Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Tuesday, March 30, 2010

Pesta Buku PWTC, Kl hari terakhir..











28 Mac 200, hari pertemuan terakhir dengan penulis KarnaDya. Bukan mudah sebenarnya untuk menghimpunkan semua penulis dalam satu bumbung dalam satu-satu masa. Maklumlah, ada penulis yang tinggal jauh dari KL. Hari ini saya berpeluang bertemu pula Hazel Lin atau nama penanya Azleya Shazzalin (Dari batu Pahat, Johor), Zahida Zarkasi (yang masih junior daripada saya tetapi sudah senior dalam penulisannya, dari Perak)Resmansyah (penulis buku kanak-kanak yang popular) Adik Fatin Harnani, penulis sifu saya Kak Aina Emir dan Kak Mimie Afinie (yang dua-duanya super popular), Dr Abdullah Jus (nama penanya , juga penulis buku kanak-kanak yang popular).. Harap-harap aura popular akan tempias kepada saya (sebenarnya, saya tidak memerlukan popular - yang penting lebih ramai pembaca akan membaca buku saya, mudah-mudahan..amin)Difahamkan akan ambil masa bertahun utnutk mendapat ruang di hati pembaca. Saya harap, saya akan cepat diterima oleh peminat novel.

Membandingkan penulis tempatan dengan luar negara. tentulah jauh panggang dari api.. penulis bahasa inggeris mempunyai pasaran yang lebih luas dibandingkan BM. Apatah lagi, orang kita agak malas mahu membaca. Kalau ditanya murid saya pun, entah berapa kerat sangat membaca dalam B. Malaysia(entah B.Melayu atau B.Malaysia, sekejap B.Melayu, sekejap kata B.Malaysia), itulah sebebnya Bahasa mereka tidak mantap. Kalau menulis karangan, penggunaan bahasanya tidak kaya. Bahasanya longgar (standard budak sekolah rendah sahaja)

Berkongsi ilmu dan motivasi menjadi satu suntikan modal yang paling berharga. Ada perbezaan antara kawan penulis dengan yang lain. Bersama kawan penulis, kita dapat merasakan 'suntikan motivasi' yang tinggi. "system buddy support' penting dalam menjadikan kita 'tidak cepat mati akal' atau 'mati kutu'...

Apa pun, doa saya, akan terus bertemu sahabat2 yang baik-baik belaka. Hal ini penting dalam memastikan kehidupan kita berada dalam arus positif. Dan rasa seronok, bertemu kawan blog saya, Ariyatna Adri.. malangnya tidak dapat berbual lama sebab situasi yang tidak kondusif untuk berbual.

Dapat berpeluang beberapa jam bersama Zahidar Zarkasi yang kelihatan pendiam, dan agak pemalu. Saya! Saya ini sebenarnya berada dan boleh muncul dalam beberapa rupa. Kalau bertemu orang yang extra peramah, saya akan menjadi diam (sebab dia sudah bercakap banyak, baik saya menjadi pendengar). Yang sama ramahnya, saya pun menjadi sama naik (bergilir bercerita)Yang pendiam, saya akan 'korek' sehingga dia bercakap... orang yang pendiam pun akan banyak bercerita dengan saya, kena pandailah 'gali cerita'.... Orang pendiam ni sebenarnya banyak boleh berkongsi cerita, kenalah pandai cari suisnya... Dan dengan Zahidah, sama seperti yang lain.. best!

I'll miss Pesta Buku, pengalaman pertama bersama penulis lain. Memang Rock!

Saturday, March 27, 2010

Esok, hari terakhir Pesta Buku


Book mark buatan tangan, sebagai cenderahati dengan pembelian Dimensi Cinta (DC). Harganya tentu tidak mahal, sekadar 'comel'... yang penting, saya gunting setiap satunya sendiri, aluminated kan dia, dan mengikat reben sendiri.. hadiah daripada hati saya...

Hari ini saya terpaksa mengubah rancangan daripada ke PWTC ke One u sahaja. Mulanya, pada awal pagi, ex student saya, seorang nurse( saya bangga sekali) sms saya menyatakan dia terpaksa menggantikan kawannya untuk bekerja. Dalam hati saya, saya masih terpaksa ke PWTC (tidaklah terpaksa, suka rela) sebab ada empat murid saya yang mahu mengikut saya ke PWTC. Jadi program saya masih 'on'. Sekadar menemankan mereka. Tapi kemudiannya menerima berita, semuanya tidak dapat oergi ke PWTC, mungkin pergi sendiri bersama keluarga. Jadi, saya ubahlah rancangan saya sebab saya sendiri sudah cukup membeli buku untuk saya sendiri. Saya ke One U, apa lagi, kalau tidak menonton wayang.
Dan malamnya saya masih bersilat dengan 'bookmark' saya. Saya harap akan bertemu anda esok di PWTC dan ramai lagi rakan penulis esok.

Thursday, March 25, 2010

Ke Pesta Buku PWTC

Dari Kelana Jaya, menaiki LRT, turun ke Masjid Jamek dan bertukar LRT stesyen, menaiki LRT lain (menyeberang jalan & menaiki LRT ke arah Sentul) dan turun di PWTC.
Dari PWTC menaiki LRT arah Ampang, turun di Masjid Jamek. menukar stesyen di Masjid Jamek dengan menaiki LRT menuju ke Kelana Jaya.
Jumlah buku yang saya beli, kurang sikit daripada jumlah ini.. he he

Kononnya, saya akan ke pesta buku esok, kerana esok, saya akan pulang pada jam 12.30 tengah hari. Jadi ada banyak waktu untuk ke PBAKL. Tiba-tiba ilham meletus, pada jam 11.55 pagi, setelah tamat kelas terakhir, dek kerana geram dengan perangai budak di satu kelas ini yang begitu pemalas (lemah itu satu hal, itu kiranya tak boleh nak buat apa-apalah. Hari ini ajar,itu pun yang paling simple, esok dah tak boleh ingat lagi. Pemalas ni pula satu hal lain. Pening) Saya merasakan saya perlu mencari sesuatu yang menenangkan jiwa saya. Beli sahaja buku! Tentunya saya akan merasa happy giler!


Walaupun sudah agak lewat sampai ke rumah, pada jam 3 petang, saya terus bersiap & keluar juga. Ingatkan, pada jam 5.30 petang, semuanya akan selesai dan saya akan pulang. Malangnya, kaki yang kepenatan berjalan pun bagai tak terasa juga. Sedar-sedar jam 6.30, saya bergerak daripada PWTC menuju ke The Mall di seberang jalan.

Sewaktu saya tiba di PWTC, guruh berbunyi berdetuman sana-sini menandakan hujan akan turun. Sewaktu mahu menyeberangi ke Hall 2, saya ditahan oleh beberapa orang sukarelawan yang kata mereka, saya tidak boleh menyeberang ke Hall 2 di Seberang Sungai. Saya terpaksa 'membodek' cara lembut sebab, lebih banyak buku dan penerbitan yang pasti saya berminat untuk pergi seperti KarnaDya dan PTS. Mana mungkin, saya ke sana dan tidak berpeluang singgah ke gerai penerbitan tersebut. Maklumlah pulak, KarnaDya dan PTS hanya berjiran... Akhirnya, mereka membenarkan saya pergi juga. He he.lupa mahu katakan, "I never take no for the answer".. he he.. Scorpion ni memang ada kedegilannya. Degil dalam diam.


Singgah di KarnaDya membeli buku-buku untuk kids.. he he.. tapi saya yang akan membaca dulu.. (best juga kan) Saya dapat melihat, buku kanak-kanak pada hakikatnya, barangkali lebih senang untuk ditulis sebab muka suratnya lebih nipis dan jalan ceritanya (storyline nya) lebih mudah, tapi kepada saya, susah! Saya adalah orang dewasa, dan dalam menulis cerita kanak-kanak, bahasa yang digunakan harus mudah difahami oleh kanak-kanak! Tidak boleh menjiwang! apatah lagi bergurindam! Menulis ayat pendek satu masalah bagi saya! Dan sekali lagi, tabik kepada penulis cerita kanak-kanak kerana mereka berjaya menjadikan diri mereka melihat, mendengar dan merasai jiwa kanak-kanak!

Kata Jay, seorang staff KarnaDya, ada seorang yang bertanya adakah saya akan ke mari hari ini? Hmm pelik, siapakah gerangannya itu? Kalau benar kawan saya, dia boleh terus sms saya! Hmm??? Besar tanda soal ini?

Kemudian ke PTS, mendapatkan beberapa buah buku yang sudah lama diidam-idamkan... disamping beberapa majalah islamik seperti Solusi. Dua ruang rak yang baru saya kosongkan agaknya menjadi tempat yang sempurna untuk buku-buku saya yang baru saya beli.

