Sehingga menjelangnya tahun baru Masihi,menjelangnya tahun 2010. Bagai ternampak-nampak menjelangnya tahun 2000. Pada masa utu saya berdoa agar dipermudahkan jodoh saya dengan 'mr F' (suami saya) dan bertemu dengan keluarga F yang baik.. gerunnya mendengar cerita mak mertua yang tidak baik,garang,cerewet mahupun yang banyak songeh. Sebagai menantu,kita memang perlu hormatkan mak bapa mertua tanpa mengira apa jenis 'errors' yang ada pada mereka,tapi kalau yang 'kurang baik'sure tension jugalah...
Allah mahbulkan doa saya,bertemu suami dan mak mertua yang sangat baik. Jadi berbaloilah menunggu lama juga. Saya bertemu & berkahwin hampir penghujung 20-an.
Pernah saya berkata,kalau saya mencari menantu perempuan,saya akan cari yang boleh memasak kalau jenis yang tak pandai memasak akan membuli mak mertua saja.. berehat memanjang kalau balik ke rumah mak mertua,mak mertua pula yang akan menjadi orang gaji.he he.. kalau kuali pun tak pandai nak pegang,jangan harap menjadi menantu saya..
Saya berdoa akan menjadi insan yang lebih baik,anak & isteri yang baik,lebih beriman kepada ALLAH dan RASULNYA. Bertemu dan berkenalan dengan orang yang baik hati,baik tingkah lakunya. Ada orang kelihatan baik tingkha lakunya,baik pertuturannya,tapi hatinya busok,di belakang kita membuat fitnah yang bukan-bukan. Saya tidak suka orang yang ego. kalau orang yang 'keret' kata orang Kedah,kalau duduk dekat,10 saat sudah rasa gelisah,'bad aura dia sudah dikirimkan kepada kita yang buat rasa tidak selesa. Tak kisahlah akalu dia mahu memakai kain yang berharga RM 30000 semeter tapi jangan bersikap sombong. Saya sendiri, tak kisahlah kalau sdidia mampu memakai pakaian begitu,tidak pula ingin cemburu kerana pada saya, at the end of it, hanya kain kapan lah yang akan menemani kita...
Selamat Tahun baru, semoga kehidupan,kebahagian, kasih sayang kita sesama manusia akan bertambah ruah. Ingatlah kita kepada yang tiada.
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

karangkraf
Popular Posts
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Temui KarnaDya di Pesta Buku Antarabangsa 2011 di Dewan Tun Razak 3, PWTC di booth A49-A51 dan A70-A72 bermula pada 22 April - 1 Mei 20...
-
Andai dilihat daripada kategori buku, kita dapat melihat pelbagai genre dan kategori buku yang terdapat di pasaran. Selain buku teks, buk...
-
Satu hari dalam bulan nov lama dulu.. buat pertama kali, saya jatuh cinta... I was in love.. kalau anda pernah dilamun cinta, atau pernah be...
-
" Hmm mudahnya jadi penguin, tidak perlu menduduki PMR atau SPM atau mengawas PMR / SPM atau mengajar murid yang akan mengambil PMR ...
-
Cerita 2 Hari ini mood happy saya berganda. Bukannya bermakna hari lain, saya tidak 'happy', melihat dan menyaksikan maj...
-
Stesyen kereta kabel, oemandangan yang syahdu... mesti pergi.. Dalam menunggu detik cuti sekolah, perasaan bercampur baur antara suka dan...
Thursday, December 31, 2009
Wednesday, December 30, 2009
Tahun baru tanpa mak
Saya masih terkenangkan mak,kebaikannya dan semua memori yang manis bersamanya. Pagi tadi ke mesyuarat di sekolah,baru ada kesempatan menyampaikan berita sedih kepada kawan-kawan saya. Ramai yang terkejut,ramai juga kawan saya yang berkesempatan bertemu mak saya sebelum ini. Dan ramai yang bertanya,kenapa saya tidak memberitahu mereka sebelum ini. Saya katakan,kematian ni sesuatu yang mengejutkan. Telefon saya keduanya sudah lama baterinya mati,tidak saya pedulikan. Memang semasa di hospital lagi,saya jarang memeriksa telefon saya,apatah lagi setelah berlaku 'hijrahnya' mak saya ke alam baqa,saya sudah tidak dapat mengingati apa benda lain. Hati dan jiwa terasa kosong. Saya terkenangkan arwah sangat2,selalunya selepas hari raya,mak akan datang ke rumah ini beberapa bulan... tapi kali ini dia tidak mahu ke sini atas beberapa alasan, mahu kemas rumah dll. Rupanya inilah cara mak mahu memberitahu ini kali terakhir kami bersamanya.
Saya masih ingat kata suami saya,rendang mak 'something happen',tidak pernah terjadi santan yang mahu dibuat rendang menjadi masam.... sudah berpuluhan tahun mak memasak rendang,belum lagilah santan itu masam.
Mesyuarat saya hanya tamat jam 2 petang,saya bergegas ke rumah kerana mak ngah dan mama saya ada di rumah. Segera mengerjakan zohor dan membawa mereka ke one u. Semasa mereka masih bersama kitalah,kita sepatutnya membuatkan mereka bahagia... dan ingatlah setiap perbuatan baik kita mendapat ganjaran Allah. Itu yang selalu mak beritahu dan ingatkan saya...
Saya menjadi pelik dengan sesetengah sikap menantu perempuan,kononnya sayang sangat akan mertua,tetapi kerap membuli mertua... sengaja duduk-duduk di hadapan tv sementara mak mertua memasak di dapur.. kemudiannya datang makan sahaja... lepas tu membiarkan pulak ibu mertua membasuh pinggan yang digunakan. Dan yang lebih memelikkan sikap anak lelaki yang membiarkan sahaja isteri membuli ibu mertua,tanpa pun menyedari keduanya menempah saham ke neraka... kalau terdetik di hati ibu yang dia keletihan kerana perbuatan anak menantu,kita yang berdosa. Malah ada yang sengaja meminta mak mertua menjaga anak-anak,membasuh baju,mencuci rumah,memasak persis orang gaji. Kita yang sepatutnya membasuh bajunya,memasak hidangan untuknya,membersihkan bilik untuknya,dan menyediakan segala keperluannya. Itulah tandanya kita mentaatinya dan memuliakannya.. yang peliknya pula,orang sebeginilah pula yang nantinya melolong,menangis berirama di perkuburan ibu... masa itu hakikatnya sudah terlewat... Sekiranya ibu tadi memaafkan perbuatan kita,tidak mengapalah,tapi kalau ibu tidak memaafkan kita,nampaknya kita memang sengaja menempah tiket ke neraka. Nauzubillah himinzalik.
Mama dan mak ngah saya sering mengingatkan saya yan saya kena bersabar dengan kerenah mertua kerana dia adalah ibu saya juga. Dan saya sangat bernasib baik yang mertua saya sangat baik orangnya. Tidak susah untuk menyanyanginya. Saya pernah ingatkan suami,yang dia tidak boleh menampar saya tanpa sebab lain tetapi jika saya menderhaka kepada mak saya,tampar sajalah saya supaya saya insaf akan kesalahan saya. Biarlah saya kesakitan di dunia daripada tersiksa di alam barzah atau di neraka.
Saya menjadi sedia apabila suami mengatakan,"nampaknya masakan mak kali turut di bawanya pergi". Walaupun saya ada menyalin resepi mak,tapi saya tahu 'airtangannya' tak akan sama dengan masakan saya. Saya bertanya pada suami,"Abang tak sedih ke melihat mak pergi?" Sebab saya tengok suami relax je. Kata suami,"Mulanya sedih juga,tapi melihat wajah senyum mak,abang tak jadi sedih." Dan suami katakan balik kepada saya,"kenapa mesti meleleh airmata melihat mak pergi,kita mesti redha."
Saya katakan,"Saya bukannya tak meredhai mak pergi,saya cuma sedih wajah yang saya tatap itu takkan saya tatap lagi,tangan yang saya sentuh itu tak dapat disentuh lagi,saya tidak akan mendapat lagi kasih sayang mak,nasihat dia tentang agama serta pandangan dia tentang kehidupan..." Mak mungkin tiada PHD dalam pendidikannya,tapi dia kaya ilmu kerana kerajinannya membaca... Saya percaya,mak berada dalam kesejahteraan dalam perlindungan dan RahmatNya. Amin.

