Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Tuesday, March 30, 2010

Pesta Buku PWTC, Kl hari terakhir..











28 Mac 200, hari pertemuan terakhir dengan penulis KarnaDya. Bukan mudah sebenarnya untuk menghimpunkan semua penulis dalam satu bumbung dalam satu-satu masa. Maklumlah, ada penulis yang tinggal jauh dari KL. Hari ini saya berpeluang bertemu pula Hazel Lin atau nama penanya Azleya Shazzalin (Dari batu Pahat, Johor), Zahida Zarkasi (yang masih junior daripada saya tetapi sudah senior dalam penulisannya, dari Perak)Resmansyah (penulis buku kanak-kanak yang popular) Adik Fatin Harnani, penulis sifu saya Kak Aina Emir dan Kak Mimie Afinie (yang dua-duanya super popular), Dr Abdullah Jus (nama penanya , juga penulis buku kanak-kanak yang popular).. Harap-harap aura popular akan tempias kepada saya (sebenarnya, saya tidak memerlukan popular - yang penting lebih ramai pembaca akan membaca buku saya, mudah-mudahan..amin)Difahamkan akan ambil masa bertahun utnutk mendapat ruang di hati pembaca. Saya harap, saya akan cepat diterima oleh peminat novel.

Membandingkan penulis tempatan dengan luar negara. tentulah jauh panggang dari api.. penulis bahasa inggeris mempunyai pasaran yang lebih luas dibandingkan BM. Apatah lagi, orang kita agak malas mahu membaca. Kalau ditanya murid saya pun, entah berapa kerat sangat membaca dalam B. Malaysia(entah B.Melayu atau B.Malaysia, sekejap B.Melayu, sekejap kata B.Malaysia), itulah sebebnya Bahasa mereka tidak mantap. Kalau menulis karangan, penggunaan bahasanya tidak kaya. Bahasanya longgar (standard budak sekolah rendah sahaja)

Berkongsi ilmu dan motivasi menjadi satu suntikan modal yang paling berharga. Ada perbezaan antara kawan penulis dengan yang lain. Bersama kawan penulis, kita dapat merasakan 'suntikan motivasi' yang tinggi. "system buddy support' penting dalam menjadikan kita 'tidak cepat mati akal' atau 'mati kutu'...

Apa pun, doa saya, akan terus bertemu sahabat2 yang baik-baik belaka. Hal ini penting dalam memastikan kehidupan kita berada dalam arus positif. Dan rasa seronok, bertemu kawan blog saya, Ariyatna Adri.. malangnya tidak dapat berbual lama sebab situasi yang tidak kondusif untuk berbual.

Dapat berpeluang beberapa jam bersama Zahidar Zarkasi yang kelihatan pendiam, dan agak pemalu. Saya! Saya ini sebenarnya berada dan boleh muncul dalam beberapa rupa. Kalau bertemu orang yang extra peramah, saya akan menjadi diam (sebab dia sudah bercakap banyak, baik saya menjadi pendengar). Yang sama ramahnya, saya pun menjadi sama naik (bergilir bercerita)Yang pendiam, saya akan 'korek' sehingga dia bercakap... orang yang pendiam pun akan banyak bercerita dengan saya, kena pandailah 'gali cerita'.... Orang pendiam ni sebenarnya banyak boleh berkongsi cerita, kenalah pandai cari suisnya... Dan dengan Zahidah, sama seperti yang lain.. best!

I'll miss Pesta Buku, pengalaman pertama bersama penulis lain. Memang Rock!

Saturday, March 27, 2010

Esok, hari terakhir Pesta Buku


Book mark buatan tangan, sebagai cenderahati dengan pembelian Dimensi Cinta (DC). Harganya tentu tidak mahal, sekadar 'comel'... yang penting, saya gunting setiap satunya sendiri, aluminated kan dia, dan mengikat reben sendiri.. hadiah daripada hati saya...

Hari ini saya terpaksa mengubah rancangan daripada ke PWTC ke One u sahaja. Mulanya, pada awal pagi, ex student saya, seorang nurse( saya bangga sekali) sms saya menyatakan dia terpaksa menggantikan kawannya untuk bekerja. Dalam hati saya, saya masih terpaksa ke PWTC (tidaklah terpaksa, suka rela) sebab ada empat murid saya yang mahu mengikut saya ke PWTC. Jadi program saya masih 'on'. Sekadar menemankan mereka. Tapi kemudiannya menerima berita, semuanya tidak dapat oergi ke PWTC, mungkin pergi sendiri bersama keluarga. Jadi, saya ubahlah rancangan saya sebab saya sendiri sudah cukup membeli buku untuk saya sendiri. Saya ke One U, apa lagi, kalau tidak menonton wayang.
Dan malamnya saya masih bersilat dengan 'bookmark' saya. Saya harap akan bertemu anda esok di PWTC dan ramai lagi rakan penulis esok.

