November adalah bulan yang paling dinantikan. Tanyalah mana-mana guru pun (kata sesetengah orang, tak boleh sebut guru. Dengan menyebut guru, individu itu hanya mengajar. Perlu kata pendidik, maknanya mendidik. Pada saya, saya suka gunakan istilah guru. Mengajar, mendidik, semuanya diborong sekali. Pekerjaan guru ini datangnya dengan pakej. Mana boleh kata, guru hanya mengajar sahaja. Kadangkala menjadi mak orang, bapa orang, kakak, adik, dan nenek-nenek orang (sebab berleter juga) he he) november merupakan bulan yang seronoknya tak terhitung... menanti cuti panjang yang betul2 tak ada kerja (kecuali guru yang menjadi pemeriksa kertas SMP/ STPM atau menjaga peperiksaan SPM atau STPM); Mereka perlu bekerja. semasa cuti)Kepada saya, masa ini saya boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap manuskrip saya.
Cuti panjang seperti ini sahaja, saya 'free' dari sebarang marking kertas peperiksaan. Boleh mencari ilham untuk buku/ manuskrip baru yang sudah mulai muncul idea itu.. Almaak: yang ketiga ini pun tak boleh bergerak banyak. Minggu ini perlu marking kertas peperiksaan. Kemudian bersedia untuk Bengkel SPMc sejarah. Tahun lepas, bengkel ini berjaya menaikkan kualiti A dalam spm. Maklumlah satu hari dalam dewan. Sama-sama analisa tajuk2 penting, mempelajari teknik back-up dan menjawab seberapa banyak soalan-soalan.
Menanti Nov. bagaikan bakal pengantin yang menanti hari perkahwinan. Berdetik, gugup dan membayangkan yang indah-indah. Sebenarnya, seorang yang bakal berkahwin tidak hanya patut bersedia unytuk menemui yang indah-indah sahaja. Banyak yang tidak 'indah' juga dalam perkahwinan.. he he.. Saya hanya memasang telinga akan cerita junior saya mengenai kursus perkahwinan. Yang celeknya, kursus hanya banyak menyentuh aspek "sex" dan "yang seronok sahaja"... Kalau pasal "sex", pada saya, tak payahlah nak cerita panjang lebar, monyet yang tak belajar pun, tahu bagaimana aplikasinya. Tekankan aspek tanggungjawab, toleransi, dosa dan pahala seorang isteri dan suami. Ramai isteri tidak taat 100% kepada suami. Begitu juga suami. Ramai yang tidak bertanggungjawab. Sebab itulah kadar penceraian meningkat tinggi.
Mungkin plan ke Terengganu. Best makan nasi dagang. Yang penting, ke Tasik Kenyir lagi.. hu bestnya.
No comments:
Post a Comment