Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Saturday, May 30, 2009

Hadiah hari Guru 2



Apple daripada CF. Hari-hari kalau beri cikgu pun kira okay la.



Daripada Ashiqin & Fadzil... thanks.. adus... tambah lagi 0.5 kg to my weight....



Daripada Che Pui, 5 cengal..thanks...



Kad daripada Chester dan 3 Penaga (Guang Rong, Crystal,Rachel,Jian Li,Rachael,Sean ( I always call him Brian by mistake, he he)Xinyii. tq...



Hadiah fail dokumen yang cantik daripada sekolah



Hadiah daripada 5 Cengal...essence of chicken... Kata kawan saya, sepatutnya saya tanyakan mereka, mahu saya minum sebelum marking kertas mereka atau sebaliknya. Saya pasti mereka mahukan saya minum sebelum marking kertas mereka supaya 'mood' saya tidak 'swing' dan 'murah hati memberi markah'... Tapi kata kawan saya lagi, kalau nanti 'mata' saya terlebih terang macam mana, asyik nampak yang salah sahaja.. So 5 Cengal, macam mana yang awak mahu?

Hadiah Hari guru



Terima kasih Sarah Fong untuk coklat yang sedaaaaapp, cuma berat cikgu sudah bertambah 1 kg.... adussss



Terima kasih Shawn Ong, lepas ni, sure tangan cikgu lembut sangat macam 'english lady'



Hadiah daripada one boy from 3 Angsana.. maaf cikgu terbuang pembalutnya, dan terlupa nama, cikgu akan cari pemberinya.A expensive paker pen... selalunya saya gunakan pen RM 1.00++ je atau o.90 sen jer, takut hilang kalau guna pen mahal.. yang macam ni, jadi koleksi peribadi je.. thanks..



Rose daripada Siti Fatimah Karimah Abdul Rahman, thanks.Rose, 3 kuntum bermakna, I love you... I said : " I love you 10000000000000000000000000000000000000 X 10000000000000000000000000000000000 times back "



Pamplet sempena sambutan Hari guru.



Hadiah daripada 5 Balau.Thanks..Ni mesti nak markah lebih sejarah ni.



Bear daripada Yap Wai Meng, thanks... dia lupa cikgu sudah ada bear besar bangat kat rumah, he he.. namanya Fuad.



Rose by Lydia Wong, Thanks..... i love you 1000000000000000000000000 x 1000000000000000000000 times back.

Hari ini telah diadakan sambutan Hari guru peringkat sekolah.Macam biasa, perhimpunan, ada tele-match dan persembahan murid. Hmm I guess, bukannya tidak seronok tapi agak jemu, asyik benda yang sama je. Apa kata, lain kali, sewa bas bawak cikgu-cikgu ni menonton wayang ke? tentu seronokkan. Sewa 'cinema' tengok ramai-ramai...

Paling best dapat hadiah daripada murid-murid.. (siapa yang tak seronok dapat hadiah kan) Sebenarnya, tidak memberi hadiah pun bukanlah bermakna tidak sayangkan cikgu, semua cikgu mengerti hakikat itu tetapi memberi dengan hati yang ikhlas menunjukkan penghargaan kepada kita... betulkan.

Terima kasih atas kad dan ucapan.Paling penting, doakan kesejahteraan cikgu sentiasa.

Friday, May 22, 2009

Peringatan untuk kita

A Beautiful Hadith

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

When after the burial, the people return home, 2 angels, Munkar and Nakeer (names of two special Angels), come in the grave and try to separate this handsome man so that they may be able to interrogate the dead man in privacy about his faith. But the handsome man says, 'He is my companion, he is my friend. I will not leave him alone in any case.. If you are appointed for interrogation, do your job. I cannot leave him until I get him admitted into Paradise '.

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

May Allah bestow this favour on all of us.


AMEEN…….



The one who disdains prayers (Salat) will receive Fifteen punishments from
Allah….


Six punishments in his lifetime
Three while dying
Three in the grave &
Three on the Day of Judgment.

THE SIX PUNISHMENTS OF LIFE :
1. Allah takes away blessings from his age (makes his life misfortunate)
2. Allah does not accept his plea (Dua's)
3. Allah erases the features of good people from his face.
4. He will be detested by all creatures on earth.
5. Allah does not reward him for his good deeds. (No thawab)
6. He will not be included in the Dua's of good people.

