Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Monday, January 30, 2012

Projek oohh projek....

      Hari sabtu berada sekejap di Festival. Beberapa jam. Daripada jam 11-2 petang, di booth, kemudian jalan-jalan sekejap sehingga suami mengambil balik jam 4 petang. Berhajat juga membeli buku, tetapi disebakan terlalu ramai orang, naik malas utuk beratur panjang. Membayar buku-buku memerlukan 30 minit. Jadi! Tersentap. Lagipun, saya bukanlah 'kaki novel' sebenarnya. Saya jarang sangat membaca novel. Kalau adapun novel, kurang daripada 30 buah. Mostly novel kenalan rakan-rakan penulis saja. Ada juga yang berkata: mana mungkin penulis novel tidak membaca novel. Jawapan saya: mungkin. Kali terakhir saya membaca novel, seminggu lepas, itupun buku karya teman.

    Melihat terdapat rakan-rakan penulis yang mempunyai 'booth' sendiri, wah! kagum. Tentulah boleh dilakukan jika penulis mempunyai lebih 7 buah novel tersendiri. Banyak karya yang membolehkan mereka membuka 'booth' sendiri. Andai satu saja novel macam saya.. he he.. penat jelah kalau ada booth. he he he.. Siapa pula yang akan singgah dan beli?

  Projek saya yang akan datang masih lagi dengan konsep yang sama. K- novel Knowledge Novel. Insya_Allah akan terus menyajikan informasi dengan membaca novel. Dan insya_Allah, saya tambah lagi, satu lagi konsep. Konsep Islam. Banyak informasi baik dari segi sains, geografi dan lain-lain maklumat yg boleh membawa kita menghayati konsep sebagai muslimin.  Saya tidak mahu bercakap mengenai Islam, cukup sekadar menyatakan saya cuba mempraktikkan lebih banya penulisan yang lebih bersikap 'islamik', membongkar rahsia keajaiban alam supaya kita lebih menghargai dan mengkagumi  akan keajaiban Islam pemberiaan ALLAH. Dalam mansukrip saya yang lepas, lebih banyak misteri sains dan keajaiban yg ALLAH tunjukkan kepada manusia, yang mungkin kita tidak tahu dan terlihat. Contohnya daripada konsep 'mengangkat air sembahyang'. Konsep 'azan'; kelebihan dan keistimewaan dan banyak lagi.

            Saya jadi berbuntal 'mata' jika dalam novel menceritakan hubungan suami isteri yang sepatutnya 'off record'. Aduiiii! Tak berbuntal mata. Sama seperti menyaksikan drama dalam versi bahasa Kebangsaan tetapi adegannya 'juling mata' Kalau pun mahu menunjukkan hubungan mesra suami isteri, tak payahlah adegan atas katil, dan selimut menyelimut. Matlamat tidak menghalalkan cara! Tak payahlah semua tu! Berkias-kias, masuk ke bilik dan lampu yang ditutupkan. Atau sekadar menunjukkan luar rumah, fokus ke tingkat atas., dan tutup lampu. Pun begitu kadangkala tak ada gunanya pun, adegan-adegan macam tu; jadi mengapa perlu ditonjolkan! Bukannya orang tak faham, apa istilahnya suami dan isteri tu!

    Konsep saya jelas, saya tidak suka adegan-adegan begitu. Naik 'boingggg-boinggg' mata daya dengan perkara-perkara macam tu! Peluk memeluk, rangkul-merangkul, hissss! Boleh digunakan perkataan yang simbolik sahaja. Contohnya dalam Purnama Merindu ; saya katakan, dulunya dia dan ... pernah bersama. Mereka melakukan dosa besar berzina. Noktah. Orang sudah boleh faham. Tak payah memperincikan adegn tersebut! 

   Ada dua projek; actually tiga projek dalam kepala. Kebiasaannya hanya satu projek setahun. Entahlah boleh tercapai atau tidak. Boleh dijayakan jika menggiatkan usaha, tetapi kadangkala terlalu letih dengan kerjaya! Harapkan 'flow' berjalan dengan baik! Boleh dijayakan jika saya sanggup tidak keluar rumah, berkurung habis-habisan; tidak tidur siang, tidur dengan kurang. Saya menghabiskan bab terakhir manuskrip yag terbaru dalam masa dua minggu. Itupun siap tegang urat-urat bahu saya. Tidak mudah bagi saya memandangkan perlu mengkaji latar tempat, cari info; berbuntal biji mata jadinya.

  Doa saya, ALLAH tidak membalik-balikkan pemikiran saya dan hati saya. manalah tahu tiba-tiba saya tergatal tangan, tergatal hati, tergatal minda; semua perkara yang tidak mahu saya lakukan, saya lakukan juga. Tiba-tiba manuskrip saya tahun ini berbaur 'usur-unsur' gatal, a.ka. miang habis-habisan. Tolong ingatkan saya selalu tentang soal prinsip saya; yang novel saya selamat 100% walaupun untuk dibaca remaja hatta, kanak-kanak seawal usia 5 tahun.. (kalau dia boleh baca dan fahamlah)

  Seperti kata Ana Rafali: "tolong ingatkan saya."





