Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Tuesday, August 11, 2009

Hmm alahai,hai



Me jumping? nope..better.. I'm flying (wish to) but nooo... I was flying down...

Selepas kelas terakhir dengan 3 penaga,jam 1.45 petang,otak saya ligat memikirkan ada mesyuarat dengan pentadbir mengenai perpustakaan jam 1.50 petang. Dalam hati,"alamak,lotehnya." Baru saje habis kelas keenam dari jam 12.30-1.40 rgh. lengoh rasanya mulut ni bercakap.Kedua tangan sibuk membawa balik sejumlah buku latihan,tidaklah berat pun (Kira-kira 30 buah saja)Perjalanan dari kelas ke bilik guru agak jauh,150 meter juga,tengah hari pulak tu...adus.penat juga. Budak-budak sudah entah ke mana. dalam perjalanan yang baru bermula kira-kira 4 meter,tiba-tina ternampak padang rumput seolah tinggi rendah,buku jatuh berserakan.Sedar-sedar saya sudah di padang (kelas berdekatan di padang,berjalan di laluan simen,di tepi padang) Kedua tangan saya menahan muka saya daripada tanah (rumput bercampur tanah) kedua lutut pula sudah menyagat tanah. Adus.Sakit juga la.Saya cepat-cepat bangun dan duduk bersila sambil memandang sekeliling,takut kalau ada murid yang nampak aksi saya jatuh (terbayangkan buruknya insiden ini,macam beruang kutub agaknya.Kalau beruang koala,kiut la)Ternampak ada 4 orang murid lelaki di membelakangkan saya,saya pasti mereka tidak tersedar pun saya terjatuh.
Dari jauh,saya lohat 6 orang murid perempuan kelas saya tadi berlari-kari ke arah saya.Saya tergelak betul.Geli hati apabila,mereka bertanya," kenapa cikgu?". Maknanya mereka tak nampaklah kejadian yang lucu tadi. Saya tergelak terus sambil berkata, " cikgu test terbang tadi.Cikgu jatuh" sambil menunjukkan aksi jatuh tadi.Riuh rendahlah budak-budak tu ketawa menyambung ketawa saya yang tidak sudah. geng budak lelaki pun datang menghampiri kami sambil bertanya pelik melihat saya yang masih bersila dan ketawa sampai merah muka.
"Kenapa cikgu?"
"Cikgu tangjkap katak,tapi katak terlepas."
Mereka menolong saya mengutip buku dan menghantar ke bilik guru. Nasib baik baju kurung saya tidak koyak. Sambil melangkah ke bilik gerakan sekolah,saya tergelak terus.Dalam hati,tidak sabar mahu bercerita kepada suami.harapnya ketika saya pulang,dia masih berada di rumah.Tepat jam 3 petang,mesyuarat pun tamat. Saya bergegas ke rumah,untungnya suami masih di rumah. Tersenyum sumbing la pak we tu mendengar cerita saya. Sampai saat ni pun,masih tergelak sorang-sorang dan tertanya sendirian,macam mana boleh jatuh? Saya tidak tergelincir,tidak ada air? Angin dan ribut jauh sekali,alih-alih terbaring kat padang. Itu pun nasib baik kejadian berlaku jam 1.48 tebgah hari,semua kelas lain tidak ada lagi di sana,hanya kelas saya sahaja. Bayangkan semua kelas ada kat sana, adusss, cerita saya jayuh terbaring sure jadi cerita sensasi sangat... ha ha ha

1 comment:

Anonymous said...

Akak ni banyak sangat berangan. Lepas ni bolehlah tulis novel bertajuk 'cikgu terbang'. Sure meletup punye. He...he...he...