THE THREE PUNISHMENTS WHILE DYING :
1. He dies humiliated.
2. He dies hungry.
3. He dies thirsty. Even if he drinks the water of all seas he will still be thirsty.

THE THREE PUNISHMENTS IN THE GRAVE :
1. Allah tightens his grave until his chest ribs come over each other.
2. Allah pours on him fire with embers.
3. Allah sets on him a snake called 'the brave', 'the bold' which hits him from morning until afternoon for leaving Fajr prayer, from the afternoon until Asr for leaving Dhuhr prayer and so on. With each strike he sinks 70 yards under the ground.

THE THREE PUNISHMENTS ON THE DAY OF JUDGMENT :
1. Allah sends who would accompany him to hell pulling him on the face.
2. Allah gives him an angry look that makes the flesh of his face fall down.
3. Allah judges him strictly and orders him to be thrown in hell.


Note: If you get this copy, please make copies of it and distribute them among all Muslims. You will be earning a Reward as well as helping to show your brother the Right Path. May Allah give guidance to all of us.
AMEEN!!!!!!!
------------ --------- --------- --------- -------
THOSE WHO DO NOT SAY THEIR PRAYERS OF:
FAJR : the glow of their face is taken away.
ZUHR : the blessing of their income is taken away.
ASR : the strength of their body is taken away.
MAGHRIB : they are not benefited by their children.
'ISHA : the peace of their sleep is taken away.
------------ --------- --------- --------- ---------


THE HOLY QUR'AN:


'Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said'.

Sunday, May 10, 2009

Mother's day hanya sehari???

Satu dunia hari ini menyambut Mother's day.. digalakkan pada dasarnya memeluk, mencium, menelefon, bercakap, bawa ibu(mama, ummi, apa pun gelarannya) keluar makan, belikan hadiah untuknya. Tapi wajarkah hanya sehari dalam setahun ini sahaja, kita menghormati dia, menyayanginya atau menghadiahkannya???Saya secara peribadi tidak menyokong 'hari ibu' pada minggu kedua (ahad) di bulan mei.Bukankah hari ibu patutnya berlaku 365 hari ???

Pada hemat saya, hari ini dinamakan hari 'mother's day' oleh orang Barat kerana budaya mereka yang berlainan dengan Budaya sebagai orang Muslim.Kepada muslim, jangankan berkata atau memaki hamun ibu, berkata 'ahhh' sekali pun berdosa. (meaning menjeling atau membuatkan sesuatu yang melukakan hati ibu pun adalah satu kesalahan besar.)Saya sendiri, kalau mahu membelikan mama saya atau ibu mertua saya, tak payahlah menunggu hari istimewa seperti hari raya, harijadi atau hari ibu.elikan sajalah tanpa mengira apa 'istimewanya' hari itu, sebaliknya dengan memberi atau membelikan mereka hadiah, anda akan menjadikan 'hari itu sekaligus' hari istimewa. lagi pun apa yang anda belanjakan untuk keluarga itu adalah sedekah.

Saya dan mama saya mempunyai hubungan yang istimewa.kaki kami bahkan sama saiz, mudah sangat kalau mahu dibelikan kasut, sandal dalam apa rupa dan bentuk pun.kalau saya belikan kasut, saya hanya perlu doublekan sahaja lah jumlahnya. satu untuk mama, dan satu untuk saya.Kalau belikan baju pun, lebih kurang sahaja saiznya, belikanlah saja dua pasang atau empat helai, apalah salahnya.Kalau mahu menunggu 'hari Ibu' sahaja, baru mama saya mendapat bajunya atau kasut, kasihanlah dia.Atau, kalau ibu mertua saya mahu menunggu setahun untuk mendapat telekung atau layanan istimewa, alamatnya, 'parahlah'.Jadi mengapa menunggu hari ini sahaja, untuk meraikan ibu anda? Jadi hanya yang berbaki 364 hari, adakah ibu kita berhak disakiti atau dilukai hatinya?

