. Beg-beg kulit boleh dibeli dengan pilihan yang lebih banyak di Plaza Mall (dijual menggunakan USD) dan juga di Delta Mekong. (di sebuah pulau;biasanya anda akan melawat tempat membuat candy, tempat penghasilan madu, buah-buahan) Di sini juga beg-beg dijual menggunakan USD, bagaimanapun duit VD boleh digunakan.
  12. Jangan lupa sun glasses, spray air dalam botol yg kecil, tuala muka, tisu basah (wet tisues) topi kepala bersesuaian dgn cuaca vietnam yang panas.
  13. Duit jangan disimpan dalam jumlah yg banyak dalam dompet. Asingkan sejuta VD dalam sampul bagi memudahkan anda mengenalpasti berapa banyak yg telah anda belanjakan. Sebaiknya asingkan dengan dompet yg anda gunakan di Malaysia.
  14. Jika mahu membeli baju kurung/kebarung, sebaiknya belilah sehelai dahulu dan mencubanya di bilik hotel. Saiz yg mereka sediakan berbeza antara syarikat.
  15. Gunakan hanya teksi VINASUN  kerana hanya syarikat ini (syarikat kerajaan) yg menggunakan meter perjalanan.
  16. Kopi banyak sekali dijual. Biji-biji kopi yang dijual akan dikisarkan dan dibungkus. Sila minta dalam jumlah gram yang kecil seperti 100gram/200 gram. Mereka lebih suka membungkus seperti 500gram/ 1 kg. Kopi yang sedap seperti BLUE MOUNTAIN, kopi tempatan dan ada daripada jenis ekpresso dan sebagainya.
  17. Bijirin yang menjadi snek juga seperti GAJUS, KEKACANG, BIJI TERATAI banyak sekali dijual. Boleh dibeli dalam nilai 500 gram/ 1 kg.
  18. Produk tempatan seperti produk daripada tanduk kerbau juga banyak sekali dijual.
  19. Sila semak kualiti t-shirt yg anda pilih dan dibeli. Kadangkala terdapat juga penjual yg menipu. Kain yang lembut, kain daripada kain kapas ditukar dengan kain daripada jenis yang lain.
  20. Bersedia untuk mendengar perkataan-perkataan einggeris dalam bentuk yang agak kelakar. contohnya, berbunyi, "Can I have you" sebenarnya bermaksud, "Can I help you." Perkataan "I'll rob you here" sepatutnya berbunyi, "I'll drop you here." Perkataan madam, kakak, biasa diucapkan. "Buy, buy, cheap-cheap" kedengarannya seperti, "bye-bye, cip-cip". Jadi bersedia untuk senyum-senyum sendiri.

Sunday, October 28, 2012

Akan diterbitkan. Buletin Langkawi november 2012



Pulau Lagenda Langkawi begitu dekat di hati penulis ini yang menggunakan nama pena Nora Fuad. Nora Fuad baru menghasilkan tiga buah novel dengaan tajuk Dimensi Cinta, Cinta Sikunang-kunang dan Purnama Merindu. Projek manuskripnya yang ke empat akan diterbitkan awal tahun hadapan, dan beliau masih berusaha gigih bagi menyiapkan novel ke lima beliau. Walaupun berada jauh dari Pulau Langkawi, beliau telah menggunakan latar Langkawi ke dalam penulisan novel pertamanya yang diberi jodol Dimensi Cinta. Dimensi Cinta yang diterbitkan pada penghujung tahun 2009 bukan sahaja mengambil latar Langkawi, malah diberi ‘sentuhan emas’ dengan meletakkan latar London, Adelaide, Tasik Kenyir sebagai latar novel. Kepada beliau, latar gabungan tempatan dan luar negara secara terperinci bagaikan member nafas yang berlagu kepada kehidupan cinta yang menjadi tema utama novel pertamanya ini.

                 NORA Fuad, nama pena bagi Noor Arba'iah Ismail yang menggabungkan namanya dengan suami dan membawa maksud cahaya penuh kejiwaan, berkarya sejak berusia 17 tahun dengan menjadikan majalah sebagai medan percubaan untuk mengasah bakat dalam dunia penulisan kreatif. Bagaimanapun hobi menulis ini terhenti sekian lama sehinggalah mendapat inspirasi untuk menulis kembali hasil desakan seorang teman baiknya, Aznisyah.

