Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Sunday, June 26, 2011

Buku baru... hari baru..ingatan baru

   Seperti biasa, setiap kali buku baru dijangka keluar, rasa teruja juga, walaupun bukan buku/novel yang pertama. Ingatkan tidak akan teruja lagi sebab bukan pertama kali.. Hari ini ke Amcorp, mengintai buku, rupanya tiada buku/Purnama Merindu lagi. Frust. Ingatkanmahu belikan sebuah dulu, jadilah, untuk belek-belek dulu, sebab saya belum mendapat 'copy' saya lagi. (penulis akan diberi beberapa naskah seca apercuma antara 5-10 buah bergantung kepada penerbit) Yang percuma sememangnya tak cukup sebab kena juga beri kepada teman2 yang membantu / terlibat sama dengan penulisan bukukan... Jadi, the moral of the story, yang lain, janganlah mengendeng percuma.. ha ha ha ha.. 

   Saya teringat akan seorang sahabat saya dan jiran saya, apabila diberi buku percuma, mereka mendesak dibayar juga, sebagai motivasi menjadikan saya rasa malu untuk tunjukkan buku lagi... he he ..maklumlah jiran tetangga kan sudah menjadi rakan rapat kita, seminggu dua bersembang sama sendiri. Lagipun, jiran saya semuanya baik-baik belaka, bertaraf ibu-ibu dan bapa-bapa saya sendiri. Dan sangat bertepatan menurut hadis, salah satu perkara yang membawa kebaikan atau kebahagian hidup adalah mempunyai jiran tetangga yang baik!


   Bayangkan kalau berada dalam kawasan kejiranan yang suka menjaga tepi kakin orang, suka fitnah memfitnah, asyik meneropong je, apa yang kita beli dan sebagainya, tentu sakit kepalakan... Alhamdulillah, kerana jiran2 dan kawasan kejiranan saya adalah kawasan yang tenteram.. sekaligus mententeramkan jiwa. Boleh berkarya, ibadat, tidur, makan, baring tanpa gangguan fizikal, jiwa mahupun perasaan.

    Hari ini separuh petang dan malam saya habiskan dengan anak buah lelaki saya.. he he.. kebetulan, dia di Kl bagi menyambung pelajaran. Kadangkala, ada masanya dia berada di rumah pada masa senggang di hujung minggu. Jadi, kalau ada dia, bolehlah saya layak keluar petang-malam. (kalau tidak, saya akan pulang awal sebelum maghrib, suami risau kalau keluar malam, sebab biasanya saya akan keluar tanpa dia) Ada bodyguard, bolehlah sampai malam... he he.  Ada yang berpendapat, remaja tidak mahu keluar bersama ibu atau bapa mereka, entah, saya rasa okay je, keluar dengan dia. Boleh shopping, makan dan tengok wayang juga... he he.. Agaknya, ibu saudara dia ni yang sporting macam jiwa orang muda! Hah! always 18 kot (sebab dia baru 18 tahun)

    Masa berlalu dengan cepat, semasa dia lahir, saya menyambut Konvokesyen di UKM. Masa saya berkahwin pula, anak saudara saya yang bongsu, (adik perempuan saya) lahir beberapa bulan, Aizat (4 feb) ada juga pada  Sarah Irdina yang lahir sebelum upacara perkahwinan saya yang jatuhnya pada 31 Ogos, (saya sangat berjiwa patriotik- yahooo!) Sehingga saat ini melihat mereka, bagaikan masa begitu cepat berlalu.. begitu saya, sepantas kilat. Masih saya ingat, Aizat yang baru berusia 6 bulan semasa perkahwinan saya, dan Sara yang baru berusia 30 hari.. dan hari ini mereka sudahpun mencecah 11 tahun.

