DOA UNTUK ISTERIKU
NOOR ARBA’IAH BT. ISMAIL
Merenung kelendar di meja, bagai tidak percaya. Sehari ke hari, 24 jam berputar, masa bagaikan berlari meninggalkan kita. Jika tidak dikejar, ketinggalanlah kita. Dalam 86400 saat, entahlah, apa agaknya yang kita lakukan. Masalah yang akan menjadi hakim kita kemudian hari. Aku pinjamkan kata-kata seorang teman, sesaat yang berlalu bukannya menunjukkan masa kita atau usia kita di atas bumi Allah, sebaliknya sebanyak masa yang makin kita tinggalkan. Sehari, bermakna 86400 saat masa kita yang semakin kurang bagi kita mengadap Allah kembali.
Bagai tidak percaya sekarang sudah Jun, Julai akan datang tanpa diundang. Di belakangnya Ogos. Di hujung Ogos, tarikh penting buatku dan isteri. Tarikh ulangtahun Kemerdekaan negara yang bakal disambut tanggal 31 Ogos 2000, tepat jam 4.35 petang, menjadi tarikh ulang tahun perkahwinan kami. Aku ingat benar tarikh itu,dengan sekali lafaz nikah, mengikat kasih kami berdua.
Aku ingat lagi aku lafazkan dengan hati lapang pada mulanya,
“ Aku terima nikahnya Nur Suraya Binti Abdullah dengan mas kahwinnya 2ooo ringgit
tunai “
Di penghujung lafaz, aku rasa bahuku menjadi sarat. Berat dengan tanggungjawab. Aku terikat dengan tanggungjawab sebagai suami.Kewajipan ini banyak cabangnya, bukan sekadar melibatkan meneruskan kelangsungan hidup kami berdua, mungkin bertiga dan berempat.Aku wajib memberi nafkah zahir dan batinku, mengajar soal agama bagi isteriku. Aku juga bertanggungjawab atas segala persoalan kehidupannya. Kelak, jika dia gagal menutup auratnya, gagal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai muslimin sejati, akulah orangnya yang bersalah. Aku akan sentiasa ingat hadis Riwayat Muslim yang berbunyi ‘
‘ Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya dari hal kepimpinannya…’
Takkala Imam membaca takliknya, dan aku mengikuti di belakangnya, terasa kepalaku lagi sendat. Hatiku bergumal antara rasa gembira dan gusar. Gembira, kerana dengan izinNya, kami akhirnya bersatu sebagai suami isteri. Gembira, dengan IzinNya juga aku diberi peluang merasai ‘Sakinah’ duniawi. Dengan konsep ‘Mawaddah’ dan RahmahNya’, di alam perkahwinan ini kami memberi peluang untuk aku merasai ketenteraman dan kemuncak kasih ,sayang dan cinta. Bukankah perkahwinan itu tandanya kebesaran Allah, seperti yang difirman oleh Allah SWT,
‘ Di antara tanda-tanda (kebesaran dan kekuasaan ) Allah adalah Dia menciptakan dari jenismu pasangan-pasangan agar kamu (masing-masing) memperoleh ketenangan (ketenteraman) dari (pasangan)-nya, dan dijadikanNya di antara kamu Mawaddah Dan Rahmah. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (ar-Rum ayat 21)
Sedikit gusar, peratusan penceraian alaf melenium ini menjulang tinggi. Bahkan ada pasangan, yang kahwinnya riuh dua tiga malam. Bapa dan ibu serta keluarga berhabisan beratus ribu ringgit meraikan anak menantu di hotel-hotel besar dan ternama, malangnya perkahwinan hanya kekal kurang beberapa bulan. Nauzubillah, semoga ikatan kami biarlah, dipisahkan oleh dua keping batu nisan. Biarlah liang lahad dan tanah kubur yang memisahkan kasih sayang.
