Kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai hatta semua yang terlibat daripada staff Hospital Sungai Buloh (Wad 4c & 4d)sehinggalah ke ahli Masjid kerana menyempurnakan pengkebumian ibu mertua saya. Baru tiga hari,saya sudah terasa benar kehilangan dia. Bersama ahli keluarga semalam,dalam hati saya terdetik,kalaulah boleh beramai begini tanpa perlu kehilangan mak.
Pada malam mak baru sahaja meninggalkan alam fana ini,saya terus menelefon mama saya di Langkawi,malangnya tiada tiket kapalterbang untuk ke sini. Saya cadangkan
mama saya ke Machang Bubok dan mengajak mak ngah saya ke sini juga dengan kereta api (memang terasa bimbang menaiki bas ekspres)Alhamdullillah,mama dan mak ngha tiba hari ahad. Selepas mengambil mereka di KL Central,kami lakukan marketing (untuk memasak untuk kenduri tahlil)... Kebiasaan biasa di kampung,manalah ada menggunakan khidmat catering,lagi pun memasak sendiri terasa lebih seronok. Alhamdulillah,dengan dua orang ibu ini,hidangan sekadar ucapan terima kasih telah berjaya dilaksanakan. Semasa memasak,ingatan kami terus kepada aruah mak,kebiasaan jika mama /m ngah datang,(atau saya sendirian di dapur pun)mak akan berdiri di pintu dapur untuk bersembang (atau akan duduk di kerusi dapur)menemani kami/saya memasak. (dan kebetulan banyak kali juga mama dan mak ngah bertemu sehingga sudah begitu mesra)
Dan kebiasaannya kalau keluarga saya bertandang,mak akan risau sangat dan bertanya jika ada makanan dalam peti ais kerana tetamu mestilah dilayan dengan baik.
Saya sering mendengar pelbagai komen mengenai mak mertua orang lain,mak saya ini terlalu sempurna untuk diperlekehkan. Aruah tidak pernah menengking,tiada rungutan,sangat beriman dan bersyukor orangnya... cuma saya rasa takut dengan teguran dan pesanan mak yang telah ditingalkan kepada saya untuk disampaikan kepada adik-adik saya yang lain... pada saya itu adalah amanat mak yang penting.
Barang-barang pemberian aruah akan menjadi pemberian yang sangat berharga pada saya... dan kenangan yang manis terhadap mak akan kekal bersama saya selamanya.
Page Novel Nora Fuad.. interaksi secara terus! Online Bersama
Jom Berkomunikasi.
NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN
. Facebook -Nora Isma Fuad
. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)
. E-mel - norafuaddj@gmail.com
Nora Fuad@ Novel Pertama.
Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
me..
Nuffnang
My Guest Book,Kindly sign In..thanks
Followers
Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010
Facebook: Nora Isma Fuad
(Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je)
Ulasan buku:
Klik pada tajuk :Berita harian.
Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan.
Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO
Dimensi Cinta
Pengarang: Nora Fuad
Tebal: 441 halaman
Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd
Harga: RM19.00 senaskhah
Bintang: *****
Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku
Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..
Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Ke Langkawi? Info
Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.
karangkraf
Popular Posts
-
Jam 9.22 malam,saya dikejutkan oleh satu sms yang mendarat ke telefon saya,daripada seorang murid yang agak rapat dengan saya. Ct Nurmaya;ka...
-
Menghabiskan buku CSKK bukan sahaja, airmata saya mengalir untuk menyiapkan babak 'duka', koma dan kematian......
-
Saya bukanlah contoh terbaik untuk merujuk berkaitan tajuk ini tentunya! Dengan perasaan rendah diri saya terpaksa mengakui hakikat ini...
-
Berita yang akhirnya Chef Wan atau sebenarnya Redzuawan Ismail dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk ...
-
Petang tadi saya dihubungi Shakila (ex student SPM 2007), saya hubungi dia kembali dengan telefon rumahnya kembali, kerana dengan skim hanya...
-
Selalu kita mendengar, gambar sering kali menceritakan pelbagai kisah. Pun begitu pernah terjemahkan daripada pepatah Inggeris, ' nev...
-
Guru dan murid kadang-kadang selalu terperangkap dalam dua dilema.Guru cuba memberi persepsi yang betul bahawa mereka mahu murid mereka b...
-
Pernahkah anda terfikir bahawa isteri anda, ibu @ mama @ mummy anda adalah juga seorang isteri, ibu, pekerja, mungkin lebih daripada itu... ...
-
Berpeluang mengikuti kursus Dr Azizan Osman di Shah Alam hari ini .Smart. Fun learning. Bright Mind. Tidak bercadang bercerita panj...
-
Dalam kesedihan takkala perginya 'mak',saya rasa kesedihan itu terisi dengan menyambut tahun baru dengan mama dan mak ngah saya. Buk...
No comments:
Post a Comment