Dalam kesedihan takkala perginya 'mak',saya rasa kesedihan itu terisi dengan menyambut tahun baru dengan mama dan mak ngah saya. Bukan senang untuk menyambut tahun baru bersama mereka.Lazimnya tahun baru disambut tanpa keluarga disebabkan sekolah sudah hampir dibuka semula,jadi saya sudahpun berada di sini. Jadi ini adalah peluang keemasan... mengambil peluang mereka jalan-jalan,pada pendapat saya,masa masih berada bersama merekalah,kita seharusnya mengambil peluang keemasan menggembirakan hati mereka. Kami keluar dengan LRT ke Central bagi mendapatkan tiket kereta api,kemudian lunch di Central (tapi kena ketuk dengan cafe tu di central... warisan... gerai je,tapi tiga orang makan RM34.00 pelik juga,saya makan paru dengan sayur ubi kayu masak lemak,mama saya,paru,sotong 2 ekor-kecik je dan sayur kubis,mak ngah saya,sayur,telur masin dan sotong - punyalah kami dok kira balik,macam mana pulak jadi RM 34- kalau di restoran saya tak pelik.Bukannya berkira,kita kadang-kadang makan lebih mahal daripada tu lagi,tapi gerai biasa sepinggan 11.30 - hmmm)Kami melihat gelagat orang lain... ramai yang agak terkejut dengan harga di kedai tu... saya agak, paru saya RM7,nasi Rm1,sayur 3.30 hmmmm???)
Kemudian ke amcorp Mall,jalan-jalan je.. balik zohor kat rumah.. lepas tu ke ikea, makan steam bot... dan teringat aruah mak, belum berkesempatan makan steam bot dengan mak. Lepas tu balik... dalam bercerita mak ngah pun membukalah cerita dengan perihal anak menantu yang tidak mahu menjaga mak mertua ketika sakit(bukannya cerita sesiapa,tanpa menyebut nama bagi mengambil teladan)tapi apabila meninggal,terpekik terlolong pula. Jadi,kenalah sentiasa beringat,sayangi mereka ketika ada,janganlah kalau sudah 'tiada'baru mahu 'terpekik dan meraung'.... Menyukakan hati ibubapa atau saudara terutamanya yang lebih tua merupakan aset saham akhirat kita. Saya percaya setiap sen yang kita belanjakan,Allah akan murahkan rezeki kita.
Saya teringat akan kata-kata seorang pekerja di Giant ketika membayar di kaunter,kata adik tu,"tu mak kak ke."
"ye dengan auntie."
"bestnya bawa mak berjalan. seronok nampaknya dia."
Saya dalam terdiam terharu. Saya tak pula membayangkan ada yang akan memerhatikan saya. Saya lakukan semuanya tentunya bagi memgembirakan hati mereka,semoga mendapat redha ALLAH. Saya sedar,mereka adalah orang penting dalam hidup saya... agaknya masa saya masih kecil dulu (baby),dah jenuh mereka bermain dengan najis dan kencing saya... (dulu manalah ada pampers) bagaimana boleh saya membayarnya semuanya semula... jadi tak kisahlah,apa sahaja,asalkan mereka gembira. Yang saya harapkan adalah Redha Allah. Dunia ini hanya pinjaman semata-mata,perjuangan hidup kita masih jauh.
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Gambar 1: sea horse - singa laut tak ada masalah gay sebab boleh tukar jantina beberapa kali dalam hidupnya... Gambar 2,3 dan 4: Manu...
-
Karangkraf Mall, Seksyen 15, Shah Alam. (Kedai buku rasmi Karangkraf)
-
Saya masih ingat, wajah dua adik-adik saya ini, Ena dan Dina semasa mereka masih menjadi pelajar tingkatan 5 saya semasa tahun-tahun awal...
-
Book mark buatan tangan, sebagai cenderahati dengan pembelian Dimensi Cinta (DC). Harganya tentu tidak mahal, sekadar 'comel'... ya...
-
"Aku tidak mahu menangis.Tidak setitikpun ingin aku tumpahkan air mata ini...Cinta bermaksud mesti bersama.Cinta bukan untuk berpi...
-
Lega betul apabila bengkel berjaya ditamatkan jam hampir 1 tengah hari,selepas itu minta murid mengemas meja dan kerusi di dewan sekolah... ...
-
Ada pembaca yang mengatakan melepaskan tension tu sembahyang je,ialah kenapa perlu sampai nak pergi keluar dan tengok wayang!! betul saya se...
-
Apabila teman saya bertanya, apakah menu dalam kepala saya untuk berbuka petang nanti, kata saya, "bergedel" Suami saya memang ...
-
Semasa duduk2 dalam kelas dan meminta murid menghabiskan latihan mereka supaya boleh dibuat perbincangan jawapan, seorang murid di hadapan s...
-
Kesibukan di sekolah, ada masanya sudah ke tahap gaban! Apatah lagi situasi dengan murid yang agak mencabar akhir-akhr ini. Tidak mahu ...



No comments:
Post a Comment