Aku masih ingat hari sebelum majlis nikah itu, ketika kami membeli belah sebagai persiapan perkahwinan.Kami akan berpakaian sedondon tentunya, baju pilihan daripada kain berwarna emas lembut. Kata isteriku, sebenarnya tunangku, semasa kami bershopping di deretan kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman,
“ Kita pakai baju gold ya bang. Sekarang ini trend warna tu.”
Aku mengangguk sahaja. Aku tidak kisah langsung dengan warna baju. Apa sahaja warna yang dia suka, aku akan mengikutnya sahaja. Teringat kata Zaid, senior pejabat, yang sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga. Perkara pertama menuju rumah tangga, belajar berkrompromi. Mesti ada tolak ansur. Perkara kecil janganlah diperbesar-besarkan. Masalah yang besar perlulah cuba dikecilkan, dan kemudian, tamatkan.
Warna baju aku kira, perkara tolak ansur pertamaku kepada isteriku, ketika itu, bakal isteri. Pun begitu, tertanya hati, bolehkah bakal suriku ini bertolak ansur denganku di saat aku memerlukannya?
Perkahwinan mempunyai banyak hikmahnya. Perkara paling penting, Nabi Muhammad S.a.w akan berbangga dengan umatnya kerana berkahwin. Perkahwinan akan menjadikan berkembangnya umat Muhammad s.a.w. Semoga dengan perkahwinan ini, kami akan dikurniai zuriat yang soleh dan solehin. Amin.
Dengan keberkatan perkahwinan juga, rezeki akan bertambah kerana berkahwin akan datanglah rezeki, harta dan keberkatan hidup.Aku percaya, perkahwinan akan menjadikan kita mempunyai sandaran untuk bekerja dengan lebih kuat. Tujuannya jelas, untuk memberi nafkah dan mewarisi harta kepada zuriat kemudiannya. Rasullullah pernah bersabda,
‘Tuntutlah oleh kamu rezeki dengan berkahwin, kerana bahawasanya berkahwin itu mendatangkan berkat dan menghela rezeki apabila niatnya baik’
(Riwayat ad-Dailami daripada Ibnu Abbas r.a)
Telefon berdering, mengembalikan aku ke alam nyata. Daripada isteriku. Sejak kami berkahwin, hanya sempat dua minggu menikmati kasih berdua. Selebihnya, jarak memisahkan kami. Telefon diangkat.
“ Abang, abang datang hujung minggu ini?”
“ Belum tentu lagi. Hai, abang kan dah datang hujung minggu lepas?”
“ rindu abang.” Kudengar suaranya yang bertukar sendu di hujung gagang. Dia menangis barangkali.
“Abangpun rindukan Su”, balasku memujuk.
“ Berdoa la ya, agar Su dapat bertukar ke sini cepat”, cepat-cepat kusambung bicara. Semoga dia di sana terubat jiwanya.
Menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri dengan jarak jauh bukanlah perkara mudah. Aku dan dia dipisahkan dengan beribu jaraknya. Aku di Kuala Lumpur dan isteriku di Kedah. Setiap kali, aku mahu berjumpa dia, perlu menaiki bas berjam-jam lamanya.Boleh juga kalau mahu selesa menaiki kereta api. Boleh tidur lama. Perjalanan dengan pengangkutan ini bagaimanapun menuntut tiga belas jam lamanya. Paling mudah, menaiki kapal terbang. Tapi kalau kerap sangat, alamatnya, kopaklah poket.
Tapi, kepenatan akan terurai, bila melihat senyuman dia. Makan dengan bersuap, badan yang dipicit. Keseronokan berdua menjadi hiburan. Itulah juga kepentingan perkahwinan, memberi hikmat kenikmatan syurga dunia.
