Jom Berkomunikasi.


NOVEL KE 4 - SEPTEMBER 2013. SILA KLIK LINK ..CINTA CAPE TOWN

. Facebook -Nora Isma Fuad

. Facebook - Novel Nora Fuad, click ( like)

. E-mel - norafuaddj@gmail.com

Nora Fuad@ Novel Pertama.

Nora Fuad@ Novel Pertama.
Dimensi Cinta. Sila klik pada gambar. (KarnaDya)Ulasan Berita Harian dengan 5 ***** Diskaun 25%, pembelian secara on line. Kini dalam bentuk Digital.

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011

Novelist Nora Fuad@ Novel kedua. Feb 2011
Sudah terbit Feb 2011! (KarnaDya)Sila klik gambar untuk info. Kini dalam bentuk digital.

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA

Novel ketiga: Purnama Merindu : 15 JUN 2011: BUKU PRIMA
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK INFO (Buku Prima-Karangkraf)

me..

me..

Nuffnang

Buku Prima

Buku Prima
Jualan Novel dari Buku Prima

My Guest Book,Kindly sign In..thanks

Followers

Ulasan B.Harian 4.12.2009 & 6.9.2010

Facebook: Nora Isma Fuad (Berkawan dialu-alukan, berkawan biarlah beribu, berkahwin,biarlah kekal satu je) Ulasan buku: Klik pada tajuk :Berita harian. Nora Fuad sengaja ledakan simpati, paksa pembaca buat pilihan. Penulisan lahirkan minda kelas pertama. INFO Dimensi Cinta Pengarang: Nora Fuad Tebal: 441 halaman Penerbit: KarnaDya Solutions Sdn Bhd Harga: RM19.00 senaskhah Bintang: ***** Ulasan By Fisha: Klik pada:Fisha,Ulasan buku Menjadi penulis? klik tajuk Tips menjadi penulis..

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura, Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?

Dc sudah sampai ke tangan Tun Dr M , juga ke Singapura,  Vannes, Perth, Afrika. Anda bila lagi?
Info buku: Klik di gambar...Dapatkan di MPH, POPULAR, BOOK STORE / KARNADYA ON LINE (diskaun 35% = RM 12.35)

Ke Langkawi? Info

Anda boleh membaca maklumat, bertajuk "Langkawi".

Ada juga link web site, Up north... ' info Langkawi. Sila lihat di bahagian kanan blog.

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK

novel ke 4.... SILA KLIK FOTO UNTUK LINK
NOVEL KE 4: Bakal terbit September 2013. CINTA CAPE TOWN

Popular Posts

Thursday, July 29, 2010

Alhamdulillah 2..

  Kaki semakin pulih.. berjalan pun sudah kurang 'sangat-sangat sakitnya'.. Alhamdulillah. Sesekali saja terasa ngilu di tulang. Terasa gian mahu berjalan-jalan.. he he. Selepas asar, ingatkan mahu 'nap' sekejap (walaupun sedar tidak bagus tidur selepas asar tapi punyalah mengantuk sangat... Tapi rupanya tidak mahu terlelap pulak. Ingatkan mahu keluar saja, tapi sudah jam 6 petang, lepas tu sudah maghrib, jadi tangguh sajalah ke hari esoknya. Sudah 2 minggu tidak keluar.. bagaikan orang yang baru dapat kembali kakinya.. Terima kasih Ya Allah, kerana sembuh kembali.. Berjalan tu masih agak lambat la, but daripada merasa 'kesakitan' dan tidak berdaya bergerak langsung, boleh berjalan lambat sikit (lambat mengikut sayalah, sebab saya berjalan memang laju giler) ini sudah menjadi satu Rahmat besar.
 
    Perkara pertama mesti ke kedai buku.. he he..dapatkan hadiah harijadi kepada kawan saya.. (dua orang) baik hadiahkan buku daripada beri hadiah yang bukan-bukan... kalau dia mahu, boleh belanja makan juga sebelum puasa..

   Lega mendengar khabar, cuti Hari Raya bersambung dengan cuti sekolah.. ( 2 minggu) mungkin tidak lama di kampung, selepas 1-2 hari beraya.. entahlah bagaimana program suami. Yang penting dapat menjalani ibadat puasa dengan lebih lama sedikit dengan keluarga.., sebelum berhari raya.

   Banyak perkara dalam minda, peperiksaan, ulangkaji, manuskrip pun perlu dihabiskan juga dalam beberapa 4 bulan ni.. Ya Allah.. boleh tersumbat juga kepala ni.. he he  Mudahan Allah permudahkan segalanya.

Wednesday, July 28, 2010

Alhamdulillah..

