Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Wednesday, December 28, 2011

Bercuti @ Balik kampung.... yang mana satu

   Kalau ditanya kepada saya, bercuti atau balik kampung, mana satu pilihan saya? Pada saya, balik kampung sama juga maknanya dengan bercuti. Di Langkawi, percutian yang diperlukan oleh orang lain, jadi saya boleh lepak lama-lama di sini!

  Saya kalau balik kampung, tidak sah sehari atau dua sahaja! Mesti lama-lama! Sampaikan badan naik sekilo dua, baru sah!

   Pagi-pagi, kami akan disambut dengan kokokan ayam gajah (memang namanya ayam gajah, bersaiz lebih besar, lebih tinggi daripada ayam biasa) Lebih 'handsome' daripada bapa ayam kampung. Kalau yang betina, lebih 'lawa' sebab lebih tinggi daripada saiz dan ukuran ayam kampung, apatah lagi kalau dibandingkan dengan 'ayam bandar' yang lebih rendah dan 'gemuk'.

   Kebiasaannya, kalau pagi-pagi, saya akan menyapu di halaman rumah. Banyak daun-daun kering yang berguguran. (menginsafkan kita yang satu hari nanti, kita juga akan gugur) Pada musim-musim angin yang kuat ini (kata arwah nenek saya, musim angin Timur, entah bagaimana mereka tahu, angin Timur yang datang: logiknya sebab angin mara dari arah Timur seperti Jepun, China dan sebagainya) panas, kering dan ada masanya agak sejuk dan dingin walaupun pada sebelah tengah hari di mana matahari kuat memancar! Lepas tu, menjadi sarapan pagi! Kalau rajin, menggoreng sesuatu. Kalau malas sikit, boleh terus ke pasar dan bersarapan di sana.

    Andai di Langkawi, saya gemar ke pasar. Setiap hari atau sekurangnya dua hari sekali. Saya suka mendapatkan ikan yang segar terus daripada pasar (kata orang Kedar: merket) Makanan laut yanbg segar memang best! Harganya sedikit mahal (lebih kurang di sini juga, ikan kembung pun sekilo RM 8 atau RM 9, cuma perbezaan besarnya, ikannya masih segar!) Masih ada mata birunya, atau hijaunya! Kalau makan ketam tu, masih rasa 'bagai ketam' bukan sekadar kulit ketam yang tak ada nilai rasanya lagi!

   Selepas balik dari pasar, menyediakan makan tengah hari. Jarang juga kami keluar. Andai mahu keluar pun, tunggulah petang-petang sedikit sebab cuaca di Langkawi, agak panas! Itu kata saya. Kebetulan, berkesempatan bertemu Erwan, yang pulang bercuti dari Sudan, di sana, katanya, lagi Panas! Aduhai!

    Tiga kali ke Kampung Buku atau Lubuk Sembilang.. sekadar mandi manda menyejukkan tubuh yang kepanasan. Air sungai berkurangan kerana tiada hujan langsung di Langkawi. Andai ada hujan pun, sekadar 10 minit, sekadar cukup menyejukkan tumbuhan yang mulai kekeringan. Jadi ke sungai dengan paras air yang tidak begitu 'enek'.. tidaklah begitu menyeronokan!

   Projek yang paling penting, adalah lawatan ke LIMA. Kali kedua lawatan sebenarnya. Kali pertama, entah, barangkali tahun 1993, LIMA kali pertama dahulu! Seronok dan kepanasan: lemas dalam lawatan orang yang ramai! Satu pengalaman baru. anda boleh lhat gambar2 LIMA dalam Facebook saya!

    Berkesempatan ke Taman Buaya, sebenarnya sudah berbelas tahun tidak singgah ke sana... lama sangat dah! Pada masa itu, anak buah sulung saya baru berusia 3 bulan (sekarang 18 tahun) Saya masih igat, adik perempuan saya (masa tu saya masih single) pad masa itu asyik mengulang ayat yang sama, "Jaga kak, Faiz tu." Sebab masa itu saya yang mendukung dia dalam genggaman saya, melalui jambatan yang mengandungi berpuluh ekor buaya di dalamnya! He he he.. alasan biasa untuk dirisaukan oleh seorang ibu!

   Tempat kemestian saya, Buffalo's Farm. Saya suka minum susu kerbau. Menikmati daging kerbau lain rasanya dengan daging lembu. Dagingnya lebih kenyal dan sedap! Dahulu, di ladang ini, kita boleh membeli daging (stek) dan sebagainya dan boleh disediakan di rumah. Sekarang ini, daging tidak dijual lagi! Mahu atau tidak, terpaksalah makan tengah hari di sana! Stek yang sedap! Memang Yummy! Dahulu sering dilaporkan, stek di sana mengambil masa yang lama untuk disediakan! Sekarang tidak lagi! Saya hanya menunggu dalam 15 minit (masa biasa untuk masak stek)! Syabas, Buffalo's Farm. Sudah ada perubahan besar dalam perkhidmatan!