   Sehingga hari ini, anak buah saya sudah mencecah   12  orang. (lima daripada sebelah saya, 7 akan berjumlah 8 daripada sebelah suami) Kiranya sedikitlah berbanding kawan saya yang mempunyai hampir 40 orang anak-anak buah! Alamak, ramainya, sudah macam jumlah sekelas murid, kalau macam saya ni, susah nak ingat nama ni!

   Dan bercerita kembali tentang buku baru, esok saya kenalah ke SACC, berdekatan atau bersebelah PKNS sebab mahu membeli buku baru saya, kasihannya.. sendiri pun kena cari sendiri! he he




Monday, June 13, 2011

Novel kategori Travelog... VS Novelog

   Andai dilihat daripada kategori buku, kita dapat melihat pelbagai genre dan kategori buku yang terdapat di pasaran. Selain buku teks, buku rujukan (biasanya pelbagai genre meliputi genre akademik), buku profesional (meliputi pelbagai bidang termasuk jenis pekerjaan dan bidang: dan tidak terhad kepada pelajar IPTA, IPTS sahaja; motivasi, masakan, perfileman, psikologi dll ) buku sastera (yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja) Buku kategori Popular (novel, travelog, novellog) (semua kategori novel yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan lain selain DBP)

       Yang saya pelik, ada juga pembaca yang mengkategorikan buku/novel sebagai kategori cinta! Sebenarnya, tiada buku/novel daripada kategori cinta.. Cinta hanya sebahagian kecil daripada isi dalam cerita atau novel. Asal sahaja melihat novel, dia akan mencemuh, "Tu cerita cintalah tu.."  Istilah yang betul adalah kategori novel popular, travelog atau novelog. Novel mengandungi kadangkala hanya 10% daripada istilah perasaan atau 'cinta'.. yang lainnya adalah kisah kehidupan.  Contohnya latar tempat, motivasi, falsafah, pekerjaan, informasi universiti, dan banyak lagilah. Entahlah, kenapalah yang anti sangat dengan perkataan 'cinta' tu. Cinta hanyalah perasaan! Sayang, kasih! 

  Istilah sayang pun disebut dalam al-quran dan Hadis, jadi, kenapa anti'sangat'. Kerana sayanglah, maka ibubapa menjaga anak-anak dengan baik. Dan dengan perasaan yang samalah, ISLAM melarang sekeras-kerasnya kita menyakiti hati ibubapa.. Jadi, apalah yang anti sangat, 'tak pernah rasa sayang atau kasih' sekurang-kurangnya kepada ibubapa sendiri? 

    Jadi, hanya ada istilah Novel biasa, travelog dan novellog. Mengikut tafsiran secara lahiliah, novel mengandungi perceritaan yang mempunyai plot, watak, perwatakan dan latar sesuatu penulisan. Ada cerita - pendek katanya. Latarnya kadangkala tidak terperinci sangat.

   Travelog lebih kepada penceritaan perjalanan sesuatu tempat ke tempat yang lain-mengkhusus kepada perjalanan penulis daripada satu tempat ke tempat yang lain. Buku kategori seperti ini jarang dapat ditemui, sebabnya penulis mesti memulakan perjalanan untuk menulis.. (Boleh juga melalui kajian, tetapi agak sukar) Saya pernah membaca beberapa buku yang baik, termasuk Buku Dato A.Samad  Said.

   Novelog lebih kepada novel yang mempunyai  catatan lengkap peta, arah tuju, fakta, catatan, info, kadar tukaran wang, tips perjalanan dan lain-lain. Novelog bukan buku catatan perjalanan tetapi ada cerita, ada plot, perkembangan watak dan sebagainya. Pendek kata, ada penceritaan yang lebih menujukkan latar dengan terperinci.

Istilah atau kategori travelog pula merujuk kepada pengalaman sebenar pengarang sama ada dari segi pengalaman, atau pengembaraan perjalanan atau hidup penulis.