Tuesday, December 29, 2009
Terima kasih semua
Kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai hatta semua yang terlibat daripada staff Hospital Sungai Buloh (Wad 4c & 4d)sehinggalah ke ahli Masjid kerana menyempurnakan pengkebumian ibu mertua saya. Baru tiga hari,saya sudah terasa benar kehilangan dia. Bersama ahli keluarga semalam,dalam hati saya terdetik,kalaulah boleh beramai begini tanpa perlu kehilangan mak.
Pada malam mak baru sahaja meninggalkan alam fana ini,saya terus menelefon mama saya di Langkawi,malangnya tiada tiket kapalterbang untuk ke sini. Saya cadangkan
mama saya ke Machang Bubok dan mengajak mak ngah saya ke sini juga dengan kereta api (memang terasa bimbang menaiki bas ekspres)Alhamdullillah,mama dan mak ngha tiba hari ahad. Selepas mengambil mereka di KL Central,kami lakukan marketing (untuk memasak untuk kenduri tahlil)... Kebiasaan biasa di kampung,manalah ada menggunakan khidmat catering,lagi pun memasak sendiri terasa lebih seronok. Alhamdulillah,dengan dua orang ibu ini,hidangan sekadar ucapan terima kasih telah berjaya dilaksanakan. Semasa memasak,ingatan kami terus kepada aruah mak,kebiasaan jika mama /m ngah datang,(atau saya sendirian di dapur pun)mak akan berdiri di pintu dapur untuk bersembang (atau akan duduk di kerusi dapur)menemani kami/saya memasak. (dan kebetulan banyak kali juga mama dan mak ngah bertemu sehingga sudah begitu mesra)
Dan kebiasaannya kalau keluarga saya bertandang,mak akan risau sangat dan bertanya jika ada makanan dalam peti ais kerana tetamu mestilah dilayan dengan baik.
Saya sering mendengar pelbagai komen mengenai mak mertua orang lain,mak saya ini terlalu sempurna untuk diperlekehkan. Aruah tidak pernah menengking,tiada rungutan,sangat beriman dan bersyukor orangnya... cuma saya rasa takut dengan teguran dan pesanan mak yang telah ditingalkan kepada saya untuk disampaikan kepada adik-adik saya yang lain... pada saya itu adalah amanat mak yang penting.
Barang-barang pemberian aruah akan menjadi pemberian yang sangat berharga pada saya... dan kenangan yang manis terhadap mak akan kekal bersama saya selamanya.

Monday, December 28, 2009
Kenangan Allahyarmah mak...
Al-Fatihah,Bonda mertua yang saya kasihi Hajah Fatimah binti haji Omar, telah kembali ke Rammatullahpada 26 Dis 12.20 malam dan selamat disemadikan di Perkuburan Tiara,Damansara 26 Dis jam 11 pagi. Al-Fatihah. Benarlah seperti yang dikatakan orang,apabila seseorang yang dikasihi pergi,kekosongan memori yang ditinggalkan itu,akan lebih terasa. Dan kita akan terasa seperti 1001 kali lebih rindu daripada biasa... Dan saya lebih sedih kehilangan ibu saya kerana sebelum ini saya ada dua orang ibu dan sekarang hanya tinggal ibu kandung saya sahaja. Tiada lagi ibu mertua saya,yang saya panggil mak untuk berkongsi cerita... saya akan terus merindui segalanya tentang mak saya,kerana seisi dunia ini tiada yang akan boleh menjadi galang ganti kepada mak saya.
Sebagai anak (menantu anak pertama tetapi ketiga dalam keluarga )walaupun sedikit sahaja jasa saya,saya meredaikan pemergiannya ke pangkuan YANG MAHA KUASA,sekadar akan merindui bukan sekadar biasa... Saya bersyukur menjadi orang yang terakhir bermalam bersamanya di saat dia tertidurkan akibat morphin,(bagi meredakan kesakitannya)orang yang terakhir membawa beliau ke bilik air,orang yang terakhir menggantikan baju kepadanya,orang yang terakhir membelai rerambutnya,menurut belakangnya dan orang yang terakhir bergurau dengannya. Mak saya kelihatan kurus sangat akhir-akhir ini, dan saya katakan kepadanya,"mak,kena belajar ilmu kurus mak." dan mak hanya tersenyum. Cuma terkilan ayat terakhir saya,"mak,nora balik dulu,nanti petang nora datang lagi..." sebab sehari semalam di hospital,saya balik tengah hari khamis untuk mandi dan tidur sekejap,petangnya apabila saya pergi semula ke hospital,mak sudah 'bermandikan wayar' dan mesin dan sudah tidak sedarkan diri lagi.Banyak lagi yang saya ingin katakan pada mak,betapa kasihnya saya pada mak,tapi saya tahu mak akan mengerti semua itu.
Banyak perkara-perkara kebiasan yang mak lakukan dan tidak beliau lakukan pada tahun ini.Contohnya,selalunya pada musim cuti sekolah,dia akan datang ke rumah saya. Saya akan melayaninya bersembang,makan,dan kebiasaannya kami akan menonton televisyen bersama,menonton al kuliyyah,dan rancangan berilmu yang lain,hatta saya kadangkala menonton American Idol (dan mak akan menonton juga bersama saya setelah selesai bersembahyang dan wiridnya ,saya akan bercerita kepadanya,apa yang dinyatakan oleh panel hakim,bagaimana mengundi dan sebagainya)
Pada cuti sekolah tahun ni,mak tidak mahu ke sini walaupun diajak oleh anak-anaknya. Mungkin,seolah terasa akan meninggalkan kami,mak tidak mahu lebih banyak kenangan yang bakal ditinggalkannya.
Selalunya semasa menemankan mak makan tengah hari,saya akan mencungkil cerita mak yang lama-lama sampaikan tangan kaki kering (sebab tangan tidak berbasuh selepas makan tengah hari)banyak sebenarnya cerita hidup mak yang manis-manis sehinggakan sehingga kalau saya ceritakan dalam novel akan melebihi 10 jilid. Manisnya seyuman mak ketika menceitakan perkara indah semasa peristiwa lama berlaku.Satu ketika ketika saya bergurau dengan mak,mak sampaikan menepuk bahu saya kerana geli hati. Mak berbeza karektor dengan saya, saya ni pandai loyar buruk dan bergurau... mak tak padai menegnakan orang dan bergurau, but mostly akan ketawa jika saya menceritakan sesuatu.
Pesanan mak untuk diri saya,"sembahyang,sembahyang dhuha dan bersyukur kerana dengan bersyukur kita akan mendapat rezeki yang berganda." Kebiasaan kalau bertemu mak dan di akhir pertemuan saya akan berkata,"mak jumpa lagi."bersalam dan berpeluk.Malangnya di hospital tengah hari itu,saya tidak mengucapkan perkataan yang sama.
Dalam tempoh mak yang 'tidur' berulang kali saya ucapkan salam dan meminta mak mengikuti kata-kata dan kalimah Lailahaillallh,selepas beberapa puluhan kali,kelopak mata mak kelihatan basah bergenang air,saya pasti mak mendengarnya,cuma mak tidak dapat berkata-kata. Sentuhan di jari mak juga terasa bagai ada magnet di hujung jari mak. di malam terakhir sebelum mak meninggal (khamis)hati saya bagaikan sayu,sudah terasa bagaikan mak akan meninggalkan kami cuma,saya tidak pasti bila Allah aka menjemput mak.Dalam hati saya saya berdoa terus,"Ya Allah,ampunlah ibu saya ini,kalau kehidupan dunia lebih baik bagi ibu ini,sembuhkan dia,kalau kehidupan akhirat lebih baik kepada ibu saya ini,mudahkanlah bagi dia. Atas segala kebaikannya kepada kami selama ini,mudahkanlah dia Ya Allah."Simpati saya melihat mak dengan tiga empat mesin di sekelilingnya dan wayar fentilazor,oksigen dan entah apa-apa mesin lagi di sekelilingnya.
Hati saya dihambat rindu yang akan berpanjangan, doa saya akan sentiasa mengiringi mak di 'alam sana'. Semoga mak akan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Dan sebagai anak,saya sudah melaksanakan jasa saya yang hanya sedikit dibandingkan dengan jasa mak membesarkan suami saya dari kecil sehingga kini,dan menerima saya dengan segala keburukan saya menjadi anak perempuannya. Saya berharap akan lebih berpeluang menjaga mak dengan lebih lama...
Semasa mak tidak sedar lagi,alhamdulillah Allah gerakkan hati saya akan menutup aurat mak kerana pada anggapan saya jika mak sedar tentunya mak akan bertindak sedemikian... dan jika mak akan meninggalkan alam ini,mak akan pergi dalam keadaan arat yang terjaga. Saya berpeluang memandikan mak,mengkafankan mak dan bersama di dalam van yang membawa jenayah ke kawasan perkuburan untuk disemadikan. Agak memelikkan kerana sebelum ini saya ni seolah takut kepada jenayah,kalau ada kematian,saya hanya menjengah ke ruang tamu sahaja,entah bagaimana datangnya semangat dan hilangnya ketakutan itu... Yang saya pasti kasih sayang saya melebihi segalanya dan inilah khidmat terakhir saya sebagai anak.Dan saya pasti saya pelajari semuanya daripada contoh mama saya yang berkhidmat dengan mak kepada nenek saya (ibu mertuanya)...
Baru hari ketiga mak pergi,terasa bagaikan sudah kehilangannya selama mungkin... dan yang ironinya,saya tidak akan bertemu mak lagi di bumi nyata.