   Saya juga menikmati keindahan di Kabel Car. Sebenarnya tidak lagi menaiki kereta kabel (sudah banyak kali sangat) Kami bersiar-siar di Taman Rusa dan Taman Arnab (menikmati jeritan saya yang 'geli' dengan binatang-binatang ini) Memberi makan rusa satu kereronokan bagi orang yang tidak 'geli' apabila rusa mengambil makanan daripada tapak tangan anda! Tetapi tidak kepada saya! Bayaran masuk hanya satu ringgit dan anda diberi makanan (sebungkus untuk setiap orang) Bermakna, tiket masuk ke Taman Rusa hanya sekadar membeli makanan untuk si rusa-rusa!   Di Taman arnab pula, masuk adalah percuma, cuma jika anda mahu memberi makanan, bolehlah dapatkan lobak merh yang dijual di gerai bersebelahan dengan taman tersebut! Dan sekali lagi, saya menjerit kegelian apabila arnab yang kelaparan masih mengekori anda untuk mendapatkan makanan, meskipun, anda tidak memegang makanan langsung!

    Di sana anda juga boleh menikmati kayuhan sampan atau skuter air di dalam tasik di sana! Memang seronok, apatah lagi, anda akan dapat berpeluang memberi makan ikan! Banyak sekali ikan emas (Japanese Kap) dalam tasik. Berwarna-warni, pelbagai saiz!

    Di Langkawi, jangan lupa dapatkan BAULU PANAS  di BAYAS. Memang sedap dan original. Baulu yang dimasak tanpa menggunakan serbuk penaik. Di KL ni, saya dapati kebanyakan baulu dicampur serbuk penaik (sebab nak untung lebih, baulu kembang dan kosong rasanya) . Baulu Langkawi dalam bentuk dan rasa asli. Sedap! Mengenyangkan! Tidak manis giler! Rasanya yang cukup-cukup manis sahaja! Tempatnya, sebelah jalan di kiri terdapat pusat jualan gamat (seberang jalan terdapat kedai pakaian, dan di sebelahnya menjual baulu dan ikan bilis)

      Berkesempatan ke Chenang dan bertemu kawan lama, Hasnita dan keluaganya. Kali terakhir bertemu, tingkatan 5. Lama sungguh tidak bertemu! Dia masih comel macam selalu dibanding saya yang bertambah bertan-tan nampaknya sebab masa sekolah, saiz saya hanya super s (XX S) he he he...

    Makan-makan di Wan Tai Restaurant (antara temat terbaik untuk amkan-makan / Dine at Langkawi).. pasti, looking forward untuk balik ke sana lagi!

Tuesday, December 13, 2011

Akhirnya bertemu empat pasang mata....bersama Kak Leyla Shuri dan Vimmi.

    Kira-kira beberapa bulan bermesej, mula-mulanya melalui pesanan message di blog, diikuti di Facebook,  kami akhirnya berjanji menggunakan 'skype' dengan kak Leyla Shuri. Kak Leyla merupakan  rakan penulis yang saya mulai kenali daripada blognya. (anda boleh melihat link blog yang saya sertakan di sudut kanan blog saya.) Kak Leyla menulis dengan nama penanya Leyla Shuri adalah penulis "Pulut Sakura Serunding Kasih" keluaran penerbit Karnadya Solutions.

     Jika anda pernah membaca Dimensi Cinta saya, anda akan membaca bagaimana watak utamanya Lukhman Hakim dan Suraya menggunakan Skype dalam berkomunikasi. Dan dalam ceritanya tentu anda membayangkan tentulah saya pernah menggunakan Skype dalam berhubung, jika tidak manalah saya tahu 'Skype' cara paling mudah berkomunikasi jika anda berada beribu batu daripada keluarga atau rakan anda!
Keluarga saya walaupu berada 5oo kilometer daripada saya, saya bila-bila masa sahaja boleh menghubungi mereka melalui Facebook mahupun telefon, tidak memerlukan 'Skype' untuk  berhubung. Andai tidak mengenali kak Leyla, sampai  entah bila saya akan berpeluang ber'Skype'.