Malam datang lagi. Terperuk di rumah teres dua tinggat ini, memang terasa kosongnya. Alangkah sunyinya tanpa dia. Kupinjamkan kata-kata seorang perunding perkahwinan, apabila pasangan berkahwin, mahalnya perkahwinan adalah hadirnya qurratu a’yun iaitu hadirnya pasangan dan anak-anak yang menyejukkan padangan mata hingga lahirnya ketenangan. Benarlah kata-kata itu. Tanpa dia, hidup rasa tidak tenang. Keadaan berbeza betul jika dibandingkan dengan zaman bujangku. Aku tidak kisah untuk pulang malam daripada pejabat. Siapa akan peduli. Ibuku juga jauh di kampung halamanku di Kelantan. Kadang-kala, diperli juga oleh jaga pejabat,
“Encik Zaid, baik tukar tempat dengan saya. Saya jadi encik Zaid, encik jadi saya”, ketawa di hujung bicara yang buat aku tidak tahan. Pandai pula pak cik jaga ini mempermainkan orang.
Telefon berbunyi galak. Tandanya ada sms yang masuk. daripada isteriku.
+ Abang, ada berita baik.
Aku membalasnya segera.
+ Abang dah tahu. Kakitangan awam akan dapat bonus hujung tahun ini. Jadi kita berdua akan dapat gaji lebih. Alhamdullillah. Kutunggu dia membalas.
+ Bukanlah, geram dengan abang ni. Kehairanan juga. Ada rezeki lain? Tertanya sendiri.
+ Abang minta maaf. Ada rezeki lain?. Cepat-cepat aku membalas sms isteriku. Perangai paling buruk isteriku adalah, jika dia merajuk, perlu dipujuk,Kalau dibiarkan, panjang muncung mulutnya. Selalu aku akan mengusik, panjangnya mulut, boleh dibuat gantung baju. Yang seronoknya, dia akan mencuka, melarikan diri berbatu-batu. Perlulah aku memujuknya berkali-kali. Ah! Aku betul-betul rindu dengan isteriku.
+ Su hamil. Baru enam minggu.Bagai tidak percaya akan berita gembira ini. Baguslah. Tahun depan, kami bakal mendapat orang baru dalam hidup kami. Allah sudah murahkan rezeki kami.
+Alhamdullilah.Su okay.
Aku mengharapkan dia sihat. Alangkah baiknya jika aku ada bersamanya. Tentu dalam menghadapi kehamilan pertama, tambahan dalam semester pertama kehamilan, dia perlukan aku di sampingnya.
+ Okay bang. Letih, pagi-pagi lagi muntah-muntah sampai lembik. Langsung tidak boleh makan. Su cuma boleh makan biskut kering.
Terus aku mendail telefon. Biarlah perlu membayar lebih untuk mendengar kegelisahan isteriku. Dia perlu ditemani. Perbualan tidak lama, sekadar lima belas minit. Jarak menjadi memisah segalanya. Berkira-kira hari untuk kunanti kehadiran sekecil, bakal menyeri rumahtangga kami.
Pagi-pagi lagi telefon berdering.Kudengar suara tangisan isteriku. Dia menangis di pagi hari, kenapa? Katanya, ada bliding. Hatiku gusar sungguh. Kutanya dia, sudahkan dia menghubungi doktornya. Katanya, dia dalam perjalanan ke hospital. Hati jantanku turut merasa pilunya bila mendengar, di hujung bicara dia berkata,
“ Alangkah baiknya jika abang ada bersama”.
Aku telefon cepat-cepat ke pejabat, meminta cuti dua hari, kalau perlu lebihkan lagi kemudian. Segera, menelefon syarikat penerbangan. Aku perlu terbang untuk dekat kepadanya.
Setibanya di sana, kulihat wajah sendu dia. Selalunya aku akan disambut dengan senyum berbunga Setibanya aku di wad satu, dia terbaring di katil bujang di situ. Kebetulan, bilik itu hanya memuatkan satu katil sahaja. Kupeluk dia. Air mata dia berhamburan.
“ Sorry bang. baby tak ada lagi”, tangisannya bersambung. Agaknya dia lagi sedih ketika melihat aku menjengahnya. Kupujuk dia berkali-kali. aku katakan padanya, Allah lah yang Maha Berkuasa, lagi Maha mengetahui.Dunia ini penuh dengan musibah, tanda Allah akan menguji manusia.Musibah sekadar ujian Allah mengukur kadar iman. Jika kita bersabar, maka Allah akan memberi ganjarannya.