                  Nora mewarisi bakat penulisan daripada bapanya, Ismail Yaa’cob yang mahir menulis seloka dan dikenali sebagai Cikgu Man oleh masyarakat Langkawi serta berkongsi hobi yang sama dengan ibunya, Salma Ibrahim, iaitu membaca pelbagai jenis bahan bacaan.

                     Inspirasi penulis adalah menulis buku yang dilengkapi dengan Konsep i-novel (intelektual novel) Penulis percaya hanya pengetahuan sahajalah yang akan dapat membantu aspirasi negara dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai Minda Kelas Pertama seperti yang diwara-warakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi idolanya.

                    Konsep i-novel diteruskan dengan novel kedua ‘Cinta Sikunang-kunang’. Kisah klise bagaimana sepasang kembar dalam memperjuangkan kehidupan, cinta dan cita-cita. Penulis masih lagi menekankan konsep pengetahuan seperti ‘Dimensi Cinta’ dengan mengutamakan watak-watak utama sebagai seorang yang mempunyai kelulusan dalam akademik dan berjaya dalam hidup termasuklah bidang perniagaan dan pertanian.

                               Penulis sekali lagi menengahkan latar Langkawi, dan kali ini memfokuskan ‘Pulau Tuba sebagai lokasi cinta’ dalam novel terbaru, ‘Purnama Merindu’ keluaran Buku Prima. Ternyata percubaan penulis berjaya meletakkan novel ini sebagai jualan terbaik Buku Prima dalam bulai Julai 2011. Berlatarkan Eropah, dan masih lagi mengekalkan konsep I-Novel.


                    Penulis menjelaskan mengapa beliau gemar menggunakan latar Langkawi dalam novel-novelnya. Menurutnya, Langkawi adalah ‘nadi’ kehidupannya. Di pulau ini, dia membesar dengan penuh kasih sayang. Novel ini mengutamakan akademik mengenengahkan intelektual dengan memokuskan tarak pendidikan sehingga ke taraf PhD, berlatarkan Eropah seperti Vannes, Belgium dan sebahagian Australia. Kemuncak kepada novel ini adalah Novel Purnama Merindu keluaran Buku Prima ini telah terpilih antara empat belas buah buku yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan di Ipoh Perak pada malam 15 Mei 2012. Penganugerahan begini menjadi pemangkin yang manis sekali kepada penulis novel yang amat suka dengan kerjayanya sebagai pendidik.

                           Projek penulis yang ke lima masih lagi berkonsepkan I-Novel dan dijangka menamatkan manuskripnya pada bulan Disember ini. Harapan penulis, konsep I-novel yang diutarakan, akan dapat menginjak pembaca ke era baru pembacaan. Membaca dengan tujuan mendapat ilmu, bukannya sekadar membaca cerita dan mendapat hiburan. Pembaca yang berminat untuk membaca tentang novel-novel penulis ini boleh melayari www.norafuad.blogspot.com untuk bacaan lanjut.

Buletin yang bakal terbit


Monday, August 20, 2012

Ramadhan datang dan pergi...

      Blog beesawang, berabuk atau berserrbuk lagi... sebulan puasa, sebulanlah diam tak bertempat. Cuaca dalam ramadhan yang agak panas dan berjerebu, agak meletihkan badan dan minda. Balik sahaja sekolah, berehat dahulu, petang masak. Malam juga berehat juga. 
       Ke masjid akan mengembalikan tenaga, dengan deretan atau barisan saff, akan mencaskan tenaga positif kembali.. cumanya, kadangkala atau lebih kerap tidak ke masjid. Hmm. ada masanya suami perlu keluar awal ke tempat kerja, jadi saya lebih baik mendiamkan diri daripada sendiri ke masjid kerana takut akan fitnah! Maklumlah fitnah dunia ini banyak sekali! Bertujuan baik tetapi perlu takutkan juga prasangka buruk manusia! Syaitan dan iblis dirantai sepanjang Ramadhan, tetapi syaitan dan iblis dalam jiwa manusia itu lebih menakutkan! Kalau ada yang suka prasangka buruk, maka buruklah atau negatiflah yang mereka akan pasangkan kepada setiap mausia yang mereka lihat dan pandang!