  Novel saya: Rasa rasa istilah yang tepat adalah Novelog... Di dalamnya mengandungi keperincian tempat-tempat pilihan, dan ianya merupakan hasil ciptaan saya bukannya pengalaman sebenar saya!

 

 DIMENSI CINTA : LONDON, SYDNEY, ADELAIDE, TASIK KENYIR, KLCC, ONE UTAMA, LANGKAWI.

CINTA SIKUNANG-KUNANG:  NEW YORK, KOTA KINABALU, GUNUNG KINABALU, TOULOUSE, (PERANCIS) MELAKA, JOHOR BHARU,BANDAR TUN RAZAK, MACHANG BUBOK.

PURNAMA MERINDU : SEBAHAGIAN BESAR EROPAH, JERMAN, VANNES (PERANCIS) SWISSZERLAND, ROME, PULAU TUBA, AUTRALIA (PERTH, DARWIN) SEPANYOL, IRELAND.

ANDA BOLEH KE LINK NOVEL-NOVEL TERSEBUT UNTUK MELIHAT CONTOH LATAR! ENJOY!

Sunday, June 12, 2011

Jumpa teman/murid lama

   Semalam saya datang 'syeh' mengemas, membersihkan abuk2 yang sudah lama berkarat di rak buku. Sudah lama berniat (harap dapat pahala... sudah berbulan pun) untuk melakukan 'spring cleaning' di situ.. Hari bekerja, balik, sambung kerja rumah, kerja sekolah, menulis manuskrip, then mana ada masa lagi.... Selepas tu, plan hari minggu, hari minggu pun sama, manuskrip, house work, school work siapa kata cikgu relax je) tiada masa juga. Cuti sekolah! Marking, sibuk manuskrip, seribu alasan.. maka hari sabtu, hati berkata :"do it now or never"..jadi, saya lakukan juga.. (Boleh pun, kredit untuk diri sendiri) he he he..

   Petangnya, saya ke Mc Donalds je, sudah letih mahu masak, lalu terjumpalah Sofia dan Shahirah..bersembang sekejap (ex students saya, dua-tiga tahun lepas) dan esoknya set untuk bertemu shahirah sebab mahu dapatkan novel saya. Kononnya saya plan mahu lunch bersama, tetapi dia rupanya ada kenduri kahwin, jadi, saya dan dia hanya minum pagi sahaja. Kemudian saya ke Amcorp Mall,(hati bagai digaru, mengajak ke sana) maka saya ke Amcorp Mall.

  Di sana rupanya saya bertemu kak Kalsum (salah seorang staff di MGS, Kl) di mana saya bekerja pada awal-awal posting dulu (1994-1997) Dia menegur saya, "Ni ..." Saya terus berpaling dan menyebut, "Kak Som.." dan terus peluk dia. Maknanya sejak tahun 1997-2011 - like 12 tahun ++ kan.. lama tu.. Dia kata, "Ingatkan tak tak kenal lagi.." Mana mungkin.. Saya pasti akan kenal orang yang biasa dan rapat dengan saya.. he he.. Zaman-zaman tu saya masih single-mingle, She used to call me, 'hai anak dara' depan-depan orang buatkan saya rasa malu selalunya.. ha ha ha..  Dari dia, saya dapat cari balik kawan2 lama saya...  kadangkala mahu cari dalam FB pun susah juga sebab, nama bapa lupa, kadangkala ada orang gunakan nama samaran juga, pendek kata, ada letak gambar anak, gambar anak kucing, gambar buku (macam saya, kalau menulis) susah juga.

   Saya berharapkan agar dapat mencari semua teman-teman lama saya semasa single dulu, ramai... Antara yang rapat selepas bekerja di MGS.(ada  empat- lepas tu tinggal trio sebab Faezah berkahwin- jadi saya, kartini, nor ( saya sudah lupa pulak) Saya baru jumpa dua orang, Kartini, saya belum jumpa. Dan actually ramai lagi... seronokkan kalau dapat bertemu semula...