Wednesday, December 23, 2009
Biasa-biasa je
Hari ini seperti suri rumah yang lain,do laundry,masak dan cuba menghabiskan manuskrip baru. Ya Allah,harapnya sempat dihabiskan sebelum sambutan Tahun Baru. Esok,dalam beberapa jam,saya perlu berada di sekolah. Selepas tu,dua hari lagi meeting di sekolah... Hari ini Insya-Allah,akan cuna menghabiskan satu chapter lagi,chapter 7. Kalau diikutkan sepatutnya tiada masalah banyak sebab semua info,maklumat dan draf telah dilakukan sebelum ini,cuma sit down and do writing je.. Alhamdullillah,the feeling is there.. sebab saya rasa mana-mana novelis pun,perlu menyiwai watak-watak yang mereka cipta.. seperti yang pernah disebut sifu saya,Kak Aina Emir," bila sedih,kita perlu selitkan kesedihan itu,rasai dengan hati,melihat dengan mata,sentuh dengan jiwa.." sebaliknya apabila gembira dan sebagainya... jadi perlulah menghidupkan rasa itu. Kalau part sedih,saya kadang-kadang menagis sambil menaip.. he he.. kebetulan saya memang queen of drama pun.. senang ketawa,juga senang menangis...
Penat sebenarnya mengadap lap top tapi apa boleh buat,selagi cerita ini belum berjaya dihabiskan minda ligat berfkir,mahu cepat-cepat menamatkannya...
Bekerja dan perlu menghabiskan 'on time' seperti yang direncanakan pun sebahagian daripada 'janji menuju hijrah baru'...

Tuesday, December 22, 2009
hmmmm... on my may
Alhamdullillah,akhirnya dapat menghabiskan manuskrip sehingga ke bab 6 dengan agak ... susah nak cakap. Menulis tentang luar negara,kali ini ke Perancis agak susah. Perlu buat banyak research,baca satu demi satu.. naik terbuntil mata juga.. harapnya menjadi bacaan yang interesting dan mencabar minda kita. Agaknya 3 hari tak dapat menunjukkan skil masak sebab target saya mahu menghabiskan penulisan sebelum berakhirnya tahun 2009. Tak tahulah berjaya atau tidak. Sedikit masalah dalam perancangan tempoh hari. Cdaangan kami,hanya pulang ke Langkawi dalam 8 hari sahaja,jadi saya tidak membawa balik komputer riba saya mahupun pen drive sebab hanya target untuk merehatkan minda... tapi suami yang mengalami kesakitan di kakinya (tapak kaki) asyik memberi diskaun hari bercuti (wish is lucky...)dan akhirnya membawa percutian (amazing) ke 12 hari (dan ada keberuntungannya sebab saya dapat menghadiri dinner with Tun Dr.M)Jadi program manuskrip saya ter 'delay'lah sikit. Apa pun tidak ada tekanan sebab buku ni idea kita dan 'period' masa pun terpulang kepada kita sendiri. Cuba sebaik mungkin. Kalau saya boleh habiskan manuskrip ini dalam tahun ini bermakna saya sudah lakukan rekod baru. Buku pertama saya Dimensi Cinta mengambil masa sehingga satu tahun.. lama sebab banyak research tentang London dan Adelaide.
Monday, December 21, 2009
Asrama Semai Bakti di Kelana Jaya ditutup
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;katanya asrama Semai Bakti di Kelana Jaya akan ditutup untuk murid-murid yang bersekolah di sekitar PJ. Asrama itu mungkin akan digunakan bagi penempatan murid-murid selepas SPM dan sebagainya. Saya terus mendail telefon saya bagi berkomunikasi terus dengannya.
1. Agak mengejutkan disebabkan tiada ura-ura penutupan asrama untuk murid SPm sebelum ini.
2. Hubungan kami (guru) dan murid asrama tajaan Felda ini agak rapat disebabkan sekolah yang mempunyai majoriti 80% bukan Melayu,jadi baki 20% Melayu ini agak rapat hubungannya. (dan saya tiada agenda untuk menjadi seorang yang anti bukan Melayu memandangkan darah campuran saya sendiri adalah Melayu-Cina-India daripada kedua orang tua saya-datuk-nenek saya. Saya juga rapat dengan semua murid termasuk yang bukan Melayu.)
3.Selalunya sambutan Maulidur Rasul/sambutan yang berkaitan dengan agama Islam dimeriahkan oleh murid daripada asrama ini,tanpa mereka,apa akan terjadi kepada sambutan agama ini? (Jumlah mereka lebih kurang 150 orang di sekolah saya;agaknya)
4.Kehilangan murid sebelum tempoh sepatutnya (SPM) adalah seseuatu yang tidak menyeronokkan sama sekali.
5.Saya terasa bagai kehilangan anak-anak apabila mereka benar-benar berpindah dari sini.Persoalannya,kenapa mereka mesti dipindahkan secara mengejut?

Sunday, December 20, 2009
Alhamdulillah,reach home.
Saya bertolak balik seawal jam 7.30 pagi,(bertolak 7.45 pagi)feri paling awal dari Langkawi ke Kuala Kedah. Feri yang sangat selesa, 2 tingkat. Pagi biasanya penumpang tidaklah ramai sangat,jadi free seating,terus ke tingkat atas. Tips, lagi tinggi kedudukan tempat duduk anda,kuranglah rasa tergolek kerana dilambung ombak.Sampai jam 9.20 pagi. Reach home at 4 pm. Rasa mengantuk sangat,tapi kalau tidur petang begini,alamatnya malam nanti susah pula melelapkan mata. Jadi,tahan sajalah rasa mengantuk. Dua malam kurang tidur. Malam sabtu (jumaat malamnya)tidak dapat tidur barangkali excited ,ahu ke dinner. semalam pulak, otak yang aftif sangat,berputar ligat memikirkan banyak perkara yang perlu dibereskan. malam ini tentunya 'balck -out'.
Dinner with Tun Dr Mahathir.
Well,semuanya berjalan lancar. Dinner yang sedap, dapat bergambar dengan Tun dan Tun Dr Asmah.Dapat mengambil berpuluh gambar Tun. Dapat peluang memberi novel ke tangan Tun sendiri. Well.Tidak bercadang menulis panjang,perlu tidur,esok perlu bangun awal untuk menaiki feri paling awal, 7.30 pagi untuk balik ke KL.Insya-Alah saya akan tuliskan cerita detailnya selepas pulang ke KL
Thursday, December 17, 2009
Makan-makan @Langkawi / Dine @ Langkawi
Kalau pasal makanan,saya sendiri tidak tahu / sedar pun semua tempat yang sedap untuk menjamu selera.Ada beberapa tempat yang saya sudah cuba sendiri dan dikira,bagus...Di Langkawi,semestinya perlu makan seafood (malangnya bagi yang tak boleh makan)
1. Bamboo Beach Restaurant, Lot 85 Jalan Penarak,Kuah. Call 012 4055480 Fandi / 012 4092875 Jamiah. Boleh memilih sendiri ikan,udang,ketam untuk dimasak. Suasana restoran yang romantik, tepi laut,masakan yang sedap - angin malam yang menderu. Pastikan tiba sebelum 8.30 malam sebab akan dipenuhi dengan pelanggan selepas jam tersebut. Call untuk menempah meja dialukan. (11 pagi - 11 malam)muslim owner.(you can select ur fish,etc to cook)Can ask taxi driver to send u to the restaurant,only 5 minit from town.
For non muslim, also can try dine @ Fish Farm Restaurant,next to Bamboo Beach Restaurant.
2. Wonderland - berdekatan Maxis Center,Primula,Kuah,Langkawi,Kedah. Dibuka jam 7 malam. Trafik light pertama, ambil kiri (kawasan Primula)teruskan sehingga bertemu Wonderland (NEAR mAXIS cENTRE,pRIMULA,kUAH first trafic light,take left side until u reach at Wonderland- on ur left side - open 7 pm)Chinese cook - Halal.
2a) Kebetulan malam ni (19.12.2011) saya baru balik daripada 'makan malam' di 'Laksa Penarak'. Jika anda dari Jeti kuah, kira-kira 500 meter selepas Jeti atau hanya 200meter dari Dataran Helang, anda akan bertemu deretan kedai makan. Kedai ini terletak di hujung sekali! Dibuka daripada tengah hari sampai malam (entah pukul berapa ditutup, jam 11 malam barangkali.) Nama kedainya LAKSA PENARAK. Nama sahaja Laksa Penarak, makanannya pelbagai! Variasi makanannnya terdiri daripada pelbagai jenis. Nasi, nasi goreng, pelbagai jenis makanan mee, bihun, laksa utara, lauk-pauk, ais kacang, laici kang yang pada saya semuanya sedap. Saya sudah mencuba laksa, kuehteaw goreng, mee gulung: nasi goreng kampung: semuanya sedap! Saya ulang makan tengah hari dan makan malam di kedai yang sama. Sebab sintom 'malas'... memasak. Rejatlah konon!
3. Pekan Rabu Mall - makan tengah hari - malam. (lunch to dinner)
4. Bertentangan Pekan Rabu - Jeti Pelancongan. (next to Pekan Rabu Mall -)
5. Wan Thai Restauran - berdekatan Kamdar,Kuah. Second trafc light,take right.(11 pagi 4 ptg) (6ptg - 9mlam)(open 11am-4 pm)(6pm - 9pm)
6.Restauran Pokok Janggus,Jalan Bohor Yooi,Padang Matsirat.
7. Kedai makan sayuran organik -bersebelahan Kilang Sireh Lagenda.
8. Kedai makam pokok mambu,jalan Penarak,Kuah (makan tengah hari)
9. Kedai ikan bakar, kedai makan pokok mempelam,kedai makan atta shoru di padang matsirat.(menghala ke air port)
10.Kedai makan bihun sup- di simpang ulu Melaka. (kepala simpang)
11.Kedai makan berdekatan Shaari Gamat,Kuah (makan tengah hari)
12. Chinese cook - Muslim Family - Billion Mall (Food Court - first floor)

Salam Tahun Hijrah
Pusing-pusing at Langkawi
Jika anda mahu bermula dengan Kuah,kita bermula dengan Dataran Helang, ke Taman Lagenda (tapi, tak ada apa sangat, taman dan views tempat-tempat menarik di Langkawi) then ke pekan kuah,ambil tanda arah ke Padang Matsirat. Di Padang Matsirat, simpang ke kanan (trafic light) menuju ke - Telaga Harbour - kabel car - telaga tujuh. (Teriang) - Padang Matsirat - ada Beras Terbakar ( juga boleh shopping kain batik etc)- menuju ke airport - Pantai Cenang (akurium /underwater world)pantai ...
Jalan lain, Kuah - Ulu Melaka (makam Mahsuri)- Air Hangat (Telaga Ayer Hangat) -Pantai KOk-Tanjung Rhu (walaupun pantai dan air lautnya nampak menabjubkan tetapi bahaya untuk mandi manda kerana kesan air pusaran ketika air lut pasang.)
Yang penting,turun dari jeti / airport ,grab a free map.