Wednesday, March 24, 2010

Hari yang indah..



Kebelakangan ini cuaca agak tidak menentu. Ada kalanya cuaca panas dan ada masanya hujan turun dengan lebat disertai dengan guruh dan petir. Mostly panas sangat, matahari memancar terik, boleh dirasai kepanasannya melekap di kulit muka. Ada harinya, saya ditegur oleh murid, kerana muka saya sudah merah menyala. Bukannya kerana saya marah : marahkan budak2, biasa, tapi sikit2 saja, marah-marah sayang. Taklah sampai nak merah muka. Apa nak dibuat, kata saya, cuaca panas.

Alangkah enaknya kalau boleh memakai t-shirt,pant dan sport shoes sebab berpakaian begitu merupakan bonus pada hari yang panas ini. Malangnya, peraturan pakaian formal tidak 'menghalalkan' pakaian yang begitu. Saya kurang faham juga tujuan berpakaian formal (dan tidak membenarkan seluar panjang dan blaus. Kalau jeans tu fahamlah saya, kurang sesuai dan tidak menampakkan suasana akademik) Pada saya, apapun jenis pakaian atau warna pakaian yang saya sarungkan ke badan saya, saya masih orang yang sama, mungkin lebih memberi persembahan yang lebih baik jika saya berpakaian blaus dan seluar (kerana biasanya t/blaus dan seluar daripada kain kapas yang lebih selesa).. keselesaan akan memberi peluang minda bergerak lebih aktif barangkali.

Sudah hampir dua minggu asyik 'bersin' seperti 'the famous panda' di u tube.
Saya cuba hanya mengambil panadol, dan batuk alhamdulillah berjaya diselesaikan dengan bantuan sebotol ubat batuk. Akhirnya, setelah sabtu, demam satu hari, semalam, kepala sudah mulai sakit. Badan terasa lemah:tandanya flu sudah melekat, dan terpaksalah ke dr.Berkesempatan bertemu dan berkenalan dengan Adik Ija, di klinik.Itulah kelebihan sakit, rupanya berpeluang berkenalan dengan seorang lagi, individu yang baik, bukankah hidup ini indah??

Minggu ini penting sangat untuk sihat sebab mahu ke Pesta buku Jumaat bagi membeli buku. maklumlah, pada hari hujung minggu, terlalu ramai orang di sana, dan tidak ada kebebasan memilih buku-buku. Hari Sabtu dan ahad, insya-Allah ingin bersama lagi Kak Aina dan Kak Mimie yang 'fun & loving'dan berkemungkinan bertemu lagi ramai penulis lain yang akan hadir, 'which is besttttt'

Sedang menyaipkan beberapa kerja lin, dan draff novel ketiga.. sekurangnya sudah ada story line.Sedang mengumpul nama-nama yang indah... yang dipersetujui oleh Kak Aina dan Mimie yang nama yang baik dan sedap kunci kepada kejayaan yang menambah perisa dalam novel.Tidak sabar mahu memulakan.. sebab memulakan itu 'penat', tengahnya 'sedikit enjoy'.. dan menyudahkan novel..'yepeee' ...

Saturday, March 20, 2010

Pengalaman pertama sebagai penulis.

Puan Laila Hana, staff KarnaDya yang juga anak kepada Kak Aina Emir. Bukan sahaja peramah, tetapi sentiasa 'cool'.

Suasana di Gerai KarnaDya C6-C10, Hall 2,PWTC,KL.


Dr Wong Huey Siew (berbaju biru)penulis buku:Tiru macam saya -sebuah buku motivasi yang sangat membina memandangkan dia tidak dapat melihat (oku)


Kak Aina bersama dinding karnaDya yang dimekap cantik. Drama daripada novel Kau Laksana Bulan akan mula bersiaran di Drama TV2 mulai 19 Mei 2010. Tengok jangan tak tengok.



Saya bersama penulis Nora Isa.






Staf KarnaDya yang sangat baik hati dan peramah.




Penulis kak sifu saya, Mimie Afinie.






Salah seorang pembeli buku saya, Tima tacih ya. And nama please, saya sudah lupa.







Bersama penulis buku Red Dress Ink, Laura Caldwell. Buku Red Dress Ink adalah buku terjemahan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dalam tujuan memperkayakan bahan bacaan dan latar Inggeris kepada rakyat Malaysia.


Hari ini merupakan pengalaman saya yang pertama sebagai penulis di Pesta Buku. Lain rasanya. Sedikit teruja dan berdebar. Selalunya saya ke Pesta buku sebagai pembeli. Kebiasaannya tidak akan menoleh ke kiri kanan, sebaliknya saya akan terus meluru ke tapak2 penerbitan yang memang saya sudah 'tandakan' awal-awal lagi apabila melihat tapak pesta.

Kali ini berbeza kerana saya hadir sebagai penulis buku, terasa begitu jauh sekali walaupun duduk diapit Kak Aina Emir, sifu saya dan Kak Mimie Afinie (sebab buku mereka sudahpun mencapai ke angka lapan buah dan lebih dan saya baru bermula- dalam hati berbisik positif, tak apa, mereka pun bermula dengan satu buku dan buku saya akan meningkat kepada dua buah tak lama lagi.. Insya-Allah)Ternyata tidak rugi seharian bersama mereka yang peramah dan sproting dan tidak lokek berkongsi ilmu. Tentulah mereka lebih ramai peminta daripada saya... he he he (dan saya tidak cemburu, saya perlu menunggu 2-3 tahun untuk mengumpul peminta saya juga... he he) lagipun buku saya sudah pun dijual mulai oktober 2009. Ramai peminat 'hard core' KarnaDya sudah sejak awal pun membeli buku-buku KarnaDya. Jadi saya perlulah belajar satu strategi baru, buku baru perlu dikeluarkan awal tahun, jadi pembeli akan membeli buku baru di Pesta buku. Saya ada kurang 8 bulan untuk merealisasikan impian, buku baru menjelang Pesta buku 2011, terasa tercekik sendiri sebab buku ketiga saya, saya belum bermula dengan secebis ayat pun.. OOOwww..

Terima kasih atas motivasi mereka. Pengalaman dan kata-kata peransang yang mereka berikan merupakan bekalan inisiatif yang mengharungi ke alam dunia penulisan. Maklumlah, di dunia luar sana, lebih ramai yang suka menjemuh dan mencari kesilapan orang lain daripada melihat yang positif. Kadangkala pelik, dalam buku yang setebal 4oo mukasurat, banyak perkara baik yang patutnya dilihat, bila ditanya mengenai buku: jawapannya 'entahlah' dan yang dinampak hanyalah lima enam perkataan yang silap dieja.. he he. Ada juga pembaca saya, Kak Noriyah,Kak Yam, keluarga saya dan ramai lagi, yang memberi motivasi. Pokoknya, apa yang kita lakukan, tak payahlah melihat kelemahan yang orang lemparkan. Padulikan kata mereka, maklumlah 100 pembaca, 100 pulak kerenahnya... Bagaimana mahu menulis 100 cerita dengan pengenalan dan pengakhiran yang berbeza.. he he he.. (seperti kata kebanyakkan penerbit dan penulis skrip : suka hati sendirilah) cuma komen-komen pembaca diambil penilaian agar memantapkan penulisan. Kepada saya, komen tidak mematahkan semangat saya, dalam hati saya berkata teguh, kalau mahu komen bukannya susahkan, tulis sahaja 2-3 perenggan... kalau tulis buku mahunya juga 8 -12 bulan. (kalau kata mudah, cumalah...)

Kagum bertemu dua penulis cilik, yang baru berusia 15 tahun, Hasif Hamsari dan Fatin Harnani. Saya kagum betul dengan keduanya. Kalau zaman saya dahulu, ada orang yang memberi saya peluang mengasah bakat, agaknya sudah lama saya menjadi penulis.. hmm bestkan memandangkan saya sudah pun menulis cerpen dalam tersiar di majalah pada awal usia 16 tahun) Saya tabik spring kepada mereka. Adik Hasif datang jauh dari Melaka untuk bersama peminatnya. Saya belum membeli buku mereka. Insya-Allah, saya akan beli dan baca.