     




Wednesday, January 25, 2012

Festival Group Penulis Karangkraf (FGPK)

   Jumaat ini akan bermula Festival FGPK.. ahti berdebar juga. Pertama kali saya akan hadir menghadiri pesta Karangkraf. Pernah dijemput ke Kuala Selangor tahun lepas tetapi saya tidak dapat menghadirkan diri atas komintment lain. Jadi, berbesar hati dapat menyertai FGPK kali ini. Agaknya, ada ke pembaca atau bakal penulis yang mahu bertemu saya? Hmm. gementar? gelabah pun ada. Saya hanya seorang penulis baru di Karangkraf, actually Buku Prima. Dibandingkan dengan penulis lain yang sudah berbaris buku mereka di BP atau Karangkraf. Cuma berharap, dan berdoa, agar ada yg sudi dan belum mendapatkan Purnama Merindu akan berbuat demikian. Dan saya berbesar hati juga menghadiahkan cenderamata yang 'comel' untuk bakal PM.

    Jadi, saya akan hadir pada hari sabtu, jam 11-1 tengah hari.... Jadi, apa lagi, jom jumpa saya.

Tuesday, January 24, 2012

High Tea dgn Tun Dr M....

  Saya berjanji akan bercerita mengenai High Tea. Jadi, saya hanya akan bercerita ringkas, tidak semuanya, disebabkan saya mengambil keputusan akan memuatkan detailnya dalam projek novel saya yang terbaru. Seorg doktor muda yang menjadikan Tun Dr Mahathir Mohd, ayahanda Negarawan ini sebagai Idola dirinya. Cuma, okaylah, eritalah sikit2.

       Jadi seawal jam 12 tengah hari, pada hari sabtu yang lepas, saya dan suami sudah bergerak ke DRP Park. Disebabkan saya juga AJK dalam komuniti, saya perlulah berada seawal jam 1 petang, untuk taklimat ringkas dengan Puan Eranee. Saya dengan berbesar hati menerima jawatan sebagai ajk pendaftaran bersama 2 orang ahli yang lain. Agak aneh disebabkan kami semua belum pernah kenal antara satu sama lain. Keanehan dalam fikiran... bagaikan bertemu ahli yang baru cuma, kami hanya pernah bertemu dan menyapa dalam alam maya, di facebook. Tidak menganehkan jika pada zaman baru ini, orang lebih mesra di alam maya daripada alam nyata atau realiti. Bagaimanapun saya yakin dengan group Tun Mahathir ini. Kawan-kawan maya saya tentulah lebih 'akrab' dan 'friendly' di luar alam realiti.

  Jadi jam 1 pm, saya sudah berada di sana. Di sana, bertemu dengan Puan Eranee.  Diberi taklimat ringkas berhubung dengan bahagian 'kerja' kami. Saya, siti dan Ema, diminta berada di tingkat 2, untuk pendaftaran, kerja mudah pada saya. Senarainya sudah tersedia. Kami diminta mengedarkan pass dan kad atur cara yang cantik. Gambar Tun yang sedang tersenyum. Buatkan saya rasa bangga.  Kami sempat melawat ke tingkat 39th, di mana di tempatkan bahagian 'high Tea'. Pemandangan yang 'stunning'. Memang best! Superb!

      Kemudahan di sini mudah. Surau berada di tingkat 5, bagi tetamu Muslim yang mahu mendirikan solat. Seawal jam 2.30 petang, tetamu mulai mendaftar. Pada jam 3 petang sebenarnya, tetamu sudah boleh menjamu selera sambil mengenali antara satu sama lain. Jadi, kami bertiga menunggu sehingga ke jam 4.00 petang. Dan selepas itu kami menuju ke tingkat 39 untuk bersama-sama dengan yang lain. Makanan! Superb! Sedap. Ada beraneka makanan, daripada mee sup, spaggeti, nasi goreng, satay, udang .. (thah saya sudah lupa namanya) beraneka jenis mencuci mulut, kek dan sebagainya. Andai tidak salah mata saya, ada lebih kurang 20 jenis makanan. Dan yang lebih penting, bukan makanan tetapi  ayahanda Tun dan bonda Tun!
     Ayahanda Tun dan bonda tiba pada jam 4.30 petang, dan bermulalah upacara yang menabjubkan. Puan Eranee sebagai pengasas Group ini memulakan ucapannya dengan sebak. Menganjurkan majlis seperti ini bukanlah tugas mudah. Tidak semudah tugas saya yang hanya mendaftar tetamu  untuk masuk ke dalam majlis. Perlukan kesabaran yang tinggi, maklumlah, surat jemputan untuk Tun sahaja memakan masa yang lama untuk dipenuhi. Ayahanda Tun seorang yang amat sibuk. Tun terpaksa memenuhi pelbagai undangan dalam dan luar negara (agaknya lebih sibuk daripada dahulu semasa menjadi pm). Cuma agaknya sudah rezeki kami untuk bertemu empat mata dengan  ayahanda Tun dan bonda. Saya kagum dengan pengasasnya. Sedang menunggu hari, akan melahirkan anak ke lima. (Insya_Allah, bulan depan) Saya tidak fikir akan dapat melakukan perkara yang sama. Menguruskan jemputan, bayaran kepada pihak DRB Park dan sebagainya bukanlah tugas mudah. Saya! Saya tidak sanggup memikul tugas berat seperti itu! Dan ucapan Tun yang stunning' Bisa membuat orang terpaku! Ucapan yang agak bersahaja, seperti biasa. Cuma sesuai dengan tetamu yang rata-ratanya orang-orang muda, ucapan ayahanda agak santai kalau dibandingkan dengan ucapan Tun semasa najlis makan malam yang pernah saya hadiri (masa itu rata-ratanya diwakili oleh parti politik, orang-orang yang lebih tua usianya.. he he) Ucapan Tun masa majlis dinner lebih berbaur politik dan lebih lama. Bagai tidak puas menyaksikan ucapan itu.. dan tentunya saya boleh menonton lagi kerana ucapan itu telah divideokan. Lama juga, lebih kurang 15 minit.
    Selepas itu, upacara santai. Ada tetamu yang bertemu Tun untuk menandatangi buku dan sebagainya. Dan upacara yang dinantikan, upacara bergambar. Kami bergambar mengikut kategori. Terdapat pelbagai kategori, Ajk, dan sebagainya. Dan suami saya, dalam diam rupanya, berpeluang berjabat tangan dua kali. Kata suami, Ayahanda Tun memang berkarisma. Sekali berjabat, rasa mahu dicuba berkali-kali. Dan saya; terlalu sibuk menekan lensa kameradan video.

