Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Sunday, October 31, 2010

Semangat sebagai penulis!

    Minggu lepas ada murid saya yang kelihatan sedih apabila kawan2 kelasnya mengejeknya gemuk. Saya katakan, kawan-kawannya sekadar 'suka-suka' memperolokkan dia saja. Kadangkala gurauan budak2 ni keterlaluan sikit. Saya katakan, janganlah biarkan kata-kata orang merendahkan semangat kita. Saya bagi contoh, saya sebagai penulis buku, ada orang barangkali akan mengulas buku kita di mana-,mana. Ada yang suka, akan kata bagus. (yang sukakan banyak jenis info, pening2kan kepala sikit, suka banyak watak yg mencabar minda : akan suka cara saya menulis.)Barangkali yang yang suka watak secara 'direct' saja: kisah 'present' sahaja tanpa ada teknik 'flash back', memori berbalik sana-sini, barangkali tidak suka sebab dia malas untuk berfikir ... dan banyak secara direct saja. pusing2 sikit pun malas nak fikir..jadi pembaca macam ni tak akan suka buku saya. Dia akn cari penulis yang berfikir macam dia juga, baru dia kan kata: bestnya...

    Saya katakan pada murid saya, ulasan rencana org itu yg mungkin 3-4 atau 7-8 perenggan tidak akan meluluhkan emosi saya. Saya sudah menulis beratus muka surat dan dia hanya 2-3 muka surat... jadi ulasan yg mungkin tidak saya sukai tidak akan menjadi 'beban perasaan'..  kita janganlah mengukur diri dengan kemampuan orang lain. Buat yang terbaik dan biarkanlah segalanya berada dalam TakdirNYA.

   Menanti november... 19 hari lagi menuju cuti.. tak sabar untuk bercuti. sudah sesak dengan pelbagai perkara... sebelum cuti, teruk juga kena lanyak untuk menyiapkan kerja.... kerja kerja kerja...
Berjanji akan cuba bantu junior menulis. Dia sudah menulis, saya akan cuba baca dan beri pertambahan idea. mengapa tidak? Membantu orang lain! Menjadi motivator orang lain tentu seronok rasanya. Kalau sedikit kejayaan saya menulis buku menjadi satu cabaran kepada orang lain untuk menulis juga! Mengapa tidak!

Wednesday, October 27, 2010

Minggu peperiksaan semalaysia

  Rata-rata sekolah-sekolah di Malaysia sedang berhadapan dengan peperiksaan. Jika cikgu Form 1 & 2, kecuali beberapa jenis subjek yg ada kertas subjektif, kuranglah kerja.. sebab kertas objektif.  Tapi kalau mengajar tingkatan menengah atas, form 4-6, memang tak relaxlah, naik berbuntal mata menanda. Tengok kertas pun rasa nak muntah juga.... Ada seminggu  dua sahaja untuk menghabiskan marking.. minggu ini manuskrip pun kena get off juga... beri laluan kepada marking. Cuba mahu habiskan sehingga hari ahad ni, itupun kena muntah hijau juga dulu.. he he   hampir 150 skrip...  hmm..

   Saya seperti biasa, kalau murid saya tanya, saya kata, "siapa tanya lagi, cikgu potong markah... he he tapi macam biasa, mereka akan terus bertanya sebab  tahu, tak ada markah pun yg akan kena potong.. he he" kalau kelas yg okay, tak kisah, marking banyak pun tak mengapa, jawapan, smooth je..yang seksa kalau kelas yang entah: adooii, entah apalah yang ditulisnya, paling bengang, kalau hantar kertas yang "o".. thah lah apa yang dibuat selama ini!

   Paling seronok, lebih ramai murid yg booking nama untuk dimasukkan ke dalam buku. Well! Saya tak dapat berjanji, try kalau kena 'gaya' namanya.. kadang2 tu, kena cantum nama 2-3 sekali.. he he he. Macam ni kena tulis 6 buah setahun (which is sangat musthil..he he) supaya boleh masukkan banyak nama-nama. Mostly nama chinese, macam mana. Biasanya watak2 saya, ada semua race. Malays, chinese, Indian etc.. supaya like a real lifes, mesti ada semua kaumkan... laipun dalam keadaan masyarakat majmuk, saya sangat mementingkan konsep perpaduan..kalau asyik mempunyai agenda tersembunyi saja, susahlah mahu hidup bersama...

   menghitung hari... november.. bestnya..planning for birthday bersama.. myself, my mum and untie bersama.. 3 scorpions.. he he.. NATRAH for sure...first time bawa my mum and auntie ke Istana Budaya (maklumlah sebab mereka tinggal di kedah...)  Pada waktu peristiwa ini berlaku, mereka di Singapura kerana pasa masa itu datuk saya adalah anggota Rejimen Askar Melayu, base di Singapura. Mengembalikan nostalgia mereka merupakan sesuatu yang 'manis' saya kira. For me, making other people happy, is sweet.. for all the good years they're giving me..   saya masa kecil agak sukar dijaga, kata mama saya, taik penyakit.. he he.. asyik demam etc.. nasib baik tak terenjat fizikal dan akal. alhamdulillah.. tapi kalau mengenal nama orang, memang saya agak terenjat juga.. he he (maafkan saya, nama sendrii pun ada masanya lupa juga.. ha ha ha)

Sunday, October 24, 2010

PWTC, hmmmm

   PWTC 2010. Sama seperti tahun-tahun yg.lepas, saya berkunjung lagi ke PWTC setiap kali terdapatnya perhimpunan rasmi UMNO. Bukannya apa, sekadar menjamu mata. Saya tidak berminat mendengar ucapan orang. Ucapan pada saya, adalah satu kebiasaan! Hari-hari mendengar orang bercakap, apatah lagi kadang-kala perkara-perkara yang sama yang akan dibincangkan. Sebagai seorang guru sejarah juga (bukan berniat sombong, kata orang Kedah, eksyyeen...) saya memahami sejarah perkembangan UMNO dan tokoh-tokoh yg terlibat secara langsung mahupun berjuta datuk nenek kita yang berada di belakang dan menyokongnya. UMNO telah berada lama dan berakar umbi dalam keluarga saya! Walaupun saya bukan ahli UMNO berdaftar, saya tentunya menyokong parti yang berjasa ini! Apakah Malaysia tanpa UMNO! 