Thursday, March 25, 2010

Ke Pesta Buku PWTC

Dari Kelana Jaya, menaiki LRT, turun ke Masjid Jamek dan bertukar LRT stesyen, menaiki LRT lain (menyeberang jalan & menaiki LRT ke arah Sentul) dan turun di PWTC.
Dari PWTC menaiki LRT arah Ampang, turun di Masjid Jamek. menukar stesyen di Masjid Jamek dengan menaiki LRT menuju ke Kelana Jaya.
Jumlah buku yang saya beli, kurang sikit daripada jumlah ini.. he he

Kononnya, saya akan ke pesta buku esok, kerana esok, saya akan pulang pada jam 12.30 tengah hari. Jadi ada banyak waktu untuk ke PBAKL. Tiba-tiba ilham meletus, pada jam 11.55 pagi, setelah tamat kelas terakhir, dek kerana geram dengan perangai budak di satu kelas ini yang begitu pemalas (lemah itu satu hal, itu kiranya tak boleh nak buat apa-apalah. Hari ini ajar,itu pun yang paling simple, esok dah tak boleh ingat lagi. Pemalas ni pula satu hal lain. Pening) Saya merasakan saya perlu mencari sesuatu yang menenangkan jiwa saya. Beli sahaja buku! Tentunya saya akan merasa happy giler!


Walaupun sudah agak lewat sampai ke rumah, pada jam 3 petang, saya terus bersiap & keluar juga. Ingatkan, pada jam 5.30 petang, semuanya akan selesai dan saya akan pulang. Malangnya, kaki yang kepenatan berjalan pun bagai tak terasa juga. Sedar-sedar jam 6.30, saya bergerak daripada PWTC menuju ke The Mall di seberang jalan.

Sewaktu saya tiba di PWTC, guruh berbunyi berdetuman sana-sini menandakan hujan akan turun. Sewaktu mahu menyeberangi ke Hall 2, saya ditahan oleh beberapa orang sukarelawan yang kata mereka, saya tidak boleh menyeberang ke Hall 2 di Seberang Sungai. Saya terpaksa 'membodek' cara lembut sebab, lebih banyak buku dan penerbitan yang pasti saya berminat untuk pergi seperti KarnaDya dan PTS. Mana mungkin, saya ke sana dan tidak berpeluang singgah ke gerai penerbitan tersebut. Maklumlah pulak, KarnaDya dan PTS hanya berjiran... Akhirnya, mereka membenarkan saya pergi juga. He he.lupa mahu katakan, "I never take no for the answer".. he he.. Scorpion ni memang ada kedegilannya. Degil dalam diam.


Singgah di KarnaDya membeli buku-buku untuk kids.. he he.. tapi saya yang akan membaca dulu.. (best juga kan) Saya dapat melihat, buku kanak-kanak pada hakikatnya, barangkali lebih senang untuk ditulis sebab muka suratnya lebih nipis dan jalan ceritanya (storyline nya) lebih mudah, tapi kepada saya, susah! Saya adalah orang dewasa, dan dalam menulis cerita kanak-kanak, bahasa yang digunakan harus mudah difahami oleh kanak-kanak! Tidak boleh menjiwang! apatah lagi bergurindam! Menulis ayat pendek satu masalah bagi saya! Dan sekali lagi, tabik kepada penulis cerita kanak-kanak kerana mereka berjaya menjadikan diri mereka melihat, mendengar dan merasai jiwa kanak-kanak!

Kata Jay, seorang staff KarnaDya, ada seorang yang bertanya adakah saya akan ke mari hari ini? Hmm pelik, siapakah gerangannya itu? Kalau benar kawan saya, dia boleh terus sms saya! Hmm??? Besar tanda soal ini?

Kemudian ke PTS, mendapatkan beberapa buah buku yang sudah lama diidam-idamkan... disamping beberapa majalah islamik seperti Solusi. Dua ruang rak yang baru saya kosongkan agaknya menjadi tempat yang sempurna untuk buku-buku saya yang baru saya beli.

Wednesday, March 24, 2010

Hari yang indah..



Kebelakangan ini cuaca agak tidak menentu. Ada kalanya cuaca panas dan ada masanya hujan turun dengan lebat disertai dengan guruh dan petir. Mostly panas sangat, matahari memancar terik, boleh dirasai kepanasannya melekap di kulit muka. Ada harinya, saya ditegur oleh murid, kerana muka saya sudah merah menyala. Bukannya kerana saya marah : marahkan budak2, biasa, tapi sikit2 saja, marah-marah sayang. Taklah sampai nak merah muka. Apa nak dibuat, kata saya, cuaca panas.

Alangkah enaknya kalau boleh memakai t-shirt,pant dan sport shoes sebab berpakaian begitu merupakan bonus pada hari yang panas ini. Malangnya, peraturan pakaian formal tidak 'menghalalkan' pakaian yang begitu. Saya kurang faham juga tujuan berpakaian formal (dan tidak membenarkan seluar panjang dan blaus. Kalau jeans tu fahamlah saya, kurang sesuai dan tidak menampakkan suasana akademik) Pada saya, apapun jenis pakaian atau warna pakaian yang saya sarungkan ke badan saya, saya masih orang yang sama, mungkin lebih memberi persembahan yang lebih baik jika saya berpakaian blaus dan seluar (kerana biasanya t/blaus dan seluar daripada kain kapas yang lebih selesa).. keselesaan akan memberi peluang minda bergerak lebih aktif barangkali.

Sudah hampir dua minggu asyik 'bersin' seperti 'the famous panda' di u tube.
Saya cuba hanya mengambil panadol, dan batuk alhamdulillah berjaya diselesaikan dengan bantuan sebotol ubat batuk. Akhirnya, setelah sabtu, demam satu hari, semalam, kepala sudah mulai sakit. Badan terasa lemah:tandanya flu sudah melekat, dan terpaksalah ke dr.Berkesempatan bertemu dan berkenalan dengan Adik Ija, di klinik.Itulah kelebihan sakit, rupanya berpeluang berkenalan dengan seorang lagi, individu yang baik, bukankah hidup ini indah??

