Hujung tahun merupaka masa yang agak sibuk. Peperiksaan yang memerlukan penandaan! Perancangan strategik untuk koku! Perancangan panitia untuk tahun hadapan dan macam-macam lagi! Banyak sangat kerja-kerja yang memerlukan kertas! Konon-kononnya 'go green' tetapi hakikatnya perancangan sekarang, perlukan 'hard copy' dan 'soft copy'. Bertimbun-timbun kertas!Tiada jalan singkat. Satu pelan biasa memerlukan rajah2 yang tidak tahu apa gunanya! Lima laporan yang berbeza!Pendek kata tiada jalan singkat! Hanya sesama kawan mengetahui dan memahami beban yang sering digalas guru. Menyebutnya tidak bermakna saya merungut, sekadar menyebut. Sudah kerjanya begini, di bawah slogan saya yang menurut perintah... cumanya berharap di masa hadapan, beban sebegini akan berkurang! Mana-mana fail/rajah yang tidak diperlukan patutnya 'dibuang' bukannya ditabah setiap kali. Dan bayangkan laporan yang berubah setiap tahun... aduii!
Murid2 SPM saya tinggal lebih kurang 28 hari lagi akan menghadapi SPM. Perut cikgu-cikgu ni jangan cakaplah lagi.. senak! kepala berat!Harapnya apa yg diajar sepanjang dua tahun ini akan dapat diteruskan dengan baik! Dan perlukan persediaan bengkel terakhir: pendek kata 'jampi serapah' terakhir pada khamis 20 oktober 2011. Semoga Allah permudahkan. Disebabkan mahu menjimatkan kos dan kononnya 'ada skill' sendiri (he he) tidak perlulah jemputan penceramah luar. Biasanya saya akan menjalankan sendiri dengan pertolongan guru-guru sejarah lainnya. Tahun lepas alhamdulillah lebih 53% yang berjaya mendapat A dalam mata pelajaran sejarah. Tahun ini saya berharap agar lebih ramai akan mendapat A dan peratus lulus boleh ditingkatkan!
Manuskrip saya tidak bergerak. Semalam, hanya mampu meneruskan dua muka surat sahaja. kepenatan... kepala pun kurang ligat. Banyak perkara yang bersarang dalam kepala, dan tidak mengizinkan perasaan 'romantis' dan 'suka-suka'. Berazam cuti beberapa hari pada mingu hadapan, saya akan cuba habiskan dengan manuskrip saya. mesti habiskan sebelum hujung november kerana disember saya sepatutnya merancang manuskrip baru... cerita fun, funny, gila-gila pulak.
Tidak sabar menunggu kedatangan november, mahu bercuti ...gila-gila cuti!
No comments:
Post a Comment