Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Monday, February 28, 2011

Manuskrip baru


Sepatutnya manuskrip baru sudah mulai bergerak jauh, namun kali ini agak slow... dan bukannya sebab kering idea, tapi kepenatan, sekolah yg baru dibuka, macam2 hal. Novel2 yg lalin saya mulakan agak tnegah2 tahun, kurang sibuk sikit. Tapi kali ini saya berjaya menghabiskan novel ke 3 pada bulan disember dan januari. Jadi memulakan di awal tahun ini agak tough!

Prinsipnya, kena bergerak juga..kalau menunggu tidak sibuk, agak lambatlah bermula, bermakna agak lambatlah juga untuk habis!Dan selagi tidak tamat, watak2 itu bagaikan berirama dalam kepala. Senget kepala jadinya. Lagipun kalau lama sangat berhenti, rthym ceritanya lari dan kenalah baca semula bab tersebut untuk bergerak lagi... dan lagi... letih lah!

So more airmata... rasanya tak kot, CSKK cukup dengan tangisan.. buku ke 3 pun cukup dengan tagisan.. buku ke 4 ni kasi ringan sikit la.. buku ke 5 I think, more tears atau tukar dengan idea ke 6 (funny and fun giler) mungkin, tulis yg ke 6 dulu kot after buku ke 4.. nak try yang fun sides pula.

And got to go for writing now... masih jauh perjalanan buku itu, baru bab 1, (my chapter biasanya 10) dan bab 1 pun, baru part 4... (at least ada 8-10 sub chapter)..huh! long way to go ya!!!

Wednesday, February 23, 2011

Demam oh demam

Hari isnin pagi, saya sudah rasa dizzy semacam sahaja. Masuk semua kelas, saya memang rasa seram sejum, macam mahu demam. Dalam kelas, guru pula tidak boleh duduk di kerusi (kecuali guru mengandung atau kelas relief sahaja) jadi, terpaksalah berdiri dan mengajar. Kepala mulai berdenyut-denyut. Balik rumah, makan sebiji panadol, tapi macam tak berkesan je. Minum air dengan banyak dan tekak mulai rasa pahit semacam.. Biar betul!Badan sudah rasa seram sejuk semacam je. Ni mesti hampir demam ni! Alamak, demam sudah mari.
Sejarah lama saya, saya jarang demam panas, adalah setahun maybe sekali, kadangkala tak ada langsung. (Alhamdulillah) tapi kalau sekali pun, demam tu sebenarnya teruk sekali. Suhu badan boleh meningkat 39-40 darjah, sakit kepala dengan teruk seklai. Selalunya demam panas akan menyebabkan sakit kepala dengan teruk. It's in the blood. Mama saya kalau demam pun begitu.. he he.
Di sekolah dulu banyak tahun kena macam ni, mostly after makan durian.. he he.. tak tahan dengan panas!Kalau balik kampung je, ke Machang Bubok, saya akan makan durian kalu musimnya, lepas tu balik ke asrama (sekali tu tingkatan 4) demam teruk. satu hari mengigil-gigil.. tapi sebab masih budak lagi, sehari berbungkus, picit2 kepala sikit, tak payah makan ubat pun, sembuhlah.
Malamnya, saya cuba mandi dengan air asam jawa... method yang sudah lama, diturunkan oleh nenek saya kalau sakit kepala atau demam. Bancuh asam jawa pekat2, mulakan dari kaki ke kepala dan rambut, biar 10 minit, mandi. Mandipun mulai kaki ke kepala. Ingatkan menjadi, rupanya tidak juga. Demam semakin teruk dan terpaksalah ke klinik juga.
Hari ni, demam masih tak begitu kemah walaupun sudah berpeluh-peluh dingin. Tapi demam tu saya boleh tahan, sakit kepala ni yang buat saya berasap!Sekali lagi ke klinik sebab kepala yang sakit masih terus sakit dan sakit... lepas makan, makan ubat, rehat sekejap, sembahyang, barangkali tidur lagi, dan lagi (istilahnya rehat) maybe okay kot. Harapnya.
Esok, banyak kerja yang menunggu, pagi sampai ke petang.. Hmmmm.

Friday, February 18, 2011

A heart break


Petang tadi saya ke One u.(old wing) Sudah seminggu dua ini saya sudah terperasankan bahawa One U ini akan ditutuo sementara proses 'up grading' bangunan. Dalam hati saya, "Alamak.. sudah 10 tahun sejak saya berpindah dari Langkawi, saya hidup, makan, beli barang, tengok movie, beli baju, beli kasut, beli beg, minum dengan One u ini. I cannot live without it." One u ini sudah menjadi sebahagian daripada diri saya. Entah-entah 10 kg yang naik daripada berat saya dulu adalah datangnya dari One u ini. Hah!

One u ini sebahagian daripada nostalgia. Kali pertama saya berdating, blind date dengan suami di hadapan kedai Foto di One u. Masakan kami boleh lupakan peristiwa bersejarah itu. 7.9.1999... dan selepas ini, sejarah hanya tinggal memori sahaja. Menyaksikan kedai itu setiap minggu (atau 2 kali sebulan) sentiasa menghangatkan memori saya dan perasaan saya terutamanya ketika 'gerammmm' banyak dengan suami.. Hah! Kedai 'dating kali' pertama menjadi tempat 'cooling point' saya ketika geram. Saya suka Ikea di situ (sebelum Ikea berpindah ke tempat baru) Pendek kata, saya suka semuanya di sana!Memori! Emosi!Suka dan duka! Tempat itu sudah menjadi sebahagian daripada kisah saya. Dan saya sebak (in fact crying, di rumah la) melihat hampir keseluruhan bangunan itu ditutup hari ini.

Pada minggu cuti sambutan Hari Tahun baru Cina hari itu, cinema sudahpun ditutup untuk 'up grading'... menonton di pawagam baru di New Wing tidak sama seronoknya. Saya sukakan tempat lama di Old Wing. Semuanya sudah sebati dengan saya! Agaknya saya ini, orang yang sedikit klasik, konvensional orangnya. Saya sukakan kenangan lama... stail lama... hah! Agaknya sebab itulah saya sukakan sejarah! Klasik rupanya sikap saya ini!

Dua tiga hari lepas, seorang teman FB saya menegur, padanlah buku pertama saya DC, mengandungi elemen sejarah, sebab saya cikgu sejarah. Rasionalnya bukan sebab saya cikgu sejarah saja, bahan sejarah memang jarang disukai umum. Hanya dengan memasukkan ke dalam buku saja/novel, akan menjadi serampang dua mata... cerita dan fakta sejarah dalam masa yang sama. Sebenarnya saya suka sangat mengetahui sejarah sesuatu tempat, pada saya, 'jika tidak kenal, maka tidaklah ada perasaan cinta'. Jadi saya ingin mengajak anda turut sama mempelajari, menghayati bahan sejarah dalam novel saya!

But still, menulis perkara lain tidak membawa ingatan saya pergi jauh, saya masih mengalami 'a heart break' mengenang One U yang akan ditutup!

Wednesday, February 16, 2011

Teruja vs teruji


Saya terpaksa lagi ke Sogo sebenarnya Pertama Komplek kerana telefon yang dibaiki macam 'kureng sembuh pun. Dari sana saya kemudiannya ke sebuah kedai buku (lupa melihat nama kedainya) D jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), yang berada antara dua deretan kedai Gulati's. Di sana, saya dapati buku saya CSKK belum masuk pun kedai. Dan tiba-tiba ternampak tanda diskaun 20%. Wow! jarang sekali kedai buku memberi diskaun yang sebegitu banyak.