  Alhamdulillah. Kaki saya semakin baik walaupun tidak pulih sepenuhnya. Yang paling tidak best, berjalan masih terjungkit-jungkit.. sembahyangpun masih atas kerusi.. (tak best sebab tidak biasakan) Masih tidak boleh duduk antara dua sujud/sujud.. kaki tak boleh dilipat lagi.. Barangkali inilah peringatan Allah, masa kaki elok tak sembahyang banyak2...   Masa sihat barangkali, kita tidak beringat banyak.. Ya Allah.. masa ini terfikir, Sememangnya Allah memberikan musibah sebagai tanda peringatan.

   Tiba-tiba saya teringatkan yang saya perlukan resolusi baru. Sepatutnya dibacakan azam setiap malam sebelum tidur sebagai peringatan kepada diri kita sendiri. Agak lama juga saya tidak membaca resolusi untuk diri sendiri. Saya alpa dan lalai.. Saya membiarkan masalah-masalah dan kehampaan menguasai diri saya(mostly and partly rancangan besar Syaitan yang tidak mahu kita majukan diri) Syaitan sengaja menjadikan kita rasa kecewa dan malas berusaha gigih. Saya mengumpul kekuatan agar saya perlu memulakan 'malam' ini juga kebiasaan yang saya lakukan sejak beberapa bulan dahulu.

   Tiba-tiba saya ditangkap rasa sayu dan pilu, terkenangkan semua individu yang telah lama meninggalkan saya. Nenek saya, datuk saya, ibu mertua saya...Kalaulah Allah berikan saya satu hari terakhir bersama mereka, saya mahu memeluk mereka erat-erat...   dan di celah-celah kepiluan itu, amat bersyukur dianugerahkan teman-teman yang baik dan sangat memberikan sokongan. Ada sekumpulan kecil, kawan-kawan baik yang sangat prihatin... berkongsi ketawa dan menangis bersama. Tanpa mereka tentulah hidup saya akan penuh dengan kesukaran... Dengan mereka, semua cerita duka, menjadi tawar dan resah bertukar rentak.. bercadang mengadakan jamuan ringan bersama, tapi maklumlah kaki yang tidak mengizinkan sekarang.. Insya-Allah dibawa selepas Hari Raya. 

   Tahun ini berkesempatan menyambut Hari Raya bersama keluarga saya di Langkawi. Sepatutnya tahu ini jatuh giliran ke JB, ke rumah ibu mertua saya.. Disebabkan suami saya sudah kehilangan kedua ibubapanya, jadi kami akan merayakan di Langkawi sahaja. Tentu dia terasa sangat kehilangan ibunya memandangkan inilah kali pertama merayakan tanpa ibunya.

   Salah satu resolusi, janganlah melihat kelebihan diri sendiri (sombong) kerana kesombongan adalah larangan dalam Agama. Jangan juga melihat kelemahan orang lain, seolah-ola kita lebih baik daripada orang tersebut. Dengan kata lain, kita menzalimi diri sendiri.

   Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan orang lain.. dan saya suka sekali mendoakan agar semua kawan-kawan bujang saya diringankan jodoh mereka dengan suami/isteri yang soleh/solehah... Tentunya hidup saya akan lebih meriah..

Tuesday, July 27, 2010

Alhamdulillah...Lega sedikit.

   Maha suci Allah yang Maha Penyembuh..alhamdulillah, selepas rawatan semalam, sudah kurang sakitnya. Petang selepas pulang jam 6.20 petang, kesakitan tu sudah berkurang.. Paginya ke sekolah, naik turun tangga, terasalah sedikit sakit.. sebab banyak pergerakan. Ramai kawan yang menasihatkan agar saya bertemu dengan PK (my second boss sebab our first boss baru bersara, so belum datang lagi boss baru) meminta agar satu kelas khas diadakan (normally, mereka akan aturkan kelas supaya murid yg cedera kaki or what ever akan dapat kelas di tingkat bawah atau sebagainya) Sebenarnya dari semalam saya mencari my boss, tapi banyak kelas etc, tidaklah bertemu. Lagi, permintaan saya dimakbulkan Allah. Alhamdulillah. Jadi esok kelas saya di kelas khas (w/p di tingkat 3, tapi saya tidak perlu naik turun tangga ke kelas-kelas, dan mereka akan datang ke sana.. susah mahu mencari kelas kosong buat masa ini)