    SEkiranya berjaya dibuktikan terdapat ahli UMNO yang telah menimbulkan angkara dan kemungkaran, bukannya salah parti UMNO, itu adalah kesalahan individu sebagai manusia. Yang salah itu salahlah, cuma kita tidak dapat menolak peranan UMNO terhadap Malaysia. Memahami KONTRAK SOSIAL yg terdapat dalam Perlembagaan Malaysia, dan keprrluan menghormati antara kaum adalah intipati Perpaduan!
   Bapa saya tidak berucap pada tahun ini. Boleh mengikuti selokanya dalam tajuk, My Seloka Dad.

    Mengejutkan apabila saya tiba di PWTC, yang hanya ada jualan kain-kain baju. Ke hadapan, belakang, kiri dan kanan hanya ada baju dan kain! Bosannya! Dan saya pulang tanpa berbelanja i sen pun.. (kira rekodlah) Biasanya  beli juga brooch daripada mutiara dan sebagainya!Agakna orang Sabah tidak datang pada tahun ini! Ada terjumpa ikan terubuk masin tetapin saya allergik dengan terubuk masin ni... nanti gatal muka, hidung, kepala malah sampai dalam mata pun! Bagaimana nak menggaru!

   Yang lebih penting, saya bertemu mak ngah saya, pergi makan nasi lemak... nasi lemak dan telur goreng = RM 4.. saya punya tambah paru sambal RM 6. Nasib baik nasinya dan lauk sedap, kiranya okaylah tu. Memahami sewanya yang agak mahal, mereka terpaksa menaikkan harga makanan.

   Cuma agak tidak memahmi, kenapa semua orang sibuk beli kain baju? Aduss!

Friday, October 22, 2010

Lara di hati saya

  Lara! Pilu! Syahdu! Semasa menulis Dimensi Cinta (DC) tiada kisah lara yang saya tuliskan. kalu ada pun, kata orang, tak payahlah menangis. Sikit je, cuit sikit je.. Bak kata orang tua lagi, hanya bagaikan orang putus cinta monyet. Menangis seminit dua je. Jadi ringkasnya, tiadalah cerita lara di dalam DC.

    Buku kedua saya, banyak bab lara, pendek kata, tergoleklah baca. Kalau yang kaki nangis, sediakan sekotak dua tisu. Ayau sediakan  kain tuala ukuran besar punya. Petikannya akan saya letakkan di blog, Cinta Sikunang-kunang (CSKK) selapas buku saya diterbitkan. Bukannya apa,  mengikut Akta penerbitan, jika dipaparkan di web sebelum buku diterbitakn, dan berlaku plagiat (ada orang lagi yang menggunakan petikan dan bukunya diterbitkan dahulu, sukar dibuktikan di mahkamah sekali pun yang dia meniru petikan kita.. jadinya seolah kita pula yang meniru manuskrip/buku dia. Kan susah nanti.) Seandainya buku sudah keluar, sudah sah-sah petikan tu kalau ditiru, adalah plagiat. 

   Dalam meniti zaman di mana, percaturan baik dan buruk sudah hilang, kenalah sekadar berjaga-jaga kan!
Dalam menyiapkan manukrip ketiga pun, tajuknya ..hm.. rahsia dulu, ..  P & B, ada juga bab Lara. Bab beginilah yg paling tension. Bab lara begini membuatkan hati saya pun menjadi lara juga, pasti menangis sama. Menurut seorang rakan saya, Izan : seperti pengarang buku 'Romancing The Stone' yang menanggis ketika menghabiskan bukunya.. Dalam CSKK pun, agaknya berkolah masjid saya menangis. Banyak orang Giler!! he he..

   Dalam minggu ni juga bercadang menghabiskan bab lara, kalau bernasib baik, esok boleh habiskan..kalau tidak kepenatan dan ketiduran... kadangkala bila menulis ni, tidak mahu berhenti begitu saja... tak syok untuk menyambung balik ayat dan storyline.. banyak kita bercakap juga, tak kan mahu tinggalkan 'tergantung begitu saja'...   Lara : cepatlah berlalu!

Friday, October 15, 2010

k-novel (knowledge novel)

                        Bagi cikgu sejarah seperti saya,guru pengajian am, guru moral, sivik atau mana-mana individu yang memahami Konsep Wawasan 2020, atau Dasar negara yang cuba melahirkan Masyarakat yang berilmu, pasti sudah biasa dengan makna huruf 'k' di pangkal perkataan seperti k-ekonomi dan k-masyarakat. K di sini merujuk kepada knowledge ekonomi, atau knowledge masyarakat yang merujuk kepada melahorkan masyarakat yang berilmu atau ekonomi yang dicetuskan daripada landasan ilmu.

                   Persoalannya bagaimana kita boleh mencapai masyarakat yang berilmu jika kita malas membaca? Mengikut Islam, ayat pertama yang diturunkan kepada Rasul pilihan, Rasulullah s.a.w adalah berbunyi," Bacalah..." yang meminta agar umatNya membaca bagi mendapatkan ilmu. Malangnya, umat Islamlah yang ternyata kurang mencari ilmu.Yang cube diketengahkan adalah menghentam antara satu sama lain yang berbeza aliran politik, wahhal dalam Islam, Al-quran mahupun Hadis tidak pernah menyebut yang Umat Islam wajib berpolitik! Dan yang palng saya menyampah, ada orang dalam parti yang berani mendakwa, jika anda adalah parti ini, syurga sudah teryamin untuk anda! Pelikkan? Bagaimana mereka seberani begitu dalam menentukan hal-hal yang sepatutnya  berada dalam tangan Allah? Kepada orang yang jahil seperti saya, saya mengetahui sangat-sangat bahawa pernah disebut oleh Rasulullah, terdapat sepuluh orang yang memang dijamin syurga oleh Allah. Maknanya, memang sah mereka akan menuju ke syurga bersesuaian dengan amalan dan taraf keimanan mereka terhadap Islam. Yang lain-lain, kita belum ada 'tiket' dan 'pass' pun.. semuanya bergantung kepada doa kita kepada Allah. Semoga Allah sentiasa mengampunkan kesalahan kita!

