Mahu ke MAHA? Anda perlulah maha sabar, maha kuat kaki, maha tahan hujan, maha bengang, maha geram..then barulah boleh sampai ke Maha...
Ke Pameran Maha, (28 nov) bukanlah dalam perencanaan saya pun, sebenarnya, teringin juga sebab ada menyebut Maha Internasional. Lagi pun, my mum, auntie dan anak-anak buah di sini. Jadi, Maha pun, Maha lah.. jiwa berkobar-kobar walaupun suspen juga tentang isu trafik etc, maklumlah, pameran antrabangsa. Teka-teki terjawab, di sepanjang lebuhraya, tak ada masalah... lancar sahaja. Perjalanan hanya mengambil masa 15 minit sahaja.
Dari simpang UPM ke MAHA, di sinilah bermulanya masalah. Jalan yang sepatutnya sebaris sahaja, disi dengan tiga baris kereta..Dalam kereta, kita sudah berasap 'free'. Sepatutnya 1 baris sahaja, emandu yang tak berakal ni, main potong dan buat 3 baris yang tak perlu. Sepatuntya lalu lintas dikawal oleh POLIS TRAFIK bukannya RELA yang tidak mempunyai kuasa menahan dan menyaman pemandu yang samseng! Kalau polis trafik, saya percaya, habis patut kena saman! Barulah line boleh clear.. Lorong masuk hanya 1 lorong, dan di jalan ada 2 'barisan haram', satu saja yang betul (halal) manalah tak jem teruk. Parking tak ada masalah, sebab ada beribu parking.
Panduan MAHA pun sepatutnya diedarkan di pintu masuk. Orang ramai seolah tak tahu mana mahu tuju sebab banyak pembahagian pameran... kalau diedarkan pamplet di pintu masuk, tentulah 'baik' sangat..kita faham mana mahu dituju! Kenderaan disediakan di dalam untuk bergerak, tetapi disebabkan tiada panduan, "LOST"
Overall, nama sahaja International, tapi, penggendalian tidaklah bertaraf "antarabangsapun".. banyak yang perlu diperbaiki. Untuk kami, TIADA MAHU KE MAHA LAGI, SERIK!!!
No comments:
Post a Comment