Pusing-ousing at Langkawi
Jika anda mahu bermula dengan Kuah,kita bermula dengan Dataran Helang, ke Taman Lagenda (tapi, tak ada apa sangat, taman dan views tempat-tempat menarik di Langkawi) then ke pekan kuah,ambil tanda arah ke Padang Matsirat. Di Padang Matsirat, simpang ke kanan (trafic light) menuju ke - Telaga Harbour - kabel car - telaga tujuh. (Teriang) - Padang Matsirat - ada Beras Terbakar ( juga boleh shopping kain batik etc)- menuju ke airport - Pantai Cenang (akurium /underwater world)pantai ...
Jalan lain, Kuah - Ulu Melaka (makam Mahsuri)- Air Hangat (Telaga Ayer Hangat)

Shopping @ Langkawi
1. Perlu beli coklat. Cadangan saya beli yang import. Bukannya tiada local cokelat (tempatan) yang sedap dimakan tetapi coklat local tiada tax,maknanya harga lebih kurang dengan tempat lain. Saya suka kit kat,)german / england)hershey's,coklat bar from australia (lupa namanya - Rm 8.90 for 3 bar,warna cold, 3 perisa), nougat (australia),kisses. Banyak lagi,tapi itu saja yang saya suka.Saya suka ke Ismail Group ( 2 blok dri Bank Bumiputra) sebab satu kedai penuh dengan coklat saja.
2. Pinggan mangkuk pyrex dll.Ada kedai yang menjual lebih murah tetapi anda perlu melihat tag bagi memastikannya bukan buatan Indon atau negara Asia lain - bukan original. Sebab itu lebih murah. Sepatutnya buatan Perancis/England/Germand/Itali atau negara Eropah.
3.Batik Indonesia - hadkan kepada 2-3 helai seorang. Rokok 1 kartun seorang.Barangan el;ektrik RM 500 sahaja. (saya tak fikir ada yang mahu beli tv dll)Yang lain tiada sekatan.
4.Barangan gamat = minyak gamat, air gamat (mesti simpan, cure for demam denggi - terbukti,ada insan yang menulis di akhbar, cuma minum 1 sudu besar 2 x sehari = menambah platlet darah)
5.Ikan bilis/ sotong/ikan talang kering (masin) - bersih,sedap dan murah.
6.T-shirt= / towel - murah.
7. Sudah beli banyak barang- belilah beg pula. kalau mahu ketahanan sehingga anak cucu - belilah yang branded, tapi kalau yang murah RM 30- 60, boleh tahan jika ada cermat menggnakannya.
8.Kamera - kawan saya kata kalau beli yang RM beribu,banyak perbezaan hargaya. Saya kurang tahu sebab kamera sya yang biasa-biasa saja.
9. Kalau anda masih bujang - anak dara Langkawi, tidak juga murah - tak ada less tax - ini kenalah discuss dengan bakal bapa mak mertua anda. (katakan kepada mereka anda perlu bayar tambang bot etc)he he

Labels:
Dos and don'ts at Langkawi
Wednesday, December 16, 2009
Holiday @ Langkawi
Cabel Car
Kami bercadang ke Cabel Car,my favourite place. Ini merupakan tempat wajib kalau balik bercuti ke 'my hometown'... Singgah makan dulu di Ros Cafe di Stesyen Cabel Car sebab sudah mengagak tentunya agak lama perlu beratur untuk menuju ke kereta kabel. Agak lama beratur untuk membeli tiket,hampir sejam lamanya,ramai sangat pelancong termasuk 'pelencong' macam saya. Suami tidak mahu mengikut saya sebab kakinya sakit. Jadi saya bertiga sahaja. Kebetulan di hadapan kami,(me, my mum and Popo The Panda)sepasang suami isteri bersama seorang kanak-kanak yang saya yang saya kira berusia setahun lebih atau dua tahu,mungkin berasal somewhere from Europe,tetapi bukan daripada USA atau Uk sebab dia tidak mengucapkan 'thank you' atau 'hello' sebaliknya 'grassias'. Kebetulan kami berenam berada dalam satu kereta kabel. Malangnya mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, katanya,'very little-little' ketika saya bertanya jika dia tahu berbahasa Inggeris. Jadi tidaklah dapat saya menajamkan skill Bahasa Inggeris saya. Kalau tak,tentu seronok bersembang dengan mereka.Rupanya mereka berasal dari Kazasthan, adik beradik 'go head- gostan' kata Tan Sri P.Ramlee. Kata anak buah saya,Faez,kata dailog filem P.Ramlee lagi," dekat-dekat negeri setan." Baby tu sangat comel,kulit yang putih sudah menjadi kemerahan disebabkan panas,matanya biru kehijauan.. (nanti saya akan upload gambarnya- sebijik wacam baby doll, rambut merah-coklat muda)adus.. bikin jatuh cinta dibuatnya. Kebetulan,bila mama saya mengajak dia duduk di ribanya,dia tidak menolak. Dudulah baby comel di riba mama saya sehingga hampir sampai ke stesyen kedua kereta kabel. (Ada dua stesyen - stesyen di atas lebih baik daripada stesyen pertama)
Pemandangan menabjubkan, warna angit yang biru, kehijauan dedaun dan tumbuhan yang menghijau, memang menabjubkan. Minuman dan makanan tidak boleh dibawa ke atas,jadi kalau mahu bawa minuman,pandai-pandailah bawa beg yang besar... he he.. saya biasanya saya akan bawakan beg 'pack' supaya boleh membawa air berbotol-botol. Sekiranya anda berjalan ke titi gantung di puncak gunung,anda akan perlukan banyak air... sebab jaraknya 1 km juga.
Kira-kira sejam di atas puncak Gunung Mat Chincang,kalau mahu tahu cerita lagenda Mat Chincang dan Mat Raya,perlulah beli dan baca buku novel saya.Kemudian kami terus ke kaki Telaga Tujuh. Malas mahu mendaki,hanya lalu di bahagian parkirnya sahaja.
Kemudian singgah di Telaga Harbour untuk bergambar. Merupakan tempat parking bot layar yang kedua di Langkawi. Yang pertama di Yatch Club berdekatan jeti Kuah. Ketiga di Hotel Porta Malai.Kemudian terus balik ke rumah. Langkawi memang panas sebab sudah memasuki musim kemarau... Kulit pun sudah hampir perang - coklat... alamak. Esok akan ke menonton 'Avatar' dan kemudian soping sikit...
Monday, December 14, 2009
Holiday @ Langkawi
Hari ini tidak banyak aktiviti. Pagi sampai tengah hari,berjalan-jalan ke Beras Terbakar. Actually, beras terbakar adalah gudang beras di bawah tanah yang digunakan berzaman-zaman dahulu. Apabila Siam menyerang Langkawi,sebaik sahaja peristiwa pembunuhan Mahsuri berlaku,maka orang Langkawi berpakat membakar gudang tersebut kerana tidak mahu bahan makanan tersebut jatuh ke tangan orang Siam. Sekiranya orang Siam memperolehi bekalan beras tersebut maka mereka akan tinggal lebih lama di Langkawi. Anehnya, beras yang dibakar itu hangus keseluruhannya menjadi rentung. Sebutir beras yang terbakar (hangus keseluruhannya- kalau kita cuba membakar beras baru,bahagia beras di tengah akan kelihatan putih)Dahulunya,kalau hari hujan, beras yang terbakar ini akan timbul di permukaan tanah. Di sana,ada kawan saya yang menjual barangan t-shirt,kain batik dll,jadi saya selalu membeli di sana. Kalau malas mahu menjahit kain batik (dipanggil batik jawa walaupun tidak dibuat di Jawa)belilah yang sudah dijahit. Berbezaan batik jawa dengan batik Kelantan dan Terangganu adalah,batik jawa tidak akan luntur tetapi lama kelamaan akan terkoyak (lama la). Batik Terangganu Kelantan,luntur setelah lama dipakai tetapi tidak akan koyak. (ketahanan kainnya lebih lama)
Selepas itu ke Pantai Cenang,just berjalan ke Pantai Cenang (di sini banyak both untuk ke Island Hoping) or jet ski dll.Balik ke Kuah,Ma Ngah saya membeli coklat sebab esok dia akan balik ke kampung.Selepas sembahyang Zohor dan makan tengah hari,kami ke Kampung Buku @ Lubuk Semilang lagi,berendam sebab suhu yang panas. Lam juga sebab air terjun,best. Sejuk dan nyaman.
Walaupun saya sudah biasa dengan mandi air laut,saya lebih suka mandi air terjun atau sugai. Air sungai yang mengalir mempunyai gelombang aura yang lebih baik untuk kesihatan terutamanya minda kita. Apabila berada di air,niatkan supaya gelombang air itu dapat memperbaiki kesihatan badan kita. Sambil meletakkan kepala di pelampung,saya menikmati keindahan langit yang membiru, dedaun yang menghijau, terbayang akan keadaan yang menyeronokkan di Tasik Kenyir... Baca buku saya,bab 5. Dan besarnya kebesaran Allah.
Air masin laut juga baik untuk kesihatan terutamanya jika da masalah kegatalan di kulit. Tetapi air masin dan cahaya matahari akan menyebabkan kulit terbakar. Dan yang 'menyampah' nak tengok.mat saleh dan minat saleh yang 'separuh bogel' di pantai. Kalau di water fall,mereka ni tak ada... selamat daripada kecacatan dan dosa mata.
Malamnya,dinner saya, kami memasak pari bakar dengan air asam, sayur kangkung goreng kicap,ikan goreng yang digoreng garing, masak asam pedas... hmm marvelous.. alamak,makan tak ingat diri,lari habis diet yang sudah bermula 3 minggu lepas + pulak coklat. adus..