  Kebiasannnya sep[anjang Ramadhan saya lebih suka berbuka di rumah sahaja. Susah mahu mengerjakan maghrib jika berbuka di luar. Kalau adapun surau, perlu bersesak-sesak dengan ramai orang. Tidak selesa mahupun penat berkejaran. Dan saya juga lebih suka makan masakan di rumah yang ringkas. Jarang sekali makan kuih manis. Kalau adapun agar-agar atau puding yang saya masak sendiri./ Tahun lepas, hanya sekali berbuka di luar, dan hanya tuga kali membeli makanan di luar @ bazar Ramadhan. Tahun ini agaknya saya lebih m.a.l.a.s. Lebih enam kali membeli di luar. Tiga kali berbuka di luar. Biasanya kami berbuka ringkas di rumah, selepas solat maghrib, barulah kami keluar! Sekadar mengelakkan sakit kepala untuk berebut untuk solat maghrib di luar!

  Raya! Sebenarnya dahulu kami bergilir. Tahun genap, kami akan beraya di Johor Bharu. Tahun ganjil di Langkawi. Memamandangkan arwah ibu mertua sudah kembali ke Rahmattullah pada tahun 2009, kami terus beraya di Langkawi. Kalau beraya di Kl, rasanya tidaklah patut sangat, sementelah saya masih ada ibu dan bapa di Langkawi. Kali ini kami memutuskan balik ke Langkawi dengan kapal udara sahaja. Agak letih 'jem' lama di jalanraya. Apabila cuti sekolah dibenarkan bermula hari khamis saya agak 'marah' sebab tiket telah dibeli lebih sebulan lamanya. Sepatutnya, cuti seperti ini diumumkan terlebih awal. Bukan semua ibubapa atau keluarga anak-anak yang masih bersekolah oulang ke kampung halaman dengan berkenderaan sendiri. bagi keluarga yang mahu pulang bercuti menggunakan kenderaan awam terlebih dahulu telah membeli tiket bas, kereta api, kapal terbang sebulan dahulu lebih awal. Dua hari iaitu khamis dan jumaat saya bazirkan di rumah sendiri, sepatutnya dihabiskan dengan mengemas rumah mama saya! Apapun, apa yang boleh dikata!

   Ramadhan bakal pergi dan cuti juga bakal berlalu! Tiket kapal terbang tiada boleh diganti dengan percuma!Ahhh! Menanti jumaat datang bagaikan masa yang panjang. Dan jumaat datang juga! dan Aidil fitri datang dan berlalu juga!


Sunday, July 15, 2012

Sehari Bersama Penulis BUku Prima

   Sabtu, sepanjang hari, telah diadakan pertemuan antara penulis/karyawan Buku Prima (BP) bersama-sama dengan petugas2 daripada Grup Buku Karangkraf (GBK) Bermula dengan pendaftaran ada jam 8-8.30 pagi sehingga jam 6 petang, seramai 35 (sebenarnya kurang sebab terdapat penulis yang tidak dapat menghadirkan diri pada saat akhir) yang berkampung di dewan autitorium di Karangkraf, Shah Alam.

  Pertamanya, perlu saya katakan, alhamdulillah, berpeluang hadir sama bersama-sama keluarga GBK. Yang lebih penting saya rasa, kami dan berkenalan dan bersua empat mata sesama sendiri. Saya yakin dengan bertemu 'face to face', kemesraan akan bertambah berbanding dengan hanya mengenali antara satu di Facebook sahaja. Seperti kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta! Dan saya akan memperkenalkan peribahasa baru: Sudah kenal maka akan terlebih cinta. Jangan ada benci, jika sudah terlebih kenal sudahlah.. hehe.

   Program bermua seawal jam 8.00 pagi, pendaftaran sehingga 8.30 pagi. Sepatutnya saya tiba sebelum jam 8.30 pagi, (dalam 8.10 pagi) malangnya agak tersesat di Shah Alam. GPS pula gagal mengesan perkataan Karangkraf, hanya boleh menekan sehingga perkataan 'Karang' dan hurufnya hilang membikin hati terasa 'panas' meruap-ruap. Mujurlah suami yang memandu. Andai saya yang memandu, agaknya, akan berpeluh dingin  dalam suasana penghawa dingin yang sejuk kerana kepanasan hati yang 'panesss'. Padahal sudah beberapa kali ke sana. Kebiasaannya senang sahaj berjumpa dengan Karangkraf, dan tiba-tiba pagi sabtu lepas menjadi susah.. AHHHHH! tertension dalam kereta sendiri. Saya cuma bimbang majlis bermula awal atau tepat jam 8.30 pagi, sebabnya saya tidak suka duduk di belakang, juga tidak suka lambat ke majlis. Kebiasaan saya akan tiba awal supaya dapat duduk-duduk dan bertenang sebelum majlis bermula. Dalam sedang pening-pening lalat, ternampak perkataan Karangkraf di pagar. Nasib baik tidak menjerit (hampir pun) bagaikan kanak-kanak mendapat gula-gula! Bernasib baik, dalam 8.40 pagi, akhirnya dapat berada di majlis.

