Sejak balik bercuti panjang, rasanya otot badan pun 'tight' giler kembali. Kerja like robot.. kalau robot pun boleh tertanggal skru.. ha ha.. Kalau boleh dituliskan carta, 1- 20, agaknya, bleumpun habis nom 5, datang lagi 10. Khamis dan jumaat lepas, saya betul2 'knock down'.., sakit otot, flu, memang tak boleh bangun. Gagahkan diri ke dr, balik masak lunch ( itu pun main cincai-cincai saja) sebab tak ada relesa, kalau beli, kan membazir.. alhamdulillah, berkat memasak sendiri, laju juga makan. Agaknya susut jugalah 500 gram ( he he, jadilah) longgar 1/2 cm pinggang.. he he. Hari sabtu-ahad pun sambung lagi adegan tidur saja..
Hari ini, otot masih tegang dan sakit... apa boleh buat, berjalan jugalah slow motion (selalunya saya berjalan laju giler 110km/hour.. sekarang 30km/hour saja sebab apabila berjalan laju, sakit otot lagi teruk)
Di kelas releif tadi, saya ditanya apa bezanya like dan love. Saya kata, "okay, contoh macam orang suka makan laksa, tapi bila tiba di restaurant, tiba-tiba macam rasa nak makan mee goreng." Itu contoh like. Maknanya, seseorang itu boleh menukar pilihannya semula jika dia rasa perlu.
Love is a very strong word. Orang jarang menukar pilihannya sebab dia suka beriya. Jadi untuk belajar sejarah, you have to love not just like sejarah.
Minggu ini, perasaan agak tergugat. Lagi beberapa hari, hari terakhir bersama Pengetua di sekolah yang akan besara wajib mulai sabtu ini. The truth is, she's a wonderful boss. Boss sepatutnya seorang yang boleh menjadian dirinya dihormati bukan ditakuti. Dihormati bermaksud, kita boleh mengeluarkan pendapat, boleh berbincang bukannya ditakuti. Ditakuti hanya menjadikan orang bawahan 'menikus; sahaja kalau berhadapan dengan boss.
Saya telah bekerja di 4 sekolah berasingan, termasuk satu sekolah ketika praktikal. Di bawah seliaan 7 orang pengetua, boss saya ini adalah boss yang paling baik. Lady boss selalunya dikaitkan dengan bossy dan sebagainya.. tapi she's different. Ingat saya kepada seorang boss saya dahulu, semasa itu masih single, kena panggil, rasa macam nak tertanggal spek.. he he.. cuak giler, padahal tak buat salah apa-apa pun.. takut!!
Berada di minggu terakhir ini, menjadikan terasa sebak.. entah bagaimana pula boss yang baru nanti. Harapnya yang okay, tidak cerewet sangat.. yang penting penuh rasa kemanusiaan.. kadang2 tu, ada boss yang tidak rasional langsung... This time, I have to say, I love her...not just I like her... sedihnya melepaskan seorang ketua yang berwibawa.
No comments:
Post a Comment