Bukankah firman Allah ada menyebut, …Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan. (al-Anbiyaa’, ayat 35)
Bermalam di rumah keluarga isteriku, hatiku terasa juga sedihnya. Walaupun aku tahu kami diuji, kami patut bersabar, tapi memori demi memori melihat isteriku menangis sebak, tidak dapat aku tahan.
Mengangkat air sembahyang, aku bersembahyang sunat hajat. Membaca surat al-Kursi berulang-ulang. semoga tenteramlah jiwa yang lemah ini. Kuangkat tanganku berdoa memohon Rahmat Daripada Allah, berikanlah kami kesabaran, permudahkan rezeki kami di lain kali.Kututup doaku dengan dua ayat terakhir al_Baqarah, ayat 285-286. Kuulang tiga kali ayat yang bermaksud,
‘… Ya Allah, Janganlah kau bebankan kami apa-apa yang tidak sanggup kami laksanakannya.Maafi dan ampunlah dosa kami dan kasihilah kami.Engkaulah Pemimpin kami,berikanlah kami pertolongan menghadapi orang-orang kafir’
Di saat berduka itu, Allah kirimkan berita gembira. Telefon genggam berdering beberapa kali, aku diberitahu, aku dinaikkan pangkat. Alhamdullillah.
Ledakan teknologi memberi kami kemudahan. Dari sms, telefon, kami beralih berbual melalui e-mel atau Chatting on Line. Lebih murah dan boleh lama berbual. Agaknya, beginilah lagaknya orang bercinta. Apabila jauh rindu-rinduan. Bagaikan mandipun sudah tidak basah, makanku tidak lalu. Yang lebih teruk apabila tidurku seakan tidak lena apabila dia tidak menemaniku di malam yang panjang.
Siang malam tetap berlari dengan pantas lagi. Aku menerima lagi berita gembira. Isteriku hamil lagi. Tujuh minggu sudah usia kandungannya. Pelbagai pesanan aku berikan setiap hari, pesanku supaya Suraya tidak lupakan banyakkan bacaan al-Quran. Surah Luqman, Surah Yusuf dan Maryam, jangan dilupakan. Semoga zuriat yang lahir nanti akan diberi keberkatan dan menjadi anak soleh. Pun begitu sekali lagi kami diuji. Isteriku keguguran lagi. Cuma kali ini nasibnya lebih baik, aku berada di sisinya ketika, tanda-tanda kegugurannya mulai berlaku. Perutnya sendat, senak. Kasihan benar aku melihat dia berkerut-kerut menakan kesakitan di tengah malam. Peluh dingin membasahi tubuh ayunya. Dalam hatiku, aku berdoa terus, ya Allah, selamatkanlah isteriku ini.
Setibanya di hospital, menurut doktor yang merawat Suraya, dia sudah mengalami keguguran. Bila ditanya sebabnya, doktor itu tidak pasti. Kemungkinan hormon, boleh jadi rahim yang lemah. Boleh juga disebabkan bendasing yang terdapat dalam rahim.
Wajah sendu siisteri di pintu masuk Lapangan Terbang Alor Setar, menyendatkan fikiran, dia terpaksa aku tinggalkan setelah seminggu di sana. Masih terasa hangatnya pelukan dia dan saat tanganku dicium berkali-kali oleh Suraya. Aku percaya dan yakin ibu mertuaku akan dapat menjaga isteriku yang masih perlu berpantang agar kesihatannnya pulih seperti sebelumnya. Aku pasti dia akan pulih dalam masa tertentu. Dengan ubatan herba dan makanan yang terjaga, aku yakin dia akan baik sejahtera kelak. Yang aku kuatiri cuma, perasaan dan kejiwaannya yang sakit, bolehkah terubat?