     Saya suka membaca apa sahaja cabang ilmu. Kadang-kadang baca buku perubatan walaupun tersanggaplah.. ha ha.. mengantuk sebab ini bukannya bidang kita. Saya percaya cabang ilmu adalah luas dan tidak semestinya belajar sehingga Phd bagi membuktikan kita boleh mendapat ilmu. Sebaliknya Phd pun hanya merujuk kepakaran tertentu bagi satu atau dua bidang sahaja dan bukannya b'bijaksana' dalam semua perkara atau ilmu. Buku novel pula, saya suka sekali membaca yang menunjukkan kepakaran dalam sesuatu bidang, dan bukannya sekadar cerita cinta khayalan yang kosong.
     Dalam menghasilkan novel, saya suka menekankan konsep k-novel. Saya berazam menjadikan novel saya bukan sahaja sebagai bacaan ringan diwaktu senggang, tetapi mahu menjadikan konsep novel sebagai konsep 2 dalam satu. Pertama, sebagai novel, bacaan yang merehatkan otak sebab dalam novel biasanya penulis akan fokus kepada perkara-perkara positif (kalau sayalah) supaya otak atau minda kita akan fokus kepada perkara-perkara yang juga positif. Kedua, bacaan ini juga akan memberi kita ilmu, bukan sekadar ilmu cinta tetapi juga ilmu lain yang boleh diselitkan di dalamnya.
    Dalam Dimensi Cinta (disebut DC) saya fokuskan kepada beberapa ilmu baru yang mungkin kita tidak ketahui jika kita bukan seorang arkitek, pakar komputer dan seorang guru. Juga saya fokuskan dengan detail tentang tempat-tempat seperti London, Adelaide, Tasik Kenyir dan Langkawi juga. (Boleh ke blog DC untuk huraian dan bacaan lanjut) Dalam buku kedua saya memfokus kepada pilot juru terbang) saudara kembar, bidang pertanian, Toulouse, New York, Memanjat Gunung Kinabalu. (sila ke blog Cinta sikunang-kunang untuk bacaan lanjut)
    Saya harapkan anda enjoy membaca DC dan akan datang (dis 2010, Cinta sikunang-kunnag) sepertimana saya enjoy menulisnya...

Sunday, October 10, 2010

Inspirasi saya.

Dunia Buku: Terbanglah Sayang
Oleh Mohd Tan’im Tajuddin
bhsastera@nstp.com.my
2010/04/30

Apakah persahabatan kekal abadi dapat dipertahankan

TERBANGLAH Sayang karya Aina Emir tetap akan menjadi pilihan pembaca dan tentunya memukau peminat pengarang yang terkenal dengan sentuhan kasih sayang dalam karyanya meskipun novelnya kali ini menampilkan watak yang terlalu ramai.

Tiga sepupu berwajah seiras, Lutfiya, Zahra dan Syafinaz, berkawan baik dari kecil sehingga dewasa lalu sering dilihat sebagai kembar, tetapi sungguhpun demikian, tanpa disedari mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut trofi sehingga ada perasaan cemburu terbit di sanubari masing-masing untuk tampil sebagai pemenang.
 Inaz atau Syafinaz, seorang yang rancak dan kecoh, sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan, sedang mencari seseorang yang baik budi untuk menambat hatinya, nyata lebih senang dengan lelaki bertubuh 'tegap', asalkan tidak mengingatkan dirinya kepada ayahnya.
Lutfiya atau nama timangannya Fiya pula seorang yang pintar, suka kepada alam semula jadi dan aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah mempunyai teman dan kini berada hadapan dan perbezaan perwatakan menyebabkan kedua-duanya sering bercakaran, manakala Munawarah dan Melissa, dua teman baik yang cuba menjadi penasihat.

Pada suatu ketika, Fiya mengajak Inaz ke rumah Muna, sahabat baik mereka kerana mahu melakukan aktiviti lasak iaitu mendaki Gunung Ledang yang kebetulan terletak berdekatan dengan rumah kawannya itu selain menjemput rakan sekerja mereka, Melissa.

Takdir membawa kepada pertemuan mereka dengan seorang pegawai tentera berpangkat mejar, Arash yang terbaring kerana pengsan sambil dikelilingi tiga jejaka, Hakim, Ikram dan Munir, yang menjerit memohon bantuan bagi menyelamatkan rakannya itu.

Meskipun Fiya, Inaz, Melissan dan Muna berasa takut ketika mendengar jeritan kerana ketika itu waktu sudah pun gelap, tetapi perasaan ingin tahu mengatasi segala dan menguatkan mereka untuk terus mendaki bagi mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku.
Hakim paling tertekan dengan peristiwa terbabit kerana bertanggungjawab memujuk Arash untuk mendaki Gunung Ledang apabila melihat temannya itu berada dalam keadaan tertekan sebaik mengetahui bahawa dirinya adalah anak angkat mamanya.
Ketiga-tiga jejaka menyangka Fiya dan kawannya Melissa sebagai doktor, tetapi sangkaan mereka ternyata silap kerana mereka sebenarnya doktor haiwan, lalu dinasihatkan agar membawa lelaki yang pengsan itu turun ke kaki gunung bagi mendapatkan bantuan.

