Saya masih terkenangkan mak,kebaikannya dan semua memori yang manis bersamanya. Pagi tadi ke mesyuarat di sekolah,baru ada kesempatan menyampaikan berita sedih kepada kawan-kawan saya. Ramai yang terkejut,ramai juga kawan saya yang berkesempatan bertemu mak saya sebelum ini. Dan ramai yang bertanya,kenapa saya tidak memberitahu mereka sebelum ini. Saya katakan,kematian ni sesuatu yang mengejutkan. Telefon saya keduanya sudah lama baterinya mati,tidak saya pedulikan. Memang semasa di hospital lagi,saya jarang memeriksa telefon saya,apatah lagi setelah berlaku 'hijrahnya' mak saya ke alam baqa,saya sudah tidak dapat mengingati apa benda lain. Hati dan jiwa terasa kosong. Saya terkenangkan arwah sangat2,selalunya selepas hari raya,mak akan datang ke rumah ini beberapa bulan... tapi kali ini dia tidak mahu ke sini atas beberapa alasan, mahu kemas rumah dll. Rupanya inilah cara mak mahu memberitahu ini kali terakhir kami bersamanya.
Saya masih ingat kata suami saya,rendang mak 'something happen',tidak pernah terjadi santan yang mahu dibuat rendang menjadi masam.... sudah berpuluhan tahun mak memasak rendang,belum lagilah santan itu masam.
Mesyuarat saya hanya tamat jam 2 petang,saya bergegas ke rumah kerana mak ngah dan mama saya ada di rumah. Segera mengerjakan zohor dan membawa mereka ke one u. Semasa mereka masih bersama kitalah,kita sepatutnya membuatkan mereka bahagia... dan ingatlah setiap perbuatan baik kita mendapat ganjaran Allah. Itu yang selalu mak beritahu dan ingatkan saya...
Saya menjadi pelik dengan sesetengah sikap menantu perempuan,kononnya sayang sangat akan mertua,tetapi kerap membuli mertua... sengaja duduk-duduk di hadapan tv sementara mak mertua memasak di dapur.. kemudiannya datang makan sahaja... lepas tu membiarkan pulak ibu mertua membasuh pinggan yang digunakan. Dan yang lebih memelikkan sikap anak lelaki yang membiarkan sahaja isteri membuli ibu mertua,tanpa pun menyedari keduanya menempah saham ke neraka... kalau terdetik di hati ibu yang dia keletihan kerana perbuatan anak menantu,kita yang berdosa. Malah ada yang sengaja meminta mak mertua menjaga anak-anak,membasuh baju,mencuci rumah,memasak persis orang gaji. Kita yang sepatutnya membasuh bajunya,memasak hidangan untuknya,membersihkan bilik untuknya,dan menyediakan segala keperluannya. Itulah tandanya kita mentaatinya dan memuliakannya.. yang peliknya pula,orang sebeginilah pula yang nantinya melolong,menangis berirama di perkuburan ibu... masa itu hakikatnya sudah terlewat... Sekiranya ibu tadi memaafkan perbuatan kita,tidak mengapalah,tapi kalau ibu tidak memaafkan kita,nampaknya kita memang sengaja menempah tiket ke neraka. Nauzubillah himinzalik.
Mama dan mak ngah saya sering mengingatkan saya yan saya kena bersabar dengan kerenah mertua kerana dia adalah ibu saya juga. Dan saya sangat bernasib baik yang mertua saya sangat baik orangnya. Tidak susah untuk menyanyanginya. Saya pernah ingatkan suami,yang dia tidak boleh menampar saya tanpa sebab lain tetapi jika saya menderhaka kepada mak saya,tampar sajalah saya supaya saya insaf akan kesalahan saya. Biarlah saya kesakitan di dunia daripada tersiksa di alam barzah atau di neraka.
Saya menjadi sedia apabila suami mengatakan,"nampaknya masakan mak kali turut di bawanya pergi". Walaupun saya ada menyalin resepi mak,tapi saya tahu 'airtangannya' tak akan sama dengan masakan saya. Saya bertanya pada suami,"Abang tak sedih ke melihat mak pergi?" Sebab saya tengok suami relax je. Kata suami,"Mulanya sedih juga,tapi melihat wajah senyum mak,abang tak jadi sedih." Dan suami katakan balik kepada saya,"kenapa mesti meleleh airmata melihat mak pergi,kita mesti redha."
Saya katakan,"Saya bukannya tak meredhai mak pergi,saya cuma sedih wajah yang saya tatap itu takkan saya tatap lagi,tangan yang saya sentuh itu tak dapat disentuh lagi,saya tidak akan mendapat lagi kasih sayang mak,nasihat dia tentang agama serta pandangan dia tentang kehidupan..." Mak mungkin tiada PHD dalam pendidikannya,tapi dia kaya ilmu kerana kerajinannya membaca... Saya percaya,mak berada dalam kesejahteraan dalam perlindungan dan RahmatNya. Amin.
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Selamat Hari Ibu kepada para ibu.. 2006 lepas, saya dan mama saya menyambut hari ibu dengan majalah jelita, seronoknya... tahun lepas saya...
-
Menjadi pendidik, tentunya tidak ada perkara lain yang lebih menyeronokkan anda selain daripada berjumpa kembali anak-anak didik anda, seola...
-
Saya bukan seorang yang suka menonton teater, jauh sekali 'hantu' teater.. Saya memang tidak suka sebarang program nyanyian apa...
-
Perkara yang baik datang setiap hari. Anugerah Allah dengan kesihatan yang baik,kebahagiaan yang tidak terhitung dsbnya (yang kita sudah...
-
Sudah agak tiga hari asyik bermimpi (actually bukan mimpi lagi, sudah masuk kategori merepek, sebab sudah reach pagi, hampir jam 5-6 pagi), ...
-
Hari ini teruja dapat berbicara walaupun ringkas dengan seorang pelajar STPM saya yang sudah agak lama tidak bertemu. 10 Tahun lamanya tidak...
-
Semalam bertemu kawan lama di Sogo...we're chatting tanpa mengira siapa di sebelah pun..Kalau agaknya ada PM pun,kitaorang tak akan namp...
-
Kalau di Pantai Timur ada musim tengkujuh, di Langkawi ni disebabkan pulau, kadang-kadang tempiaslah cuaca seperti itu juga. (bukan kadan...
-
Pesta buku datang lagi. Pada tahun ni saya akan berada di both Karnadya, berlokasi Dewan Tun Razak 3: A49-A51 dan A70-A72 PWTC pada 1 Mei 20...
-
Sebagai peminat movie, saya angkat 'dua-dua ibu jari saya'. Kualiti filem, story line, watak-watak yang hidup... dengan bahasa tubu...
No comments:
Post a Comment