    Balik dari sekolah, macam biasa saya berkurung lagi.. sebab masa darurat belum habis.. jemu Allah saja yang tahu. Kebetulan tersilap makan pula waktu tengah hari...  saya makan a nice nasi putih dengan ikan bakar.. nothing wrong with rice or ikan bakar, but the sambal.. saya alah dengan cili thailand. Rupanya sama dengan cili kampung/padi cuma saiznya lebih besar (and so much cheaper) Bayangkan keseronokan memakan sambal 10 minit itu bertukar dengan 'sakit perut' dan kena berkurung dalam tandas sebanyak 6 kali.. he he.. (another pahala, I believe if I sabar... hopefully) Kali pertama dulu, saya noticed cili jenis ini membuat perut saya 'meragam'... ketika itu mama dan m ngah saya ada di sini, saya yang belikan cili itu di Tesco, berlabel 'Cili Thailand;.. malam tu saya sakit perut, dan sejak itu saya sedar cili itu benar-benar 'meracun' saya..   masalahnya apabila membeli makanan dari kedai, terlupa atau alpa atau tidak tahu, mereka akan gunakan cili itu keranan harganya lebih murah daripada cili kampung.

   Badan pun rasa letih semacam sebab asyik berkurung dalam bilik air.. he he..  kaki pun rasa lega sikit. Harap-harap akan lega dalam seminggu dua ini. Semalam memang tidak tidur sangat (tidur-tidur ayam sahaja) Pesan Pak Cik Din tu, kalau kaki sakit malam semalam, biasalah... itu tempoh healing, jadi asyik terjaga, kaki terasa sakit. But today, I feel better..

   Since ada yang bertanya, di mana mencari 'bomoh patah', petuanya senang sahaja, pergi ke Sungai Pencala, near masjid. (masjid di sebelah kanan anda , sebelah masjid restaurant hijau) teruskan sehingga ke trafic light di hadapan, ambil lorong kanan. (ada dua jalan, jalan atas dan bawah: ) ambil lorong bawah. Teruskan jalan ke hadapan sehingga anda jumpa bengkel kereta (kiri) teruskan sehingga anda jumpa 'signboard' Pak Din, bomoh patah (lebih kuranglah), rumah Pak Din ni hanya kira-kira 5 meter yang berwarna kuning. Cuma bawa air sebotol dan 'token' seikhlas anda. Boleh juga menelefon nombor Pak Din : Pak Zainuddin Buyong 03 - 77298985, atau 019- 2637674. ( 131, kg sg penchala)

    Pak Cik Din ni seorang yang humble... pantang larangnya cuma semasa berubat ini tidak boleh menggunakan sebarang alatan atau bahan yang mengandungi minyak, so no deodorant, perfume, minyak angin, minyak rambut.. (but still okay sebab boleh naik angin, naik minyak.. he he) Jadi masa ni, pandai-pandailah gunakan minyak gegat saiz besar..(kalau tak mahu bau macam kambing he he) Yang paling spoil, no lipstik.. (adus.. mesti budak hairan apsal yang cikgu tak melawa ni.. he he sebab ada komponen minyak)

   Saya berdoa terus agar kaki ni cepat disembuhkan.. jemu sudah dengan tempoh berkurung.. harapnya sebelum Ramadhan bermula, kaki saya sudah sembuh.. maklumlah, puasa.. peti ais saya sudah 'sifar' tidak berpeluang mendapatkan grocery sebab kaki yang sakit, tidak boleh memandu.. leceh sikitlah..

   Saya harapkan jika Pak Din diizinkan Allah membantu kaki saya ini sembuh mengapa tidak dengan orang lain...  Atas di hujung rumah Pak Din ini anda akan betemu dengan Rumah  ANAK-ANAK YATIM, IBU TUNGGAL, jika ingin menderma, inilah masanya.

 Most of all, can wait to 'samba', 'caca' again..    rindu mahu berjalan semula..

Monday, July 26, 2010

Aduhai...

                                                              Day  11 setelah peristiwa terjatuh...  
Berkurung dalam rumah sebegini lama, bukanlah diri saya sebenarnya.. Walaupun suka berada di rumah, especially mengadap laptop di bilik, my work station, sekurangnya sekali/ sehari (dalam seminggu) saya mesti keluar juga. The more tension, the more, getting out. Saya akan menonton wayang ke?or just having window shopping....  Memikirkan kaki ini, tidaklah mahu mengambil risiko..  sebenarnya tidak sabar mahu melompat seperti katak kembali.. he he he..
   Menonton dvd, tidak akan sama dengan menonton wayang, skrin yang besar, kerusi, semuanya berbeza. Cuma kuatir, maklumlah, benda yang kita tidak nampak, perlulah berjaga lebih sedikit. Agak letih... mungkin agak jemu berada di rumah... cuma menuhi masa dengan membaca, menonton, research, etc.. masih terasa jemunya, mengantuk.. ada waktunya, tidak begitu mengantuk pun, boleh tertidur juga. Jemunya!