Di sana saya menyapa adik gadis manis (yang memperkenalkan dirinya sebagai Syera /Shera) maaf jika salah mengejanya... saya memperkanlakna diri saya dan menunjukkan CSKK. Menurut syera, dia adalah peminat 'tegar' novel-novel Melayu. Syabas. Dia sanggup membelanjakan wang dan membeli sehingga tiga buah buku setiap bulan! Bravo. dan Syera (jika mahukan buku kak nora dengan diskaun, dan tandatangan, dan hadiah penanda buku secara eksekutif, eloklah add kak di facebook dan kita boleh berjanjitemu di jalan TAR ya) ya! Saya suka! Sebenarnya bersembang-sembang dengan pembaca tegar ini membolehkan kita mengetahui apa yang mereka suka dan kurang suka, bagi mementapkan lagi penulisan di masa hadapan... Untuk mereka inilah, sebagai penulis, saya rasakan bertanggungjawab menyajikan novel dalam bentuk k-novel (knowledge novel) Mesti mengimbangkan antara cerita, fakta dan pengetahuan. Jangan nanti, cerita hanyalah sekadar cerita kosong sahaja.

Teruja sebenarnya melihat dan mengetahui buku2 saya CSKK sudah berada di banyak kedai! Dengan kata lain, sudah masuk kedai la!

Teringin sekali menghimpunkan pembaca-pembaca saya di satu majlis sedrhana tapi meriah dan bersembang-sembang... Insya_allah kalau rezeki murah... tentulah terujakan?

Tuesday, February 15, 2011

Demoa oh demo.

Pagi semalam (selasa) saya ada temujanji dengan adik angkat saya (yang juga ex murid saya, dan kemudian jadi close sebab mereka berdua, Dee and Ina tinggal bersama saya semasa SPM sebab rumah mereka jauh dari sekolah) spend beberapa jam, makan, jalan2 sikit, shopping (dia la, bukan saya) dan dia dah dapat edisi novel saya.. (tentunya dia kena baca) he he.. alih2 di sebelah petang, terserempak mini demo di bahagian kanan sogo (berhadapan dengan pertama komplek) Pendapat peribadi saya, saya cukup cuak dengan demontrasi ini. Saya rasakan, zaman2 melinium ini, demo tidak lagi diperlukan. Berdasarkan pengamatan saya sebagai cikgu sejarah (belum lagi boleh bergelar sejarahwan... aduiii) demontrasi yang paling berjaya adalah demo ketika menentang Malayan Union (MU) pada tahun 1946 sehinggakan MU terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan pentadbiran lain yang mmeberi manfaat dan mengembalikan kekuasaan Raja Melayu yang juga berrerti tunggak kepada masyarakat Melayu.

Tertanya di dalam hati, apa kisahnya sehingga mereka memerlukan demo begini, rupanya daripada risalah yang mereka sebarkan fahamlah saya. Mereka mempersoalkan kerajaan kita yang hanya membawa balik pelajar dan rakyat Malaysia dari Mesir dan mengabaikan umat Islam lain. Pada mereka, negara perlu membantu orang lain atas dasar agama yang sama, Islam.
Well, pendapat peribadi saya, kalau soal membantu umat Islam, memang saya sokong, tetapi sehingga kerajaan kita perlu bertanggungjawab kepada rakyat negara lain, itu tidaklah logik. Bukan disebabkan saya mengatakan kita tidak perlu membantu saudara Islam yang lain, tetapi banyak perkara yang perlu diambil kira sebelm Kuala Lumpur terlibat dalam misi 'meneylamat umat negara lain'.

Kumpulan ini melaungkan betapa perlunya kerajaan melihat 'konsep persaudaraan Islam' dalam misi menyelamatkan mereka dari Mesir. Pada hemat saya, negara kita bukanlah satu-satunya negara Islam yang boleh membantu. Membantu saudara kita ini bermakna kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak wang untuk membawa keluar saudara Islam. Keduanya, memperlihatkan masalah lain, di mana mereka perlu ditempatkan di sini, sedangkan kita masih mempunyai ribuan rakyat kita di sana. Sehingga tempoh misi piramid, kerajaan telah pun mengeluarkan berjuta ringgit bagi membawa balik rakyat kita. Jika mereka perlu merujuk kepada bantuan yang paling cepat, negera jiran Mesir sepatutnya cepat menghulurkan bantuan bagi membantu masayarakat di sana, dan bukannya Malaysia. Setiap kerajaan mempunyai tanggungjawab tersendiri dalam menyelamatkan rakyatnya, dan itulah tujuan mempunyai 'konsep warganegara'.

Saya tak fikir akan ada negara lain yang akan menyelamatkan rakyat kita selain daripada kerajaan kita sendiri, begitu juga dengan negara lain. Hal seperti ini memperlihatkan wang yang banyak, hubungan diplomatik antara negara dan pelbagai urusan lain. Pendek kata, ianya tidak semudah yang dialung-laungkan...

Ketika di UKM dahulu, awal2 lagi saya diingatkan banyak kali oleh keluarga saya agar tidak terlibat dengan sebarang bentuk demontrasi. Tidak begitu memahami maksud ayat keluarga pada masa itu, mungkin terlalu 'naif', sekadar 'menjadi yang menurut perintah kerana mama dan bapa ternyata lebih 'matang' dalam memberi tunjuk ajar. Dan apabila tamat pengajian, kata-kata pesanan itu jelas kelihatan kebenarannya. Demo tidak akan mengubah apa-apa keputusan apatah lagi yang berkaitan dengan 'kes antarabangsa'. Jadi, mengapa perlu terlibat. Adalah lebih baik, jika kita sama-sama mendoakan kesejahteraan masyarakat Islam sedunia.!


Sunday, February 13, 2011

Keep on track again


Pelajar saya bertanya, adakah saya mengalirkan air mata ketika menulis CSKK? Saya katakan, "Bukan sahaja airmata, hidung yang sendat dan air hingus sekali." Dan dia tergelak kuat. Saya bukan menangis dalam keadaan yang 'sikit-sikit' tetapi menangis seolah-olah saya adalah Intan Irdina. Menangis hiba mengenangkan memori pahit, masam dan pahit yang saya alami.

Selama lima minggu saya tidak menulis.. manuskrip yang sudah bermula dua-tiga mukasurat terbungkang begitu sahaja. Bukannya apa, minda pun 'need a break'... selepas bertungkus lumus dengan manuskrip yang ketiga (sekarang di penerbitan untuk penilaian...) saya mengambil keputusan untuk 'break' tenang minda. Kadangkala akan terbawa-bawa akan watak lama ke dalam cerita baru. Jadi break supaya boleh lupakan semua jalan cerita, watak dan perwatakan mereka. Hari ini saya officially memulakan manuskrip baru, dalam kata lain, back on track again. Tidak banyak mukasurat pun memandangkan, banyak kerja rumah perlu dilangsaikan... Boleh lah 10 halaman sahaja. Sikit-sikit kata peribahasa, lama-lama menjadi bukit. Memulakan sesuatu memang payah, sampai di pertengahan, dek kerana semangat meilihat manuskrip yang hampir siap, maka akan lajulah sikit menyiapkan manuskrip tu!