Seronok bertemu penulis lain, Nora Isa. Bertemu Dr Wong Huey Siew (seorang OKU yang tidak dapat melihat) dan mempunyai kelulusan PHD memkagumi saya. Bukunya berjodol, Tiru macam Kami adalah hasil gabungan penulisannya bersama Mohamad Nor. Saya sempat membelek separuh daripada hasil penulisannya dalam LRT tadi. memberangsangkan, sebahagiannya pengalaman nya sebagai OKU semasa sekolah dan alam kerjaya yang begitu mencabar. Membayangkan tiang dan longkang sebagai musuh utama cabaran kehidupan. Bayangkan bagaimana seorang yang buta dapat mengharungi kehidupan dengan baik
dan berjaya sepatutnya menjadi satu motivasi yang tertinggi buat kita. Terasa malu juga pada diri sendiri, saya yang celik, hanya ada ijazah biasa, sedangkan Dr Wong mempunyai PHD.
Staf-staf yang peramah, dan memang enjoy seharian di Gerai KarnaDya. Esok, datanglah beramai lagi! Esok saya sanggup menunggu sehari lagi di Gerai KarnaDya.. seronok...!

Thursday, March 18, 2010

Law of attraction (LOA II)



Apabila belajar tentang LOA saya dikukuhkan dengan pemahaman, ve + wave (gelombang positif) dan ve - (gelombang negatif).Hal ini menjawab banyak persoalan saya sebelum ini.
Kita perhatikan, ada kadangkala, kita jadi mesra dengan orang yang baru kita jumpa, atau orang sudah lama pun, tak boleh 'ngammm' kenapa? Hal ini sebenarnya ada kaitannya dengan wave yang kita bawa.

Hal ini juga menjawab mengapa, boleh wujud satu kumpulan perombak. jawapannya kerana keinginan negatif mereka, Ve- wave mereka yang mendorong mereka bertemu geng /mereka yang mempunyai paten/corak pemikiran yang 'jahat' bersama.

Atas sebab inilah, kita wajib mencari teman2 yang ,mendorong kita ke arah kebajikan.. kalau ada kawan yang mengajak kita ke arah kejahatan, tinggalkan saja.

Di keliling kita (kita tak nampak) sebenarnya ada wave, yang dipanggil aura.Sepatutnya wave ini positif dan berwarna pelangi (kalau balance)Boleh diintai/nampak melalui kamera (tahh saya dah lupa namanya - biasanya ada di kedai yang menjual batu galian/ jade etc) Aura/gelombang ini menjadi tarikan kita kepada orang lain. Sepatutnya manusia semuanya mempunyai aura yang baik/sihat/+ sahaja. Sifat atau perwatakan yang negatif seperti kesombongan, riak, bongkak (egois- ananiah)bencikan orang lain menjadikan lingkaran aura kita akan bocor, dan sekaligus menarik a bad LOA.(ve - LOA)

Dalam Islam, disebutkan, kita mesti menjauhi sifat bongkak dan sebaiknya, disebabkan hal seperti ini.
Kata ananiah berasal dari bahasa Arab ana yang berarti saya atau aku, kemudian mendapat tambahan kata iyah. Ananiah berarti ’keakuan’. Sifat ananiah biasa disebut egois, yaitu sikaphidup yang terlalu mementingkan diri sendiri bahkan jika perlu dengan mengorbankankepentingan orang lain.egois merupakan sifat tercela yang dibenci oleh Allah swt. dan manusiakarena cenderung berbuat sesuatu yang dapat merusak tatanan pergaulan kehidupanbermasyarakat. Orang yang egois biasanya membangga-banggakan diri sendiri, mengganggaporang lain hina dan rendah. Padahal Allah swt. dengan tegas tidak menyukai orang-orang yangsombong dan membanggakan diri.Firman Allah swt maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakandiri.” (QS. An Nisa : 36 )Contoh Ananiah; suka membanggakan diri sendiri, merasa diri paling benar, menganggap orang lain salah.


Mengikut iman al-Ghazali, terdapat sifat Mazmumah yang perlu kita jahui.
(Petikan blog Ustazah Azimah)
Imam Ghazali antara sifat2 Mazmumah ialah seperti berikut:

1. Gemar Makan dan Minum:

Hadis Nabi saw maksudnya ” Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.

2. Banyak berkata-kata(yg sia-sia):

telah menjadi lumrah manusia suka berkata2, berbual2 dan bersembang2 tetapi biarlah perkataan kita itu tidak sia2.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”- Surah AnNisa :114

3. Marah:

Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikianselalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.

4. Hasad dengki, dan iri hati:

Sifat di atas lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Hadis Nabi saw yang bermaksud: ” Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”

5. Kasih kepada harta:

Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.

6. Takbur:

Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

7. Riyak ;

Riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

8. Ujub;

Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud beerti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. Kasih akan Dunia:

Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmaNya:

Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.

*************************

Kelazimannya, orang yang mempunyai Ve - seperti di atas ini memandang rendah kepada orang lain. "Sombong" adalah perasaan prajudis yang mengasingkan kita dengan orang lain. Saya bersyukur daripada kecil lagi, kami diasuh agar tidak sombong oleh ibubapa (mama dan bapa saya) Kita hanyalah seorang hamba Allah di bumi ini. Sifat takbur, sombong tidak menjadikan kita istimewa, malah akan dikutuk oleh semua benda yang hidup di bumi ini.
Situasi ini menjawab persoalan saya, kenapa kadang2 saya tidak suka orang sebeginbi dan sebegitu, jawapannya kerana wave yang dibawa orang itu berbeza dengan kita. Kebiasaannya orang yang suka 'menyombong' atau 'dia saja yang betul' tidak akan mengajak kita 'rasa togetherness' bersama secara sedar atau tidak.

Saya kurang faham dengan istilah sombong ini. Kenapa perlu bersikap sombong???Mungkin di atas dunia ini, kita rasa kita tidak memerlukan bantuan orang lain, ada wang dan harta menimbun, ada masaya suatu hari kita masih memerlukan orang lain. Tiba-tiba jatuh sakit, harta dan wang tidak akan dapat membantu kita.

Atau, kita akan pergi jauh sedikit daripada situasi ini, di saat kematian kita. Kita masih perlukan orang lain untuk memandikan kita, mengkafankan kita dan menguburkan kita ke liang lahad. Suami/isteri sendirian tidak akan dapat melaksanakan hal ini dengan sempurna.Nauzubillah himinzalik!

Monday, March 15, 2010

Law of Attraction (LOA)


Berkereta besar dan hebat tidak menjadikan anda orang yang sombong. Itu hanya persepsi biasa orang lain.



Pertama kali saya mendengar tentang Law of Attractions (LOA) beberapa tahun lepas. Ketika itu, rencana dan talk show disiarkan dalam Oprah Show bertajuk "The Secret". Mengikut LOW ini, jika kita berfikiran positif selalu, banyak perkara baik akan datang dalam hidup kita.. Positif minds, bersikap baik etc. Saya yakin dengan hal ini, sebab sudah pun disebutkan dalam al-Quran dengan jelas...

." Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

Cuma bagi orang-orang biasa seperti kebanyakkan kita, kita gagal memahami maksud ayat al_Quran. Keperluan belajar mentafsir ayat suci satu keperluan. Kita perlu melihat segala yang tersirat di sebalik yang tersirat. Saya teringat akan arwah mak mertua saya, arwah sering mengulang membaca Tafsir Al-Quran yang ditulis Pak Hamka, dalam memahami segala yang dijelaskan oleh Allah kepada umat manusia.

Dalam hal ini, ada juga teman saya bertanya, kalau sekiranya lelaki itu dahulunya 'nakal bangat' tapi dia sudah insaf, kata saya, "itu kategori baik lah tu asalkan dia betul2 insaf.. sedangkan Nabi Muhammad s.a.w pun mengampuni umatNya.

Saya teringat akan satu kisah lama, masa itu saya cuba diperkenalkan oleh seseorang kepada lelaki X, katanya lelaki ini biasanya minum arak. Tapi dia percaya lelaki ini akan berubah setelah berkahwin dengan saya. Saya katakan,"tidak."Saya tidak percaya semua itu. Saya rasa saya berhak mendapat suami yang baik (alhamdulillah, saya berkahwin dengan lelaki yang baik)

Dalam memahami LOA ini, saya jelaskan satu peristiwa sebagai contoh. Saya terbangun lambat untuk ke tempat kerja. Kalau dulunya, saya telambat, saya akan melompat daripada katil dan menjerit."Alamak.." dan "matilah lambat ni.." dan semuanya menjadi 'kelam kabut' sebab, awal2 lagi saya sudah 'set lkan' my mind dengan perkataan negatif "matilah".."lambat" like cursing myself. Jadi saya akan terus lambat, pergi ke tempat kerja, ditangkap kerana lambat (padahak saya rasa saya patut dapat kredit kerana walaupun bangun lambat, saya masih beriya ke tempat kerja) dan macam2 - seribu masalah lagi.

Sekarang ini, ada 2 kali saya terlambat bangun kerana lambat tidur malam. Saya bangun, tengok jam dan telling myself.. "it's okay, I won't be late.." siapkan diri , do teknik alpha,berdoa agar saya tidak lambat .. dan ke tempat kerja.Alhamdulillah, it's work. Pertama, sebab saya setkan mind saya yang saya okay (not cursing myself)dan yang lain, pertolongan DariNYA.

