Minggu lepas ada murid saya yang kelihatan sedih apabila kawan2 kelasnya mengejeknya gemuk. Saya katakan, kawan-kawannya sekadar 'suka-suka' memperolokkan dia saja. Kadangkala gurauan budak2 ni keterlaluan sikit. Saya katakan, janganlah biarkan kata-kata orang merendahkan semangat kita. Saya bagi contoh, saya sebagai penulis buku, ada orang barangkali akan mengulas buku kita di mana-,mana. Ada yang suka, akan kata bagus. (yang sukakan banyak jenis info, pening2kan kepala sikit, suka banyak watak yg mencabar minda : akan suka cara saya menulis.)Barangkali yang yang suka watak secara 'direct' saja: kisah 'present' sahaja tanpa ada teknik 'flash back', memori berbalik sana-sini, barangkali tidak suka sebab dia malas untuk berfikir ... dan banyak secara direct saja. pusing2 sikit pun malas nak fikir..jadi pembaca macam ni tak akan suka buku saya. Dia akn cari penulis yang berfikir macam dia juga, baru dia kan kata: bestnya...
Saya katakan pada murid saya, ulasan rencana org itu yg mungkin 3-4 atau 7-8 perenggan tidak akan meluluhkan emosi saya. Saya sudah menulis beratus muka surat dan dia hanya 2-3 muka surat... jadi ulasan yg mungkin tidak saya sukai tidak akan menjadi 'beban perasaan'.. kita janganlah mengukur diri dengan kemampuan orang lain. Buat yang terbaik dan biarkanlah segalanya berada dalam TakdirNYA.
Menanti november... 19 hari lagi menuju cuti.. tak sabar untuk bercuti. sudah sesak dengan pelbagai perkara... sebelum cuti, teruk juga kena lanyak untuk menyiapkan kerja.... kerja kerja kerja...
Berjanji akan cuba bantu junior menulis. Dia sudah menulis, saya akan cuba baca dan beri pertambahan idea. mengapa tidak? Membantu orang lain! Menjadi motivator orang lain tentu seronok rasanya. Kalau sedikit kejayaan saya menulis buku menjadi satu cabaran kepada orang lain untuk menulis juga! Mengapa tidak!
No comments:
Post a Comment