Sunday, December 13, 2009
Tips @ Langkawi
Well,kata seorang pembaca blog saya,Langkawi padanya kurang eksotik. Well,pandangan peribadi saya, mungkin orang itu belum kenal apa yang ada di Langkawi sebenarnya.Seperti yang disebut orang lama,'tak kenal maka tak cinta'... Ramai kawan saya di sekolah SMK Tunku Putra dulu yang pendatang (orang luar) tapi bia tinggal di sini, sudah tidak mahu lagi tinggal di luar.Mungkin saudara patut datang sendiri dan mengadili Langkawi sendiri.Jangan dengar kata orang atau cerita orang lain kerana setiap orang mempunyai pandangannya sendirikan? Tinggal di sini,hmm, saya sendiri mungkin lebih serasi di PJ, sebab saya suka ke IKEA... susah juga sebab di sini tak ada IKEA.
Pertama,jika ke sini,perlu menikmati 'Island Hoping', RM 260 untuk 10 orang.. perlu cari kawan untuk cukupkan 10,dapatlah murah sikit,kalau tidak RM 30 setiap orang... tapi perlu pakai vitamin e banyak dan sun block cream.. ke Pulau Beras basah,P.Dayang Bunting (boleh mandi di tasiknya)kalau tak, terbakar kulit...Kalau rasa suka menikmati keindahan dasar laut,silalah ke Pulau Payar dan menikmati keindahan dasar laut di Pulau Payar at RM 100 seorang. (contact 604 9667318) atau menikmati Mangrove Geopark Trip @ RM 160 per boat.(thru agen Rm 180 @ person) Terdapat beberapa stesyen Island Hoping.
1. Berdekatan Pekan Rabu Mall
2. Pengkalan / jeti berdekatan Tanjung Rhu.
3.Sungai KIlim. (belakang Galeri Perdana)
4.Pantai Cenang.
5.da juga booth di Jeti )but mahal sikit)
Kedua,kalau mahu meneroka hutan,anda boleh joint jungle traking. @ Rm 120 @person.Ada jungle traking,bird watching (visit www.langkawi-nature.com)
Ketiga,keindahan di pantai Langkawi. Boleh mandi di Pantai Chenang,Burau Bay atau pulau Tuba (sudah ada Chalet- pulau kecil di luar Langkawi)
Keindahan di Dataran Helang,Tanjung Rhu,Datai,Burau Bay,Telaga Tujuh,Kota Mahsuri,Galeria Perdana,Underwater World Langkawi,Taman Buaya,Awana Porto Malai,Langkawi. Tapi yang wajib pergi Cabel Car.. menakjubkan.
Banyak yang boleh dinikmati sebenarnya... Langkawi sebenarnya lebih eksotik daripada pandangan anda!
Bagi saya, keseronokan Langkawi terpulang dengan cara anda menikmatinya. Kalau 3 hari di sini, 3 hari anda tersadai di Kedai pinggan mangkuk,memang tak berbaloi.. he he. Dalam buku saya,tak banyak yang saya tuliskan tentang Langkawi sebenarnya, fokus on cabel car,ada dogeng sedikit.serba sedikit sahaja mengenai Langkawi sebab ada banyak tempat yag saya fokuskan eg; London,Adelaide... mungkin buku yang lain saya boleh terperincikan lagi.. (yang ke 6 atau 7..)

Saturday, December 12, 2009
At Kampung Buku,Langkawi @ Lubuk Semilang
Hari ini.leps subuh,tidur semula dan bangun agak lewat. Kemudian ke pasar,beli ikan,sotong. Malangnya keadaan angin, yang kitaorang sebut sebagai 'ribut' di sini menjadikan ikan susah sikit didapati. Ikan kembung pun nampak tak berapa 'sihat' dengan mata yang dah merah. Ikan yang besar2 tu kira okay la. Udang yang besar saiznya,tak ada.; Ketam jangan nak carilah. Selepas tu,balik masak, mahu berkelah ke Lubuk Semilang @Kampung Buku. Idea yang dibawa oleh Tan Sri Dato Seri Sanusi Junid sememangnya bagus. Implemenkamn tempat rekreasi dan tempat penjualan buku seperti yang dijalankan di Eropah, malangnya berapa ramailah agaknya yang singgah untuk membeli buku. Masyarakat kita terutamanya perempuan lebuh suka membeli gelang emas besar-besar daripada membeli buku untuk anak-anak, sebabnya kata mereka, gelang boleh digadai jika sesak,buku pula, tidak boleh. Hakikinya,mereka lupa, mendapatkan ilmu itu wajib dan ada ganjaran pahalanya. Menyatakan sesuatu ilmu pengetahuan ada juga pahalanya. Saya letakkan petikan yang mengatakan tentang Kampung Buku.
"Kampung Buku Malaysia in Langkawi is the first and only village in South-east Asia"
Kampung Buku Malaysia (Malaysia Book Village) in Langkawi is the first and only book village in South-east Asia which is part of the International Book Villages and Book Towns Movement which, thus far, have about 12 registered booktowns, mostly in Europe. Most Book Towns have developed in villages of historic interest or of scenic beauty - traits that fit Langkawi island's Book Village location.
Situated amidst a lush green forest at the foot of Gunung Raya, the highest peak of the island, Kampung Buku Malaysia provides visitors, particularly book lovers, a tranquil setting in which to indulge in their hobby.
There are seven houses in Book Village, which are stocked with a great variety of new books covering numerous topics and languages. There is also quite a few second hand, rare and antiquarian books to be found here.
Kampung Buku Malaysia is open daily from 9am through 6pm and admission is free. For more information please contact Kampung Buku Malaysia at +604-9555568 or the Langkawi Tourist Information Centre at +604-9667789.
Contact Info:
Kedah
Tel: +604-955 5568
Saya sendiri pun hari ni tidak singgah ke kedai buku sebab lencun, berbasah dalam kereta dan singgah ke Ulu Melaka, ke rumah sepupu untuk menyalin baju yang basah (actually ada tempat persalinan dan tandas disediakan...)

Friday, December 11, 2009
Langkawi,I'm coming home...
Sepatutnya kalau mengikut plan asal, malam semalam kami sudah bertolak dari PJ ke Mchang Bubok(mb), S.Perai. Kalau bertolak awal, so (jam 9 malam)jam 1 pagi sudah reach mb,rehat dan bertolak balik ke Langkawi, tapi plan yang asyik berubah dek Prince Charming saya (kejap,ada kerja lah,kejap itu ini... adus, itulah sebabnya saya tak boleh menempa tiket penerbangan tambang murah-) Malam tak dapat bertolak awal, katanya, tidur dulu, bangun 4 pagi dan bertolak... dalam hati saya,iyalah tu. selepas suboh,saya sudah bersiap secepatnya. Pukul 8, beg sudah di ruang tamu,tepi pintu, tapi macam biasa, Prince saya tu jenis 'too cool, 'and always super slow and steady.' Dia ambik masa siapkan beg dia (yang saya tengok, sikit saja barangnya - itupun check list saya sudah letakkan...saya tak boleh kemaskan untuk dia sebab nanti yang saya pilih tu tak kena pulak...) ast-last, jam 10 baru bergerak... adus...
Makan tengah hari jam 11.30 pagi kemuian ke Machang Bubok untuk ambil Mak Ngah saya dan Faris(cucu mak ngah) Bukannya apa, mak ngah saya super terrer masak,lagipun kasi canlah berjumpa mama saya (they sure having 1 billion stories to chatt)jam 4.00 di sana, terus ke Kuala Kedah. Perjalanan yang sepatutnya 45 minit menjadi lambat sebab lorong empat lorong dijadikan satu saja sebab jalan dibaiki. Dalm hati bengang juga,apasallah buat kerja waktu macam ni... kalau boleh dibuat waktu malamkan bagus,jalan tidak sesak lagi. Sampai Kuala Kedah jam 6 petang tapi suami perlu menyimpan kereta di Koperasi Nelayan terlebih dahulu,jadi terpaksalah ambil tiket jam 7 malam. (sebab tak ada jam 6.30 malam) Sempat sembahyang & makan...
Feri mulai bergerak jam 6.20 malam, tiba jam 8.40 malam (sebab menggunakan 1 enjin, jimat sebab tidak ramai pelangggan - pengguna)
Kata Mak Ngah saya,"berbaloilah bayar RM 23 sebab lama berada dalam feri.. "he he..
Saya menjawab,"kalau nak cepat lain kali,bayar 50 sen sahaja, cepatlah turun, macam naik bas, bayar sikit,perjalanan pun dekat saja."
Bengang juga melihat movie yang ditunjukkan, ada part kissing2 dan "...".. tak sesuai langsung ditayangkan untuk umum,maklumlah dalam feri ada pelbagai kategori penumpang... tak sensitif langsung!Filem kategori SX18... patutnya tayangkan saja kartun Disney..sudahlah bunyti enjinnya kuat,tak boleh dengar pun audionya, subtitle englaish / malay/chinese/ tamil pun tak ada.. baik tengok filem charlie chaplin macam ni!
Finally sampai rumah 10.00 malam selepas dinner kat luar.... adus.. satu hari la perjalanan saya... saya cakap dengar suami,tahun depan, tolonglah belikan 'kapal selam',jemunya naik feri... lambat sangat...