   Menhitung memori mendewasakan kita!

Friday, June 10, 2011

Laptop yang canggih, secanggih idea?

    laptop ni, 24 carat gold, MacBook Pro...  Promo iklannya "Yeah. Get ready to sell your house." ha ha..
buat saya tersedak... wahhhh! Agaknya, tenung saja, dia boleh menaip sendiri, siap novel 3-4 buah sekali.. Kalau macam tu, saya mau angkat 2-3 buah... he he

Hari ini saya seharian di sekolah, pagi-petang, key in markah etc.. etc.. sebenarnya rindu dengan sekolah juga, ha ha ha.. lama juga tidak ke sekolah.. Malam ini kononnya mahu mengarang, menyambung manuskrip yang sudah dua hari tidak disentuh. Agak sibuk dengan pengiraan markah dan hal-hal sekolah... maklumlah, mahu buka sekolah, macam2 hal... Tetapi disebabkan satu hari di sekolah, fikiran saya sudah penat. Mungkin, akan tidur awal, bangun dengan minda yang lebih segar!

   Entah bagaimana  terpandang akan gambar  laptop ni, 24 carat gold, MacBook Pro, dengan logo yg diperbuat daripada diamond, buat saya tersedak lagi...  Dua kali pandang, tiga kali tersedak...hmmm. Lumayan oooii! Tetapi saya kira ideas dan penulisan tidak dikira daripada laptop yang mahal atau murah. Saya percayai Sidney Sheldon dulu-dulupun hanya menggunakan mesin taip juga, sebelum adanya komputer dan lap top. Dan teringat saya akan komen suami baru-baru ini, melihat kepada lap top saya yang hanya berbrandkan 'cap ayam'..., dia kata, "kenapa tak beli lap top yang branded sikit dulunya.. (beberapa tahun lepas).. Saya hanya tergelak. "Saya, yg cap ayam ni lah saya menaip tiga buah novel dah tau..nak masuk empat.." Saya tidak percaya branded yang mahal boleh membawa hasil yang berbeza.. kerana idea daripada otak, yang digerakkan ALLAH, bukan daripada branded yang macam2. Kalau pakai MacBook Pro gold plated pun, idea tak digerakkan ALLAH, apa mau buatkan?

  Lain kali, saya mahu cakapkan dengan suami, "Apa kata, abang 'abngkat' ini sebijik, apa mau cakap!" Mesti dia pulak yang tersedak... he he.. Teringat akan kata-kata arwah ubu mertua saya, "Solat, Sabar dan syukur.." Cap ayam,pun ayamlah, saya tidak berhasrat bertukar kepada laptop baru. Saya selesa dengan yang ini.. Macam orang juga, "Biarlah buruk, tak ada kelas, tak ada branded, cap ayam... tapi dia tetap benda kesayangan. Brand is just a brand!" Ideas tidak datang daripada brand yang mahal...

Tuesday, June 7, 2011

Mood menulis, kerja sekolah, alamak....

   Saya masih dalam mood menulis manuskrip baru. Bukannya apa, apabila menulis, mood dan penceritaan masih dalam kepala, eloklah diteruskan sehingga habis. Sekurangnya sehingga habis satu bab (kira-kira 50 halaman satu bab) Dengan itu, saya tidak perlu baca lagi, daripada permulaan bab. Sebab apabila berhenti, saya perlu baa balik, untuk wujudkan kesinambungan cerita , plot dan ayat. Walaupun plot sudah disusun awal2 lagi, kehilangan 'ayat' menjadikan kena baca balik, apatah lagi kalau sudah menjangkau pertengahan bab, dan selepas itu kea baca balik, banyak muka surat, letih beb! Jadi saya teruskan usaha menyiapkan manuskrip ang telah mencecah bab 4 dan 5. Target, sehingga mencecah bab 6. Andai mengikut jadual saya, saya sepatutnya mencecah bab 5 sahaja, tak apa kalau boleh lakukan sehingga advance.