Minggu ini penting sangat untuk sihat sebab mahu ke Pesta buku Jumaat bagi membeli buku. maklumlah, pada hari hujung minggu, terlalu ramai orang di sana, dan tidak ada kebebasan memilih buku-buku. Hari Sabtu dan ahad, insya-Allah ingin bersama lagi Kak Aina dan Kak Mimie yang 'fun & loving'dan berkemungkinan bertemu lagi ramai penulis lain yang akan hadir, 'which is besttttt'

Sedang menyaipkan beberapa kerja lin, dan draff novel ketiga.. sekurangnya sudah ada story line.Sedang mengumpul nama-nama yang indah... yang dipersetujui oleh Kak Aina dan Mimie yang nama yang baik dan sedap kunci kepada kejayaan yang menambah perisa dalam novel.Tidak sabar mahu memulakan.. sebab memulakan itu 'penat', tengahnya 'sedikit enjoy'.. dan menyudahkan novel..'yepeee' ...

Saturday, March 20, 2010

Pengalaman pertama sebagai penulis.

Puan Laila Hana, staff KarnaDya yang juga anak kepada Kak Aina Emir. Bukan sahaja peramah, tetapi sentiasa 'cool'.

Suasana di Gerai KarnaDya C6-C10, Hall 2,PWTC,KL.


Dr Wong Huey Siew (berbaju biru)penulis buku:Tiru macam saya -sebuah buku motivasi yang sangat membina memandangkan dia tidak dapat melihat (oku)


Kak Aina bersama dinding karnaDya yang dimekap cantik. Drama daripada novel Kau Laksana Bulan akan mula bersiaran di Drama TV2 mulai 19 Mei 2010. Tengok jangan tak tengok.



Saya bersama penulis Nora Isa.






Staf KarnaDya yang sangat baik hati dan peramah.




Penulis kak sifu saya, Mimie Afinie.






Salah seorang pembeli buku saya, Tima tacih ya. And nama please, saya sudah lupa.







Bersama penulis buku Red Dress Ink, Laura Caldwell. Buku Red Dress Ink adalah buku terjemahan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dalam tujuan memperkayakan bahan bacaan dan latar Inggeris kepada rakyat Malaysia.


Hari ini merupakan pengalaman saya yang pertama sebagai penulis di Pesta Buku. Lain rasanya. Sedikit teruja dan berdebar. Selalunya saya ke Pesta buku sebagai pembeli. Kebiasaannya tidak akan menoleh ke kiri kanan, sebaliknya saya akan terus meluru ke tapak2 penerbitan yang memang saya sudah 'tandakan' awal-awal lagi apabila melihat tapak pesta.

Kali ini berbeza kerana saya hadir sebagai penulis buku, terasa begitu jauh sekali walaupun duduk diapit Kak Aina Emir, sifu saya dan Kak Mimie Afinie (sebab buku mereka sudahpun mencapai ke angka lapan buah dan lebih dan saya baru bermula- dalam hati berbisik positif, tak apa, mereka pun bermula dengan satu buku dan buku saya akan meningkat kepada dua buah tak lama lagi.. Insya-Allah)Ternyata tidak rugi seharian bersama mereka yang peramah dan sproting dan tidak lokek berkongsi ilmu. Tentulah mereka lebih ramai peminta daripada saya... he he he (dan saya tidak cemburu, saya perlu menunggu 2-3 tahun untuk mengumpul peminta saya juga... he he) lagipun buku saya sudah pun dijual mulai oktober 2009. Ramai peminat 'hard core' KarnaDya sudah sejak awal pun membeli buku-buku KarnaDya. Jadi saya perlulah belajar satu strategi baru, buku baru perlu dikeluarkan awal tahun, jadi pembeli akan membeli buku baru di Pesta buku. Saya ada kurang 8 bulan untuk merealisasikan impian, buku baru menjelang Pesta buku 2011, terasa tercekik sendiri sebab buku ketiga saya, saya belum bermula dengan secebis ayat pun.. OOOwww..

Terima kasih atas motivasi mereka. Pengalaman dan kata-kata peransang yang mereka berikan merupakan bekalan inisiatif yang mengharungi ke alam dunia penulisan. Maklumlah, di dunia luar sana, lebih ramai yang suka menjemuh dan mencari kesilapan orang lain daripada melihat yang positif. Kadangkala pelik, dalam buku yang setebal 4oo mukasurat, banyak perkara baik yang patutnya dilihat, bila ditanya mengenai buku: jawapannya 'entahlah' dan yang dinampak hanyalah lima enam perkataan yang silap dieja.. he he. Ada juga pembaca saya, Kak Noriyah,Kak Yam, keluarga saya dan ramai lagi, yang memberi motivasi. Pokoknya, apa yang kita lakukan, tak payahlah melihat kelemahan yang orang lemparkan. Padulikan kata mereka, maklumlah 100 pembaca, 100 pulak kerenahnya... Bagaimana mahu menulis 100 cerita dengan pengenalan dan pengakhiran yang berbeza.. he he he.. (seperti kata kebanyakkan penerbit dan penulis skrip : suka hati sendirilah) cuma komen-komen pembaca diambil penilaian agar memantapkan penulisan. Kepada saya, komen tidak mematahkan semangat saya, dalam hati saya berkata teguh, kalau mahu komen bukannya susahkan, tulis sahaja 2-3 perenggan... kalau tulis buku mahunya juga 8 -12 bulan. (kalau kata mudah, cumalah...)