    Berharap akan berkesempatan lagi bertemu Ayahanda  Tun Dr Mahathir Mohamad dan Bonda Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Keduanya negarawan yang saya amat kagumi. Dan saya suka mengingati Tun Dr M yng rajin mengusik bonda. Dan bonda pula, malu-malu, menguis ayahanda perlahan apabila diusik. Bayangkanlah ayahanda dan bonda yang sudah hampir 60 tahun bersama. Tabik! Bukan mudah memperjuangkan rumahtangga bahagia sehingga ke hujung usia! Bangga bertemu lagi ayahanda dan bonda Tun berdua.

 

Sunday, January 22, 2012

Buku pilihan saya, Leyla Shuri, Pulut Sakura Serunding Kasih

Petikan daripada Berita harian:

Dunia Buku: Pulut Sakura Serunding Kasih
Oleh Nurul Farina Nazlan

2010/12/17

Pendakian cinta di Gunung Fiji

PULUT Sakura Serunding Kasih karya Leyla Shuri menampilkan kisah perbezaan budaya berlatarkan Jepun yang terkenal dengan kecanggihan teknologi dengan menyorot Rafique yang meninggalkan bumi Malaysia dan berhijrah ke negara matahari terbit itu untuk melupakan memori pedihnya selepas kehilangan kekasihnya, Alina.

Pembaca pasti akan terkesan dengan jalan cerita Pulut Sakura Serunding Kasih yang menumpukan krisis kekeluargaan dan pertembungan antara tradisi Timur dengan pengaruh Barat yang menampilkan gelagat generasi muda dalam kemelut kehidupan moden.
Pembaca yang mahu menyelami nilai budaya Jepun didedahkan dengan budaya Jepun dengan mengekalkan ungkapan dan ayat mudah dalam bahasa Jepun untuk menampilkan realiti kehidupan di sana.
Novel yang sarat dengan mainan emosi Rafique itu menemukan jejaka berkenaan dengan keluarga Samad dan Zaiton di negara matahari terbit, manakala pertemuannya dengan teman sekampung, Wahidah yang melanjutkan pengajian di negara terbabit pula berlaku beberapa minggu sebelum kepulangannya ke tanah air.

Pembaca dibawa menelusuri kisah gadis Jepun, Tomomi yang ceria tetapi cuba menguburkan kesedihannya ekoran perceraian ibu bapa dengan menyertai pelbagai aktiviti bersama rakannya, Ringo, Sanae dan Kazu.

Tomomi dan rakannya diminta oleh pengurus pusat karaoke, Madame Ros untuk mencari anaknya, Nakahara Akira atau Akira yang hilang sejak menamatkan pengajiannya, tetapi sering mengirimkan poskad kepada keluarganya.

Mereka bercadang mencari Akira di kawasan Gunung Fuji selepas melihat poskad terakhir lelaki itu dan pada masa sama, Rafique juga mahu mendaki gunung terbabit tanpa menyedari bakal ada satu peristiwa yang bakal menemukan keduanya. Rafique dan Tomomi yang tidak sabar untuk menakluki Gunung Fuji, bertekad untuk mendaki gunung itu walaupun cuaca tidak menentu dan ribut salji sedang melanda kawasan terbabit.

Tomomi yang memulakan pendakian lebih awal daripada Rafique itu, tidak menyedari dia diekori oleh seseorang yang berniat jahat sehingga mengganggu perjalanan Tomomi yang menyebabkan dia terjebak dalam tragedi.