Sementara nak 'back on track' he he.. banyak yang perlu dilakukan. Memfailkan maklumat baru, print info, sediakan carta watak dan perwatakan, kadangkala penulis sendiri pun confused dengan perwatakan watak yang dicipta sendiri.

Dan saya teringin mencipta peribahasa sendiri, 'sikit-sikit lama-lama menjadi pulau'....

Saturday, February 12, 2011

Review daripada pembaca.Saya hargai pendapat anda!

Cinta Si Kunang-Kunang. Farhana/Farafun

Sebuah novel yang mengisahkan kisah adik-beradik, percintaan dan penghijrahan untuk hidup.Susunan cerita yang sanga menarik. penuh dengan pergolakkan hidup adik-beradik, dilemma memilih pasangan hidup.

Sebuah cerita yang direka tidak se-cliche seperti cerita cinta yang lain. Komplikasi cerita ini membawa saya terus membaca dan tertanya-tanya "whats next?".

Cerita yang modern, lokasi-lokasi yang mahal yang di terbangkan oleh penulis untuk menarikkan lagi cerita. Kisah manusia yang berpegang akan ajaran Islam, sikap manusia yang merendahkan diri serta kepayahan untuk melepas dan menerima cinta.


Tahniah kepada pengarang. kerana berjaya menghasilkan sebuah novel cinta yang penuh dengan drama sehingga dapat mengalirkan air mata ini.

February 11, 2011 8:03 PM

Delete

Thursday, February 10, 2011

alahai..


Jika anda pernah membaca Dimensi Cinta, akan akan lebih sukakan buku kedua saya CSKK, kerana pada saya, DC ada sedikit masam, dan manisnya banyak. CSKK lebih masam, pahit dak cuma akhirnya manis. Kalau anda 'kaki nangis', saya gerenti, anda akan menangis sebanyak tangisan saya, berjuraian airmata ketika menulis manuskripnya. Sebak menjadi Intan Irdina... yg kehilangan bukan sahaja kekasih tetapi kekasihnya dikahwinkan dengan saudara kembarnya sendiri.Tragik! Dan bukan fakta klasik! Mungkin fakta klasik seperti bawang merah yang cuba menyamar menjadi bawang putih, tetapi nyanyiannya tidak menjadi sebaliknya, tiada penyamaran yang nyata... sekadar menyamar menggunakan teknologi! Sangsi, beli dan bacalah sendiri!

Jika anda sudah membaca dan menyukai CSKK, anda akan tidak akan kurang juga menyukai DC... keran keduanya ditulis dengan untaian airmata, deria, rasa, jiwa dan rasa romantika yg sama!


Saya tiba-tiba terkenangkan dialog kawan saya, apabila muridnya bertanya, "kenapa cikgu tak tulis novel seperti cikgu nora fuad?" Terkedu kawan saya itu. Ceritanya bermula dengan apabila...Saya diberi relief kali ketiga minggu ini, ramai yg tidak hadir...macam2 perkara..banyak hal yg kadangkala kita tidak dapat menduga. sakit! kursus dan macam-macam lagi. Jadi ke kelas relief tu, saya bersembang-sembang bertanya pasal sejarah, segera menghulurkan bantuan. Seandainya mereka memerlukan khidmat bantuan saya, agar membuat appoitment dengan saya. Saya akan lihat apa-apa yang boleh saya bantu.

Dan cerita kemudiannya menjalar kepada buku kedua saya.. saya bertanya jika mereka sedar, yang saya adalah penulis/novelis.. ramai yang tahu, dan ada di antaranya Noor Atikah, adalah peminat no1 saya.. dan kebetulan, esok adalah bdaynya, jadi dia cepat2 grap satu buku daripada saya... (dah tentu claim ibunya sbg hadiah harijadi...) dan sebab itulah apabila kawan saya masuk untuk mengajar B.Melayu, mereka terus menyembu dengan soalan 'maut'.. he he.. saya hanya tergelak sambil menyambung, "okay, juga kalau ramai2 menulis novel... boleh jadi sekolah novel .. danmana tahu boleh menjadi Rekod Malaysia, sekolah yg mempunyai ramai novelist di Malaysia.. Hu Best!

Wednesday, February 9, 2011

akhirnya, edisi saya



Akhirnya, saya mendapat edisi Cinta Sikunang-kunang saya!

Tuesday, February 8, 2011

Perasaan teruja!


Menghabiskan buku CSKK bukan sahaja, airmata saya mengalir untuk menyiapkan babak 'duka', koma dan kematian... saya benar2 kehilangan insan yang saya sayangi..Arwah ibu mertua yang kami sayangi (anak, menantu dan cucu0cucu mak), saya juga kehilangan insan rakan FB yg belum sempat saya kenali Dalilah Tamrin.. (masih saya ingat akan sebaknya biras saya Amy menelefon saya memberitahu berita ini dan mengajak saya ke Banting: dan saya tutur menangis sama, cuma saya menolak ke Banting kerana hari sudah petang dan kami tidak tahu arah untuk dituju)

Pendek kata, saya suka, senyum, tawa dan menangis dalam masa yang sama untuk novel ini!


Menyebut perkataan teruja, berkemungkinan kedengarannya tidak 'panas' telinga. Berbunyi seolah biasa... tidak berbaur seronok yang amat sangat. Barangkali menyebut perkataan 'excited' kedengarannya lebih baik kerana bunyinya 'boombastik' sekali! Hangat terasa di hujung telinga!Menyentuh gegendang koklea, terasa bagaikan melekat ke dasar gegendang lama dan asyik sekali.

Apa yang membuatkan saya excited. Buku yang kedua saya sudah diterbitkan. Sebenarnya sudah hampir lupa akan segala cerita tentang penulisan buku atau novel ini, kerana sementara menanti buku ini diterbitkan, saya sudah 'lali' diasak watak2 baru sementara menulis watak2 baru dalam buku ketiga. Sudah lupa akan watak kembar serupa yang saya cipta dalam minda, dan betapa penatnya mengetuk kekunci laptop saya sebelum ini. Saya sudah lupa betapa saya khayalan menyarat keindahan Toulouse, atau seronoknya mengasak memori bersama Italian Man di New York! Aduh! Saratnya cinta! Saya sudah lupa bagaimana Intan Irdina bergelut dengan perasaan terpaksa melupakan memori sang kekasih Adam Farqiss takkala dia dilukai. Dan bagaimana saya menahan kesedihan mengasak pilu apabila saya menjadikan Adam saya ini 'koma' sementara... hanya menunggu sang cintanya membangunkan dia! Dan tiba-tiba semuanya datang kembali. Saya mengarak kenangan bergambar bersama arwah ibu mertua saya, adik ipar dan isterinya (dan anak buah saya Emily) di dalam perut mummynya. Dan saya 'upgrade' cerita saya daripada hanya sekadar bergambar di sebalik Gunung Kinabalu yang 'malu tersipu' dengan memanjat Gunung Kinabalu yang sentiasa menjadi cita-cita saya! (entah kapan ya, akan memanjat gunung ini) Kebetulan bertemu artikel memanjat gunung Kinabalu milik arwah di Johor Bharu! Dan sedikit rasa terkilan, belum sempat menunjukkan ibu mertua, buku yang bakal diterbitkan... Al Fatihah! Saya pasti semua ahli keluarga yang mengenali arwah mak, Hajjah Fatimah Omar akan sentiasa mengenangi arwah sebagai seorang isteri dan iibu yang disayangi!