Dalam menempuh berita duka, Allah balaskan dengan berita gembira. Setelah setahun setengah tinggal berjauhan, Suraya mendapat berita gembira. Berita yang sudah lama kami tunggu. Permohonannya untuk berpindah mendapat kelulusan segera. Kami sudah boleh tinggal bersama.
Ternyata jelas, rezeki kami melimpah ruah sejak kami tinggal bersama. Aku berhenti daripada ‘makan gaji’ daripada kerajaan, sebaliknya menceburkan diri dalam perniagaan.Bukankah Rasullullah pernah menyebut 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan. Kebetulan rakan kongsiku seorang yang kuat pegangan agamanya. Syarikat selalu diingatkan agar melakukan kerja dengan amanah dan jujur. Rasuah dan penyelewengan bukan hanya akan merendahkan prestasi kerja dan mutu penghasilan, malah akan dihitung di akhirat. Zakat perniagaan mesti dibayar berdasarkan hukum yang ditetapkan Islam. Hasilnya rezeki kami melipat kali ganda.
Aku dikejutkan dari tidur pada suatu pagi, kata isteriku bahagian bawah perutnya senak lagi. Kali ini kami membuat keputusan agar berjumpa doktor pakar sakit puan. Rupanya, kami menerima berita yang bercampur-campur, suka dan duka. Isteriku hamil empat minggu tetapi bahagian rahimnya mempunyai gumpalan darah sebesar lima sentimeter.
Kalau isteriku tidak hamil, doktor akan mencadangkan pembedahan akan dijalankan segera. Gumpalan mesti dibuang bagi memastikan kandungannya selamat.
“ Ya Allah, Ya Rabbi, Peliharalah anakku selama ia berada dalam kandungan isteriku…dan segala puji bagi Allah semesta alam”
Kegugurannnya kali ketiga pada minggu ke enam mendewasakan dia. Aku lihat kali ini matanya tidak lagi basah dengan lelesan air jernih. Cepat-cepatnya kami membuat keputusan agar pembedahan dijalankan segera.
Pada malam sebelum pembedahan, aku lihat dia bangun di tengah malam, doanya syahdu dan sendu.Aku memasang telinga mendengar setiap perkataan yang dikalimahkannya.Sengaja aku pura-pura tidur supaya dia tidak kekusyukkannya tidak diganggu. setelah dia tidur semula, giliranku untuk bangun. Bersembahyang Tahajjud dan Hajat dengan harapan pembedahan itu berjaya dan dia selamat.
Di saat dia dibedah, aku di luar bilik pembedahan menunggu dengan resah. Kubaca kalimat suci berulang. Pun begitu, kegusaran hatiku tidak dapat dibohongi. Kulihat ibu mertuaku tenang membaca surat khabar. Aku! Bukan sahaja tidak dapat makan, mahu meninggalkan ruang menunggupun rasa seram.
Sejam kemudian, isteriku keluar dari bilik pembedahan,kata doktor, dia hanya akan sedar beberapa jam kemudian. Sebak hati melihat isteriku yang tidur lena. Ya Allah, besar sekali pengorbananmu wahai isteri. Kau sanggup lakukan apa sahaja meredah kesusahan demi kehidupan kita dan zuriat kita.
Setelah dia berehat panjang selama tiga bulan, aku membawanya bercuti menggantikan honeymoon kami yang tidak sempat kami lalui dulu. Faktor berjauhan dan kehamilan pertamanya menyebabkan kami menangguhkan percutian. Telahan doktor memang tepat. Enam minggu setelah bercuti, Suraya hamil lagi. Kehamilan yang sihat. Kami ingat pesan mak, banyakkan bacaan al-Quran, jaga mata, telinga dan jangan biarkan terlibat dengan maksiat, agar anak yang bakal dilahirkan sihat fizikal, mempunyai akal yang bijaksana dan membesar menjadi anak yang soleh. Agaknya inilah keajaiban berdua-duakan mengerjakan umrah.