Kalau setahun baru dibelikan baju, kasut, tas tangan, alamatnya, sudah koyak rabaklah barang yang lama, baru mendapat barang yang baru.Adus!!kejamnya bunyi perkataan ini.Rai kan lah hari ibu setiap hari, kenapa tidak?

saya rasa, tidak ada pun sebarang perkara lain yang amat dibanggakan oleh ibu atau mama (apa pun gelarannya) melainkan pemberian anaknya. teringat saya, kalau dihadiahkan beg tangan, baju, tudung atau apa pun, jika dipuji atau ditanya oleh kawan, maka tiada jawapan lain yang keluar daripada mulutnya melainkan ,' ini adalah hadiah dari anaknya,dibeli anaknya'...

Jadi marilah kita menghadiahkan ibu tanpa mengira 'hari ibu'... dan doa untuk anak untuk ibubapa perlu berlaku setiap masa bukan sekadar menunggu 'hari ibu' atau 'hari bapa'..

Monday, May 4, 2009

Hmmmmmmmm kesakitan adalah ujian.

Dalam keadaan cuaca panas nie, tiba-tiba anak mata terasa gatal, sesekali, hidung pun terasa gatalnya, tidak tertahan.Dari hari Rabu lagi minggu lepas lagi, sudah terasa bagai yang tidak kena.Kulit pun sesekali juga terasa gatal, tapi jika diteliti memang tiada ruam atau bekas gigitan serangga atau nyamuk.

Semakin hari semakin gatal.Kalau difikirkan balik, memang saya tak ada alahan dari segi makanan atau minuman.Kalau ada mahu diteka 'hama' di tilam, he he, manalah mungkin. Bilik kelihatannya bersih tanpa habuk kecil, sikit-sikit adalah.Dalam rumah pulak, suami entah berapa kali akan vakum di ruang tamu atau membasuh lantai 'wet kitchen' di luar.Jadi, elemen rumah berhabuk dan kotor, ditolak tepilah.

Sampai petang khamis, kegatalan itu tidak boleh ditahan lagi.Mata macam perlu dikorek keluar.Gatalnya.Penat juga fikir apalah masaalah yang menjadi punca 'kegatalan' yang semakin menjadi-jadi.Adus! rupanya barulah teringat, di sekolah, ada pembangunan yang berlaku.Bangunan lama diruntuhkan, jadi agak berhabuk dalam jangkamasa 2 minggu ini.Debu dan habuk batu, simen dan tanah ini lah puncanya kegatalan ini.

Hari khamis saya ke dr.Semalam ambik ubat yang dibekalkan,kira oklah, kegatalan berkurang.Malam ke majlis tahlik 'incle' suami.Sembahyang maghrib dan isyak, tahlil dan yassin.Then makan, sedap.Masak lemak daging cili padi, sambal udang petai,ikan sambal cili padi,telur masin, sayur, ulaman dan sambal belacan.Ada duku, durian dan kopi. Makan macam biasa lah. Balik paginya, adus, perut memulas-mulas pulak. Ini mesti makanan semalam ini. Perut saya memamng alah teruk dengan cili padi Thailand.Kalau nak rasa, perut memulas dan duduk 'lama' kat 'bilik termenung tu', cumalah makan.

Entah berapa kali, sambil lembik dibuatnya. Suami saya yang biasanya 'terrer' bab makan cili padi pun kalah.Sakit perut juga he he. Kesihan juga mak mertua saya, dia juga sakit perut.Yang lebih kasihan, keluarga uncle 'a' saya,kebetulan hari 'birthday' dia pada 1 mei.Adus, sambut kelahiran dengan sakit perut lah. Anak perempuannya mengandung, sedang menunggu hari.Pun terkena sakit perut.Nampaknya satu hari, duduk 'termenung' sebab sakit perut.Petang ke farmasi, belikan ubat. Mahu ke dr pun, tak best sebab dr saya bercuti, ganti dengan dr lain, tak 'best'.Layanan dan penerangannya kurang.

Hari sabtu, saya perlu berjumpa adik saya di SOGO, K.L.Dia dan rombongan dari Langkawi, ke Singapura, dan akan singgah ke KL.Saya perlu kirimkan barang dan hadiah hari jadi untuk anak buah saya dan hadiah ' Hari IBU' untuk mama saya.Sepetang habiskan masa dan belanja makan adik perempuan saya.

Ahad malamnya, kegatalan menjadi pulak, ubat sudah pun habis, jadi, terpaksa lagi ke dr...adus!!! mngingati bahawa kesakitan adalah penawar kepada diri, bersabar sajalah, pun, terasa bagai mahu digaru juga mata ni. he he