Bagaimanapun, tragedi itu menjadi penyebab kepada peristiwa yang menyaksikan kekosongan hati Rafique diisi kembali sehingga takdir menghidupkan semula sumbu kasih sayang dalam jiwa pemuda itu yang sebenarnya turut diusik oleh gadis pendaki yang ditemuinya, Kimiwa.

Apakah sebenarnya yang terjadi kepada Tomomi dan rakannya sepanjang perjalanan itu serta identiti Kimiwa dan Nurul Addeeni bakal dijawab bersama-sama misteri pulut sakura dan serunding dalam pendakian cinta lewat novel Pulut Sakura Serunding Kasih ini.

Novel terbitan setebal 470 halaman KarnaDya Solutions Sdn Bhd berharga RM19.90 ini, sesuai dibaca kerana sarat dengan nilai sosial dan budaya masyarakat Jepun serta Melayu dengan meletakkan menjadi lambang pulut sakura bagi identiti Jepun, manakala serunding mewakili lambang masyarakat Melayu.

INFO: Pulut Sakura Serunding Kasih
  • Karya: Leyla Shuri
  • Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
  • Tebal: 470 Halaman
  • Harga: RM19.90
  • Bintang: ****
Kini dalam bentuk e-novel; link kepada e novel, Leyla Shuri
        *************************************************


     Penerbit : Karnadya Solutions. Kini dalam bentuk e-novel (digital juga)
        Sudah lama membaca edisi ini. Buku setebai 470 muka surat ini sudah juga dijual dalam bentuk e-novel. Boleh link paparan di atas. Kenapa saya suka novel ini? Saya akan ulaskan kemudian. Perlu khatam lagi sekali lagi sebab sudah lama membacanya, sudah lupa butirannya.

    Friday, January 20, 2012

    High Tea dgn Tun Dr M....

       Petang esok, kami berpeluang untuk High Tea lagi (yang lepas dinner) dgn Tun Dr M lagi... tak mahu berkata banyak, malam atau hari ahad, saya akan update peristiwanya.

    Tuesday, January 17, 2012

    Resolusi tahun baru atau angan-angan Mat jenin?

        Saya d.e.m.a.m Setelah dua minggu asyik bersin, pening sikit tetapi sembuh semula, pendek kata tidak jadilah flu dan demam; barangkali bertahan dengan mengambil madu, appce cider dan scott emulsion. Tapi cuaca panas dan teman2 sebelah menyebelah yang asyik bersin dan batuk, akhinya badan saya kalah juga. Apabila hidung tersumbat, soket mata pun sakit, kepala jadi sakit, telinga pun macam tak dengar dan sakit. Bersin pula macam menjadi the 'famous panda' berkali-kli sampaikan tekak pun sakit. Dan kesakitan adalah ujian dan kifarah drp ALLAH, jadi bersabar sahajalah. Hampir sehari saya tidur sahaja. Bangun subuh, selepas tu menonton Ustad Don Tv Hijrah (6.30-7.00 pagi) sebab hari biasa tentulah tidak dapat menonton pun. Selepas itu tidur sekejap, bangun bersarapan dan ke klinik. Sementara di klinik, (klinik saya ni perlu lama menunggu sejam dua perkara biasa) sambil tu sms suami meminta dia 'tolong' gorengkan ayam, masak sardin dan sayur, malas mahu singah untuk membeli lauk sebab kerja-kerja 'up grade' bangunan menjadi tiada tempat parking dan kepala saya pun sudah berat, dan hidung yang tersumbat.





        Pulang ke rumah rupanya, hanya ayam goreng dan nasi tersedia. Mahu tidak mahu, terpaksa ke dapur sekejap bagi menyediakan sambal ikan bilis dan petai serta sayur. Tak mahulah bertengkar atau menyakitkan hati suami dengan kata-kata sekadar terpaksa melakukan perkara yang sekecil ini. Bukannya sakit sampai tak boleh bergerak pun, cuma kepala rasa sakit! Selepas malan, makan ubat dan tidur lagi. Bangun petang sedikit, rasa sudah segar sikit. Kepala masih rasa sakit lagi, sebab hidung masih tersumbat. Selepas ini makan ubat dan tidur lagi, tentu akan segar pagi esoknya. Mudahan. Insya_Allah. Berasa bertuah tidak demam panas yang teruk. Masa bersekolah dahulu, sekali setahun pasti saya akan demam teruk. Kepanasan dengan suhu yang tinggi. Entah mengapa, allergik dengan durian juga. Andai makan dengan banyak;pastinya akan demam.

       Rancangan 2012, semuanya belum bermula. Tidak sihat, banyak kerja sekolah, pelbagai alasanlah! Apa-apalah! asal bahagia...

    Monday, January 16, 2012

    Hidup tidak semudah a, b,c....

      Baru masuk minggu ke tiga persekolahan; alahai, rasanya sudah bagaikan tiga bulan bersekolah. Sudah 'pancit' kata orang. Badan yang kepenatan, kepala yang semakin berat. Hidung pun sudah tersumbat, macam akan mendapat flu sahaja. Bertahan dengan mengamalkan minum air sejuk + satu sudu makan apple cider + 1 sudu makan madu. Moga-moga flu akan lari jauh-jauh. Kata kakak senior saya, "Bukan tiga bulan lagi dah sekolah, rasanya macam berbelas tahun dah.." itulah gambaran kepenatan kami. Naik turun tangga yang kalau disatukan bagai tangga Batu Caves dah!