Sebab itulah peribahasa lama menyebut,"buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali." Sekali kita berbuat jahat/perkara negatif, kita akan mengundang lebih banyak kejahatan dan kemungkaran hidup. Atas perkara yang samalah, orang yang berbuat kejahatan akan melakukan perkara yang sama berulang kali. Contohnya, sekali mencuri akan terus mencuri..(kecuali mencuri hati orang.. he he)

Jadi, marilah kita berfikiran positif. Kalau berada dalam persekitaran yang negatif, tinggalkan tempat itu, atau tutup minda dengan perkara macam tu. Kadang-kadang saya sendiri pun tidak memahami juga, ada orang memang suka 'fokus' kepada keburukan orang lain. Contohnya dia akan nampak muka kita yang masam lah, itulah,inilah. Saya secara peribadi memang tidak suka 'diserang' secara peribadi kerana saya tidak melakukan perkara demikian kepada orang lain. Kalau perlu ditegur, nampak junior semacam je, pergilah tanya dia, nicely.. mungkin dia sakit perut ke?
Kalau nampak muka saya muncung.. he he.. kadang tu tak perasan pun, ingat tak ada orang, tak kan nak senyum sorang2.. sebab tu kalau orang berfikiran positif, saya pasti, dia takkan nampak saya muncung.. he he.. (just anggap saja, saya berlakon drama..)

Saya sendiri. Well. Saya tak pernah nampak kalau orang 'masam muka',kalau terpandang pun buat tak tahu sajalah, buat apa nak difikirkan... mungkin dia tak nampak saya di depan dia kot. Berilah dia prasangka/persepsi baik.. hati anda akan merasa lega.

Seandainya tiada perkara baik untuk dicakapkan, tutup sajalah 'mulut'. Dalam ertikata lain, "kalau tak pandai berkata perkara baik, diam sajalah. "

Jadi, apa kata, kita berfikiran positif (bermula kepada diri sendiri)then kepada orang di sekeliling kita. Saya percaya banyak lagi "positif wave" yang akan tiba.

Thursday, March 11, 2010

Keputusan SPM 2009,saya teruja lagi.



Tahniah kepada sejumlah murid yang berjaya cemerlang dalam SPM. Dan Rueben, You're Rock. Rueben merupakan salah seorang murid saya yang cemerlang (dan cikgu bangga atas kejayaan setiap anak-anak didik cikgu tanpa mengira siapa pun anda) Rueben ini istimewa (yang lain juga)(dan merupakan salah seorang / 5 orang yang mendapat perfect 100 semasa peperiksaan kertas sejarah) kerana sikap pendiamnya. Terlalu pendiam (tidak pernah mendengar suaranya langsung dalam kelas) kepada hemat saya sehinggakan pada satu masa, saya bertanya kepadanya,"awak ni, boleh bercakap ke Rueben?"
Katanya, "Boleh cikgu." Itulah agaknya perkataan yang saya boleh dengar daripadanya sepanjang 2 tahun bersama mereka. Seandainya saya boleh memberi anugerah : selain murid terbaik, saya patut berikan dia anugerah, murid paling senyap di sekolah.. he he
***********

Setiap kali, keputusan SPM diumumkan, debaran akan terasa di hati. Apatah lagi apabila seorang guru mengajar murid SPM tahun lepas. Kebiasaannya kalau keputusan semakin baik, kita akan menerima kredit (tapi sekadar terima kasih sahaja, kalau berharapkan hadiah, pingat, wang, bonus seperti syarikat swasta, tidak payahlah bermimpi.. bagaikan mengharap bulan jatuh ke riba.)

Kalau keputusan SPM semakin 'mencurut', tidaklah kena 'marah' tetapi perlulah dibuat post mortem (bedah siasat, dan saya selalu membayangkan diri saya sebagai anggota CSI, bedah, jangan tak bedah) dalam mencari punca kenapa keputusan kurang memberangsangkan.

Alhamdulillah, berkat usaha guru-guru dan murid SPM 2009, keputusan sekolah meningkat lagi... alhamdulillah. Daripada segi matapelajaran pula, subjek saya, menurun 3 % (yang lulus, jumlah gagal meningkat) tetapi kualiti A s semakin bagus. Agak kecewa sedikt, pada saya tahun lepas, jabatan saya, semua guru-guru saya, all out telah mencuba sedaya upaya mengekalkan dan meningkatkan lagi peratusan tahap lulus matapelajaran. Maklumlah sebagai matapelajaran teras, kami tidak boleh 'membuang' murid yang berpotensi 'gagal' kerana 'malas' dan tidak berdaya, menulis walaupun sebaris ayat. Kalu boleh berbuat demikian, jangankan 90% dan lebih, 100% lulus pun boleh dicapai.

Terima kasih kepada murid kelas saya tahun lepas, 5 Balau, 5 Batai, 5 Cengal, 5 Jati yang berusaha gigih bagi mendapatkan keputusan yang baik. (Yang malas tu, tentunya bukan daripada 5 Balau,Batai dan Cengal - tak payahlah anda menerima kredit ini.. anda tidak layak pun)


Faktor kemalasan adalah punca utama kegagalan mendapatkan markah yang baik. Kalau sudah malas membaca, nota ringkas yang diberi tidak dibaca, sistem yang saya reka tidak digunakan: apa nak dikata. Seandainya mereka berusaha, tentulah berjaya.

Saya memahami terdapat juga murid yang lemah dan lupa:walaupun sudah membaca masih tidak dapat kuasai. Dalam hal ini, saya kira kes khas lah. Apa nak dikata juga.

Wednesday, March 10, 2010

Keterujaan Saya bertemu Ex Pelajar saya...




Hari ini teruja dapat berbicara walaupun ringkas dengan seorang pelajar STPM saya yang sudah agak lama tidak bertemu. 10 Tahun lamanya tidak mendengar berita mereka. Dua kali sim card saya rosak (masa itu belum ada back up dan alamatnya hilanglah semua nombor pelajar yang saya simpan) Ditakdirkan saya bertemu Sazuan Said di Facebook.


Dan lebih teruja, melihat gambar saya di pelamin yang diabadikan di album maya Sazuan. Indahnya. Terima kasih kepada insan yang mengabadikan gambar tersebut. Masih terbayang di bebola mata saya, sekumpulan murid ini yang datang bertandang di Majlis Perkahwinan saya.


Kumpulan pelajar STPM saya ini special sikit (yang lain pun special dan penting, tapi mereka lebih sikit special)kerana mereka berpeluang mengkantoikan saya ketika dating, yang tidak pernah berlaku sebelum ini & meraikan Hari Bahagia saya- saya bergelar pengantin baru pada tahun mereka mengambil peperiksaan STPM. Ketika itu saya mengajar di SMK TUnku Putra,Langkawi, Kedah.


Kebetulan, kumpulan inilah yang berjaya 'mengkantoikan saya' ketika saya dating dengan boy fren saya (suami saya) di KLCC pada tahun 1999, beberapa bulan sebelum kami dikahwinkan. Ketika itu, mereka datang rombongan bersama kawan saya. Ketika peristiwa itu berlaku, saya ke Wash Room, BF saya di luar menunggu, apabila saya keluar saja, sekumpulan murid saya betul2 berada di luar tandas, dan mereka pun berkata, "cikgu.." Saya apa lagi, cepat2 lah mengajak BF saya berlalu, dengan sedikit perasaan risau.. "alamak, kalau tak jadi kahwin dengan mamat ni macam mana?" Malulah muka sikit kot.


Berbicara dengannya membongkar berita terkini daripada mereka. Ramai yang sudah berjaya. Ada inspektor,jururawat,guru dan memegang pelbagai jawatan dengan kerajaan /swasta. Sazuan membantu saya mengingatkan kepada beberapa nama, Ramziah (Ramaziah?),Syafini, Asma, Azura, Aisyah, Siti Hajar, Siti Sarah, Erwan. (maafkan saya sekiranya nama anda tidak disebut,al maklumlah, saya ini memang gagal dalam mengingati nama dan nombor) Silap-silap nama BF lama pun terlupa jugak.. he he he.


Tidak ada perkara lain yang lebih membanggakan saya lagi selain mendengar khabar yang pelajar saya semuanya berjaya! Kalau sekadar menjadi suri rumah pun kiranya, okay juga. Semoga suatu hari nanti, kami akan dipertemukan kembali.