Dan semuanya datang kembali dengan perlahan... Intan Irdina, Intan Adeena, Adam falqiss, Mak Melur, Datin Zurina, mak ngah, Olis... semuanya.... semuanya antara cinta, suka dan duka, airmata yang mengalir bersama tinta dalam menyiapkan buku ini.


Cuma saya bersyukur, suami saya tidak cemburu saya lebih 'masa' dengan laptop saya berbanding dia! Dan percayalah, kasih saya tidak akan berubah! Terima kasih suami!Alhamdulillah, Allah mengizinkan semua yang berlaku, kelahiran buku ini!

Monday, February 7, 2011

Menulis, bila mahu mula ni?


Sudah hampir lima minggu berhenti rehat, menjadikan agak malas sedikit untuk memulakan penulisan semula. idea sudah digarapkan, 'story line' sudah siap. Watak dan perwatakan sudah hampir disiapkan sepenuhnya. Memulakan agak menjadi suatu yang 'berat sikit'... tetapi apabila sudah 'reach' bab di pertengahan, di situ barulah datang seronoknya sebab sudah hampir tamat dah!

Saya akan bertukar 'momento' kepada cerita yang berbeza. Fokus kepada 'area' dan kawasan yang berbeza. Jalan cerita yang berbeza, tetapi masih kepada teknik penulisan yang sama. Approach yang sama... teknik, bab 1, 2 dan 3: fokus kepada seseorang atau individu (wujudkan watak aku kepada seseorang) Melihat sesuatu peristiwa atau soroton mengikut pandangan individu itu tadi... kronologi, peristiwa daripada kacamata ndividu terbabit.. Bab 4 dan seterusnya, barulah melihat cerita daripada semua sudut individu yang berbeza. Saya tidak mahu menukarkan teknik penulisan saya kerana saya hanya mahu kekal sebagai saya. Itukan teknik saya! Tidak mahu menyerupai orang lain atau tidak mahu dikatakan meniru teknik orang lain!

Melihat pandangan dari sudut isteri dan suami adalah pandangan yang berbeza. Suami kadangkala melihat sesuatu peristiwa sebagai 'besar' kerana meletakkan 'egoisnya' sebagai ketua... isteri pula melihat sesuatu peristiwa itu hanya kecil kerana pandangannya yang berbeza. Pertembungan emosi itulah yang mesti dilihat dari sudut yang berbeza. Agak sukar melihat pandangan suami kerana saya adalah wanita, tetapi saya percaya, saya hanya perlu tambahkan ego sedikit di minda saya, supaya saya menjadi suami yang penuh keegooannya... dan saya janya kekalkan peranan saya sebagai isteri untuk melihat watak ini sebagai isteri. Pun begitu, seperti biasa, cerita ni bukanlah cerita sesiapa, bukannya perwatakan sesiapa, cuma nama mereka barangkali digarap daripada persekitaran saya.. (sekolah, rakan bekerja etc)

Dan sebenarnya, terllau awal untuk bicara mengenai watak, perwatakan dan jalan cerita kerana cerita baru sahaja bermula lima halaman sahaja! Aduh! Jauh lagi perjalanan manuskrip ini, sejauh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Afrika!

Monday, January 31, 2011

Inilah kehidupan...a heart break


Akhirnya cuti datang juga. Bulan pertama, nampaknya kami di sekolah sudah mulai gunakan 'gear lima'... tak sempat memanaskan 'enjin' pun. Semuanya berlaku dalam masa yang begitu pantas. Kutip yuran, aktiviti koku, mengajar, menjeling, berleter, menasihat, menanda buku, senyum, tawa, dengan rasa-rasa lain yang juga ada, rasa nak 'telan' orang hidup-hidup pun ada juga! Inilah kehidupan kan.. dalam manis, ada masamnya, ada pahitnya.

Ada kawan2 yang terpaksa bergelut dengan komputer, semua data-data telah hilang, dihilangkan loeh seseorang yang tersalah '...' entah apa istilahnya! dan mereka perlu menaip kembali satu-satu. Sekiranya terdapat 45 murid, 45 informasilah yang perlu dimasukkan. Dan sangat mengambil masa, sebab semua data, ibubapa, alamat.. pendek kata daripada data /info yang kecil sehinggalah ke sebesar-besarnya. Yang peliknya, si A ni, disebabkan kesalahan ini kesalahannya, dia diam sahaja...kalaulah kesalahan ini dilakukan oleh orang lain, sure, heboh dan dia bising satu bandaraya... kadangkala siap dibawa ke atas 'boss' lagi! dan akibatnya si malang itu tentulah kena panggil oleh boss atau lebih malang lagi, siap perlu isikan 'surat tunjuk sebab'.. menggagalkan operasi atau melambatkan sesuatu misi daripada tarikh merupakan kesalahan yang tiadk boleh dimaafi! Inilah kehidupan! Ada harinya, kita barangkali akan dilanda masalah, dan akan melakukan kesilapan! Kitakan manusia biasa, pasti akan membuat kesilapan. Perlulah bertolak ansur dan saling memaafkan. Seandainya selalu melihat kesempurnaan diri sendiri, inilah jadinya. Satu masa, pasti akan membuat kesalahan juga! Ternyata orang yg selalu melihat orang lain tidak sempurna, manalah dia terlalu sempurna adalah tanda kesombongan! Kita tidak sempurna... dan tentunya melakukan kesilapan juga!

Ibu seorang teman saya sedang berada di wad kerana penyakit diabetesnya. kakinya berkemungkinan perlu dipotong kerana infeksi yang dialami oleh ibu ini. Kawan saya ini agak bimbang... (tentulah keraa siibu tidak mahu kakinya dipotong. Dia dan adik beradiknya pula bimbang, infeksi tersebut akan menjangkiti anggota dalamannya pula)
Kata kawan saya, "Mak saya agak tidak ada semangat untuk hidup, asyik menyebut tentang suami yang sudah lama tiada padahal dia kelihatan sihat."
Kata saya,"Well, easy for us to say. Kita masih ada soulmate. Mak itu sudah tiada peneman hidupnya. Dalam keadaan sakit, dia tentunya merindui suaminya. Bersabarlah. Kalau kita tak boleh beri nasihat lagi kepadanya, berdoa sajalah kepada Allah, akan memberi sesuatu yang paling baik untuknya."

Saya tidak dapat membayangkan keseluruhan perasaan 'rindu' ibu tadi. Sekadar, saya hanya dapat merasai kehangatan perasaan rindu dan cinta bersama titisan airmata yang mengalir daripada kelopak mata saya, yang mengalir setitis demi setitis tanpa henti. Bukan mudah untuk melepaskan 'rindu kepada yang telah tiada. Sebetulnya, jika yang dirindu masih ada, kita masih berpeluang menatap dan memeluk mereka...

Dan saya sentiasa merindui mereka yang tiada... datuk-nenek saya, ibu mertua saya. Wajah2 itu seolah bermain dalam minda saya! Dan merindui yang tiada sentiasa memeritkan kerana kita tiada peluang bertemu mereka lagi. Apa lagi, ketika menulis Cinta Sikunang-kunang, sebahagian penulisan itu, saya lakukan di Johor Bharu, di rumah ibu mertua saya (dalam bab-bab awal, 1 dan 2) ketika cuti persekolahan dan sebahagian bab (ketika bab memanjat Gunung Kota KInabalu dan kemalangan dan kejadian koma) di hospital Sungai Buloh, Selangor.