Berdoa khusyuk di Jabaratul Rahmah, di Masjid Nabawi dan di hadapan Baitullah di Mekah jelas membuahkan hasil. Alhamdullillah. Bertemu Dr.Rahmah, pada minggu ke lapan mengujudkan kegelisahan yang berpanjangan. Ulta sound buat kali pertama akan dijalankan bagi memeriksa kandungan Suraya. Janin akan diperiksa bagi memastikan fizikal, minda dan segalanya baik.
“ Tahniah, encik Lukman dan Puan Suraya, your baby is okay”, senyuman manis doktor memang melegakan. Senyuman Suraya yang lebih manis kupandang. Isteriku masih cantik seperti dulu.
“ Wait”, perkataan doktor mengejutkan kami. Apa lagi? menari-nari segala perkataan dalam kepala. Bimbang, jika ada lagi masalah yang menimpa. Ya. Rabbi, cukupkanlah cubaan untuk kami!
“ You have twin “, ucapan doktor menyinggah perasaan bagaikan menerima hadiah, kenanikan pangkat dahulu. Anugerah Allah. Kami berpandangan sesama sendiri. Bagi kepastian, kami minta doktor mengulangi utra sound. Tidak salah lagi, gambar dua objek di dalam rahim mengesahkannya.
Sembilan bulan sepuluh hari bagaikan menunggu lama. Kulihat isteriku keletihan di saat-saat semester akhir kehamilan. Maalumlah, kandungannya membawa dua nyawa. Zuriat kami berdua. Akhirnya, penantian muncul juga.
Di saat Subuh berkumandang, kontruksi berselang tiga puluh minit bermula. Kami ke bilik mandi, membersihkan diri, mengangkat air sembahyang dan bersembahyang suboh berjemaah. Isteriku tidak lagi larat berdiri, sembahyangnya duduk di sejadah.
Di hospital, kami menunggu lama. Melihat wajah kesakitan isteri yang sesekali masih lagi mampu tersenyum, aku kuatkan hatiku. Aku harus sembunyikan resahku. Walaupun sudah beberapa tahun dia menjadi isteriku, padaku, dia masih lagi sama seperi seorang gadis yang aku kahwini. Wajah kegadisannya yang manis dan menawan di saat kami bersalaman selepas akad nikah dijalankan. Pada jam sepuluh, kedua anakku selamat dilahirkan. Di saat aku azankan dan qamatkan anakku di telinga mereka, air mataku lelakiku menitik. Dalam hati kecilku, berdoa, Semoga kedua puteriku diberi kesempurnaan kesihatan dan fizikal, jadikan mereka berakal dan pandai, alim dan beramal.
Kepada dua puteriku, bila kamu remaja, ingin ayah memesan pesanan nasihat Luqman kepada anaknya;
1. Hai anakku, ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat,agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa,isinya adalah iman dan layarnya ialah Tawakkal kepada Allah.
2. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah juga.
3. Hai anakku;orang yang merasa dirinya hina dan rendah dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadhu kepadaNya, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepadaNya.
4. Hai anakku,seandainya kedua orang tuamu marah kepadamu, maka marahnya orang tua itu adalah bagaikan baja bagi tanaman-tanaman.
5. Jauhkan dirimu daripada berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh jadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
6. Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari RahmatNya.
7. Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar, Ketahuilah, memindahkan batu besar dari temannya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
8. Hai anakku; Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lenih daripada itu semua,adalah bila mana engkau mempunyai tetangga yang jahat.
9. Hai anakku; Janganlah sesekali-kali engkau megirimkan orang yang bodoh menjadi utusan.Maka bila tidak ada orang yang cerdas dan pintar sebaiknya dirimu sendiri sajalah yang menjadi utusan.