Arash yang kebetulan demam ketika mendaki Gunung Ledang sehingga menyebabkan dirinya pengsan dibawa Ikram ke rumah mak ciknya yang kebetulan adalah rumah Muna dan membongkar identiti Ikram yang sebenarnya adalah sepupunya, lalu mereka berbual panjang.

Inaz terlalu gembira apabila mendapati Arash turut berada di situ, tetapi berasa cemburu apabila melihat sepupunya Fiya sedang berbual-bual dengan jejaka yang mula mendapat tempat di hatinya, tanpa mengetahui kedudukan sebenarnya duduk perkara hubungan teruna dan dara terbabit.

Ketika Arash mahu meninggalkan rumah Muna sambil meminta Hakim menemani bagi meneruskan misi menjejaki ibu kandungnya, Inaz mencuri peluang bertukar nombor telefon dan hatinya mula berbunga apabila mesej kirimannya mula mendapat balasan.

Inaz mula menyangka Arash jatuh hati kepadanya dan mula meluahkan perasaannya itu kepada Fiya tanpa menyebut nama pemuda dambaannya, manakala Fiya setia mendengar dengan penuh perasaan serta bersyukur kerana gadis itu akhirnya sudah menemui kekasih hati.

Fiya yang mengatur cuti pulang ke kampung dengan misi mempertemukan Inaz dengan ibunya yang sedang seksa menanggung rindu kepada anaknya itu, kecewa apabila pelawaannya ditolak lalu mengajak Melissa menemaninya dan kepulangannya kali ini turut membongkar suatu misteri.

Ketika menemani adiknya yang baru pulang dari asrama ke Kuala Dungun bagi membeli keperluan sekolah, Fiya terserempak dengan Arash dan Hakim, lalu teka-teki dan pelbagai persoalan yang berlegar ketika pertemuan di Gunung Ledang semakin bertambah kompleks.

Apakah Melissa dan Muna benar-benar menjadi penasihat dan orang tengah yang mendamaikan Fiya dan Inaz atau sebaliknya dapat diketahui dengan membaca sendiri suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, disusun indah Aina Emir dalam novel Terbanglah Sayang.

Novel ini bakal menghiburkan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, selain mendekatkan pembaca kepada wira negara yang mungkin sebelum ini tidak dapat dikenali secara dekat dan serentak itu mendalami emosi
seorang anak angkat yang cuba mencari identiti dirinya.

INFO: Terbanglah Sayang
  • Pengarang: Aina Emir
  • Penerbit: Karnadya Solutions Sdn. Bhd.
  • Tebal: 568 halaman
  • Bintang: ****


Sentuhan kasih Aina Emir

AINA Emir, nama pena bagi Latifah Emir Ahmad, bekas Pegawai Latihan (Bahagian Sumber Manusia), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak, pada 1957 dan bersara pilihan bagi menyertai dunia perniagaan.
Penulis prolifik ini beralih ke dunia penulisan kreatif yang pernah diuliti, selepas tidak menikmati kepuasan dalam bidang perniagaan, tanpa menyangka langkah itu membawa tuah berterusan kepadanya dengan mengecapi kejayaan tidak berkesudahan.

Bidang penulisan akhirnya mengembalikannya semula ke dunia perniagaan apabila beliau akhirnya menubuhkan KaryaDya Solutions Sdn Bhd bagi menerbitkan karya garapannya dan turut dibuka kepada penulis baru mahupun sudah bernama.

Daripada syarikat penerbitan karya kreatif dewasa, ia berkembang kepada bahan bacaan awal remaja dan kanak-kanak serta buku masakan di samping menerbitkan filem dokumentari, sebelum dikembangkan kepada bidang pengedaran dalam usaha memastikan kehadirannya terus kukuh.

Aina Emir yang turut menggunakan nama pena Jenna Jehan untuk novel dalam siri misteri, pernah mencatat sejarah apabila novel pertamanya, Sesuci Cinta (2003) mencatat jualan melebihi 50,000 naskhah dalam tempoh kurang setahun berada di pasaran.

Karya keduanya, Seharum Kasih dan disusuli Setulus Janji, Aura Cinta, Semalam Kubermimpi, Kau Laksana Bulan, Bunga-Bunga Kemboja, Hanya Kita Berdua, Matahariku dan Rahsia Bukit Residen (buku bacaan awal remaja dengan nama samaran Lea Mansur) dan turut menceburi genre chick lit dengan novel wanita bujang, Namaku N.

Inspirasi saya.

 Walaupun saya sebenarnya bukanlah penggemar novel. Saya hanya menjadi peminat novel sekitar usia awal dua puluhan, barangkali banyak masa lapang dan banyak cuba mendapat 'feel' bercinta. Selepas berkahwin, lagilah tiada masa. Dan sekarang, banyak tumpuan dan masa saya dihabiuskan dengan kerjaya, rumahtangga dan research untuk penulisan. Namun nama Puan Norhayati Berahim adalah nama yang saya kenali. Pernah membaca buku novelnya, dan tidak menyangka begitu banyak sekali novel yang pernah ditulisnya. Saya sekadar pernah membaca beberapa buah sahaja. 

   Petikan Metro

   “Bukan gelaran atau anugerah dimenangi yang dinilai sebagai bukti kejayaan seseorang penulis itu. Kadangkala buku laris yang ada di pasaran amat menyedihkan, penuh dengan tulisan ‘sampah’, tatabahasa yang tunggang-langgang atau cerita khayalan kahwin paksa.

“Bagaimana mahu mendidik pembaca kalau kita sebagai penulis mengajar pembaca dengan cerita khayal yang begitu memualkan. Senario ini sering membuat saya terfikir, ke mana arah penulisan kita satu hari nanti?