Thursday, December 10, 2009
Da Vinci Exhibition
There is an attractive package currently offered and they are as follows:-
A Family Package of 4 (2 adult and 2 children) is only RM70
TM customers are entitled to get one ticket free for every transaction. All they are required to do is produce a Telekom bill.
For Ambank credit card holder, they are entitled to receive one ticket free for every transaction.
For Enrich MAS members, they are entitled to receive one ticket free for every transaction.
ASTRO subscribers are entitled to receive one ticket free for every transaction. All they are required to do is produce is an ASTRO bill.
Adult = RM 25, Children (7-17)=RM 20, Senior Citizen = RM13
These special offers are not limited to one transaction per day. Visitors are in fact enjoying a fantastic deal of One Free ticket per transaction for the above. Another Great deal is free entrance to Pusat Sains Negara during Da Vinci Exhibition.
For more information on this amazing offer, call us at 03-7665 1977 / 1978
Sudah lama meminati hasil karya Da Vinci,apatah lagi semasa asyik menonton "Alias" dulu. Hari ini berpeluang melihat sendiri replika hasil karya Da Vinci..kalau boleh ambil foto tadi,alamatnya boleh ambil beratus gambar,malangnya tidak dibenarkan bergambar.. jangan lupa bawa bil astro dan TM bill. Saya tidaklah pulak teringat mahu melihat web side dahulu sebelum pergi,alamatnya rugi la...
Tidak menghampakan... kalau tidak mahu ke pameran Da Vinci pun,boleh bawa anak-anak melawat ke Pusat Sains, It's free of charge... Akuarium besar yang menyambut tetamu seolah mengajak kita duduk-duduk lama di situ...
Tuesday, December 8, 2009
Hari berlibur...
lipstik case hanya RM 10 untuk 6 .. sangat murah,biasanya saya beli RM 5 each.. (buy at Lucky Nyonya)
Ini beg saya...
Ini yang classic look, beg dinner saya lebih moden sikit,but still calssic look..
Dari semalam lagi,saya sudah programkan mahu berlibur, pergi Hong Kong. Tak payah beli tiket kapal terbang,tak kisah kalau paspot sudah tamat tempohnya,tak boleh bawa visa card (kredit atau debit) perlu cash,botol air,100 plus kalau takut dah penat,otak yang waras dan purse yang sihat...
Pergi ke Kelana Jaya,ambil tiket berharga RM 2.10 dan 20 minit,dah sampai.. saya berlibur ke Petaling Street... grap myself satu beg dinner Chanel... and later claim dekat my husband sebab hari tu birthday dia tak belikan hadiah sebab sudah bawa dinner (at a nice place but still,rasa tak kaci la)
Belikan juga mak ngah saya purse for her birthday...
Kalau ke PS sekarang sudah selamat.Ada ramai polis perlancungan di sana. Anda boleh berjalan dan periksa (window shopping dulu) sebelum membuat pilihan membeli kerana setiap kedai mempunyai koleksi yang berbeza. Tipsnya senang saja;Tips pertama: harga yang diberi,minta kurangkan 50% (atau atas sikit, 60% - harga untuk Malaysian,sudah murah.. kalau pelancung luar sure 200-300 harganya . Penjual kata: harga Satu Malaysia sama..meaning - Malaysian,harga standard la... kalau tak dapat naik lah sikit.) Beg saya tadi asalnya RM 100, dia kurangkan ke RM80,saya minta RM60,tak dapat... minta harga tengah-tengahlah, RM 70.. kira okaylah sebab kulit asli (kalau tak percaya minta diorang test,dia akan cucuh beg dengan api - kulit ori tidak akan terbakar)
Tips kedua,nak bagi cromnya tahan lama,layerkan dengan nail polisher, sapu satu layer,letak di kipas pagi kering,sapu lagi sehingga 4-5 layer. Beg kulit perlu disimpan dalam karungnya,sesekali keluarkan dan anginkan dia. Pengalaman saya beg dari PS lebih tahan lama,bertahun-tahun daripada beg yang dibeli semasa sales daripada Mall lain sebab bahan yang digunkan adalah PVC + kulit sikit jadi,tak sampai setahun sudah retak dan kena buang menyebabkan sakit hati (dan harganya lebih mahal daripada PS - kadangkala sampai RM 100-250.. kan membazir namanya)Ada beg saya yang saya beli dari Penang dulu, (back in 1996 - masih elok lagi, tak ada cacat celanya, ingat pass je la kat anak-anak buah yang akan remaja.. he he - sebab beg tu rugged sesuai untuk remaja..)
Cuma satu saja pantang larangnya,kalau tak mahu beli tak payahlah mahu tawar menawar.. nanti marahlah sipenjual tu.. penat dia bercakap.
Saya teringatkan satu cerita kawan saya,saya ada beli handbeg sebelum ini,entah apa jenamanya,bila pakai,kawan saya ni,membelek-belek... saya terus beritahu dia,ala, ni bukan ori punya.., terus dia sedih,sebab bapa dia beli yang ori punya, RM 3000, lebih kurang je yang saya punya, tak sampai RM 100.. he he.. mungkin adalah beza,kalau diteliti, tapi ,ada saya peduli, kalau pakai tak ori,dan orang tahu tak ori... kita pakai beg jenama bukan bertujuan menunjuk kekayaan (in my case menunjukkan kemiskinan sebab tak ori) Kita pakai untuk sekadar membawa pelbagai alatan kita (machine gun, pen,kad nama - in case terjumpa member lama,etc) So,kenapa risau... bukannya kena tangkap polis kalau pakai tak ori... tapi kalau cari isteri atau suami, carilah yang ori...
Kemudian saya singgah ke Pasar Budaya (Central Market)sudah agak lama tidak ke sana,entah-entah sudah setahun... sudah berubah wajah,cantik,kemas dan tidak menyangka banyak perubahan yang dibawa. Belikan cenderahati sikit2 sebab nak balik kampung. tapi memang terkejutlah tengok,banyak barangan budaya Malaysia dan amat murah.
Sudah nak balik,di sebelah kanan CM kalau dari pintu depan,anda berpeluang membuat setem anda sendiri (gambar anda) dengan hanya bayaran semurah RM 19.. perlu bawa gambar dalam pendrive atau disk (soft copy) dalam 15 minit,setem anda boleh digunakan. (Setem 30 sen,20 keping = RM 19) dan (setem 50 sen x 20 keping = RM 28 keping)Tak lah mahal sangat,tapi kalau nak hantar sampai 100 keping,boleh muflis juga... Dan terasa rugi,lupa pulak bawa kamera.. alamak...
Kemudian terjumpa kedai yang menjual madu.. madu daripada ladang ternakan Malaysia dari Melaka. Saya beli Super Madu (sebabnya mengandungi 7 jenis komponen madu - Royal jelly,propolis,bee pollen,pupa,bee venom,pure honey dan bee wax) jadi tak payah lagi ambil vitamin yang macam-macam. After all,madu adalah juga makanan yang digalakkan oleh Islam.
Bila difikirkan balik,entahlah,kenapa orang Malaysia sibuk-sibuk mahu ke Bandung sekadar mahu beli beg tangan,kalau mahu melancung lainlah.. dapat melihat tempat orang.. saya pernah ke Bandung,Jakarta - lama dulu,tapi masa tu taklah macam sekarang.. tak ada la beg2 berjenama yang kononnya original (manalah ori, high class tiru.. tapi ada juga yang biasa je...) Jadi,just naik LRT turun dekat CM dan berjalan kaki ke sana. Cumanya kalau anda sudah 'jatuh hati' dengan satu jenama beg di internet,susahlah mahu cari, sebab koleksi tidak berdasarkan di internet... orang Kedah kata, "tengok,langut (dongak kepala),beli, bayaq.."
Mungkin perlu lagi ke sana selepas balik kampung... kenalah jayakan Konsep Cuti-cuti Malaysia,semuanya ada di sini.
Monday, December 7, 2009
man vs woman
Jangan salah sangka dengan tajuk saya,saya tidak akan memperkatakan hal yang tidak elok mengenai suami saya..Diakan 'syurga' saya... Nothing to compain... Saya tahu dia cuba untuk menjadi sempurna untuk saya sebagaimana saya cuba untuk menjadi sesempurna yang boleh untuknya.
Perkahwinan menjarakkan perbezaan antara dua orang lelaki dan perempuan yang berbeza latar keluarga, pendidikan,makanan kesukaan,hobi dan sebagainya. Perkahwinan tidak bisa menjadikan 'dia' sebagai 'saya' atau 'saya' menjadi 'dia'. jadi,kalau saya boleh berbaring malas dengan buku dan tidur dengan buku,saya rasa tidak bagi dia. Buku yang boleh dibacanya hanya buku tentang muzik,ikan/memancing atau pun bmw sahaja... buku saya pun,dia belum buka lagi...Saya tak tahu apa helah lagi mahu memastikan dia baca buku saya..
Saya katakan padanya,tak pe lah,nanti buku saya yang ketiga,saya cerita pasal pemuzik,everything pasal notes,alat muzik dan kegilaan terhadap musik agar dia baca buku tu.. ha ha dan saya pulak,buta muzik.. tak berminat untuk belajar muzik (walaupun parents saya terer pasal muzik)tak tahu baca notes muzik,tak berminat langsung untuk menyertai konsert terbuka (kecuali di Istana Budaya)..dari kecil lagi kalau ada Fun fair (didirikan pentas)saya memang tak akan ke sana. saya hanya boleh mendengar radio atau siaran daripada internet.
Saya teringat akan Oprah Show yang saya saksikan beberapa bulan lepas, seorang Dr bedah jantung, Dr Ellsworth Wareham yang berusia 94 tahun,dan telah berkahwin selama 58 tahun,ketika ditanya bagaimana mengekalkan perkawinannya yang lama bertahan,dia berkata,sepatutnya, Don't try to change them,dan menambah "We all have different backgrounds, and we have different genes. Let the person be who they are." perkahwinan yang lama bertahan juga kunci kepada kejayaan dan panjang umur. (of course dengan izin Allah)
Dan isterinya barbara pun mempunyai motto yang sama, 'kebebasan' suaminya boleh terus bekerja selagi mampu. Katanya,"People ask me that a lot and I just say, 'Leave him alone. He's happy,tambahnya "I don't think he'd be nearly so happy just sitting at home." saya juga melakukan perkara yang sama,lakukanlah apa sahaja yang dia mahu asalkan tidak melanggar agama dan adat serta kepercayaan saya sebab pada saya,tiada peluang kedua kalau dia melakukan kesilapan. The end.Selagi dia tidak ke kelab malam dan terkinja-kinja,tuidak kaki judi,minum dan perempuan.. tak kisahlah kalau setakat dia mahu memetik gitar yang bunyinya saya tidak suka...
I wish akan dapat membaca buku ini, Act like a lady,think like a man,Steve Harvey. Belum masuk ke Malaysia lagi. Kalau masuk pun,mahal lah pulak. Sebenarnya ramai penulis di Malaysia yang membincangkan hal lelaki dan perbezaan dengan wanita,cuma,Oprah adalah siri kegemaran saya,jadi... sirinya banyak membantu saya menulis..
Sunday, December 6, 2009
Menghitung hari...
Hari ini dalam keterpaksaan,saya berjaya habiskan bab ke 6 manuskrib baru. Adus! agaknya apabila kehidupan bahagia,susah sikit mahu tulis bab yang tak seronok ni. (kenalah bergaduh sikit dengan suami supaya wujud adegan yang tak seronok,perasaan tak seronok kot.. nauzubillah hi minzalik)mulalah dok mengegang kembali part-part yang tak seronok supaya dapat ambil mood yang tak seronok.. (actually this is bad... tak payah mengingat benda-benda yang tak baik,tidak bagus untuk memori dan kesihatan..) Yang saya harapkan,Allah mengerti mengapa saya terpaksa lakukan sedemikian.. susahnya nak cari mood.
Kalau anda sudah membaca buku saya,anda akan terperasan apasal cerita 'orang kaya' dan 'berjaya' je, sebenarnya susah mahu merasai 'feeling' menjadi orang susah sebab saya tidak pernah hidup susah (dalam ertikata,tidur dalam rumah yang berlubang,bocor,tidak cukup makan,perlu berkais makan pagi dan sebagainya)tetapi tidak juga kaya,(hanya kaya budi bahasa je.. nanti kata murid saya, eleh cikgu ni, angkat diri sendiri pulak.. maaflah,tiada niat pun untuk berbuat demikian).. kehisupan kita yang sederhana, menjadikan kita simpati terhadap orang susah tetapi sukar memahami sebenarnya kesusahan dan kesulitan sebenar mereka. jadi,kalau nak tulis tu,susah sangat... membayangkan tidaklah setepat yang kita dapat dalam situasi sebenar.. mungkin kena berpuasa,duduk dalam titis hujan,atau berpanas untuk merasai kesusahan sebenarnya.
Menghitung hari untuk menghabiskan manuskrib yang satu ini... tak sabar untuk menghabiskan sebab penat berfikir. Menghitung hari untuk balik kampung juga... suami sudah beri 'green light'... lega.