Day 12, isnin.. Hari pertama di sekolah. kaki mulalah terasa sakit giler sebab banyak berjalan, naik turun tangga. adus! bagaukan ada jarum halus yang menusuk ke dalam tulang.. sesekali ber'auw- auw sendirian..  terfikir, mahu ke klinik? hospital (huuh tak sanggup: kalau sekadar memberi ubat menahan sakit, ubat sapu dan menunggu secara percuma selama 6 jam) atau boleh mencuba bomoh patah. Hari Isnin lepas ketika di klinik, saya disarankan oleh seorang auncle berbangsa India agar mencuna bomoh patah di Kpg Sg Penchala. Saya asyik terfikir-fikir juga, mungkin ini solusinya.. tidak salah kaalu mencuba..kan? I have nothing to lose.. frust juga, ingatkan hari tu, dr nak simen je, supaya tulang yang retak tu tidaklah bergoyang atau sakit ketika berjalan tapi (hmm.. malas agaknya dr ni)

   Saya pun berayat-ayat dengan suami.. sebab tak tahan sakit. dek kesiankan isterinya (sayanglah tu) maka pergilah kami mencari rumah bomoh patah ni selepas menikmati makan tengah hari (sesudah pukul 4.45 ptg) di Restoran Hijau (not bad: ikan terubuk bakar , yummy).. apa yang terjadi... kenalah tunggu esok untuk melihat hasilnya...  but amazingly, selepas balik, berjalan terasa kurang sakitnya...  


Friday, July 23, 2010

Alahai kaki....

   Alhamdulillah, bengkak sudah mulai surut, tapi terasa juga sakitnya apabila memijak lantai.. hmm.. apabila berita seorang kawan yang kebetulan pernah mengalami peristiwa tulang retak, katanya, kalau terasa ngilu dalam tulang apabila kesejukan/ cuaca sejuk, sah memang ada keretakan dalam tulang. Petuanya perlu minum susu (kalsium) banyak-banyak. Balut kaki di sebelah malam. Pakai stokin! Inilah perkara terakhir yang saya akan buat. Memakai stokin memang tidak selesa di waktu malam. Kalau sekadar berjalan-jalan, berkasut, okay!
        Kurangkan penggunaan kaki. Kurang guna kaki! Macam mana pulak tu. Di sekolah, macam mana mahu kurangkan penggunaan kaki?
         Itulah masalahnya kalau sekadar bertemu dr pelatih...  Entah betul ke tak betul melihat x-ray?   Saya sebenarnya sudah minta  salinan flem x-ray untuk dibawa balik, bukannya apa, kalau tidak lega juga dalam tempoh seminggu, saya mahu mendapatkan 'opinion kedua'...  kurang percaya sikit dengan dr sebenarnya. Sudah banyak kali mengalami peristiwa ketidakbolehan percaya kepada opinion satu dr sahaja. Malangnya salinan x-ray tu, kata nurse bertugas hak milik hospital. Tak tahulah, kalau masih belum lega seminggu dua, mungkin saya akan minta dengan hospital salinan xray, atau pergi semula Pusat Kesihatan dan x-ray lagi.
     Ingatkan mahu membela seekor lembu di belakang rumah supaya senang untuk mendapatkan susu fresh.. he he.. 

Hospital yang mengujakan...

   Sudah lama bertaki-taki, akhirnya disebabkan kaki yang masih bengkak lagi, saya ke klinik. Setelah diperiksa dr saya, katanya kemungkinan otot atau ligamen yang terluka, jadi diberi ubat tahan sakitdan ubat hilangkan bengkak. Saya ni boleh tahan juga degilnya. Kaki saya mulai sakit khamis malamnya (malam jumaat) minggu lepas sebab peristiwa terjatuh tu hari khamis tengah hari. Malam baru terasa betul-betul sakit, tapi disebabkan hari Jumaat tu Majlis Persaraan Pengetua saya (takkanlah tidak hadir) saya ke sekolah juga dngan jalan macam orang capek.. ( berkerut muka menahan sakit apabila berjalan)
   
    Hari sabtu, ahad pun saya belum ke dr lagi, saya pasti hanya sakit disebabkan urat atau bekas jatuh sahaja. Seandainya patah, sudah tentulah, saya tidak boleh berjalan langsung. Sehingga isnin, saya masih bekerja (dengan kesakitan apabila berjalan). Lebetulan ada lawatan untuk memeriksa fail PLBS sejarah, jadi hampir sepanjang hari, saya berada di bilik gerakan sahaja - pejabat. Selamatlah juga daripada kesakitan memanjang.