           'Dealing' dengan pelajar yang pelbagai status sosial dan peragai tidaklah mudah! Bayangkan sekumpulan budak-budak remaja yang penuh dengan akal yang 'merumitkan'. Kita katakan sekarang, 2-3 hari barulah dihantar borang, yang guru ni sudah pening untuk memesan! Hari-hari kena jenguk kelas dan ingatkan mereka. Beberapa hari lagi, sekolah akan bercuti agak lama, seminggu +- hujung minggu, sembilan hari...Yahoooo! cikgunya yang lagi seronok.

         Saya terlupa bertanya khabar dengan Fikah. Umminya mungkin tidak sihat lagi. Dia tidak datang ke sekolah lagi. Kasihan dia. Dalam usia 17 tahun (16++) dia terpaksa menempuh ujian yang begitu. Saya beruntung disebabkan mama saya sihat, adalah selsema, demam-demam yang kadangkala tidak bangun juga, tetapi tidaklah sampai perlu ditahan di wad hospital. Seingat saya, mama saya pernsah ditahan di hospital sekali sahaja, semasa saya berusia 11 atau 12 tahun. Kalau tak salah saya, mama terlibat dengan sukan sekolah, berlapar dan kemudiannya makan dan meminum banyak botol air bikarbonat yang berlainan jenis menjadikan mama muntah-muntah dan cirit-birit sehingga perlu ditahan di hospital. Masa melawat ke sana, jenuh menjadi heroin Hindustan, menangis bagai nak rak. Takut dan cuak sekali! Melihat mama yang keletihan dan tidak berdaya, menakutkan sekali. 
          Bapa saya dahulunya sihat. Sebagai perokok tegar (sebenarnya dia simpati dengan penanam tembakau, pekerja kilang rokok, kastam ;kalau tidak, mereka semua tiada kerjalah) bapa emnghadapi masalah dengan saluran jantung yang tersumbat. Agak semput apabila sudah berusia. Masuk keluar hospital merupakan perkara biasa. Kadangkala dikaitkan dengan bekalan oksigen yang kurang, ada kalanya menurut doktor, bapa saya perlu berehat. Dalam hati saya, 'Apa? Berehat? Setahu saya bapa saya tidakla dikerah bekerja pun...' he he.. Pinggan dan cawan pun tak pernah diangkat ke sinki.. he he he..  Pendek katasebagai  perokok tegar, tidaklah pelik jika hasilnya apabila sudah beransur tua, sistem jantung bapa saya tersumpat. Kadangkala yang tidak merokok pun; tiba-tiba mengalami urat salur jantung yang tersumpat juga. Jadi macam-macam hal lah juga. Hidup ini pastinya tidak semudah a, b, dan c....

          Manuskrip saya memang tidak bergerak; tidak mampu digerakkan akibat kepenatan. "Tak apalah...' saya pujuk hati saya. Cuti hari Raya Cina, saya pulun habis-habisan ya!
     

     





    Thursday, January 12, 2012

    Hidup tidak semudah a, b,c....

      Semalam saya menelefon kembali Dina, cuma untuk memastikan dia okay. Dia kedengarannya okay. Pun saya mengerti jauh di sudut hati mereka (dia, abang, kakak da 3 orang adiknya) mereka akan terasa kehilangan itu 'perit' dan 'sedih'. Perasaan biasa sebagai manusia yang dikurniakan ALLAH jiwa. Selain ucapan supaya dia tabah, apa lagi yang kita boleh kongsikan. Rumah yang didiami oleh ibu dan dirinya sendiri (adik-adiknya masih belajar dan  seorg abang dan seorang kakak sudah berkeluarga serta tinggal di tempat lain) akan menjadikan dia kesunyian; 'ah sadisnya untuk seorang adik yg belum berumahtangga' Andai seorang isteri, atau ibu menangis pasti ada suami atau anak-anak yang mengubat; untuk dia siapakah pengubatnya?