Dan tiba-tiba saya dilanda... (bukan cinta, kerana saya tidak cintakan dia lagi) Rindu? tidak juga. Perasaan itu sudah lama mati. Kasih? Tidak juga. Tiada apa lagi yang akan 'dikasih' kepadanya lagi. Sayang? juga tidak. Tiada perasaan sayang tanpa pengorbanan... dia tidak berkorban 'apa-apa' demi kehidupan saya. Cuma sekadar tertanya-tanya, apa khabar dia di sana? Adakah dia sebahagia saya?

Saturday, January 22, 2011

Mana ada percuma beb!..

Ketika makan di kantin sekolah tadi, saya pun berkata kepada kak senior 'kamcing' saya...

"kak, kali ni nak interview kak ya pasal orang Minang."
Dia ketawa saja. Katanya membalas, "Dah tiga empat kali dah dek ooii, tak jadi juga." Dan saya ketawa. Sebenarnya buku kedua dulu saya mahu masukkan elemen 'Minang' ni, tapi entahlah, masa tu pertengahan-hujung tahun, banyak kerja..malas nak kacau dia, jadi saya lupakan elemen itu... buku ketiga, entah ke arah lain pula... he he he.. biasalah.. Kitakan manusia, hanya merancang sahaja. Allah juga yang bisa menentukan.

Kata senior sorang lagi, "Dah ke 4 dah?"
Saya hanya tergelak.. dan membalas..." Kak memang la ke 4, kan dah berapa tahun dah." Saya mula menulis tahun 2008, buku saya keluar penghujung tahun 2009. (Kira macam 2010 lah) dan tahun ini 2011, buku kedua. Sambil-sambil menunggu buku kedua, saya siapkan buku ketiga. Sambil menunggu buku ketiga pula, saya teruskanlah dengan buku ke empat.

Saya menerangkan kepada mereka, proses menerbitkan buku mengambil masa yang lama. Kalau baru menulis, manuskrip barangkali tersadai hampir 4-5 bulan sebelum penerbit menjawab sama ada mereka berminat dengan manuskrip anda atau tidak. Lepas tu, penerbit akan meminta anda edit beberapa bahagian yang mungkin tidak bersesuaian dengan mereka. Kemudian, mereka akan edit lagi... anda akan membaca dan bersetuju atau tidak dengan final editing. Lepas tu penerbit akan membuat 'filem' untuk cetakan. Lebih kurang setahun jugalah prosesnya sebelum dapat melihat buku anda di pasaran. Prosesnya bukannya mudah dan senang.. dan tidak senang hati sebenarnya apabila ada teman-teman yang sengaja mahu dapatkan 'buku free' memanjang. Karya kita bukan semudah menyebut a, b, c... kalau duduk-duduk saja, buku tak akan siap. Entah berapa jam kita perlu mengadap komputer, baca buku, baca artikel, baca web... Sakit belakang, sakit kepala, sakit jari jemari, sakit mata, telinga dan sakit macam2 lagi!

Buku ke 4 ini, officially saya akan merekodkan berapa lama masa saya ambil di hadapan komputer, potong artikel, fikir, conteng sana-sini, supaya kawan2 yang baru 'dok' fikir nak minta percuma, silalah fikir tentang penat lelah penulis ni! he he he.. (saya tak ketawa sebenarnya, tetapi senyum pahit.) Lainlah kalau saya sendiri, mahu memberi demi nilai persahabatan dan terima kasih kerana bantuan dalam menyiapkan buku saya, seperti ramai juga yang membantu dalam menyiapkan buku kedua saya.. dan ketiga saya...

Situasi ini bagaikan orang yang membuat nasi lemak atau kuih jualan, senang-senang saja kita minta dengan percuma, alahai beb! Seandainya mahu percuma silalah tulis buku anda sendiri, kemudian beri saya percuma.. (baru anda tahu bagaimana menilai situasi ini) Atau kita buat sistem butter... saya beri buku saya, anda beri buku anda! Adilkan!

Dan tidak menjurus kepada kawan2 saya, sebab kawan saya tak ada yang minta secara percuma... beli dengan 'jiwa raga'.. he he...

Pendek kata, dalam dunia ni, yang percuma cuma nyawa kita, sebab Allah tidak minta dibayar! dan udara yang disedut.. air, elektrik semuanya perlu dibayar... Jadi kalau mahu 'percuma' juga, mana ada beb!!

Thursday, January 20, 2011

Inilah kehidupan...a heart break


Petang semalam, setelah 100 hari membuat pelbagai alasan ciptaan saya.. Sehari alasan saya menghabiskan manuskrip (yang sekarang ini sudahpun 2 minggu tamat, sibuk (alasan...), sakit kaki (sehari dua sahaja), malas (ini yang banyak sekali) Menonton tv (alasan juga) dan penat (alasan rasmi juga).. akhirnya, I barely make a move.. he he 100 angkah pertama. penat juga, maklumlah setelah lama tak exercise.. Selalunya bergerak sikit dalam rumah je, vacum, mop tapi taklah panjang sangat langkah.

40 minit berjalan.. I think, lama juga kot untuk permulaan. Hari ini seharian terasa letih.. (fahamlah, badan turut merasa tempias exercise yang pertama) tidur saja. Lepas bangun, tidur, masak dan makan, lepas tu tidur balik. Hri ini saya tidak keluar exercise sebab bukan membuat alasan lagi, sebab hari khamis, biasanya saya akan sibuk di padang sekolah, jadi saya relaxlah hari ini.. (sebenarnya alasan lagi)

Semalam di padang saya bertemu x murid saya, bila ditanya, 5 tahun yang lepas. Saya mengajarnya semasa dia form 3, guru kelas mereka. Baru tamat kolej, menunggu peluang kerja. Dari cerita saya ke cerita dia... daripada cerita menulis novel, kerja, peluang kerja, law of attractions, feel good statement.. di tengah-tengah perbualan, saya teringat ceritanya.. all coming back slowly..(taklah pelupa sangat pun) saya teringat yang dia tidak beribu lagi (sejak sekolah rendah) mempunyai seorang abang dan hanya tinggal bersama ayahnya berdekatan area rumah saya. Jadi saya pun bertanyakannya...

"S, tinggal dengan ayahkan? baru cikgu ingat, ada abang seorangkan?"
Katanya, "ayahnya baru meninggal.. jumaat (21.jan) cukup setahun." I was stunned. Rasa bagaikan mahu menangis. Saya tahan perasaan itu, melihat ke dalam matanya yang tenang. Saya tak boleh menangis kalau dia sendiri tidak mengalirkan airmata. Sata tahu, dia bersedih tetapi She is strong enough to fight this feeling. Dia begitu tabah! Seorang yang baru menginjak dewasa, seorang gadis berusia 22 tahun yang ternyata begitu berani, tabah, kuat semangat dan jati dirinya. Tidaklah mudah menghadapi semua kenyataan pahit seperti ini dalam usia semuda itu! Saya sendiri tidak tahu apa yang akan saya lakukan jika kehilangan mama saya semasa remaja dan kehilangan bapa semasa masih berusia sebegitu muda. Kehidupan bukanlah semudah yang kita sangkakan.. dan dia perlu mengharunginya tanpa bantuan ibu atau bapanya!