  Majlis dimulakan lambat sedikit bagi memberi peluang penulis lain tiba di majlis. (alhamdulillah, kalau bermula awal, sudah tentu saya sudah termiss program) Lagipun agaknya ramai juga yang tersesat! Yang lebih penting, saya dapat bertemu ramai penulis lama dan baru. Yang bestnya, tenpat duduk sudah ditetapkan. Meja dan kerusi disertai label nama. Tempat duduk saya di hadapan sekali, bersebelah dengan Erisya Riftha. Erisya sangat sporting, istilahnya 'masuk dengan kepala saya' yang gila-gila. Antaranya Kak Ramlah Rashid, Kak Kamsiah Abu, Ebriza, Syikin,  Master Chef Malaysia (Top 10) Shahriah, Hanis Azra, Zulfati Hanis,Zulaika Zakaria, Cahaya Izzati, Rosa Nur Imani, KAKA, Mersik Romoro,  Aisyah Abu Hassan dan ramai lagi. Bertukar-tukar fikiran, memang seronok. Cumanya, hanya beberapa orang penulis sahaja yang bersuara, saya, Shahriah, Kak Kamsiah yang dikenali dengan nama samaran glamornya, "Nenek cun" Rosa Nur Amani. Adik-adik yang lainnya agaknya pemalu, untuk bersuara.hehehe. Saya sedar mereka malu-malu... Dan satu perkataan bagi menggambarkan suasana program. "Best! It's fun."

  Saya tidak mahu bercerita panjang, saya anggap maklumat yang diperolehi adalah "Rahsia"..hehehe. Makanan disediakan 3 kali, sarapan pada jam 10.30 pagi, makan tengah hari, dan meinum petang. Dan bertemu ketua Editor, En.Mohd. Ali, Puan Sri Diah dan semua ahli team GBK, bersama karyawan BP adalah memoria terindah sepanjang minggu ini yang akan saya kenang sampai bila-bila!

Saturday, July 7, 2012

Back on track...

   Saya sudah lama sesat jalan. Sesat pada zaman milenium ini bunyinya agak anehkan? Sebab maklumlah boleh gunakan 'pakcik google', boleh gunakan GPS. Ada GPS di telefon juga. Paling tidak, dapatkanlah peta saja. Hehe .. dan sebenarnya, saya bukannya bercakap mengenai sesat jalan yang sebenarnya.

   Sudah agak alam manuskrip saya tidak bergerak. pertama, terlalu banyak kerja sekolah. Key in itu dan ini, tak berhenti-henti. Dengan 'server' yang hanya satu, dan perlu digunapakai di seluruh Malaysia, memang agak 'hangin' satu badan untuk habiskan kerja. Ada masanya lembab giler, terpaksa bangun seawal jam 4 pagi hanya bagi embolehkan key in smeua markah! Hiss!

    Kedua, mood pun lari apabila 'hangin' satu badan..hahaha. Menulis manuskrip bagaikan orang menari. Kalau lama tidak menari, maka hilanglah kronografinya. Hilanglah rentak tarinya. Bila mahu mulakan balik, perlu baca balik manuskrip yang lama, bagi mendapatkan 'feel' sebagai watak. Silap-silap sudah lupa nama-nama watak yang ditulis. Dan lupa, beratnya berapa. Dan lupa kemek ke hidungnya, matanya yang macam-macam... dah lupa apa plot yang sepatutnya. Jlo kalau tak menari berbulan pun, agaknya lupa akan rentak tarinya.. hehehe. Dan saya meninggalkan 'tarian' manuskrip saya agaknya selama dua bulan! Lama tu. Dan saya kehilangan bukan sahaja rentak, malah muziknya sekali! Bernasib baik, saya tidak hilang 'jejak' manuskrip. olehlah menyambung cerita lagi. Harapan saya, saya akan kekal dalam 'track' ini selamanya selagi belum menamatkan manuskrip!