Kagum bertemu dua penulis cilik, yang baru berusia 15 tahun, Hasif Hamsari dan Fatin Harnani. Saya kagum betul dengan keduanya. Kalau zaman saya dahulu, ada orang yang memberi saya peluang mengasah bakat, agaknya sudah lama saya menjadi penulis.. hmm bestkan memandangkan saya sudah pun menulis cerpen dalam tersiar di majalah pada awal usia 16 tahun) Saya tabik spring kepada mereka. Adik Hasif datang jauh dari Melaka untuk bersama peminatnya. Saya belum membeli buku mereka. Insya-Allah, saya akan beli dan baca.

Seronok bertemu penulis lain, Nora Isa. Bertemu Dr Wong Huey Siew (seorang OKU yang tidak dapat melihat) dan mempunyai kelulusan PHD memkagumi saya. Bukunya berjodol, Tiru macam Kami adalah hasil gabungan penulisannya bersama Mohamad Nor. Saya sempat membelek separuh daripada hasil penulisannya dalam LRT tadi. memberangsangkan, sebahagiannya pengalaman nya sebagai OKU semasa sekolah dan alam kerjaya yang begitu mencabar. Membayangkan tiang dan longkang sebagai musuh utama cabaran kehidupan. Bayangkan bagaimana seorang yang buta dapat mengharungi kehidupan dengan baik
dan berjaya sepatutnya menjadi satu motivasi yang tertinggi buat kita. Terasa malu juga pada diri sendiri, saya yang celik, hanya ada ijazah biasa, sedangkan Dr Wong mempunyai PHD.
Staf-staf yang peramah, dan memang enjoy seharian di Gerai KarnaDya. Esok, datanglah beramai lagi! Esok saya sanggup menunggu sehari lagi di Gerai KarnaDya.. seronok...!

Thursday, March 18, 2010

Law of attraction (LOA II)



Apabila belajar tentang LOA saya dikukuhkan dengan pemahaman, ve + wave (gelombang positif) dan ve - (gelombang negatif).Hal ini menjawab banyak persoalan saya sebelum ini.
Kita perhatikan, ada kadangkala, kita jadi mesra dengan orang yang baru kita jumpa, atau orang sudah lama pun, tak boleh 'ngammm' kenapa? Hal ini sebenarnya ada kaitannya dengan wave yang kita bawa.

Hal ini juga menjawab mengapa, boleh wujud satu kumpulan perombak. jawapannya kerana keinginan negatif mereka, Ve- wave mereka yang mendorong mereka bertemu geng /mereka yang mempunyai paten/corak pemikiran yang 'jahat' bersama.

Atas sebab inilah, kita wajib mencari teman2 yang ,mendorong kita ke arah kebajikan.. kalau ada kawan yang mengajak kita ke arah kejahatan, tinggalkan saja.

Di keliling kita (kita tak nampak) sebenarnya ada wave, yang dipanggil aura.Sepatutnya wave ini positif dan berwarna pelangi (kalau balance)Boleh diintai/nampak melalui kamera (tahh saya dah lupa namanya - biasanya ada di kedai yang menjual batu galian/ jade etc) Aura/gelombang ini menjadi tarikan kita kepada orang lain. Sepatutnya manusia semuanya mempunyai aura yang baik/sihat/+ sahaja. Sifat atau perwatakan yang negatif seperti kesombongan, riak, bongkak (egois- ananiah)bencikan orang lain menjadikan lingkaran aura kita akan bocor, dan sekaligus menarik a bad LOA.(ve - LOA)

Dalam Islam, disebutkan, kita mesti menjauhi sifat bongkak dan sebaiknya, disebabkan hal seperti ini.
Kata ananiah berasal dari bahasa Arab ana yang berarti saya atau aku, kemudian mendapat tambahan kata iyah. Ananiah berarti ’keakuan’. Sifat ananiah biasa disebut egois, yaitu sikaphidup yang terlalu mementingkan diri sendiri bahkan jika perlu dengan mengorbankankepentingan orang lain.egois merupakan sifat tercela yang dibenci oleh Allah swt. dan manusiakarena cenderung berbuat sesuatu yang dapat merusak tatanan pergaulan kehidupanbermasyarakat. Orang yang egois biasanya membangga-banggakan diri sendiri, mengganggaporang lain hina dan rendah. Padahal Allah swt. dengan tegas tidak menyukai orang-orang yangsombong dan membanggakan diri.Firman Allah swt maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakandiri.” (QS. An Nisa : 36 )Contoh Ananiah; suka membanggakan diri sendiri, merasa diri paling benar, menganggap orang lain salah.


Mengikut iman al-Ghazali, terdapat sifat Mazmumah yang perlu kita jahui.
(Petikan blog Ustazah Azimah)
Imam Ghazali antara sifat2 Mazmumah ialah seperti berikut:

1. Gemar Makan dan Minum:

Hadis Nabi saw maksudnya ” Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.

2. Banyak berkata-kata(yg sia-sia):

telah menjadi lumrah manusia suka berkata2, berbual2 dan bersembang2 tetapi biarlah perkataan kita itu tidak sia2.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”- Surah AnNisa :114

3. Marah:

Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikianselalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.

