Semalam ingatkan suami sambil mengusik dia,"jangan lupa beli present for my birthday"
"nak benda mahal ke murah?"
"mahal la since abang dah tanya.."menjawab sambil tergelak.. tanya pulak.
"danau kota ke KLCC?,"dia bertanya balik.
"La,mahal from KLCC la."terbayang butik LV di sana. Saya masih menyambung gelak. Kot iya hubby ni,tanya soalan pelik,macamlah nak hadiahkan saya beg LV Rm 15 ooo ke.
"pergi tengok wayang okay?" La. Hadiah mahal ni rupanya pergi tengok wayang.Tergelak panjang saya.
Sebenarnya saya tak kisah pun kalau tak dapat hadiah semasa birthday. Ada 365 hari setahun,kalau mahu tunggu ulangtahun kelahiran saja baru mahu belikan hadiah,alamatnya rugilah... Sekali sahaja setahun! kasihannya. Suami boleh beri hadiah bila-bila masa dia suka... Saya kalau beli hadiah,saya beli je tanpa menunggu hari istimewa,saling menghadiahkan bukankah akan mengeratkan perhubungan.Memadai kalau dia mencintai saya sehingga ke hujung nyawa. Tidak asa gunanya kalau hari ini dia hadiahkan saya cincin belian Herkimer 24 karat atau belian 'blood diamond' Afrika hari ini, dan bulan depan dia mengkhabarkan saya, "yang,abang baru kenal perempuan lain."
Kalau adik ipar saya Rin,setiap kali bertemu dia akan menghadiahkan sesuatu,jadi sudah menjadi trend untuk kami memberi hadiah antara satu sama lain...tidak perlu hadiah yang mahal pun,memberi dengan hati yang ikhlas lebih baik daripada hati yang tidak ikhlaskan?
Lagi pun sudah berpuluh tahun menyambut harijadi,apalah yang istimewa sangat. Sepatutnya menginsafi diri kita, Allah beri 'bonus' setahun lagi supaya kita menyiapkan diri bagi menghadapi Dunia Akhirat. Doa saya supaya dipanjangkan umur,jodoh yang berkekalan,rezeki yang murah dan berkat,diberi ilmu pengetahuan yang berguna untuk dunia dan akhirat. saya percaya ada pasangan yang saling memberi hadiah yang 'mahal' belaka,sayangnya jodoh tidak pula berkekalan. Kadang-kala ada juga kawan2 saya yang menghantar 'bunga' ke sekolah,yang saya tidak fahami hanyalah ke nama perlu hantar ke sekolah,bukankah boleh saya dihantar bunga tersebut ke rumah sahaja? Pada saya,bunga? saya tidak mahu. Bukannya boleh dimakan 'bunga-bunga' tu,paling tidak,dua-tiga hari,bunga akan layu. Kalau dibeli makanan,lega juga perut.Menjadi seorang yang praktikal menjadi amalan hidup saya sejak kecil. Parent saya kalau mahu hadiahkan barang pasti akan diberi sesuatu yang berguna. Bunga-bunga tak main..
Ada juga pasangan yang selalu memberi bunga, tapi dalam diam, hari-hari rupanya si isteri memarahi suami. Apalah gunanya dihantar bunga,padahal saling tengking menengking setiap hari.
Semasa konvokesyen dulu,agaknya, keluarga saya sahaja yang tidak membeli bunga.. ha ha... tapi malamnya kami makan besar di restoran seafood. Biasanya kalau berkumpul ramai-ramai bapa saya suka belanja anak-anak dan cucu-cucu di Seafood restoran atau pun,kami akan beli seafood,masak dan makan ramai-ramai.
Pun begitu, saya menyimpan 'seven wishes' harijadi saya sehingga suami mempunyai 7 juta dollars sebab pernah dia katakan, "kalau abang ada banyakkkkkkk duit lebih sangat,gunung pun abang kasi,"kepada saya ketika saya bertanyakan kepada dia,mana set diamond saya ketika ulangtahun perkahwinan dulu.
Saya menjawab balik, "kalau abang ada banyyyyakkk duit lebih,ayang tak mahu sekadar Gunung Semanggol,atau Gunung Jerai, Gunung Raya atau Mat Chincang kat Langkawi pun tidak cukup,ayang mahu Gunung Everest..." Dan suami yang tak pandai tergelak pun, tergelak balik.
Dan saya tidak perlukan harta setinggi gunung sebab tidak boleh pun menjadi barangan tukar ganti di 'sana' nanti,cukuplah kasih sayang yang boleh membawa dan menjadikan dunia ini 'syurga' buat saya.
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jika anda belum mendapatkan Purnama Merindu dan Cinta Cape Town boleh dapatkan harga istimewa di Jualan Gudang Karangkr...
-
Jumaat malam. 13 dis. 2013. Dua hari sebelum ini suami kata tulangnya rasa sakit. Macam lenguh-lenguh pun ada. Kata sa...
-
Menerima jemputan untuk sembang-sembang buku pada 16 Mac 2014 JAM 10.15-10.45 PAGI dari Radio Langkawi disambut baik. Biarpun tidak bole...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
-
A teacher is a person who never says anything once. Howard Nemerov Saya tertarik dengan quote hati ini,ternyata memang benar apa yang dikata...
-
ONE KRISTAL AKAN MENGADAKAN PAMERAN BUKU DAN ALATULIS BERSEMPENA DENGAN “KEMBALI KE SEKOLAH PADA 19/12/2013 HINGGA 31/12/2013 BERTEMPAT D...
-
Love. Four letters,Spelling is so easy and sound simple. Cinta.Ejaannya pun mudah,budak berusia lima tahun pun mampu mengejanya. Jika dihaya...
-
Selalu saya hanya mendengar mengenai demam denggi... pernah ada ahli keluarga yang mengidap demam denggi. Tetapi saya tidaklah begitu ser...
-
Entah bila dapat berikan Dato Siti Novel saya.. maklumlah ada juga cerita pasal persembahan Siti @ Istana Budaya. Sejak mak 'perg...
No comments:
Post a Comment