“Penulis pula berbangga kerana buku mereka laris sedangkan tanpa sedar, mereka memberi kerosakan pada arah tuju penulisan tanah air,” katanya. (Puan Norhayati )


    Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Puan Norhayati.  Sebagai penulis, bukanlah anugerah atau gelaran yang meletakkan penulis sebagai idola dalam mendidik masyarakat. Kita tidak boleh meletakkan kisah khayalan yang memualkan semata-mata. Novel biarlah memberi pendidikan kepada pembaca. Konsep K-novel (knowledge novel) ingin saya terapkan dalam setiap novel saya, Insya_Allah.



   “Saya amat pantang pada orang yang tidak suka membaca. Membacalah walau bungkusan nasi lemak yang sedang kita makan, mungkin dari situ dapat kita kutip sesuatu,” katanya. (Puan Norhayati)


   Saya menyokong penuh apa yang dikatakan Puan Norhayati. Tanpa pembaca, ceteklah ilmu. Saya dapat merasakan sejak menjadi penulis, saya lebih kerap membaca, kerana saya memerlukan informasi dalam menghasilkan penulisan saya. Saya tidak mahu sekadar menghidangkan cerita tanpa maklumat dan informasi. Pada saya, menghasilkan uku tanpa info seumpama hanya memakan nasi tanpa hidangan lauk.





Petikan Harian Metro 4.10.2010

Peminat bagaikan sahabat

Teks dan gambar Kusyi Hirdan
kusyihirdan@gmail.com
NORHAYATI Berahim, novelis yang sudah menghasilkan 54 novel sejak 1992 tidak pernah memperlahankan langkah dalam dunia penulisan kerana minatnya yang amat mendalam di bidang itu.

Ada yang menyangka dia sudah semakin sepi, ternyata tanggapan itu salah sama sekali. Dunia penulisan dan ibu kepada seorang anak ini ibarat irama dan lagu, yang tidak dapat dipisahkan selagi hayat dikandung badan.

“Betul, penulisan seperti sudah menjadi darah daging saya. Umpama makanan yang harus dikunyah dan ditelan setiap hari.

“Ia menjadi sumber kekuatan saya untuk bergerak dan terus hidup. Saya harus menulis kerana jika berhenti, seolah-olah jiwa ini sudah mati.”

Begitu kata penulis kelahiran Melaka ini apabila ada yang mengatakan dia sudah memperlahankan rentak, tidak selaju pada awal kemunculannya dulu. Sehingga kini, buku pertama yang diterbitkan syarikat NB Kara masih diulang cetak dan sudah dicetak sebanyak 15 kali manakala purata bukunya diulang cetak melebihi 10 kali.

Begitu banyak novel yang ditulis, mana satu paling disayangi? 

Bagi Norhayati, semua istimewa di hati dan setiap satu memberi kesan yang tersendiri dalam hatinya.

“Cuma novel Cinta Dan Cita ditulis melalui pengalaman sendiri jadi ia berbekas di hati sehingga kini. Ingat lagi ketika ia diterbitkan pada 1992 dahulu, rasa seronok sangat dan ketika itu langsung tidak memikirkan ganjaran.

“Walaupun waktu itu manuskrip dibeli dengan harga RM1,000 oleh penerbit, bagi saya ia sudah cukup besar,” katanya.

Seperti kebanyakan insan seni lain, kematangan diri akan mempengaruhi hasil kerja mereka. Norhayati juga melalui fasa hidupnya sendiri.

“Bukan hanya saya sahaja yang matang tetapi juga pembaca saya. Kalau dahulu menulis hanya mengikut gerak hati, sekarang harus difikir dari pelbagai sudut. Apa kesan pada pembaca? Apa ilmu yang harus disampaikan? Ini kerana kita harus bertanggungjawab dengan apa yang ditulis.

“Satu perkataan kadangkala boleh membawa satu kerosakan yang cukup besar dan kadangkala satu perkataan juga boleh membawa kebaikan. Syukur dan rasa terharu, pembaca dan sahabat suka dengan setiap perubahan dan cerita yang dibawa,” katanya.

Pengikut novel Norhayati ramai yang teruja dengan novel terkini, Layang-Layang Bertali Kaca kerana ketebalannya, 925 muka surat.

“Ini bukan pembaharuan tetapi saya memang sudah biasa menulis banyak karakter dan dari situ, plot yang mahu dikembangkan juga banyak dan menarik,” balas Norhayati yang gembira dengan sambutan peminatnya.

Penulis ini sebenarnya mempunyai ribuan peminat setia sejak 18 tahun lalu dan mereka datang daripada pelbagai peringkat usia, bangsa dan gender. Bukan hanya wanita, lelaki juga menjadi pengumpul setia setiap novelnya.

Bagaimana hubungan yang terjalin antara novelis dan peminat yang sekarang kebanyakannya berkumpul di laman sosial facebook untuk mengetahui perkembangan terkininya?

“Saya tidak pernah menganggap mereka peminat, sebaliknya sahabat. Merekalah yang saya selalu cari untuk diajak berbincang isu semasa. Persahabatan kami berlangsung penuh keikhlasan.

“Daripada mereka kadangkala saya mendapat idea. Saya tidak begitu suka menganggap pembaca novel saya sebagai peminat kerana keadaan itu membuatkan perasaan kita ada batasnya. Tetapi kalau sahabat, perasaan itu lebih meluas. Ikhlas dan jujur makin mengeratkan hubungan,” katanya.

Pada ulang tahun hari lahirnya, begitu banyak kek yang dihantar peminat, begitu juga ketika hari raya. Malah, ada yang sejauh Sarawak mengirim kuih raya dan kek lapis tanda ingatan. Semuanya membuatkan hati Norhayati tersentuh dan terharu.

Sejak dari awal pembabitannya, sahabat dan peminat novelnya adalah penyuntik semangat paling utama.

“Mereka banyak memberi saya kekuatan. Apabila mendengar novel baru saya akan diterbitkan, ada yang datang ke pejabat mahu membeli sedangkan novel masih lagi di dalam pencetakan. Walaupun ada yang saya tidak kenal rapat, saya amat menghargai mereka,” katanya.