4. Hasad dengki, dan iri hati:

Sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Hadis Nabi saw yang bermaksud: ” Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”

5. Kasih kepada harta:

Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.

6. Takbur:

Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

7. Riyak ;

Riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

8. Ujub;

Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud beerti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. Kasih akan Dunia:

Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmaNya:

Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.

*************************

Kelazimannya, orang yang mempunyai Ve - seperti di atas ini memandang rendah kepada orang lain. "Sombong" adalah perasaan prajudis yang mengasingkan kita dengan orang lain. Saya bersyukur daripada kecil lagi, kami diasuh agar tidak sombong oleh ibubapa (mama dan bapa saya) Kita hanyalah seorang hamba Allah di bumi ini. Sifat takbur, sombong tidak menjadikan kita istimewa, malah akan dikutuk oleh semua benda yang hidup di bumi ini.
Situasi ini menjawab persoalan saya, kenapa kadang2 saya tidak suka orang sebeginbi dan sebegitu, jawapannya kerana wave yang dibawa orang itu berbeza dengan kita. Kebiasaannya orang yang suka 'menyombong' atau 'dia saja yang betul' tidak akan mengajak kita 'rasa togetherness' bersama secara sedar atau tidak.

Saya kurang faham dengan istilah sombong ini. Kenapa perlu bersikap sombong???Mungkin di atas dunia ini, kita rasa kita tidak memerlukan bantuan orang lain, ada wang dan harta menimbun, ada masaya suatu hari kita masih memerlukan orang lain. Tiba-tiba jatuh sakit, harta dan wang tidak akan dapat membantu kita.

Atau, kita akan pergi jauh sedikit daripada situasi ini, di saat kematian kita. Kita masih perlukan orang lain untuk memandikan kita, mengkafankan kita dan menguburkan kita ke liang lahad. Suami/isteri sendirian tidak akan dapat melaksanakan hal ini dengan sempurna.Nauzubillah himinzalik!

Monday, March 15, 2010

Law of Attraction (LOA)


Berkereta besar dan hebat tidak menjadikan anda orang yang sombong. Itu hanya persepsi biasa orang lain.



Pertama kali saya mendengar tentang Law of Attractions (LOA) beberapa tahun lepas. Ketika itu, rencana dan talk show disiarkan dalam Oprah Show bertajuk "The Secret". Mengikut LOW ini, jika kita berfikiran positif selalu, banyak perkara baik akan datang dalam hidup kita.. Positif minds, bersikap baik etc. Saya yakin dengan hal ini, sebab sudah pun disebutkan dalam al-Quran dengan jelas...

." Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Cuma bagi orang-orang biasa seperti kebanyakkan kita, kita gagal memahami maksud ayat al_Quran. Keperluan belajar mentafsir ayat suci satu keperluan. Kita perlu melihat segala yang tersirat di sebalik yang tersirat. Saya teringat akan arwah mak mertua saya, arwah sering mengulang membaca Tafsir Al-Quran yang ditulis Pak Hamka, dalam memahami segala yang dijelaskan oleh Allah kepada umat manusia.

Dalam hal ini, ada juga teman saya bertanya, kalau sekiranya lelaki itu dahulunya 'nakal bangat' tapi dia sudah insaf, kata saya, "itu kategori baik lah tu asalkan dia betul2 insaf.. sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun mengampuni umatNya.

Saya teringat akan satu kisah lama, masa itu saya cuba diperkenalkan oleh seseorang kepada lelaki X, katanya lelaki ini biasanya minum arak. Tapi dia percaya lelaki ini akan berubah setelah berkahwin dengan saya. Saya katakan,"tidak."Saya tidak percaya semua itu. Saya rasa saya berhak mendapat suami yang baik (alhamdulillah, saya berkahwin dengan lelaki yang baik)

Dalam memahami LOA ini, saya jelaskan satu peristiwa sebagai contoh. Saya terbangun lambat untuk ke tempat kerja. Kalau dulunya, saya telambat, saya akan melompat daripada katil dan menjerit."Alamak.." dan "matilah lambat ni.." dan semuanya menjadi 'kelam kabut' sebab, awal2 lagi saya sudah 'set lkan' my mind dengan perkataan negatif "matilah".."lambat" like cursing myself. Jadi saya akan terus lambat, pergi ke tempat kerja, ditangkap kerana lambat (padahak saya rasa saya patut dapat kredit kerana walaupun bangun lambat, saya masih beriya ke tempat kerja) dan macam2 - seribu masalah lagi.

Sekarang ini, ada 2 kali saya terlambat bangun kerana lambat tidur malam. Saya bangun, tengok jam dan telling myself.. "it's okay, I won't be late.." siapkan diri , do teknik alpha,berdoa agar saya tidak lambat .. dan ke tempat kerja.Alhamdulillah, it's work. Pertama, sebab saya setkan mind saya yang saya okay (not cursing myself)dan yang lain, pertolongan DariNYA.

