Resolusi tahun baru! 1. Saya mahu menjadi seoang muslim yang lebih baik! Saya mengharapkan agar Allah akan sentiasa mengampuni kesalahan saya, dari sekecil-kecilnya, sehinggalaha ke sebesar-besarnya, sama ada yang disembunyikan, mahupun yang terang-terang saya nyatakan.. Saya hanya insan kerdil. Saya berharap agar Allah sentiasa merendahkan diri saya, menjauhi diri saya daripada sikap egois dan memandang rendah orang lain. Semoga Allah menitipkan saya dengan sikap2 baik sesama manusia dan makhluk Allah lainnya.tetapi still kucing tak suka kalau kucing menggesel saya, saya geli...)
Untuk diri saya sendiri, banyak lagi yang mahu dicapai... dan perjalanan masih jauh.. saya harap saya boleh bersara semasa berusia 50 atau sebelumnya.. malas lagi nak bergelut dengan filing (not students, I love students tapi yang rajin je, bukan yg malas) ha ha ha.. sebab sekarang ini saya suka dengan lap top more than anything.. he he )
Salah satunya menjadi penulis yang dapat berkongsi sedikit daripada 'ilmu'Allah yang banyak ini.. Tak terhitung luasnya alam (sebanyak-banyaknya ilmu Allah), yg dapat saya kongsi dalam buku saya hanyalah barangkali hanya 1/1000000000000000 daripada setitik tinta! saya percaya 'sharing is caring'.. Selagi ilmu itu tidak menyalahi konsep Islam, saya kira, ilmu itu boleh digunapakai dan dikongsi dengan orang lain.. Bukankah begitu?
Saya mahu melihat banyak lagi bumi Allah... tentu 'amazing' meilhat dunia dari kacamata kita sebagai makhluk yg kerdil.. yang dapat kita lakukan hanyalah sedikit sahaja.. Allah berian kita dengan sebesar-besarnya nikmat untuk berada di bumiNya.Setiap hari, saya bersyukur masih lagi berada di bumiNya dengan keizinanNya.
2. Saya berharap menjadi isteri yang lebih baik daripada sebelumnya.. Ha ha ha! sometimes saya ini susah untuk difahami, he he he.. tetapi saya tahu saya seorang yang sangat pemaaf dan penyabar.. (he he kononnya) dan suami saya pun banyak bersabar dengan kerenah saya yang pelbagai... satu hari saya boleh menjadi "the ugly duckling", pada masa yang sama, saya boleh jadi, "the swwettttt princess"... hanya 'dia' yang tahu.. (senyum saja)
3. Saya berharap menjadi seorang anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya. Tak banyak yang saya lakukan untuk mereka. Wishing can do more and more to see them smiling and laughing... dan membuatkan saya terkenangkan ibu mertua sahaja (hajjah Fatimah Omar yang meninggalkan kami pada 26.12.2009) al-Fatihah... nenek saya, datuk saya, dan ramai lagi, yang telah meninggalkan saya terlebih dahulu.
4.Saya berdoa agar menjadi pendidik yang terbaik kepada anak-anak didik saya...
5.Saya berdoa menjadi novelis yang bukan sahaja menjadikan pembaca sebagai pembaca tetapi sebagai kawan-kawan saya... (asalkan anda seorang yang senang bergaul... tak 'eksyen2.. he he) Saya memang 'anti sombong' tak suka orang yang suka menunjuk-nunjuk .. pelik dan tak sesuai.. Alhamdulillah... semua kenalan saya baik2 belaka sebab kalau 'stylo' yang tak serasi, memang automatik tak boleh dekat. Kadangkala tu, baru je jumpa, terus menjadi kawan baik sebab they just kind!
Saya hanya mahu menjadi saya dalam 'pandangan dan kacamata Allah, suami, ibubapa, pendidik, novelist dan manusia lain dengan lebih baik' lagi.. dan lagi.. harapan dan doa saya, kita akan saling memberi manfaat kepada yang lainnya!
No comments:
Post a Comment