Saturday, December 5, 2009
Drama sehari..Berita Harian
Semalam,bila bangun pagi,ingat mahu dapatkan Berita Harian,tapi 'panik' yang menyerang tu menyebabkan kaki mahu melangkah pun rasa lambat je..
Saya cuak dengan ulasan yang bakal saya baca sebenarnya.. tetapi bukan inilah isunya, saya rasa kalau habis minimum pun,tentulah saya akan diberi 3 * (tak rugi baca) atau 4* (patut baca)takkanlah akan dapat teruk sangat.. tapi alhamdulillah diberi 5 * (bermakna anda rugi kalau tak baca he he) yang paling dirisaukan tu 'foto' bekas miss world ni... takut sangat kalau dilihat macam beruang polar... (polar bear) maklumlah sejak tidak bergiat sangat dalam Pertandingan Seantero Dunia, sudah 'over weight' sikit.. (tak sikit sebenarnya... apa nak buat,hati senang beb- kurus kering untuk orang yang menderita je) Tapi foto tu kira okay,la.. kalau dipasangkan dengan Miss Universe sekali pun,berdua, sure dapat nombor 2 kan...
Kisah menarik pasal gambar tu,kawan baik saya Masita menunjukkan gambar dia kepada family dia,(sebab diaorang mengenali saya zaman-zaman cun lagi he he),lalu adik yang bongsu pun bertanya,apasal gambar di buku slim je, yang di B.Harian tu dah 'super slim'... dan saya pun bagitahulah gambar di buku tu Zaman Kolonial punya.. he he,hari tu apabila penerbit minta gambar,hentam sajalah,tak ada gambar yang baru single, selalunya mesti bergambar dengan orang lain. Saya tergelak di sini,masita agaknya tergelak tergolek di hujung gagang sana. Gambar tu sebenarnya tahun... rahsia ..ha ha ha.. Kata students saya di Facebook - LOL cikgu