   Dalam menaip ini, teringat akan seorang kawan saya, katanya lajunya menaip.. he he.. Kalau lambat macam mana nak tulis buku, ialah, kalau baru nak cari mana huruf 'F' "M', bila mahu siap buku ma... he he he.. 
  Sebelum cuti hari tu, sekolah mengadakan peperiksaan pertengahan tahum, bernasib baik, kertas saya awal2 minggu, ada lah dua minggu sebelum cuti, jadi saya pun pakai 'gear' enam terus, marking sampai termuntah-muntah (dalam fikiranlah...) dan habiskan semuanya sebelum cuti, sebab saya tahu, saya tak akan ada 'mood' untuk marking dalam cuti ni. Cuma tinggal kertas objektif sahaja, dan malangnya, ada pihak yang mahu markah dimasukkan pada 9 Jun 2011, yang seolah menjadi kerja 'sia-sia' sebab sepatutnya markah2 ini dibincangkan dengan murid dahulu, 'confirm' dengan mereka (maklumlah, kadang2 ada kesalahan sedikit juga ketika marking, sebba cikgu dah mabuk kertas... beratus2 esei yang diperiksa..) barulah di'key in'.. barulah selamat...  Masalahnya siapa kita untuk membangkang! jadi saya setkan esok sajalah saya diapkan markah, on 9 saya ke sekolah. Hari ini selaju hadlaju cahaya, saya cuba siapkan bab lima atau bab 4 sehingga tamat. Tak banyak lagi, tinggal separuh bab 5 (50%)  dan 20% bab 4.

    Kesian murid saya yang asyik bertanya thru Fb dan sms.. he he.. Bo layan je.. he he  Bukannya dapat saman trafic pun.. Maaflah murid-murid... cikgu pun ada mood juga.Sabarje lah, sehari lagi.




Sunday, June 5, 2011

Mood, berkarya, mengedit lagi dan lagi...

   Saya pinjamkan kata-kata seorang teman di FB. Seperti kata suami sebelum ini, tak penat ke mengarang, kan banyak buku di pasaran? Kalau memikirkan begitu, kita ni tak payah buat apa-apa di dunia ini. Buat apa mahu beli kereta, kan banyak kereta di jalanan? Buatkan dia tersenyum...

"Seorang Tabi', Hasan Basri ditanya :Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?
Beliau menjawab : Aku tahu rezekiku tak akan diambil orang lain, kerna itu hatiku selalu tenang. Aku tahu amalku tak akan dikerjakan orang lain, kerna itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu ALLAH TA'ALA memerhatiku, kerna itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerna itulahku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH"


    Berbakti dan berusaha untuk diri sendiri sebahagian daripada bekalan akhirat, asalakn jangan lakukan sesuatu yang menunjukkan maksiat. Jadi, mengapa tidak!

Wednesday, June 1, 2011

Jatuh cinta dengan gadis hingusan

    Banyak kali saya mendengar cerita orang lain, sama ada daripada buku, novel, televisyen, cerita kawan atau cerita kawan kepada kawan (cerita orang lain kepada kawan oleh kawan kepada saya.. agak pening ya.. cerita orang lain yang diceritakan oleh kawan saya).. Cerita mitos biasa, seorang lelaki dewasa yang jatuh cinta dengan seorang gadis yang 'masih hingusan', seperti 10 tahun sehingga 15 tahun. Kepada saya pada usia begitu, betapa cantik, ciut miut pun seseorang gadis tu, she's just a kid. Budak-budakan lagi. Sistem repoduktif pun tidak berkembang sepenuhnya.. ha ha ha.. apatah lagi mau disuruh membuat kerja rumah: pendek kata, kalau dikira dengan pantun lama, 

            apa guna berkain batik, kalau tidak memakai capal
            apa guna beristeri cantik, kalau tak tahu menumbuk sambal.