   Novel baru akan menyusul tahun depan. Agak kecewa tahun ni, tiada manuskrip yang bakal diterbitkan tahun ini. Bagaimanapun, tak mengapalah. Apa mahu buat, penerbitan buku bukannya untuk saya seorang..hehehe. Sabarlah menunggu Q. Lagipun tahun depan bukannya lama lagi!

Friday, July 6, 2012

Berabuk...berkulat...berkuping..bersawang...

    Agak lama saya tidak menulis blog.  Entahlah mahu namakan sudah bersawang blog saya ini, atau boleh dikatakan berabuk, macam bilik kalau sudah dua minggu tidak menggunakan vakum. Atau kalau badan yang sudah tidak mandi seminggu lamanya dalam cuaca tropika ini yang panas, menjadikan berpeluh sampai ke cuping telinga, lama-lama akan berkerak jadinya. Atau bagai rumah yang sudah berbulan tidak bersawang, dan kebetulan rumah terletak berhampiran dengan hutan, maka ada labah-labah yang gatal membuat sarangnya. Sibuk sangat ke? Agaknya ada pembaca yang agaknya bertanya begitu? 

                Atau penulis a.k.a cikgu ini sudah kehabisan idea. Idea insya_Allah tak akan surut cuma jangkitan penyakit yang agak serius di otak. Penyakit ni tiada ubatnya, kerana apabila terkena jangkitan sahaja, maka, seluruh hidup akan bertukar.  Sibuk atau tidak, itu bukan persoalannya. Jika mahu, tentu akan mencari masa dan ketika untuk menulis. Seperti pernah disebut peribahasa, "Jika hendak seribu daya, jika tidak hendak, seribu dalih." Dan sebenarnya tidak memerlukan seribu dalih untuk menyangkal niat untuk menulis pun. Saya hanya perlukan satu alasan sahaja, 'penyakit otak' yang BAHAYA!

   Dari Ipoh, ke pelancaran NOVEL PURNAMA MERINDU sempena Hari GURU PERINGKAT KEBANGSAAN sehinggalah ke sambutan HARI GURU peringkat sekolah, banyak masa yang saya lalui dengan gembira. Cuma penyakit bahaya ini akhirnya, berjaya juga saya harungi. Penyakit "MA..." Hehehe. Sudah banyak kali memegang laptop untuk menulis, tetapi akhirnya saya berhenti juga. Penyakit itu menyerang lagi menjadikan tangan saya kaku. Bukan itu sahaja, badan pun terasa lemah gemalai, matapun seolah tertutup rapat. Ada masanya bernafas pun terasa beku! Aduh! Bahayanya penyakit ini. Apa lagi, penyakit M.A.L.A.S. Bahayakan penyakit ni? Saya berharapkan selepas detik ini, penyembuhan pada malam ini akan berlanjutan sehingga masa-masa akan datang.

Insya_Allah dengan izin ALLAH. Dan saya berharap saya bukan rajin menulis blog sahaja, tetapi juga rajin meneruskan manuskrip yang sudah lama BASI, kata orang Kedah sebab lama 'tak perangggat'. Maksudnya kalau memasak kari, tetapi tidak menyimpan dalam peti sejuk dan juga tidak pernah memanaskan gulai tersebut, maka gulai akan basi, a.k.a rosak! Saya berharap mahu meneruskannya malam ini. 

   Agak jauh saya meninggalkan manuskrip dengan kengkangan masa yang agak sibuk sekarang ini! Entahlah, banyak sangat virus "Ma" dalam darah, malah melangkaui otak barangkali! Entah syaitan mana yang menyelam jauh ke dalam urat darah!

Wednesday, May 9, 2012

Poster sempena pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012



  Teman  saya Rosni rajin sungguh dengan membuat poster menarik! Terima kasih daun keladi.

Poster ini pula disediakan oleh pihak Karangkraf. Dua lagi menulis Anis Ayuni dan Rabihah yang juga turut dipilih untuk dilancarkan novel mereka semasa Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 15 Mei 2012 di Ipoh Perak.

