Diam tak diam,esok bermulalah hari yang sibuk semula. Persekolahan mulai bermula lagi,yang juga bermakna,urat di bahu mulai tegang kembali. Alhamdulillah,keputusan PMR mencatat keputusan cemerlang lagi. Ada kenaikan hampir 3% dari segi kelulusan PMR subjek sejarah dan lain-lain matapelajaran. Saya percaya semuanya berlaku atas izin Allah dan juga usaha kuat semua guru-guru & murid-murid & ibubapa. Hal kecemerlangan seperti ini tidak akan berlaku kerana usaha seorang atau dua orang guru sahaja atau usaha murid atau ibubapa sahaja. Perkongsian kerjasama mestilah diterap dan diteruskan.
Saya sendiri sibuk juga. Menggosok pakaian untuk seminggu,memastikan esok saya bersedia sepenuhnya dengan subjek yang akan diajar. Sebagai guru yang sudah hampir 16 tahun mengajar,tidaklah susah sangat untuk mengingat kembali pelajaran yang sudah berbelas tahun diajar. (dan tidak berniat sombong tetapi maklumlah,setiap hari mengajar 4 kelas,hampir menghafal setiap bait isi daripada teks)
Pukul 3 petang tadi,mama saya tiba di Langkawi. Kasihan dia,penat juga. Malam tadi bertolak jam 8 malam,tiba di Bukit Mertajam jam 5 pagi,singah di Machang Bubok,di rumah mak ngah saya. Rehat sekejap,kemudian dihantar oleh mak ngah &adik sepupu saya( I call her adek Na,anak bongsu mak ngah dan suami & keluarga ke Kuala Kedah)menaiki feri, 1 1/2 jam kemudian tiba di Langkawi.
Ligat melihat kalendar bila akan bercuti lagi.. he he (inikah terapi juga... cuti)raya cina akan bercuti seminggu,tengoklah kalau ada banyak duit lebih,sebelum saya mulakan satu projek besar (suspen) saya akan betcuti dahulu... (sebab kalau sudah mulakan saya tak boleh banyak bergerak lagi)dan saya akan jemput mama dan mak ngah saya.. mungkin ke kenyir kot dan Kuala Terengganu. Di sana selain,best giler, saya juga ada keluarga angkat (keluarga kepada adik angkat kami)Saya percaya,kalau kita sentiasa berhati mulia,ramai lagi orang yang berhati mulia yang kita akan temui. Sebenarnya dalam dunia yang hampir dipenuhi 7 billion manusia,ramai yang berhati mulia, tolaklah penyangak,perombak etc...terkenangkan nasi dagang auntie yang enak bangat... adus...
Azam! Saya sebenarnya tidak pernah berazam. Cuma berdoa agar Allah memudahkan segala urusan kerja dan kehidupan saya. Mungkin ini boleh dikategorikan sebagai azam juga kot.Insya-Allah buku kedua on the way... entah bila akan bertemu penamatnya.
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
terasa lega setelah berhempas pulas habiskan bab 8, apabila nampak suami, mintalah dia bacakan petikan bab saya...saya tahu dia takkan mahu ...
-
Talking about teaching.. I can say, it was sweet, looking back at 199.. the year I start teaching... ten years after that.. it turns to....
-
Semalam, saya dan kawan baik, Olis menonton 'Maid of Honor'... saya dapat membayangkan ceritanya mesti lebih kurang 'my best f...
-
Melihat jam di dinding yang sudah menunjukkan jam 1 pagi, saya sedar saya sepatutnya sudah nyenyak tidur memandangkan esok adalah hari perta...
-
Dua hari ini kena attack lagi dengan 'virus malas'..aduhai! Tak tahu nak buat apa lagi,selain berdoa agar penyakit malas beredar.. B...
-
Semasa mahu ke kereta dan pulang ke rumah,seorang murid saya bertanya,"cikgu,cikgu tulis novel tu kisah cikgu sendiri?" ...
-
KEISTIMEWAAN NOVEL PURNAMA MERINDU (NORA ISMA FUAD) YANG BERKONSEPKAN I-NOVEL (INTELEKTUAL NOVEL) 1. . ...
-
Saya suka menontoh Oprah Winfrey Show, terutamanya rancangan Oprah's Book Club dan Dr Oz.. banyap tips berguna untuk kita.Temubual...
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Sabtu 21 Jun 2008, Bengkel Karnadya telah diadakan di Perpustakaan Kuala Lumpur. Mendengarkan nama Perpustakaan KL inipun, hati terasa '...



No comments:
Post a Comment