Bagi Norhayati, kejayaan seseorang penulis dinilai dengan sudut yang meluas sekali.

“Bukan gelaran atau anugerah dimenangi yang dinilai sebagai bukti kejayaan seseorang penulis itu. Kadangkala buku laris yang ada di pasaran amat menyedihkan, penuh dengan tulisan ‘sampah’, tatabahasa yang tunggang-langgang atau cerita khayalan kahwin paksa.

“Bagaimana mahu mendidik pembaca kalau kita sebagai penulis mengajar pembaca dengan cerita khayal yang begitu memualkan. Senario ini sering membuat saya terfikir, ke mana arah penulisan kita satu hari nanti?

“Penulis pula berbangga kerana buku mereka laris sedangkan tanpa sedar, mereka memberi kerosakan pada arah tuju penulisan tanah air,” katanya.

Ditanya mengenai penulisan sebagai periuk nasi utama, bagi Norhayati, hendak seribu daya. Tuah tidak bergolek, sebaliknya mesti disertakan usaha yang keras dan sentiasa bersyukur pada nikmat yang Allah kurniakan. Tidak dinafikan, dia berjaya mengumpul harta dan hidup selesa dengan hasil menulis buku.

“Insya-Allah, penulis boleh hidup senang dengan menjadikannya kerjaya dengan syarat dia perlu berdedikasi dan mempunyai niat yang tulus ikhlas untuk menulis.

“Setiap kali menulis, saya akan fikirkan mesej yang harus disampaikan kepada pembaca. Niat kita harus fokus. Bukan kerana glamor atau imbuhan tetapi kerana minat dan menyampaikan mesej.

“Jangan lupa berdoa kepada Allah supaya idea kita tidak putus. Berusaha keras, jangan mengalah dan material akan datang kemudian, Insya-Allah,” katanya.

Sebagai veteran dalam bidang ini, Norhayati berharap, penulis baru jangan malas atau mencari jalan mudah tatkala menghasilkan karya.

“Ada yang memberitahu mahu menjadi penulis novel seperti saya tetapi apabila ditanya, dia tidak pernah membaca novel saya pun. Dia mahu menjadi penulis seperti saya kerana sering melihat novel saya di rak buku di kedai.

“Saya amat pantang pada orang yang tidak suka membaca. Membacalah walau bungkusan nasi lemak yang sedang kita makan, mungkin dari situ dapat kita kutip sesuatu,” katanya.

Namun, Norhayati tidaklah mengatakan penulis novel perlu berpendidikan tinggi walaupun ia adalah bonus yang membantu.

“Bagi saya, pendidikan di atas kertas tidak perlu. Ilmu di mana-mana boleh didapati, begitu juga pengetahuan. Membaca dan mengembara adalah dua keperluan yang cukup tinggi dalam penulisan.

“Bahkan seorang penulis perlu mengkaji teknologi dan harus tahu perkembangannya setiap masa kerana teknologi bergerak pantas. Mungkin 10 tahun lalu, teknologi itu wujud tetapi sekarang sudah lupus, jadi teknologi terkini perlulah dipelajari,” katanya.

Menurut Norhayati lagi, ramai juga yang tergopoh-gapah untuk naik menjadi penulis dan tidak bersedia. Apabila tidak bersedia dari segi mental, maka mudah berputus asa.

Ada juga yang menyangka populariti boleh menjadikan buku tulisan mereka laku sedangkan ada penulis yang tidak begitu dikenali rupa parasnya tetapi begitu dikenali hasil tulisannya. Malah, mereka turut dijadikan contoh oleh penulis lama dan baru.

“Saya lihat, ada juga yang terlalu mengejar glamor. Mereka sangka menjadi penulis itu glamor. Tidak sesekali, kalau itu tanggapannya, percayalah, lambat atau cepat, anda akan gagal,” katanya.

Nyata, Norhayati tegas dalam menggariskan ciri-ciri menjadi seorang penulis. Sekiranya anaknya sendiri, Qaisara Seyit Kara, 4, kelak mahu berkecimpung di bidang sama, dia amat mengalu-alukannya.

“Cuma, saya akan tekankan pada dia menulis bukan untuk glamor. Dia harus mempunyai ilmu untuk menulis, bukan sekadar penulisan kosong membelai dan mempermain jiwa. Dia harus rajin memerhati, membaca, meneliti dan berfikir dengan secara kritis dan kritikal.

“Tetapi kalau boleh saya mahu dia menghafaz al-Quran seperti bapa saudaranya seorang hafiz,” katanya.

Bidang penulisan adalah bidang yang sangat berisiko dan tiada jaminan pasti. Sebab itu kata Norhayati, sekiranya di peringkat awal, jangan terlalu mengharap imbuhan. Imbuhan akan mula kita nampak selepas buku ketiga dan seterusnya.

“Sekarang ramai yang menelefon ke syarikat saya mahu menghantar manuskrip dan belum manuskrip dihantar sudah bertanya pasal royalti. Bukan tidak boleh bertanya tetapi kadang-kadang mereka menyangka akan cepat mendapat duit dengan menulis sebuah novel.

“Apabila dijelaskan royalti hanya dapat diberi selepas enam bulan atau setahun buku itu dipasarkan, ramai yang kecewa. Tetapi itulah hakikat dalam dunia penerbitan yang sebenarnya. Sebab itu, saya katakan, penulis perlu bersedia secara mental, hadiri kursus penulisan yang boleh memberi kita banyak
input dan perkongsian ilmu,” katanya.

Ada penulis baru yang tertekan kerana tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga mereka tetapi bagi Norhayati, itu bukan masalah besar.

“Sokongan keluarga saya biasa saja, ada yang tidak membaca pun karya saya kecuali seorang kakak bernama Mijah, seorang guru. Dia akan membaca setiap buku dan mengulas serta memberi komen mengenainya.

“Mungkin kami berkongsi minat yang sama, dia pernah menulis dan beberapa karya tersiar di Radio Malaysia Melaka pada 90-an dahulu.