Sebab itulah peribahasa lama menyebut,"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali." Sekali kita berbuat jahat/perkara negatif, kita akan mengundang lebih banyak kejahatan dan kemungkaran hidup. Atas perkara yang samalah, orang yang berbuat kejahatan akan melakukan perkara yang sama berulang kali. Contohnya, sekali mencuri akan terus mencuri..(kecuali mencuri hati orang.. he he)

Jadi, marilah kita berfikiran positif. Kalau berada dalam persekitaran yang negatif, tinggalkan tempat itu, atau tutup minda dengan perkara macam tu. Kadang-kadang saya sendiri pun tidak memahami juga, ada orang memang suka 'fokus' kepada keburukan orang lain. Contohnya dia akan nampak muka kita yang masam lah, itulah,inilah. Saya secara peribadi memang tidak suka 'diserang' secara peribadi kerana saya tidak melakukan perkara demikian kepada orang lain. Kalau perlu ditegur, nampak junior semacam je, pergilah tanya dia, nicely.. mungkin dia sakit perut ke?
Kalau nampak muka saya muncung.. he he.. kadang tu tak perasan pun, ingat tak ada orang, tak kan nak senyum sorang2.. sebab tu kalau orang berfikiran positif, saya pasti, dia takkan nampak saya muncung.. he he.. (just anggap saja, saya berlakon drama..)

Saya sendiri. Well. Saya tak pernah nampak kalau orang 'masam muka',kalau terpandang pun buat tak tahu sajalah, buat apa nak difikirkan... mungkin dia tak nampak saya di depan dia kot. Berilah dia prasangka/persepsi baik.. hati anda akan merasa lega.

Seandainya tiada perkara baik untuk dicakapkan, tutup sajalah 'mulut'. Dalam ertikata lain, "kalau tak pandai berkata perkara baik, diam sajalah. "

Jadi, apa kata, kita berfikiran positif (bermula kepada diri sendiri)then kepada orang di sekeliling kita. Saya percaya banyak lagi "positif wave" yang akan tiba.

Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM 2009,saya teruja lagi.



Tahniah kepada sejumlah murid yang berjaya cemerlang dalam SPM. Dan Rueben, You're Rock. Rueben merupakan salah seorang murid saya yang cemerlang (dan cikgu bangga atas kejayaan setiap anak-anak didik cikgu tanpa mengira siapa pun anda) Rueben ini istimewa (yang lain juga)(dan merupakan salah seorang / 5 orang yang mendapat perfect 100 semasa peperiksaan kertas sejarah) kerana sikap pendiamnya. Terlalu pendiam (tidak pernah mendengar suaranya langsung dalam kelas) kepada hemat saya sehinggakan pada satu masa, saya bertanya kepadanya,"awak ni, boleh bercakap ke Rueben?"
Katanya, "Boleh cikgu." Itulah agaknya perkataan yang saya boleh dengar daripadanya sepanjang 2 tahun bersama mereka. Seandainya saya boleh memberi anugerah : selain murid terbaik, saya patut berikan dia anugerah, murid paling senyap di sekolah.. he he
***********

Setiap kali, keputusan SPM diumumkan, debaran akan terasa di hati. Apatah lagi apabila seorang guru mengajar murid SPM tahun lepas. Kebiasaannya kalau keputusan semakin baik, kita akan menerima kredit (tapi sekadar terima kasih sahaja, kalau berharapkan hadiah, pingat, wang, bonus seperti syarikat swasta, tidak payahlah bermimpi.. bagaikan mengharap bulan jatuh ke riba.)

Kalau keputusan SPM semakin 'mencurut', tidaklah kena 'marah' tetapi perlulah dibuat post mortem (bedah siasat, dan saya selalu membayangkan diri saya sebagai anggota CSI, bedah, jangan tak bedah) dalam mencari punca kenapa keputusan kurang memberangsangkan.

Alhamdulillah, berkat usaha guru-guru dan murid SPM 2009, keputusan sekolah meningkat lagi... alhamdulillah. Daripada segi matapelajaran pula, subjek saya, menurun 3 % (yang lulus, jumlah gagal meningkat) tetapi kualiti A s semakin bagus. Agak kecewa sedikt, pada saya tahun lepas, jabatan saya, semua guru-guru saya, all out telah mencuba sedaya upaya mengekalkan dan meningkatkan lagi peratusan tahap lulus matapelajaran. Maklumlah sebagai matapelajaran teras, kami tidak boleh 'membuang' murid yang berpotensi 'gagal' kerana 'malas' dan tidak berdaya, menulis walaupun sebaris ayat. Kalu boleh berbuat demikian, jangankan 90% dan lebih, 100% lulus pun boleh dicapai.

Terima kasih kepada murid kelas saya tahun lepas, 5 Balau, 5 Batai, 5 Cengal, 5 Jati yang berusaha gigih bagi mendapatkan keputusan yang baik. (Yang malas tu, tentunya bukan daripada 5 Balau,Batai dan Cengal - tak payahlah anda menerima kredit ini.. anda tidak layak pun)


Faktor kemalasan adalah punca utama kegagalan mendapatkan markah yang baik. Kalau sudah malas membaca, nota ringkas yang diberi tidak dibaca, sistem yang saya reka tidak digunakan: apa nak dikata. Seandainya mereka berusaha, tentulah berjaya.

Saya memahami terdapat juga murid yang lemah dan lupa:walaupun sudah membaca masih tidak dapat kuasai. Dalam hal ini, saya kira kes khas lah. Apa nak dikata juga.

Wednesday, March 10, 2010

Keterujaan Saya bertemu Ex Pelajar saya...




Hari ini teruja dapat berbicara walaupun ringkas dengan seorang pelajar STPM saya yang sudah agak lama tidak bertemu. 10 Tahun lamanya tidak mendengar berita mereka. Dua kali sim card saya rosak (masa itu belum ada back up dan alamatnya hilanglah semua nombor pelajar yang saya simpan) Ditakdirkan saya bertemu Sazuan Said di Facebook.