      Dalam pada itu, sebenanya si Fikah yg menemani saya pula, ibunya sakit. Hari sabtu yg lepas, selepas pulang dari rumh Dina, saya sniggah menziarahi ibu Fikah. Darah tingginya akan tinggi menjadikan dia lumpuh separuh badam (strok) Saya terkesima sekali lagi. Untuk Fikah, anak bongsu yang baru berusia 17 tahun; ini adalh tamparan hebat kepadanya. Dia hanya seorang gadis biasa, seharusnya diberi tumpuan oleh ibu untuk menghadapi SPM tahun ini, tetapi dugaan ALLAH terjadi sebaliknya. Dia yang harus menjaga ibunya yang sakit, tentunya dibantu oleh ayah dan dua kakaknya lagi (seorang di kolej dan seorang lagi menunggu keputusan SPM)  Hidup ntuknya tidaklah semudah a,b, c...   Saya bersimpati dan hanya mampu berdoa; ibunya akan segera sembuh. Melihat ke dalam matanya, saya seolah terasa kesedihan yang merongga di dalam dada saya. Saya sendu! Saya pilu! Bersyukor saya mengharungi zaman persekolahan saya tanpa perlu melalui dugaan yang sehebat ini.
       Kehidupan tidak akan semudah a,b, dan c. hidup akan diduga dengan seribu satu kemungkinan. Dan atas alasan itulah, dalam penulisan saya, novel saya; ceritanya tidak akan berjalan lurus, tidak akan semudah, a, b dan c. Akan berlaku  'kekejaman' perasaan yang menyayat hati. Kelukaan, kepalsuan, penipuan, 'dosa' dan 'noda' (yang saya akan sampaikan dengan cara yg halus; tidak ada adegan seks atau adegan yg menjurus kepadanya; saya menyokong karya yg berunsur 'bersih' 'bermoral' dan 'beragama'.) Saya sukakan konsep 'keterbukaan' yang bermakna karya saya cukup selamat untuk dibaca oleh sesiapa sahaja. Andai kanak-kanak yang berusia 3 tahun boleh membaca, dia pun boleh membaca karya saya tanpa tapisan oleh ibu atau bapanya, cuma mungkin kurang faham cerita dari segi bahasanya!

      Manuskrip saya masih belum bergerak; dua minggu yg terlalu memenatkan... Insya_Allah bercuti semasa Tahun Baru Cina; kenalah mengejar manuskrip.

    Sunday, January 8, 2012

    Hidup tidak semudah a,b,c,d dan e...

       Saya masih terkenangkan Dina. Sebagai seorang 'heroine' Hindustan, saya mudah mengalirkan airmata. Saya boleh menangis secepat 2 saat, sama masanya saya boleh tertawa, senang hati. Agaknya semasa mama saya mengandung dulu, mama kerap menangis kot.. he he. Andai murid buat perkara yang saya tidak suka pun, contohnya tergelak tanpa sebab dalam kelas padahal masa tu saya tak buat lawak (mesti diorang yang sama-sama buat lawak bodoh dengan kawan) memang automatik kena marah. Saya suka orang 'serius' belajar dalam kelas, saya juga serius mengajar tetapi ada 'skrip' lawak. Maknanya, aklau perlu dgn serius, dengrlah; kalau buat kawak; ketawalah. Kalau tak ada lawak, janganlah ketawa; itu tak sopan namanya! Dan saya sudah melalut... Dina: saya harap dia tabah. kehilangan ibu bukan senang. Semua gadis mengimpikan yang mereka kan dikahwinkan oleh ibubapa mereka. Dan dia sudah kehilangan bapa, diikuti ibu pula. Saya memang mahu carikan jodoh untuknya. Dia gadis baik. Manis, taat kepada ibunya, taat kepada Allah, tapi belum bertemu calon yang sesuai untuk dia. Kalau ada pun, sudah disambar wanita lain. Yang ber'title' suami orang; saya tidak mahu. Biarlah bujang vs bujang. Kalau duda yag sudah bercerai atau kematian isterinya, bolehlah kot, tapi janganlah yang berabak ramai pula; kasihan dia; terperanjat untuk menjaga anak-anak yang bagai gerabak kereta api. Dan sebenarnya ramai lagi junior say yang 'kosong' tetapi tiada rupanya lelaki baik yang 'kosong' lagi! Alahai!

       Ada masanya saya rasa bagaikan mahu membuka 'Agensi mencari jodoh'... tapi lelaki awas, tidak semudah a, b, c bila mengisi borang. saya akan minta bawa slip gaji asal untuk memeriksa betul ke tempat kerja anda dan gaji yang anda dapat! Rasanya jumlah wanita yang menipu lebih kurang jumlahnya berbanding lelaki yang menipu.he he he...  Tapi ialah, ini tanggungjawab sosial yang besar, nanti macam-macam masalah pula. Apabila sudah berkahwin;macam-macam masalah yang keluar pula. Baik-baik menjadi 'Agensi Cari Jodoh' menjadi agensi selesai kekusutan! Sudah! Semuanya tidak semudah  ab, c. Teruja akan menjadi teruji. Teruja vs teruji.

       Hidup ini adalah ujian. Kesabaran adalah teras kepada kehidupan. Difahamkan dalam ISLAM, perkataan kalaulah memberi ruang kepada syaitan untuk 'mengusik' hati kita berkata, "Kalaulah saya tahu, saya akan lakukan begini dan begitu..a'  'Andai, 'kalau' sebenarnya dalam ISLAM tiada dalam kamus hidup muslim atau muslimah. Kita tiada kuasa mengubah takdir Qada dan qadar kita! Janganlah biarka syaitan mengocak keimanan kita!

