Saya baru menyedari yang blog saya sudah lama tidak di updated... lama sungguh. Dalam mengejar tanggungjwab sbg pendidik, dan kakitangan awam yg ada masanya terpaksa terikat dgn tugas rasmi yang lain: ada masanya tidak terkejar juga. Baru sahaja tamat memeriksa kertas percubaan SPM, saya terpaksa menghadiri mesyuarat demi mesyuarat, taklimat dan taklimat... manuskrip baru saya sudah lama tidak disentuh.. dan ceritanya berlegar dalam kepala sahaja... aduhai, apa yang boleh dibuat lagi... biar sajalah dia berlegar.
Minggu Pmr yang bermula, ada masanya guru terpaksa bekeja juga: terlibat dgn taggungjawab yg merisaukan.. hmm. Doa saya semuanya berjalan dengan lancar. Mengalas tanggungjawab di atas bahu bukannya tugas mudah!Dan pada masa yg sama, peperiksaan tingkatan 4 sudah bermula.. alahai... bermakna melangsaikan tanggungjawab untuk memeriksa kerta juga! Hmmm...Tidak sabar mennati hujung bulan Oktober kerana sekolah akan bercuti seminggu untuk meraikan perayaan deevapali.. leganya, ada seminggu 'break'.. Bolehlah saya habiskan manuskrip yg sudah lama diam berkarat dalam minda!
No comments:
Post a Comment