Tuesday, May 8, 2012

Hadiah Hari Guru 2012

  Sebagai seorang pendidik, tiada hadiah lain yang akan lebih bermakna daripada kejayaan anak-anak didik. Tapi umumnya semuapun sudah mengetahui, anak-anak didik ini juga terdiri daripada beberapa kategori juga. Ada yang berterima kasih, ada yang mencemuh yang 'Kelas tuisyen mereka baik sehingga mereka berjaya.' sehingga Anak yang mengatakan kerja kuat mereka sahajalah yang memastikan mereka berjaya. Sebenarnya kepada saya, gabungan beberapa faktorlah menjadikan 'kemanisan kejayaan seseorang pelajar'. Antaranya usaha guru dalam menjadi petunjuk arah/jalan kepada pelajar.

  Sebagai penulis, tiada kejayaan yang lebih indah apabila buku/novel mendapat perhatian daripada pembaca. Sebagai seorang pendidik yang juga penulis, tentulah tiada kejayaan yang lebih manis apabila buku saya PURNAMA MERINDU terpilih antara 15 buah buku/novel yang akan dilancarkan pada 15 Mei 2012, sempena HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN di Ipoh Perak. Yang lebih manisnya, pelancaran akan diadakan di rumah Menteri Besar Perak sendiri pada Majlis Makan Malam. Andai tidak kerana novel ini, tentulah saya tidak mempunyai kesempatan berada di rumah Menteri Besar, Perak. Seronoknya tiada tercerita!

Sunday, April 29, 2012

Nostalgia

  Pagi tadi berkesempatan membeli kain untuk upacara penting 14-17 mei 2012 nanti di Ipoh. Apa dia upacara itu? Nantilah, bila tiba saatnya nanti, baru saya akan beritahu. He he he. Biasanya, saya tidaklah beriya untuk apa-apa upacara, kenapa pulak perlu sampai berpakaian baru, tetapi apalah salahnya, kebetulan sekadar persiapan untuk hari raya nanti. Disebabkan perhimpuan BERSIH yang membantutkan usaha saya untuk membeli belah semalam (minggu kepas pula, saya sibuk di sekolah sangat-sangat) hari ini dengan keterpaksaan terpaksalah keluar hari ini, dan perlu menghantar kepada tukang jahit saya supaya dapat menyiapkan segera untuk upacara penting itu.. ehem.. ehem...

  Saya tidak akan memandu kereta ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) sebab kos parkingnya mahal dan jalan semak dengan kenderaan. Jalan singkatnya, naik je lah LRT. Selepas itu saya  singgah di Central untuk menukar Komuter ke Setia. (hmmm... entah apa namanya stesyen itu?) terus menaiki Komuter ke sana. Melintasi kawasan Pantai Dalam (PD) menjadikan saya tersenyum sumbing sorang-sorang. Bernasib baik menaiki KOC WANITA, jadi tak adalah mana-mana lelaki yang terperasan kalau ternampak saya tersenyum sendiri. 

           Saya teringat kali pertama KOMUTER dilancarkan, masa itu saya tinggal di PD, dan perkhidmatan Komuter adalah percuma. Jadi, saya pun mencubalah. Dengan suara yang mengumumkan 'Pantai Dalam', saya sudah bersedia.. Setibanya di PD, saya yang ketika itu berada di sebelah kanan Komuter bersedialah untuk turun dengan berdiri betul-betul di hadapan pintunya. Tunggu punya tunggu, 10 saat, pintunya belum juga terbuka. Suspen juga, bagaimana nak turun ni? Tiba-tiba terdengar satu suara lelaki, katanya, "Dik, pintu buka di sebelah sana." Alamak.. toing..toing.. Malu. Muka tebal terasa bagaikan satu kaki la! 12 cm tebalnya muka. Saya  cepat-cepat berpusing ke arah kiri dan turun dengan secepatnya. Dan terlupa mengucapkan terima kasih.  Tidak mahu bersikap biadap, apalah sangat untuk mengucapkan terima kasih seperti yang selalu saya ucapkan, tetapi muka dah tebal wehhh.. Agaknya semua orang di gerabak tu, nampak saya sedang berdiri di pintu kanan. Alahai, takkanlah mahu turun atas rel keretapi pulak! Tak logik langsungkan? Kalau agak-agak pintu kanan tu terbuka, saya sudah jatuh atas rel.. ha ha ha ha...  Jika dia terbaca coretan ini, maka "Terima kasih kerana memberitahu saya di mana pintunya." Hahahaha. Terlewat. Memang betul. Terlambat lebih baik daripada tidak mengucapkannya langsung. "Terima kasih brother." ha ha ha. Pada masa itu, kata suami saya, dia pun pernah mencuba komuter yang memberi perkhidmatan percuma juga; sayangnya babak cinta kami tidak menjadi seperti Hindustan; bertemu atas komuter.. ha aha ha.