     Dan saya mula berskype dengan Kak Leyla. Kami boleh bersembang berjam-jam lamanya. Jarak Pulau Okinawa (Jepun) dengan PJ, Selangor terasa bagaikan dekat sekali. Bagaikan adanya 'magis' dan adanya 'connection' kata Maxis! Dan kepulangannya ke Singapura dan seterusnya Malaysia, membawa kami merancang untuk bertemu. Sepatutnya pada tarikh 22 nov, saya akan menyambut kak Leyla di Stesyen kereta api di Kuala Lumpur, apabila dia pulang daripada lawatannya di Thailand (mengikuti lawatan Gapena ke sana), tetapi disebabkan ada sedikit masalah teknikal, kami bakal bertemu sehari lewat!

  Malamnya saya tidak senang hati dibuatnya, maklumlah kali pertama bertemu. Walaupun sudah lama berbual mesra, tetapi tidak akan sama dengan bertemu empat mata bersama. Paginya pada jam 6 pagi, saya mengajak suami menyambut Kak Leyla (23 nov 2011). Stesyen Central KL menyaksi saksi pertemuan kami. Tidak susah mengenali kak Leyla.Rupanya sama sahaja dengan ketika ber'Skype'. Bagi pembaca yang tidak pernah berskype, mahupun membaca Dimensi Cinta (keluaran Karnadya) skype membolehkan kominikator melihat satu sama lain dengan jelas, juga mendengar suara bercakap seperti telefon. Yang anihnya, kami mempunyai tahi lalat pada kedudukan yang sama. Di pipi kanan. Cuma bezanya tahi lalat saya lebih kecil daripada tali lalat di pipi Kak Leyla. Setelah bersalaman dan berpelukan, kami bawa Kak Leyla ke rumah saya. Sempat saya menjamu Kak Leyla dengan nasi lemak (cuma, saya tidak memasak... he he, saya beli daripada gerai berdekatan) Berlaukan paru goreng, ikan bilis sambal, kami berbual lagi. 

   Hari ini kami merancang melawat Karnadya. Saja-saja melawat ke sana. KarnaDya terletak di Puchong, tidak jauh daripada rumah saya, sekadar 30 minit perjalanan. Cumanya, orang yang tidak boleh ingat jalan seperti saya, tentu akan sesat dan rajin-rajinlah bertanya jalannya. Setelah lima kali berhenti bertanya di Petronas (Lima stesyen Petronas) maka sampailah kami ke KarnaDya. Dan kemudiannya kami menjamu selera di kedai berdekatan, 'Nasi Kerabu Kelantan' yang lazat.

   Petangnya kami ke Bangsar dan bertemu Farina. Dan sesuatu yang tidak dirancang, kenalan kak Leyla, yang pemurah, Datuk Yussuf dan isterinya menjemput kami ke Tasik Perdana Lake Club (kerana saya benar-benar tidak tahu ke rumahnya, bimbang tersesat kerana hari sudahpun beransur malam) Dan selepas maghrib, kami tiba di Tasik Perdana Lake Club. Dijamu dengan makan malam ala Chinese  yang lazat. Terkejut saya apabila diberitahu, rupanya kak Leyla beserta Datuk-datinnya baru pertama kali dipertemukan! Masya_ALLAH! benarlah, jika kita berniat mulia, pasti akan ertemu orang lain yang berhati mulia juga! Alhamdulillah. Semoga pertemuan ini akan membawa kepada pertemuan lain yang memberi makna kepada kehidupan kami dan semua orang yang berada di sekeliling kami!  

  Keesokan harinya, Kak Leyla akan melibatkan diri dengan kursus di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan saya sendiri terlibat dengan projek pemberian wang RM 100 kepada murid kelas saya. Petangnya kami merancang akan bertemu Farina, seorang lagi kenalan Kak Leyla yang diperkenalkan melalui saya, bertempat di Bangsar. Dan semuanya berlaku seperti yang dirancang, paginya saya menghantar Kak Leyla ke DBP, kemudian, pulang semula ke sekolah, menguruskan bayaran wang pemberian RM 100 kepada murid-murid saya. Petangnya saya kembali ke DBP, sempat minum petang bersama Kak Leyla dan kebetulan bertemu rakan sekolah saya, Norliza. Kami kebetulan ternampak buku-buku kami yang dijual di DBP, Dimensi Cinta dan Cinta Sikunang-kunang serta buku Kak Leyla, Pulut Sakura dan Serunding kasih. Rasa seronok dan terasa 'ciwi' sekali dengan bergambar bersama buku-buku tersebut. Kenanganlah kata orang! Saya sendiri sudah lama tidak ke DBP (bertahun agaknya) andai tidak kerana menghantar Kak Leyla, tentu sekali saya tidak akan hadir ke sana lagi!

