Apabila bermulanya persekolahan, bermakna bermulanya kehidupan rojak kembali: lebih tepat lagi: rojak buah. Dalam rojak ini biasanya ada rasa masam, manis, pedas dan ada tempat yang rasa garam. Seperti kehidupan juga, ada semua rasa. Dalam kemasaman, ada masin, tetapi masih lagi sedap sebab ada masanya akan tergigit akan buahan yang rasanya manis bersari. Dalam diam, akan habiskan sepinggan rojak buah. Itulah juga namanya kehidupan.. kehidupan saya okay.. sempurna, walaupun ada cacat cela di sana sini.. dan alhamdulillah.. ada dua kaki untuk berjalan, bermata untuk melihat.. ada mulut untuk berbicara : sempurna bagi saya, dan bersuami yang saya harapkan 100% cintanya untuk saya.. he he.
Ada teman saya yang kehilangan suami, ada yang cantik-sempurna belum bertemu idaman hati.. pada saya, apa yang saya ada, saya syukuri...
Murid saya di tingkatan 5 akan mulai kertas periksaan esok hari Pertamanya : Lega sebab saya sudah tamatkan sukatan dan sesi ulangkaji. Yang selebihnya: perlukan usaha mereka. kalau yang jenis 'bebal', apa pun tidak mahu lakukan, 'terpulanglah'... sebagai guru, boleh menasihatkan, 'debik' sikit-sikit kalau perlu, tapi kalau 'bebalisme' tu, biarlah.. apalah daya kita. Saya suka sangat apabila ada murid yang berkata tadi, "cikgu, we come purposely for you.." faham sangat ayat membodek ni, sebenarnya mereka benar2 mahukan tips terkahir saya. he he.. saya katakan, saya sudah beri 20 tajuk untuk dibaca ( 9 yang betul + dummies) itupun sudah kurang 50% daripada sub tajuk yang benar-benar mereka perlu baca dan bersedia untuk SPM. Okaylah tu.
Yang kedua lega: tak payah bercakap banyak lagi. Hanya tinggal tingkatan 4 sahaja: masih bergelut dengan sukatan dan latihan.. he he.. itupun tidak lama lagi.. lagi dua bulan ( +-) sebelum bercuti panjang.. dan saya masih lagi bergelut dengan manuskrip ketiga untuk dihabiskan sebelum november.. sempatkah saya dengan dateline sendiri ni?
Selalunya cerita based on satu hero dan satu heroine, kali ini, letak banyak hero dan heroin.. he he.. cari kelainan. Macam mana ceritanya, ala.. tak payah berpukul gendang sendiri dulu, biat tamat dulu ceritanya...kali ini tak mau sedih-sedih macam cerita nonbor 2 saya: "Cinta sikunang-kunang : memang giler dengan airmata.. (kalau anda tak menangis membacanya, menag sah anda yang giler.. he he he )
No comments:
Post a Comment