    Terpandang akan perkataan UKM dalam komuter mengingatkan kisah lama. Ada seorang Tutor yg saya rasakan tidak suka sangat dengan saya tanpa sebab. Saya cuba memcari sebab dan alasan, tetapi tidak berjumpa. Entah mengapa dia tak suka sangat dengan saya. Nak katakan, saya ni 'miang', saya bukan jenis yang mengada-ngada macam tu. Nak katakan saya suka melawan, saya tidak bercakap banyak seperti sekarang ni, saya agak 'pemalu' masa belajar di u. Entahlah, agaknya muka saya macam ex-girlfriend dia kot yang membuatkan dia menyampah! Atau nama saya sama dengan bakal mak mertua tak jadi dia. ha ha ha.Dipendekkan cerita, kalau saya masuk kelas tutor dia, pasti saya didera. Dia akan panggil nama saya walaupun ada 20 pelajar lain di dalam kelas (kelas saya ada yg dikendalikan oleh pensyarah atau tutor) Bukan sekali dua begitu, ketara sangat yang buat saya tension sangat dengan pertanyaan yang selalu saya ajukan kepada kawan baik saya, Masita, "Apa hal dengan Pakcik sorang tu?" Masa itu perkataan 'mamat' belum ditemui lagi.. ha ha..  Lama-lama, sebelum masuk kelas tutor saya akan duduk berdiri di hujung lorong kelas, kalau nampak dia yang datang kelas tutor, saya akan blah dan menunggu kelas berikutnya (maknanya kelas berikutnya kelas yang dikendalikan oleh pensyarah sayalah) Patutnya sebelum tamat pengajian dulu, saya patut bertemu dia dan bertanya, "Apa hal dengan awak ni Pokcik?" hahaha...

  Satu hari dalam tahun 1995/1996, di Bangsar, ketika itu saya tinggal di Pantai Dalam, dan saya tidak memandu kereta kerana malas, agak susah untuk pakir kereta di Bangsar Baru. Saya menaiki bas ke Bangsar, ketika mahu pulang dari sana, saya ternampak tutor saya menaiki bas. (Ada dua pintu, pintu depan turun dan naik dari belakang) Hampir saya menutup muka saya dengan beg sandang yang saya pegang. Nasib baik dia tidak terpandang saya. Salah orang? OOOHHH tidak sama sekali. Rupa dia, rambut dia, tak akan saya lupa. One of my enemy that I'll never forget..hahahaha. Sudah begitu caranya, takkan saya mahu lupa. Saya tidak sempat perhatikan di mana dia turun, sebenarnya takut untuk memandang dia, takut kalau dia terpandang saya. Saya tak fikir dia pun akan melupakan saya sebab selalu menyakat saya! hahaha. Sejak hari itu, saya takut untuk menaiki bas di Bangsar lagi.. ha ha ha ha.

   Satu ketika saya sedang menunggu komuter untuk ke KL (saya rasa dalam tahun 1997) saya pun duduk menunggu Komuter di sebelah kiri. Secara tiba-tiba saya terpandangkan dia yang sedang duduk di seberang flatform sana. (sebelah kiri) Dan ketika itu, dia pun terpandangkan saya. OOOHH, bernasib baik ada dua rel keretapi yang memisahkan kami. Kalau dia berada di sebelah stesyen  saya, sumpah mak ooi, saya akan lariiiiiiiiiiiiiiii... kebetulan saya berada sendiri di sebelah sini, dan dia seorang diri di sebelah sana. Hahaha. Betul-betul macam Hindustan. Agaknya dia tinggal berdekatan tempat saya, ada banyak blok. Apartment saya 14 tingkat, ada dua blok, jadi, entah di mana dia tinggal. Nasib baik tidak pula tersempak dalam lif.. ha ha ha. Bayangkan terperangkap dalam lif berdua, saya akan lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii keluar lif.. ha ha ha ha ha.  Dan kebetulan, tahun itu tahun terakhir saya di KL dan berpindah tahun berikutnya untuk balik kampung sebab kecewa, hati dicuri dan jodoh tak kesampaian.. ha ha ha. 

  Dan apabila melintasi stesyen PD siang tadi, saya tersenyum sepanjang perjalanan... ada nostalgia yang singgah! Ada senyuman yang melirik.