   Ketika pulang ke rumah, kebetulan adik ipar saya, dan anak mereka, Emily serta baby bersama mereka melawat ke rumah kami, memberi peluang untuk mengenali kak Leyla. Saya hanya memasak ringkas, sup ayam, goreng cendawan dan macaroni sup. 


  Esoknya, jumaat, Kak Leyla perlu berada di Seremban untuk mengendalikan Kursus Haiku di sana. Paginya kami merancang untuk bertemu Vimmi. Vimmi dan Kak Leyla sebenarnya sudah lama berkenalan melalui blog dan Facebook, cuma tidak berkesempatan bertemu. Saya dan Vimmi pula baru berkenalan beberapa bulan sebelum ini, dan kebetulan, namanya saya abadikan dalam manuskrip saya yang ke empat ini. Kami merancang utnuk bertemu di Central, kerana kebetulan, Kak Leyla perlu mendapatkan tiket kereta api dari Seremban ke Singapura. Pada petangnya saya dan suami menghantar Kak Leyla ke Seremban. 

    Pertemuan Vimmi bersama empat orang anaknya, bersama saya dan Kak Leyla berlaku dengan izinNya. Setelah bertahun kepulangan Kak Leyla, Vimmi tidak dapat bertemu, akhirnya, kami semua dapat berkenlaan dengan lebih dekat lagi! Ukhuwah terbina atas  nama keikhlasan! Kami sama-sama menghabiskan masa beberapa jam bersama, sehinggalah petang  tiba. Kami membawa diri ke destinasi masing-masing, dan saya dan Kak leyla akan ke Seremban di sebelah petangnya!

   Mujurlah suami berkelapangan ke Seremban. Jika tidak, sya berfikir akan bermalam di Seremban dan hanya akan pulang pagi esoknya. Tdak berani memandu balik malam-malam hari ke Pj semula. Dalam hati berbalam-balam, entah bila pula kami akan bertemu lagi. Dan kami pulang setelah dijamu makan di Hotel Seri Malaysia, Seremban. Terima kasih Kak Leyla! Semoga kita akan bertemu lagi di masa hadapan! Pertemuan yang indah, akan dikenang di sudut hati! Semoga projek yang kita bincangkan akan bermula secepatnya Kak Leyla! Cerita yang cukup 'stunning'. Dan ceritanya! Biarlah Rahsia!

   Pertemuan indah yang menjadi nostalgia! Indah! Bagai mimpi menjadi nyata!






Saturday, December 3, 2011

Tahniah untuk Ombak Rindu the movie. Walaupun versi yg berbeza dr novel, saya anggap INI Satu kejayaan!!! saya kagum! Sebg penonton yg jarang sangat menonton Filem Melayu, saya tabik!!! Saya suka sekali dgn pelakon@nya.. ekpresi wajah yg bijak! lagu yg sedap! Dlm panggung boleh terdengar bunyi "sob..sob'' sitt, sittt.." termasuk saya sendiri. Tahniah! (sambil berangan agar novel saya juga bakal difilemkan nanti2.... he he)
· · · See friendship · Thursday at 23:05 ·

    • Intens Idea Fauziah Ashari
      Wah...gi tengok ker? ha...ha...menangis jugak? kira2 OR menggugurkan air mata la ni...wah...wah...tsunami melanda pawagam seluruh Malaysia la...Brunei juga Singapura barangkali. apa yg boleh saya katakan...terima kasih menonton kerana novel...See more
      Yesterday at 00:13 · · 4
    • Noor Arbaiah Nora Fuad Puan Intens Idea Fauziah Ashari, pembetulan: saya memang 'kaki wayang' tetapi bukan filem Melayu dan versi hantu2.. jarang menonton filem melayu (pilih2 sahaja) semalam petang, memang penuh panggung, sampai ke bangku hadapan. saya suka lagunya... cuma: maya karin, alisnya cantik sangat untuk model gadis kampung, patutnya biar saja alis tidak sempurna seperti saya.. (he he)
      Yesterday at 09:08 ·
    • Intens Idea Fauziah Ashari hehh...hehh....ok...ok...tp lebih kurang sama gak la kan...tak suka sangat filem Melayu...

Thursday, December 1, 2011

Apsal tak update?

   Satu soalan 'maut' yg diajukan kepada saya, "apsal kak tak update blok kak?" "haiya... manyak busy ooo.." Busy la juga, macam2 perkara.. yang penting, manuskrip belum habis lagi! Jadi bacalah dulu yg beratus2 tajuk dalam blog ni! he he he