Monday, March 8, 2010

Berita KarnaDya


Berita Harian 8.3.2010

KarnaDya Solutions mahu tampil berbeza
Oleh Nurul Farina Nazlan



PENERBIT buku, KarnaDya Solutions Sdn Bhd (KarnaDya) akan menjayakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), pada 19 Mac hingga 28 Mac ini, dengan konsep terkini dan mesra pelanggan tahun ini bagi memikat lebih ramai pengunjung singgah dan berbelanja di gerai mereka. Pengurus Pemasarannya, Faiz Al-Shahab, berkata KarnaDya akan cuba memberi kelainan terutama dari segi susun atur dan reka bentuk gerai jualan kerana pengunjung pasti tertarik melihat gerai yang menampilkan ciri berbeza dan mudah untuk memilih setiap koleksi yang dijual. ”Tahun lalu, gerai jualan kami muncul sebagai pemenang bagi anugerah gerai jualan tercantik bagi dua tahun berturut-turut selain kami turut menambah bilangan gerai jualan kepada empat daripada dua pada 2008 bagi menjalankan aktiviti promosi dan jualan,” katanya ketika ditemui Sastera, baru-baru ini.


Tahun lalu KarnaDya tampil dengan konsep ‘ala kafe’ yang menampilkan meja dan kerusi tinggi untuk digunakan pada sesi autograf dan sebuah kotak-3D yang digunakan bagi mengiklankan produk terbitan KarnaDya turut dimanfaatkan bagi menarik perhatian pengunjung. Faiz yang enggan memperincikan ‘kejutan’ yang ingin diberikan kepada pengunjung tahun ini, yakin pengunjung akan berpuas hati dengan kelainan KarnaDya untuk pesta buku kali ini selain pelbagai aktiviti menarik turut bakal disajikan kepada penggemar naskhah terbitan syarikat itu. “Selain menampilkan novelis terkenal tanah air, KarnaDya turut menjemput penulis terkenal Amerika Syarikat, Laura Caldwell untuk berkongsi rahsia kejayaannya. Caldwell seorang peguam di Chicago dan banyak terbabit dalam penulisan berunsur jenayah serta ‘thriller’ hasil daripada kajian dan pengalamannya dalam dunia guaman,” jelasnya.
Peminat novel Red Blooded Murder, Red Hot Lies dan Red White & Dead boleh menghadiri sesi bersama Laura di Bilik Seminar Kedah-Johor, PWTC, pada 20 Mac, jam 2 hingga 3 petang.

Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia




Hari ini 8 Mac 2010, sekali lagi kita (khasnya wanita) menyambut Hari Wanita peringkat antarabangsa. Selamat HARI WANITA kepada semua wanita di Malaysia dan Dunia kepada semua wanita(para ibu, isteri, yang masih single, remaja dan juga bayi perempuan, kerana akan tiba masanya anda akan menjadi wanita juga)

Wednesday, March 3, 2010

Kajian membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia





Saya menyambut baik berita bahawa kajian semula tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara. Fakta yang emnyatakan rakyat hanya membaca 2 buku setahun beberapa tahun lepas nampaknya begitu lapuk sekali. saya sendiri rajin membaca. Saya boleh habiskan dua buku sehari, kalau saya berpeluang. Hari ini sahaja, saya sudah menghabiskan dua buah buku (dalam lingkungan 100 muka surat- tidaklah tebal) Saya membaca 8 surat khabar sebab semalam sibuk sikit, 2 buah majalah.

Diharapkan kajian hendaklah dijalankan secara menyeluruh, kajian tidak akan mendapat penilaian tepat sekiranya hanya mengambil kira jumlah yang datang ke perpustakaan Negara sahaja, saya kira atau perpustakaan. Kajian secara rambang - tinjauan saya selama 4 minggu ini,murid di sekolah saya pun jarang mengunjungi perpustakaan, padahal perpustakaan menyediakan kemudahan asas yang sangat selesa.Rutin kehidupan murid yang terlalu sibuk dengan Koku, kelas tambahan menjadikan mereka tidak mempunyai masa untuk mengunjungi perpustakaan, saya kira. Setiap hari saya akan mengunjungi perpustakaan sekolah dan meninjau jumlah pengguna, nampaknya, saya mungkin salah seorang daripada tetamu tetap (daripada jumlah 10-20 kecuali terdapat kelas yang mengunjungi perpustakaan untuk projek nilam)Tetapi masih ramai murid yang meminjam buku-buku untuk dibaca di rumah terutama tingkatan 1 dan 2 (yang lain agaknya banyak kerja sekolah atau perlu bersedia untuk peperiksaan awam)

Tetapi masih ada yang dikongkong oleh streotype biasa (stigma malas membaca)atau 'pembaca tegar'.Well. Entahlah. Saya sendiri kurang pasti kenapa orang tidak minat membaca. Hanya membaca menjadikan kita orang yang berilmu.

Barangkali ramai antara murid saya yang mampu membeli buku-buku sendiri. kebanyakkan suka membaca buku Bahasa Inggeris, entah mengapa padahal mereka masih tidak menguasai Bahasa Kebangsaan.

Agaknya: satu kajian perlu dijalankan...

Sumber www.Bernama.com

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perpustakaan Negara Malaysia akan menjalankan kajian seawal April ini bagi mengukur tahap membaca di kalangan masyarakat negara ini yang dikatakan masih rendah, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim Jumaat.

Beliau berkata kajian ini perlu memandangkan industri buku negara kini sudah meningkat dengan purata 16,000 judul setahun yang merupakan satu angka yang besar.

"(Sementara) pembacaan dalam bidang novel dan buku-buku biografi dan sastera juga meningkat. Dengan itu, kita merumuskan takkanlah masyarakat Malaysia pada puratanya masih membaca dua buku setahun," katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku 'Melakar Jejak - Biografi Mohd Yusof Noor' di sini.

Rais berharap kajian itu dapat mewujudkan satu garis asas pembacaan yang sesuai bagi digunakan dalam mengukur tahap pembacaan masyarakat di negara ini dalam tempoh tiga tahun berbanding 10 tahun sebelum ini.

Beliau berkata sekiranya kajian ini dapat dilaksanakan, ia juga dapat memberi manfaat kepada penulis-penulis buku yang menjadikan penulisan sebagai mata pencarian mereka.

"Masa depan penulis dapat kita lihat bersama dalam konteks memberi kemungkinan bagi penulis untuk menyara hidup menerusi profesionnya," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Rais berkata buku-buku agama, kesusasteraan, novel dan fiksyen didapati berjaya menarik perhatian masyarakat dengan jualan buku-buku semakin meningkat.

Pada 2009 sejumlah 1,429 buah buku agama dijual berbanding 1,269 buah pada tahun sebelumnya, bagaimanapun buku kesusasteraan, novel dan fiksyen pula mencatatkan pengurangan daripada 2,934 buah pada tahun 2008 kepada 2,788 buah tahun lepas, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor ketika ditemui berkata buku biografi mengenai dirinya yang ditulis oleh oleh Hariza Mohd Yusof dan Salleh Yusof menceritakan perjalanan dan pengalaman hidup beliau sepanjang penglibatan dalam bidang politik, akademik dan korporat.

Mohd Yusof berkata pengalaman yang dicatat dalam buku itu terutama semasa memegang jawatan Ketua Penerangan Umno, pensyarah universiti dan kakitangan kerajaan boleh dijadikan panduan dalam menangani isu-isu yang berrlaku pada masa ini.

Antaranya kes Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari Umno di mana beliau selaku Ketua Penerangan Umno diberikan tanggungjawab menyalurkan maklumat berhubung isu berkenaan.

"Itu pengalaman yang dilalui dalam politik yang saya fikir boleh juga di ambil sebagai satu bahan untuk direnung. Selain itu, kejadian pemberontakan Ibrahim Memali di Kedah di mana pada masa itu saya bertugas dengan kerajaan.

"Dalam universiti pula, saya berhadapan dengan semangat revolusi Iran di mana pada masa itu saya berhadapan dengan pelajar yang ekstrem. Jadi, pengalaman itulah yang menjadikan pengalaman di universiti dan kerajaan agak sensitif dan mungkin boleh dijadikan sebagai bahan renungan kepada mereka yang mengikuti kandungan buku itu," katanya.



-- BERNAMA

Sunday, February 28, 2010

Hati saya berbalam-balam...al_fatihah



Hati saya berbalam-balam (tidak berapa jelas/kabur)... tidak tahu untuk berasa lebih bahagia atau sedih. Tiga hari yang lepas, saya menerima berita gembira, sepupu saya Suhaiza selamat melahirkan anak ketiga, seorang bayi perempuan. Hari khamis pula,biras saya, Zaleha selamat melahirkan anak ketiga mereka, Al-Faruqi.