Sehingga saat ini, saya masih terbayangkan cerita dan wajahnya. Kesedihan itu turut saya rasakan. Saya menyedari dia tabah (sememangnya dia mesti tabah) Kalau dia tidak kuat barangkali, dia tak akan merasa tenang dan bahagia, padahal hidup mesti berterusan... sama ada susah atau tenang. Inilah kehidupan. Dugaan ini begitu besar buat dia! Saya berdoa agar dia akan sentiasa tabah. Jika dia memerlukan seorang kawan, saya pasti menghulurkan bahu untuk bersamanya...

Saturday, January 15, 2011

Sebarkanlah cinta.... siapa kepada siapa?

Saya percaya dan yakin 'bangat'.. setitik cinta yang diberikan, akan dibalas dengan sealam luasnya 'cinta'.. The more you give, the 'more' you get back! Kepada diri saya, saya tidak tahu apa maksud 'racist' atau perkauman.. semuanya sama di mata saya.. We're human. Human being! Manusia yang sama darjahnya di mata Allah. Entah! saya kurang faham kenapa ada manusia lagi yang sentiasa memandang darjahnya melebihi manusia lain...

Pembahagian darjat ini sudah lama dihapuskan dalam Islam apabila Nabi Muhammad s.a.w menghapuskan perhambaan. Membebaskan hamba abdi pada zaman jahiliah itu sama maknanya membuktikan bahawa umat Muhammad ini perlu hidup tanpa darjat lagi. Yang membezakan 'darjat' kita di sisi Allah hanyalah amalan kita, itupun bukanlah boleh diwara-warakan kepada manusia lain. Kalau sudah sengaja dicanang tentang kebaikan kita, dan timbul pula sifat ;bongkak' maka sia-sialah amalan kita itu!

Selalunya dalam mengajar sejarah, saya tidak sekadar melihat sejarah dari kacamata buku teks kami, sebaliknya perlu melihat dari sudut tempatan dan Barat. Masing-masing mempunyai penilaian sendiri mengikut keperluan masing-masing. Dan saya sendiri, tidak anti Barat.. tidak anti Afrika.. tidak juga anti apa-apa bangsa. Kitakan sekadar manusia!

Kepada orang Barat, mereka sentiasa mengenengahkan Abraham Lincoln sebagai 'bapa Kemerdekaan' kerana Abraham Lincoln (12 Februari 180915 April 1865), juga digelar Abe Lincoln, dan panggilan lain seperti Abe Jujur dan Pembebas Agung kerana usahanya membebaskan hamba. Lincoln adalah juga seorang ahli politik dan juga Presiden Amerika Syarikat ke-16 (1861 - 1865), serta presiden pertama Parti Republikan. Beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat pertama dibunuh kerana menentang perhambaan dan memainkan peranan penting dalam pengurusan pihak Union (Kesatuan) semasa Perang Saudara Amerika seperti pemilihan jeneral termasuk Ulysses S. Grant.

Lincoln menentang kuat sistem perhambaan dan usaha-usaha untuk mengembangkan perhambaan ke wilayah-wilayah persekutuan. Perdebatan-perdebatannya dengan Stephen Douglas, ketua Parti Demokrat, pada tahun 1858 memberikannya pendedahan sebagai ahli politik negara, dan sebagai seorang barat yang sederhana dalam politik, beliau memenangi pencalonan presiden pada tahun 1860. Kemenangannya dalam pilihan raya presiden menyebabkan wilayah-wilayah paling selatan hilang sabar lalu tujuh buah negeri berpisah untuk membentuk Negeri-Negeri Gabungan Amerika dan menawan kubu-kubu serta harta-harta yang lain dalam sempadannya. Kejadian inilah yang meyebabkan tercetusnya Perang Saudara Amerika.

Barat terlupa yang Islam dan isu pembebasan penghambaan sudah lama bermula sebelum abad ke 19 lagi.... Islam sudah beratus tahun mendahului Barat dengan isu ini. Mengajar subjek sejarah, saya diganggu dengan slogan "Beban orang Putih" oleh British dan "Tugas menyebarkan Tamadun" dan slogan "Tanggunjawab orang putih" oleh Barat yang kononnya datang ke Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu untuk menyebarkan 'tamadun' kepada rakyat yang belum cukup tamadun mengikut kacamata mereka. Wah hal mereka lupa, ketamadunan Barat juga diciplak dari Tamadun dan kegemilangan Islam semasa kegemilangan Tamadun Umayyah- Turki Uthmaniah. Siapa yang mengajar siapa sebenarnya?

Isu Novel "interloks' bukanlah isu yang harus dipolitikkan... Perkataan yang dianggap sensitif sebenarnya bukanlah sensitif kerana berdasarkan latar mesyarakat pada masa itu! Seperti juga kita membaca masyarakat zaman British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rules) di mana masyarakat diasingkan. Orang melayu di kampung, orang Cina yang kebetulan banyak atau majoritinya di kawasan lombong dan dimajukan menjadi bandar, sementara masyarakat India di estet. Masyarakat kaum Melayu sering dikaitkan pada masa itu sebagai 'malas' lesu dan pelbagai lagi. Perlukah kita 'marah' dengan ungkapan begitu. Pada saya, fakta atau bahan sejarah bulanlah sesuatu yang perlu kita perdebatkan. Sejarah adalah perkara benar yang sudah berlaku. Jadikan ianya sebagai sempadan diri agar 'sejarah' yang merugikan, tidak lagi terkena kepada 'batang hidung sendiri'... Saya lebih suka membaca dan bersempadankan sejarah sebagai benteng diri daripada 'berkiblatkan sejarah' yang menjadikan kita terlebih sensitif!

Oprah, pengacara terkenalpun, tidak segan silu mengakui bahawa nenek moyangnya adalah hamba abdi! Hal ini bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan kerana ianya adalah 'sejarah' yang bukannya menjadikan dia seorang 'hamba abdi' juga! Jadi.. kenapa perlu mempersoalkan cerita sejarah yang sudah lama, dan 'mati'! Kita hidup dengan latar sejarah lama bukannya bertunjangkan sejarah sebagai latar hidup sekarang! Jadi isu anti Barat, anti Jepun, atau apa-apa pun sudahlah tidak relevan sekarang ini. Ayuh sebarkan cinta sesama kita, nescaya lebih ramai lagi yang akan merasai nikmat dunia dan kehidupan!

Monday, January 10, 2011

Dunia saya...



Antara minat dengan kerjaya, saya tak perlu memilih mana-mana! Saya ada keduanya! Saya suka dengan kerjaya saya! Berada dalam persekitaran sekolah, bersama mereka yang 'memudakan fikiran saya'.. Saya suka! Dalam persekitaran itulah juga saya membentuk 'perwatakan' dan 'watak-watak' yang saya suka!

Sekolah baru kira-kira 6 hari dibuka.. banyaknya kerja yang bertimbun.. thinking of soalan dan tajuk ramalan SPM sejarah, supaya murid dapat mengulangkaji dengan cepat (preparing dengan lebih awal dan bersedia, maklumlah tajuk2 yang tinggal masih banyak juga) But still.. penatnya belum habis dengan mengisi resit bayaran yuran sekolah. Kelas sudah bertambah bilangan murid, sudah mencecah 46 orang semuanya...Hah!

