Marilah kita sama-sama berdoa : Untuk yang dikasihi Sister Dalilah Tamrin:
"Ya Allah ampunilah dosanya, sayangilah dia, maafkanlah dia, sihatkanlah dia, muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah dia dengan air iss dan air embun, bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya dan peliharalah dia dari siksa kubur dan siksa neraka. "
Petang 19.Julai saya menerima panggilan daripada biras saya, Amy, katanya sister Dalilah Tamrin meninggal dunia. Dia kebetulan menerima panggilan daripada kawannya juga. Saya tergamam sekejap. Walaupun sering membaca daripada blog sister Dalilah, agaknya dalam beberapa minggu ini, saya agak sibuk (dan problem dengan internet agak lama juga)dan tidak berkesempatan membaca blog sister Dalilah (jadi saya tidak mengetahui yang kesihatan sister Dalilah tidak begitu baik kebelakangan ini.) Anda boleh membaca link di blog saya, "onebreastbouncing" dengan tajuknya Too many is too little (tajuk terakhir allahyarhamah bertarikh 19 Jun 2010)

Saya tergamam, dan tidak terkata. mata saya terus berkaca dan mengalir airmata. Walaupun tidak mengenali sister Dalilah secara personal, hanya melalui blog dan Fb di penghujung tahun lepas, perjuangannya yang tidak berhenti dalam memerangi penyakit no 1 di Malaysia iaitu kanser sentiasa mengkagumi saya.
Saya katakan kepada Amy, "bagaimana kita mahu ke sana?. Tahu rumahnya?" Kata Amy, dia tiada alamat Allahyarhamah. jadi saya katakan kepadanya, bagaimana mahu kita mencari rumah di banting tanpa mengetahui di mana rumahnya. Saya katakan, "kita berdoa dan hadiahkan dia bacaan al-Quran dari jauh".. Lagi pun malamnya saya perlu mendapatkan rawatan untuk kaki saya yang tercedera kerana jatuh tangga. Saya pernah menghadiahkan Sister dengan DIMENSI CINTA sebagai 'token' kecil kepadanya sebagai memberi semangat kepada perjuangannya. Berhajat menjadikan novel kedua saya sebagai dedikasi kepada pesakit kanser.. pun begitu, saya tidak bersedia untuk kehilanganSister Dalilah sebegitu cepat.
Daripada bacaan saya, saya mendapati sister Dalilah adalah seorang yang periang, seorang yang menenrima takdir dengan berani (in other words, Redha) sentiasa positif dan mempunyai minda yang optimis terhadap orang lain. Dalam kekalutan dan kesihatan yang tidak mengizinkan, dia sedia berkongsi pengalamannya dalam perjuangan menghadapi penyakit 'kanser' dengan berani.
Bayangkan dia memulakan blog dengan doa kepada pembacanya dengan tajuk Token of appreciation: "Ya Allah, rahmatilah pembaca blog ini dan setiap mereka yang mendoakanku, sihatkannya, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah amalannya, janganlah Engkau balikkan hatinya setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepadanya dan ya Allah masukkanlah ia dan keluarganya kedalam syurga FirdausMu serta jauhkanlah ia dan keluarganya dari azab nerakaMu. Amiin"
Sesiapa sahaja pembaca yang membaca entri ini, saya harap kita sama-sama akan menghadiahkan Allahyarhamah Dalilah dengan bacaan al-fatihah. Semoga sister dalilah akan berada di bawah kesejahteraan dan Kasih SayangNya. Amin. Saya pasti keluarga & teman@ rapatnya akan lehilangan dia selama-lamanya.. memori bersama di Fb akan kekal selama-lamanya. Dia akan terus kekal di hati kita.
**********************************************
No comments:
Post a Comment