       Sepanjang tahun 2011, banyak perkara yang mengujakan saya. Novel DIMENSI CINTA,  DITERBITKAN PADA FEB 2011, dan kemudiannya novel PURNAMA MERINDU (PM) diterbitkan pada JUN 2011 (dan berada di pasaran agak lambat kerana pertukaran pejabat Karangkraf). PM yang menjadi salah satu buku yang tersenarai sebagai Top 1o jualan BUKU PRIMA, seterusnya menjadi penjualan terbaik JULAI 2011. Sebagai penulis baru di BUKU PRIMA, saya berterima kasih kepada pembeli novel saya. Sebenanya sukar menjadi antara novel terbaik memandangkan  banyaknya judul buku yang dijual, sementelah saya pula hanyalah seorang penulis baru, berbanding penulis-penulis lama di sana.

       Bertemu Vimmi dan Kak Leyla juga mengujakan. Memandangkan kami selalu juga berhubung, pertemuan melengkapkan persahabatan. Bertemu Erwan yang kini jauh di Sudan juga mengujakan! Sudah lama, berbelas tahun sudah bertemu, bekas murid saya; terasa seronok amat! Juga berjaya menghabiskan manuskrip pada awa tahun Dis 2011, melegakan. Bercuti di Langkawi, (balik kampung) Berada di LIMA dan sebagainya memang sentiasa mengujakan. Pada tahun lepas, CUTI RAYA CINA, kebetulan, dua-dua anak buah saya berada di sini dengan mama; kami habskan masa di Zoo Negara, Taman Burung, dan beberapa tempat lagi sehingga lenguh kaki. Pengsalaman ini semua adalah penalaman manis yang mengujakan!
    Menguji... banyak sekali. Tetapi ysang negatif itu adalah ujian dan cabaran kehidupan; tidak perlu dikenang atau dicoretkan; sekadar hanya memberi tamparan negatif. Buat apa mengenang lagi!

    Pada 21 januari, akan bertemu TUN DR MAHATHIR lagi dalam satu Majlis High Tea, mengujakan! Menarik. Peristiwa ini akan menjadi pemangkin akan peristiwa mengujakan di tahun 2012! Wah!




      

    Friday, January 6, 2012

    Kehilangan itu satu kedukaan..

       Petang tadi apabila adik angkat saya Dina menelefon, terpandang sahaja  muka telefon yang berdering; hati saya sudah berdebaran... biasanya kalau hal-hal yang kurang penting; dia akan bersms, atau sekadar berfacebook. Andai saya perlu pendapatnya pun, saya akan menelefon dia, bukan sebaliknya. Hati cepat berkata, pasti ada berita baik atau berita yang kurang menyenangkan. Dan pastinya, kalau ada berita baik, sudah pasti saya sudah lama boleh 'menghidunya'.
         Debaran itu ada betulnya. Diberitahu, ibunya baru sahaja pulang ke Rahmatullah. Selepas mengucapkan
    innalillahiwa innailai hirojiun... saya terkedu sekejap dan sempat bertanya balik; "abang,  ada di sana, Dina dengan siapa?" Katanya, adiknya ada bersama. Abangnya sudah diberitahu. Saya tidak bertanya banyak; mendengur sendu dan sedunya cukup menjadikan mata saya berkaca,  airmata menitik laju.Saya hanya memintanya bersabar. Apa lagi yang boleh dikatakan. Kepala ligat berfikir, sewajarnya saya ke rumahnya malam ini juga, secepatnya tetapi saya perlu mengajak suami atau kawan ke sana; selain tidak pasti jalan; bimbang juga, andai tersesat pada malam-malam hari ini. Setelah berbincang dengan suami, yang tidak dapat menemani saya ke sana malam ini, juga setelah menelefon kawan rapat yang tidak juga mempunyai masa luang sebab perlu menyelesaikan hal-hal peperiksaan SPM; saya akhirnya terpaksa akur akan ke sana esok pagi setelah pasti  ke mana arah saya harus pergi esoknya, pastinya dengan seorang murid yang rapat dengan saya; untungnya dia sedia menemani saya. Terima kasih Fikah; semudah berkata a..b..c apabila ditanya.

       Dina dan adik-adiknya sudah lama kehilangan ayahnya, sejak dia masih di sekolah lagi; jadi saya pasti kehilangan ibu akan amat dia rasai juga. Belum berkeluarga, mahupun berumahtangga; pasti kehilangan itu akan terasa amat sangat. sempat saya menelefon dia kembali sejam selepas itu, memastikan abangnya sudah besama mereka , dan bilakah  arwah akan disemadikan. Sekadar memintanya bersabar; dan apa lagi ayat yang terbaik untuk dikatakan... sendu kami bercampur, antara pemberi nasihat dan penerima nasihat. Kesedihan yang berkongsi! Semoga dia diberi ketabahan yang berlipat kali ganda. Kesedihan itu masih boleh saya rasa getarannya saat ibu mertua saya dijemput Ilahi dua tahun yang lepas. Dan memahami saat-saat kesedihan itu. Barangkali sekadar melambai di hentian bas, kereta api, kereta, kapal terbang tidak akan begitu menyedihkan di saat mengiringi orang yang kita kasihi di pusara! Di tempat lain, andai ada kesempatan, pasti akan bertemu lagi. Di pusara, itulah 'lambaian' terakhir. hanya doa anak-anak yang soleh, doa kaum keluarga yang akan terus mengiringi di 'sana'.