  Kebetulan malam isnin saya ke tempat rawatan tradisional, jadi pak cik tu periksa, katanya tulang saya retak sedikit, sebab tu sakit ketika berjalan.. dan (operation telah dijalankan) dan kaki terasa better. Melangkah sudah kurang ras sakit, cuma disebabkan bengkak, masih sakit sikit. Esok tu saya ke klinik sebab kaki masih bengkak, jadi dr saya beri ubat untuk bengkak dan tahan sakit. Sehingga hari rabu, kaki saya masih bengkak lagi, jadi rasa cuak sikitlah.

  Hari khamis saya ke Kelana Jaya, klinik kerajaan. Biasalah hospital awam, tunggu sampai mengantuk. Tapi kurang 1 jam, selesai dengan xray. Dr saya kata, kaki saya retak sedikit. Dr saya minta ke hospital besar samaada ke Hospital Universiti, Hospital Besar KL, atau ke Hospital  Sungai Buloh. Memikirkan yang Hos.Sg. Buloh adalah hospital baru, mungkin kurang sibuk, jadi saya pilh ke sana. Kata dr saya, terus ke bahagian emergency.

   Rupanya, nama saja emergency, ingatkan tiada pesakit, rupanya (dalam 30-40 orang) masalahnya, tak ramai dr yang ada. Ada bilik sampai lima, dr cuma ada dua. Terpaksa menunggu sehingga hampir 6 jam. Dari 12.18 - 6.00 petang, berjumpa dr. lima minit sahaja.Di sini, dr saya kata, kaki saya tak retak pulak. Otot atau ligamen yang luka. (hmm tak tahu yang mana betul. Saya agak, kaki saya retak tetapi saya sudah buat rawatan tradisional, jadi tak mengapalah) Jadi diberi ubat sapu, ubat tahan sakit dan ubat untuk kaki yang bengkak.

    Dalam tempoh menunggu, try to be positif, saya bawa buku, cuma baca. Dalam 10 mukasurat, saya berhenti sekejap. Tapi memang boring giler. Beramah mesra dengan pelbagai jenis pesakit. Semua merungut kerana perlu menunggu lama. Dalam keadaan yang boring, kedengaran bayi-bayi menangis (which is okay sebab bayi dan sakit pula) Yang tidak tahan hati tu melihat kanak-kanak membuat bising dan berkejar-kejaran. Sepatutnya ibubapa perlu mengawal tingkahlaku anak-anak. Hospital bukannya tempat yang sesuai untuk bersuka ria. Ramai orang sakit yang memerlukan situasi yang senyap. Yang lebih memelikkan, tiada pengawal yang meminta kanak-kanak itu 'mendiamkan' diri.

   Yang kelakarnya, selepas saya mengambil ubat di kaunter, saya pun bertanya ahli farmasi, "Lepas ni, saya perlu ke kaunter untuk bayaran ke?" Jawapannya yang membuat saya kelakar, "Tak. Lepas ni baliklah". Mukanya pun macam kelakar mendengar pertanyaan saya. Dalam hati,'manalah tahu. Selalukan ke klinik swasta. Lepas ambil ubat, kenalah bayar'. Dengan bayaran RM1, (sebab tidak membawa surat pengesahan - sebab malas mahu singgah ke sekolah) 2 jenis ubat makan dan cream sapu, tidak merugikan langsung. Yang lebih rugi, masa. Enam jam menunggu yang sangat lumayan! Dengan perut yang lapar, kepala pun pening... balik rumah, lepas saja maghrib, pengsan terus. Tapi alhamdulillahlah, ubat tu kira okay juga, bangun awal pagi tadi, kaki feel better. Kurang bengkak dan melangkah pun tidak terasa sakit lagi. Diharapkan sehingga weekend, kaki pun dah okay. Boleh 'cat walk' balik.. he he

   Biasanya saya melangkah laju, seminggu ni rasanya tersiksa sebab perlu melangkah perlahan sebab kaki sakit. Dan ke hospital lagi... uuuittt tidakkkk!!


Wednesday, July 21, 2010

Patah hatiku.. al fatehah

       Marilah kita sama-sama berdoa : Untuk yang dikasihi Sister Dalilah Tamrin:

"Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sihatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air iss dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka. "

     Petang 19.Julai saya menerima panggilan daripada biras saya, Amy, katanya sister Dalilah Tamrin meninggal dunia. Dia kebetulan menerima panggilan daripada kawannya juga. Saya tergamam sekejap. Walaupun sering membaca daripada blog sister Dalilah, agaknya dalam beberapa minggu ini, saya agak sibuk (dan problem dengan internet agak lama juga)dan tidak berkesempatan membaca blog sister Dalilah (jadi saya tidak mengetahui yang kesihatan sister Dalilah tidak begitu baik kebelakangan ini.) Anda boleh membaca link di blog saya, "onebreastbouncing" dengan tajuknya Too many is too little (tajuk terakhir allahyarhamah bertarikh 19 Jun 2010)
       Saya tergamam, dan tidak terkata. mata saya terus berkaca dan mengalir airmata. Walaupun tidak mengenali sister Dalilah secara personal, hanya melalui blog dan Fb di penghujung tahun lepas, perjuangannya yang tidak berhenti dalam memerangi penyakit no 1 di Malaysia iaitu kanser sentiasa mengkagumi saya.