10. Jauhilah bersifat pendusta, sebab pendusta itu mudah sekali mengerjakannya, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja dusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11. Hai anakku; Bila engkau menghadapi dua kemungkinan, takziah orang mati atau perkahwinan, maka hendaklah engkau meilih untuk menjenguk orang mati. Sebab menjenguk orang mati itu akan mengingatkan kepada kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta pernikahan itu hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu alangkah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkannya saja pahitnya barang. Kerana yang manis itu belum tentu menimbulkan kesegaran, dan yang pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14. Makanlah makananmu bersama-sama orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan alim ulamak dengan cara meminta nasihat kepadanya.
15. Hai anakku; Bukanlah sesuatu kebaikan itu bila mana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak mengamalkannya.Hal itu tidak ubahnya bagaikan seorang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul, maka ia tidak kuat memikulnya padahal ia masih menambahkannya.
16. Hai anakku;Bila engkau ingin menemukan kawan sejati,maka ujilah terlebih dahulu dengan membuat ia marah. Bilamasa dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan atau menyedarkan kamu, maka bolehlah dia engkau ambil sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.
17. Selalulah baik tutur katamu dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu kerana engkau akan disukai orang melebihi sukamu seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18. Hai anakku;Bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengaharpkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu daripadamu.
19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkah lakumu sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain, kerana motivasi ri’ya itu menimbulkan cela.
20. Hai anakku;Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri.Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan kemanfaatan bagi orang lain.
21. Hai anakku; Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan kerana engkau diciptakan Allah bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya oleh dunia.
22. Hai anakku; Janganlah engkau mudah tertawa kalau bukan sesuatu yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagimu, jangan mensia-siakan hartamu.
23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayang, siapa pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan barang siapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentulah akan menyesal.
24. Hai anakku, bergaullah rapat dengan orang Alim dan Berilmu. Perhatikanlah kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya,hidupkanlah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur disirami air hujan.
25. Hai anakku;ambilkanlah harta dunia sekadar keperluan sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekal akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan jadi pengemis yang membuat beban kepada orang lain.Sebaliknya, jangan engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau berteman dengan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakanmu.
Inilah harapanku buat puteri-puteriku, Nur Jannah dan Nur Hannah. Semuga cahaya syurga dan cahaya kasih sayang kami akan berpanjangan sehingga ke akhirat.Inilah doaku buat gadisku.

Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

karangkraf
Popular Posts
-
Menjadi pendidik, tentunya tidak ada perkara lain yang lebih menyeronokkan anda selain daripada berjumpa kembali anak-anak didik anda, seola...
-
Saya bukan seorang yang suka menonton teater, jauh sekali 'hantu' teater.. Saya memang tidak suka sebarang program nyanyian apa...
-
Sudah agak tiga hari asyik bermimpi (actually bukan mimpi lagi, sudah masuk kategori merepek, sebab sudah reach pagi, hampir jam 5-6 pagi), ...
-
Hari ini teruja dapat berbicara walaupun ringkas dengan seorang pelajar STPM saya yang sudah agak lama tidak bertemu. 10 Tahun lamanya tidak...
-
Selamat Hari Ibu kepada para ibu.. 2006 lepas, saya dan mama saya menyambut hari ibu dengan majalah jelita, seronoknya... tahun lepas saya...
-
Kalau di Pantai Timur ada musim tengkujuh, di Langkawi ni disebabkan pulau, kadang-kadang tempiaslah cuaca seperti itu juga. (bukan kadan...
-
Pesta buku datang lagi. Pada tahun ni saya akan berada di both Karnadya, berlokasi Dewan Tun Razak 3: A49-A51 dan A70-A72 PWTC pada 1 Mei 20...
-
Sebagai peminat movie, saya angkat 'dua-dua ibu jari saya'. Kualiti filem, story line, watak-watak yang hidup... dengan bahasa tubu...
-
Selalu saya hanya mendengar mengenai demam denggi... pernah ada ahli keluarga yang mengidap demam denggi. Tetapi saya tidaklah begitu ser...
-
Puan Laila Hana, staff KarnaDya yang juga anak kepada Kak Aina Emir. Bukan sahaja peramah, tetapi sentiasa 'cool'. Suasana di Gerai ...
No comments:
Post a Comment