“Penulis harus dikenali melalui penulisannya dan kerana itu dia digelar penulis atau novelis. Pada pendapat saya, penulis tidak sama dengan golongan pelakon atau penyanyi, maka tidak perlu pakej cantik atau menarik tetapi yang perlu adalah ketajaman fikiran dalam menzahirkan ia ke dalam penulisan.

“Peribadi juga harus selaras dengan apa yang kita tulis. Ada sesetengah penulis muda menulis mengenai hadis, menulis buku islamik tapi peribadi tidak berjaga.

“Tetapi ada juga penulis baru yang baik, mahu membaca, mengkaji novel penulis lain, tidak berhenti membaca dan tidak berhenti berusaha.

“Cuma sayang, penulis yang sebegini jarang dipandang,” katanya.

Untuk kekal kukuh di persada dunia penulisan, bukan perkara enteng bagi Norhayati. Dia tidak sepanjang masa bertilamkan ros dan melalui jalan mudah sepanjang masa.

“Cabarannya teramat besar, apatah lagi bila terbabit dalam penerbitan. Saya tidak menghadapi masalah dengan pembaca kerana mereka sentiasa menyokong dan berada di sisi saya susah dan senang.

“Cabaran yang memerlukan kekuatan mental, kesabaran dan kebijaksanaan dalam melaluinya ialah di luar

ruang lingkup penulis dan pembaca. Umpamanya cabaran sesama penulis, pengedar dan kedai buku. Begitu rencahnya apabila kita masuk ke dunia perniagaan,” katanya.

Norhayati menubuhkan Syarikat NB Kara pada 2004 dan katanya, ia lebih kepada kepuasannya sendiri serta mahu melangkah setapak lagi di bidang penerbitan.

“Melalui NB Kara, saya tekad untuk mengeluarkan buku yang bermutu yang boleh dijadikan terapi minda bagi mengatasi lambakan novel yang ditulis hanya semata-mata mengejar keuntungan,” katanya.

Melalui NB Kara, Norhayati menyasarkan untuk menerbitkan 10 hingga 12 novel penulis lain setiap tahun.

“Untuk mendapat manuskrip yang baik amat susah. Saya memang cerewet dalam perkara ini. Terlalu banyak manuskrip yang sampai ke tangan kami tetapi ceritanya hampir sama.

“Putus cinta, kecewa atau kahwin paksa, seperti kelangsungan hidup ini hanya berkisar perkara itu saja. Terlalu luas alam penulisan untuk kita terokai. Semuanya akan datang sekiranya kita rajin membaca dan mencari ilmu sepanjang masa,” katanya yang mengakui akan terus menulis selagi Allah memberikannya idea.

Novel keluaran NB Kara boleh didapati di kedai buku seluruh negara termasuk rangkaian Kinokuniya dan MPH.

PROFIL
NAMA: Norhayati Berahim
TARIKH LAHIR: 26 Mac 1966
ASAL: Bukit Katil, Melaka
KELULUSAN: Bacelor Sains Pembangunan Manusia, Universiti Putra Malaysia
HOBI: Mengembara, membaca dan menanam bunga
NOVELIS KEGEMARAN: Arenawati
SUAMI: Seyit Kara, 53 (berasal dari Turki)
ANAK: Qaisara Seyit Kara, 4 tahun


******************************

   Walaupun saya sebenarnya bukanlah penggemar novel. Saya hanya menjadi peminat novel sekitar usia awal dua puluhan, barangkali banyak masa lapang dan banyak cuba mendapat 'feel' bercinta. Selepas berkahwin, lagilah tiada masa. Dan sekarang, banyak tumpuan dan masa saya dihabiuskan dengan kerjaya, rumahtangga dan research untuk penulisan. Namun nama Puan Norhayati Berahim adalah nama yang saya kenali. Pernah membaca buku novelnya, dan tidak menyangka begitu banyak sekali novel yang pernah ditulisnya. Saya sekadar pernah membaca beberapa buah sahaja.

   “Bukan gelaran atau anugerah dimenangi yang dinilai sebagai bukti kejayaan seseorang penulis itu. Kadangkala buku laris yang ada di pasaran amat menyedihkan, penuh dengan tulisan ‘sampah’, tatabahasa yang tunggang-langgang atau cerita khayalan kahwin paksa.

“Bagaimana mahu mendidik pembaca kalau kita sebagai penulis mengajar pembaca dengan cerita khayal yang begitu memualkan. Senario ini sering membuat saya terfikir, ke mana arah penulisan kita satu hari nanti?

“Penulis pula berbangga kerana buku mereka laris sedangkan tanpa sedar, mereka memberi kerosakan pada arah tuju penulisan tanah air,” katanya. (Puan Norhayati )


    Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Puan Norhayati.  Sebagai penulis, bukanlah anugerah atau gelaran yang meletakkan penulis sebagai idola dalam mendidik masyarakat. Kita tidak boleh meletakkan kisah khayalan yang memualkan semata-mata. Novel biarlah memberi pendidikan kepada pembaca. Konsep K-novel (knowledge novel) ingin saya terapkan dalam setiap novel saya, Insya_Allah.


   “Saya amat pantang pada orang yang tidak suka membaca. Membacalah walau bungkusan nasi lemak yang sedang kita makan, mungkin dari situ dapat kita kutip sesuatu,” katanya. (Puan Norhayati)


   Saya menyokong penuh apa yang dikatakan Puan Norhayati. Tanpa pembaca, ceteklah ilmu. Saya dapat merasakan sejak menjadi penulis, saya lebih kerap membaca, kerana saya memerlukan informasi dalam menghasilkan penulisan saya. Saya tidak mahu sekadar menghidangkan cerita tanpa maklumat dan informasi. Pada saya, menghasilkan uku tanpa info seumpama hanya memakan nasi tanpa hidangan lauk.