   Saya katakan kepada Amy, "bagaimana kita mahu ke sana?. Tahu rumahnya?" Kata Amy, dia tiada alamat Allahyarhamah. jadi saya katakan kepadanya, bagaimana mahu kita mencari rumah di banting tanpa mengetahui di mana rumahnya. Saya katakan, "kita berdoa dan hadiahkan dia bacaan al-Quran dari jauh".. Lagi pun malamnya saya perlu mendapatkan rawatan untuk kaki saya yang tercedera kerana jatuh tangga. Saya pernah menghadiahkan Sister dengan DIMENSI CINTA sebagai 'token' kecil kepadanya sebagai memberi semangat kepada perjuangannya. Berhajat menjadikan novel kedua saya sebagai dedikasi kepada pesakit kanser.. pun begitu, saya tidak bersedia untuk kehilanganSister Dalilah sebegitu cepat.
         
    Daripada bacaan saya, saya mendapati sister Dalilah adalah seorang yang periang, seorang yang menenrima takdir dengan berani (in other words, Redha) sentiasa positif dan mempunyai minda yang optimis terhadap orang lain. Dalam kekalutan dan kesihatan yang tidak mengizinkan, dia sedia berkongsi pengalamannya dalam perjuangan menghadapi penyakit 'kanser' dengan berani.
     Bayangkan dia memulakan blog dengan doa kepada pembacanya dengan tajuk Token of appreciation:

"Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini dan setiap mereka yang mendoakanku, sihatkannya, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Amiin"

   Sesiapa sahaja pembaca yang membaca entri ini, saya harap kita sama-sama akan menghadiahkan Allahyarhamah Dalilah dengan bacaan al-fatihah. Semoga sister dalilah akan berada di bawah kesejahteraan dan Kasih SayangNya. Amin. Saya pasti keluarga & teman@ rapatnya akan lehilangan dia selama-lamanya.. memori bersama di Fb akan kekal selama-lamanya. Dia akan terus kekal di hati kita.


                 **********************************************







Sunday, July 18, 2010

Antara tugas dan ideas..buku ketiga

   Bekerja sebagai pendidik, bulan Julai sehingga okt adalah bulan genting. Terlibat sama dengan murid yang akan mengambil peperiksaan percubaan, Pmr atau pun SPM, guru merupakan individu yang paling sibuk. (kadang-kala lebih sibuk daripada murid sendiri kerana terdapat murid yang tidak ambil peduli)


Teringat saya akan seorang murid saya, yang kerap sangat keluar daripada kelas kerana terlibat dengan aktiviti di luar kelas, saya menegurnya dengan berkata, "awak ni, kerap sangat keluar kelas, nanti banyak yang awak tertinggal. Sudah 3 minggu awak tak masuk kelas." Jawapan yang diberikannya buat saya 'pening lalat'. Dia,"kalau dalam kelas pun, saya tak belajar juga cikgu". Hah! Kalau begitu jawapannya, fahamlah sendiri. Dia sendiri tidak kisah dengan keputusan akademiknya.! Cikgu sahaja yang terlibut 'menyebukkan diri'.
   
        Selepas siap dengan soalan trial, perlu memastikan silibus dihabiskan, kalau sempat akan mengulangkaji bersama murid.Kalau tidak, terpulanglah kepada mereka sendiri. Sering rasa bingung dengan sistem pendidikan negara kita, silibus kita terlalu banyak untuk diuruskan, pada masa yang sama, mereka mahukan kita terlibat dengan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Minggu Bahasa, Minggu Anti-Dadah, Bulan Kemerdekaan dan sebagainya. Kecut perut cikgu takut kalau silibus tidak dapat dihabiskan. Buat kelas tambahan, itulah saya perkataan yang dikatakan dengan guru..Jika tidak habis silibus, perlu lakukan kelas tambahan. Saya! saya tidak sanggup. Saya mengajar  4 kelas SPM, bermakna 4 kelas tambahan.. tidak sanggup! dan mungkin bukan sekadar 4 kali, mungkin 4 x 3 kali kelas.. aduhai! Bleh lemas di dalam kelas. Itupun pertengahan penggal saya sudah lakukan 4 kali kelas tambahan, bagi murid yang lemah, malangnya yang datang, bukan yang lemah, tapi yang sudah bijaksana.. hmm. 