Kepala ligat memkirkan betapa saya perlu beri panduan kepada guru-guru junior yang baru mengajar, maklumlah mereka masih baru. Dengan berkongsi idea dengan guru-guru lama mengurangkan beban perlaksanaan kerja dan fikiran. Sharing is caring! Lagipun, guru-guru senior tentulah mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk handle kes-kes yang pelbagai... (sebenarnya masih payah, sukar mengubah habit, kelemahan dan kekurangan daya fikir murid yang lemah)Tapi bak kata pepatah, kalau tak dipecahkan ruyungnya, manalah akan dapat hasilnya.. cubalah dahulu dan lihat hasilnya.

Manuskrip baru tidak berganjak lagi.. saya fikir akan berehat 2 minggu, mungkin sebulan.. cuti tahun baru cina mungkin masa yang sangat 'molek' untuk memulakan mengarang bab dan 'storyline baru' yang telah mulai datang dalam 'mimpi' dan 'naluri' he he.. berada dalam persekitaran murid2, saya cepat menangkap nama-nama dan perwatakan yang akan saya garapkan dalam buku baru..

Mencipta storyline, kemudian perwatakan amat penting dalam penulisan. Saya tidak mahu terbabas dalam memulis perwatakan orang lain dalam watak yang telah ditetapkan! Saya suka akan beberapa perwatakan murid.. ada seseorang yang saya anggap sangat 'cool', bijak, giat bersukan, dan sangat matang serta menghormati guru. Sementelah lagi, saya sudah mengajarnya dalam tempoh tiga tahun (tahun ini)Saya suka perwatakan dan namanya.. sudah tentu dia adalah 'hero' saya, yang tentunya, bukanlah watak budak sekolah tetapi lelaki yang dewasa.. tapi based perwatakan daripada wataknya!

Heroinenya.. watak antagonis, juga daripada watak seorang murid saya yang lama saya perhatikan.. licik, agak kritis, straight to the point! Tiada misteri baginya! Seorang lagi, mixed. Yang dah lama saya ingin garapkan.. tetapi sangat bersikap kemelayuan! dan ada lagi, yang juga mixed tapi saya asli sifat melayunya! I love!

Well.. manuskrip sangat jauh perjalanannnya, sebab belum bermula. Tapi, tiada yang mustahil... harapan saya, by julai/ogos, saya sudah mampu tersenyum melihat manuskrip yang sudah siap digarap!

Thursday, January 6, 2011

Dunia saya...

   Pertamanya, saya 'happy' melihat cover buku kedua saya, Cinta Sikunang-kunang (CSKK)... seperti yang saya angan-angankan.. Suka! Teruja! Saya fikirkan yang saya tidak akan seronok sangat melihatnya, ialah buku kedua, seronoknya tak akan sama dengan buku pertama dahulu. Telahan saya silap rupanya, keterujaannya adalah sama. Suka! Seronok! Teruja! Cuma saya belum melihat bukunya lagi, hanya melihat 'cover' the wall KD. Mungkin ambil masa beberapa minggu untuk stok tiba di KD dan saya akan mengambil stoknya sendiri... yang biasanya saya jual (sikit lah) daripada tangan saya sendiri.. kawan2 dan murid saya!

   Apabila bercakap dengan mama saya, mama bertanyakan soalan," Bagaimana sekolah.." Saya ketawa terus. "Terus gear 10 ma, tak ada gear 1 dulu.." he he he.. Memang betul pun.. semuanya perlu bergerak dengan pantas dan cepat. Kutip yuran, mesyuarat, mengajar, aturkan file, itu ini.. a long list.. setiap hari senarai semaknya panjang sekali, yang potong separuh, datang lagi lima enam items.... letih.. Looking forward untuk bercuti raya cina.. best!

   Manuskrip baru (ke empat)belum bermula walau semuka pun.. seincipun tidak dalam sehari dua ini... saya ingat nak brek seminggu dua.. susun file baru, lebih kurang ada idea baru, ada story line, ada motif, isu, latar, dah tahu mana nak fokus.. maybe kena belajar marketing plan kot.. he he he..  dalam kengkangan sekolah ini, kadangkala semuanya jadi a bit slow (kadang2 bukan a bit lagi, sangat2 slow.. banyak kerja)

Saturday, January 1, 2011

Resolusi Tahun Baru

Mahatma Gandi @ Mohandas Gandhi: Be the change that you want to see in the world!

Lawrence J.Peter: Ledd, follow or get out of the way! 


Selamat datang Tahun Baru! Bersyukur ke hatrat Ilahi dengan limpah kasihNya, saya masih lagi dapat berpijak di buminya. Dengan menggunung harapan, dengan RahmatNya, RahmahNya, SakinahNya, saya masih berupaya meneruskan kehidupan saya dengan baik, having a good job, menjadi pendidik dengan cemerlang (walaupun susah nak dapat title cemerlang.. he he) dan menjadi penulis dengan idea terbaik saya. (I'm trying my every best each time) 

   Alhamdulillah.. selepas setting a new office area, mempunyai semangat yang labih baik lagi. Actually selepas mendapatkan almari baru dan almari serba guna (partly sebagai pejabat kecil saya di dalam bilik tidur) rasa lebih seronok berada lama di meja dan kerusi ini.. Yah! (dulupun seronok juga, tetapi dengan suasana baru, lebih tenteram dan bahagia) Membiarkan alunan lagu Maher Zain bersenandung, saya lebih gembira!Apatah lagi mengingatkan proses mendapatkan almari yang sangat lama. Tiga jam saya habiskan dengan suami untuk memilih almari di Ikea, rupanya ended dengan sling door yang sudah habis stoknya menjadikan kami perlu menunggu kira-kira 3-4 minggu untuk menunggu kedatangan stok baru. (Sebenarnya bukan saya yang cerewek, saya boleh membuat kepetulan untuk memilih dalam masa hanya 15 minit... suami yang sangat cerewek.. too fussy...) Dan kami pulang dulu balik kampung saya, ke pulau saya, Langkawi. 

                               Selepas balik dari sana, saya terus menelefon Ikea, dan bekalan tersebut sudah sampai. Cepat-cepatlah saya 'paksa' my hubby ke sana, kerana bimbangkan bekalan sling doornya habis sekali lagi. Yang penatnya, apabila sampai ke sana, dia rasa pintu itu tak sesuai pula! Sekali lagi, saya disinggahi a 'nightmare', janganlah dia ambil masa dua-tiga jam sahaja.. adui!! Dan setelah muka yang 'muncung' sikit, (berdepa juga) masalah diselesaikan dengan tempoh  satu jam setengah! he he he.. (Bukannya apa, resolusi saya mahu selesaikan semuanya sebelum tahun baru.. Ialah bukannya mudah juga memindahkan barangan, label dan semuanya.. Sebabnya, apabila persekolahan dibuka semula, saya akan sibuk kembali. Dengan manuskrip yang perlu disiapkan, kerja lagi! Sudah tiada masa memindah barang ke sana dan ke sini lagi! Dan dengan rasa lapang, pada malam, 31 dis 2010, 95% pindah memindah siap! 

    Manuskrip ketiga (baru) dapat disiapkan  dalam masa yang saya impikan..Insya-Allah, kalau tiada aral, akan menghantarnya pada hari Isnin. Dan sekarang sedang mengfailkan informasi baru untuk manuskrip yang ke empat. Saya tidak mahu berehat lama, sebab kalau lama-lama nanti, malaslah pulak. Alhamdulillah- sudah ada 'storyline' yang baru. Bahan pun ada sikit-sikit. Perlulah mengkaji dengan mendalam lagi. Seperti novel kedua dan ketiga, alhamdulillah, ada teman-teman @ ex-pelajar dan pelajar yang sedia membantu untuk mendapatkan bahan sedikit sebanyak based on their knowledge dan pengalaman! Best! Saya tentu tidak akan dapat menulis tanpa bantuan semua pihak! Terutamanya pembaca dan teman-teman yang asyik bertanya, bila lagi, novel saya akan keluar lagi? Satu motivasi yang hebat untuk meneruskan usaha! Terima kasih daripada hati saya!