        Al fatihah; kehilangan itu memang melukakan... memang sendu dan sedu.. tetapi kita perlu merelakan.






     

    Thursday, January 5, 2012

    Resolusi tahun baru atau angan-angan Mat jenin?


      Resolusi Tahun Baru!  Saya tidak punya resolusi baru! Tidak juga mempunyai keazaman atau iltizam yang baru! Pada diri saya, tiada gunanya menyenaraikan iltizam dan azam sepanjang berkilometer andai nanti akan gagal melaksanakan. Kata biasa yang biasa kita dengar; orang yang gagal merancang, akan juga gagal melaksanakan rancangannya. Juga pada saya resolusi bukanlah rancangan sebenarnya. Resolusi adalah lebih kepada satu 'angan-angan' kosong jika tiada program yang teratur yang disusun bagi melaksanakan segala bentuk rancangan. Macam 'angan-angan Mat jenin' dalam versi malang; hanya berangan-angan segalanya semasa memanjat pokok kelapa, dan akhirnya hanya mati setelah berangan atau bermimpi menjadi kaya dan bermimpi memeluk puteri raja; dia kahirnya melepaskan pelukannya pada batang pokok kelapa dan jatuh mati! Pun begitu, saya lebih suka mempercayai versi bertuah angan-angan Mat Jenin iaitu dia turun daripada pokok kelapa setelah panjang lebar berangan dan bermimpi di atas pokok kelapa; berusaha bagi menjalankan segala yang dia angan-angankan dan akhirnya berjaya dalam hidup. Saya yakin andai Mat jenin hanya jatuh pokok kelapa dan mati di situ, tiada siapa yang akan mengetahui akan angan-angannya! Siapalah kita dalam mentafsir mimpi atau apa yang terkandung dalam kepala dan minda orang lain!

        Jadi resolusi hanya sekadar angan-angan jika tiada kesungguhan dalam menjayakannya! Saya hanya berharap saya tidak akan menangguhkan kerja! So far so good;kadangkala tidak berniat menangguh kerja cuma terlalu banyak kerja yang mahu dicapai dalam satu hari; hanya 24 jam dalam sehari; dan tubuh tidak berdaya menyelesaikan semuanya serentak! 

        Tahun lepas, saya berjaya menghabiskan manuskrip saya dalam tempoh yang agak lama; hampir 11 bulan, cuma sebulan kurang daripada novel pertama saya DIMENSI CINTA, padahal CINTA SIKUNANG-KUNANG berjaya saya habiskan dalam tempoh yang lebih singkat, hanya 7-8 bulan sahaja. Saya juga menghabiskan PURNAMA MERINDU dalam tempoh 6 bulan!  Saya tahu jawapannya. Tahun lepas saya mulai mengajar hanya kelas-kelas  tingkatan 4 & 5 sahaja berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu tingkatan 3 & 5. Tingkatan 3 kurang sibuk memandangkan hanya memeriksa kerta objektif sahaja berbanding dengan kerta tingkatan 4 & 5 yang terdiri daripada kertas esei dan struktur; beratus-ratus keping semuanya, alpan kelas didarab dengan pukulrata seramai 40-45 orang setiap kelas! Dan kebetulan, banyak laporan tahun lepas yang ditukar format menjadikan banyak laporan yang perlu ditulis semula (format lama seolah dibuang terus) banyak masa betul yang dihabiskan yang pada saya sia-sia belaka! Apalah salahnya dengan format lama, laporan akan berbentuk laporan juga! Sama juga laporannya! Siapalah saya untuk memperkatakanya, kami kan yang menurut perintah!

        Cuba menghabiskan manuskrip terbaru dalam tempoh enam bulan, bermakna, saya perlu menghabiskan setiap bab dalam tempoh kurang sebulan. 2-3 minggu! Hmmm... Sudah memulakanbab satu, akan cuba menghabiskan bab 1 sebelum febuari; mudahan akan dipermudahkan ALLAH kerana bepeluang enjoy sambutan cuti Raya Cina selama lebih kurang 9 hari. Boleh habiskan banyak juga manuskrip jika benar-benar bertekad! Tidak bercadang pulang ke kampung memandangkan baru sahaja pulang bercuti dari sana dis lepas. Andainya dapat, boleh habiskan bab 2 juga. Dalam peghasilan manuskrip bab yang paling sukar adalah bab-bab awal; kalau ikutkan manuskrip saya, bab 1-4, bab 5-8 agak mudah. Bab klimaks di mana sesuatu yang 'tricky' perlu dilakukan agak suka juga. Menamatkan manuskrip pun agak sukar, kadangkala terpaksa mengubah laluan penulisan beberapa kali!

       Doa saya, saya akan menjadi orang yang cekal, lebih beriman, menjadi anak yang solehah, isteri yang lebih sabar; sabarkan sebahagian daripada iman! Saya terus mendoakan kedua ibubapa saya, keluaga saya menjadi keluarga yg beriman, sabar dalam menempuh dugaan kehidupan ini! Tiada lain yang saya harapkan; kebahagian hidup dunia dan ahirat semata-mata!