Hari ini betul2 menjadi Full time housewife... pagi2 lagi saya lakukan kerja2 biasa... tengah hari masak mee kari seafood. Lepas tu do terpandangkan balkoni saya. Sudah agak lama saya tidak membuka pintu balkoni itu. Saya sudah lupa bagaimana saya suka sangat duduk di situ,menunggu matahari naik,cahaya matahari akan memancar sekejap di balkoni. Daripada jurnal sains yang pernah dibaca,15 minit anda berada dalam 'cahaya matahari' cukup memberi anda Vitamin D. (tapi panas pagi je,tengah hari anda akan dibakar cahaya utra violet yang teruk) kalau petang-petang dulunya saya suka baring di situ atas kerusi rotan yang bertilam sambil membaca buku + teh hijau + beberapa keping biskut. Sangat selesa kerana orang yang lalu lalang tidak akan nampak anda. Entah mengapa saya membiarkan saya balkoni itu begitu saja. So hari ini,dalam saya duduk mengenang betapa seronoknya berada di balkoni itu,saya terus berniat untuk 'spring cleaning',dengan memasang paip dan mula membersihkan balkoni. Lusa,saya akan berkesempatan duduk lagi memandang matahari naik. (dan bukannya matahari jatuh kerana pada masa maghrib,gelombang bumi rendah,masa itu banyaklah hantu syaitan /iblis berkeliaran ,jadi memandang dan berseronok melihat matahari jatuh bukanlah pilihan yang baik)
Teringat saya akan Hadis catatan al Bukhari (yang baru saya buka kurang daripada 30 kali- Ya Allah):
Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "
Hadis di atas menjelaskan bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.
Allayarham nenek saya pun pernah bercerita juga,kejadian ini berlaku semasa bapa saya kecil2 dahulu. Dia bermain di luar rumah ketika maghrib,sudah puas nenek saya melarang tetapi agaknya dia berdegil. Tiba-tiba selepas azan,bapa saya hilang.Puas dipanggil dan dijerit namanya namun tidak dijumpai.Maka,berkumpullah jiran-jiran yang dekat lalu mencari dia,tetapi tidak juga dijumpai. sudah agak lama mencari,terpaksalah panggil pak Cik yang 'pandai' sikit membaca ayat quran agar dibukanya 'tempat persembunyian bapa saya'. Sejurus selepas itu,dia pun dijumpai.Rupanya dia hanya berada di pintu depan telaga,katanya dia nampak orang ramai yang mundar-mandir (dan tak seorang pun yang nampak dia)dan mendengar orang memanggil namanya tetapi dia tidak boleh menjerit semula. Pelik kan?
Esok Hari Raya Aidil adha... saya hanya merayakan di sini... malam ini steak for dinner... hari ni sudah hilang banyak kalori,bolehlah makan steak.. hmmm.. sudah grap american potato untuk dijadikan whipped potato.. (trust me,mine 1000000000000 x times better then kfc.. he he..)salad,jagung.. hmm yummmy.. I guess no rendang or ketupat for raya.. tak pa,esok ke rumah uncle husband..
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jika anda belum mendapatkan Purnama Merindu dan Cinta Cape Town boleh dapatkan harga istimewa di Jualan Gudang Karangkr...
-
Jumaat malam. 13 dis. 2013. Dua hari sebelum ini suami kata tulangnya rasa sakit. Macam lenguh-lenguh pun ada. Kata sa...
-
Menerima jemputan untuk sembang-sembang buku pada 16 Mac 2014 JAM 10.15-10.45 PAGI dari Radio Langkawi disambut baik. Biarpun tidak bole...
-
"This is one of the greatest love stories I have ever read. It's a captivating story about a passionate but troubled love affair th...
-
A teacher is a person who never says anything once. Howard Nemerov Saya tertarik dengan quote hati ini,ternyata memang benar apa yang dikata...
-
ONE KRISTAL AKAN MENGADAKAN PAMERAN BUKU DAN ALATULIS BERSEMPENA DENGAN “KEMBALI KE SEKOLAH PADA 19/12/2013 HINGGA 31/12/2013 BERTEMPAT D...
-
Love. Four letters,Spelling is so easy and sound simple. Cinta.Ejaannya pun mudah,budak berusia lima tahun pun mampu mengejanya. Jika dihaya...
-
Selalu saya hanya mendengar mengenai demam denggi... pernah ada ahli keluarga yang mengidap demam denggi. Tetapi saya tidaklah begitu ser...
-
Entah bila dapat berikan Dato Siti Novel saya.. maklumlah ada juga cerita pasal persembahan Siti @ Istana Budaya. Sejak mak 'perg...
No comments:
Post a Comment