   Ideas menulis pula datang mencurah-curah. Atually storyline sudah ada, perlu tuliskan sahaja. Alhamdulillah, ramai yang membantu apabila saya perlukan maklumat. he he.. seronoknya. Seorang murid saya, (kini di Perth) kebetulan saya habiskan masa sehari bersamanya beberapa minggu lepas, akan membantu saya 'in put'kan maklumat mengenai manuskrip ketiga, kasi cun sikit. Seperti biasa, saya sukakan cerita dan elemen menarik dari luar negara, bukannya cuba 'menganak tirikan Malaysia', cuma cerita luar negara akan imbangkan maklumat Malaysia juga. Saya kira, dalam buku, kalau ada kedua elemen, dalam negara dan luar negara, lebih menarikkan... kali ini tumpuan saya di Perth, Bali, Sudan dan Vannes Perancis. Elemen klise: kesempurnaan, cita-cita dan impian. Teman wanita kawan saya (pramugari) akan membantu dalam meletakkan watak dalam novel. Wah, seronoknya apabila ramai yang sedia membantu!

   Tengah cari mood lebih sikit untuk bercinta.. ha ha.. maklumlah, apabila sudah berkahwin, perasaannya tidaklah serindu masa bercinta.. (sebab tak sempat mahu rindu sudah bertemu lagi.. ha ha ha) jadi, memikirkan bagaimana mahukan perasaan rindu itu datang lagi.. (perlulah bayangkan semasa perjauhan dengan suami ketika tahun2 awal perkahwinan, saya di Langkawi, dia di KL) feeling: he he

   Seorang bekas murid saya di Sudan, jadi dia akan membantu saya dengan elemen Sudannya.Wah bestnya! Eleman lain, poligami... yang lain, p/s.. seperti kata Datuk Siti Nurhaliza...   Biarlah Rahsia...

Saturday, July 17, 2010

Tips bercinta...

   Ada adik2 saya yang minta saya tuliskan mengenai Tips bercinta.. and I say, I will think about it. 'Tips bercinta dating' lain sangat daripada tips selepas berkahwin. Kata orang, kalau sebelum berkahwin, perlu tutup sebelah mata, kekurangan dan kelemahan dia adalah biasa, seperti juga kita yang mempunyai kelemahan. Sudah tentu! Seratus peratus yakin. Dia dan Kita bukanlah manusia sempurna! Pasti ada perkara-perkara yang 'jelek bangat' kata orang Indonesia menegnai kita dan sebaliknya. Seandainya sudah berumahtangga, tentulah pulak perlu tutup kedua belah mata, sebab kalau kita asyik mahu memandang kelemahannya sahaja, akan hilanglah kebaikan dia.
    Dan saya perlu fikirkan tips itu nanti..

Monday, July 12, 2010

Beza Like and love..

   Sejak balik bercuti panjang, rasanya otot badan pun 'tight' giler kembali. Kerja like robot.. kalau robot pun boleh tertanggal skru.. ha ha.. Kalau boleh dituliskan carta, 1- 20, agaknya, bleumpun habis nom 5, datang lagi 10. Khamis dan jumaat lepas, saya betul2 'knock down'.., sakit otot, flu, memang tak boleh bangun. Gagahkan  diri ke dr, balik masak lunch ( itu pun main cincai-cincai saja) sebab tak ada relesa, kalau beli, kan membazir.. alhamdulillah, berkat memasak sendiri, laju juga makan. Agaknya susut jugalah 500 gram ( he he, jadilah) longgar 1/2 cm pinggang.. he he. Hari sabtu-ahad pun sambung lagi adegan tidur saja..
   Hari ini, otot masih tegang dan sakit...  apa boleh buat, berjalan jugalah slow motion (selalunya saya berjalan laju giler 110km/hour.. sekarang 30km/hour saja sebab apabila berjalan laju, sakit otot lagi teruk)

    Di kelas releif tadi, saya ditanya apa bezanya like dan love. Saya kata, "okay, contoh macam orang suka makan laksa, tapi bila tiba di restaurant, tiba-tiba macam rasa nak makan mee goreng." Itu contoh like. Maknanya, seseorang itu boleh menukar pilihannya semula jika dia rasa perlu.

   Love is a very strong word. Orang jarang menukar pilihannya sebab dia suka beriya. Jadi untuk belajar sejarah, you have to love not just like sejarah.

    Minggu ini, perasaan agak tergugat. Lagi beberapa hari, hari terakhir bersama Pengetua di sekolah yang akan besara wajib mulai sabtu ini. The truth is, she's a wonderful boss. Boss sepatutnya seorang yang boleh menjadian dirinya dihormati bukan ditakuti. Dihormati bermaksud, kita boleh mengeluarkan pendapat, boleh berbincang bukannya ditakuti. Ditakuti hanya menjadikan orang bawahan 'menikus; sahaja kalau berhadapan dengan boss.