Sejak seminggu lepas (actually dua minggu lepas) adik ipar saya dan isterinya (biras saya) berulang-alik dari pj ke T'ganu kerana bondanya tidak sihat dan dimasukkan ke wad. Hati saya sudah bercampur, antara sedih dan kasihankan mereka. Ibu mertua saya baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada 26 Disember (baru sahaja 2 bulan lebih).. dan kini pula ibu mertua ipar saya ini tidak sihat. Walaupun mereka nampak tenang,kerana barangkali kuat menyembunyikan kesedihan, saya sedari jauh di sudut hati mereka, mereka menyimpan perasaan yang sangat sedih. Tiada seorang anak/menantu pun yang tidak akan kesedihan melihat bonda kita yang tidak berada dalam kesejahteraan. Agaknya, airmata saya yang melimpah lebih banyak kerana saya ini mudah sangat menangis, dan tidak bererti mereka yang tidak menumpahkan airmata tidak mempunyai perasaan sedih.

Hari ini saya menerima berita bonda kesayangan mereka, telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.05 petang di Hospital Kemaman, T'ganu. Airmata saya terus gugur, bukan bermakna tidak merelakan dia pergi mengadap Yang Azali, cuma kesedihan mengingati kedua ipar dan isteri yang kehilangan kedua bonda mereka berselang 62 hari. Peristiwa ini tentunya sesuatu yang Berat untuk ditanggung. Saya percaya, seperti yang disebut Allah, Allah hanya akan memberati kita dengan sesuatu yang sanggup kita tanggung. Hidup kita telah ditentukan Qada dan Qadarnya.

Thursday, February 25, 2010

Penghayatan kepada sambutan Maulidur Rasul




Semasa mendengar berita,saya harus menyatakan tabik kepada pemberita/wartawan yang mengaitkan sambutan Hari Maulidur Rasul dengan sebuah buku yang barangkali tidak asing lagi dengan kita. Saya beli buku ini beberapa tahun lepas setelah membaca reviewnya dalam sebuah majalah. Sebenarnya telah diterbitkan di Malaysia sudah agak lama, pada tahun 1989. (Cetakan pertamanya)

Menariknya, pengarangnya.walaupun seorang Yahudi tetap mengakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w/ Rasulullah s.a.w adalah insan/tokoh pertama antara 100 yang paling berpengaruh di dunia.

Memulakan ayatnya, beliau menulis, My choice of Muhammad to lead the list of the world's most influental persons may surprise some readers and may be questioned by others,but he was the only man in history who was supremely succesful on both religious and secular levels.

On humble origins,Muhammad founded and promulgated one of the world's great religions,and became an immensely effective political leader. Today,thirteen centuries (14 sekarang)after his death,his influence is still powerful and pervasive..

Dalam merumuskan rencana tentang baginda,pengarang menceritakan sedikit sebanyak sejarang perjuangan baginda (pada saya hanyalah cerita perkembangan sejarah perkembangan sejarah Islam dan bukannya keperihatinan pengarang terhadap kesempurnaan, kebijaksanaan baginda dalam pelbagai bidang) Hal ini bertepatan dengan tajuk bukunya, individu yang berjaya menarik/membawa pengaruh kepada masyarakat dalam sejarah.

Pengasas agama lain juga termasuk dalam senarai,top 10,seperti Jesus CHrist (yang tentunya mengikut versi kristian) Buddha. Kebanyakkan tokoh lain yang berpengaruh dikaitkan dengan tokoh dalam bidang sains,sejarah,sastera,ahli politik malah ahli pelayaran.

Pada pandangan kacamata saya,buku ini bukanlah sehebat mana. Maklumatnya mirip dengan enskikolopedia sains (enskikolopedia sains Islam lebih tepat maklumatnya) cuma memperlihatkan keberanian pengarang membuat rankingnya sendiri mengikut pandangannya. Ianya lebih kepada mengumpulkan maklumat terhadap tokoh-tokoh ini dan mengumpulkannya ke dalam sebuah buku tebal. Pada hemat saya,sekadar mudah untuk membaca mengenai 100 orang tokoh tanpa perlu mencari 100 buku di perpustakaan atau berjam-jam mengadap lap top dan mencari maklumat mengenai pelbagai tokoh.

Dan mengenang Sambutan Maulidur Rasul,membuatkan saya terkenangkan arwah nenek saya. Kebiasaannya setiap hari Jumaat petang (semasa saya masih bersekolah rendah)saya akan mengikut nenek saya ke tempat yang dipanggilnya 'baca kitab'. Lebih kepada majlis ilmu yang sederhana sambutannya di mana pendengarnya adalah orang-orang tua sahaja/pertengahan umur. Yang budak-budak hanyalah saya dan anak ustazah Aisyah (yang kadang-kadang bersama dan ada masanya tidak) Masanya bermula selepas zohor sehinggalah jam 8 petang. Mama saya biasanya akan menghantar saya dan nenek kerana kerana mama saya akan mempunyai agendanya sendiri.

Majlis akan bermula dengan bacaan dan penghuraian ayat suci al-quran, kemudian cerita sejarah perjuangan Rasullullah dan sebagainya. Majlis ditutup dengan Sembahyang berjemaah bersama-sama dan kadang kala ada jamuan makan (bergantung kepada acara dan sambutannya - kadangkala ada orang yang membawa pot -luck sekadar bersedekah)

Dan tiba-tiba saya disagat kerinduan kepada semua peristiwa ini. Surau yang kecil tetapi melegaankan perasaan. Air kali bertalikan tali besar dan tong ikan saiz sederhana, yang digunakan untuk mengambil air sembahyang yang dingin. Apatah lagi setelah nenek saya sudah lembali kerahmatullah (Fatimah binti Tambi Kechik,juga ustazah saya (aishah)....

Sekarang ini,majlis begini hanya dapat saya tonton melalui siaran televisyen...salah sendiri sebab kurang bersikap rajin utnutk menghadiri secara live,maklumlah tinggal di bandaraya,kesesakan,kesibukan dan menggunakan pelbagai alasan untuk tidak hadir. Di Langkawi dulu, hanya mengambil masa 5 minit perjalanan. Dan pada hari itu kebiasaannya,nenek saya berpeluang pasang badan, dan saya juga.. (memakai baju kurung kiranya macam cantik /cute sangat)

Sambutan hari ini juga mengingatkan saya kepada arwah ibu mertua saya. Kebiasaannya jika mak datang ke sini,pada malam jumaat kami akan sama-sama mendengar 'Majlis Ilmu'... dan semua itu tinggal kenangan pada tahun ini. Atau kalau tidak pun,saya akan emmasang cd 'Jejak Rasul' dan kami akan sama2 menontonnya.

Saya tahu,mengenang mereka akan menjadikan kita sentiasa menjadikan legasi perjuangan hidup mereka hidup dalam diri kita. Menteladani kehidupan mereka akan menjadikan kita sentiasa mempunyai 'sempadan' tentang perkara yang boleh kita cerobohi dan tidak. Mereka adalah cermin diri kita! Selamat menyambut Hari Maulidur Rasul.

Tuesday, February 23, 2010

Isu gay? Bolehkah dimaafkan..






Gambar 1: sea horse - singa laut tak ada masalah gay sebab boleh tukar jantina beberapa kali dalam hidupnya...

Gambar 2,3 dan 4: Manusia zaman ini,Bandar Pompei yang terbeku akibat lanar. Bayangkanlah satu bandar yang tenggelam kerana dilaknati ALLAH.


Kebetulan apabila mengajar tingkatan 4 sejarah,dalam bab 2,murid akan didedahkan dengan Tamadun Yunani,Rom etc. Dalam sejarah ini,secara tidak langsung ada menyebut tentang bandar Pompei,sebuah bandar di Rom yang telah tenggelam diliputi hablur dan lanar gunung berapi. Sebenarnya,saya pun beritahulah info kepada murid, mengikut sejarah Islam,bandar ini dilaknati ALLAH kerana kerakusan penduduknya yang meminati sesama lelaki...(gay) Saya pernah terbaca mengenainya dalam buku Harun Yahaya. Kebetulan saya terjumpa di blog: Takkan Champa Hilang di Dunia (kredit kepada penulisnya H.Fansuri; sebab saya bertemu info yang saya cari)

Petikan Blog : Takkan Campa Hilang di Dunia F.Fansuri:

...Akhirnya, apabila dewasa saya temui fakta mengenai manusia menjadi batu ini dalam buku karangan Harun Yahya, 'Kaum-Kaum Yang Pupus'. Di halaman 58 - 65, Harun telah menulis mengenai kewujudan bandar Pompeii di Italy. Bandar ini telah pupus bersama kerakusan para penduduknya yang tenggelam dalam lautan syahwat.