Dan lebih teruja, melihat gambar saya di pelamin yang diabadikan di album maya Sazuan. Indahnya. Terima kasih kepada insan yang mengabadikan gambar tersebut. Masih terbayang di bebola mata saya, sekumpulan murid ini yang datang bertandang di Majlis Perkahwinan saya.


Kumpulan pelajar STPM saya ini special sikit (yang lain pun special dan penting, tapi mereka lebih sikit special)kerana mereka berpeluang mengkantoikan saya ketika dating, yang tidak pernah berlaku sebelum ini & meraikan Hari Bahagia saya- saya bergelar pengantin baru pada tahun mereka mengambil peperiksaan STPM. Ketika itu saya mengajar di SMK TUnku Putra,Langkawi, Kedah.


Kebetulan, kumpulan inilah yang berjaya 'mengkantoikan saya' ketika saya dating dengan boy fren saya (suami saya) di KLCC pada tahun 1999, beberapa bulan sebelum kami dikahwinkan. Ketika itu, mereka datang rombongan bersama kawan saya. Ketika peristiwa itu berlaku, saya ke Wash Room, BF saya di luar menunggu, apabila saya keluar saja, sekumpulan murid saya betul2 berada di luar tandas, dan mereka pun berkata, "cikgu.." Saya apa lagi, cepat2 lah mengajak BF saya berlalu, dengan sedikit perasaan risau.. "alamak, kalau tak jadi kahwin dengan mamat ni macam mana?" Malulah muka sikit kot.


Berbicara dengannya membongkar berita terkini daripada mereka. Ramai yang sudah berjaya. Ada inspektor,jururawat,guru dan memegang pelbagai jawatan dengan kerajaan /swasta. Sazuan membantu saya mengingatkan kepada beberapa nama, Ramziah (Ramaziah?),Syafini, Asma, Azura, Aisyah, Siti Hajar, Siti Sarah, Erwan. (maafkan saya sekiranya nama anda tidak disebut,al maklumlah, saya ini memang gagal dalam mengingati nama dan nombor) Silap-silap nama BF lama pun terlupa jugak.. he he he.


Tidak ada perkara lain yang lebih membanggakan saya lagi selain mendengar khabar yang pelajar saya semuanya berjaya! Kalau sekadar menjadi suri rumah pun kiranya, okay juga. Semoga suatu hari nanti, kami akan dipertemukan kembali.

Monday, March 8, 2010

Berita KarnaDya


Berita Harian 8.3.2010

KarnaDya Solutions mahu tampil berbeza
Oleh Nurul Farina Nazlan



PENERBIT buku, KarnaDya Solutions Sdn Bhd (KarnaDya) akan menjayakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), pada 19 Mac hingga 28 Mac ini, dengan konsep terkini dan mesra pelanggan tahun ini bagi memikat lebih ramai pengunjung singgah dan berbelanja di gerai mereka. Pengurus Pemasarannya, Faiz Al-Shahab, berkata KarnaDya akan cuba memberi kelainan terutama dari segi susun atur dan reka bentuk gerai jualan kerana pengunjung pasti tertarik melihat gerai yang menampilkan ciri berbeza dan mudah untuk memilih setiap koleksi yang dijual. ”Tahun lalu, gerai jualan kami muncul sebagai pemenang bagi anugerah gerai jualan tercantik bagi dua tahun berturut-turut selain kami turut menambah bilangan gerai jualan kepada empat daripada dua pada 2008 bagi menjalankan aktiviti promosi dan jualan,” katanya ketika ditemui Sastera, baru-baru ini.


Tahun lalu KarnaDya tampil dengan konsep ‘ala kafe’ yang menampilkan meja dan kerusi tinggi untuk digunakan pada sesi autograf dan sebuah kotak-3D yang digunakan bagi mengiklankan produk terbitan KarnaDya turut dimanfaatkan bagi menarik perhatian pengunjung. Faiz yang enggan memperincikan ‘kejutan’ yang ingin diberikan kepada pengunjung tahun ini, yakin pengunjung akan berpuas hati dengan kelainan KarnaDya untuk pesta buku kali ini selain pelbagai aktiviti menarik turut bakal disajikan kepada penggemar naskhah terbitan syarikat itu. “Selain menampilkan novelis terkenal tanah air, KarnaDya turut menjemput penulis terkenal Amerika Syarikat, Laura Caldwell untuk berkongsi rahsia kejayaannya. Caldwell seorang peguam di Chicago dan banyak terbabit dalam penulisan berunsur jenayah serta ‘thriller’ hasil daripada kajian dan pengalamannya dalam dunia guaman,” jelasnya.
Peminat novel Red Blooded Murder, Red Hot Lies dan Red White & Dead boleh menghadiri sesi bersama Laura di Bilik Seminar Kedah-Johor, PWTC, pada 20 Mac, jam 2 hingga 3 petang.