   Saya telah bekerja di 4 sekolah berasingan, termasuk satu sekolah ketika praktikal. Di bawah seliaan 7 orang pengetua, boss saya ini adalah boss yang paling baik. Lady boss selalunya dikaitkan dengan bossy dan sebagainya.. tapi she's different. Ingat saya kepada seorang boss  saya dahulu, semasa itu masih single, kena panggil, rasa macam nak tertanggal spek.. he he.. cuak giler, padahal tak buat salah apa-apa pun.. takut!!

   Berada di minggu terakhir ini, menjadikan terasa sebak.. entah bagaimana pula boss yang baru nanti. Harapnya yang okay, tidak cerewet sangat.. yang penting penuh rasa kemanusiaan.. kadang2 tu, ada boss yang tidak rasional langsung... This time, I have to say, I love her...not just I like her... sedihnya melepaskan seorang ketua yang berwibawa.

  

Wednesday, July 7, 2010

Bestnya ada internet...

  Agal lama juga dengan gangguan internet ni.. adus.. macam orang bercinta, dan tak dapat bertemu boy fren (kata orang kedah la...  actually bunyinya freen.. he he)  macam cacing kepanasan saja. Tak dapat nak check e-mel.. kalau setakat facebook, bolehlah on phone atau di sekolah saja.. (maklumlah, internet sekolah banyak lambat la....) yang paling miss, tak dapat nak ber blogging.. he he.. kom sekolah tentunya tak best, dah ...  ( p/s kerepot)... kalau bawa lap top pulak, susah juga, nak jaga... tak begitu selamat nak tinggal apabila ke kelas.. pendek kata, susah la..

   Sejak buka sekolah, banyak betul kerja yang perlu diuruskan.. makan pun kalau boleh kena berlari.. he he...  penat kepala otak ni... sekarang ni kena kejar silibus... exam trial lagi 1 bulan sahaja lagi...  selalunya 2 minggu sebelum exam, sudah boleh ulangkaji, tapi.. sekarang ni macam tak sempat je untuk ulangkaji... mungkin just cukup2 untuk habiskan semua tajuk..kadang2 banyak sangat aktiviti di sekolah yang menggangu pembelajaran dan pengajaran dalam kelas. Semuanya kena dilakukan, mengajar, koku etc ( sebab kementreran mahu libatkan murid dengan semua aktiviti- belajar dan koku juga, jadi, tidak boleh say no) Yang menjadi mangsanya sekarang cikgu lah.. kena kejar semua benda... mana nak kutip derma, yuran etc.. pening-pening.

   Saya sendiri, boleh je habiskan 1 bab dalam satu masa, saya boleh explain.. tapi tak ada gunanya terlalu cepat kalau murid tidak memahaminya... itu satu perkara juga lah...   so sekarang ni kena prepare soalan, nota ringkas, soalan ulangkaji... pada masa yang sama, idea yang sendat dalam otak, macam mana pulak tu? idea ni pun perlu dikeluarkan, kalau tidak, tersumbat dalam kepala, pening...

Monday, July 5, 2010

Kerja.. kerja ..kerja...

   Agak lama tidak menulis di blog akibat kesibukan yang melampau. 'Naik' je cuti sekolah, perlu key in markah, lepas tu bawa trip murid ke Melaka, (friday) Sabtu ada pula. kemudian ada ' go Green Run' kutipan derma sambil mengutip derma beserta kempen 'Go Green'.. untuk pengetahuan semua, sekolah saya adalah pemenang GO Green se Malaysia. Tempat Pertama!! Hari Isnin ke Jumaat, persekolahan seperti biasa...   Khamis perjumpaan bersama keluarga/ibu bapa untuk mengambil keputusan pereriksaan (Hari Terbuka) Saya beruntung kerana pada tahun ini, murid2 saya semuanya baik-baik belaka (baik dari segi akademik dan kelakuan) jadi, taklah pening kepala...  less complain(ada yang tak perlu complain apa-apa pun) Hari sabtu, LADAP ke Kuala Gandah.. okay tapi agak memenatkan juga.. Bas mengambil masa 2 jam pergi dan 2 jam balik.. hari ahad. sehari  berehat sahaja di rumah..

   Sekarang sudah mulai prepare untuk soalan trial pula.. hmmm.. dua -tiga hari sahaja masanya lagi.. Taklah sukar sebab planning sudah dijalankan hujung tahun 2009 lagi. Perlu menaip sahaja...  Buku/manuskrip pun kena on juga...    penat otak juga... lagi tak ditulis,idea dalam kepala, serabut juga...

    Miss holiday and my geng Piranha...