Kata Harun, di bandar Pompeii ada gunung berapi, Vesuvius yang kini tidak lagi aktif. Dua ribu tahun dahulu, ia telah meletup dan lava dari gunung itu telah memerangkap para penduduk di bandar itu. Harun merakamkan peristiwa 'manusia menjadi batu' sebagai berikut:-
"...memandangkan malapetaka itu berlaku secara tiba-tiba, semua penghuni bandar itu terperangkap ketika sedang menjalankan urusan seharian mereka dan kekal begitu sehingga hari ini, seperti mana keadaannya dua millennium yang lepas. Seolah-olah masa telah dibekukan."

Apa yang mungkin dimaksudkan oleh Harun Yahya mengenai 'masa telah dibekukan' ialah penduduk itu secara tiba-tiba tidak boleh bergerak. Manusia sebenarnya sentiasa bergerak dengan peralihan waktu. Hatta, jika dia tidak bergerak sekali pun atau sedang bersantaian sekali pun, sebenarnya proses penuaan sedang berlaku. Itu adalah satu proses pergerakan.) Petikan dari blog : tamat.

Dilihat daripada sejarah Barat,mereka hanya menamakan Bandaraya ini musnah kerana masalah lanar /gunung berapi yang meletup sahaja. Bayangkan satu bandar yang mahsyur dan maju termusnah dalam sekelip mata kerana mereka meminati sesama kaum sendiri (Gay).. dan BARAT tidak pula meletakkan masalah GAY sebagai masalah kerana GAY dibenarkan di BARAT. Contohnya Undang-undang California menghalalkan perkahwina sesama jenis. Saya katakan kepada murid : Tidakkah kita berasa pelik,kalau haiwan pun pandai pilih jantina yang berbeza untuk 'berkahwin' matting tapi manusia yang pula pelik... menyalahi tabie yang telah Allah tetapkan. (tak termasuk dalam kategori kucing ,anjing dan jenis2 monyet(sebab sifat haiwan ni dah macam perangai manusia jugak - tak berotak): dua jenis haiwan ni kalau tak ada betina- jantan pun jadilah: saya pernah terbaca di majalah. Dah pernah satu ketika mempunyai kucing di rumah,kucing jantan cuba menggoda kucing jantan lain apabila dikurung bersama..aww)

Dan apabila saya bercerita mengenai Alexander The Great yang juga GAY(berdasarkan rencana National Geographic .. dan Alexander bukanlah Iskandar Zulkarnain) budak2 saya ketawa .. membayangkan orang yang mahsyur,pahlawan terbilang pun masih bersikap begitu.. pelik tapi benar (actually bukanlah gay sahaja, biosexsual - ada isteri dan kekasih lelaki)

Dan ada satu soalan dari murid saya yang buat saya tersedak,"apalah salahnya gay cikgu?"

Saya jawab,"banyak salahnya. Tuhan cipta dua jenis jantina lelaki dan perempuan,ada banyak sebabnya,salah satunya sebab lelaki dan perempuan saling memerlukan dan saling melengkapi. Baik dari segi sains,agama,sosial atau atas apa saja alasan..." .."kita manusia ni bukannya singa laut -(sea horse) atau tiram yang boleh menukar jantina beberapa kali. Itu makhluk Allah/Tuhan yang special."

Yang saya bimbangi,masalah gay sudah menukar menjadi satu masalah baru/fenomena sosial terulung di Lembah Kelang ini... takkanlah kita perlu menjadi Bandar Pompei untuk memilih jalan yang betul /insaf diri?

Thursday, February 18, 2010

Pernyataan Cinta..





Dalam perjalanan balik dari JB ke KL,saya dan suami ketawa berdekah-dekah mendengar ucapan pendengar sebuah siaran radio. Isi ucapannya tidaklah kelakar pun, menyentuh tentang perasaan seperti...daripada A kepada B dengan ucapan,"sayang sungguh-sungguh"... kedua kami bersetuju dalam menyatakan pernyataan sayang/cinta/kasih atau perkataan2 yang seumpama dengannya,kita tidaklah memerlukan orang tengah/radio/tv untuk menyatakannya... Pernyataan dengan mulut/bibir/perkataan atau tulisan sendirikan lebih berkesan dan meruntun jiwa. Saya sendiri,apa yang mahu dimalukan,beritahulah suami betapa saya sayangkan dia,kalau rasa 'segan' dan tidak power menggunakan BM sebagai ayat 'mengayat',gunakanlah saja apa jenis perkataan dan bahasa yang anda tahu.(dan saya tak pernah segan menyatakannya biarpun sejuta kali lagi.. p/s saya kan jenis romantis.. he he)

Terasa sangat janggalnya menyatakan kepada juruhebah betapa banyak A sayangkan B dan sebagainya... Kata suami saya,mengapa satu dunia perlu tahu yang kita sayangkan dia dan sebagainya... dengan menghebahkan ke radio.

Lakukan secara senyap2... berdua... pandanglah ke dalam matanya,tenung dia dengan isi hatimu,bisikkan ke telinganya kalimat itu,rasai sentuhan tangannya..kan lebih bermakna... tapi pastikan anda telah berkahwin / nikah terlebih dahulu..kalau tidak pasti ada iblis yang menjadi oarng ketiganya...

Dan saya sendiri bertanya kepada suami,adakah dia menyintai saya (seperti selalu juga...) dan dia berkata.... sambil memegang dagu saya.. (romantis giler - kalau saja-saja memang tak dapat insiden ini,sebab dalam kereta kan...)dan saya ketawa seperti selalu.. Saya tahu dia tentunya akan berkata begitu. Mana mungkin seorang suami tidak menyintai isterinya. Dan saya emngulangi cerita kami ketika berdating dan berchatting dulu... adus manisnya.. Cerita cinta perlu diulang agar sentiasa basah dalam memori,barulah trilllll...

Dan saya siap dengan amaran kepada suami agar dia jangan khianati cinta saya,sebab saya ini bersikap pemaaf tetapi tidak akan ada peluang kedua... saya buaknlah heroin hindustan yang bersikap pemaaf dan menerima walaupun banyak kali dibuli dan dibuli lagi...

Wednesday, February 17, 2010

Never Lose Hope In ALLAH

Errors Committed Whilst Raising Children


Errors Committed Whilst Raising Children
Source : IloveAllah.com fan (Facebook)
It is very unfortunate and painful that some fathers fail to perform their duties towards their children as Allaah has commanded them to do; they do not protect themselves, their wives and their children from the Hellfire. In some cases, they not only fail to raise their children upon honesty, but worse than this, they deliberately raise them as liars by teaching them to deceive and swindle others, claiming that they are thereby teaching them how to be intelligent and diplomatic in their dealings with others.


Some teach their children how to be aggressive and attack and oppress others, claiming that they are thereby raising them to be brave.

Another group teach their children the ways and manners of the disbelievers and how to imitate them, claiming that they are thereby raising them in a modern and civilised way.

Having excessive trust in children:

Fathers must know who their children befriend, what they bring back home with them and especially where their daughters go and with whom.
Some fathers are unaware that their children possess indecent pictures, immoral movies and even drugs. Others are unaware that their daughters go to the markets and malls especially to meet Satan (i.e., her boyfriend); others do not know that their daughters smoke with their female friends when in their houses.
Those who are not watchful over their children will not escape on the Great Day of Resurrection from the torment from which nobody can escape.

Anas narrated that the Prophet[PBUH] said: “Allaah will ask everyone about those whom he was entrusted with.” [An-Nasaa’i & Ibn Hibbaan]

Spoiling children:
Some parents are too emotional and tend to spoil their children, to the extent that perhaps their children have never heard the word "no" to anything they requested of their parents. The result of this is a generation who cannot cope with the expected problems of life and who, therefore, break down at the first problem they face. We do not say that parents should be harsh on their children and refuse all their requests, but rather, parents should not surrender to their emotions. ‘Umar said: “Get yourselves accustomed to harshness because bounties are not always available.”

Imaam Ibn Al-Qayyim said:

“The parent must keep his child away from laziness, extra comfort and being spoilt, and should raise him upon the opposite of these. He should get him used to exerting effort because laziness has evil consequences, which will cause eventual deep regret; on the other hand, exerting effort and getting used to striving in life is praiseworthy and has good consequences whether in this life or the Hereafter, or both; this is because attaining high ranks in this life and the happiness in the Hereafter are only achieved through hard efforts and striving.”

Imaam Al-Ghazaali said:

“A father must protect his child by raising him upon good morals and keeping him away from evil company; he must not make him accustomed to having an easy life and must not make entertainment and joy be his main interest, because this will result in the child wasting his life in endeavouring to attaining these pleasures and joys.”