       Pantin ini begitu simbolik sekali, sebenarnya bukannya menumbuk sambal yang difokuskan, tetapi konsep 'tahu memasak'. Orang dahulu, tiada blender mahupun kedai makan untuk dibeli makanan atau lauk siap, tiada juga Restoran makanan segera seperti KFC, McD dan sebagainya, jika tak tahu menumbuk sambal, maka cacat sangatlah!

    Saya sudah melalut barangkali: kawan saya pernah dipinang ketika berusia 9 tahun. (maybe sebab dia bertubuh tinggi, besar saiz badannya) jadi jirannya fikir dia sudah berusia pertengahan remaja, (16 tahun) Nenek saya Kalsum@ Che Tom berkahwin pada usia 13 tahun (dia juga bertubuh tinggi, besar dan nampak lebih dewasa) Kadangkala apabila terdengar cerita begitu, saya jadi pelik: apa sebenarnya yang diperhatikan daripada gadis yang masih 'hingusan'! Saya sendiri pada usia 8-15 tahun, masak pun belum pandai, kerja rumah, sekadar menyapu bilik, basuh baju sahaja. Saya belajar memasak pada usia 16 tahun, (sebenarnya betul-betul memasak selepas spm- cuti menunggu keputusan spm, saya diajar oleh nenek memasak.. kali pertama masak kari dalam belanga tanah: sedap giler.) sebab sepanjang tempoh itu, berada di asrama, seawal usia 12 tahun++ sehingga 17 tahun. Alamatnya, kalau berkahwin pada usia itu, minum 'air rebusanlah' nampaknya.. he he he.Lagipun sepanjang tempoh itu, mama saya mempunyai pembantu rumah (orang tempatan, jadi tolong-tolong masak kalau cuti, tapi tak juga pandai-pandai.. he he)

   Bulan lepas, mendengar cerita bapa saya tentang seorang mamat terhadap adik perempuan saya... masa tu adik saya masih 19-20 tahun. Suka saya ketawa,...  he he.. tetapi taklah pelik sangat sebab, dalam usia muda beitu, kiut, sweet, sesiapa pun boleh terpikat.. he he..
    Baru-baru ini ketika menelefon mama saya, mama bertanya saya, "Ingat tak cerita cikgu di Sungai Petani?"
Saya bertanya balik,"Cerita apa?" Saya pasti mama saya tidak pernah bercerita pasal ini. Saya mungkin akan lupa nama orang, tempat tetapi tidak kepada cerita-cerita mama saya. Maka diringkaskan cerita, kata mama saya, Cikgu ni sukakakn saya ketika bertemu saya yang masih berusia 12 tahun.. (dia menggelarkan dirinya menantu dan mama saya: ibu mertua) Dia kata sanggup menunggu saya dewasa.. (hik- hik ) Mama saya beritahu, dia berkata (dengan ton melawak) "Kau dah tua, menunggu dia nanti, jadi ganyut" (a.k.a tua sangat) sebab masa tu, dia sudah pun berusia 26 tahun... (huh) Saya memang tergelak giler. Saya katakan kepada mama saya, "Masa tu rasanya Not budak comot..." he he , dan saya terus ketawa geli hati... aduhailah cikgu, apalah yang anda lihat pada diri budak 12 tahun itu. (Comot, cikeding he he he)

     Baru-baru ini mama saya terjumpa kepada cikgu tu, dia dari jauh terus menegur mama saya, katanya, "Mak mertua..." ha ha ha.. sebab tulah muncul balik cerita ni. Dan saya baru tahu! he he he.. Nasib baik dia tidak menunggu saya, maklumlah, jodoh saya dengan suami saya sekarang ni, kalau dia menunggu, kesian.. ha ha ha..

   Teringin saya mahu interview, apalah yang dia lhat dalam diri budak hingusan 12 tahun itu?