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia




Hari ini 8 Mac 2010, sekali lagi kita (khasnya wanita) menyambut Hari Wanita peringkat antarabangsa. Selamat HARI WANITA kepada semua wanita di Malaysia dan Dunia kepada semua wanita(para ibu, isteri, yang masih single, remaja dan juga bayi perempuan, kerana akan tiba masanya anda akan menjadi wanita juga)

Wednesday, March 3, 2010

Kajian membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia





Saya menyambut baik berita bahawa kajian semula tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara. Fakta yang emnyatakan rakyat hanya membaca 2 buku setahun beberapa tahun lepas nampaknya begitu lapuk sekali. saya sendiri rajin membaca. Saya boleh habiskan dua buku sehari, kalau saya berpeluang. Hari ini sahaja, saya sudah menghabiskan dua buah buku (dalam lingkungan 100 muka surat- tidaklah tebal) Saya membaca 8 surat khabar sebab semalam sibuk sikit, 2 buah majalah.

Diharapkan kajian hendaklah dijalankan secara menyeluruh, kajian tidak akan mendapat penilaian tepat sekiranya hanya mengambil kira jumlah yang datang ke perpustakaan Negara sahaja, saya kira atau perpustakaan. Kajian secara rambang - tinjauan saya selama 4 minggu ini,murid di sekolah saya pun jarang mengunjungi perpustakaan, padahal perpustakaan menyediakan kemudahan asas yang sangat selesa.Rutin kehidupan murid yang terlalu sibuk dengan Koku, kelas tambahan menjadikan mereka tidak mempunyai masa untuk mengunjungi perpustakaan, saya kira. Setiap hari saya akan mengunjungi perpustakaan sekolah dan meninjau jumlah pengguna, nampaknya, saya mungkin salah seorang daripada tetamu tetap (daripada jumlah 10-20 kecuali terdapat kelas yang mengunjungi perpustakaan untuk projek nilam)Tetapi masih ramai murid yang meminjam buku-buku untuk dibaca di rumah terutama tingkatan 1 dan 2 (yang lain agaknya banyak kerja sekolah atau perlu bersedia untuk peperiksaan awam)

Tetapi masih ada yang dikongkong oleh streotype biasa (stigma malas membaca)atau 'pembaca tegar'.Well. Entahlah. Saya sendiri kurang pasti kenapa orang tidak minat membaca. Hanya membaca menjadikan kita orang yang berilmu.

Barangkali ramai antara murid saya yang mampu membeli buku-buku sendiri. kebanyakkan suka membaca buku Bahasa Inggeris, entah mengapa padahal mereka masih tidak menguasai Bahasa Kebangsaan.

Agaknya: satu kajian perlu dijalankan...

Sumber www.Bernama.com

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia akan menjalankan kajian seawal April ini bagi mengukur tahap membaca di kalangan masyarakat negara ini yang dikatakan masih rendah, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim Jumaat.

Beliau berkata kajian ini perlu memandangkan industri buku negara kini sudah meningkat dengan purata 16,000 judul setahun yang merupakan satu angka yang besar.

"(Sementara) pembacaan dalam bidang novel dan buku-buku biografi dan sastera juga meningkat. Dengan itu, kita merumuskan takkanlah masyarakat Malaysia pada puratanya masih membaca dua buku setahun," katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku 'Melakar Jejak - Biografi Mohd Yusof Noor' di sini.

Rais berharap kajian itu dapat mewujudkan satu garis asas pembacaan yang sesuai bagi digunakan dalam mengukur tahap pembacaan masyarakat di negara ini dalam tempoh tiga tahun berbanding 10 tahun sebelum ini.

Beliau berkata sekiranya kajian ini dapat dilaksanakan, ia juga dapat memberi manfaat kepada penulis-penulis buku yang menjadikan penulisan sebagai mata pencarian mereka.

"Masa depan penulis dapat kita lihat bersama dalam konteks memberi kemungkinan bagi penulis untuk menyara hidup menerusi profesionnya," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Rais berkata buku-buku agama, kesusasteraan, novel dan fiksyen didapati berjaya menarik perhatian masyarakat dengan jualan buku-buku semakin meningkat.

Pada 2009 sejumlah 1,429 buah buku agama dijual berbanding 1,269 buah pada tahun sebelumnya, bagaimanapun buku kesusasteraan, novel dan fiksyen pula mencatatkan pengurangan daripada 2,934 buah pada tahun 2008 kepada 2,788 buah tahun lepas, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor ketika ditemui berkata buku biografi mengenai dirinya yang ditulis oleh oleh Hariza Mohd Yusof dan Salleh Yusof menceritakan perjalanan dan pengalaman hidup beliau sepanjang penglibatan dalam bidang politik, akademik dan korporat.

Mohd Yusof berkata pengalaman yang dicatat dalam buku itu terutama semasa memegang jawatan Ketua Penerangan Umno, pensyarah universiti dan kakitangan kerajaan boleh dijadikan panduan dalam menangani isu-isu yang berrlaku pada masa ini.

Antaranya kes Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari Umno di mana beliau selaku Ketua Penerangan Umno diberikan tanggungjawab menyalurkan maklumat berhubung isu berkenaan.

"Itu pengalaman yang dilalui dalam politik yang saya fikir boleh juga di ambil sebagai satu bahan untuk direnung. Selain itu, kejadian pemberontakan Ibrahim Memali di Kedah di mana pada masa itu saya bertugas dengan kerajaan.

"Dalam universiti pula, saya berhadapan dengan semangat revolusi Iran di mana pada masa itu saya berhadapan dengan pelajar yang ekstrem. Jadi, pengalaman itulah yang menjadikan pengalaman di universiti dan kerajaan agak sensitif dan mungkin boleh dijadikan sebagai bahan renungan kepada mereka yang mengikuti kandungan buku itu," katanya.



-- BERNAMA