Thursday, October 7, 2010

Teater Tun Dr Mahathir.. Best



   Saya bukan seorang yang suka menonton teater, jauh sekali 'hantu' teater.. Saya memang tidak suka sebarang program nyanyian apatah lagi tarian.. saya tidak suka melihat rancangan seumpama ini. Melihat orang terkinja-kinja menari, hmm, just not me. Bukannya sebab cuba 'bersikap' alim kucing cuma itulah saya sejak dahulu lagi. Kalau zaman budak-budak lagi, masa itu fun fair, saya hanya bertahan menonton 3-4 lagu, dan terasa mahu pulang. Saya tidak selesa duduk-duduk di rumah / bangku dengan ramai orang menjerit sebab saya allergik sekali dengan bunyi orang menjerit! (murid saya tahu sangat kalau kelas mereka bising sebelum saya mengajar atau baru masuk, mereka akan kena berdiri sampai semuanya senyap) Entahlah! Saya pening apabila berada dalam suasana bingit! Di rumah pun, saya tidak akan menonton Akademik Fantasia, Mari Berdansa dan sebagainya.. it's just not me! Jadi bayangkanlah bagaimana mahu mendorong orang seperti saya, yang tidak suka program nyanyian dan tarian melihat teater musikal.. Hah! pelikkan?

Apakah yang mendorong saya ke sana?
1.Tetapi saya memang ber'hantu' sekali dengan Tun Dr.M. Saya bangga sekali dengan 'bapa pembangunan moden' ini. Saya suka idea Tun. Saya mengikuti sejarah Tun dari segenap segi. Dibandingkan dengan Pm yang lain, yang tidak begitu saya kenali. Saya membesar semasa pemerintahan Tun. Jadi saya dapat mengikuti semua perkembangan negara yang mendewasakan saya! Jadi berpeluang menonton sejarah diri Tun, tentulah sesuatu yang menyeronokkan.

2. Istana Budaya: saya juga selesa dengan IB, maklumlah sebuah panggung bertaraf antrabangsa. Kali ini merupakan kali kedua saya ke sana. Kali pertama apabila menonton Konsert  Dato' Siti Nurhaliza! Itupun sebab minat dengan Siti dan kawan yang mengajak sangat! he he..

  Cadangan: jika memilih tempat di IB, sebaliknya pilihlah di Grand Stand, di bahagian tengah terbaik, tetapi di kiri kanan pun okay. Grand stand bermakna di bahagian tingkat pertama. (bawah, grand dan tingkat dua) Jika berada di bahagian bawah, jika ada persembahan bermula dari pintu ( diadakan untuk gimik dan sebagainya, anda tiadk berpeluang melihat di bahagian bawah. Jika di tingkat 2 juga, pentas kelihatan kecil... dan tidak berpelung melihat lakonan/ gimik yang bermula di bahagian pintu)

3. The show: fantastik, fun, musik hebat.. bak kata amatur macam saya ni: two thumbs up!! bagus. The skrip are briliant... the ideas mencakupi bahagian sejarah, kisah cinta (romantik)..  perjalanan ceritanya tidak menjemukan.. alangkah bagusnya sekiranya teater ini diteruskan nanti ketika murid spm tamat peperiksaan! Memang best.

4. Menonton teater ini merupakan salah satu cara mudah memahami sejarah perkembangan negara. Dan untuk individu yang tidak memahami sejarah, menontonnya memudahkan cara kerana penerangannya jelas. Contohnya diterangkan tentang Malayan Union (untuk yg tidak memahaminyalah) Cara menyusun prop dan sebagainya, teratur dan tidak mengganggu stage langsung. Seandainya berpeluang saya pasti akan menonton lagi dan lagi dan lagi dan lagi!

5. Cuma saya rasakan cafe IB patut dimajukan lagi. Untuk mencapai dan mengekalkan taraf antarabngsa, cafe sebegitu tidak cukup untuk 'dilabel sebagai antarabangsa'. Harapnya pengurusan IB akan melakukan sesuatu tentang hal ini. Jika struktur cafe diubah, saya percaya lebih ramai lagi orang akan singgah makan di situ!

6. Agak kecewa kerana CD lagu yang dibeli tidak dinyanyian oleh penyanyi asal teater. Di pentas, nyanyian antaranya, nyanyian Erra, but Cd nyanyian orang lain. Kurang sedap dibandingkan dengan  nyanyian Erra sendiri!

Over all: Two thumbs up!!

Tuesday, October 5, 2010

Aduhai manuskrip

  Minggu ini agaknya tidak berganjaklah manuskrip saya. perlu melibatkan diri sebagai pegawas PMR. Rela dalam paksa. Kata orang, satu tanggungjawab. Memang iya jugalah. Apabila nama sudah naik sebagai pengawas, tidak boleh tidak, apa mau buat. Sebenarnya sama seperti ke sekolah jugalah, cuma ke sekolah, jam 2 petang, sudah boleh 'chow'..ini sampai petang, balik rumah sudah penat.. menulis pun tidak dapat lagi sebab mata pun sudah kuyu... walaupun idea banyak bertakung dalam kepala, mata tak boleh buka....

    Pagi pulak, perlu keluar lebih awal, kalau biasa, jam 7 pagi, saya baru keluar, ini jam 6.40 pagi, sudah pun bertolak.. di sana pulak, tak boleh buat kerja sangat pun.... kena berdiri, isi borang sana-sini.. maklumlah, nama pun mengawas peperiksaan. Mana mungkin, boleh duduk dan menaip manuskrip! cantiklah kalau boleh berbuat demikian!

   Malam esok ke Istana Budaya, menonton Tun Dr M, my idola.. teater.. saya tak minat pun teater ni, tapi sebab ini adalah musical teater, okaylah kot... lagi pun kisah agung Tun Dr.M yang saya kagumi, sayangi, dan banyak2 yang tak teristilah...  saya gerenti tidak mahu melepaskan peluang kekemasan ini.