Treating children unequally:
A contemporary and evil social phenomenon that exists within some families is that they fail to treat their children equally and fairly. Some parents favour one or more of their children over others by giving them extra gifts, which is prohibited unless there is an Islaamic justification for doing so, such as if the child is sick or has a debt to pay off, or has just completed memorising the Quran, or parts of it; other justifiable excuses for favouring a child over the others is when he cannot find a job whilst having a large family to support, or if he happens to be a student of knowledge who cannot work and seek knowledge at the same time. A father who does favour one of his children over the others, due to such valid circumstances, must have the intention that he would have helped any of his children in such a manner, if the circumstances were the same. The general evidence that parents must be just is the saying of Allaah (which means):

“…Be just; that is nearer to righteousness and fear Allaah…” [Quran 5: 8]


The specific evidence for it is what was reported on the authority of An-Nu’maan Ibn Al-Basheer who said: "My father took me to the Messenger of Allaah and said to him: 'I have gifted one of my slaves to this son of mine.’ The Messenger of Allaah asked: “Have you given such a gift to every son of yours?” He replied, ‘No.’ Thereupon, he said: “Take this gift back.” So my father came back and revoked his gift". [Al-Bukhaari & Muslim]

In another narration of this incident, he said: “Be fearful of Allaah and treat your children justly.”

Yet in another narration that is found in the book of Imaam Muslim the Messenger of Allaah said: “I am not going to bear witness to this act of injustice.”

Imaam Ahmad said:

“A son may be given twice the share of the daughter, as is the case when distributing the will.”



One who looks at the situation of some families will find that some fathers do not fear Allaah when giving gifts to their children. They give them to some of their children and deprive others; or, they may give to the children of one of their wives whilst depriving the children of others, which implants enmity and hatred amongst the children and cause them to not be kind and dutiful to their father; this may in turn lead to the collapse of the family.

The Prophet [PBUH] asked a man who did not treat his children fairly: “Do you not wish that they will all treat you with goodness and dutifulness?” [Muslim & Ahmad]
Some people mistakenly believe that correctly raising children is limited to feeding them properly and providing them with adequate clothing and education, and they disregard instilling high morals and religious principles and etiquettes in them.



Others fall into the mistake of thinking that once they have placed their children in school, the school shoulders the sole responsibility of their cultivation.
Some fathers panic as soon as their child's temperature rises slightly and rush in all directions looking for a doctor or a hospital; while on the other hand, they are indifferent to the prohibitions or major sins that the same child commits. We ask: what is the temperature of the Hellfire? Why does the father panic at such a small temperature increase but fail to protect his child from the Hellfire?



There are some parents who become extremely angry and lose their sleep when their child falls behind his classmates and performs worse than them; they may hire a private tutor in order to make him catch up, but, when he neglects his prayers or even totally abandons them, or if he commits prohibitions or major great sins, they will not even rebuke him for it.
Similarly, there are fathers who become enraged when their child disobeys one of his orders, but are careless when the same child disobeys Allaah and shuns His commandments.

The father who neglects his children and does not guide them to adhere to the Quran and the Sunnah of the Prophet and fails to raise them upon Islaamic tenets, beliefs and morals, will undoubtedly have his children divert and become misguided, and they may even become dangerous individuals in the community.

Do not forget that a righteous son is a source of goodness for you after your death as the Prophet [PBUH] said:

“When a servant (of Allaah) dies, his (good) deeds will cease, except for three (kinds of deeds): A charity with continuous effect, a kind of knowledge from which people draw benefit, and a good son who prays to Allaah for him.” [Muslim]

Abu Hurayrah narrated that the Prophet [PBUH] said:

“The rank of a man would be raised in Paradise, and he would ask why, and he would be told: `It is due to your son supplicating for your forgiveness.`” [Ibn Maajah]

Finally, the Prophet [PBUH] said:

“He who recites the Quran, studies it and acts according to its teachings will be dressed on the Day of Resurrection with a crown of light, the light of which is like that of the moon, and his parents will be dressed in two garments the like of which do not exist in this life; they will ask: `How did we attain it?`, they will be told: `It is due to your child memorising the Quran.`” [Al-Haakim]

Friday, February 12, 2010

Keajaiban ciptaan ALLAH,I Luv ALLAH

   Hari ini kebetulan saya ada masa free sikit di sekolah disebabkan jadual saya pada hari ini hanya ada 4 waktu berbanding 10 masa harian...(saya perlu bergelut pada hari-hari yang lain,itulah sebabnya)jadi saya akan 'melepak' di tempat kesukaan saya(saya masuk ke perpustakaan setiap hari - cuma lebih masa pada hari jumaat is like LIbrary day to me), perpustakaan sekolah tanpa mengira apa persepi orang lain terhadap tempat ini. Menurut setengah orang termasuk murid,perpustakaan kami ini tidaklah kelihatan canggih disebabkan ada di antara rak buku ini sudah lama. Yang kurang disedari mereka adalah,di sebalik rak-rak lama ini,tersim,pan banyak sekali khazanah ilmu yang tersembunyi. Berapa banyak ilmu yang mereka rugi kerana saban tahun,pihak sekolah membelanjakan banyak wang untuk mendapatkan buku-buku baru. Bermakna jika mereka tidak masuk ke perpustakaan dan membaca, sudah pasti mereka kerugian yang amat sangat.
  Semalam apabila hubby saya bertanya,e-mel saya,saya memang tergelak sangat. Kata saya, "Hai bang, kita duduk dalam rumah pun,nak ber e-mel lagi. Cakap aje lah apa abang nak cakap."sambil tergelak-gelak. Saya pasti,dia tidak akan mengirim kad e-elektronik atau e-bunga kerana dia tidaklah seromantik itu.. (ha ha,lagi pun buat apalah e-kad ini,tak boleh simpan pun,tiada nilai  sentimental pun) Dia tentunya akan berkata , dia C...., S....,K... kalau saya bertanya dia. (Kena tanya selalu ni.. menurut Dato' Dr Fadhilah Kamsah,lelaki kurang mengucapkan perkataan-perkataan ini,bagi mereka perlakuan mereka terhadap keluarga sudah menunjukkan mereka menyayangi keluarga mereka...jadi bertanyalah selalu,wahai isteri..) Rupanya dia mahu mengirimkan saya e-mel yang dikirimkan oleh kawannya sebab dia tahu,pasti saya akan terpesona dengan bahan-bahan begini. Dan tentunya keajaiban seperti ini sentiasa mengujakan saya dan lebih mengingatkan kita tentang kekuasaan ALLAH yang menciptakan kita.
   Hari ini,saya membelek-belek Inseklopedia Islam :Pendidikan Sains dalam Al-Quran,Pengarangnya Hj.Abu Hassan Hj Ali,keluaran E-Media.,Jilid 1 dan terjumpa artikel yang sama maksudnya dan menjelaskan fenomena keajaiban seperti rencana semalam. Disebutkan cerita Kapten Neil Curry 1881,bersama kumpulan pelayarnya yang menjumpai sekelompok air berwarna seakan hijau di tengah Lautan Pasifik yang berwarna biru( berdekatan Mexico.) Mereka terpaksa berdayung dalam tiga perahu kecil kerana kapal mereka terbakar. Dia merasa air tersebut dan terbukti air itu adalah air tawar.
Petikannya berbunyi,"We dreamed..and in the midst of one of our dreams,we imagined the water beneath us had turned from blue of the sea to green. ... I managed to muster up strength to let out a container. I tasted the water and it was fresh"  Capten N.Curry 1881.
    Fenomena ini dikaitkan dengan penjelasan sains sebagai air hujan yang menitis ke atas batu yang berongga dan boleh menyimpan air melaluinya. Batu ini dinamakan sebagai akuifer (aquaifer).Akuifer yang melengkung setelah berjuta tahun akan menjadikannya melengkung ke bawah bumi akibat keadaan glasier bumi (kerak bumi) yang bergerak akibat gempa bumi dll keadaan menjadikannya muncul semula beratus km di bawah dasar lautan,seperti yang ditemui di Mexico (sungai dalam lautan)
    Kepada saya,umumnya kita memang mengetahui semua fenomena alam yang berlaku telah diperjelaskan oleh Al-Quran,cuma kita sahaja yang tidak celik ilmu dalam mentafsirkan al-Quran. Sebab itulah kita wajib mencari ilmu dan ilmu pula hanya boleh diperolehi daripada membaca. Sepatutnya (wajib) kita menggunakan kemajuan teknologi seperti internet ini sebagai wadah dalam berkongsi ilmu. Saya percaya,dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini,kita akan mendapat menafaat bersama.
   Berkesempatan melihat lagi matahari dan hulan, menjadikan saya seorang yang sangat mensyukuri nikmatnya.

Wednesday, February 10, 2010

Keajaiban ciptaan ALLAH,I love ALLAH

KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR
SUNGAI DALAM LAUT
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV


`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis.

Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.
Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.


Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.



Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu.
Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .

"Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan

surat Al Furqan ayat 53 di atas.



Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.



Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi

firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari

60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.