Friday, December 4, 2009
BERITA HARIAN,ulasan buku Dimensi Cinta
PETIKAN BERITA HARIAN 4 DISEMBER 2009
RUANGAN SASTERA,
PENGARANG : NURUL FARINA NAZLAN
Muka surat 29
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan
DIMENSI Cinta karya Nora Fuad menyajikan pembaca dengan erti kasih sayang, persahabatan dan pengorbanan lewat konflik Lukhman Hakim, Zaid Harith, Nur Suraya dan Michelle Wong yang menjadi nadi penggerak jalan cerita novel ini.
Sukar untuk pembaca membayangkan dengan mata kasar bagaimana akrab dan uniknya nilai persahabatan antara Lukhman dan Zaid yang terbina sejak kecil hinggakan mereka berkongsi kasih ibu masing-masing.
Kedua-dua anak muda ini mempunyai hampir segala-galanya yang diperlukan untuk hidup mewah dalam zaman globalisasi ini, tetapi kekurangan satu perkara bagi melengkapkan kehidupan mereka iaitu cinta.
Kehadiran, Nur Suraya, benar-benar menguji keutuhan persahabatan kedua-dua sahabat baik itu kerana kebetulan mereka ditakdirkan jatuh hati kepada gadis yang sama tanpa masing-masing mengetahui perkara terbabit.
Pengarang menggambarkan Nur Suraya sebagai gadis manis dan juga seorang guru yang terlebih dulu didekati Zaid, lalu timbul perasaan cinta dalam diri jejaka itu, tetapi tidak melafazkannya kerana baginya membina Vila Cintanya untuk si gadis lebih penting.
Konflik mula berlaku apabila Lukhman turut menyimpan hati terhadap Suraya ketika pertama kali bertemu sebelum diperkenalkan Zaid, memaksa arkitek muda itu memendam perasaan sucinya itu kerana menghormati persahabatan dan persaudaraan mereka yang terjalin sejak sekian lama.
Pembaca turut dibawa menerjah kehidupan Zaid yang sentiasa sibuk kerana bertugas sebagai pengurus bidang teknologi maklumat di David Associate Computer yang memerlukannya kerap bertugas di luar negara bagi menghadiri pameran komputer terutama di London.
Zaid ditampilkan pengarang sebagai graduan sains komputer dari Universiti of London yang bernasib malang, selepas papanya meninggalkan mama kesayangannya untuk berhijrah ke Amerika Syarikat dan berkahwin dengan wanita lain.
Ketika melanjutkan pengajian di London, dia bertemu seorang gadis cina yang berasal dari Perak, Michelle Wong atau Elle dan kemudian menjadi rapat hingga tanpa sedar lahir perasaan cinta, tetapi kedua-duanya memendamkan isi hati.
Zaid berasa kecewa apabila Elle disuruh berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya dan berusaha untuk terus melupakan gadis Cina itu, tanpa menduga hatinya akan terbuka kembali apabila dipertemukan dengan Suraya.
Pemuda malang itu kembali keliru dengan perasaannya ketika bertemu semula Elle di London dan pengarang menghanyutkan perasaan pembaca dengan kisah kepulangan Elle ke Malaysia, lalu diperkenalkan kepada Suraya.
Suraya pula tersalah anggap dengan tindakan Zaid memperkenalkan Elle kepadanya, ditambah pula dengan sikap tidak acuh Zaid dalam persahabatan mereka, sehingga akhirnya berasa lega apabila dirinya mula terpaut kepada Lukhman.
Dapatkah Lukhman mengatasi rasa cintanya yang membuak kepada gadis pujaannya selepas dipisahkan dua benua kerana tindakannya melanjutkan pengajian di Adelaide, Australia bagi memberi laluan kepada Zaid dan siapakah Taufik dalam hidup Suraya?
Nora Fuad melalui Dimensi Cinta berjaya mengangkat kisah lumrah mengenai kasih sayang dan persahabatan yang sarat dengan mesej kesabaran dan kemurnian hati sehingga boleh dijadikan teladan oleh pembaca generasi muda dalam mengharungi kehidupan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama
NORA Fuad, nama pena bagi Noor Arba'iah Ismail yang menggabungkan namanya dengan suami dan membawa maksud cahaya penuh kejiwaan, berkarya sejak berusia 17 tahun dengan menjadikan majalah sebagai medan percubaan untuk mengasah bakat dalam dunia penulisan kreatif.
Pengarang yang berkhidmat sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Jaya, Selangor, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sejarah, komunikasi dan pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.
Nora mewarisi bakat penulisan daripada bapanya, Ismail Yaa’cob yang mahir menulis seloka dan dikenali sebagai Cikgu Man oleh masyarakat Langkawi serta berkongsi hobi yang sama dengan ibunya, Salma Ibrahim, iaitu membaca pelbagai jenis bahan bacaan.
Hobi gemar membaca akhirnya bertukar kepada gemar menulis dan kecenderungan berkarya yang terhenti ketika melanjutkan pelajaran di menara gading, berputik kembali sebaik menyertai bengkel penulisan anjuran KarnaDya Solutions Sdn Bhd pada 22 Jun tahun lalu.
Bengkel yang disertainya itu berjaya membuka mindanya untuk menjadikan penulisan sebagai misi melahirkan masyarakat dengan minda kelas pertama ekoran pesanan sifunya, Aina Emir bahawa ‘penulis mestilah mempunyai identiti tersendiri dan berilmu’.
Nora menjadikan pesanan sifunya sebagai pegangan utama untuk merealisasikan bahawa novel tidak lagi berfungsi sebagai bahan wacana ringan pada waktu senggang, sebaliknya boleh menjadi bahan utama bagi menggalakkan pembentukan masyarakat berilmu.
Malah baginya novel bertema cinta bukan hanya sesuai untuk bacaan remaja, tetapi sesuai untuk golongan dewasa kerana baginya cinta perlu dipraktikkan sehingga mati dan pengarang Dimensi Cinta ini boleh dihubungi dengan melayari http://norafuad.blogspot.com atau http://dimensicinta-norafuad.blogspot.com.
INFO

Berita Harian,
Ulasan Dimensi Cinta
Thursday, December 3, 2009
ULASAN SATERA,BERITA HARIAN 4 DISEMBER 2009
Terpandang telefon dan terdapat 2 misscall,daripada Miss Farina,Berita Harian. So,saya mesti call her back. Katanya,esok ada ulasan tentang buku saya di Berita Harian. Okay. Saya ucapkan terima kasih dengan hati yang bergoncang dan berombak-rombak. Ritma jantung sudah bagai gitarist rock yang melompat-lompat di atas stage. Adrenalin pun melonjak-lonjat dalam tubuh saya,agaknya,mungkin sama berdebarnya di saat mula berdating dengan suami dulu.. as i seen him as cute,tall and handsome many years ago.... he he..(still hand-same to me...)and for the book review, I don't know, she might like my book and giving me a good review or other wise.. terbalik... hmm.. tak apalah,saya pujuk hati sendiri... apapun,saya terima...
Takut tengok gambar sendiri, I'm .. (speechless).. haiyo.. (actually, I was super cute before ) he he

Homesick la pulak...
Semalam kebetulan sempat chatt sekejap dengan kawan lama,Nozah yang berada di Langkawi. Alamak rasa jeles pulak bila dia sempat ke sana during LIMA. Saya sendiri tak ingat bila kali terakhir ke sana.Nak balik awal pun,tak sanggup pulang bercuti dan meninggalkan suami kat sini. Kita orang tak pernah balik ke kampung masing2 sendiri (ada sekali sebab lepas operation,tiada siapa nak tengok saya di sini dan dia juga balik jb sekali tanpa saya sebab belum bercuti lagi)the rest of masa, kami mesti balik bersama, our motto,together or never.. ha ha..
Ada juga saya terbaca di akhbar,kisah cikgu-cikgu ni,bila cuti saya,langsung meninggalkan suami,balik bersama anak-anak ke kampung. Ada pulak, selama-lama bercuri macam tu.Entahlah pulak! Pada saya,tempat isterikan di samping suami.Kasihan dia,siapa yang akan uruskan makan minum dia,pakaian dia,comfort him,pampered husband (walaupun kadang kala dia yang tolong lipatkan baju) dan bayangkan tentu sunyi suami-suami tanpa suara isteri dan anak-anak. habis tu,kalau nanti,dia kongsi kesunyian dengan orang lain,apa pulak ceritanya.
saya perlu cepatkan sikit penulisan manuskrip sebab mahu pulang bercuti,mungkin 10 hb. bergantung dengan kelapangan suami. Adus, Mahu bercuti susah! Mahu balik ke Langkawi pun susah juga sebab suami bz, tapi Insya-Allah,akan balik juga.Sikit lagi habis bab 5, then 6.. adus... harapnya sekurangnya sebelum saya balik ni,boleh tamatkan sehingga bab 7-8.. (walaupun angan-angan mahu habiskan sampai 10)Banyak juga kengkangan walaupun bercuti,pertama kena jauhkan internet, dua,buku,kalau dah baca susah mahu letakkan buku2... tiga,Tv... ke empat,kereta, bila dah nampak kereta,nak keluar pulak. ke lima, movie..adus... patutnya letak sejadah atau quran keliling kot supaya bila ingat mahu hampiri semua ni,sembahyang... atau baca quran...
Sebab itulah musuh utama diri kita adalah diri sendiri... bukannya salah orang kalau saya asyik mahu berinternet,membaca buku,tengok tv,keluar atau tengok movie..

Wednesday, December 2, 2009
Werewolf atau vampire..
Saya menonton movie hari ini,Twilight,New Moon. Sebenarnya saya tidak suka langsung cerita fiksyen apatah lagi berkaitan benda-benda yang pada zahirnya tidak wujud pada saya,tapi,kira okay lah. Well, vampire bertemu werewolf,tidak lagi klasik ciri-ciri mereka, sebab pada asalnya vampire tidak boleh keluar waktu siang langsung,tapi ini boleh kecuali waktu tengah hari sebab badannya / kulitnya akan kelihatan berkilau. Begitu juga dengan werewolf sebab pada asalnya mereka akan bertukar menjadi wolf apabila malam hari sahaja,dalam cerita ini mereka akan bertukar menjadi wolf ketika marah. (terbayangkan incredible hulk lah pulak)kalau waktu marah bertukar,kira kalutlah juga... apatah lagi kalau mood swing,asyik bertukar menjadi wolf sajalah. Nasib baik genetik saya tak ada genetik werewolf ni,kalau tak,di sekolah tu entah berapa kali menjadi wolf... (itulah masalahnya kalau budak2 ke sekolah tapi tidak berminat sangat mahu belajar)
Plot biasa yang kita boleh tahu kesudahannya.. (boleh agak kan) tapi kira menarik jugalah untuk budak2 muda kot... untuk saya,setakat 3 *** saja... Saya rasa saya cuma belajar sesuatu dalam cerita ini,moral of the story,if u have to choose within werewolf or vampire, choose human.. I'm glad a choose a man as a husband,jadi tak payahlah dia mencakar muka saya kalau marah (wolf) atau dia akan berkilau waktu tengah hari...

Subscribe to:
Posts (Atom)