Wednesday, December 29, 2010

Resolusi Tahun Baru...

  Resolusi tahun baru! 1. Saya mahu menjadi seoang muslim yang lebih baik! Saya mengharapkan agar Allah akan sentiasa mengampuni kesalahan saya, dari sekecil-kecilnya, sehinggalaha ke sebesar-besarnya, sama ada yang disembunyikan, mahupun yang terang-terang saya nyatakan.. Saya hanya insan kerdil. Saya berharap agar Allah sentiasa merendahkan diri saya, menjauhi diri saya daripada sikap egois dan memandang rendah orang lain. Semoga Allah menitipkan saya dengan sikap2 baik sesama manusia dan makhluk Allah lainnya.tetapi still kucing tak suka kalau kucing menggesel saya, saya geli...)

   Untuk diri saya sendiri, banyak lagi yang mahu dicapai... dan perjalanan masih jauh.. saya harap saya boleh bersara semasa berusia 50 atau sebelumnya.. malas lagi nak bergelut dengan filing (not students, I love students tapi yang rajin je, bukan yg malas)  ha ha ha.. sebab sekarang ini saya suka dengan lap top more than anything.. he he )

   Salah satunya menjadi penulis yang dapat berkongsi sedikit daripada 'ilmu'Allah yang banyak ini.. Tak terhitung luasnya alam (sebanyak-banyaknya ilmu Allah), yg dapat saya kongsi dalam buku saya hanyalah barangkali hanya 1/1000000000000000 daripada setitik tinta! saya percaya 'sharing is caring'.. Selagi ilmu itu tidak menyalahi konsep Islam, saya kira, ilmu itu boleh digunapakai dan dikongsi dengan orang lain.. Bukankah begitu?

  Saya mahu melihat banyak lagi bumi Allah... tentu 'amazing' meilhat dunia dari kacamata kita sebagai makhluk yg kerdil.. yang dapat kita lakukan hanyalah sedikit sahaja.. Allah berian kita dengan sebesar-besarnya nikmat untuk berada di bumiNya.Setiap hari, saya bersyukur masih lagi berada di bumiNya dengan keizinanNya. 

2. Saya berharap menjadi isteri yang lebih baik daripada sebelumnya.. Ha ha ha! sometimes saya ini susah untuk difahami, he he he.. tetapi saya tahu saya seorang yang sangat pemaaf dan penyabar.. (he he kononnya) dan suami saya pun banyak bersabar dengan kerenah saya yang pelbagai... satu hari saya boleh menjadi "the ugly duckling", pada masa yang sama, saya boleh jadi, "the swwettttt princess"... hanya 'dia' yang tahu.. (senyum saja)

3. Saya berharap menjadi seorang anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya. Tak banyak yang saya lakukan untuk mereka. Wishing can do more and more to see them smiling and laughing... dan membuatkan saya terkenangkan ibu mertua sahaja (hajjah Fatimah Omar yang meninggalkan kami pada 26.12.2009) al-Fatihah... nenek saya, datuk saya, dan ramai lagi, yang telah meninggalkan saya terlebih dahulu.

4.Saya berdoa agar menjadi pendidik yang terbaik kepada anak-anak didik saya...

5.Saya berdoa menjadi novelis yang bukan sahaja menjadikan pembaca sebagai pembaca tetapi sebagai kawan-kawan saya... (asalkan anda seorang yang senang bergaul... tak 'eksyen2.. he he) Saya memang 'anti sombong' tak suka orang yang suka menunjuk-nunjuk ..  pelik dan tak sesuai..  Alhamdulillah... semua kenalan saya baik2 belaka sebab kalau 'stylo' yang tak serasi, memang automatik tak boleh dekat. Kadangkala tu, baru je jumpa, terus menjadi kawan baik sebab they just kind! 

   Saya hanya mahu menjadi saya dalam 'pandangan dan kacamata Allah, suami, ibubapa, pendidik, novelist dan manusia lain dengan  lebih baik' lagi.. dan lagi.. harapan dan doa saya, kita akan saling memberi manfaat kepada yang lainnya!

Sunday, December 26, 2010

KL, Selamat kembali.

  Semalam, (22 dis) 7.30 pm, selamat sampai ke KL.Perjalanan sepanjang jalan okay sahaja. Lunch di Tandop di famous gerai di Tandop, kira-kira 100 meter dari Shell.Gerai yg besar (kategori gerai sebab menggunakan kanvas sebagai bumbung tetapi keluasannya bagaikan restoran- lauknya pun banyak sekali.) Ada pelbagai lauk pauk, ikan bakar-ulam dll. Terus sahaja ke hadapan, highway terus masuk ke lebuhraya.

              Sampai sahaja ke Tol Sungai Buluh sudah jem sehingga highway Damansara.. adui.. lama di sini, kereta berbaris panjang.. Yang geram tu, terdapat pemandu yang 'tak sekolah'.. main potong dari kiri sesuka hati.Tak ada mata untuk 'melihat' barangkali, pengguna lain sabar berbaris panjang, tak ada 'hati' juga, main potong ikut suka hati sahaja, yang penting 'tak ada otak', tak tahu fikir yang mana betul atau salah. Kesian betul orang macam ni, Allah beri otak dan 'akal', tak pula fikir dengan baik! Nanti Allah tarik balik 'akal' yang baik itu, barulah betul! Jadilah macam kucing... burung yang tak berakal.. Barulah padan dengan muka!

          Tergelak mendengar statement suami, yang katanya, "tak puas bercuti."  "dekat dua minggu cuti, tak puas lagi?" Sebab dalam tempoh tersebut, (11 dec - 22 dec) lima hari kakinya sakit. Penyakit genetik warisan keluarga, Gout! Kasihan juga, nak berjalan sakit, itupun satu kawasan rumah dibersihkannya.. Rumak mak saya banyak pokok, dulunya ada seorang pakcik yang bernama Pak Mat yang datang 'tolong' bersihkan, tetapi sekarang ni, dia sakit dan tidak boleh bergerak banyak, jadi, banyak daun-dan yang gugur dalam kawasan rumah. Mak saya pula datang ke Kl sejak 29 Nov, jadi siapa lagi yang ada untuk bersihkan kawasan.. Bapa saya? ohh tak boleh.. sejak berusia ni, dia diserang asthma.. Berjalan sikit pun perlukan "pam"..

     Part yang paling saya tak suka, menaiki feri.. aduhai, jemu.. walaupun sering membawa banyak buku dalam bag sandang, kadang tu tidak terbaca juga.. he he he.. Kata saya "kalau millionaire, nak beli helicopter.." Kata mama saya, "jenuh kalau pakai heli, maintenance mahal.." Buatkan saya tergelak.. "Kalau ada duit beli heli, tentu ada duit untuk alat gantinya..." he he..

   Rindukan air terjun... di sana, dekat saja dengan rumah, dalam 10 minit.. Kalau rasa nak mandi air terjun, siapkan baju, makanan, berendam lama-lama kat sana. Huss best!